3 Tahun kemudian.
TANAH perkuburan itu penuh dengan kenalan Nik Borhan. Baik rakan
perniagaan dan pekerja-pekerja turut berduka atas pemergian ketua mereka
sehinggakan solat jenazah tadi penuh satu masjid. Setelah disembahyangkan
jenazah dibawa terus ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.
Bacaan talkin meruntun jiwanya. Harini malam pertama
tok daddy di alam yang lain. Adakah tok daddy akan baik-baik sahaja. Harapnya,
segala ibadah dan amalan tok daddy akan menjadi asbab kesenangannya di
sana.
“Dah la, kawal suara tu. Jangan menangis.” Wafiy
hulur sapu tangan pada si gadis yang dari tadi menggogoi kesedihan. Kuat pulak
tu suara dia, sampai terdengar jelas esak tangis walhal ramai yang turut berada
di situ.
“Tok daddy dah tak ada.” Sapu tangan yang dihulur
disambut lemah lalu dikesat pipi yang basah.
Wafiy memeluk tubuh menahan getaran tubuh. Dia pun
terasa mahu meraung melepas semua, tapi dia tahu meraung di kubur bukan perkara
yang baik.
“Aku tahu, kita semua kena tabah.”
Bunga hanya berdiam. Wafiy memang tabah, sangat positif
sama macam Aunty Bella. Cuma Bunga masih tak kuat. Bunga dah rindu Tok daddy.
Gelak tawa dan usikan Tok daddy seakan terngiang-ngiang di kepalanya. Seakan
terdengar bisikan dan suara Tok daddy di cuping telinganya. Jadi macam mana
Bunga boleh berhenti menangis? Air mata ni macam turun sendiri tanpa dapat
dikawal.
“Kita doakan Tok daddy dikalangan orang mukmin.” Wafiy
cuba memujuk lagi. Dikerling sekilas si gadis yang tersedu sedan disebelahnya.
Bengkak mata Bunga serupa mata ikan mas. Wajah putih bersih itu kemerahan di
pucuk hidung. Selendang hitam yang menutupi rambut gadis itu pula ditarik
hujungnya untuk menutup mulut agar tidak kedengaran tangisannya.
“Amin.”
Hujan renyai-renyai turut mengiringi pemergian Nik Borhan.
Sesungguhnya kematian adalah rahsia tuhan. Kerana hidup penuh dengan
ketidakpastian sedangkan mati adalah satu kepastian.
0 comments:
Post a Comment