Thursday 7 May 2020

Aku Playboy Dia Ustazah: Teaser 2



"Arghhh!" 

Dari dalam bilik Ean mendengar jeritan Nadja. Tapi dia buat tak tahu aje. Langsung tak cemas. Dah banyak kali terjadi sampai dah lali dengan jeritan macam tu.

Kemudian dia dengar pula bunyi tangisan yang dibuat-buat sebelum bunyi pintu bilik mereka dibuka kasar dari luar.

Tercongok Nadja depan pintu dengan bahu yang longlai. Rambut pula serupa cik ponti! Nasib baik Nadja tak pakai jubah putih kalau tak memang sebijik persi hantu perempuan itu.

Ean buat muka. Dah datang dah mood bosan dia tu. Kepala tak dikalih melihat Nadja. 

"Arghhhh!" Nadja hempas tubuh ke tilam.

Ean yang sedang baring membaca buku dengan tidak berbaju itu dihampiri ganas. Terus dia sondol kepala dia pada perut berketak lelaki itu.

"Aduh! Ergh!" Terlepas buku ditangan Ean jatuh tergolek ke bawah katil.

Ean mengerang senak! Nadja gila!
Ditolak-tolak kepala Nadja agar berhenti menyondol. Nadja ingat perut dia ni bantal ke? Sakit tahu tak!

"Argh! Bosan!"

Terbelalak mata Ean. Bosan punya fasal sampai perut aku rasa macam berlubang! Kurang asam punya isteri. Nanti kau Nadja. 

"Bosan ye. Meh buat aktiviti bunuh syaitan."

Sekali lagi jeritan Nadja bergema tatkala Ean dengan pantas menolak dia jatuh terlentang di atas tilam. 

"Itu ajelah aktiviti awak!" Jeritnya geram.


Assalamualaikum! Alhamdulillah cerita ni akan keluar versi Ebook. Sekiranya berminat boleh 

Whatsapp 0135383089

Preorder sehingga 24 MEI 2020

Harga Preorder : RM 12
Harga selepas tamat Preorder : RM 15

Aku Playboy Dia Ustazah : Teaser 1



Eh! Ean gigit bibir. Sejak bila dia mula menjadi seorang lelaki konservatif! Bukan ke dia jenis open minded dan mahu isteri yang bekerjaya? Haa sudah! Nadja punya fasal la ni!
            “Bye awak. Saya kena gerak sekarang ni.”
            “Nad.”
            “Yup?” Nadja tak jadi membuka pintu bilik dia berpaling memandang Ean yang kelihatan comel duduk bersila di atas katil dengan rambut serabai baru bangun tidur.
            “Kiss my lips before you leave.” Tanpa nada Ean meminta. Serupa macam tak mahu tapi dalam hati mahu teramat! Ceh!
            Bibir Nadja menyimpul senyum. Dia bahagia dengan Ean sejak malam pertama mereka. Ean dah banyak bertolak ansur dengan dia. Tidak lagi keras dan dingin. Dengan senang hati Nadja mendapatkan sang suami manja dia. Lalu bibir itu dikucup penuh sayang. Pahala dia untuk pagi ni.
            Ean tersenyum-senyum menyentuh bibir sendiri walaupun sudah 10 minit Nadja berangkat ke tempat kerja. Manis! Indahnya ada yang halal. Tak sia-sia dia berkahwin. Betul la apa yang Dani katakan.


Assalamualaikum! Alhamdulillah cerita ni akan keluar versi Ebook. Sekiranya berminat boleh 

Whatsapp 0135383089

Preorder sehingga 24 MEI 2020

Harga Preorder : RM 12
Harga selepas tamat Preorder : RM 15

Aku Playboy Dia Ustazah : EMPAT



“SEKALI LAGI.”
Ean menyeringai sebal meraup wajah. Mana la dia nak sorok muka dia dari kawan-kawan. Terasa tebal berinci-inci! Mamat paling playboy dalam geng diorang tersangkut dari tadi melafaz akad. Merah padam muka dia bila sudah tiga kali dia melafaz akad masih juga tidak sah!
 Ini semua kerana dia tak rela! Songkok di kepala dibetulkan berkali-kali. Habis jahanam rambut dia yang bergel cantik pagi tadi. Ni dari jam 9 pagi sampai dah nak masuk tengah hari, dia masih belum bertukar status.
“Abi, bagi saya ambil angin kejap?” Pinta dia dengan dahi yang berpeluh kuat walaupun ruang tamu tempat akad nikah itu terpasang pendingin hawa. Mulut tetamu yang menyaksikan saat bersejarah dia mula berbunyi. Pertama kali kut melihat pengantin lelaki minta rehat kejap. Gemuruh sangat nampaknya.
Setelah wali bertanya pada Tok Kadi, Ean dibenarkan mengambil angin. Laju langkah kaki itu bergerak keluar dari rumah pengantin perempuan. Kepala dia tertunduk menahan malu saat melihat saudara mara keluarga mereka tersenyum-senyum pada dia.
Ean menjeling Nadja yang duduk bersimpuh di atas kusyen nipis pengantin. Senyuman Nadja saat bertentang mata dengan dia rasa macam nak aje Ean tarik bagi lebar. Marahkan Nadja tapi dalam masa yang sama tidak dinafikan Nadja sangat cantik dan comel mengenakan busana dari salah seorang pereka terkenal tanah air.
Ceh! Tak padan dengan ustazah, kopak duit dia membayarkan harga baju yang dipakai Nadja. Taste Nadja tinggi betul!
“Please awak. Saya dari dulu teringin nak pakai rekaan Rizman Ruzaini.”
Itu permintaan pertama. Okey Ean ikutkan sebab dalam masa yang sama mama membebel bagai nak rak sebelah dia.
Permintaan kedua Nadja pun lagi mengikiskan duit dia.
“Awak, saya nak wedding planner kita Reka teemor.”
“Ha. Ha. Ha.”
Ean gelak terpaksa memikirkan masa depan. Berpinar mata dia. Penat dia kumpul duit simpanan untuk masa depan, bertahun kerja baru dapat banyak macam tu tapi kini terlebur untuk perkahwinan paksa dia! Cis! Dia bukan bos besar pun. Kuli makan gaji aje.
Bukan Nadja tak pelawa untuk bahagi dua duit majlis kahwin, malah gadis itu berkeras mahu membayar juga. Tapi apa kejadah dia jadi playboy kalau perempuan lain semua dia boleh biaya inikan pula bakal isteri dia.
Ean terdiam kejap. Bakal isteri? Wooo brother! Kau dah boleh terima kenyataan la ni yang Nadja bakal jadi bini kau?
Heck no! Please tell me this is a dream! 
Nadja kata dia akan membatalkan perancangan kahwin mereka. Tapi alih-alih rancak pula gadis itu dan mama Ean menyusun atur segala perancangan. Nadja urus semua! Pilih warna tema, tempahan katering, barang hantaran. Pokoknya semua ada campur tangan Nadja. Geram sungguh!
“Awak kata nak cakap pada umi awak yang kita tak jadi kahwin!” Bentak Ean sebulan lepas. Terkejut bukan kepalang dia bila balik sahaja dari outstation selama seminggu, dia tengok ruang tamu rumah penuh dengan barang hantaran dan persiapan perkahwinan.
Mengamuk pada mama jangan cerita la. Mama kata diorang ingat Ean dan Nadja setuju sebab diam aje lepas berjumpa dulu. Nadja pun relaks aje beri kerjasama pada mama. Siap keluar berdua mencari barang kahwin.
“Saya dah cuba nak cakap pada umi dan abi. Tapi lepas tengok diorang gembira sangat kita nak kahwin, saya tak sampai hati.” Kecut weh perut bila Ean mengamuk macam ni. Baru Nadja tahu Ean ni menggerunkan. Dia ingat diam Ean selama ni sebab Ean baik. Tapi hampeh! Selamba aje mamat tu tarik tangan Nadja depan umi tadi. Diseretnya Nadja sampai ke luar pagar rumah. Mujur Nadja pakai baju muslimah lengan panjang. Kalau tak dia pelangkung aje kepala Ean depan umi tadi.
“Kau ni tak faham lagi ke apa aku cakap dulu! Aku tak suka kau!”
Nadja mengeras dengan kepala tertunduk dek dijerkah Ean. Tukar sudah bahasa lelaki itu. Tak ada lagi saya-awak. Ean memang tak suka dia! Bibir Nadja bergetar menahan tangis. Tak pernah seumur hidup dia dijerkah macam ni. Umi dan abi kalau marah pun akan menasihati dengan cara baik. Malah kawan-kawan dia semuanya jenis bersopan santun. Inilah pertama kali dia berkenalan dengan lelaki dapat pakej dihina dan ditolak macam perempuan murah!
Nadja ketap rapat bibirnya. Memberanikan diri melawan panahan tajam mata Ean yang seakan mahu menyiat tubuh dia.
“Saya tak boleh buat apa-apa. Semua dah nak siap. Sebulan dari sekarang kita akan berkahwin. Saya akan teruskan juga.” Ujarnya tegas. Dia kuat. Dia tak takut Ean. Dia hanya takut Allah.
Ean meraup wajah sebelum bercekak pinggang memandang Nadja. Sumpah dia tak faham apa yang Nadja fikir! Nampaknya Nadja tidak seperti gadis-gadis yang dia kenal. Yang dia buang sesuka hati, dan gadis itu berhambus dengan gelak tawa mencari lelaki lain. Nadja walaupun dia menolak jauh tetap datang pada dia.
“Aku tak faham apa yang kau fikir.” Bisiknya dengan gigi terketap menahan geram.
Nadja menarik senyum tawar. Membalas pandangan membunuh Ean dengan pandangan redup dia.
“Jodoh. Walau digenggam kuat, andai bukan milik kita tetap akan terlepas. Walau menolak, tetap datang. Sebab jodoh itu rezeki. Kita wajib ikhtiar tapi bukan menentukan. Awak tunggu, saya akan pastikan awak jatuh cinta pada saya. Itu tanda ikhtiar saya.
Nadja berlalu masuk meninggalkan Ean yang terpaku di situ.
Ean sentuh dada dia. Bisikan tenang Nadja sungguh menusuk ke hati. Mahu mengejar Nadja tapi kaki terpasak tidak bergerak. Mahu memanggil nama itu tapi lidah kelu tidak terucap.
Akhirnya dia di sini. Bakal melafaz akad menghalalkan hubungan antara mereka.
“Wei Ean! Kau ingat tok kadi semua tu memang menetap kat rumah ni ke? Lepastu kau sorang aje ke kahwin hari ni?”
Ean yang termenung di tepi longkang itu panggung kepala pandang Fauzan. Terus Ean buat muka meluat pada Fauzan yang tersengih-sengih macam kerang busuk! Aku tengah susah hati, dia sibuk memerli!
Fauzan tergelak mendekati Ean. Buat malu betul la pengantin lepak tepi longkang depan rumah pengantin perempuan pulak tu. Ramai mata memandang. Dia dan Dani gelak macam tak cukup tanah tadi melihat wajah cuak Ean.
“Kahwin aje la. Apa-apa hal belakang punya cerita.”
Ean mengeluh panjang. Susah ada kawan yang jenis tukar perempuan macam tukar baju ni. Selamba aje bagi cadangan macam lelaki paling tak guna di abad ini! Sejahat dia, dia tak sampai hati lagi nak kecewakan orang tua dia dan Nadja.



Assalamualaikum! Alhamdulillah cerita ni akan keluar versi Ebook. Sekiranya berminat boleh 

Whatsapp 0135383089

Preorder sehingga 24 MEI 2020

Harga Preorder : RM 12
Harga selepas tamat Preorder : RM 15

Aku Playboy Dia Ustazah : TIGA




KERETA EAN masuk ke dalam kawasan sebuah sekolah. Terkesima dia melihat suasana sekolah yang berbeza dari sekolah biasa itu. Bangunan yang terbina bercirikan seni bina islam. Lihat sahaja ukiran pada dinding dan atap, dia sebagai arkitek terus dapat meneka.
Cantik!
Dia tak sangka ada sebuah sekolah tahfiz swasta yang cantik macam ni. Tampak mewah bila bangunan itu dicat putih dan beberapa warna yang bersesuaian turut digabungkan. Dia ingat sekolah tahfiz seperti sekolah pondok yang agak daif dengan fasiliti yang tidak lengkap berbeza betul dari apa yang berada di hadapannya sekarang.
Tapi tak mustahil juga, setahu Ean sekolah tahfiz yang ini bukan sekolah tahfiz biasa. Ini sekolah elit yang setaraf International School yang ada di Malaysia. Cuma berbezanya sekolah antarabangsa itu menitik beratkan akademik dan cara pembelajaran barat. Manakala di sekolah tahfiz ini menitik beratkan penghafalan al quran dan gaya hidup islam. Parents yang hantar anak pun hampir kesemuanya dari golongan T20! Ye la, yuran bukan kaleng-kaleng kut.
"Sorry awak. Lama ke awak tunggu."
Ean tersentak bila pintu kereta sebelah penumpang dibuka dari luar. Berkerut kening dia pandang Nadja yang selamba mengambil tempat di sebelah dia. Tambah berkerut bila melihat Nadja yang berjubah kelabu dan bertudung labuh berwarna hitam. Serupa pelajar yang dia nampak lalu lalang di kawasan situ tadi.
"Kenapa awak pandang saya macam tu?" Soal Nadja. Ean pandang dia macam dia ni penjenayah.
"Awak ni student ke dekat sini?"
Nadja tersengih. Student? Aduh! Kembang hidung dia bila Ean cakap macam tu. Tandanya Nadja ni nampak muda la kan? Nadja tergelak kecil.
"Saya cikgu la dekat sini." Ujarnya lalu menarik tali pinggang keledar. Mata dia melilau memandang kereta Ean. Tak sangka citarasa Ean tinggi jugak. Audi kut. Bersih pula tu tanpa secalit habuk pun.
Ean menggeleng kepala tak percaya. Sungguh Nadja tak nampak macam wanita berumur 27 dengan pakaian macam ni. Serupa budak 17 tahun!
"Pakaian awak sama dengan budak. Tak confuse ke diorang?"
Nadja tergelak sebelum buat muka menahan geram.
"Itulah! Eii, saya lupa pulak hari ni hari jumaat. Pelajar sekolah menengah akan pakai jubah dan tudung macam saya ni. Ei! Geram la sama dengan diorang." Nadja membebel dengan tangan terkepal kuat.
Terkulat-kulat dia pagi tadi bila Cikgu Basyirah menegur pakaiannya. Cikgu itu ingat dia pelajar. Hampir sahaja dia dimarahi kerana masih berkeliaran. Rupa-rupanya salah orang. Itulah masalah bila sekolah menengah dan sekolah rendah berada di tempat yang sama. Cuma berlainan sistem sahaja.
"Awak mengajar apa?"
Nadja semakin teruja mahu bercerita. Ean mula berminat untuk tahu tentang dia.
"Saya mengajar sekolah rendah. Ajar pendidikan islam."
Terbelalak mata Ean.
"Ustazah?" Aku kahwin dengan ustazah ke ni? Mampus!
"Ala, title aje ustazah. Saya tetap cikgu macam yang lain. Apa la awak ni. Jangan la terkejut sangat."
Ean berdecit perlahan. Tubuhnya sudah tidak mengadap Nadja sebaliknya memandang ke hadapan. Dia sungguh tak jangka Nadja seorang ustazah. Dia pun nampaknya terperangkap macam Dani. Kenapa mama tak bagitahu dia awal-awal! Kalau tak dia terus mengatakan tidak pada Nadja ketika mereka berdua berbual haritu.
Kalau Nadja ustazah mesti dia pun extreme macam isteri Dani, Fatiha. Mata Ean mula berpinar membayangkan hidup dia akan ada isteri yang pakai jubah sepanjang masa. Lagi rasa sakit kepala bila nanti Nadja akan paksa dia pakai jubah, bela janggut, sembahyang 24 jam.
My god! Aku kena tamatkan semua ni sebelum terlambat.
"Jom la awak kita gerak. Karang lambat sampai rumah." Gesa Nadja.
Dia segan bila anak murid dia mula terjengah-jengah mahu melihat dia dengan lelaki mana. Mahu kejap lagi jadi gosip liar dekat sekolah ni. Dah la dia keluar dengan lelaki yang bukan mahram.
Lagi buat dia rasa mahu segera beredar bila pelajar menengah perempuan menunjuk-nunjuk kearah kereta Ean. Kereta Ean memang menarik perhatian manusia pun. Kereta yang ada dua seat ini betul-betul nampak berkarisma. Itu belum lagi kalau nampak tuan punya kereta yang lagi mengancam!
Apatah lagi pelajar di sekolah itu kebanyakannya dari keluarga senang. Jadi bab material ini mereka memang advance. Almaklum la masih muda belia. Ibubapa pula memanjakan anak sampai telefon pelajar Nadja lagi canggih dari dia. Tengok la habis saja waktu sekolah, semua keluar belang masing-masing tayang jubah siapa paling mahal, beg siapa paling berjenama di Instagram. Choi betul!
Ean pantas menukar gear dan menekan pedal minyak.
"Saya hantar awak balik. Tak jadi beli barang hantaran." Putus Ean tanpa memandang Nadja yang sudah melopong sebelah dia.
"Kenapa pulak?"
Ean mengeluh perlahan. Kereta diberhentikan di tepi jalan lalu separuh tubuh dia mengadap Nadja yang muram.
Nadja sedih?
Dia rasa sesuatu bila melihat raut itu. Tapi Ean cuba juga kentalkan hati. Dia tak boleh teruskan lagi benda ni. Dia rasa terpaksa. Nadja seorang ustazah sedangkan dia hanya seorang lelaki kaki perempuan. Layak ke?
"Awak bukan gadis idaman saya. Saya kaki perempuan. Awak rasa saya akan suka ke pada perempuan macam awak?"
Nadja mengetap bibir yang bergetar. Dia tak pernah ditempelak macam ni sekali. Dia rasa teramat malu! Sampai hati Ean berterus terang macam ni. Nadja pun ada hati dan perasaan. Perempuan mana yang tak sentap bila diberitahu dia tidak ada ciri-ciri gadis idaman lelaki kacak di hadapannya ini.
"Jadi apa gadis idaman awak?" Soal Nadja perlahan dengan suara yang serak menahan rasa sedih. Mata yang bergenang dia kalih pandang tempat lain. Tak kuat bila mata helang Ean merenung dirinya.
"Seksi. Menggoda. Manja. Itu aje. Dan benda ni tak ada pada awak."
Nadja menggenggam tangannya erat. Seksi? Dasar lelaki mata keranjang! Mereput kau dalam kubur nanti. Datang malaikat Munkar Nakir baru kau tahu takut!
"Hantar saya balik."
Nadja cuba beriak tenang. Tak ada guna dia mahu menunjuk sedih depan lelaki tak guna macam Ean. Dia bukan perempuan lemah yang akan memujuk rayu untuk bersama lelaki itu. Berlambak lagi lelaki dekat luar sana. Nadja bukan tak cantik, dia cantik dan ada juga ustaz-ustaz bujang baru balik dari tanah arab menanyakan status dia. Tapi dia tolak mentah-mentah kerana tidak kena dengan citarasa dirinya.
Bila dia dah jumpa lelaki idamannya. Dia pula yang tak kena di mata lelaki itu. Ceh!
Ean mengangguk. Selamba aje dia menekan minyak dah berlalu dari situ. Dia memang nak hantar Nadja balik terus. Tak nak lagi berhubungan dengan gadis itu walaupun raut itu akan selalu mengganggu dirinya.
"Saya akan cakap pada umi yang kita tak jadi kahwin!" Marah Nadja saat keluar dari kereta Ean.
Ean buat muka toya. Dalam hati dia berbisik suka. Lagi bagus kalau Nadja nak handle benda ni. Tak payah la dia bergaduh lagi dengan mama.
"Baguslah."
"Saya benci awak!"
Ean tergelak tapi dalam hati berbisik Nadja seorang yang comel. Bibir Nadja termuncung panjang sambil menghentak kaki berjalan masuk ke dalam rumah.
Seriously? Nadja tak ada gaya seorang ustazah langsung! Malah macam gadis biasa yang sedang merajuk kerana kehendaknya tidak dipenuhi. Tak cover ayu langsung! Hish! Boleh pulak aku cakap dia comel? No..no. kau kena kuat Ean. Waktu macam ni, perangai playboy kau tu tak payah apply dekat Nadja. Kau kena jauh dari dia!

Assalamualaikum! Alhamdulillah cerita ni akan keluar versi Ebook. Sekiranya berminat boleh 


Whatsapp 0135383089

Preorder sehingga 24 MEI 2020

Harga Preorder : RM 12
Harga selepas tamat Preorder : RM 15

Aku Playboy Dia Ustazah : DUA




TENGOK? Itulah orang kata, kahwin ni benda baik. Tapi kalau niat tu dah salah, memang mendapat!
"Kenapa pula Ean kena ikut mama?" rengus dia sebal. Dia baru aje turun dari bilik. Tak jejak lagi ruang tamu, badan dia pun tak kelihatan lagi disebalik tangga tapi mama tahu aje dia yang turun ketika itu. Terus mama ajak dia pergi rumah kawan mama.
"Mama nak kenalkan Ean dengan seorang perempuan ni. Baik budaknya Ean."
Puan Faridah membetulkan letak tudung di hadapan cermin. Suami dia dari tadi tunggu dia bersiap. Dia saja nak ajak Ean sekali. Dalam rumah ni ada mereka bertiga aje. Siapa lagi yang turun tangga macam nak roboh itu kalau bukan anak bujang dia.
Anak perempuan dia pula, Dayana berada di Melaka mengikut suami yang bekerja di sana.
"Ma! Ean kan dah bawak balik bakal menantu mama. Kenapa isu ni wujud lagi?" Bentaknya sedikit keras.
Dia terus mendapatkan mama. Terkejut jugak dia bila papa pun ada di situ. Selamba menonton berita macam tak ada apa-apa yang berlaku.
Usai bersiap, Puan Faridah mengambil tempat di sebelah suami dia. Lantas dia dengan tegas memandang anak bujangnya itu.
"Mama tak suka semua yang Ean bawak balik."
"Apa lagi yang tak kena?" Ean bercekak pinggang di hadapan mama dan papa. Meluahkan rasa tak puas hati. Bukan sedikit usaha dia nak aturkan perjumpaan bakal isteri dia di rumah ini.
Banyak modal dia kena keluar nak bodek Sara dan Soffiya. Zulaikha aje yang tak banyak demand.
"Apa yang tak kena Ean tanya?"
Mencerlung tajam pandangan Puan Faridah. Sungguh dia tak percaya anak dia tanya macam tu! Apa yang tak kena? Banyak yang tak kena!
"Pertama, si Zulaikha. Memang baik budaknya tapi muda yang amat! Umur baru 18 tahun! Mama tak rasa dia boleh ubah Ean jadi baik. Entah entah Ean yang buat dia ikut perangai Ean."
Cit! Ean berdecit geram.
"Si Sara, memang baik. Pandai masak segala. Tapi dia tua sangat dari Ean. Bukan sikit tua dia. Banyak! Nak masuk 45 tahun! Ean ni otak letak dekat mana waktu bawak balik dia nak jadikan dia isteri Ean! Ke Ean ni anak ikan dia?"
“Mama!” Sampai hati mama cakap dia anak ikan. Eii, tak kelas betul. Kali ni Ean mendengus kasar. Muda salah, tua salah. Semua salah!
"Last sekali paling mama tak suka si Soffiya tu. Ean ingat mama tak tahu kenapa dulu Ean berpisah dengan dia? Dia tidur dengan lelaki mana-mana lepastu nak jadikan dia menantu mama? Kamu dah gila ke hah?"
Buntang mata dia pandang mama. Terasa kesat air liur dia nak menelan.
"Macam mana mama tahu?"
"Mama sendiri nampak dia ke hulu ke hilir dengan lelaki entah apa-apa. Bertukar-tukar jantan! Lagi sekali mama nak tanya Ean, otak Ean letak dekat mana? Kepala lutut ke?" Tempik Puan Faridah.
Meluap-luap rasa marah dia pada Ean. Dayyan memang betul-betul menolak rancangan dia sampai sanggup pilih perempuan tak cukup kriteria tu.
"Sabar, Idah." Encik Don mengurut lembut lengan isteri dia. Ada naik mencanak darah tinggi ni nanti.
"Sabar abang kata? Anak kita sanggup pilih perempuan entah apa-apa sebab tak nak terima pilihan saya. Saya kecewa sangat tahu tak!" Adunya bernada sedih.
Ean mengeluh lemah. Mama dah buat drama pulak dah!
"Maa, Ean.."
"Ean apa!" potong Puan Faridah bengang. Sampai hati anak dia tu tunjuk muka malas-aku-nak-layan-mama! Ini mama yang melahirkan dia tahu tak!
Encik Don berdehem kecil. Nak tak nak kena juga dia masuk campur pergaduhan dua beranak ini. Si isteri kuat sentap. Si anak keras kepala. Dia yang susah!
"Ean, papa dan mama memang salah dalam mendidik kamu. Terlalu ikutkan nak anak cerdik pandai akademik sampai lupa nak bagi ajaran agama. Langsung papa tak pernah paksa Ean belajar agama. Jadi kami nak tebus salah kami, kami kalau boleh nak carikan Ean jodoh yang boleh bimbing kamu."
"Kenapa dia pulak yang kena bimbing Ean!"
"Jaga nada Ean tu." Tegas Encik Don memberi amaran.
Ean meraup wajah. Bengang.
"Supaya kamu ada rasa malu pada isteri sendiri. Kamu akan ubah diri kamu sendiri nanti untuk setanding dia."
Dia mengetap bibir pula menahan geram. Mengumpul rasa sabar untuk berhadapan dengan kedua ibubapanya itu. Dia meramas rambutnya yang memang dah serabai.
"Benda tu tak akan berlaku, pa! Ean bukan boneka atau perempuan yang boleh nak dibuat sesuka hati. Ean lelaki, dia yang patut ikut cara Ean."
Beristighfar panjang Pun Faridah. Mengurut dada dia melayan sifat ego dan keras kepala Dayyan.
Ean menggeleng kepala perlahan. Selagi dia melawan, selagi itu mama dan papa akan terus menekan dia. Dia tertekan!
"Dah la ma. Ean malas nak cakap lagi. Kalau mama nak cari isteri Ean. Mama carilah. Tapi satu aje Ean nak bagitahu mama, Ean tak akan berubah sebab dia!"
Ean serius. Dia akan lawan gadis itu sampai gadis itu yang ikut cakap dia. Dia tak akan jadikan diri dia macam Dani.
"Ean." Puan Faridah mengetap bibir.
"Mama nak Ean ikut sangat kan? Okey. Ean ikut cakap mama." Gertak dia lalu terus berlalu naik ke atas.
"Muhammad Dayyan!"
Walaupun mama menempik kuat, dia buat tak tahu aje. Mama yang nak dia jadi macam ni. Dia tak ada niat pun nak meninggi suara pada orang tuanya itu. Tapi dia manusia yang tak suka dipaksa. Kemarahan dia tak dapat dikawal tadi.


"INI NADJA."
            Iris mata Ean membesar. Terkejut. Ini gadis yang...
            "Awak ada datang majlis berinai Fatiha dan Dani kan?" Si dia dulu mengaju soalan.
            Ahah! Baru Ean ingat dia pernah nampak raut itu di mana. Gadis abaya hitam! Tak sangka dia gadis itu yang akan mama pilih. 
            "Eh, Nad dan Ean pernah kenal ke?" Bersinar mata mama dan umi Nadja. Seronok benar mereka kalau Ean dan Nadja sudah saling kenal. Mudah kerja.
            Ean segera menggelengkan kepala. Wajahnya masih ketat tiada secuit senyuman. Tapi melihat senyuman Nadja, dada dia terasa berdebar. Manis senyuman gadis putih melepak itu. Tambah menawan dengan adanya lesung pipit di kedua pipi gebu itu.
            "Kami tak kenal. Tapi Nad pernah nampak Ean dekat majlis kawan baik Nad."
            Ramah sungguh gadis itu berbual. Patutlah mama berkenan sangat. Walaupun hati dia memuji si gadis, tapi dia buang jauh-jauh rasa itu.
            Melihat permakaian Nadja langsung tak ikut taste Ean. Jubah hitam dan tudung sarung? What the.. Ini ke bakal bini aku? Tak selera betul la nak tengok. Putus nafsu macam ni. Berbeza betul Nadja ketika malam berinai Dani dengan Nadja depan dia sekarang. Ean tak rela!
            Nak pula dia terdengar yang Nadja kata Fatiha tu kawan baik gadis itu. Mampus aku! Aku tak nak jadi macam Dani!
            "Kamu berdua berbual la dulu. Kenal-kenal."
            Puan Faridah dan Puan Jamilah memberi ruang.
            "Umi, Nad tolong umi dekat dapur la." Pintas Nadja laju. Dia segan nak berbual dengan lelaki depan dia ni. Tak senyum langsung. Masam aje muka tu. Dia tahu mesti Ean tak setuju dengan niat ibu bapa mereka.
            "Eh, tak payah. Bila lagi kamu berdua nak berbual. Sekarang aje la masa yang ada sementara semua ada ni."
            Nadja gigit hujung bibir. Kalau dah umi dia cakap macam tu, dia ikut ajelah.
            "Jom duduk sana." ajak Nadja lalu terus berlalu dari situ.
            Ean pandang meja bulat yang berada di halaman rumah yang luas itu. Mujur redup kerana dikelilingan pokok yang rendang. 
            "Awak okey tak?"
            Ean mengangguk mengambil tempat di hadapan Nadja. Banyak mulut betul la Nadja ni. Dari tadi dia aje yang mulakan perbualan. Sampai Ean yang jenis suka mengorat ni pun terdiam. Selalu Ean yang memulakan tapi sekarang terbalik. Mungkin sebab hati dia tak ikhlas nak berkenalan dengan Nadja.
            "Awak sebenarnya tak setuju ya dengan rancangan parents kita?" tebak Nadja selamba. Bibir dia tenang mengukir senyuman menatap redup Ean yang berubah riak.
            "Bukan tak setuju. Aku..saya cuma masih belum kenal awak."
            Nadja tersengih.
            Ean pula mula tak tentu arah. Jangan sengih la perempuan! Tahu tak muka kau tu lawa. Aku tak boleh jatuh cinta! Aku tak suka perempuan macam kau!
            "Sengih kenapa?" Sergah Ean sedikit garang.
            Nadja mengulum senyum. Garang betul la mamat ni. Cuba senyum sikit, mesti lagi kacak dari sekarang.
            "Maaf kalau awak tak suka saya. Umur awak berapa?"
"30."
"Saya pulak 27. Mungkin sebab umur kita kut mama dan umi dah risau nak kita kahwin."
Ean herot bibir. Belum apa-apa dah panggil mama.
"Awak kerja apa?"
"Pelukis pelan."
"Wow! Sebenarnya itu cita-cita saya. Tapi tak kesampaian."
Ean kalih pandang tembok pagar. Biarlah dia pandang tembok pagar ni dari pandang Nadja. Riak wajah Nadja yang berubah-ubah buat dia rasa mahu merenung wajah itu tidak lepas. No! Dia tak boleh kalah dengan mama. Dia dah janji, kalau dia kahwin dengan Nadja. Gadis itu yang akan ikut telunjuk dia.
"Awak..." lembut aje Nadja panggil dia.
Ean pandang Nadja. Wajah gadis itu tampak sedih. Sedikit merah kulit yang cerah itu.
"Kalau awak tak suka saya. Tak apalah. Saya akan cakap pada umi yang kita tak serasi."
Ean terpempan.
"Kenapa pulak?" Soalnya setelah lama berdiam.
Senyuman Nadja kelat. Bukan dia tak nampak betapa tak sukanya Ean pada dia. Berbeza benar cara Ean pandang dia di malam berinai Fatiha.
Dia perasan, Ean berada di luar rumah memandang dia lama. Tak senang duduk dia dibuatnya bila seorang lelaki kacak dengan pandangan redup macam tu. Dia malu. Tapi dia tak mahu nampak gelabah depan Ean. Seboleh-boleh dia buat tak nampak Ean ketika itu.
Kali ni bila umi tunjuk gambar Ean pada dia, terus dia tertarik untuk berkenalan. Padahal selama ini dia tiada hati untuk bercinta. Mungkin ini dinamakan jodoh? Siapa tahu kan?
Melihat Nadja hanya berdiam tidak menjawab, Ean tarik nafas dalam-dalam.
"Saya setuju dengan rancangan orang tua kita." Putusnya tegas. Mata mencerun pada Nadja yang memandang dia dengan pandangan tidak percaya.
"Betul ni?"
Ean mengangguk kepala. Seketika kemudian dia rasa pelik bila Nadja tersenyum gembira. Bersinar mata bulat itu memandang dia. Jauh disudut hati Ean dia sempat memuji mata milik gadis itu. Cantik.
"Awak suka saya ke?" Ean tersenyum sinis.
Soalan tak berlapik Ean mematikan senyuman Nadja. Terbuntang mata dia melawan mata Ean. Berderu panas pipi yang tadinya sejuk.
"Er, saya masuk rumah dulu."
Ean menghantar pemergian Nadja dengan dahi berkerut. Gelabah pulak minah ni. Dia suka aku ke? Tapi takkan baru jumpa dah suka?
Hurmmm. Ni susah jadi orang handsome. Tak buat apa pun orang suka.
Ean tergelak kecil.



Assalamualaikum! Alhamdulillah cerita ni akan keluar versi Ebook. Sekiranya berminat boleh 

Whatsapp 0135383089

Preorder sehingga 24 MEI 2020

Harga Preorder : RM 12
Harga selepas tamat Preorder : RM 15
 
TeEn LoVe StOrY Blogger Template by Ipietoon Blogger Template