JERITAN
mak dan pekikkan abah membuatkan Hanim dan Hanafi saling berpandangan, kemudian
mata mereka serentak berputar dan dijulingkan ke atas. Sedari kecil mereka
mendengar jerit pekik begitu. Sudah lali. Kalau dulu ketika mereka masih kecil,
sudah pasti dua beradik itu berlari menyorok di bawah katil kerana ketakutan.
Tetapi seiring menginjak dewasa, mereka hanya buat tidak tahu saja.
"Sial!
Kau sorok mana hah duit kau! Aku nak duit!" jerkah abah. Bunyi barang
dihempas berdentum dentam dari dalam bilik mak dan abah.
"Dah
tak ada bang! Semua dah habis! Apa lagi yang abang cari! Sudahlah!"
Tangisan nyaring mak makin membingkitkan telinga.
Hanim
hempas botol air yang dipegang ke lantai. Rasa rimas berada di rumah yang tak
pernah aman itu. Dah la rumah mereka rumah setinggan, sudah pasti suara mak dan
abah didengari jiran tetangga.
Tidak
menunggu lama lagi, dia bergegas mencari kunci motor milik abahnya. Tudung
bawal yang terdampar di kepala sofa ditarik lalu disarung ke kepala. Sekadar
ala kadar saja. Biarlah berkedut seribu pun tudung itu sekarang yang penting
dia berhambus segera dari situ. Tidak kisahlah ke mana pun asalkan dia dapat
berada di tempat yang tenang dan sunyi.
"Kau
nak pergi mana, Nim?"
Langkah
kaki Hanim terhenti bila Hanafi berdiri tegak depan dia. Menghalang dia keluar
dari rumah.
Hanim
jeling sekilas si abang.
"Rimas
tahu tak duduk sini! Tepilah! Aku nak keluar." Tubuh kurus abangnya
ditolak ke tepi. Hanafi yang tak bersedia sampai berundur setapak ke belakang
dan ketika itulah Hanim menyelit keluar mendapatkan motor buruk abahnya.
"Aku
ikut!" Hanafi bergegas menyarung selipar. Ingat dia nak duduk dekat rumah
yang macam neraka tu? Memang tak lah!
"Sibuklah
kau ni bang!" jerit Hanim bengang. Hanafi dah selamat bertenggek
membonceng di belakang dia.
"Cepatlah!
Nanti orang tua tu tahu pula kita rembat motor dia. Cepatlah Nim!" Bahu
adiknya ditepuk-tepuk cemas. Kepala terteleng-teleng melihat ke pintu rumah.
Takut abah keluar dan mengejar mereka dengan parang dek motornya dicuri si
anak.
Hanim
pantas menghidupkan enjin motor. Berkali-kali kaki dia bergerak menekan pedal
untuk menghidupkan motor. Setelah berkali-kali mencuba barulah motor Honda EX5
buruk bapaknya itu menyala.
"Eii
motor ni! Mengah aku!" Bebel Hanim lantas dipulas-pulas throttle beberapa
kali sehingga menghasilkan bunyi yang agak bingit sebelum gerak keluar dari
lorong rumah mereka itu.
"Hanim!
Anak sial! Pulangkan balik motor aku!" jeritan si ayah membuatkan dua
beradik itu tergelak-gelak. Dengan selamba Hanim menunggang motor itu
meninggalkan rumah.
"Kita
nak pergi mana ni, Nim?" soal Hanafi dengan suara yang kuat melawan bunyi
angin.
Hanim
angkat bahu.
"Aku
tak tahu!"
"Biol
la kau!" Hanafi ketuk kepala adiknya. Meter motor ditenung sekilas.
"Minyak
nak habis ni! Kita mana ada duit!" Aduh! Masalah betullah!
Hanim
terdiam. Motor masih digerakkan tanpa hala tujuan.
"Argh!"
Jerit dua beradik itu. Serabut dengan kehidupan! Mereka miskin. Ada mak dan
ayah pun tak berguna!
Motor
membelok masuk Jalan Ameltis. Melalui rumah-rumah elit yang dilindungi dengan
pagar-pagar besar. Sebaik sahaja motor berjalan masuk ke lorong lain, mendadak
dua beradik itu cemas.
"Hanim!
Ada road block tu!" Hanafi cepuk bahu adiknya.
"Alamak!"
Tanpa berfikir panjang terus Hanim membelok masuk halaman rumah seseorang yang
kebetulannya pintu pagar rumah itu terbuka luas.
"Gila
la kau ni! Nak buat apa kat sini, samdol!"
Hanim
garu kepala. Gara-gara tak ada lesen dan roadtax motor yang telah mati, dia tak
dapat berfikir lagi. Menggigil kepala lutut bila nampak polis sedang buat
sekatan jalan. Pelik betul… dah kenapa sekatan jalan dalam kawasan perumahan?
Ada penjenayah ke?
Hanim
dan Hanafi masih terkulat-kulat di perkarangan rumah mewah itu. Merenung kagum
rumah banglo tiga tingkat yang tersergam indah itu. Ada kolam renang di tingkat
2 rumah. Ala-ala skypool yang sering dia lihat di Facebook.
“Maserati
weh!” Bisik Hanafi. Kagum melihat deretan kereta mewah yang terparkir di dalam
garaj.
“Ducati…
KTM…Kawasaki…Yamaha..” Pergh! Mata Hanafi bersinar galak. Motor-motor berkuasa
besar yang berderet itu membuatkan dia rasa mahu jatuh rahang melihatnya.
Sah
kaya raya betul tuan rumah ni.
Hanim
turut ternganga melihat motor-motor itu. Seksi gila! Iris matanya beralih pula
melihat motor yang sedang dia tunggang sekarang. Allah! Jauh berbeza!
Terbit
rasa cemburu menjentik hati dua beradik itu. Entah bila mereka akan dapat
merasai segala kemewahan seperti yang dilihat sekarang. Macam mustahil saja.
Agaknya sampai mati pun mereka akan tetap miskin. Tak pernah nak rasa senang.
Tidak
berapa lama kemudian keluar seorang lelaki muda berumur dalam lingkungan awal 20an.
Mulut Hanim sedikit ternganga. Terkejip-kejip mata dia melihat gaya santai
lelaki itu melangkah mendekati mereka.
Rambut
lelaki itu kelihatan lembut beralun. Berbentuk M ala-ala pelakon drama korea.
Santai bertshirt hitam gambar kartun spongebob dan seluar bermuda paras lutut.
Handsome
betul. Inilah lelaki pertama yang Hanim kata handsome yang pernah dia lihat secara
nyata. Selalu dia memuji artis luar negara saja.
"Tuan
rumah datang tu!" Hanafi dah gelabah kat belakang. Terloncat-loncat kaki
dia sampai motor mereka bergoyang-goyang.
"Ehh...eh!"
Hanim yang kecil molek tak tentu arah menahan motor dari terus bergoyang.
"Wei!
Diamlah!" bisik Hanim tegas. Perut si abang disiku kuat memberi amaran.
"Aduh!"
Menyeringai Hanafi menahan perit. Tajam betullah siku Hanim ni!
"Ya...
Nak cari siapa ya?" soal si jejaka dengan mata yang mengecil menahan terik
matahari. Tangan naik menahan di dahi dari silau panahan cahaya.
Hanafi
diam. Masih baran kerana disiku Hanim. Biar adiknya sendiri menjawab.
"Er..."
Hanim tergagap-gagap. Tak tahu nak cakap apa.
"Huh?"
kening si jejaka terjongket tinggi. Masih sabar menunggu jawapan si gadis.
Mata
sempat mengerling lelaki yang membonceng di belakang. Nampak cemas.
"Ada
apa? Panas ni." Lelaki si tuan rumah dah bercekak pinggang dengan muka
berkerut. Rasa geram pula bila dirinya dijemur bawah matahari oleh dua manusia
yang entah datang dari mana ini.
Tertelan
air liur dua beradik itu. Hanim kerling si abang. Dasar tak membantu! Selamba
saja Hanafi pandang arah lain. Buat-buat menghayati permandangan di rumah orang
itu.
Haish!
"Err..
Ada road block kat depan." Cicit Hanim.
"So?"
"Err..."
Hanim garu leher. Serba tak kena bila lelaki itu minta penjelasan.
"Kitorang
tak ada lesen. Motor pun tak ada roadtax."
What?
Terbeliak mata Faris. Beraninya dua manusia ni melanggar peraturan!
"Lepastu
kenapa masuk rumah saya?"
"Kebetulan
pintu pagar rumah awak terbuka luas. Kami tak boleh nak fikir dah. Jadi kami
masuklah. Tumpang kejap boleh? Sampai polis tak ada." Hanim tayang sengih
sambil sengol perut si abang.
Nak
tak nak Hanafi turut pamer sengih.
Dan
Faris terdiam. Tergeleng kepala dia. Ada juga kejadian macam ni ya.
"Masuklah
dulu. Panas dekat luar ni."
Hanafi
yang mendengar pelawaan itu terus melompat turun dari atas motor. Memang panas
terik kat luar ni. Baik dia setuju aje masuk ke dalam rumah besar itu. Mana
tahu ada penyaman udara. Sejuk sikit. Dapat pula minum air oren. Pergh! Sejuk
tekak.
"Abang!!"
tegah Hanim. Malu dengan perangai jakun Hanafi.
Serentak
Hanafi dan Faris berhenti melangkah dan toleh pandang Hanim yang masih
bertenggek atas motor.
"Masuk
ajelah wei. Orang dah pelawa ni."
Hanim
renung sekilas tuan rumah. Saat mata mereka bertembung, Faris jongket kening
menanti jawapan dia.
"Yelah..."
akur Hanim. Lambat-lambat dia turun dari motor dan mengekori si abang.
"Aku
nak air oren boleh tak? Ais banyak tau."
Ya
Allah... Dia tak tahu dah nak letak muka di mana. Selamba saja si abang
mengarah orang sesuka hati. Dah la masuk saja ke ruang tamu itu, Hanafi terus
hempas bontot dekat sofa empuk si tuan rumah.
“Pergh!
Empuknya sofa rumah kau ni weh!” laung Hanafi pada tuan rumah yang berjalan ke
dapur meninggalkan mereka di ruang tamu.
Hanim
rasa nak pelangkung aje Hanafi sekarang ni. Tak malu betullah! Macamlah orang
tu kawan dia! Haish.
“Aku
Hanafi, ni adik aku Hanim.” Hanafi perkenalkan diri sebaik sahaja lelaki muda
itu menghidang dua gelas air oren pada mereka.
“Aku
Faris.” Jawab Faris sambil menarik nafas dalam. Merenung lama tampang dua
manusia yang tak dikenalinya itu.
Si
abang berkulit hitam manis. Kelihatan seperti sebaya dengannya. Manakala si
adik kelihatan macam masih bersekolah. Berkulit cerah dan comel bertudung bawal
kosong yang agak lusuh.
“Kau
memang tinggal seorang aje ke dekat rumah besar ni?” Hanafi tebarkan pandangan
pada sekeliling kawasan.
Perabot
dan semua barang di dalam rumah itu tampak mewah. Dinding rumah bercat putih
tetapi perabotnya semuanya hitam. Nampak elegant.
“Family aku semua pergi bercuti.
Tengah cuti sekolah.” Jawab Faris ala kadar. Masih terkejut dengan sifat
selamba Hanafi. Mata mengerling Hanim yang sejak tadi terketap-ketap bibir
marahkan abangnya.
“Oh… bestnya.” Hanafi sandar badan ke
sofa. Empuk. Ditepuk-tepuk tempat kosong di sebelahnya sebelum dengan selamba
dia merebahkan badan di atas sofa berbingkai tiga itu. Punyalah besar sofa ni,
muat kalau dua orang baring.
“Abang!” deram Hanim sebal. Rasa nak
cekik saja Hanafi sekarang ni.
Dalam diam Faris kulum senyum melihat
tingkah Hanim.
“Aku
ada kerja dekat atas. Kau orang duduklah sini. Nanti dah nak balik kau tutup
aje pintu rumah.” Faris bingkas bangun.
“Eh!
Awak tak takut ke kami curi apa-apa dalam rumah ni?” sampuk Hanim cemas. Rasa
serba salah la pula bila tuan rumah tak ada sekali dengan mereka.
Faris
sengih.
“Buat
aje macam rumah sendiri. Jangan risau, ada CCTV.” Mata dia mengerling ke
penjuru siling rumah.
Ternganga
dua beradik itu melihat kemera CCTV ada di setiap penjuru siling. Pergh!
0 comments:
Post a Comment