“Kau dengar sini baik-baik! Aku tak pernah
redha tahu tak kau kahwin dengan anak aku! Kau ingat anak aku tu bahagia ke hah
hidup dengan kau?!” Jerkah mama Khalish sambil cengkam kuat lengan Husna. Hish!
Dia rasa macam nak cabutkan saja lengan Husna tu. Nak menunjukkan betapa dia
tak suka dengan Husna.
Husna pulak dah mendesis sakit. Dia cuba untuk
lepaskan lengan dia tapi terlampau kuat mama Khalish pegang.
“Mama… please.. sakitt” rayu Husna sambil
berjujuran air mata.
“Tahu pun kau sakit! Hati aku ni? Selama
setahun tengok muka kau dekat rumah aku, kau ingat tak sakit! Kalau tak
sebabkan suami dengan anak aku! Memang tak la aku nak benarkan kau wujud kat
rumah ni” kali ni rambut Husna pulak dicengkam kuat. Sampai terdongak kepala
Husna.
Husna hanya mampu menangis teresak-esak.
Abang! Husna tak tahan… sakit sangat.
Papa dengan Khalish tak ada dirumah gara-gara
outstation di China seminggu. Tu sebab la Mama Khalish berani nak marah-marah
Husna. Orang gaji yang lihat kejadian menyeksa Husna selama ni hanya mampu
berdiam diri apabila dah diberi amarah keras oleh Mama Khalish. Kalau pecah
rahsia pada Papa Khalish dan Khalish sendiri memang mereka akan dipecat serta
merta. Seram!! Tapi diorang kesian dengan Husna.
“Kau dengar tak apa aku cakap ni?!” tengking
mama Khalish lagi.
Husna mengangguk laju.
“Mama… please.. perut Husna rasa sakit ma.
Please Ma kesian kan anak Husna. Husna merayu” Husna pegang lengan Mama Khalish
sambil sebelah tangan lagi pegang perut yang rasa menegang. Kaki mula rasa nak
kejang sehingga tak mampu nak berdiri betul.
Mama Khalish dengan bengisnya menolak Husna
ketepi. Terjelepok Husna jatuh nasib baik dia sempat berpaut dengan meja makan.
Bibik yang berada berdekatan meluru nak tolong sambut Husna tapi belum apa-apa
dah disergah mama Khalish.
“Jangan nak memandai tolong dia! Korang pergi
buat kerja korang!”
Husna pegang bawah perut yang rasa menegang.
Aduhh! Sakit sungguh. Anak umi duduk baik-baik sayang.
“Husna! Kau dengar sini. Aku nak kau berambus
dari hidup Khalish sebelum dia balik minggu depan!” arah Mama Khalish sambil
menuding jari kemuka Husna.
Husna dah tercengang.
“Mama… nanti abang macam mana? Apa Husna nak
cakap dengan dia mama. Anak Husna?” sayu Husna bertanya sambil mengesat air
mata yang mengalir. Apala nasib Husna selama ni tak pernah dapat bahagia.
“Khalish nanti Azira akan jaga. Pandai-pandai
aku la nak cakap apa bila kau tak ada nanti. Anak kau? Kau ingat aku heran
sangat! Tak ingin aku bercucukan dari orang macam kau ni. Tak ada asal usul!”
‘Ya Allah mama, Husna tak mintak lahir jadi
yatim piatu.’
“Husna”
Husna mendongak pandang mama Khalish yang
berdiri disisi dia.
“Kau tahu tak yang Khalish sekarang tengah
bahagia dengan Azira di China sana. Azira dah 4 bulan kerja satu pejabat dengan
Khalish. Khalish pun dah boleh memaafkan Azira. Mereka dah mula untuk terima
satu sama lain. Tapi disebabkan anak kau ni! Khalish tak nak kahwin dengan
Azira sebab dia rasa terikat dengan tanggungjawab. Jadi Husna! Khalish dah
setahun korbankan kebahagiaan dia untuk kau. Takkan kau tak boleh nak bagi
bahagia untuk dia? Berambus jer la dari sini dengan anak kau tu. Biar Khalish
bahagia dengan Azira tanpa kau dengan anak kau tu”
Husna dah tergamam. Dia tak tahu Azira kerja
satu pejabat dengan Khalish. Khalish tak pernah cerita padahal setiap hari
mereka berborak dan bercerita tentang rutin harian masing-masing.
Patut la Khalish sudah jarang balik makan
tengah hari dan malam dirumah. Kerja sampai lewat malam. Kadang-kadang Husna
dah nyenyak tidur baru Khalish balik dari pejabat. Mungkin jumpa dengan kekasih
hati. Sayu sungguh hati Husna.
+++++++
“Sara”
“Husna?” tanya Sara dihujung talian. Risau dia
bila Husna menangis teresak-esak didalam talian.
Husna diam lagi. Tak mampu nak bercakap. Hanya
tangisan saja yang mampu diluahkan.
“Husna… okay.. cool dulu. Nangis puas-puas aku
tunggu.” Pujuk Sara.
Bila dengar suara Sara yang prihatin macam tu
lagi la Husna meraung menangis. Sedih! Mama halau dia sehelai sepinggang. Mujur
ada seorang budak perempuan baik hati bagi pinjamkan telefon bimbit dia
sebentar pada Husna. Nak telefon Khalish? memang tak la. Mahu kena tetak dengan
mama.
“Ambil aku Sara”
“Hah? Kau kat mana ni? Khalish mana?” tanya
Sara melulu.
“Mama Khalish halau aku. Khalish tak ada dekat
rumah dia outstation. Sara please ambil aku. Perut aku sakit sangat. Aku
risau!” rayu Husna sambil teresak-esak.
“Okay-okay.. aku datang. Kau dekat mana ni?”
“Dekat bus stop area rumah mama Khalish. aku
tunggu kau dekat sini tau”
“Tunggu aku! Jangan pergi mana-mana”
+++++
“Nah” Sara hulur mug berisi Milo suam.
“Thanks”
Sara geleng kepala bila tengok keadaan Husna
sekarang. Pucat tak bermaya. Macam orang mati laki. Menangis tak berhenti.
“Dah la Husna. Please stop crying. Kau ingat
tak doktor kata apa tadi. Kau perlu rehat yang cukup dan tak boleh stress.
Emotional semua tak boleh. Kesian anak kau.” Pujuk Sara sambil usap-usap
belakang Husna.
Husna toleh sekilas sambil pandang Sara yang
berada disebelah dia.
“Cuba kau kat tempat aku.” Jawab Husna perlahan.
Sara dah mengeluh.
“Ya, aku faham. Tapi buat masa sekarang kau
kena fikirkan anak kau ni. Kau nak ke kalau ada apa-apa masalah dikemudian
hari? Nak Khalish lagi jauh dari kau?”
Husna mengeleng laju. Dia tak nak anak ni
diapa-apakan. Khalish? bila dengar nama tu mengalir lagi air mata Husna. Dia
rindu… sangat! Khalish rindu dia tak? Call dia tak?
“Husna, sekarang kau nak buat apa?”
Husna mengeleng lagi. Dia tak tahu! Tunggu
Khalish balik? Atau terus pergi dari hidup Khalish? yang mana dia harus buat.
Dia buntu.
“Kau jangan terfikir nak tinggalkan Khalish
pulak!” Sara beri amaran. Tahu sangat dengan perangai Husna. Lebih sanggup
berkorban dan diri dia terseksa.
“Aku tak tahu Sara. Mungkin betul kata mama,
Khalish hanya nak bahagiakan aku lepas apa yang aku cakap tentang perkahwinan
pada malam perkahwinan kami. Dan dia berjaya buat aku bahagia. Tapi dia? Dia
kahwin dengan orang yang dia tak cinta. Aku tak rasa dia bahagia. Aku kena
undur diri Sara dan biarkan Khalish dengan Azira kecap bahagia diorang pulak.
Mungkin sampai sini jer kot rasa bahagia aku.” Terang Husna. Air mata dah
bergenang semula.
Dia umpama tak redha dengan apa yang dia buat.
Tapi dalam masa yang sama dia nak Khalish bahagia.
Sara pegang tangan Husna erat. Kalau dulu
ketika Khalish melamar Husna untuk kahwin, Husna umpama pejuang yang turun
kemedan perang dengan penuh semangat. Tapi kini, Husna umpama pejuang yang
tunggu masa untuk mati ditangan musuh. Seperti hanya berserah pada takdir.
“Husna! Kau jangan mengalah boleh tak! Aku tak
suka kau macam ni. Aku nak Husna yang dulu. Yang bersemangat. Husna! Listen
here, Khalish is yours! Dia milik kau. Azira semua tu benda dah lepas. Kau
patut perjuangkan cinta kau.”
Husna mengeleng perlahan.
“Tak, Sara. Khalish tak pernah jadi milik aku.
Mungkin hanya jasad…” Husna diam menahan air mata.
“Tapi hati dia… fikiran dia.. hanya ada Azira.
Aku dah penat sangat. Letih mencintai Khalish. betul apa kata Azira dan mama.
Aku patut tak ada dalam hidup dia.”
Sara dah tak tahu nak cakap apa. Husna betul-betul
dah give up. Dah angkat bendera putih!
“Husna…” Sara pun dah mengalirkan air mata.
Kesian dengan nasib Husna.
“Husna, baby macam mana?” sayu Sara bertanya
sambil usap perut Husna.
Husna pandang perut dia. Tangan
dia pegang tangan Sara yang berada atas perut dia. Dia nekad!
“Aku akan besarkan anak aku sendiri. Tanpa
Khalish.” nekad Husna membuat keputusan.
“Husna… cinta kau? Bahagia kau? Anak kau?”
“Aku akan cuba untuk bahagiakan anak aku. Aku
akan bahagia dengan hanya membawa zuriat Khalish. ini pun aku rasa bersyukur
sangat.”
Sara peluk Husna erat.
“Husna. Always remember that aku sentiasa ada
disisi kau. You are not alone.” Teresak dua sekawan menangis.
Thanks Allah for the gift that You gave me.
++++++++
Khalish resah. Dah 4 hari dia cuba call Husna
tapi tak dapat. Bila dia tanya pada mama, mama kata Husna sibuk. Sibuk apa?
Duduk rumah jer pun. Husna mana bekerja. Risau dia kalau sesuatu terjadi
dirumah tapi mama tak nak bagitahu apa-apa pada dia.
Lagi satu masalah yang membuatkan dia tertekan
sekarang ini ialah papa siap ajak Azira sekali sertai mereka untuk perbincangan
projek di China ni. Minah tu asyik la duk mengendeng dekat dia. Rimas betul!
Dia rasa sekarang macam nak terbang balik
rumah terus. Nak tengok muka Husna. Nak tengok keadaan Husna. Tak boleh fokus
dibuatnya Khalish kat China gara-gara Husna berdiam diri macam ni. Ya Allah
mudah-mudahan Husna dalam keadaan baik-baik saja.
0 comments:
Post a Comment