Tuesday 8 January 2013

Cinta Si Gadis Brutal


“Awak, matric card” kad yang mempunyai gambar milik gadis dihadapannya dihulurkan.

“Terima kasih, mana aaa…wwak jumpa?”

Sayang, muka cun and ayu tapi gagap pulak.

“Dekat library tadi. Awakkan beratur untuk pinjam buku depan saya. lepas tu awak tertinggal matric kad ni kat kaunter. Saya cakap kat librarian tu yang saya tolong pulangkan kat awak.”

“Oh, a’ah. Terlupa nak ambik. Terima kasih sangat!” gadis ayu itu tersenyum manis.

Eh? Tak gagap pulak.

“No prob, small matter.”

**************************
Belakang leher diurut perlahan. Cermin mata ditanggalkan. Muka diraup berkali-kali. Penat sungguh hari ni. Berkejar sana, berkejar sini. Bertambah penat bila lecturer tukar venue class! Satu kerja pulak nak pergi kat tempat lain dengan buku yang macam apa entah beratnya.

“Arghhhh!!!”

“Woi!, kau apahal seehhh. Tetiba menjerit kalah orang ada penyakit schizophrenia!” Jai sound An.
Mau aku tak sound! Elok tengah syok-syok layan fear factor kat laptop tetibe minah sebelah katil aku ni a.k.a roommate aku meroyan ke hape menjerit tengah malam buta. Terkujat aku dibuatnya.

Senget punya orang Jai ni. Sama kan aku dengan orang gila?

“Aku penat la and paling penting tengah stress. Lagi-lagi dah sampai due date untuk hantar assignment.” Tangannya beralih pulak mengurut pangkal hidung dan sesekali mengurut mata.

“Kok ye pun stress jangan la menjerit kak oii. Menganggu orang lain nanti. Hah! Kau nak hilangkan stress tak?”

“Nak la!” Laju An mengangguk. Mana ada orang nak simpan stress ni lama-lama. Mesti la nak hilangkan.

“Jom siap” Jai dah turun dari katil. laptop dihibernatekan.

“Nak gi mana malam-malam ni?”

“Ikut je la cepat!”

**********************
Jai memberhentikan Kereta swift putih milik An betul-betul dihadapan tasik yang berada berdekatan dengan kolej. Tasik ni tak ramai orang datang pada waktu malam. selalunya ramai apabila waktu pagi dan petang sebab orang bersukan. Waktu malam orang datang bila nak dating jer. Tak pun nak tenangkan fikiran macam si An ni.

“Weh Jai, nak buat apa kat sini?” An garu kepala yang tak gatal. Matanya memandang Jai yang dah duduk bersila diatas rumput disebelahnya.

“Meh duduk.” Tangan An ditarik suruh duduk.

“Aku bawak kau datang sini nak bagi hilang stress la.”

“Hilang stress mendenya kalau duduk jer” An tak puas hati. Baik aku pergi duduk kat kolej siapkan assignment yang lecturer bagi. Kalau dah siap baru ya aku punya stress hilang. Menyesal aku ikut si Jai ni.

“Cik Anis, boleh tak dengar dulu penjelasan saya!” dah keluar dah suara geram Jai.

“Ya, Cik Zaini saya dengar”  An dekatkan telinga dia yang berbalut tudung ni rapat ke muka Jai. Saja menyakat.

Jai tolak kepala An. “Main-main la kau ni”

“An, Kau tahu kat sini kau boleh jerit apa. Kau kan suka menjerit kalah tarzan” Jai senggih pandang An. An mencerunkan mata pandang Jai. Kira macam marah ar. Tapi An sebenarnya biasa jer dengar Jai cakap An ni kalah tarzan la, kalah king kong la, kalah singa la kalau stress.

“Tengok kat sini tak ada pun orang yang hiraukan kita. Yang kenal kita pun tak ada! So, senang ar nak loud out kan kau punya stress tu” Jai tepuk-tepuk belakang An sambil mata An pulak pandang orang sekeliling. A’ah tak ada pun orang yang hiraukan kitorang. Masing-masing pulak tu duduk jauh dari tempat kitorang duduk.

“Kau buat la apa pun kau nak buat. Aku tak marah” Jai bangun dari duduk.

“eh? Kau nak pergi mana?.” An pun ikut bangun.

“Aku nak pergi kat kedai sana tu ha. Nak beli air. Kang kau haus pulak jerit kuat-kuat kang” mata An pandang kedai serbaguna yang ditunjuk oleh Jai.

Tenangnya fikiran dapat tengok tasik, pokok-pokok hijau, hirup udara segar. An melebarkan tanggannya. Matanya dipejamkan. Tarik nafas. Hembus nafas. Inhale. Exhale.

Selipar dikaki ditanggalkan diletakkan ditepi. Saja nak rasa kesejukan rumput-rumput dek kerana embun malam. An berdiri betul-betul ditepi tasik. Kakinya dicecahkan di kaki air tasik. Sejuk.

Mata ditutup lagi sekali. Acara inhale exhale bermula sekali lagi.

Okey! Tarik nafas dalam An.

Tahan!

Satu…

Dua…

Tiga…

“Arghhhhhhhhhh” suara An nyaring kedengaran. Tapi sekejap je. Sebab terganggu bila ada tangan yang menyambar kasar badan dia, dan tidak semena-mena menyebabkan dia dan terjatuh kat atas rumput tepi tasik.

An pejam mata. Tak sanggup nak tengok keadaan sebenar a.k.a reality. Kenapa pulak ni?

“Cik! Kalau nak bunuh diri pun jangan la kat tasik ni. Air dia tak dalam pun! Tu hah! Kalau nak mati pergi terjun bangunan kuliah engine tu!” suara tu kendengaran agak garau di telinga An. Dah lah garau kuat pulak tu. Kuliah engine bangunan paling tinggi kat kolej ni.

Eh kejap? Dia kata apa? Aku nak bunuh diri? Gila apa. Dia ingat aku tak ada agama, keluarga dan negara ke? Eh negara pun ada sekali.

Mata An cepat-cepat dibuka. Matanya bertembung dengan mata bundar yang tajam merenung dia.

An segera bangun untuk berdiri.

“Kau sapa?” An tanya pada mamat yang kononnya nak selamatkan dia dari untuk bunuh diri.

“Aku mirul. Nama kau sapa? Kau nak bunuh diri ke? Kau tahu tak tasik ni cetek jer. Asal la cetek sangat pemikiran kau ni! Eh jap! Aku rasa aku macam pernah nampak kau?” tu dia… bertubi-tubi mamat ni tanya and tak berhenti cakapnya.

“Kau ingat aku gila ke nak bunuh diri!” suara An meninggi. Mana la Jai ni pergi.

“Eh bukan ke?” Mirul garu belakang kepala. Malu pulak dah salah sangka.

“ya la bukan. Penat aku belajar tinggi-tinggi, takkan la aku nak mati cara orang bodoh yang sah-sah aku tahu bunuh diri tu masuk neraka. Lagipun untuk pengetahuan Encik, aku ni ada family lagi yang sayang aku!” An memerli.

Muka Mirul berubah kelat. Mungkin serba salah cakap An macam tu.

“Saya mintak maaf. Saya ingat kan awak nak bunuh diri, ye la dari tadi saya perhatikan awak. Tengok gaya macam nak terjun tasik jer.”

Awak-saya pulak dah. Aku lemah betul la kalau berawak-saya dengan lelaki ni.

“Aku ni pandai berenang la, kalau setakat terjun tasik tak ada aku mati de. Kau sendirikan yang cakap tasik ni cetek!” An masih marah. Geram pada lelaki dihadapan yang secara melulu menuduhnya yang bukan-bukan siap marah-marah lagi. Walaupun niat lelaki tu baik.

“An kenapa ni?” Akhirnya Jai datang dengan menjinjit dua plastic barang. Banyaknya beli. Ingat nak berkelah ke apa ni.

“An kenapa ni? Siapa dia?” Jai tanya lagi bila An diam jer. An pandang Mirul dihadapan matanya bertembung lagi dengan mata bundar itu. Akhirnya dia menunduk saja.

“Saya Amirul. Saya cuba selamatkan Cik ni tadi” Mirul pun dengan baik hati jelaskan perkara sebenar pada Jai.

Kitorang sekarang siap duduk bersila sambil berborak. Jai punya pasal la ni. Boleh pulak ajak mamat tu duduk dulu. Siap ajak minum air yang dia beli tadi and makan keropok dan roti sementara Mirul jelaskan hal sebenar. An still diam jer. Malas nak cakap banyak.

“La tu ke citer nya” Jai dah tergelak bagai orang gila.

“Kelakar la” Jai gelak lagi. Mirul tayang senggih. Tanda malu. An tayang muka tak ada perasaan.

“Awak, An datang sini nak hilang stress la bukan nak bunuh diri walaupun gaya stress dia tu boleh membunuh.” Jai cerita lagi.

“Saya mana tahu. Ooo.. nama awak sapa?”

“Nurul Zaini. Panggil jer Nurul.” Jai perkenal diri.

“Awak?” Mirul tanya kat An pulak.

“Anis. Panggil An”

Keropok dah tinggal sikit. aku kunyah sampai habis. Air Nescafe dihirup rakus.

“Anis? Ooo.. kita ada jumpa kan kat library minggu lepas?” Mirul tanya An
An blur. Jai lagi blur. Mirul gelak.

“Saya la mamat yang tolong pulangkan awak punya matric card” Mirul cuba ingatkan balik ingatan An yang samar-samar.

“Oh, Kau ke?”

“eh ape ni?” Jai still tak faham.

“saya ada….” Mirul jelas kan pulak cerita kat library seminggu lepas kat Jai. An anguk-anguk kepala jer. Macam burung belatuk mengiakan cerita Mirul.

“Tak sangka dapat jumpa awak lagi. Saya ingat awak gagap”

Hah? Gagap? Dia kata aku.

Jai kat sebelah An dah tergelak terbahak-bahak. Sampai berair mata dia.

“Asal pulak kau kata aku gagap?” An naik angin balik.

“haah… macam mana An jadi gagap pulak ni” Jai pun tertanya-tanya.

“haritu An ni cakap gaya macam tergagap jer… terima kasih, mana Aaw.. wak jumpa?” makin menyirap An di buatnya sebab Mirul siap tiru gaya dia gagap lagi. Jai bantai gelak lagi sekali.

“Memang la dia ni gagap, sebab awak guna saya awak kan dengan An?” Jai tanya.

“A’ah”

“Dia ni alah sikit dengan kata ganti nama saya-awak, kita la, apa la.”

“Ooo patut la… awak ni nampak je ayu tapi ganas jugakkan”

“Dia ni brutal la”

 “saya budak engine. Awak berdua?” Mirul ni banyak cakap betul la!

“Saya budak dentistry. An pulak budak medic”

Tak lama lepas tu An ajak balik. Dia dah malas nak dengar cerita yang semuanya berkisarkan tentang diri dia. Mamat tu berminat sungguh nak tahu tentang diri dia. Jai pulak dengan senang hati cerita itu ini.

***************
An menghempas beg sandangnya dia atas katil. Buku-buku tebal yang rasanya melebihi lima kilo itu diletakkan diatas katil. termasuklah sejambak bunga ros putih juga diletakkan disitu.
An mengeluh.

Bunga lagi? Mamat ni ingat aku suka sangat ke bunga? Eiii tak main la jiwang-jiwang kot kalau minat kat aku belikanlah aku Snikers ke? Mars ke? Daim ke? Syok sikit. sebab aku gila coklat!!!

An tersedar dari lamunan apabila pintu bilik dikuak dari luar. Jai melangkah masuk. Muka dia pun sama jer tayang penat.

“Shakir bagi lagi bunga?”
An menganguk.

“Minat sangat dia dengan kau. Kau terima tak dia?” Jai tarik kerusi duduk disebelah An.

“Aku… aku geli ar jiwang-jiwang macam dia ni” An jawab jujur.

Sememangnya dia memang tak minat benda-benda macam ni. Tolong la paham!!!

“Nak buat macam mana, aku dah tolong cakapkan dah kat dia, but he still buat bodoh jer.” Jai simpati. 

Dia faham sangat dengan perangai An yang memang Anti-cintan cintun ni.

Kesian An stress study plus stress mamat jiwang tu.

Mana la si An ni tak stress, setiap hari Shakir telefon dia. Entah mana dapat no An pun tak tahu la. And paling malang bila setiap hari Shakir datang jumpa dia confess kata dah jatuh cinta? What the hell he is. Mamat tu satu course dengan Jai. Dia kata dia suka An sejak pertama kali pandang. First sight love ke?

“Thanks Jai tolong aku. Tak pe la, mungkin dia jadi macam tu sebab aku tak bagi kata putus kot”
Jai angkat bahu. Maybe.

*********
“Aku minta maaf, aku tak boleh terima kau!” tolong la jangan paksa aku lagi wahai En Shakir oiii. Tak faham bahasa betul, dah beribu riban kali aku cakap.

Shakir dah panik. An tolak dia? Selama ni dia usha An, An diam jer. Akhirnya An bersuara tapi bersuara untuk menolak dia.

“Kenapa?” soalan blur dari Shakir.

‘Sebab aku tak suka kau la tu pun tak tahu ke?’ terkeluar dalam hati jer. Sebab tak sampai hati An nak jelaskan perkara sebenar.

“ Sebab aku… aku…dah berpunya!” Adus! Terlepas cakap. Idea gila ni An. Mati kalau dia tanya siapa.

“Siapa?” hah! Kan dah tanya. Apa aku nak tibai ni. Aku bukan ada kawan lelaki pun nak mintak tolong. Adoiii aiii.

“Dia!” An pantas menyambar lengan baju lelaki berkaca mata yang kebetulan lalu disebelahnya.
An terkejut. Lelaki berkaca mata pun terkejut. Shakir diam terkedu.

Amirul? Ek. Dengan pantas tangan dia melepaskan lengan baju Amirul.

“Saya kenapa?” Mirul pelik. An tarik dia?

“Dia… dia… dia tunang aku” An malu. Muka Amirul disebelah tak sanggup nak pandang. Matanya menunduk saja memandang lantai.

“Betul ke awak tunang Anis?” Shakir meminta kepastian.

Tolong aku Amirul. Tolong! Please kata ya!.

“Ya”

Terus aku pandang muka Amirul. Muka dia tak beriak. Shakir pulak dah terdiam. Malu mungkin sebab selama ni kacau tunang orang. Setahu Shakir An masih single. Sebab dia dah siasat dulu perkara ni.

“Saya mintak maaf Anis, saya ingat awak masih single.”

“Tak pe, aku tak kisah pun” Tak kisah kau kata. Dah banyak dosa kau menyumpah dia selama ni.

“Saya takkan ganggu awak berdua lagi. And awak, saya mintak maaf kacau tunang awak.” Shakir 
memohon maaf pada Amirul.

Amirul hanya mengangguk.

Pandai betul dia berlakon. Wakakaka. An gelak dalam hati.

Shakir menapak pergi. An pulak datang penyakit seram sejuk bila dah tinggal berdua dengan Amirul.

“Awak ada nak jelaskan apa-apa ke?” Amirul memecahkan kesunyian.

“Tak ada, just nak cakap thanks sebab tolong tadi.” An garu kepala yang tak gatal.

“saya suka. Kalau jadi tunang betul-betul pun okey.” An pandang Amirul. Amirul tayang sengih.

“Lama tak nampak kat library?” Amirul bertanya lagi apabila An hanya berdiam diri.

“Study kat tepi tasik”

“Nak hilang stress?”

“A’ah, senang nak jerit kalau stress sangat. Hahaha” An tergelak kecil. Terpamer lesung pipit dikedua belah pipinya.

Dia memang cantik. Desis hati Amirul.

“ Nak tak tunang dengan saya?”

“Huh?” merah muka An dibuatnya.

“Saya serius. Saya dah lama suka kat awak, sejak pertama kali kita jumpa lagi.”
Amirul pulak dah. Tadi Shakir. Adoi ai. Dah macam keluar mulut harimau masuk mulut buaya dah gamaknya.

“Err… bagi masa boleh? Lepas final exam?” An perlukan masa. Sebab utama dia tidak suka bercinta atau seumpamanya ialah kerana masih belajar.

Dia dah tak guna kata ganti nama la! Malu la tu nak guna saya awak. Amirul sengih.

“Kenapa dengan Shakir tadi awak tak cakap kena tunggu. Tapi dengan saya awak suruh tunggu sampai lepas final?”

“mungkin kita kongsi perasaan yang sama. Okey, bye. Assalamualaikum.” An terus melangkah pergi lepas cakap ayat tadi. Malu nyer aku!

Amirul terkelu. Tak sangka An pun sama macam dia.

“Awak! Kejap. Sejak bila!?” Amirul menguatkan suara agar An yang dah jauh kedepan dengar.

“Secret!”

An pun terjatuh hati pada Amirul ketika peristiwa matric card tu. Tapi dia cuba sisihkan. Sebab dia tahu mungkin lepas ni dah tak jumpa Amirul lagi. Tapi tak sangka pula mereka bertemu semula.

Tamat






 
TeEn LoVe StOrY Blogger Template by Ipietoon Blogger Template