Saturday 16 February 2013

Only tears


“Ash!”

Ashrin  memberhentikan langkah kakinya apabila terdengar namanya dipanggil. Dia menoleh kebelakang. Zita, merangkap kawan baiknya sedang berlari anak kearahnya. Tercungap-cungap kawan tu dibuatnya.

Kening dinaikkan “kenapa?”

Zita dan Ash berjalan beriringan. “Kau la! Tinggalkan aku. Bukan nak bagi support!” Zita memuncungkan bibir. Orang nak confess dekat Atief pun tak jadi bila toleh kiri kanan tengok Ash dah hilang. Bukan nak bagi semangat minah ni!.

Ash diam. ‘merajuk ke minah ni?’

“Ala, jangan la muncung-muncung. Nanti Atief nampak terus dia lari tengok kau muncung kalah itik hodoh!” Ash tergelak.

Zita semakin memuncungkan mulut. Itik hodoh dia kata aku!. “Ash! Kau ni!” cubitan paling halus diberikan di lengan Ash. Menjerit kawan tu dibuatnya.

“Ouch! Sakit la. Apa ni main cubit-cubit.” Lengannya digosok-gosok. Aduh. Pedihnya minah ni cubit.
Zita gigit bibir.  “Sakit sangat ke weh?” muka Ash yang merah padam dipandang serba salah.
Ash angguk berkali-kali. Memang sakit!

“Kau la kenapa tak tunggu?”

Ash garu kepala. Dia ni macam tak tahu jer aku dah berapa kali bagitahu tak suka dia minat si mamat playboy tu. Takkan la aku nak tercongok pulak kat tepi tengok dia confess kat depan mamat muka bajet handsome tu!

“Dia playboy la. Please, try to find another guy that much better than him?” Muka Zita yang tunduk memandang jalan ditenung.

“Tapi, aku cinta dia” mata Zita mula bergenang air mata. Tahan! Jangan mengalir sekarang. Kot ye pun kau nak melihat dunia wahai air mata, tapi please! Bukan depan Ash!

Ash angkat bahu. Hopeless. Kalau melibatkan air mata dan perasaan ni memang bukan dia. Ashrin Damia memang tak tahu nak berkata-kata bila melibatkan dua perkara ni. Speechless jadinya.
Langkah kaki diteruskan kearah kolej kediaman. Dua-dua diam tak berkata-kata.

Atief Danial Bin Musa. Siapa tak kenal dia? Pelajar paling terkenal dan glamour kalah Aaron Aziz kat kolej ni. Glamour dengan perangai yang tak semegah mana bagi gadis seperti Ashrin. Playboy, buaya darat, kaki perempuan, apa lagi? Semua yang berkenaan dengan perempuan bagi jer la kat dia ni. Harap muka je boleh diterima akal untuk dikatakan kacak, smart, bergaya. Hahaha. Tapi, Ashrin Damia tak buta dan tak bodoh lagi untuk mengatakan perangai dia memang tak boleh diterima akal!

Nampak tak betapa elerginya Ashrin Damia dengan Atief Danial.

*****
Pintu bilik dikuak dari luar. Beg sandang yang beratnya mengalahkan seguni beras yang beratnya 10 kilo! Buku-buku medik yang tebalnya macam apa tu semua Ash sumbat dalam beg. Malas nak pegang, buat lenguh tangan je. Baik galas jer kat bahu. Biar berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Hahaha.

“penatnya hari ni.” Ash mengeluh untuk sekian kalinya. Dalam perjalanan pulang tadi dah berapa kali dia mengeluh. Tak sampai lima minit dia berbaring diatas katil, matanya sudah mula terlelap.

“Ash!!”

Buk!

Terdengar bunyi orang jatuh katil. Zita yang tukang jerit tadi panggil Ash terdiam depan pintu bilik.

“Adoi! Sakitnya pingang aku!” Ash cuba bangun dari lantai sebab tergolek tadi. Muka Zita yang masih diam tak berkutik depan pintu bilik dia dipandang geram. Zita punya pasal ar. Terkejut dia yang sedang tidur tu sampai jatuh katil dibuatnya.

“Sorry, tak tahu pulak kau tengah tidur.” Zita segera mendapatkan Ash. Kerusi di meja belajar Ash ditarik dan duduk.

“Kenapa datang mengejut ni? Mesti ada benda ni. Kalau tak, tak ada makna aku nak nampak kau main terjah je ni.”

Zita sengih. Muka bahagia gila.

“kau nak tahu tak! Atief terima aku jadi girlfriend dia!” Zita terloncat-loncat atas kerusi. Gila! Memang gila! 

“Bila?”

“Tadi! Aku confess kat dia. Then, he said that he also admire me since long time ago! And selama ni dia diam kan aja sebab dia takut aku tak suka dia” Zita peluk Ash. Bahagianya.
Tangan Zita yang merangkul bahu Ash dilepaskan perlahan-lahan. “Wait!”

“Kalau dia kata dia suka kau dah lama dulu… kenapa dia ada hubungan dengan perempuan yang setiap minggu berlainan orang?” Ash angkat kening kat Zita.

Zita diam untuk mencari jawapan bagi Persoalan Ash.

“Dia mungkin sunyi kot, lagi pun waktu tu dia tak tahu perasaan aku kat dia lagi”

Ash mengeluh perlahan. “Cinta memang boleh membutakan huh?”
Zita mengangguk perlahan. hehehe

****
‘Zita memang la menyusahkan! Ada ke patut tinggalkan aku dengan mamat ni je sebab abang dia datang ambil dia and terus balik rumah!’

Ya Allah, dah la tadi Atief yang ambil diorang kat asrama, dan boleh diterima akal Ash ni lagi sebab Zita ada sekali. Tapi sekarang! Zita dah blah macam tu je and suruh Atief hantar dia balik.

Kalau la tadi dia berkeras tak nak ikut si Zita ni pergi date dengan Atief mesti tak jadi macam ni. Zita la punya pasal ni, paksa jugak pergi sebab nak tunjukkan sikap sebenar pakwe dia yang dikatakannya baik hati sangat and caring. Uh! Please la.

Mama! Tolong Ash!

“Saya balik dulu” Ash bangun dari kerusi. Dia sangup balik sekarang sebab takut taxi tak ada pulak kalau dah lewat sangat. Jam dah tunjuk pukul 10.30 malam. dia kena cepat. Seram pulak balik sorang-sorang.
Atief terkejut. Ash datang dengan dia. So, Ash kena balik dengan dia jugak!

“Eh, awak, biar saya hantar awak balik” Atief sabar tangan Ash. Ash tergamam. Selamba dia je pegang tangan aku!

“Tak apa.”

“please! Kan dah lewat ni. Macam mana saya nak cakap kat Zita nanti kalau apa-apa terjadi kat awak. Please. Tunggu kejap je. Kawan saya datang kejap lagi. Nanti saya hantar awak balik. Boleh?” Atief buat muka comel. Penuh mengharap.

Ash terkaku lagi. Ya Allah mamat ni! Kenapa hati dia jadi lembut dengan mamat ni.

Perlahan-lahan Ash menganggukkan kepala. Atief bersorak gembira.

Dah sejam Atief berborak dengan kawan-kawan dia.  Ash kat sebelah macam tunggul je dibuatnya. Mengantuk satu hal, bosan satu hal. Dah berapa kali matanya ditahan. Menyesal aku setuju!

Ash berlalu pergi ke tandas untuk membasuh muka. Tak sampai 10 minit Ash keluar semula. Atief masih rancak berbual.

Ash minum air yang Atief beri bila Atief tengok air Ash dah lama habis. Mahu tak habis nak dekat 1jam setengah dia duduk tercongok kat situ. Ash terdengar Atief kata dia nak hantar Ash balik kat kawan-kawan dia. Bersyukur gila Ash. Nampak katil je sekarang ni.

Masuk je dalam kereta, Ash rasa mengantuk sangat. Sampai nak bukak mata pun tak mampu. Rasa macam kat mata ni ada orang bergayut dan kena gam rasanya. Ash pandang Atief yang leka memandu. Tidur la kejap walaupun sebenarnya dia takut nak tidur bila duduk sekereta dengan Atief. Tapi tetap jugak nak kena tidur sebab mata betul-betul tak boleh bukak.

*****
Mata dibuka perlahan-lahan. Kepala dia rasa berat semacam. Badan pun rasa lenguh teramat.

“kat mana ni?” Ash pandang sekeliling. Bilik siapa ni? Dia cuba duduk. Tapi sakit kepala menyebabkan dia terbaring semula. Matanya meliar kesekeliling bilik.

Ya Allah tolong aku!

Dalam fikiran dia dah mula fikir bukan-bukan. Atief! Mana dia?

“Wow! Dah bangun dah puteri sorang ni” Atief bersuara ceria. Dia yang baru keluar dari bilik air hanya memakai tuala separas pinggang je!

“Kenapa aku kat sini?” Ash rasa nak menangis. Dia takut apa yang dia fikirkan selama ni betul. Tidak! Bahasa dia pun dah tukar aku-kau dah.

“Kau pengsan semalam. Jangan nak fikir bukan-bukan pulak. Ni rumah aku. Tapi ni bilik aku. And one more thing, aku tak usik kau pun!” Atief terus bergerak keluar dari bilik dia lepas mengambil pakaian dalam almari dia. Alhamdulillah.

‘ek? Macam mana aku boleh pengsan? Bukan semalam aku mengantuk je ke?’

Ash keluar dari bilik Atief. Dia keruang tamu. Apartment Atief memang cantik. Perabotnya semua berwarna gelap. Disesuaikan pula dengan campuran warna tema coklat-krim. Memang menepati citarasa Ash.

“Aku tak rasa aku boleh pengsan. Sebab semalam aku rasa mengantuk jer.” Ash memberitahu Atief yang sedang memasak diruang dapur. Siap pakai apron lagi. Sumpah lawak.

Atief toleh kearah Ash. “Kau rasa mengantuk sebab kawan aku ada letak ubat tidur kat dalam air kau semalam. Air aku pun dia letak juga. Nasib baik aku tak minum.”

Ash terkaku.

Baru je dia nak bukak mulut nak bertanya lebih lanjut kata-kata Atief, dia terdengar ada orang bagi salam. Atief melangkah ke pintu.

“Assalamualaikum” suara orang dari luar memberi salam.

“waalaikumsalam, ya ada apa?”

“Kami dari pencegah maksiat…”

Hah? Ash yang berada di meja dapur segera kepintu bila mendengar kata-kata tu.

Atief dan dia saling berpandangan sebelum Ash rasa kepala dia sakit sangat dan rebah kelantai.
Atief yang masih terpinga-pinga dengan pencegah maksiat tu bertambah terpinga-pinga bila Ash rebah sebelah dia.

Atief dengan segera mendukung Ash dan diletakkan di sofa. Sebelum dia pergi semula ke pintu.

“Encik, saya dengan dia tak buat apa-apa. Encik tak nampak ke sekarang ni saya tengah pakai apron. Encik! Saya tengah masak la.” Atief beria-ia menyakinkan pencegah maksiat yang berkumpul depan pintu rumah dia. Makin bertambah malu bila jiran-jiran pun ada dua tiga orang yang nak menyibuk sekali.

“Sila jelaskan nanti di pejabat kami.” Pendek je pencegah maksiat tu cakap. Yang selebihnya dia kena beri kerjasama dengan pencegah maksiat tu dengan memberi contact keluarga terdekat.

*****
“Aku terima nikahnya Ashrin Damia Binti Shafiq dengan mas kahwinnya 300 ringit tunai”

Ash terpana. Dia kahwin? Dengan Atief?

Pang!

Ash sedar dari lamunan bila dia terasa pijar dipipinya. Sama rasanya apa yang dia rasa pagi tadi. Penampar.

Ya, dia kena tampar dengan Papa sendiri lepas Papa tahu dia kena tangkap basah dengan Atief. Dan sekarang siapa pula yang tampar dia? Dia toleh kekiri.

Zita!

“Tak guna punya kawan! Patut la kau tak suka aku kawan dengan Atief, rupa-rupanya sebab kau ada hati dekat dia kan? Tak guna! Kau tikam aku dari belakang! Kau tahu tak dia pakwe aku! Tak payah nak menangis sangat la kan. Penipu semua air mata ni!” Zita dah macam orang histeria. Meraung ditengah-tengah orang ramai. Majlis batalkan air sembahyang pun tak berlaku lagi.

Semua mata memandang kearah Ashrin sekarang. Malu? Memang dah tak tahu nak letak mana. Sedih? Memang sedih. ‘aku kahwin dengan orang yang aku benci!’. Muka Atief pun Ash tak boleh nak pandang. Rasa macam nak bagi penyepak!

Matanya sembab mengalahkan orang sakit mata. Menangis dari pagi tadi. Sampai la malam ni. Dia dapat kahwin free! Tetamu yang datang pun just keluarga Atief dan Ash. Yang paling bagus, baju pengantin kami adalah Atief dengan t-shirt polo yang pagi tadi dia pakai dan Ash dengan baju kurung polka dot warna pelangi. Cantik la sangat kan.

Boleh je kalau tak nak kahwin. Tapi Papa Ash dengan Ayah Atief berkeras suruh kahwin sebab tahu perangai Atief macam mana. Dan jadi mangsa sekarang adalah Ash. Seorang perempuan yang tak ada hati langsung kat mamat tu.

Zita rasa nak melayangkan lagi satu penampar kat muka Ash yang membisu dari tadi. Baru je dia angkat tangan dan sikit lagi nak kena muka gebu Ash tangan dia rasa di pegang oleh seseorang.

“Dia wife saya sekarang, jangan sesekali berani tampar muka dia” Atief bersuara perlahan tapi tegas. Ash masih diam dan matanya hanya fokus pada satu tempat. Permaidani. Ash seperti orang yang kehilangan roh.
Zita meraung lagi. Malah lagi kuat. Tetamu dan keluarga pengantin hanya memandang. Malas nak masuk campur.

“sampai hati awak! Awak kata sayang saya. tapi kenapa macam ni?”

“Ash! Kau kata kat aku yang aku kena cari someone better than him kan dulu. Kenapa? Sebab kau suka kat dia kan? Dah lama kan? Patutlah time aku cakap aku couple dengan Atief ni kau diam je. Rupa-rupanya kau sedih kan! Cakap la weh!” bahu Ash ditolak kasar. Ash terkebelakang.

“jangan berkasar dengan dia!” Atief menengking kuat. Terkejut Zita dibuatnya. Zita berlari keluar. Tak mampu tengok kawan sendiri kahwin dengan pakwe sendiri.

*****
Dua bulan berlalu…
Dah dua bulan Ash dan Atief tinggal serumah. Setiap malam Atief akan menyaksikan air mata Ash tumpah. Setiap malam. Ash masih tak boleh terima takdir yang terjadi. Mereka tidur sebilik itu pun lepas Atief ugut tapi tak pernah bersentuhan.

Setiap hari habis kelas Atief yang memasak. Ash pula setiap kali balik dari kelas akan berkurung dalam bilik.

‘benci sangat ke kat aku?’

Tak boleh jadi ni. Aku kena buat first move kat dia. Atief melangkah kearah meja study Ash dibilik mereka.

“Ash, tidur dengan saya malam ni” Atief bersuara senada dan senafas.

Ash kaku dimeja belajar. Memang diorang tidur sebilik tapi tidak sekatil!

“Ash” Atief bersuara lembut sambil memaut bahu Ash.

Kenapa pulak mamat ni! Aku geli ar dengar suara jiwang dia tu.

“please, terima saya?” air mata Atief jatuh ke pipi. Sungguh! Ni air mata betul bukan main-main.  Ash terpaku lagi. Atief menangis? Kenapa?

“please, luahkan? Saya tak sanggup tengok awak menangis setiap malam. please, saya sayang awak.” Air mata Ash yang mengalir dipipi dikesat Atief. Dia terguris setiap kali dia nampak air mata ni jatuh. Dia tak sangup.

“kenapa kawan awak buat saya macam tu? Kenapa awak bagi saya minum air tu walaupun awak tahu? Kenapa awak bawak saya pergi rumah awak? Kenapa tak hantar saya balik asrama, malam tu? Kenapa awak nak lindungi saya? kenapa awak tak terang benda sebenar kat Zita? Kenapa?” bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Ash. Soalan yang sentiasa menyesakkan kepala dia setiap kali teringat peristiwa tu.

“Kawan saya nak rogol awak! Saya tahu rancangan dia, sebab dia nak ambik awak senyap-senyap bila dia dah buat kita tertidur. Saya ingat tak nak la nampak obvious sangat kalau dua-dua tak minum. Malam tu, saya nak hantar awak pergi asrama. Tapi gate dah tutup. Saya cuba kejut awak tapi awak still tak sedar. Saya tahu salah saya, sebab tak terus hantar awak malam tu. Tu sebab saya bawak awak pergi rumah saya. kawan saya yang cuba nak tidurkan kita tu dendam sebab dia tahu saya dah tahu rancangan dia. Jadi dia yang laporkan. Saya tak terangkan kat Zita sebab saya dah lama cintakan awak, saya memang nak bersama awak. Saya dah lama stalk awak. Tapi awak yang bencikan saya.” Atief mengeluh. Matanya memandang tepat kearah mata Ash. Semoga Ash dapat rasa apa yang dia rasa.

“Setiap malam awak nangis sebab takdir kita macam  ni. Awak ingat saya tak sedih ke hah? Perempuan yang saya cintai menangis setiap malam sebab tak suka kahwin dengan saya. awak ingat saya tak terluka?” Tangisan Ash makin menjadi-jadi. Badan Ash dipeluk Atief erat.

“Maafkan saya buat awak jadi macam ni” Atief berbisik ditelinga Ash.

Atief mengeratkan pelukannya “sejak bila?”

“Bila apa?”

“sejak bila sukakan saya?”

“Sejak hari pertama saya nampak awak kat kolej”

“habis tu kenapa tak cakap? Kenapa keluar dengan perempuan lain!?” Ash bersuara lantang. Pelukan dilepaskan kasar. Dia ke penjuru bilik. Berpaling dari pandang muka Atief.

Atief diam. “Saya tak berani. Sebab awak lain dari perempuan yang saya kenal. Awak tak se-feminine kawan-kawan perempuan saya. Awak nampak kasar. Saya takut awak tak suka saya. saya takut kena tolak! Saya kawan dengan ramai perempuan. Tapi perempuan tu semua awak kenal sebab saya nak dekat dengan awak.”

 “Awak mempermainkan kawan-kawan saya tahu tak! awak memang tak guna!” Ash menjerit kuat. Tertekan! Itulah yang dia hadapi. Kat kelas, kawan-kawan semua pulaukan dia! Gara-gara dia dah merampas Atief dari mereka.

Atief tahu dia bersalah. Malah dia dah minta maaf pada bekas teman wanitanya. Mereka memaafkan Atief cuma Zita yang masih berdendam.

Atief peluk Ash dari belakang. “saya mintak maaf, saya betul-betul cintakan awak” ubun-ubun Ash dicium Atief. Ash memejamkan matanya. Dia melepaskan lelah. Ya Allah penatnya.

“I’m off, penat.” Ash keluar dari bilik. Sofa dicari lalu berbaring. Dia nak tidur kat sini malam ni.

*****
“Zita”

Zita yang berura-ura nak keluar dari kereta terbantut apabila melihat Ash ditingkap sebelah penumpang. Zati menghidupkan enjin untuk segera pergi dari situ. Tapi, Ash menyusup masuk ketempat sebelah Zati dengan cepat.

“Kau nak apa lagi hah?” Zati menengking kuat. Kereta bergerak laju keluar dari kawasan kolej.

“Kemaafan dari kau. Hati aku tak tenang selagi kau tak maafkan aku”

“Aku tak akan maafkan kau. Biar hidup kau tak tenang” Zati gelak. “sejak bila kau jadi kejam? Aku tak boleh hidup bahagia dengan Atief selagi orang sekeliling aku tak maafkan aku!” Ash mula menangis. Keluarganya dah maafkan dia dan boleh terima Atief sebagai menantu. Cuma selagi kemaafan Zita tak dicapai. Ash masih serba salah untuk berbaik dengan Atief.

“Dengan cara apa aku boleh dapatkan kemaafan kau? Aku nak kawan baik aku balik! Aku nak Norazita kawan dari tadika aku balik!” Ash menjerit melepaskan sesak dada yang dah lama membuku dalam diri.

“Kau pergi mati dan keluar dari hidup Atief!”

Ya Allah, besarnya kesalahan aku di mata Zita yang selama ni memahami aku.

Ash buka seatbelt. Begnya dicampak keluar dari tingkap. Dia buka pula pintu kereta menyebabkan angin menderu masuk dengan kencang.

 “Ash, tutup! Kau nak mati ke hah?”

“memang! Maafkan aku”

Ash melompat turun dari kereta.

Bang!

“Ashrin!!!”

*****
“Sayang, saya datang lagi. Sebab saya kan dah janji tak nak tinggalkan awak. Mama, papa, ayah dan ibu kirim salam pada awak. Mama kirim peluk cium kat anak tunggal kesayangan dia ni. Meh sini sayang, saya pelukkan dan ciumkan awak.” Atief bangun dari kerusi. Dia peluk badan kaku Ashrin. Pipi dan dahi Ashrin turut dicium.

“Zita dah lama maafkan awak. Dia cuma masih tak boleh terima saya dah jadi milik awak. Heee. Untungnya saya ramai peminat. Tak macam awak. Dia dah pergi overseas. Awak, cepat la bangun. Saya rindu awak. I need you now. Sebab nanti saya dah nak start kerja pula. Saya nak semangat dari awak. Awak cepat la sedar. Nanti kita boleh kerja sama-sama, rawat orang sakit sama-sama. Hahaha. Saya jadi Dr Atief. Awak jadi Dr Ashrin. Comel je dengar.”

Atief redha. Bukan diluar kemampuan manusia untuk mengubah masa lalu dan menentukan masa hadapan yang sesuai mengikut impian sendiri.

Air mata Ashrin mengalir keluar dari matanya yang tertutup rapat. Walaupun Ash masih koma. Tapi, setiap kali Atief datang dan berborak dengan dia. Air mata Ash pasti tumpah. Seperti Ash sedang menyatakan sesuatu.

Atief mengesat air mata itu dari terus mengalir. “Saya maafkan awak” Atief faham. Ash mungkin meminta maaf atas segala kesalahannya sebagai isteri. Sekiranya Ash pergi tinggalkan dia, dia dah lama mengampunkan kesalahan isterinya. Dia faham keadaan yang terjadi sekarang. Kerana dia pun bakal menjadi doktor. Isterinya tak ada harapan. Semua bergantung kepada usaha Ash sendiri untuk terus hidup.

Tangan Ash yang bergerak dan erat membalas pegangan tangan Atief menyedarkan Atief. “Doktor!” butang kecemasan ditekan berkali-kali.


Ash dah sedar. Tapi sejak semalam dia hanya berborak dengan family dia dan mertua tanpa menghiraukan Atief yang berada disisi dia. Muka Atief pun dia tak pandang.

‘Benci sangat ya awak pada saya, Ash’ terdetik kata-kata ni dihati Atief. Atief bangun meninggalkan bilik wad itu. Tak sanggup lagi dijadikan seperti mannequin disebelah Ash.

‘I’m a bad guy that only has a heart, Ash’

“Atief, mana menghilang? Kenapa tak jenguk Ash?” Ayahnya yang sedang bersarapan bertanya Atief yang nampak tidak terurus. Atief diam. Dia membawa diri. Tapi dua hari tak jenguk Ash rasa rindu tu membukit.

“Pergilah jenguk dia. Hari ni dia dah boleh balik. Kamu pergi ambil dia.”
Kata-kata ayahnya dipandang sepi. Ash dah boleh keluar! Atief segera mengambil kunci kereta dan bergegas ke hospital.

Dua hari Atief menghilang tak jenguk aku. Baru sekarang dia nak datang?
Geram! Ashrin Damia geram dengan Atief.

“Dah sihat? Muka pucat awak dah nampak berseri sikit hari ni. Jom saya hantar balik” Atief mengambil beg baju Ash sebelum bergerak kepintu.

“Mana awak pergi?”

Atief menoleh. Wajah Ash yang mula nampak kemerah-merahan dipandang.

“Don’t look at me! Awak kata tak nak tinggalkan saya. awak tipu!” Air mata Ash yang mengalir deras dipipi diseka kasar oleh tangan dia sendiri. Dia berdiri untuk ketandas. Tak mampu nak pandang muka Atief yang nampak terkejut.

Langkahnya mati bila badannya ditarik kedalam pelukan Atief. Atief peluk dia dari arah belakang.

Atief bisikkan sesuatu ditelinga Ash. “Because I don’t even have the right to look at you. I love you more than anyone else in this world but I can’t hold your hand because I might give you only tears. Stop crying, sayang. It’s hurt me a lot.”

Ash tergamam. Dia memusingkan badan untuk menatap mata bundar Atief. Dia tenung sehingga kedasar hati lelaki itu. Dia jumpa sinar duka dalam mata bundar milik Atief. Dia kesat air mata Atief yang mengalir.

“You have the right to look at me. Because you are my husband, right? Saya sayang awak. Saya perlukan awak untuk teruskan kehidupan kita.”

Air mata Atief makin giat mengalir. Ya Allah, Terima kasih untuk semua ini.

‘ Sesungguhnya kebahagiaan ada dalam diri kita. Maka janganlah cari ditempat lain kecuali didalam diri sendiri. Aku akan cuba untuk menjadi isteri yang boleh membahagiakan Atief tanpa mengalirkan air mata duka di mata lelaki itu lagi’

*****
Atia Dania binti Atief Danial berlari anak diperkarangan hospital. Si cilik dan comel ni dah biasa sangat dengan kawasan hospital tempat dia dilahirkan dan dah dianggap rumah kedua baginya.

“Atia Dania! Penat papa cari. Kat sini rupanya si comel papa ni” Atief mendukung anaknya yang baru berusia 3 tahun. Hospital besar seremban tempat dia dan Ashrin bekerja sekarang. Atia pula akan dia dan 
Ash bawa bila mereka kerja separuh hari.

“Papa” Atia yang petah tapi pelat memangil papanya. Kolar baju kot putih tersarung dibadan papanya ditarik- tarik. Stetoskop yang tergantung dileher Atief pun ditarik jugak.

“Ya sayang. Jom, kita jumpa mama!”

“yeah! Mama” Atia mengekek gelak bila Atief cium pipi gebu miliknya. 

Pintu bili yang tertera nama Dr Ashrin diketuk sebelum masuk. Ashrin yang sedang tidur beralaskan lengan dimejanya terjaga. 

"Tidur kat rumah la sayang. kenapa kat sini pulak." Atief bersuara. Ashrin hanya senyum nipis sebelum bangun dan mendukung Atia yang mengekek ketawa bila nampak dia.

"Mama, titow kat rumah la" Atia pun nak jugak berkata-kata.

"Atia, hi five dengan papa!" Atief bersuara ceria sambil ber hi five dengan Atia. 

"Dah la tu. Jom balik" 

Pipi Atia dan Atief dicium cepat-cepat sebelum dia mengambil beg dan berlari keluar bilik. Malu. dah 3 tahun kahwin pun malu lagi dengan Atief.

Atief dan Atia hanya gelak. Ashrin sentiasa malu untuk buat first move.

1 comments:

Anonymous said...

so sweet :D

- Mr. SweetHeart

 
TeEn LoVe StOrY Blogger Template by Ipietoon Blogger Template