SUMPAH
dia tak mahu menangis. Tapi air mata tetap mahu keluar dan akhirnya menitis
tanpa henti di pipi. Dia menangis bagai nak gila depan TNB! Pekerja di situ
kata, dia perlu membayar sekurang-kurangnya RM 300 untuk memasang kembali
eletrik yang telah dipotong.
Duit
di dalam purse lusuh itu direnung lama. Berbaki tepat 200 ringgit setelah dia
melangsaikan tunggakkan bil air. Dalam masa yang sama, ada beberapa ringgit
perlu diasingkan untuk kegunaan harian seperti minyak motor dan barang dapur.
Duit
minyak motor perlu disimpan sekurangnya RM 50. Barang dapur pula setidaknya dia
perlu membeli beras dan telur. Walaupun tiada barang basah untuk dimasak asalkan
adalah sesuatu yang boleh mak makan nanti.
Memikirkan
semua itu membuatkan Hanim menangis beria-ia tanpa rasa malu lagi. Dirinya rasa
terlalu hopeless. Perlu menunggu 28 hari lagi untuk gaji akan datang.
Dengan
langkah yang gontai, dia berlalu mendapatkan motor yang terparkir di seberang
jalan.
Sekali
lagi tangisan Hanim pecah. Tersedu sedan dia memijak pedal di kaki. Menekan
beberapa kali tetapi tetap enjin motornya tidak hidup.
"Ya
Allah! Apa lagi!" jerit Hanim tak berdaya dengan keadaan yang terus menekan.
Pipi dah lencun dengan air mata.
"Sabar...sabar.
Meh saya tolong."
Hanim
tersentak! Terus mati tangisan dia kerana terkejut disapa seseorang dengan
tiba-tiba. Pantas dia berpaling ke kanan.
Di
samping motornya terparkir sebuah Ducati berwarna merah dan ada seorang lelaki
memakai helmet full face sedang bergegas turun dari motornya. Sarung tangan
kulit berwarna hitam turut ditanggalkan dan diletakkan di atas tempat duduk
motor superbike itu.
"Nah,
lap air mata tu. Teruk sangat menangis ni." sapu tangan berwarna kelabu
diambil dari kocek seluar jeans.
Terkebil-kebil
Hanim renung sapu tangan yang tepat berada di depan muka dia.
"Ambillah.
Lap muka tu. Meh saya tolong cek motor awak." si jejaka hulur bantuan
lagi. Disodor lagi sapu tangan ke arah si gadis.
Sejak
tadi dia lihat gadis itu menangis beria-ia depan pejabat TNB. Naik pelik pula
dia. Teruk sangat ke perkhidmatan TNB sampai gadis itu meraung begitu?
Dalam
keadaan teragak-agak, Hanim sambut juga sapu tangan itu. Wajah yang basah
dilap. Dan ketika itu dia tercium haruman maskulin si lelaki. Terus emosinya
yang berkecamuk tadi kian tenang. Sedu sedan tangisan Hanim pun terhenti dan
dia hanya diam memerhati lelaki itu gigih menghidupkan motornya.
Terbit
rasa kesian di hati melihat betapa gigihnya lelaki itu mahu membantu. Susah
payah memijak pedal sedangkan motor mahal lelaki itu hanya perlu dihidupkan
dengan menekan suis.
"Saya
rasa motor awak ni habis minyak. Meter pun dah tak berfungsi ni. Tu sebab awak
tak tahu minyak habis." Sedikit mengah Faris menjelaskan. Pergh! Baru nak
start enjin Honda EX5 dah mengah. Memang dia perlu mula daftar ke gim
nampaknya. Stamina dah out!
Hanim
gigit hujung bibir. Bukan dia tak tahu meter motor tu rosak. Dah lama pun
rosak, tapi dia yang tak pergi betulkan. Selama ini dia main agak saja berapa
kelajuan dan berapa minyak yang ada.
Cuma
kali ini dia terlupa nak isi gara-gara emosinya yang tak betul sejak peristiwa
pagi tadi di rumah.
"Saya
tolong awak."
Hanim
panggung kepala. Dia hanya diam bila lelaki itu kembali naik ke atas Ducati
merah.
"Jomlah."
gesa Faris bila Hanim masih berdiri di tepi motornya.
"Pergi
mana?" Hanim terpinga- pinga. Masih blur dengan semua yang terjadi
sekarang ni.
"Saya
tolong tolak motor awak sampai stesen minyak. Awak naik, saya tolak pakai
kaki." Enjin superbike dihidupkan dan diundur keluar motor besar itu dari
petak parkir motor.
Hanim
akur. Bergegas dia juga mengundurkan motornya.
Faris
letak kaki kanan di tepi motor Hanim dan disorong sehingga ke stesen minyak
yang terdekat. Mujur ada stesen minyak dekat-dekat situ kalau tak memang kejang
juga kaki Faris. Tak pun tiba-tiba berotot besar sebelah kakinya.
“Tu,
pump nombor 5 kosong.” Faris tunjuk arah kirinya. Motor Hanim ditolak sampai ke
sana.
Bergegas
Hanim seluk poket seluar tracksuitnya. Mengeluarkan purse dan menuju ke kaunter
bayaran. Terpaksalah Hanim pejam mata mengisi minyak motor. Sementelah duit
memang tak cukup untuk bayar bil eletrik.
"Terima
kasih. Susah payah awak bantu saya. Lenguh tak kaki tu?" Hanim kerling
kaki si lelaki yang berbalut seluar jeans jenis slim fit itu. Harap-harap tak
apa-apa.
Faris
hanya tersenyum. Tapi sebab dia masih tak tanggal helmet yang menutup muka,
jadinya Hanim hanya nampak mata Faris yang menyepet.
"Lenguh
juga."
Alamak!
Terus berubah riak muka Hanim. Tak sangka mamat ni jenis jujur. Langsung tak
ada basa basi.
"Err..."
"Saya
gurau ajelah. Bukan jauh benar pun sampai nak rasa lenguh." Tergelak Faris
bila melihat betapa pucatnya muka si gadis.
"By
the way, saya Faris." Sambil menuju
ke motornya yang diparkir belakang motor si gadis, Faris memperkenalkan diri.
Dari tadi dia tak tahu nama gadis yang dibantunya itu.
"Hanim."
Faris
dah bertenggek atas motor Ducati merah. Memakai sarung tangan kulit sambil
matanya melihat Hanim yang masih mengisi minyak pada tangki motor. Mata
berpandangan seketika dan bibir saling bertukar senyum.
"Semua
dah settlekan? Saya pergi dulu ya." Melihat Hanim dah selesai mengisi
minyak, Faris juga mula menghidupkan enjin motor besarnya.
"Baik,
terima kasih tau." Hanim senyum lagi. Bersyukur ada orang yang sudi
membantunya. Hilang juga satu beban di bahu ni. Walaupun Faris hanya membantu
menolak motor hingga ke stesen minyak tapi bagi Hanim besar pertolongan itu
ketika dia rasa dirinya terlalu hopeless.
"No
hal!" Faris angkat tangan menyapa Hanim dan tak sampai sesaat berdesup
motor besar itu hilang dari pandangan mata.
“BARU
balik, Nim?” tegur mak sebaik sahaja Hanim melangkah masuk ke dalam rumah.
Hanim hanya diam tidak menjawab,
melabuh punggung di sebelah mak. Wajah mak dikerling sekilas. Ada kesan lebam
di pipi dan tepi mata mak. Terus dadanya terasa diramas-ramas. Nafas ditarik
dalam-dalam agar tidak meluap emosinya pada orang yang salah.
“Pergi mana tadi?” tanya mak lagi.
Mahu mengambil hati si anak. Dia tahu Hanim masih marah dengan peristiwa pagi
tadi. Dan gara-gara itu, dia pula dibelasah Hasan setelah Hanim dan Hanafi
keluar dari rumah.
“Cari kerja.” Kerja di kedai Kak Lina
bermula jam 6 petang sehingga 11 malam. Jadinya dia boleh cari kerja di siang
hari.
Kepala Hanim yang beralas tudung bawal
lusuh diusap mak lembut.
“Hanim kan dah kerja di kedai makan
Lina. Kenapa nak cari kerja lagi?”
“Kalaulah waktu kerja tu singkat, dah
lama aku buat tiga empat kerja mak! Semata-mata nak tanggung biawak hidup dekat
rumah ni!” Jawab Hanim dengan nada tertahan. Tangannya terkepal kuat dengan
gigi terketap. Mujur abah tak ada ketika itu. Kalau tidak, dia akan bergaduh
lagi dengan orang tua itu kerana telah mencederakan maknya.
Mak terdiam.
“Aku mintak maaf kalau buat mak
terasa. Tapi aku sakit hati! Aku penat mak dengan apa yang jadi pada keluarga
kita ni. Tengok tu, pipi mak tu! Sampai bila mak nak bertahan?”
“Mak…”
“Sampai abah berubah?” potong Hanim
laju. Tak mahu lagi mendengar alasan mak yang tak habis-habis dengan alasan
yang sama.
“Orang tua tu dah 60 tahun mak. Tapi
ada mak nampak dia berubah? Ada? Sampai mati pun dia akan terus macam tu!”
“Hanim. Tak baik cakap abah macam tu,
nak. Walau apa pun dia… dia tetap abah kau.”
Hanim meraup wajah. Memeluk lutut
sambil bersandar di dinding rumah. Ruang tamu yang kosong tanpa sebarang
perabot itu direnung lama. Kosong pandangan mata dia, sekosong suasana rumah
ini.
Rumah yang tiada bahagia. Rumah yang
tak layak disebut rumah kerana tujuannya hanya untuk menumpang tidur sahaja.
Tiada gurau senda atau kasih sayang di situ.
“Dah berbuih aku cakap dengan mak.
Tapi mak tak pernah nak dengar cakap aku. Sudahnya nanti, mak tetap cari aku
untuk tolong mak.”
“Habistu kau merungut la mak susahkan
kau.” Bibir mak dah terketar mahu menangis. Terasa hati mendengar luahan
anaknya. Dari mula kahwin lagi dia dah diherdik dan dicaci Hasan dengan
perkataan ‘menyusahkan’ kini Hanim juga mengatakan benda yang sama. Dia memang
tak patut hidup. Hidup dia hanya menyusahkan Hanim dan Hasan.
Hanim mendengus sebal. Lantas bahu mak
dipaut erat. Air mata Hanim menitis dalam diam tatkala meraih tubuh mak dalam
pelukan. Mak dah terlalu kurus. Kesal kerana mak masih juga mahu menanggung
derita di sini.
“Hanim ada untuk jaga mak. Tolonglah
mak! Tolonglah faham apa yang Hanim nak. Kita boleh hidup berdua tanpa dia.”
Pujuk dia perlahan.
Tangisan mak pecah. Dipeluk erat tubuh
Hanim dan bahu Hanim sentiasa ada untuk dia bersandar dan melepas rasa yang
menjeruk hati selama ini.
“Assalamualaikum!”
Tangisan dua beranak itu terhenti.
Cepat-cepat pelukan dileraikan dan air mata di pipi dikesat.
Hanim bergegas bangun menuju ke pintu.
Mahu melihat gerangan yang datang ke rumah.
“Waalaikumussalam.”
“Saya dari TNB. Nak pasang meter.”
Eh! Hanim tercenggang sesaat. Rasanya
dia tak bayar lagi bil yang tertunggak. Segera dia mencari resit bil di dalam
kocek seluar tracksuitnya. Diseluk setiap poket tapi tak ada.
“Er…”
Terkebil-kebil Hanim lihat pekerja TNB
itu memasang meter di dinding luar rumah dia.
Mak keluar dari rumah setelah lampu
dan kipas di ruang tamu menyala.
“Terima kasih Hanim.” Marah-marah
Hanim, tapi tetap anaknya usaha untuk membayar segala bil untuk kelangsungan
hidup mereka.
Hanim yang masih tertanya-tanya hanya
diam. Dia tak bayar bil eletrik macam mana boleh hidup ni? RM 300 tu!
0 comments:
Post a Comment