“Nia!!!”
Tersentak Dania yang sedang tergelak macam
nak putus nafas kerana tengok running man di laptopnya bila ditengking kuat
oleh Encik Hubby yang sedang siapkan kerja pejabat dimeja kerja yang tidak jauh
dari katil tempat dia sedang lending sekarang.
“Apa? Siap menjerit-jerit ni? Orang tak
pekak lagi lah!” Dania menjawab kuat. Dah orang tengking kita, kita pun naik la
suara jugak.
Amboi gaya bahasa, ni cakap dengan suami ke
dengan kawan ni?
“Mind your language please. I’m your hubby”
lembut tapi tegas Harraz menegur. Dania telan liur. Serius bebenor!
“Sorry” perlahan Dania menjawab.
“Boleh tak awak perlahankan volume laptop
awak tu dan volume gelak awak sekali?” dengan sinis Harraz bertanya.
Dania buat muka selamba.
Peduli apa aku, dah memang rutin aku setiap
malam minggu tengok Running Man. Rancangan ni dah la lawak. Takkanlah dia nak
tahan gelak pulak. Boleh pecah usus woi! Gelak ni kan tak boleh ditahan-tahan
lah Encik Hubby oiii!
“Nia!” Harraz menjerit panggil nama Dania
lagi. Geram dia bila Dania buat tak tahu amaran dia tadi. Orang nak focus buat
drawing pun tak boleh kalau dari tadi sejak lepas isyak Dania start tengok
cerita entah bahasa apa entah dengan suara volume yang kuat campur pulak dengan
suara gelak Dania pening dia dibuatnya.
“Buat kerja kat luar jer lah. Orang pulak
yang kena apahal” Dania merungut tapi matanya masih melekat dekat skrin laptop
sambil bibir tersengih-sengih.
Harraz mengeluh panjang. “Nia, awak ni
consider la sikit dengan saya. Awak la yang tengok cerita kat luar. Takkan la
saya nak bawak kertas drawing saya dengan stationary yang berlambak sekali
dengan pembaris panjang sekali dengan board sekali de…”
“Okey! Stop ‘sekali dengan’ awak tu. Okey
saya keluar” Dania memintas percakapan Harraz. Penat nak dengar sekali dengan-
sekali dengan Harraz tu.
Harraz sengih kemenangan. Dia hanya
memandang Dania yang memuncung panjang sambil sambil membebel mengusung laptop
keluar dari bilik. Awak ni comel tahu tak Nia.
“Tu la, saya dah kata nak bilik asing-asing
tapi awak tak bagi. Sekarang saja nak cari gaduh!” Dania berkata geram.
Geram! Geram! Geram dengan Harraz!
Harraz buat tak peduli dengan kata-kata
Dania. Mata difokuskan kembali kepada kertas yang terbentang luas diatas meja
kerja.
Dania meletakkan laptop diatas meja diruang
tamu. “Asyik aku jer la yang beralah dengan dia. Aku tahulah ni rumah dia!”
****
2 bulan lepas.
“Nah” Harraz menghulurkan sekeping kertas
kepada Dania yang baru sahaja melabuh duduk disofa rumah dia.
Mereka baru sahaja seminggu menjadi suami
isteri. Baru kali ni Dania menjejakkan kaki di apartment mewah milik Harraz.
Kertas yang dihulur Harraz diambil Dania.
“Apa ni?” Dania bertanya pelik bila membaca ayat pertama diatas kertas
tersebut.
Harraz hanya mengangkat bahu. Malas nak
menjawab. Baca jer la haila wifey aku ni.
Watch
out!!!
1) Rumah
kena sentiasa bersih!!!
Dania mencebik. Cis! Macam la aku ni budak
kecik yang suka buat sepah rumah. Hampeh punya orang la Harraz ni.
2) Iron
baju, masak, basuh baju, kemas rumah, kemas bilik dan seangkatan dengannya adalah
tugas awak! ^__^
Amboi! Dia ingat aku orang gaji dia ke? Aku
ada kerja lain jugak nak buat! Dania mengerling kearah Harraz dihujung sofa
yang tersengih-sengih macam kerang terlebih masak.
3) Tak
ada bilik asing-asing. Kita tidur sebilik! ^__-
Ternganga mulut Dania membaca rule no3. Amboi
siap buat wink smiley lagi. Dasar gatal!
“Mana Aci!” Dania memandang Harraz geram.
Harraz pandang Dania pelik. “ Aci apa?”
dengan tak berperasaan Harraz bertanya.
“Kenapa kena tidur sebilik? Bukan awak dah
janji ke kat rumah ayah haritu kata kalau kat sini tak payah sama bilik!”
Penipu!
“Awak nak kita kantoi ke? Lagipun takkan
sampai tua kita nak tidur bilik asing-asing. Tak membiak la keturunan saya
kalau macam tu.”
Bertambah ternganga mulut Dania bila mendengar
jawapan tak berapa malu yang diberi Harraz.
Harraz ni! Tak malu betul! Hish ai tak
pandai cover-cover betul la mamat ni.
Muka Dania dah merona merah. Malu!. Harraz
dah rasa nak tergelak berguling bila tengok Dania yang terlopong dan terkedu
dengar jawapan dia. Muahahha.
“Okey! Tapi tak boleh sekatil!” Muktamad!
Dania berkata tegas.
Harraz diam seketika berfikir.
“Habis sampai bila? Takkan seumur hidup
kot?”
“Sampai kita ada perasaan cinta antara satu
sama lain” pantas Dania menjawab.
Harraz mengeluh perlahan. “Dania, saya dah
lama cintakan awak. Awak jer yang menidakkan perasaan saya setiap kali saya
luahkan.”
Dania hanya menunduk. Iya, memang betul
Harraz sering meluahkan perasaan dia. Tapi Dania yang menolak untuk mempercayai
atau lebih tepat menghindari.
Masing-masing diam.
“Okey, saya tak nak bangkitkan isu tu lagi.
Alasan lain, kita already married. Takkanlah tak boleh kot tidur sekali.
Lagipun awak, saya ni lelaki nafsu ada satu jer tau!”
“Hish! Harraz!!!”
Lelaki ni memang tak ada perasaan betul la!
Memang betul la apa yang aku baca dalam buku haritu, lelaki hanya memerlukan
tempat untuk ‘ehem-ehem’, perempuan pulak memerlukan sebab. Bagus betul. Contoh
dah ada depan mata.
“Muktamad! Kalau tak saya keluar dari rumah
ni!”
Harraz terjeda. Mak aih, nekad betul minah
ni. Okey! Aku akan pastikan Nur Dania anak pak cik Ahmad ni jatuh cinta, hati
dan hempedu kat aku! Muahaha. Time tu nanti baru la kau tahu tak nak berengang
sekejap pun dengan Muhammad Harraz ni! Hehehe.
Harraz gelak kecil.
“Gila!”
Suara Dania yang baru melangkah masuk
sambil menjinjit laptop mematikan lamunan Harraz tentang peristiwa dua bulan
lepas.
“Gelak sorang-sorang dah gila ke?” Dania
bertanya sinis sambil buat muka takut-takut tengok Harraz yang hanya senyum
dimeja kerja.
Harraz diam, malas nak menjawab karang
gaduh jer lagi. “Saya memang gila pun Puan Dania, gilakan awak!” kata-kata tu
hanya diluahkan dalam hati.
Dah habis tengok cerita dia lah tu. Kalau
tak, haram nak masuk tidur lagi.
“Hari ni turn saya tidur atas katil” Dania
berkata perlahan sambil menepuk-nepuk bantal tanda bersedia untuk tidur.
Harraz menghela nafas berat. “Ni yang malas
ni!”
Harraz garu belakang kepala. Dah sakit dah
badan dia tidur atas sofa selang seli setiap malam. Dania pun mesti rasa sakit
jugak.
“Awak, sakit belakang la tidur atas sofa”
rungut Harraz sambil buat muka kesian dan mengada-ngada.
Dania menjeling tajam menyebabkan Harraz
terkedu dan berdehem kecil. Amboi garang betul bini aku ni.
“Awak ingat saya tak sakit badan ke? Saya
ni perempuan tahu tak! Mestilah lagi sakit badan saya daripada kulit tebal awak
tu!” Dania berkata geram.
Ambik kau Harraz. Kan dah kena marah!
Garang+ganas bukan main.
“Ala, awak yang cari sakit. Kita tidur jer
la sekatil bukan haram pun. Lagipun katil tu sikit punya besar sampai boleh
muat tiga orang tahu!” Harraz bersuara geram.
Okey! Aura panas dan unsur- unsur api macam
dah membara jer dari tadi.
Dania tarik nafas. Setiap malam benda ni la
yang terjadi. Dia dan Harraz akan bergaduh isu tempat tidur. Bukan dia tak
boleh bertolak ansur. Tapi bila fikirkan ‘seseorang’ yang hadir dalam fikiran
dia setiap kali nampak muka Harraz, dia memang tak boleh. Dia dah cuba untuk
tak fikirkan ‘orang’ tu tapi… tak boleh!
Siapa yang tak terkesan bila suami sendiri
setiap malam cakap dan yakinkan kita yang dia cintakan kan kita. Dania lagi la
terkesan dan tak dapat disangkal lagi ada jugak rasa lain yang mengetarkan hati
dia setiap kali berdepan dengan Harraz. Tapi…
Dania mengeluh panjang. Dia hanya menunduk
memandang cadar katil.
Payah!
“Kenapa awak tak boleh terima saya?” Tanya
Harraz lembut dan sayu.
Dania terkedu dengan soalan Harraz. “Apa
punya soalan ni, tetibe je”
Harraz bangun dari kerusi meja kerja. Dia
menapak perlahan kearah Dania lalu duduk bersila diatas katil berhadapan dengan
Dania.
“Look at my eyes” Arah Harraz, sambil tarik
dagu Dania.
Dania gigit hujung bibir. Ya Allah, apa
yang Harraz nak buat ni. Mode jiwang pulak malam ni! Takutnya!
“Dania, kenapa awak tak boleh terima saya?”
Harraz bertanya sekali lagi. Mata hazel milik Dania dipandang hingga kedasar.
Cantik! Pertama kali dia meneroka mata hazel milik gadis itu.
“Err…” tergagap-gagap Dania nak menjawab.
Kelu lidah bila bertentang mata dengan Harraz. Perkara yang paling dia nak elak
sekali. Sebab dia hanya nampak cinta Harraz pada dia di mata Harraz.
Dia takut! Dia rasa bersalah.
Harraz mendekatkan muka dia pada Dania.
Sampaikan hanya kurang berapa inci jer jarak hidung Harraz dengan Dania.
“Cepat la cakap”
Dania telan liur. Err…
“Sebab awak tak cintakan saya” senafas dan
laju Dania bercakap.
Harraz melepaskan tangan Dania yang dia
pegang dari tadi. Dia menjarakkan diri dari Dania.
Berapa ribu kali lagi yang perlu dia
katakan pada Dania yang dia cintakan Dania! Tapi, Dania tak pernah nak cuba
terima, malah ditolak bulat-bulat.
“Saya cintakan awak, Dania. Saya cintakan
awak. Harraz cintakan Dania seorang! Berapa kali saya perlu ulang.” Harraz
berkata perlahan.
“Awak tak perlu ulang beribu kali. Sebab
tetap saya tak boleh terima cinta awak. Saya tak layak dengan awak” Dania
berkata perlahan sambil memalingkan muka. Tak sanggup nak pandang muka Harraz.
Dia tak boleh! Dia tak berhak keatas cinta Harraz. Dia memang tak layak.
“Kenapa? Apa kurangnya saya? Dania cakap,
apa kurang saya sampai saya tak layak untuk awak?” bertubi-tubi soalan Harraz.
Dia cemas. Tak layakkah dia untuk Dania.
Dania mengeleng. “Bukan awak yang kurang,
tapi saya”
Tangan Dania digengam Harraz. “Dania, awak
sempurna pada saya. Tolong lah terima saya”
“Tak. Tak. Kita tak boleh bersama. Awak
sesuai dengan Kak Diana, bukan dengan saya. Saya tak layak dapat cinta awak.
Saya tak sanggup ambil hak kakak saya. Please awak, tolong jangan cakap lagi
tentang cinta. Saya bertahan selama ni pun sebab ayah. Ayah nak sangat awak
kahwin dengan saya.” Air mata Dania dah tak boleh ditahan lagi. Setiap kali
teringat kan Kak Diana, dia jadi rendah diri. Dia rasa bersalah sangat.
Harraz terjeda. Diana? Ayah? Ape ni?
“Diana dengan saya hanya kawan baik. Dia
tahu saya sukakan awak sejak pertama kali saya nampak awak. Malah dia yang
banyak cerita tentang awak pada saya. So, kenapa nak kaitkan Diana dalam hal
kita ni.”
Sebab itulah saya serba salah Harraz. Makin
kuat esak tangis Dania. Harraz makin cuak.
“Shhh… sayang, kenapa menangis ni?” Harraz
seka air mata Dania yang mengalir dipipi.
“Harraz… Kak Diana suka kat awak…dia
cintakan awak”
Hah??? Harraz kelu.
Sumpah! Dia tak tahu Diana suka dia.
Sumpah! Dia tak tahu Diana cintakan dia.
Dan sumpah! Dia tak ada perasaan pada Diana
selain perasaan sahabat baik yang terjalin sejak zaman sekolah rendah sahaja.
Ya Allah! Rasa bersalahnya dia. Rasa
bersalah telah menyakitkan perasaan sahabat sendiri.
“Dia suka awak dah lama, sejak sekolah.”
Dania berhenti bercerita. Dia tersenyum, bila teringat memori indah bersama kak
Diana.
“Setiap kali dia balik sekolah, dia akan
cerita tentang awak pada saya… Harraz itu, Harraz ini. Harraz menang perlawanan
bola. Harini birthday Harraz apa patut akak bagi hadiah. Harraz kena denda
sebab tak siap kerja sekolah. Saya tengok muka dia bahagia sangat. Dia sentiasa
bersemangat setiap kali bangun dari tidur sebab dia nak jumpa Harraz dia.”
Dania tarik nafas. Mata dia bergenang kembali.
Kak
Diana…
“Sampaikan satu hari, entah apa salah saya,
kakak semakin jauh dari saya, dia dah tak cerita apa-apa pada saya. No more
stories about her activities, no more stories about you, no more jokes and
laugh between her and me. Sampaikan ayah dan ibu pun perasan hubungan kami.
Saya…sa..ya..” teresak-esak Dania menangis.
Harraz tarik Dania dalam pelukan. “Shhh…
jangan nangis, awak tak perlu cerita”
“Tak!” Dania menolak dada Harraz.
“Saya perlu cerita! Awak kena dengar derita
kakak saya!” air mata yang mengalir di pipi diseka kasar.
“Awak, hati perempuan ni lembut. Segarang,
sejahat, sekebal mana pun dia hatta kalau dia kasar seperti tomboy pun dia
mudah terusik dengan kehadiran seseorang . apatah lagi berlainan jantina. Awak
dan kakak bersama sejak sekolah rendah. Dan tak pernah berengang sampai
universiti. Dia dah terbiasa dengan kehadiran awak dalam hidup dia. Kalau boleh
dia nak awak sentiasa dalam hidup dia sampai dia tua. Dan tak nak kongsi awak
dengan mana-mana wanita lain dalam dunia ni. Awak takkan faham.”
“saya baca diari dia pada malam dia keluar
dengan awak. Saya nak baca sebab saya nak tahu kenapa dia marah saya. Baru saya
tahu. Orang yang dia sayang selama ni. Lelaki yang dia cinta selama ni, yang
dia tak nak ada perempuan lain dalam hati lelaki tu selama ni mencintai orang
lain. Dan ‘orang lain’ tu adik dia sendiri. Kakak menangis setiap malam. Dia
terguris setiap kali awak tanya tentang saya pada dia.
Apa saya buat. Apa kesukaan saya. Lagi dia
derita bila awak merisik saya. Bila saya tahu, saya cuba untuk tolak pinangan
awak, tapi ayah marah! Ayah mengamuk besar saya nak tolak pinangan anak kawan
dia.” Dania menangis lagi.
Harraz hanya memandang. Tak sangka yang
Dania nak tolak pinangan dia, dan tak sangka Diana derita sampai begitu sekali.
“saya cuba pujuk ayah satukan awak dengan
kakak. Tapi ayah kata awak pinang saya bukan kakak. Saya pujuk kakak untuk
gantikan tempat saya. Tapi… dia kata awak cintakan saya bukan dia dan dia nak
awak bahagia.”
Dania tumbuk dada Harraz bertalu-talu.
“kenapa!? Kenapa kakak buat saya macam ni. Kakak lebih kan awak dari adik
kandung dia. Dia nak awak bahagia tapi saya? Saya derita!” tumbukan didada
Harraz semakin lemah. Dania penat. Semua telah dia luahkan.
“Saya derita! Kakak sanggup buat saya rasa
serba salah selama ini. Sanggup dia buat saya rasa bersalah pada dia selagi
saya bersama awak. Dia tak nak ke tengok saya pun gembira macam orang lain?”
Dania terkulai lemah. Kepalanya berada atas
riba Harraz. Tangan dia menumbuk lemah paha Harraz.
“kakak tak sayang saya.”
Dania berkata perlahan. Matanya dipejamkan. Penat menangis, penat marah dan
penat bercakap. Dania menguap, dia mula rasa mengantuk.
Harraz terkedu. “saya derita!”
tergiang-giang ucapan dari mulut Dania tadi. Dania derita? Derita kerana aku?
Tak lama lepas tu. Terdengar dengkuran
halus dari Dania. Dia dah tertidur diatas riba Harraz. Harraz masih tak
berkutik. Adakah dia pentingkan diri selama ni? Dua orang wanita yang penting
dalam hidup dia menderita?
“Diana, maafkan aku.”
********
Dania menyediakan sarapan seperti hari-hari
biasa, walaupun peristiwa malam tadi masih berlegar difikiran dia. Harraz
sedang bersiap dibilik. Pertama kali dalam sejarah hidup dia dan Harraz, mereka
tidur satu katil malam tadi.
Entah! Dia tak sedar apa-apa malam tadi.
Yang dia ingat, dia menangis diriba Harraz sebelum dia terlelap kepenatan.
Sedar-sedar pagi tadi ketika hendak bangun subuh, dia sedang tidur berbantalkan
lengan Harraz sambil dipeluk Harraz. Terkejut bukan main dia sampai tertendang
Harraz hingga jatuh bawah katil. Hehehe. Tak sengaja.
Bunyi orang turun tangga menyedarkan Dania
dari lamunan semalam. Terus dia berpaling mengadap kebelakang. Harraz sedang
berdiri kaku dibelakang dia, siap berkemeja biru laut dan bertali leher.
Dania pamer senyum nipis kepada Harraz yang
dari tadi macam serba tak kena. Awkward gila sekarang ni.
“Awak dah kenapa tercegat jer kat situ?”
tegur Dania sambil sembunyi senyum. Lawak tengok muka Harraz.
“Morning!” Harraz bersuara ceria. Fuhhh…
nasib baik mood Dania kembali normal. Ingat masih dalam mode sedih macam
semalam , tu sebab macam tak tahu nak buat ape bila nampak Dania.
Harraz berdehem perlahan sambil garu-garu
kepala yang sebenarnya tak gatal pun. Hahaha.
“Err…”
Mata dia pandang Dania yang sedang susun
pinggan depan dia.
“Awak tak pergi kerja ke hari ni?”
Harraz pandang Dania atas bawah. Baju
t-shirt gambar minion dengan seluar kotak-kotak malam tadi. Selalu waktu-waktu
macam ni dia dan Dania dah kelam kabut bersarapan.
“Tak, saya malas.” Dania berkata selamba
dan disusuli gelak kecil.
Harraz hanya mengangguk sambil hirup kopi panas.
Dania berdehem untuk menarik perhatian
Harraz.
“Awak, err… hantar saya dekat kubur hari ni
boleh?”
Harraz dah angkat kening pelik, sebab
selama ni Dania akan ziarah kubur sendirian tanpa dia. Namun demi
Dania dia
mengangguk juga.
Dania tersenyum puas. Sebenarnya dia boleh
je nak pergi sendiri tapi dia ada benda nak cakap dengan Harraz. Benda yang
akan mengubah jalan cerita hidup dia dan Harraz.
******
Dania dah tak senang duduk bila dalam
perjalanan balik dari kubur arwah kak Diana, nak cakap ke tak?
Ek? Aduhhhh…
apesal la aku kena tanggung benda-benda macam ni. Tapi, kalau tak cakap nanti
karang takkan selamanya macam ni kot.
Dania mengeluh panjang lagi. Tangan
diramas-ramas perlahan.
Harraz pula selesa memandu sambil menyanyi
kecil. Tiba-tiba berkumandang lagu kegemaran dia. Lagu yang dia amat suka sebab
macam ada kena mengena jer dengan dia.
Lagu Ungu, cinta dalam hati.
Harraz menyanyi mengikut lirik lagu tanpa
dia sedari, Dania dekat sebelah dia dah tertelan air liur sendiri sebab
sentap, makan dalam dan rasa bersalah dah mengunung.
Mungkin
ini memang jalan takdirku
Mengagumi
tanpa dicintai
Tak
mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dalam
hidupmu, dalam hidupmu
Telah
lama kupendam perasaan itu
Menunggu
hatimu menyambut diriku
Tak
mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia
untukku, bahagia untukku
Dania dah garu-garu kepala yang dilapisi
tudung. Adeeehhh, dia tujukan lagu tu kat aku ke?
‘Sememangnya, rasa cinta dah lama hadir
untuk awak, Harraz. Cuma saya tutup cinta saya agar tak nampak pada pandangan
mata awak. Kini baru saya sedar, bahawa saya tak sepatutnya terkenangkan arwah
kakak. Saya sepatutnya menjalankan tanggungjawab saya pada awak, suami saya.
Sampai bila-bila pun kita takkan bahagia kalau saya masih memikirkan serba
salah saya pada kak Diana yang dah lama meninggal dunia.’
Setitis air mata jatuh dipipi Dania.
Cepat-cepat dia kesat.
Setahun lepas Diana meninggal akibat
kemalangan ketika hari pertunangan dia dan Harraz. Kak Diana keluar dari rumah
sebab tak nak tunjukkan kesedihan dia dihadapan keluarga. Tapi Dania nampak
kesedihan tu dekat mata kakak dia.
Berita kematian Diana menyebabkan Dania
rasa bersalah yang mengunung. Rasa tak layak untuk bahagia disamping Harraz. 3
bulan pertama kematian Diana, dia kemurungan dan tertekan dihantui bayangan
kakak.
Harraz setiap hari datang melawat Dania,
memberi ransangan dan semangat pada tunang sendiri. Tapi sebenarnya benda tu
membuatkan Dania lagi rasa tertekan.Ayah bawak dia berubat cara islam. Ustaz
ingatkan dia bahawa ini semua takdir yang dah Allah tulis, kita sebagai
hambaNya kena terima dengan hati yang terbuka. Kita kena selalu ingat, setiap
perkara yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya. Harraz dah ditakdirkan
untuk Dania.
Dia kena terima jodoh yang Allah dah tetapkan. Setiap minggu dia
berulang alik bertemu ustaz dan ustazah. Tak putus-putus ustazah beri nasihat
agar sentiasa menjadi isteri solehah pada
Harraz. Hanya diri dia yang
membutakan hati sendiri umpama nasihat ustazah seperti mencurah kedaun keladi.
lagu Ungu dah bertukar kepada lagu
Nomad, tetap menantimu.
“Err, Harraz” macam tak terkeluar suara
Dania memanggil Harraz. Harraz yang menyanyi kecil hanya memandang Dania.
“Tolong saya?”
“Tolong ape?” tanya Harraz pelik.
“Ajar saya untuk mencintai awak”
******
“Bodohnyaaaa aku!!! Kenapa la aku cakap
macam tu. Maluuuuu! Terima la padahnya, terlajak perahu boleh berundur terlajak
kata badan binasa.” Dania dah ketuk kepala dia berkali-kali.
Huhu… rasa nak meraung sekarang ni.
Malu!
“Okey! Kita start dari bab 1” suara
Harraz rasa macam dengar sayup-sayup jer kat telinga dia. Padahal lutut dia
dengan Harraz dah bertembung ni ha kat atas katil. Nak menunjukkan betapa
dekatnya Harraz dengan dia.
Dania hanya menundukkan muka. Malu
sungguh! Muka dah bertukar warna dah jadi warna red apple.
“Dania, pandang la saya, kata nak
belajarkan?” suruh Harraz sambil dia tertunduk-tunduk cari mata Dania yang dari
tadi menunduk.
“Uwarrghhhh!!!saya tak nak belajar la
kalau macam ni!” Dania dah rasa macam nak menangis. Muka dia dah pucat lesi dah
disebabkan Harraz. Dia geli la jiwang-jiwang ni!!!
Harraz dah terlopong. “Laaa, kata nak
suruh saya ajar untuk jatuh cinta dekat saya. So, kena la belajar”
Dania mengeleng-geleng kepala. Kalau
macam ni la gayanyaaa… memang dia sanggup tak payah nak belajar segala. Just
follow the flow lagi bagus.
“Alaaa, orang lain ajarkan tak boleh ke?”
lurus Dania menyoal membuatkan Harraz lagi ternganga.
Dia segan dengan Harraz!!! Itu adalah
masalah utama.
“Nope! Kalau orang lain yang ajar, nanti
awak jatuh cinta dekat dia bukan dekat saya. Lagi naya! Biar saya ajar je.”
Dania mengeluh kuat.
“Bab 1, untuk zahirkan rasa sayang dan
rasa hormat antara satu sama lain. So, awak kena panggil saya ‘abang’ dan saya
akan panggil awak ‘sayang’.” Harraz tayang sengih nakal sambil angkat-angkat
kening.
Dania ternganga luas. What!!!
“Asal pulak?”
“Baru special sayanggg” Harraz sebut
sayang tu gaya mengoda sambil cuit hujung hidung Dania.
“Alaa, panggil macam biasa dah la”
Geli aku dengar sayang bagai. Hish!
Harraz gedikkkk!!!
“Tengok! ‘panggil macam biasa’ kan dah
biasa sangat orang sebut, so, saya nak … eh! Abang nak yang special jugak!”
Harraz tayang muka tegas dan serius. Padahal dalam hati dah nak gelak
guling-guling tengok muka Dania yang dah berpeluh-peluh.
Dania mengeluh lagi. Aku memang lemah
lutut betul kalau lawan cakap dengan mamat ni. Asyik dia jer la yang menang.
“Yela-yela, okey next lesson” tanpa nada
Dania bertanya.
Harraz sengih kemenangan.
“Amboi sayang, tak sabar nampak! Jangan gelojoh
untuk jatuh cinta dekat abang. Abang tak lari.” Mengekek Harraz ketawa sampai
berair mata dia. Dania dah ketap gigi tanda geram teramat sangat. Loyar buruk
pulak mamat ni!
“Saya bukan gelojoh laa!!”
“Hahaha…” Harraz sambung gelak.
“Okey-okey, memandangkan sayang dah tak
sabar untuk mencintai abang. Kita teruskan lagi lesson kita.”
Dania dah rasa
macam nak lari keluar bilik. Malas nak layan mereng Harraz.
Harraz bangun dari katil menuju kearah
suis lampu bilik. ‘Tik’
Sertamerta bilik yang terang benderang
menjadi kelam, hanya dibantu lampu tidur yang berada disisi katil.
“Eh! Dah nak tidur dah?” Dania bertanya
pelik.
“Mana ada, ni tengah berjalan la ni
lesson kedua” Harraz tersengih-sengih lalu duduk dihadapan Dania semula.
Tangan Dania yang berada diatas peha
digenggam erat.
Hah? Sudah! Apesal pulak siap pegang tangan
segala. Dia nak buat apa kat aku ni? Jangan-jangan dia nakkk…
“Dania, pandang mata abang sayang”
Harraz bersuara perlahan. Ala-ala tak nak keluar suara dia kat tekak.
Dania yang menunduk dah gelisah. Tangan
yang digenggam Harraz dah rasa berpeluh.
Harraz melepaskan gengaman tangan Dania.
Beralih pulak pegang kedua belah pipi Dania dan mendongakkan muka Dania agar
bertentang mata dengan dia.
Dia nekad nak luahkan isi hati dia sampai
Dania cair. Ha.Ha.Ha (gelak jahat dalam hati)
Dania dah cuak! Mata Harraz nampak
bersinar-sinar sampai dia rasa macam tak nak tengok benda lain.
Nak tengok
Harraz je.
“Ehem..” Harraz membetulkan suara
sebelum sesi luahan perasaan.
“Dania, Abang cintakan sayang sejak
pertama kali kita jumpa dulu. Abang nak sayang tahu, walaupun sayang tak
cintakan abang, walaupun sayang tak pernah luahkan, pamerkan perasaan sayang
pada abang tapi sejak kita kahwin, sayang umpama pelangi yang mewarnai
kehidupan abang dengan keletah sayang tanpa sayang sedar. Setiap tingkah laku
sayang buat abang bahagia. Abang dah bahagia walaupun tanpa cinta sayang. Tapi…
sekarang, abang dah jadi orang tamak! Sebab abang nak lebih bahagia untuk
kehidupan abang didunia dan akhirat dengan adanya cinta sayang. Dania sudi tak
beri sebahagian ruang dalam hati Dania untuk abang?”
Anak mata Harraz diteroka Dania dalam.
Dania terkedu. Terharu. Tapi dalam masa yang sama, tak tahu macam mana nak beri
jawapan pada Harraz. Dia malu. Harraz dah lama bertempat dalam hati dia.
“Abang janji sayang, InsyaAllah akan ada
bahagia dalam diri sayang dengan cinta abang ni. Abang tak kan sia-siakan
tempat yang abang peroleh dalam hati sayang. Abang akan cuba terbaik.” Sambung
Harraz lagi setelah lama menunggu jawapan Dania.
Air mata Dania bergenang. Harraz… kenapa
romantik sangat ni!!!
Jantung, hati bertahanlah.
“Harraz…” suara tertahan Dania bersuara,
namun terhenti bila empangan air mata dia tumpah jua. Huhuhu… sedih laa…
Harraz hanya diam. Dia mengesat air mata
Dania yang semakin lebat.
“Abang”
Harraz terkaku. Abang? Yahooooo!!!
Harraz tersengih bahagia sambil
menyahut.
“Ya”
“Abang dah lama dapat tempat dalam hati
orang”
Habis jer Dania berkata terus dia
memeluk Harraz erat. Malu!. Harraz pula yang terkejut hanya memeluk Dania tanpa
berkata apa-apa.
“Hah? Orang mana? Orang utan?” sakat
Harraz bila sedar Dania yang malu masih memeluk dia.
“Ish! Dania laa”
“Alaaa, kenapa cepat sangat cair?” kata
Harraz sambil merengangkan pelukan.
Dania blur. Cepat cair?
“Abang baru plan nak buat lesson nombor
tiga yang lagi gempak”
Dania terus mencubit perut Harraz
menyebabkan lelaki tu mengaduh sakit.
“Main-mainkan!” Dania tahan geram. Orang
baru nak feeling-feeling sedih dia dah potong jalan.
“Okey, sorry”
Harraz tarik Dania agar berbaring
beralaskan lengan dia. Tangan Dania diusap-usap.
“Sayaangg” panggil Harraz mengoda.
Dania yang masih elergi dengan panggilan
‘Sayang’ ni hanya mengumam perlahan.
“Jom tidur. Lesson ketiga”
_TAMAT_
p/s: huhuhu.. akhirnyaa... tamat sudah cerita ni.. tp saya rasa tak puas hati lagi dengan pencapaian saya untuk kali ni... InsyaAllah akan buat lebih baik untuk cerpen akan datang... doakan lah agar saya ada banyak assignment so.. bila saya stress automatik ada idea untuk menaip cerpen.. hehehehe...
maaf untuk segala typo..
0 comments:
Post a Comment