KAWASAKI
Ninja H2R meluncur laju membelah highway utara-selatan menghala ke arah
Seremban. Si penunggang selamba sahaja memulas throttle. Makin laju motor itu,
makin seronok dirasakannya. Manakala si pembonceng di belakang rasa macam nak
putus nyawa!
"Abang!
Slow lah sikit!" Jerit Hana di belakang Faris. Dia seakan mahu terbang ke
belakang dek kerana angin kuat menerpa ke arahnya. Mujur dia memeluk erat tubuh
Faris. Sementelah dia terlalu gayat bila Faris selamba saja mencilok-cilok di
celah-celah kereta yang turut laju di atas lebuh raya itu.
"Hana
bagitahu mommy abang bawa laju atas highway! Ini bukan litar sepang!"
jerit Hana lagi bila Faris buat pekak aje dengan tegurannya tadi.
Di
sebalik helmet yang menutup wajah, Faris berdecet sebal. Mendengus dia
mendengar ugutan si adik. Lantas, motor yang memecut tadi kian diperlahankan.
Hana
menarik nafas lega. Tersandar lemah dia di belakang tubuh si abang. Penat tahu
tak naik motor dengan Faris yang suka berlumba itu. Nak luruh jantung
dibuatnya. Tidak sampai satu jam, mereka berdua yang dari KL ni dah selamat
sampai di Seremban. Tengoklah betapa lajunya Faris memandu.
Sebaik
sahaja motor Faris berhenti di depan sebuah rumah banglo, Hana terus melompat
turun sambil membuka helmet. Menjeling tajam dia bila Faris tayang muka
bersalah melihat rambut dia yang dah serabai seperti sarang burung!
"Sorry...
meh abang betulkan." Faris tersengih-sengih seraya menarik helmet di
kepala si adik. Kesian bila rambut Hana yang tadinya lurus cantik kini dah
berselirat.
Nak
tergelak pun ada tapi ditahankan saja takut Hana yang manja itu merajuk
dengannya.
"Abang
la ni! Haish!" dengus Hana sebal. Ditampar-tampar lengan Faris melepas
geram.
Faris
tertawa kuat.
"Hana
campak helmet ni karang!" Helmet di tangan Faris dirampas Hana.
"Princess..
helmet baru tu! Limited edition lagi tu." Menggelabah lelaki itu mahu
menggapai helmet kesayangan dia dari tangan Hana.
Hana
senyum sinis. Dikelek helmet jenama Arai itu dipinggang. Puas hati bila Faris
seperti ibu kehilangan anak. Sayang sangat kat helmet dia.
"Pergh
motor baru!" Sapa seorang lelaki sebaik sahaja muncul dari dalam rumah.
Faris
dan Hana menoleh ke kanan. Tersengih mereka berdua melihat Qaiser yang sedang
melangkah ke arah mereka.
"Cun
tak bro?" Kening Faris terangkat tinggi. Bangga menayang motor baru
berkuasa tinggi miliknya itu.
Jemari
Qaiser menyentuh bahagian hadapan motor itu.
"Seksi!"
ucapnya dengan senyuman nakal. Motor berwarna hitam itu mungkin nampak biasa
saja di pandangan mata orang lain. Tetapi bagi peminat motor begitu, setiap
lekuk dan reka menjadi igauan siang dan malam.
"Ehem!"
Dehem Hana mahu menarik perhatian dua jejaka itu. Dia dah macam halimunan pula
di situ. Tak habis-habis dengan motor!
Qaiser
dan Faris tersengih.
"Hai
Hana..." Sapa Qaiser lembut. Redup renungan mata dia melihat raut ayu Hana.
"Hai
Abang Qaiser." Sahut Hana dengan muka tersipu-sipu.
Faris
tercebik. Geli hati melihat adik dan kawan baiknya itu bermain mata.
"Ehem!"
"Hana
masuk dulu. Nak jumpa Aunty Dhia." Sebelum Faris sempat mengenakan dia,
laju Hana meminta diri ke dalam rumah. Bukan boleh percaya sangat dengan Faris
yang suka mengusik itu. Nanti dia juga yang segan bila berhadapan dengan Qaiser.
"Mama
ada dekat dapur." Laung Qaiser. Dia tahu kedatangan Hana ke situ kerana
mahu belajar memasak dengan ibunya. Memang setiap kali cuti sekolah Faris atau
kedua ibu bapa Hana menghantar gadis itu ke sini. Itu sebab mama sayang sangat
dengan Hana.
"Okeh!"
tanpa berpaling melihat dua jejaka itu, Hana angkat isyarat jari tanda OK
sebelum menghilang di sebalik pintu.
Faris
simpan senyum melihat si adik yang macam tak cukup tanah mahu melarikan diri.
Ceh! Seganlah tu.
"Berapa
ni bro? Cun!" Qaiser tepuk lembut lampu depan Kawasaki itu.
Pandangan
mata Faris terus berubah bersinar. Seronok mahu bercerita tentang motor
kesayangannya. Hobi yang paling diminati. Sayangnya, Qaiser yang tua beberapa
tahun darinya itu tidak terlalu minat untuk berlumba. Lelaki itu minatnya
memasak! Pelik betul!
"260k
but..."
"What?"
Qaiser ternganga tidak percaya. Direnung motorsikal berwarna hitam itu dengan
mulut terlopong. Gila!
"But!"
Jari Faris ternaik tinggi menahan Qaiser dari memotong penjelasannya. Tahu yang
harga motor itu boleh dapat sebiji rumah, tapi ada sebab dia melabur ke situ.
"Okey
apa?" soal Qaiser dengan muka speechless.
"Ni
aku dapat sponsor. So it’s free!"
“Siapa
pula nak sponsor kau? Sugar mommy?”
“Hooi!”
Faris tarik muka bengang. Ada ke patut sugar mommy. Ingat dia anak ikan ke? Dia
bekerja keras tau selama ni untuk dapatkan koleksi motor yang dia nak. Bukan
ikut gaya mudah macam tu.
Qaiser
tergelak besar.
“Habis
siapa lagi yang nak sponsor kau? Uncle Dean dan Aunty Dina mesti takkan sokong
punya minat kau yang ni.” Dia tahu sangat tentang hobi Faris yang tak disokong
orang tua sahabatnya itu. Mereka terlalu risau tentang keselamatan Faris.
Tapi
Faris yang keras kepala mana boleh nak dihalang-halang.
“Ada
syarikat permotoran nampak aku race dekat Sepang haritu. Dia berminat nak aku
join sebagai racer under dia untuk Asia Road Racing Championship.”
“What!”
Tergeleng kepala Qaiser. Mamat ni memang gila! Gila motor!
Faris
tayang sengih. Impiannya bakal tercapai tak lama lagi! Menjadi seorang pelumba
motor. Kalau ada rezeki mana tahu nanti dia masuk pula MotorGp. Salah satu
event permotoran yang paling tergempak sekali. Peringkat international.
“Aku
blah dulu. Ada hal nak jumpa Farel kejap dekat Sepang.” Faris sarung helmet ke
kepala. Tongkat ditolak naik sebelum motor berwarna hitam itu diundur keluar.
“Nak
berlumba lagi la tu.” Kalau Faris dah bertemu Farel, nak pula berjumpa dekat
Sepang… sah-sahlah untuk berlumba.
Faris
sengih lagi. Selamba dia menghidupkan enjin motor dan mengangkat tangan pada
Qaiser.
“Kirim
salam dekat keluarga kau. Sorry tak boleh singgah lama-lama.”
“Okey
bro. Hati-hati.” Pesan Qaiser.
Faris
mengangguk faham. Throttle dipulas-pulas membuatkan kawasan perumahan yang
tadinya sunyi sepi terus bingit dengan bunyi Ninja H2r itu. Usai memanaskan
enjin, Faris memecut pergi dari situ.
Tergeleng kepala Qaiser.
"HANIM,
nah duit gaji bulan ni." Segumpal duit dihulur padanya. Hanim tersenyum
lebar. Cepat-cepat tangan yang basah baru lepas mencuci kuali dilap pada kain
yang tergantung di bahu.
"Terima
kasih kak!" Hanim mengucap syukur dalam hati. Menunggu gaji keluar
sangatlah menyiksakan! Dia perlu mengikat perut untuk berjimat cermat. Mujur
dia bekerja sebagai tukang masak di restoran Kak Lina. Dapatlah juga makanan
percuma untuk pekerja sepertinya.
Kak
Lina tersenyum lembut bila wajah kepenatan Hanim berubah ceria saat dia
menghulurkan duit. Gadis berumur 20 tahun itu memang seorang yang sangat rajin
dan pandai memasak. Muda lagi, tapi tak pernah dia nampak Hanim merungut dan
curi tulang.
Sepatutnya
gaji untuk Hanim sebagai tukang masak dibayar RM 70 sehari. Tetapi Hanim
sendiri meminta dia kumpul duit itu dan bayar pada hujung bulan. Kata Hanim,
dia takut duit gajinya habis begitu saja kalau diberi setiap hari.
"Pergilah
balik. Dah pukul 12 malam dah. Pekerja lain semua dah balik."
Hanim
angguk dengan bibir yang masih tak lekang dengan senyuman.
"Saya
balik dulu ya kak." Bergegas dia mendapatkan beg sandang dan helmet di
penjuru dapur restoran.
Motor
Honda EX5 milik abah dihidupkan untuk pulang ke rumah.
Sebaik
sahaja sampai di rumah, Hanim sedikit pelik bila rumah papan dua bilik itu
gelap gelita. Selalunya jam 12, rumah itu masih terang benderang. Ada abah dan
si abang yang masih tidak tidur.
Motor
dihentikan di tepi rumah. Dan dengan laju dia mendaki anak tangga kayu itu.
"Mak!"
pintu diketuk kuat.
"Mak!"
jerit dia lagi bila tiada sahutan dari dalam.
Tidak
lama kemudian bunyi selak dibuka dari dalam dan wajah emak terjegul sebaik sahaja
daun pintu terbuka.
"Tak
reti bagi salam ke!" sergah mak dengan muka bengang dek tidurnya
terganggu.
Hanim
tersengih serba salah.
"Kenapa
bergelap ni mak?" soalnya sambil melangkah masuk ke dalam rumah.
"Eletrik
tak ada. Kena potong."
Dia
yang baru sahaja nak masuk ke dalam bilik terhenti. Mengetap bibir kerana
nampaknya duit gaji yang dia baru dapat akan hilang dalam sekelip mata.
Lambat-lambat
dia berpaling mengadap mak yang berdiri tidak jauh dari situ.
"Berapa
tertunggak?"
"Entahlah.
Tak sempat tengok, abah kau dah koyakkan." Keluh mak. Sakit hati dengan
perangai Hasan.
“Abah
dengan Napi mana?”
“Entah!
Seharian tak nampak muka dua orang tu. Entah berambu ke mana.” Bebel mak dengan
muka bengang marahkan suami dan anak sulungya.
Hanim
mengeluh panjang. Longlai bahu dia memikirkan duit.
"Tak
apalah nanti Hanim tengok. Lagipun Hanim baru dapat gaji."
Mak
senyum kelat. Bersyukur ada Hanim dalam hidupnya. Kalau tak, tak tahulah apa
nak jadi dengan dia. Hanim sajalah yang boleh dia bergantung harap.
"Hanim
nak mandi. Lepastu nak rehat. Penat." Hanim tolak pintu bilik tetapi
sekali lagi keluhan panjang terlepas di bibir bila mak bersuara....
"Air
pun kena potong, Nim. Tadi mak mandi di surau."
Allah...
Badan direbah atas tilam nipis. Terkebil-kebil dia merenung siling bilik.
Perlahan-lahan mata terpejam kepenatan. Walaupun badan terasa melengas dek
peluh ketika bekerja tadi, tapi tetap Hanim tidur lena malam itu. Terlalu penat
mental dan fizikal.
0 comments:
Post a Comment