*CERITA INI ADA VERSI EBOOK. HARGA RM 15 SEPANJANG PREORDER. BERMINAT BOLEH WASAP 0135383089*
BUNGA tenung lelaki yang sedang duduk berhadapan dengannya saat ini. Kacak. Itu
tidak dapat dinafikan. Lelaki kacukan British-Melayu disebelah daddy Nik
Benjamin itu memang mewarisi kekacakan si bapa. Badan Wafiy walaupun nampak
tidak sado berketul-ketul namun masih
tegap. Sederhana saja saiz badan itu.
Lelaki itu bakal suaminya. Bunyi macam sedapkan
didengar? Tapi hakikatnya Bunga hanya mampu tersenyum pahit. Lelaki itu tak
rela beristerikan dia. Kalau tak mengenangkan pesanan tok daddy sebelum lelaki
tua kesayangannya itu pergi memang Bunga pun bangkang sehabis habisnya.
Walaupun sejujurnya Bunga pernah menaruh rasa cinta
pada lelaki itu, bukan setakat pernah! Tetapi masih menaruh harapan cinta tapi
Bunga sentiasa sedar diri yang cinta itu tidak boleh dipaksa.
Jadi, Bunga memang dah pasrah untuk mengejar cinta
Wafiy. Dan saat dia memang sudah berserah, tiba-tiba dia bakal berkahwin dengan
lelaki itu membuatkan sekarang Bunga sedar dan percaya, jodoh itu kuasa
Allah.
Tanpa sedar tersungging senyuman nipis di bibir Bunga,
lelaki di hadapannya bakal menjadi imam dia! Berdetak bahagia jantung Bunga
ketika ini bila teringat akan hal itu.
Solat bersama dengan lelaki itu. Tidur pula
berbantalkan lengan berotot itu. Oh la la!
"Dah kenapa tersenyum-senyum?"
Tegur Wafiy bila tengok Bunga tersenyum sambil pandang
dia. Mati terus senyuman Bunga, lantas untuk menutup malu akibat tertangkap
merenung anak teruna orang, cepat-cepat Bunga berdehem dan membetulkan letak
punggung di kerusi itu.
"Boleh tak kau pergi potong rambut kau tu? Menyampahlah
aku tengok rambut kau panjang-panjang macam ni." Bunga buat muka menyampah
melihat rambut Wafiy yang separas bahu itu. Muka dah handsome tapi
sayang, Bunga memang alergi mamat rambut panjang!
Wafiy buat muka kerek. Lekas-lekas dia sambar pengikat
rambut di atas meja makan itu lalu mengikat kemas rambutnya. Muka tidak ambil
peduli ditayang Wafiy selamba.
"What! Urgh!" Dengus Bunga menahan marah.
Bunga rasa penat betul melayan kerenah Wafiy. Mereka saat ini sedang keluar
bersama untuk mencari barang hantaran dan juga menempah baju kahwin. Tapi si
bakal pengantin lelaki di hadapannya ini, nampak sangat tidak rela nak
berkahwin! Geramnya Bunga!
"Wafiy, kau cuba baju ni.” arah Bunga. Tangan
menghulur sepersalinan tuxedo untuk dipakai Wafiy pada majlis resepsi mereka.
"Malas."
Membuntang mata Bunga saat terdengar sepatah perkataan
itu. Malas? What theee... eiii!
"Kau ni! Nanti kalau besar ke kecil ke macam mana?
Dah! Tak ada! Kau pergi cuba!" Arah Bunga lagi lebih tegas. Hanger
baju yang tergantung kameja dan tuxedo itu disua-sua ke arah Wafiy.
"Dol, saiz kita sama, kau pergi." Wafiy arah Dol dengan selamba sebelum
menumpukan perhatiannya pada telefon di tangan. Sibuk memujuk si kekasih hati
di kampung. Amanda kesedihan kerana dia sudah sebulan berada di Rawang.
Dol sudah tercengang. Hah! dia? Kenapa dia pula kena?
Terpinga-pinga Dol dibuatnya, kalau nak ikut arahan
Encik Wafiy, dia takut dimarahi Bunga. Kalau ikut arahan Cik Bunga, dia takut
dimarahi Encik Wafiy.
"Wafiy!!!" Seru Bunga dengan suara menahan
geram yang teramat. Serius! Bunga betul-betul rasa nak menangis akibat terlampau
marah dan penat melayan perangai acuh tak acuh Wafiy.
Ini semua kerana mama dan mummy minta dia dan Wafiy
pergi fitting baju kahwin dan testing makanan. Kalau tak, memang
Bunga dah lama lari balik rumah dari tadi!
"Kak Ju, mungkin lain kali kut cuba baju lelaki.
Harini try baju saya aje."
Bunga tersenyum nipis pada Kak Ju pembantu di butik pengantin itu. Salah satu
butik yang mama cadangkan.
Kak Ju tersenyum seraya mengangguk. Dia faham situasi
yang berlaku. Dia bersimpati pada Bunga yang tetap sabar melayan kerenah Wafiy.
Kalau dialah di tempat Bunga, memang dah lama dia keluar dari situ.
Siapa tak bengang bila si lelaki asyik melayan telefon.
Bila tanya design baju, warna tema dan saiz baju, dijawab macam nak tak
nak. Sudahnya Bunga yang buat keputusan.
Saja aje Bunga pilih tema pink! Padan muka Wafiy!
Lagi-lagi bila dia tahu pink adalah warna paling Wafiy tak suka!
Bunga gelak jahat dalam hati.
"Terima kasih kak. Nanti saya datang lagi."
Usai dia berkata, terus Bunga melangkah keluar dari
butik itu meninggalkan Dol dan Wafiy di situ. Panas rasanya di dalam butik itu
walhal pendingin hawa elok terpasang.
Sebuah Kafe di sebelah butik dimasuki Bunga. Terus dia
membuat pesanan pada pelayan sambil menunggu Dol dan Wafiy mengambil tempat di
situ.
"Dol, semua yang mama dan mummy suruh kita dah
belikan?" Bunga menyoal pada Dol yang duduk di hadapannya. Ais Americano
disedut rakus kehausan sebaik sahaja pelayan menghantar airnya.
Dol mengangguk kepala menjawab soalan Bunga. Kesian
gadis itu dilayan seperti tunggul saja oleh Wafiy. Dia kenal Bunga sejak Bunga
kecil, dia dah tahu perangai manja Bunga macam mana. Jadi, bila pertama kali
Bunga dilayan seperti ini, dia rasa kesian dan juga kagum. Kagum kerana gadis
itu menunjukkan sisi yang lain dari kebiasaannya.
"Kita balik teruslah lepas ni. Saya penat."
Ujar Bunga dengan suara lelah dan lemah. Dia sudah tersandar pada kerusi di
kafe itu. Dia ingin melepaskan lelahnya seketika. Melayan perangai memberontak
Wafiy membuatkan Bunga sangat lelah seperti baru lepas lari keliling pusingan
padang bola!
Wafiy yang tersengih-sengih melihat telefon ditangan
ditenung lama. Terdetik di dalam hatinya...dia tahu, saat dia menerima Wafiy
untuk menjadi suaminya, dia perlu menjadi kuat. Dia tidak boleh lemah!
"TERMENUNG!"
Terhenjut bahu Bunga dek kerana terkejut disergah
seseorang. Siapa pula yang berani menyergah dia yang sedang melamun di halaman
rumah sendiri. Pantas dia menoleh ke belakang dan berdecit sebal saat terlihat
muka si Hakim merangkap jiran dan kawan baik dia sedang tersengih jahat itu.
"Sibuk jer kau!" Desis Bunga geram. Lalu dia
kembali merenung bunga-bunga orkid dan ros kesayangan mama.
Hakim tergelak kecil. Bahu Bunga disenggol sedikit agar
memberi ruang untuknya duduk di atas buaian yang diperbuat dari kayu jati itu.
"Kenapa termenung ni? Suram jer malam ni."
Hakim pandang Bunga yang nampak muram itu sekilas.
Bunga menghela nafas panjang, dengan Hakim dia memang
tak dapat nak menyimpan rahsia. Pasti Hakim sentiasa dapat mengesan apa-apa
perubahan dan rahsia yang disimpan.
"Tak baik tau mengeluh."
Bunga herot bibir. Eii...mamat senget ni ada aje benda
yang nak dikomen. Orang nak mencari ketenangan pun tak boleh.
"Bunga, aku rasa janggal tahu tak bila kau senyap
macam ni. Bunga yang aku kenal mulut macam popcorn! Pop…pop...pop ...pop!"
Hakim siap buat bunyi bertih jagung meletup-letup.
Meletus gelak kecil di bibir Bunga.
Hakim sengih. Lega bila Bunga dah terhibur dengan
usikan dia.
"Kau rasa keputusan aku ni betul ke?" Rendah
sahaja suara Bunga bertanya tanpa memandang Hakim di sebelah.
Hakim diam. Tak tahu nak cakap apa untuk menasihatkan
Bunga. Ini masa depan Bunga.
"Kau cintakan dia kan?"
Bunga mencebir bibir dengan bahu dijongket tanda tak
tahu.
"Elehhh... cinta cakap cinta!" Hakim sengol
bahu Bunga dengan senyuman mengusik.
Bunga berdecit lagi sekali.
"Aku tak tahu lah!" Dalihnya menutup rahsia
hati.
Hakim tayang muka tak percaya. Poyo jer tak cinta. Ini
Hakim laa... tahu sangat bila tengok muka Bunga berseri setiap kali Wafiy
datang dan menginap disini.
"Bunga, kalau dah jodoh kau dengan cara macam ni,
kau kena terima dengan tangan terbuka. Wafiy cinta kau, atau kau cinta Wafiy,
itu belakang kira. Cinta boleh datang kemudian. Kalau tak, takkan ada kisah
cinta lepas nikah kan?" Nasihat Hakim lembut.
Bunga mengangguk kecil. Tahu... orang kata cinta lepas
nikah lebih berkat lebih bagus lah apa lah.
"Tok Daddy buat semua ini sebab dia tahu dalam
hati kau ni penuh dengan Wafiy. Dan dia tahu kau mampu rebut cinta Wafiy nanti,”
sambung Hakim lagi cuba menyakinkan Bunga.
Bunga bungkam seketika. Teringat akan peristiwa di
hospital dulu sebelum Tok daddy meninggalkan dia.
"Bunga, janji dengan Tok daddy. Kahwin dengan
Wafiy ya,” suara itu berbisik lemah.
Bunga yang lencun dengan air mata menggeleng laju.
"Bunga tak nak! Tok daddy kena kuat. Tok daddy
akan sihat macam biasa!"
Tok daddy menggeleng perlahan.
"Tok daddy nak Bunga bahagia. Wafiy, dia anak yang
baik. Dia mendengar kata. Dia boleh berfikiran rasional. Dan Bunga cinta dia.
Jadi, bahagia Bunga bila bersama dia." Bisik lelaki itu lagi.
Bunga terkaku di situ. Ya Allah! tak habis lagi ke soal
Wafiy? Bunga sebal!
"Tok daddy! itu cerita lama la... Bunga dah tak
ada sikit pun hati pada dia!" Bidas Bunga dalam rungutan.
Tok daddy mengeleng lemah. "Tipu."
Bunga pandang Tok daddy kehairanan.
"Jangan tipu Tok daddy. Tok daddy tahu semua
benda, Bunga. No secret between us."
Bunga mengeluh lemah.
"Bunga berubah sebab Wafiy. Bunga merajukkan
sebenarnya bila Wafiy sudah ada yang dia cinta. Pasti ada sesuatu terjadi sebab
Bunga berubah selepas Bunga balik dari Kedah dulu. I know!"
“Tok daddy tu cerita lama. Orang kata cinta monyet.
Sekarang ni Bunga dah tak ada apa-apa perasaan lagi pada dia.” tekan Bunga
sedikit tertekan dengan desakan tok daddy.
“You’re liar, Bunga. Kesayangan tok daddy ni tak pandai
menipu.” Kedengaran gelak Tok Daddy sangat lemah. Bunga gigit hujung bibir
dengan mata yang bergenang kesedihan.
"You love him. Admit it Bunga. And fight for
your love."
"Bukan senang." Bisik Bunga lemah. Mengaku
kalah setelah diasak tok daddy. Dia terduduk di sebelah katil Nik Borhan dan
menekup muka pada tilam katil itu.
Nik Borhan senyum. Diusap lembut kepala cucunya itu.
"Tok daddy buat semua ni, agar Bunga bahagia.
Kebahagiaan Bunga adalah kebahagian Tok daddy. Tok daddy sayang Bunga. Dan Tok
daddy tahu, Wafiy akan turut mencintai Bunga nanti."
"Huh! Ye la sangat." Sinis Bunga.
Nik Borhan tersenyum. Muka masam Bunga direnung sayang.
Ditarik pipi si cucu perlahan.
"Of course. Siapa yang kenal Bunga mesti
jatuh sayang pada Bunga. You're lovely, bubbly and pretty. Mesti Wafiy
cinta nanti."
Bunga sudah tersipu malu di puji sebegitu.
"Eii...Tok Daddy ni! Habis Hakim tu... dah lama
kenal Bunga tapi tak cinta pun! Haa...tu macam mana pulak?"
Tok daddy tersengih.
"Sebab Hakim tu buta! Hahaha."
Bunga dan Tok Daddy gelak mengekek. Kesian kawan
baiknya itu!
Kebetulan Hakim baru sahaja menolak pintu wad itu, dia
ingin melawat Tok daddy yang sudah dianggap atuk sendiri.
"Tok daddy! Hakim dengar okay!"
Bunga pandang Tok daddy. Nik Borhan pandang Bunga.
Alamak!
"Eiii..sibuk jer dia ni!" Getus Bunga dengan
jelingan pada Hakim.
Hakim buat muka tak malu, lantas dia merapati Tok daddy
dan dicium tangan tua itu.
"Hakim... pujuk Bunga terima cadangan Tok daddy."
Bisik lelaki tua itu pada Hakim.
Hakim senyum sebelum mengangguk kecil.
"Okay! Tok daddy don't worry okay.
Hakim ada! Hakim akan pastikan minah ni kahwin dengan Wafiy! Tahun depan Tok daddy
dapat cicit."
Nik Borhan tergelak. Seronok membayangkan Bunga akan
mengelek bayi kecil tak lama lagi. Dan dia bakal menjadi moyang!
Bunga mencerlung tajam merenung Hakim. Kurang asam jawa
betul mamat ni! masuk pakatan axis dengan Tok daddy.
Bunga dan Hakim tersenyum bila masing-masing teringat
tentang peristiwa itu.
Namun tak lama kemudian, wajah Bunga kembali suram saat
teringatkan Tok daddy yang sangat menyayangi dirinya telah tiada saat itu,
malah bertambah muram wajah itu kerana terbit rasa bersalah yang teramat pada
arwah Tok daddy. Tok daddy pergi dalam keadaan sedih kerana Bunga menolak
permintaannya!
"Janji... dengan tok daddy."
Kepala Bunga menggeleng perlahan dengan linangan air
mata. Dia menggenggam erat jemari tua itu.
"Tok daddy kuat. Jangan tinggal Bunga. Bunga tak
nak!" Ucapnya dalam esakan.
Nik Borhan sedaya upaya tersenyum.
"Bunga, janji?" Tuntutnya lagi dengan suara
yang lebih lirih.
Bunga tertunduk mendengar permintaan itu.
"Janji?"
Sekali lagi Bunga mengeleng sebagai jawapan.
"Bunga memang tak sayang, Tok daddy." Bisik
lelaki itu dengan nada berjauh hati.
Bunga yang lencun dengan air mata di wajah tersentak
mendengar ayat itu.
'Tok daddy! Kenapa Tok daddy sanggup buat Bunga rasa
bersalah macam ni! kenapa?!' Rintih Bunga dalam hati. Bunga tak sempat nak
minta maaf pada Tok daddy…
0 comments:
Post a Comment