"NIM,
customer last nak nasi goreng USA. Lepas ni boleh la kemas-kemas ya."
Hanim
yang baru saja melabuh punggung di kerusi, pantas bangun. Tersenyum pada Kak
Lina dan segera menghidupkan api dapur gas.
"Okey
kak." Sudip diketuk pada wok yang telah panas dan dalam masa kurang 10
minit makanan selesai di masak.
"Dah
siap."
"Tolong
hantar ke depan, Nim. Akak nak mop bawah meja kejap. Ada air tumpah."
Hanim
angguk lagi. Akur dengan arahan bosnya. Apatah lagi hari ni hanya ada dia, Kak
Lina dan suami Kak Lina saja. Dua pekerja lagi sedang bercuti. Abang Majid jaga
kaunter, dia tukang masak. Kak Lina pula tukang ambil dan hantar pesanan.
Hanim
keluar dari dapur sambil menatang dulang yang berisi Nasi Goreng USA dan Kopi O
ais.
Ruang
makan restoren itu dah lengang. Hanya ada dua meja saja yang berpenghuni. Hanim
melangkah mendapatkan seorang pelanggan lelaki yang duduk di hujung kedai.
Dekat dengan tempat parkir kereta.
"Nasi
goreng USA dan Kopi, encik."
Si
lelaki yang sedang ralit bermain game di telefon panggung kepala bila Hanim
letak pinggan nasi dan segelas air di depannya.
"Terima
kasih."
"Sama-sama."
Sahut Hanim lembut. Sejuk hati bila ada pelanggan beradab macam tu.
Dia
sambung buat kerja di belakang. Mengemas segala peralatan di dapur memandangkan
restoren pun menunggu pelanggan terakhir untuk membuat bayaran.
Selesai
semua itu, Hanim pamit untuk pulang terlebih dahulu pada Kak Lina. Ruang parkir
motor dituju.
"Aduh!
Buat hal lagi dia ni." Bebel Hanim. Helmet di kepala kembali dicabut dan
dihentak ke bakul motorsikalnya.
"Kenapa?
Minyak habis lagi ke?"
Eh!
Berpusing leher Hanim mencari arah suara yang menegur itu.
"Hai!"
Si lelaki yang berada di sebelah kanan dia melambai dengan senyuman lebar.
Lebar
senyuman di bibir itu sampai muncul dua lekuk di kedua belah pipi.
Dahi
Hanim berkerut. Mata mengecil mahu mengecam lelaki yang berada di depannya ini.
Macam
kenal. Tapi keadaan malap di situ mengehadkan penglihatannya. Dia kurang jelas
dengan raut wajah itu.
"Lupa
ya?" Faris sengih. Tubuh yang bersandar di sisi kereta melonjak ke depan.
Melangkah dengan santai mendekati Hanim.
Dari
tadi lagi dia menunggu Hanim setelah gadis itu menghantar pesanan makanannya.
Dialah pelanggan terakhir di tempat Hanim bekerja tadi.
Tubuh
Hanim keras sesaat. Gaya berjalan santai si lelaki mengingatkan dia pada
seseorang. Pantas iris matanya beralih melihat gaya rambut si lelaki. Sama.
Berbentuk M tidak bergel.
"Eh...
Awak mamat rumah besar tu kan?"
Langkah
kaki Faris terhenti. Terpinga-pinga seketika.
"Rumah
besar?"
"4
Tahun lepas. Saya dengan abang saya pernah datang rumah awak. Ingat tak? Road
block? Tak ada lesen?" Kening Hanim ternaik sedikit. Cuba memberi hint.
Tapi
dia pelik. Kalau lelaki tu tak ingat dia... Kenapa lelaki tu tegur dia macam
dah kenal?
"Lah..
Tu awak!" Faris yang tercengang terus tersenyum. Baru dia tahu yang dia
pernah berjumpa dengan Hanim dan Hanafi.
Malah
dua beradik itu siap duduk melepak di rumah dia selama dua jam gara-gara ada
sekatan polis.
"Selain
tu kita pernah jumpa ke?" Tanya Hanim setelah melihat reaksi Faris.
Sah
mamat ni tak ingat hal 4 tahun lepas tu. Waktu tu dia berusia 16 tahun. Hanafi
pula 18 tahun. Dua-dua reti bawa motor tetapi mereka tak ada duit nak ambil
lesen.
"Tak
ingat? Depan TNB? Motor habis minyak?" kali ni kening Faris pula ternaik.
Memberi hint pada Hanim.
Dan
Hanim tergelak. Ya Allah... Takdir sungguh!
"Waktu
tu awak pakai helmet. Mana saya tahu muka awak macam mana."
Faris
turut tertawa kecil. Dia lupa.
"So,
kali ni kenapa pula motor awak?" Soal Faris.
Senyuman
Hanim berubah kelat.
"Entahlah."
Keluh dia perlahan. Dikerling motor tua itu. Macam-macam masalah! Tapi dia
yakin minyak masih ada kerana dia baru saja isi minyak sebelum ke sini.
"Meh
saya tengok."
Hanim
berganjak ke tepi memberi laluan untuk Faris melihat keadaan motornya.
"Saya
rasa sebab hujan la. Air masuk kat dalam ni." Faris duduk mencangkung
melihat keadaan dalam rangka motor. Ada nampak kesan basah di situ.
Hanim
gigit bibir. Resah mendengar kondisi motornya.
"Kena
tunggu kering komponen dalam baru boleh start enjin semula. Ambil masa juga
ni." Faris tongkat semula motor Hanim setelah tidak berjaya dihidupkan
untuk kesekian kalinya.
"Rumah
awak jauh ke?" Dia memanggung kepala merenung Hanim yang dah serba tak
kena.
"Dalam
15 minit."
Jeda.
"Urm...
Dah pukul 12 malam. Bos awak pun dah balik. Awak tinggalkan motor di sini. Saya
hantar awak balik rumah." Usul Faris.
Hanim
makin berkerut keresahan. Dia kalau boleh tak nak menyusahkan lelaki itu.
Dan
dalam masa yang sama, menyesal dia parkir motor di situ. Sudahnya Kak Lina dan
Abang Majid tak nampak yang dia masih tersadai di depan restoren kerana
majikannya itu parkir di belakang kedai.
"Meh
la saya hantar. Sorry tak dapat nak tolak macam hari tu. Saya bawa kereta hari
ni. Tadi hujan lebat." Faris tayang sengih.
Dan
Hanim kerling sekilas kereta di belakang Faris. Dah macam kereta racing. Dia
rasa Faris memang berjiwa racer la. Haritu motor pun jenis superbike. Ni Honda
type R yang dah diubah suai seperti kereta lumba pula.
"Jomlah.
Mesti awak penat." Faris buka pintu sebelah penumpang.
Nak
tak nak, terpaksalah Hanim tinggalkan motor cabuk dia di depan restoren. Sempat
dia rantai tayar motor dulu agar tidak dicuri.
"Rumah
awak dekat mana?"
"Taman
Indah Jaya."
"Oh,
saya tahu."
Hanim
senyum nipis. Tegak saja badan dia di dalam kereta Faris. Rasa janggal. Dah
tiga kali dia menerima bantuan lelaki itu padahal bukan dia kenal sangat pun
Faris.
Rasa
sejuk aircond buat Hanim terbersin. Tadi baju dia sedikit basah terkena hujan
ketika membuang sampah. Hujan berhenti pun 5 minit sebelum dia balik kerja.
"Sejuk
eh? Sorry. Ni paling tinggi dah."
"Eh,
tak pe." Laju Hanim menyahut. Tapi awal lagi Faris capai jaket kain denim
yang tergantung di kepala tempat duduk Hanim.
"Pakai
ni. Kurang sikit sejuk tu." Faris hulur jaket tanpa memandang Hanim di
sebelah.
Lambat-Lambat
Hanim ambil jaket yang dihulur dan hanya ala kadar saja jaket itu dibalut ke tubuh.
Mata
Hanim terpejam seketika tatkala bau minyak wangi Faris menyusuk ke deria bau. Bau
yang sama pernah dia hidu dulu.
Nyaman
dari penyejuk udara dan cara pemanduan Faris yang baik menambah rasa kantuk
yang bergayut di mata. Lagi-lagi hidungnya menghidu sesuatu yang wangi.
Hanim
sikit lagi hampir terlena kalau Faris tak bersuara dengan tiba-tiba.
"Nanti
masuk lorong mana?"
Tersentak
Hanim. Cepat dia menegakkan tubuh dan melihat keadaan luar. Dah nak sampai
rumah rupanya. Tak sedar dah 15 minit dia dalam kereta itu.
"Belok
kanan."
Kereta
membelok mengikut arah yang dikatakan.
"Kat
sini aje la."
"Rumah
awak yang mana?" Faris pandang sekeliling. Jalan gelap gelita. Rumah kiri
kanan pun dah bergelap.
"Rumah
saya kena masuk lorong ni. Tapi kalau kereta awak masuk, nanti kotor pula.
Jalan berlopak. Baru lepas hujan ni."
"Tak
pe. Saya hantar sampai depan rumah. Bahaya gelap-gelap ni."
Hanim
garu kepala. Menyeringai dengan muka serba salah.
Faris
tersenyum melihat reaksi Hanim.
"Kalau
kotor boleh basuhlah." Laju saja Faris turunkan hand brake dan kembali
menggerakkan kereta.
Perlahan-lahan
kereta dia menyelusuri lorong kecil ke rumah Hanim. Banyak rumah papan yang
dibina rapat-rapat di kawasan itu.
"Tu
rumah saya."
"Okey."
Faris berhenti di depan rumah Hanim.
"Terima
kasih tau." Bergegas Hanim mengambil beg sandang yang diletakkan di kaki.
Dia
segan dengan Faris. Rumah dia serba daif. Papan pun berlubang-lubang. Tingkap
bilik tercabut sebelah. Hanya ditutupi dengan kain buruk saja. Laman rumah pula
penuh rumput terbiar. Masing-masing malas nak menghias rumah yang tak ada roh
itu.
"Sama-sama,
take care."
Berdebar
dada Hanim bila melihat senyuman Faris. Manis sungguh siap ada lesung pipit.
Kacak...
Haish!
Kau tak layak dengan dia Hanim!
Cepat-cepat
Hanim tutup pintu kereta dan berpaling menuju ke tangga rumah. Tak mahu terus
terbuai dengan layanan Faris yang terlalu baik untuk dia.
0 comments:
Post a Comment