Friday 28 November 2014

Jangan letih mencintaiku #6

“Husna...” ragu-ragu Azira nak berkata-kata. Dia rasa kesian dengan Husna. Selama setahun dia tinggalkan Malaysia dan kini dia kembali hanya untuk Khalish.

Walaupun dia kesiankan Husna tapi dalam masa yang sama hati dia sakit sangat bila tengok kebahagiaan Khalish dan Husna sekarang. Bertambah terluka hati dia bila Husna sedang mengandungkan anak Khalish!. Ya Allah… dia rasa menyesal sungguh dulu kerana meninggalkan 
Khalish hanya sebab takutkan tanggungjawab dan sekarang dia kembali untuk meruntuhkan rumahtangga orang. Adakah dia kejam? Kejam kerana anak yang bakal Husna lahirkan akan jadi 
seperti dia. Punya ibubapa yang bercerai?

Husna genggam erat kedua tangan sendiri dibawah meja. Sungguh! Dia takut. Takut akan kehilangan Khalish. Adakah Azira kembali untuk mengambil semula Khalish?

“Husna… saya minta maaf sebab melibatkan awak dalam masalah kami berdua dulu. Saya tahu awak dah lama ada hati dengan Khalish dan mungkin bagi awak itu adalah satu peluang untuk dapatkan Khalish dan awak berjaya. Tapi Husna, sehingga kini saya masih cintakan dia. Dan saya rasa cinta kami masih utuh kerana kami bercinta dah hampir 6 tahun Husna. Awak rasa cinta Khalish untuk saya masih ada tak. Saya harap awak faham” panjang lebar Azira berkata. Dia harap sangat Husna faham apa yang dia rasa.

Husna dah bergenang air mata. Tapi dia tahan agar tak menitis depan Azira. Tolong kuat husna! Please kali ini saja!

Ya! Dia faham apa yang Azira nak sampaikan. Ya, Khalish masih cintakan Azira dan bukan dia. Dia tahu… sejak awal perkahwinan mereka lagi, Khalish sering tersasul panggil dia Azira. Walaupun itu cuma dia awal perkahwinan tapi… dia yakin Khalish masih cintakan Azira bila ketika Khalish menyentuh dia waktu malam pun kalau nama Azira yang Khalish sebut ketika diluar sedar apakah maknanya itu? Cintakan?

“Apa yang awak nak saya buat?” lemah suara Husna bertanya.

“Tinggalkan Khalish. Saya bukan nak berlaku kejam pada awak dan anak awak Husna. Tapi saya pun terseksa sama bila orang yang saya cinta ada perempuan lain. Untuk hidup bermadu saya tak mampu Husna… tapi awak jangan risau, saya akan tolong awak dan benarkan anak awak untuk berjumpa dengan Khalish nanti”

Husna kalah! Air mata dia mengalir. Sampai hati diorang, belum anak aku dilahirkan lagi diorang dah rancang untuk jauhkan dia dari papa dia. Apa hak Azira untuk menentukan semua ni padahal dia bukan isteri Khalish lagi. Baby maafkan Umi!

“Awak tak rasa kejam ke dengan anak saya? Bila dia lahir nanti dia tak akan punya ayah yang akan sama-sama besarkan dia. Tak boleh ke awak biarkan kami bahagia seperti sekarang ni?” pinta Husna. Seolah-olah merayu. Demi anak dia… dia sanggup merayu. Asalkan anak dia nanti ada kasih sayang seorang ayah.

Azira tarik nafas dalam. Dia perlu berlembut dengan Husna. Dia yang nak ambil Khalish semula dari Husna, dia tak boleh terus melenting padahal ini baru diperingkat permulaan.

“Husna… ya.. saya tahu awak dan Khalish bahagia sekarang…” kesat rasa tekak bila dia perlu mengaku kebahagian hidup Husna dan Khalish.

“tapi cuba awak fikir balik, cinta Khalish ada pada saya… mungkin depan awak dia pura-pura bahagia tapi dalam hati dia? Dia mungkin terseksa Husna. Awak tak terfikir ke? Sekarang adalah masa yang sesuai untuk awak pula bagi sesuatu yang boleh membahagiakan dia.”

Sesungguhnya dia dah pun berpakat dengan mama Khalish untuk memujuk Khalish memaafkan dia. 

Dia sebenarnya dah berputus asa untuk merayu pada Khalish. Sebenarnya dah 2 bulan dia pujuk Khalish untuk bersama dan terangkan tujuan sebenar dia balik Malaysia. Tapi Khalish mengelak dan bersungguh-sungguh kata yang dia tak akan terima Azira balik.

Husna hanya berdiam. Dalam kepala otak dia sekarang ni serabut dengan semua ni. Emosi dia bercelaru. Sama ada nak pentingkan kebahagiaan diri atau membahagiakan Khalish? Tapi anak yang dia kandung ini? Husna usap perut dia yang membukit.

‘baby.. apa patut umi buat? Nak papa bahagia atau hanya umi yang bahagia? Umi kejam ke’ getus hati Husna.

“Husna.. awak fikir la baik-baik. Saya bagi awak masa untuk fikir dengan mendalam.” Saja Azira berkata begitu kepada Husna. Dia tahu Husna dah berbelah bagi dengan keputusan sendiri. Kalau betul Husna sayangkan Khalish, dia mesti sanggup berundur diri untuk lihat Khalish bahagia.

Dan… kalau rancangan yang ini tak berjaya… dia akan gunakan mama Khalish untuk dapatkan Khalish. Dia tak kisah dengan apa cara sekalipun! Yang penting… Khalish akan ada dalam dakapan dia.

Husna hanya mengangguk kecil dan terus berlalu dari situ.

Abang… abang masih cintakan Azira ke? Tak ada ke sekelumit cinta abang untuk saya?

Sampai sahaja Husna dirumah mama Khalish dia nampak Khalish sedang duduk bersantai di gazebo dengan mama. Husna tersenyum manis membalas senyum Khalish. Cepat-cepat dia pergi kearah Khalish ketika Khalish mengamit dia.

Mama Khalish pulak dah hadiah jelingan tajam pada Husna. Apa Husna ingat dengan dia mengandungkan cucu aku, aku akan berbaik dengan dia? Suka dia? Jangan harap! Aku rela Khalish tinggalkan perempuan tu dan kahwin dengan Azira. Dasar perempuan tak ada asal usul! Terus mama 
Khalish bangun dan berlalu masuk kedalam rumah.

“Lambat Husna balik hari ni” kata khalish sambil menyisir rambut Husna yang kelihatan kusut.

Husna senyum. “Banyak kerja dekat pejabat tadi. Lepas tu Husna keluar jumpa kawan kejap” 

walaupun dia tak beritahu hal sebenar sekurang-kurangnya dia tak menipu Khalish.

Khalish mengangguk.

Tangan Khalish mengusap perut Husna yang dah membesar sedikit dari biasa. Husna dah 
mengandung 5 bulan. Tersenyum dia bila teringat yang tak lama lagi dia akan jadi papa.

“Husna masuk dulu” pamit Husna. Khalish hanya memandang. Pelik… selalu Husna akan bercerita apa yang dia buat hari ni. Tapi sekarang dia diam saja. Mungkin penat.



+++++++

“Abang” Panggil Husna dari atas katil.

Khalish yang sedang menonton berita hanya menyahut tanpa memandang.

“Abang, nak namakan anak kita apa?”

Khalish toleh sekilas pandang Husna.

“Tak awal sangat ke awak? Baru 5 bulan”jawab Khalish.

Hurmmm.. Husna terdiam. Memang awal, tapi dia takut tak sempat.

“Takut tak sempat” perlahan saja Husna bersuara. Tapi Khalish masih boleh dengar.

“Kenapa pulak tak sempat? Sempat la”

Husna dah tarik nafas. Dia turun dari katil dan duduk disebelah Khalish disofa.

Khalish mengensot lebih rapat kearah Husna sambil peluk bahu Husna. Automatik kepala Husna berada didada Khalish. posisi ni memang Khalish suka. Sebab boleh main rambut Husna yang dah panjang paras bahu tu.

“Abang cakap jer la abang nak namakan anak kita apa. Husna nak tahu jugak” rengek Husna sambil main-main butang baju Khalish.

Khalish dah tersenyum lucu. Husna memang kadang-kadang manja teramat. Kadang-kadang suka buat muka mono.

“Errrmm….” Khalish diam memikir.

“Kalau Husna nak nama apa?” tanya Khalish.

“Husna tak tahu. Husna ikut abang jer. Apa yang abang suka Husna pun suka” balas Husna sambil peluk Khalish erat.

Itulah Husna. Semua benda dia akan dahulukan Khalish. Yang pasti Khalish suka.

“Kalau lelaki abang suka nama… Muhammad Naqid bin Muhammad Khalish. amacam sedap tak?”

Husna mengangguk laju. Dia suka.

“Kalau perempuan?”

“Errm.. anak perempuan Husna la bagi nama. Baru adil”

“Husna suka nama Khayla. Khayla maksudnya yang cantik. Nurul Khayla binti Muhammad Khalish”

“Abang suka. Simple and meaningful”

Husna menguap. Dia dah mula mengantuk.

“Pergi la tidur dulu.” Suruh Khalish sambil gerak-gerakkan bahu Husna.

Husna geleng-geleng kepala. “Nak tidur peluk abang” sahut Husna saja nak mengedik.

Khalish dah tergelak-gelak. “Kalau nak abang kena kerja overnight la Husna malam ni. Upah sebab kena peluk Husna.” Usik Khalish sambil terangkat-angkat kening buat muka nakal.

Husna menjeling manja.

“Boleh jerrrr…” jawab Husna saja meleret-leret.

Khalish dah telan air liur. Aiiii Husna ni. Mengoda aku nampak?

“Husnaaa…. Abang tak bergurau ni.” Bergetar suara Khalish memberi amaran. Dada dah rasa 
berkerja lebih cepat ni.

“hahahha… Jom la bang” manja Husna ajak Khalish.

Khalish apa lagi. Semangat waja terus!

++++++

“Abang.. Husna siapa pada abang?”

“Isteri abang la”

“So… kalau isteri, abang sayang Husna la ni?” Soal Husna teruja. Mata Khalish ditatap dalam.

Khalish buat-buat mengeliatkan badan.

“Husna, tolong picit badan abang. Penat la arini”

Husna dah kecewa. Khalish berdalih!

“Abang ni memang setiakan.”

Khalish dah kerut kening.

“AIk? Kenapa pulak cakap macam tu?”

Husna picit-picit bahu Khalish. “Sebab cinta abang tu memang susah Husna nak dapat”

“Dapat dari siapa?” tanya Khalish pelik.

“Azira” perlahan jer Husna menjawab.

Khalish dah terdiam.

“Don’t assume something you do not know” tegas Khalish berkata. Lalu terus dia berlalu kedalam 
bilik air untuk mencuci muka dan gosok gigi. Husna dah terkulat-kulat kat sofa. Aik? Marah ke?

Khalish pandang muka dia dekat cermin.

‘Bila kau nak bagitahu Husna yang kau cintakan dia? Tapi perlu ke? Takkan Husna tak nampak gerak geri aku selama ni menunjukkan aku sayang dia.’


“Arghhh! Serabut!”




Friday 21 November 2014

Jangan letih mencintaiku #5







Sayup-sayup Husna dengar suara menangis Naqid. Ya Allah... sakitnya. Kepala dia rasa berdenyut lagi.

“Naqid..” lemah suara Husna panggil Naqid. Terasa perit tekak dia. Mata masih terpejam sebab dia rasa macam nak tidur lagi. Tapi dirisaukan Naqid.

“Umiiiii”seru Naqid sambil goyang-goyangkan tangan Husna.

“Husna dah sedar?”

Husna cuba bukak mata bila terdengar suara perempuan yang dia tak kenal. Berbalam-balam pandangan dia. Mata dikecikkan bagi memfokuskan gambaran.

Dia nampak seorang perempuan yang boleh dianggap kakak sedang duduk disisi dia sambil riba Naqid. Ada jugak dua orang lelaki yang sedang berdiri dihujung kaki dia. Terus Husna raba-raba kepala takut aurat dia terdedah. Alhamdulillah, dia pakai tudung lagi.

“Umiii...” Naqid dah bergerak nak naik atas badan Husna. Dia nak peluk Husna. Tapi cepat-cepat didukung salah seorang lelaki tadi.

“Nak Umi! Nak umi!” jerit Naqid sambil meronta-ronta. Husna yang masih lemah dan tak bermaya hulur tangan nak ambil Naqid tapi dihalang perempuan tadi.

“Husna lemah lagi, biar Naqid nanti Khalish handle.”

“Khalish?” Husna terkejut. Terus dia menoleh kearah lelaki yang sedang mendukung Naqid yang teresak-esak menangis. Mata mereka bertatapan. Lama.  Ya Allah! Kenapa aku tak perasan dari tadi.

Khalish hanya diam. Dia sebenarnya masih terkejut sebab boleh berjumpa dengan Husna dekat sini. Hampir 4 tahun dia cari Husna. Akhirnya dia jumpa. Dan Naqid? Anak dia yang sangat comel. Dia rasa terharu, dan kecewa dengan apa yang terjadi selama ni.

“ Nama akak, Kak Ira. Ni suami akak, Abang Yusuf dan yang ni Khalish adik akak.”

Husna hanya mengangguk. Ni ke kakak sulung Khalish? Yang tak pernah dia jumpa sebab kak Ira dulu masih belajar diluar negara. Lagipun kisah dia dan Khalish hanya wujud selama setahun jer.

Naqid meronta-ronta lagi dalam dukungan Khalish. Husna faham sangat dengan perangai Naqid, dia mana nak dengan orang sebab hidup Naqid hanya ada Husna. Cuma bila Husna kerja saja dihantarnya Naqid kerumah jiran untuk dijaga.

“Naqid, sini sayang” lemah suara Husna memanggil Naqid. Perlahan-lahan Khalish melepaskan Naqid untuk pergi kearah Husna.

Terkedek-kedek budak kecik tu berjalan sambil tersedu-sedu menangis nak kan uminya. Yang lain hanya memerhati. Masing-masing tak tahu nak cakap apa sebenarnya.

Naqid panjat kerusi yang berada disebelah katil hospital yang menempatkan Husna. Tertonggeng tongeng dibuatnya sebab nak cium pipi Husna punya pasal. Naqid... Naqid.. Umi sayang Naqid sangat-sangat.

Ira rasa sedih tengok dua beranak ni. Sebab dia tahu kisah disebalik kebahagian dua beranak tu. Cepat-cepat dia seka hujung mata sambil buang pandang kearah adiknya yang dari tadi membisu.

Ira dan Yusuf segera meminta diri bila teringatkan anak mereka yang ditinggalkan dengan adik bongsu mereka tadi. 

“Terima kasih kak, abang, Khalish. Sebab bantu saya. Kalau tak, tak tahulah macam mana dengan Naqid tadi.” Ucap Husna ikhlas. Memang dia berterima kasih sungguh dengan mereka.

Abang Yusuf dengan Kak Ira hanya tersenyum.

“Dah memang tanggungjawab kami, Husna. Kalau tak kami orang lain juga akan tolong Husna tadi. 
Lagipun, mungkin ada hikmah semua ni” penuh makna kata-kata Kak Ira. Sambil berkata dia kerling kearah Khalish yang berada dihujung katil Husna.

‘Memang ada Hikmah, sebab saya jumpa awak Husna’ detik hati Khalish.

Abang yusuf dan Kak Ira berlalu pergi. Tapi pelik, Khalish tak gerak-gerak dari kerusi. Naqid pulak dah baring terlentang disebelah Husna diatas katil hospital tu.

Husna rasa janggal. Dah lama tak berdua dengan Khalish.

Macam-macam persoalan yang berada dalam kepala dia. Banyak benda dia nak bertanya pada Khalish tapi tak terluah.

Abang sihat? Macam mana kehidupan? Azira mana? Dah berapa orang anak?

Khalish pulak…. Benda pertama sekali dia nak buat bila jumpa Husna adalah… nak peluk Husna dan Naqid ketat-ketat. Dia rindu… sungguh! Rindu..

Kenapa Husna tinggalkan abang? Kenapa Husna pisahkan abang dengan anak kita? abang nak cakap yang abang cintakan Husna. Sangat!

Air mata yang dah mula bergenang ditubir mata Khalish seka cepat-cepat. Dia berdehem membetulkan suara.

“Sejak bila Husna demam?” tanya Khalish sambil merenung anak mata Husna. Dia tahu Husna rasa tak selesa. Tapi dia tak nak balik. Dia rasa terpanggil untuk terus disini dan menatap Husna.

“Petang tadi” jawab Husna. Mata dia memerhati Naqid yang ralit bermain hujung tudung umi dia sambil hisap ibu jari. Comel sungguh!

“Abang balik jer la, Husna okay jer kat sini”

“Naqid macam mana? Dia tak nak berenggang dengan Husna”

“Tak pa, Naqid biar dekat sini. Lagipun kami hanya berdua sahaja disini, mungkin nurse akan faham nanti”

“Tapi Husna tak kuat lagi nak layan kerenah Naqid. Biar abang tunggu dekat sini. Takut-takut nanti Naqid nak ketandas atau nak susu ke... abang boleh tolong” lembut suara Khalish berkata-kata.

Tiba-tiba dia rasa sayu. Macam manakah keadaan Husna ketika mereka kesusahan seperti ini? Kejamnya dia. Padahal dia tahu Husna sebatang kara.

Husna pula dah bergenang air mata. Dalam hati dia... rasa cinta terhadap Khalish tak pernah hilang. Sungguh! Demi tuhan dia sangat merindui lelaki itu. Dia rasa nak peluk dan belai lelaki dihadapan dia ni. Tapi, dia tahu... dia tak boleh.

Segera Husna seka hujung mata dengan ibu jari dan pura-pura melayan kerenah Naqid. Taknak melayan perasaan sedih.

Khalish ralit memerhati Husna yang walaupun lemah tapi masih boleh tersenyum dan bergurau senda dengan Naqid. Tersenyum dia tengok keletah Naqid dan Husna

Naqid yang sedang hisap ibu jari mencebik-cebik bila Husna tarik jari kecik dia dari mulut. Lepas tu digenggam kuat-kuat tangan kecil tu supaya Naqid tak boleh bawa kedalam mulut lagi.

“Umi... nanak la!!!” jerit Naqid sambil tarik-tarik tangan dia dalam genggaman Husna.

“Jangan hisap!” Husna bulatkan mata. Dia acah-acah nak gigit lengan Naqid. Mengekek budak kecik tu ketawa.

“Umii”panggil Naqid berdayu-dayu. Husna dah tersenggih. Faham sangat! Nak tidur la tu.

Naqid panjat atas badan husna dan berbaring didada Husna. Tabiat dia bila nak tidur.

Cepat-cepat Khalish bangun dari kerusi nak angkat Naqid sebab dia nampak Husna macam penat sangat bila Naqid berbaring macam tu. Tapi belum apa-apa dah dihalang Husna.

“Tak per bang, dia kalau nak tidur memang macam ni” rambut Naqid diusap lembut sambil ibu jari Husna digenggam Naqid.

Terkedu Khalish dibuatnya... manja sungguh Naqid dengan Husna.

“Umi..”panggil Naqid lagi sambil peluk badan Husna kuat-kuat. Muka dia dah tersembam kat dada Husna.

Rambut Naqid diusap dan ditepuk punggung Naqid samba mengalunkan zikir agar Naqid terlelap.

“Naqid, cayang Umi” ucap Naqid sekian kalinya.

Makin membuatkan perasaan Khalish menyucuk bila terkenangkan dia tak ada saat Naqid membesar. 

Adakah Naqid akan manja begitu dengan dia kalau mereka bersama dari dulu? Arghhh!!! Benda dah lepas tak guna nak dimenyesalkan.

Ya Allah masih adakah lagi kesempatan aku untuk menatap pemandangan indah ini.

Husna yang dah biasa dengar ucapan sayang Naqid sebelum tidur hanya tersenyum. Itulah rutin mereka setiap malam. Naqid nak baring atas dada dia, nak dia zikirkan sambil usap dan tepuk-tepuk sampai terlelap.

Kadang-kadang dia lenguh jugak sebab Naqid makin membesar tapi dia nak mengabadikan kenangan ni sampai bila-bila.

“Meh abang angkat Naqid ke sofa. Dia dah tidur tu.” Pinta Khalish.

Husna pun sebenarnya dah mengantuk sangat. Dia hanya memerhati Khalish mencium dahi Naqid. 

Ya Allah, adakah dia masih jodohku? Adakah aku dikira tamak sekiranya aku meminta kepada Kau untuk memanjangkan jodoh kami? Jauh disudut hatiku, aku ingin untuk terus disamping lelaki itu. Walaupun bukan sebagai perempuan yang dicintai Khalish.

“Husna tidur la, dah lewat sangat ni”

“Abang?”

“Abang tidur dengan Naqid kejap lagi”

Husna mengangguk. Mata cuba dipejamkan tapi rasa tak selesa dengan pandangan tajam Khalish.

Khalish tak akan puas memandang wajah pucat wanita yang dirindu selama 4 tahun ni. Kita masih suami isteri, Husna. Dan abang saat ini… sumpah! Rasa nak sangat usap wajah Husna.. cium dan peluk tubuh itu.

Husna nampak lain. Sekarang wanita itu dah berhijab.. adakah rambut Husna masih pendek seperti dulu? Dia tak tahu.. sebab Husna masih bertudung sekarang ni didalam wad. Wajah itu dah hilang keremajaannya diganti dengan muka ayu penuh keibuan.

Husna pulak. Gara-gara tak dapat lelap, mata dia terkebil-kebil memandang siling wad. Abang nampak lebih matang dan berkarisma. Husna sedar dia tak pernah minta fasakh untuk memutuskan perkahwinan ini sebab dia sangat sayangkan Khalish. Biarlah dia terus untuk hidup sebagai isteri lelaki itu. Dia sanggup!

“Husna…” panggil Khalish perlahan.

Husna berpaling memandang Khalish yang sedang duduk disisi dia.

Khalish dah tak boleh tahan untuk tak menyoal benda ni. Dia tak sanggup tunggu lagi.

“Kenapa Husna tinggalkan abang?” sayu suara Khalish ketika menyoal.


Husna dah terkedu dengan soalan Khalish. Mata dia bergenang bila teringat memori 4 tahun lepas. 

Saturday 8 November 2014

CERPEN# Mamat terlajak Poyo VS Minah Andartu

"wahh!! Handsomenya kau ni... badan tough siap ada six pack... omaigodd!!!”
Muka aku dah start teruja terlebih dah... aku scroll lagi laman instagram mamat ni. Dah la encem plus tough pulak tu, nasib baik dah kahwin kalau takkk... auuummm!! Aku ngap macam lempeng!

Ops! Terlebih sudahhh.

Hai! Nama aku Nadjaa. Noor Nadjaa binti Nadzmi. Orang panggil aku Nad. Meh sini aku nak cerita sikit kenapa aku excited terlebih macam yang korang baca kat atas tu.. hehehe...

Aku sebenarnya memang minat betul mamat-mamat yang badan ketul-ketul ni. But, wait! Bukan badan ketul macam ahli bina badan tu yer.. melampau sangat tu ketul dia... aku minat mamat badan macam artis korea. Ekekeke... badan kat luar nampak biasa jer.. sekali kau! Selak baju, nampak six pack woii! Drooling gitu.

Buat masa sekarang ni ada la dua tiga mamat yang aku admire dia, contohnya macam Hideo Muraoka. Dia ni seorang model. Tapi kau! Badan dia... MasyaAllah! Seksi habissss.

Second, aku ada la jugak minat sorang mamat Malaysia ni.... tapi tak ingat nama dia. Kekekeke... dia ada pusat gym sendiri tapi sayang... dah kahwin! Kalau tak.. memang rajin ler aku pergi gym dia nak mengorat dia. Lepas dua bulan gerenti aku pulak yang ada six pack. Hahaha

Okay.. ini adalah permulaan kisah aku nak mencari lelaki idaman aku. Sebab apa? Sebab umur aku sebenarnya dah nak masuk tiga series tapi satu calon pun tak ada! Ape daaaa...

Adoii tengah-tengah aku sibuk menaip ni la aku dengar bunyi kucing bergaduh.. seram dowhhhh.. ok laa bye! Nak tido... takutttt

++++++

Hai! Korang dah dengarkan kisah minah andartu tadi... so mari tengok kisah aku pulak.

 Nama aku Ahmad Yunus bin Ahmad Yusuf

Umur aku 31 tahun

kerja sebagai Aircraft engineer. Ala yang tukang ketuk-ketuk repair-repair kapal terbang tu. Haaa... 
boleh kira macam tu la kerja aku.

Sebenarnya, aku tak nak masuk pun dalam cerita minah ni. Tapi disebabkan aku sebenarnya nanti bakal jadi Hero dalam hidup minah andartu tu. So, nak tak nak terpaksala aku menyemak. *gosok-gosok hidung sambil buat muka poyo*

+++++++

“Hah! Buat apa tu?!”

“Opocot mak kau!!!”

Cis! Kurang asam jawa punya kawan. Dah tahu aku ni jenis lemah semangat lagi mahu sergah-sergah aku!.

Aku pandang si wani ni kecik besar kecik besar jer. Amboi! Gelak sampai mengalir-galir air mata.

“dah puas dah gelak?” tanya aku dengan nada sarkastik.

Wani terangguk-angguk sambil ketawa. Adoii lawak sungguh dia tengok muka si Nad tadi. Terbeliak mata macam ikan mas dah.

“Apasal termenung ni?” tanya Wani lepas ketawa dia reda. Wani ni kawan satu rumah dengan aku. 

Dia pun sepesen jer dengan aku ni bujang terlajak laris. Cuma dia lebih laris sikit la dari aku sebab dia dah bertunang. Tinggal nak kahwin lagi 5 bulan.

Aku toleh pandang muka Wani sekilas sebelum ambil kwangsoo aku lepastu peluk ketat-ketat. 

Kwangsoo ni bantal bentuk zirafah. Disebabkan aku minat sangat kat kwangsoo jadi bantal busuk aku tu aku bagi la nama Kwangsoo.

“Hurmmm... macam biasa la” lemah suara aku menjawab.

Kening Wani dah terangkat tinggi macam Ziana Zain.

“Mesti sebab Mak kau suruh bagi dia menantukan? Hehehe” Wani gelak-gelak lagi. Hish! Aku tengah stress ni lagi boleh gelak pulak dia.

Aku jeling dia tajam. Wani terdiam sambil telan liur. Amboii mata! Jelingan manja sangat!

“Alaaa... senang-senang kau suruh jer la mak kau carikan calon. Apa susah!”

Aku garu kepala kuat-kuat padahal tak gatal pun. Lepastu aku mengeluh kuat lagi.

“Kau ni! Macam tak tahu aku macam mana. Bukan masalah calon tahu tak! Kalau aku nak ada dah lama kawan kau ni kahwin tahu tak!.” Jelas aku sambil mendengus kuat.

“Okay! Aku tahu. Tapi sampai bila?” tanya Wani sambil dia peluk bahu aku erat. Aku pandang dia. Sambil angkat bahu. Kalau aku cakap aku tak nak kahwin sampai bila-bila boleh tak???

+++++

“Abang! Nak kemana tu?”

Alamak! Mama! Mati aku kalau macam ni. Perlahan-lahan aku toleh belakang.

Mama tengah duk bersandar dekat jenang pintu dapur. Aku tayang sengih sambil melangkah kearah mama sebab nak salam sebelum keluar. Ambil berkat! Hehehe

“Errr.. ma.. Abang nak keluar jap jumpa kawan.” Jawab aku sambil hulur tangan nak salam mama.
Mama pandang curiga kat aku. Adoii...

Nak tak nak jer mama hulur tangan sambil buat mata macam tak percaya cakap aku.

“yer ke jumpa kawan? Keee... kamu nak jumpa mana-mana pramugari buat dating?”

Erk? Heee... kantoi sudah.

“haa... err... “ nak cakap ape ni? Tak baik menipu mama. Mahu ke neraka aku nanti.

Aku ni walaupun selalu gak keluar berdua dengan awek-awek tapi aku ni baik tau! Hehehhe... puji diri sendiri pulak.*tayang muka innocent sambil garu-garu kepala*

“Mama tak kisah kalau abang nak keluar jumpa perempuan. Tapi ingat pesan mama! Jangan berdua saja orang ketiga nanti ada!. Jangan buat perkara-perkara yang boleh mendatangkan fitnah orang. Berdosa tahu! Sentiasa ingat Allah dengan keluarga yaaa..” panjang lebar mama ceramah kat aku.

Aku hanya angguk-angguk kepala. Dah biasa dengar.

Selama aku hidup ni memang aku nakal. Biasa la lelaki. Tapi aku masih tahu batas lagi. Solat pun Alhamdulillah cukup lagi just selalu terbabas waktu jer. Kekekeke.

“Okay ma! Abang sentiasa ingat nasihat mama. Bye ma! Iloveu sweetheart!” lepas jer cakap macam tu aku terus berlari keluar dari rumah. Hehehe. Sebab tahu sangat nanti mama sambung dari ceramah jadi forum pulak.

Puan Zainab dah tergeleng-geleng kepala tengok perangai anak teruna dia yang sorang ni. Umur dah lanjut perangai nakal dia tak hilang-hilang lagi. Disuruh kahwin mesti mengelak aje kerja si Yunus tu.

Tepat jam 9.45 malam aku sampai dekat Ali bistro. Hehehe memang kat sini la tempat lepak aku dengan kawan-kawan. Alaa setakat borak-borak kosong sambil minum kopi jer pun. Tak ada makna aku nak pergi lepak dekat kelab-kelab malam. Haram! Berdosa tau…heee.. amacam baik tak aku??? ^__^!

Hah! Lagi satu… kat Ali bistro ni jugak la tempat aku dating. Hahaha… siapa-siapa yang jadi awek aku tu memang tak boleh demand nak pergi kelab kee… restoren mewah ke.. nehi!tiada! no! tak payah nak gedik sangat ajak aku pergi sana. Tempat mahal-mahal ekslusif untuk siapa awek bertuah yang lepas saringan jadi bini aku jer. Hahaha

“Woii Yun! Lambat la kau! Orang dah start bola dah ni” jerit geng-geng aku. Hish! Tak menyempat.

Aku cepat-cepat order teh tarik dengan mee goreng mamak. Lepas tu tarik kerusi sebelah kawan baik aku Laila. Haaa… Laila ni pramugari tau. Kawan aku sejak kecik lagi. Tapi dia ni not typical perempuan ar.. walaupun dia ni pramugari tapi ganas yang amat. Tu la geng-geng dia semua lelaki.

“Apasal lambat?” tanya Laila sambil hirup neslo ais kegemaran dia.

Aku tayang sengih. “Jalan jam” saja aku bagi alasan macam tu. Padahal tak jam pun. Aku solat isyak dulu woiii.. tu lambat. Tapi aku malas nak cakap. Kekekee.. karang orang kata aku riak pulak. 

Haha… macam dah riak jer ek? Cepat-cepat aku istighfar dalam hati.

+++++

Hujung minggu ni aku balik kampong. Saja nak tengok mak aku. Sebab dia dah bising-bising marah aku ni tak ingat nak balik ke asyik kerja jer.

"Angah, mak gaduh dengan abah lagi. Takut aku tengok." aku bersuara perlahan supaya mak dengan abah dekat luar tak dengar suara aku tengah telefon adik aku.

biasa la rumah papan, cakap perlahan pun kadang-kadang orang boleh dengar apatah lagi kalau suara kuat mahu selang dua rumah dengar.

"Gaduh pasal apa pulak kali ni?" Adik aku, Ida tanya gaya malas dah nak ambil tahu.

"Kali ni? nampak sangat mak dengan abah memang selalu gaduh. hahaha"

"Memang selalu pun"

Mak dengan abah memang selalu gaduh. paling tidak seminggu mesti sekali atau dua minggu sekali. semuanya sebab duit. Abah umur baru 53 tahun tapi dia dah pencen, sebabnya? sebab dia nak dapat duit pencen tu untuk bayar hutang dia dekat along. ni bukan along anak sulung tau! ni along ceti!

Abah dengan mak memang banyak hutang. Dulu hidup kitorang mewah jer. Duduk rumah banglo, makan sedap-sedap, duit sekolah boleh dikatakan banyak sampai kitorang boleh belanja kawan lagi. tapi semua tu musnah bila kawan Abah ajak abah melabur. ala yang macam skim cepat kaya tu, tapi nama apa tah aku tak tahu. alih-alih duit abah burn macam tu jer. kena tipu!

itu baru sikit, lepas tu, abah aku ni pulak jenis kesian kawan. kawan mintak pinjam duit dia bagi jer, pun kena tipu jugak. haila nasib! sejak tu... abah dah tak mampu nak duduk rumah tu lagi, jadi kitorang pindah duduk rumah papan yang kayu dia dah tinggal tunggu masa nak roboh sebab kena makan anai-anai, lepastu makanan kitorang kena catu, ada hari-hari tertentu jer dapat makan sedap tu pun setahun sekali, hari-hari lain semua ikan masin, telur , meggi. tapi paling sadis hidup, satu hari kitorang kat rumah makan cekodok bawang jer sebab beras, lauk dan sebagainya tak ada. Duit belanja sekolah? jangan cakap laaa sehari seringgit yang semestinya zaman sekarang nak beli air kat kantin pun tak lepas.

Duit boleh bahagiakan kami, dan duit boleh buat kami sedih. Bila mak dengan abah duk gaduh, kitorang adik beradik akan duduk diam tapi sebenarnya kitorang tertekan sangat. bila pergi sekolah tengok kawan-kawan dapat makan sedap, kitorang terfikir beruntung diorang tak ada masalah macam kita.

"Mak marah abah sebab abah tak peduli pun barang dapur dah dekat seminggu tak ada. Dia tahu balik nak makan jer. mak pun membebel sebab rezeki tak berkat bagai" terang aku dekat adik aku.

Itu lah benda yang terjadi kat keluarga aku. Tapi sekarang keadaan kat rumah tu dah okay la sikit sebab aku dah kerja. So aku tanggung adik beradik aku yang masih bersekolah tu.

*********
"kau bila nak kahwin weh? umur dah nak dekat 30, takkan nak jadi andartu kot" adik aku Ida dengan muka tak bersalah tanya. Hish! Dia ni pun sepesen jugak dengan si Wani tu. Asyik tanya benda sama jer. Naik bergumpal taik telinga aku.

"Tak nak kahwin"

Amboi senangnya jawapan.

"Hahaha, asal pulak.. sunah kot"

"Aku buat sunah nabi yang lain, yang ni tak nak buat"

Ida tarik nafas panjang. susah ada kakak yang trauma atau fobia macam- macam ni.

Kak long Nadja aku ni takut semua binatang yang berbulu. sebab geli katanya. dia takut kilat dengan guruh. kalau hujan tu memang pucat la muka dia ni. dia takut segala jenis benda yang boleh buat dia terluka. sama ada terluka dalaman atau luaran. ha!!! yang ni parah!

kakak aku ni kalau tak disebabkan terdesak dulu memang tak la dia ada lesen kereta. sebab apa? sebab dia takut accident katanya. bengong betul la akak aku ni. habis selama ni dia naik kenderaan awam tu tak boleh accident ke? pelik betul. luka dalaman pulak... kakak aku takut kecewa. tu sebab sampai sekarang dia tak pernah bercinta. sebab dia trauma dengan perangai lelaki. hahhaha... perangai abah kitorang la kot!

"Kau ni kak long... tak terfikir ke kehidupan kau bila kitorang dah tak de nanti? bila mak dengan abah dah tak ada.. bila aku dengan adik-adik dah ada keluarga sendiri. kau macam mana? siapa nak jaga? tak terfikir ke?" sayu jer suara Ida bercakap. Dia sayang kakak dia yang sorang ni. sebab segala masalah diorang kongsi bersama.

Diorang bukan orang senang, sentiasa ada masalah ekonomi dalam rumah ni. kak long sebenarnya bercita-cita nak sambung pelajaran sampai PHD sebab kak long memang suka belajar. time sekolah dulu dia sentiasa dapat no1 dalam kelas. bukan sebab dia nak dapat hadiah atau apa. tapi sebab kak long memang suka ilmu. tapi... sebabkan Kak long anak sulung, dia dapat belajar sampai ijazah jer dan terus kerja sebab nak sara hidup kitorang sekeluarga.

 Itupun kak long kata dia dah bersyukur mak abah bagi dia belajar sampai dapat ijazah sebab bila tengok keluarga lain yang lebih susah kadang-kadang ada jer yang lepas spm kena kerja nak tanggung keluarga.
aku garu kepala. Adik aku, Ida tak kan faham perasaan aku. semua orang takkan faham.

“Cuba kau cerita kat aku kenapa kau tak nak kahwin?” tanya Ida lagi.

Aku diam memikir.


Sebab-sebab Nadjaa tak nak kahwin:

1: sebab utama aku takut terluka dikemudian hari. Disebabkan kahwin ni seumur hidup jadi aku tak nak merana seumur hidup! Nanti kalau laki aku curang tak pun nak kahwin dua camne? Aku time tu dah sayang nak mati kat dia. Tak ke merana hidup aku? (nampak tak alasan kak long aku ni sengal! Over thinking betul!)

2: Aku ada masalah kesihatan yang melibatkan kesuburan.( keturunan bapak aku memang ada masalah ni. Sepupu aku kahwin semua tak mengandung lagi.) jadi aku takut aku ni mandul. Nanti laki aku tak boleh terima. So, laki aku dengan mak mertua aku nanti mesti desak-desak aku lepastu mula la mintak laki aku kahwin lain sebab nak anak. (pengaruh novel kuat sangat kakak aku ni!)

Ida dah tergeleng-geleng kepala baca tulisan tangan aku. Hahahaa.

3: Aku fikir nak kumpul duit sampai dapat beli rumah untuk family. Tapi kedai aku tu baru jer dimulakan. So, ambil masa lama untuk kumpul duit. Aku tak nak nanti bila dah kahwin laki aku suruh berhenti kerja nanti tak tercapai la cita-cita aku. Tak pun kalau lagi teruk aku dapat laki macam abah tu camne? Aku yang kena tanggung keluarga pulak karang. Amboi banyak cantik dia!

Hah??? Ada pulak kesitu kakak aku pikir.

4: Aku tak de calon daaaa…. Semua lelaki yang aku kenal tak menepati piawaian.

“woi kak long. Kau kata tak nak kahwin, alih-alih kau carik jugakkan lelaki? Hahaha. Sengal la kau” kata Ida sambil tergelak-gelak lepas baca point no 4.

“woi! Aku perempuan normal laa… kau ingat aku tak tergedik ke imaginasi kalau aku ada pakwe. Hampas gas betul kau ni!” aku tunjal kepala Ida sikit. Alaaa… tunjal manja-manja.

“Habis kalau kau jumpa lelaki idaman kau nanti kau kahwin la ni? Point 1,2,3 dah kira burn la ek?”

“ Mana ada, aku akan cari lelaki yang idaman aku dulu… kalau jumpa aku akan selidik untuk point no 1,2,3 pulak. Kalau lulus…. Memang kompang dipalu pengantin baru la aku!!!” aku gelak-gelak lepas cakap. Siap nyanyi-nyanyi lagi. Hahaha…

“Kak long betul ke kau mandul? Dah cek doctor ke?”

“Amboiii tak sayang mulut nampak! Aku dah gi check dah.. dr kata rahim aku okay.. tapi aku still takut sebab period aku memang tak menentu.”

“Kak long, satu jer kau kena ingat. Rezeki, ajal maut semua kat tangan Allah. Kita kena sentiasa berusaha.”
Errr… terus terdiam aku dengan nasihat adik aku tu.

“Kak long, aku dengarkan mak kata kat abah yang dia ada nak kenenkan kau dengan anak kawan dia. Habis la kau!!”

“Hah!!!”

+++++

Okay... awkward giler sekarang. Mamat yang aku rasa poyo giler duduk depan aku dari tadi pandang tak berkelip. Apa tudung aku ni senget ke? Tak pun aku pakai tudung terbalik?

Cepat-cepat aku telek tudung aku. Aik.. okay jer ni.

“ehemm..” aku berdehem. Saja bagi orang depan aku ni sedar sikit. Aku cucuk jugak mata dia karang.

Yunus tersentak... errr... nampak sangat dia terpegun pandang awek cun depan dia ni. Cun woii! Tak
tak meyesal aku ikut cakap mama untuk jumpa calon menantu pilihan dia. Aiseyy... falling in love in first sight ni...

Mama!!! Abang nak kahwinnnnn!!!

“Errr.. kenapa awak pandang saya macam tu?” aku tanya sambil buat muka musykil sangat-sangat.

Yunus dah terdiam. Nak cakap apa? Tak kan nak cakap sebab awak cantik sangat macam bidadari. 
Hish! Nanti dia terjatuh cinta pulak sebab aku ni memang mamat romantic. Kekekeke.

“Saya terpegun dengan kecantikan corak tudung awak. Hehehee... “ aduh! Yunus! Apasal alasan kau tu macam menunjukkan kau ni bodoh haaaa! Memalukan kaum lelaki sungguh.

Ya Allah mamat ni. Itu jer? Sengal sungguh!

Krik...krik...krikk... nak dekat 5 minit. Yunus pandang Nadjaa.. Nadjaa pandang meja. Senyap sunyi keadaan kat meja makan  kedai mamak tu.*biasalah Yunus kalau ajak dating siapa yang bukan bini dia, dia ajak dating kedai mamak jer*

“Errr... memandangkan saya ni lelaki yang budiman dan sopan santun. Meh saya perkenalkan diri dulu. Kalau dua-dua diam alamatnya sampai sudah kita asyik main mata jer.” Ujar Yunus sambil tayang sengih miang.

Ya Allah! Poyonya calon menantu mak cari ni! Eiii bernanah telinga aku dengar. Aku tayang muka bosan jer kat mamat ni.

“Saya Yunus. Awak boleh panggil saya abang Yunus. Ehem!”

Uwekk! Nak muntah aku dengar. Abang?? Aku anak sulung ok... tak mainla abang-abang ni.

“Saya Nadjaa. Awak boleh panggil saya adik Nad jer.” Aku tayang sengih innocent.

Yunus sengih. Adehhh main-main pulak budak comel ni.

“Apa barang adik. Kalau panggil sayangku Nad boleh?”

Hukkk..hukkk... tersedak aku! Cis. Kenakan aku balik mamat poyo ni.

“Awak, saya kejar masa ni. Apa kata kita straight to the point jer nak tak?” aku tanya mamat poyo ni. 

Tengok tu! Tak sudah-sudah tengok mata aku. Segan tahu tak! Hirup air pun mata mamat ni tak berkalih. Stress aku.

Yunus mengangguk laju.

“Mama awakkan yang suruh awak jumpa saya?”

Yunus angguk lagi.

Aduhhh stress sungguh tengok muka bajet suci mamat ni.

“Mak saya pun. Jadi apa kata awak cakap jer dekat mama awak tu yang awak tak berkenan dengan saya. Habis cerita. End of discussion.”

Yunus geleng pulak kali ni.

“Apasal pulak geleng?” aku soal tak puas hati.

“Kalau saya kata saya berkenan dekat awak macam mana?” Yunus angkat-angkat kening. Muka nakal gilaa!!! Eiiii seram.

“Hah? Takkan la kot! Baru jumpa kot” aku dah jatuh rahang dah pandang muka mamat ni.

Tergelak yunus tengok ekspresi muka Nadjaa. Hahahaha... comel sangat! Eiii geram. Macam nak tarik-tarik pipi gebu minah ni.

“Jangan la gelakk awakkk... saya serius ni” aku dah merengek-rengek. Aku rasa nak menangis ni. 

Takut punya pasal. Takut kena kahwin!

Yunus tahan senyum. “Okay. Serius. Kalau saya nak awak macam mana?” tanya yunus sambil tayang muka serius sangat.

Sumpah! Aku rasa memang nak meraung. Mak!!! Kak long tak nak kahwin!

+++++++

“Hai!”

Ya Allah! Mamat ni lagi. Menyibuk betul la dia ni. Aku rimas!

“Ehemm…ehem.. assalamualaikum” tak berputus asa betul si Yunus ni.

Aku hela nafas macam mengeluh. Lepas tu tayang muka meluat dekat mamat poyo ni.

“Hurm.. waalaikumsalam. Nak apa datang sini?”

Yunus dah tersengih-sengih. Eiii… bajet kau tu handsome sangat ke?

“Sibuk ke?”

“boleh laa”

‘Hee… aduii minah ni. Kot ya pun tak suka aku tunjuk la sikit muka manis. Ni masam kalah jeruk mangga dengan asam boi yang mama tengah minat tu.’ Kata hati Yunus.

“Boleh tak kita keluar kejap”

Aku dah angkat kening. “pergi mana?”

“Saya nak ajak awak cari cincin nikah. Errr… dengan fitting baju sekali. Lepas tu kalau boleh nak ajak awak cari barang hantaran dengan tempah kad and pelamin.” Laju Yunus menerangkan agenda 
dia harini.

Mak aih!! Banyak betul perancangan mamat ni. Mentang-mentang la aku dah jadi tunang dia bulan lepas. Cis! Eiiii… macam cepat sangat jer dah nak kahwin.

“errrr….” Aku banyak kerja sebenarnya. Bukan tak nak pergi pun. Adui aii.. siapa nak jaga kafe aku ni?

“Pleassseeee?? Mama dah tunggu dalam kereta tu. Dia ikut sekali.” Yunus tayang muka macam kucing parsi nak mintak kena belai.

Ni aku lemah ni. Bakal mak mertua ikut sekali la pulak!

“errr… kejap-kejap. Saya tutup kedai dulu.”

********

“Nadjaa, pilih la mana cincin yang berkenan dekat hati. Kalau tak minat kat sini kita pergi tempat lain pulak.” Kata puan Zaitun sambil tersenyum manis kepada bakal menantu dia.

Aku serius rasa nak meraung-raung dekat sini. Sebabnya… bila aku tengok cincin-cincin ni semua aku teringatkan yang aku dah nak KAHWIN!!! Tidak! Aku tak bersedia lagi. Kalau tak mengenangkan si mamat poyo ni punya pasal memang selamat aku membujang sampai ke tua nanti. 

Adui la.

Harga cincin pun boleh tahan nak meraung jugak ni. MAHAL! Banyak-banyak tempat asal laa mamat poyo ni pergi bawak aku kat kedai mahal macam ni. Kedai emas biasa tak boleh ke? Keee… semua emas harga sama ek? Entah!

Yunus duk bersandar dekat dengan mama dia sambil duk perhati Nadjaa yang dari tadi termenung jauh sambil pandang cincin yang berderet-deret dalam tempat display tu.

Awat la minah ni comel sangat. Dia termenung pun aku dah angau. Aduii laa Nadjaa.. bila la hang nak kahwin dengan aku ni.

“Awak berkenan yang tu ke?”

Hah? Aku angkat kepala pandang si mamat poyo tu. Errr… cincin yang depan aku ni ke?

Eiii!! Tak ingin aku! Batu besar gedabak macam mak-mak datin pakai. Dari jauh orang dah Nampak. 

Eii tak nak!

“Kalau nak yang tu ambik jer la Nadjaa” sambung Puan Zaitun pulak.

Cepat-cepat aku geleng.

“Dah dekat satu jam awak kita duk sini. Cepat la pilih banyak tempat lain lagi nak pergi ni.”

“Hish, abang ni boleh bersabar tak. Cincin ni nak pakai seumur hidup tau! Jadi kena pilih betul-betul” tegur Puan Zaitun sambil terteleng-teleng nak tengok cincin untuk dia jugak.

“Awak la pilih” senang. Tak payah la aku risau nanti kalau harga dia berapa. Risau aku takut dia punya bajet sikit jer alih-alih aku pilih yang mahal.

“Okay, awak minat yang macam mana?”

Hurmmm….

“nak yang simple jer… tak nak yang menyerlah sangat”

Lama Yunus mencari. Lepas tu dia hulurkan kat aku dua bentuk cincin yang sama. Cuma saiz berbeza. Bila dua cincin tu digabungkan ditengah-tengah terdapat bentuk hati. Cantik dan simple.

“Ni okay kan? Yang ni saya punya. Ni awak punya. Bila kita cantumkan dua cincin ni. Ada bentuk love.” Kata Yunus sambil tayang senyum manis.

Cair pulak aku tengok senyuman dia ni. Sabar hati!

“Mama pun berkenan. Pandai abang pilih.”

“Tengok la orangnya mama. Pilihan sentiasa tepat!”

Datang dah! Penyakit poyo dia ni.

Aku hanya mencebik.

++++++

“Yunus!”

Allah! Terkejut aku. Apahal la minah ni duk terjerit-jerit macam tarzan.

“Hah, apehal?”

Aku pandang muka Laila yang nampak macam sedih jer. Baru lepas menangis ke hapa ni? Bengkak mata bagai.

Laila tarik kerusi depan Yunus. Betul ke apa yang dia dengar semalam?

“Betul ke kau dah tunang?” sayu nada Laila bertanya.

Aku angguk-angguk kepala sambil hirup air. Mata fokus kat tv direstaurant mamak ni yang tengah tayang perlawanan bola.

“Bila? Kau tak cakap pun kat aku?”

“Bulan lepas, ala tunang jer pun nanti dah nikah aku bagitahu la”

Laila dah bergenang air mata. Habis dia macam mana? Sia-sia penantian dia selama ni. Dia ingat hanya dia kawan perempuan Yunus. Tak sangka ada perempuan lain dalam hidup Yunus.

“Tapi aku kan kawan baik kau. Takkan tak boleh nak bagitahu” tekan Laila. Dia geram.

Aku kalih pandang muka Laila. Eh…eh minah ni.

“Aku bagitahu la dengan geng-geng kita. Kau jer yang tak ada bulan lepas. Kau terbang pergi jepun kan.”

“Lepas aku balik tak boleh bagitahu?” sinis Laila bertanya.

“Time tu aku pulak yang busy sampai dah lama kita tak lepak. Dah laa… benda kecik jer pun. Nanti aku nak nikah aku bagitahu kau dulu ok?” aku cuba pujuk dia.

Laila kecewa.

“Bila korang bercinta? Aku tak tahu pulak kau dah ada girlfriend”

“Mama aku punya calon menantu. Baru jer kenal-kenal haritu tu sebab kau tak tahu.”

Laila tergamam. Maknanya? Perempuan tu bukan wanita pilihan Yunus?

“Habis tu? Kau setuju jer dengan pilihan mak kau?! Weh! Ni bukan zaman dulu kala la yang family carikan jodoh. Lagipun kau lelaki kot! Kalau kau taknak atau tak setuju cakap jer la.”

Aku dah terangkat kening? Yang minah ni emo terlebih kenapa? Aku yang nak kahwin, tak kena paksa pun.

“Kau kenapa ni Laila? Pelik semacam jer aku tengok”

“Errr… aku balik dulu la” terus Laila banguh dan pergi dari situ. Dia tak betah nak berlama tengk Yunus. Dia betul-betul kecewa.

+++++

3 bulan lagi aku dah nak kahwin. Omg! Aku resah dah ni.

Wani, mak, adik-adik aku semua duk sibuk bantu aku uruskan hal kenduri nanti.

Macam mana ni….

Macam mana kalau aku nanti dikecewakan? Dah la mamat poyo tu handsome, berkerjaya la jugak, romantik pulak tu. Potensi untuk ada ramai awek minat kat dia tinggi.

Macam mana kalau dia nak anak tapi aku tak dapat bagi? Dia macam ada potensi suka budak-budak sebab aritu time keluar cari cincin aku nampak dia ada main-main dengan seorang baby ni.

Hurmmm… dia ni sebenarnya ada ke ciri-ciri lelaki idaman aku tu ek? Ada six pack.. tough… aduhhh takkan nak tanya.

“Hello. Assalamualaikum” suara Yunus aku dengar di hujung talian.

Aku tarik nafas dalam-dalam.

“Nadjaa??”

“Hah? Err… ya saya”

“Awak kenapa call saya ni?”
"Rindu saya ek?hehehe" Yunus gelak-gelak.

Aku garu-garu kepala… dah tak boleh nak bergelak ketawa dah risau sangat.

“Saya nak cakap something”

“ooo… okay.. nak cakap apa?”

“err… kalau… errr.. saya..ki..kita..err…errr..” susah!

Aku tak sampai hati. Air mata dah mengalir kat pipi. Menangis sebab aku ni lemah tak boleh bangkang perkahwinan ni. Serius aku risau.

“Awak? Menangis kenapa?”

Dengar suara yunus yang risau kat sana lagi la buat aku nak meraung. Kenapa dia ni baik sangat.

“Cuba cerita kat saya?”

“Kita cancel kahwin boleh tak?” dalam tersedu sedan aku bertanya dekat dia. Dia terdiam dekat sana.

“Kenapa?” sayu suara dia bertanya aku.

Aku pun cerita semua benda dekat dia. Dari awal sampai akhir, apa yang aku risau selama ni.

+++++++

“Tak semua lelaki dilahirkan untuk curang awak, tak semua lelaki dilahirkan tak bertanggungjawab, tak semua lelaki sanggup melukakan hati perempuan yang dia cinta demi zuriat”

“Saya tak cakap yang saya takkan menduakan awak, atau buat awak sedih nanti sebab saya tak tahu masa depan. Tapi satu jer saya tahu. Semua benda yang berlaku adalah takdir dari Allah. Itu masa depan kita. Takkan hanya kerana kisah orang lain yang dikecewakan awak pula nak halang kebahagiaan awak dikemudian hari. Padahal awak tak tahu pun kisah awak nanti macam mana. Entah-entah awak bahagia sampai bila-bila.”

Adoiii… masih terngiang-ngiang lagi nasihat Yunus kat telinga aku. Entah kenapa bila dia yang nasihatkan aku membuatkan aku jadi terfikir sesuatu. Kenapa perlu aku takutkan sesuatu yang tak pasti akan terjadi atau tidak? Kenapa aku perlu halang bahagia aku sekarang padahal aku tak tahu pun dikemudian hari nanti mungkin aku akan terus bahagia?

“Nadjaa, listen here. The first thing that you must know is I love u. saya ni awak, tak pernah jatuh cinta dan this is the first time for me. The feeling towards you, saya baru rasa Nadjaa. Betapa saya nak lindungi awak, saya nak mencintai awak dan dicintai awak, saya nak hidup dengan awak.”

Bammmm!

Allah!

Nadjaaa!!! Tu la kau berangan lagi time memandu tengok sekarang? Kau langgar kereta orang woiiii!

Alamak? Macam mana ni?

“Woi, keluar sekarang” tuan punya kereta yang aku langgar ketuk-ketuk cermin kereta aku. Sumpah! 

Kalau tengok muka aku sekarang pucat lesi sebab kereta yang aku langgar tu jenama mahal dan tuan dia sangat la sasa dan bengis!

“er.. sorry... sorry sangat-sangat” muka kesian aku tayang kat mamat depan ni.

“Bawak kereta macam mana? Mata letak kat lutut ke haa?! Habis kereta aku!” tengking mamat bengis tu. Terkejut aku dibuatnya. Uwarghhhh! Ni nak nangis ni.

“Kau keluar sekarang dari kereta buruk kau ni!” jerkah mamat tu lagi.

Teragak-agak aku bukak pintu kereta nak keluar. Tapi sebelum tu baik aku telefon seseorang. Sebab dalam kepala otak aku sekarang memang tak boleh nak fikir apa.

“Wait, I make a call first.”

“Cepat sikit aku tak ada masa nak layan kau ni!”

Angkat la… please!!! Mana kau ni Wani. Tak ada pulak. Okeyyy… lastly, Yunus!

“Assalamualaikum, Nadjaa?”

“Err… waalaikumussalam. Awak tolong saya boleh tak?”

“Sure!”

Sepanjang nak menunggu Yunus yang dari sepang tu datang kat Putrajaya ni mamat bengis tu asyik la membebel marah kat aku. Dia siap nak ambik IC aku sebab tak percaya yang aku akan bayar harga repair kereta dia.

“Awak” Yunus menyapa.

Dia datang dari tempat kerja dia kot, sebab aku nampak dia masih dengan baju kerja dia tu.

“Biar saya deal dengan dia. Awak duduk dalam kereta jap” arah Yunus kat aku. Aku pulak hanya mengangguk jer.

Bila aku tengok dia dari jauh… hurmmm… nampak segak, macho dan bertanggungjawab. Rasa macam nak sayang dia. Tiba-tiba rasa disayangi sangat.

Betul ke akan ada bahagia kita nanti awak?

“okay… dah selesai. Awak jangan risau yang lain saya uruskan”

Tersentak aku. Eh? Bila dia duduk kat sebelah aku dalam kereta ni? Kereta mamat bengis pun dah tak ada. Nampak sangat aku berangan dari tadi lagi.

“Err.. thanks awak. Maaf susahkan.”

“No hal la… benda kecil jer. Saya lagi suka bila awak mintak tolong saya”

Aku toleh pandang dia. “Kenapa?”

Dia tayang sengih. “Sebab saya rasa diperlukan.”

Erkk? Macam tu pulakk.

“Dah la, kereta awak biar tinggal kat sini nanti akan ada orang datang hantar kat bengkel sebab teruk jugak kena ni. Saya hantar awak balik.”

Aku hanya mengangguk. Tak tahu dah nak cakap apa. Rasa terharu jer ni.

++++++++

“Terima kasih sebab terima saya dalam hidup awak”

Aik tiba-tiba jer mamat ni. Aku yang berbaring sebelah Yunus pusing mengiring sebab nak tengok muka mamat tu.

Ops! Sebelum tu aku nak cakap kejap. Aku dengan dia ni dah selamat dah nikah pagi tadi. Malas aku nak cerita majlis aku yang tipikal kahwin kat Malaysia ni. Hehehe…

So, status andartu aku tu dihapuskan serta merta. Kira si Yunus ni hero aku la kan? Sebab dia yang tolong menghapuskan gelaran tu sekaligus mengupgradekan dari cik ke puan Nadjaa.

“Err… laa skema la pulak awak ni. Takyah nak formal sangat la dengan saya. Dah common sangat setiap malam pertama orang akan cakap terima kasih ni.”

Ekkk… berani sangat aku ni.

Yunus dah tergelak dengar aku cakap macam tu.

Minah ni dulu bukan main takut nak kahwin. Sekarang amboiii.. bukan main lagi.

“oooo… Okay.. memandangkan taknak cliché sangat macam orang lain. Apakata kita berkenalan macam kita baru kenal. Nak tak? Lagipun saya tak tahupun awak ni macam mana.” Yunus dah bangun dari baring. Dia duduk bersila dan pandang Nadjaa.

Aku pun bangun jugak. Hurmmm… macam bagus jer.

“Okay, awak nak tahu apa?”

“Semua tentang awak..” Yunus tersengih-sengih.

“Nama Nadjaa, umur 30 bakal masuk 31, 4 bulan lagi. Hurmmm… ada kedai sendiri… baru jer 
kahwin dengan mamat poyo nama dia Yunus…..” usik aku sambil dah tayang muka nakal.

Yunus buat-buat muka marah.

“Ehemm.. pembetulan, mamat terlajak laris okayyy… bukan poyo. Awak kena terima hakikat suami awak ni segak dan idaman semua.”

Aku buat gaya nak muntah. Uwerrrkkk.. terlajak laris laa sangat.

“Saya Yunus. Umur 31 nak masuk 32 tahun depan means lagi 5 bulan. Hehehehe. Kerja kuli jer repair kapal terbang. Baru jugak kahwin, dengan minah andartu.”

“Awak! Sampai hati kata saya andartu” marah aku sambil pukul-pukul manja peha dia. Dia gelak-gelak jer. Bahagia sungguh hidup mamat ni.

“Nadjaa, kenapa awak takut kahwin? Saya nak tanya jugak walaupun dah tahu. Hehehe”

“awak tahukan family saya macam mana? Abah saya tu masalah sikit, malas saya nak cerita nanti lama-lama awak dalam family saya, awak tahu la. Saya sayang abah saya, sebab walaupun dia tak mampu sara hidup kitorang tapi dia baik dan penyayang dengan anak-anak dan isteri. Walaupun mak abah selalu bergaduh, tapi abah tak pernah nak pukul-pukul mak, tak pernah nak tinggikan suara. Masalah dia Cuma, dia tak ada duit dan semua benda dalam rumah tu mak yang sediakan. Tu yang buat saya takut nak kahwin.”

“Kenapa pulak?”

Aku pandang Yunus.

“Saya tengok sendiri awak kesusahan mak saya. Bangun pukul 2 pagi sebab nak buat kuih untuk dijual pada waktu paginya. Setiap hari macam tu. Walaupun mak penat atau sakit dia tetap kena buat jugak sebab dengan duit tu la kitorang nak makan. Abah hanya tengok tanpa buat apa-apa. Saya takut kalau saya kahwin saya dapat laki macam tu. Saya tak sekuat mak untuk hadapi benda tu.”

“sebab lain?”

“Lelaki selalu curang. Saya takut dikecewakan.”

“Mana awak tahu?”

Aku sengih. “Dalam novel belambak. Saya benci betul kalau ada lelaki curang ni. Rasa macam nak hempuk-hempuk jer kepala dia. Dulu time bercinta poyo jer cakap nak setia bagai. Sayang sampai akhir hayat la apa la. Tup-tup kahwin tak sampai 5 tahun dah nak kahwin lain. Hishhh hampeh betul.” Aku dah start emo. Siap tumbuk-tumbuk bantal lagi. Geram sangat.

Yunus dah tergelak tengok riaksi bini dia. Adoiii cepat betul emosi berubah.

“Tak semuakan yang curang. Macam abah awak tu”

“Eleehhh, abah tak curang sebab dia tak ada duit nak kahwin lain. Makan minum dia pun mak tanggung.”

Yunus dah mengeleng kepala.”tak baik awak cakap macam tu.”

Aku tunduk. Rasa bersalah pulak.

“Saya sayang awak Nadjaa. Kita kena selalu doakan kebahagiaan rumahtangga kita dan saya berdoa semoga hati saya hanya ada nama awak.” Ucap Yunus tulus.

Aku nampak dia ikhlas mengatakan isi hati dia. Aku hanya mengangguk. insyaAllah.

“Sebab lain?”

“sebab lain saya tak jumpa lagi lelaki idaman saya” bersahaja aku berkata.

Yunus dah terbeliak mata. Lelaki idaman? Ingat tak nak kahwin so, lelaki idaman pun tak ada.

“Ciri-ciri?”

“Tough… setia..ada six pack… baik hati.. pandai jadi imam dan suka senyum”

Hehehehe… yunus dah tarik senyum lega.

“yang awak tersengih-sengih ni kenapa?” aku kerut kening pandang Yunus. Seram pulak mamat ni asyik tersengih.

“Semua ciri-ciri tu ada pada saya. Tak percaya?”

Dia tarik tangan aku bawak kat perut dia. Alamak! Ni dah kenapa?

“rasa tak six pack saya. Hahahhaa. Saya tough sebab selalu pergi gym. Setia? insyaAllah. Baik hati? Lagi la! Memang baik saya ni. Pandai jadi imam? Alhamdulillah! Setakat jadi imam awak dengan anak-anak kita nanti boleh kot. Suka senyum? Of course! Bagi menyerlahkan ketampanan dan segak saya. Memang saya suka senyum. Lagipun awet muda. So, amacam? Lepas tak penilaian awak?” Yunus angkat-angkat kening.

Anak? Maluu… jauh betul mamat ni fikir. EIiii menyampah betul! Poyo satu hal… kening dia satu hal. Macam nak cukur bagi botak jer kening dia tu.

“Dah la malas nak layan awak. Mengantuk! Nak tido. Tepi sikit” aku tolak lutut mamat poyo tu. Lepastu baring dan tarik selimut sampai tutup muka.

Eiii… dah la segan sebab aku pegang badan dia. Eii.. malu-malu… tough kot! Melting aku!

Yunus dah tergelak besar. Nampak sangat dia menepati ciri-ciri yang Nadjaa nak. Sampai merah muka Nadjaa dibuatnya.

+++++++

Hurmmm… dah 3 bulan usia perkahwinan aku dengan mamat poyo a.k.a Yunus. Dia tak ada la poyo sangat cuma suka bangga diri terlebih jer. Terus terang aku kata rasa sayang tu dah ada untuk mamat tu.

Haritu aku ada pergi rumah mak mertua aku, dia sibuk dah nak timang cucu katanya. Aku hanya tayang sengih jer. Tak ada rezeki lagi, aku dengan Yunus tak merancang pun sebab kitorang tahu usia masing-masing dah lanjut. Bak kata Yunus aku ni kan andartu! Dia tak pa la saham mencanak tinggi lagi. Lagi-lagi dengan kawan baik dia tu Laila.

Haaa! Cakap tentang si Laila ni, aku memang musykil sungguh! Aku rasa dia minat laki aku la. Setiap hari call suami aku ajak lepak mapley! Mamak maksud aku. Nasib baik suami aku ni jenis manja teramat sangat dengan aku, 24jam nak berkepit sampai aku yang rimas. Fuuuhh! Kalau dia jenis layan jer Laila tu mahu aku lari rumah. Jelesss okay!

Tapi bak kata Wani, aku kena berjaga-jaga. Sebab apa? Sebab sekarang kitorang baru kahwin 3 bulan so, laki aku tak bosan lagi. Cuba tengok dua tiga tahun nanti macam mana. Jadi bagi untuk mengelak perkara-perkara tak diingini berlaku, aku kena sentiasa taat dan goda suami aku supaya dia sentiasa sayang dan suka kat aku. Mak aihhh… memang meremang bulu roma bab mengoda tu.

“Sayang!” suara Yunus kedengaran nyaring.

Mamat ni memang berlatih nak jadi tarzan agaknya. Aku bangun dari sofa berlalu kedapur.

Elok jer sampai dekat pintu dapur aku nampak Yunus tengah tersengih-sengih kalah kerang busuk. 

Ya Allah bersepah dapur!

“Abang buat apa ni?!” tanya aku nada geram sambil renung dia tajam. Dia garu-garu kepala.

“Sayang, abang nak…errr… masak nasi goreng untuk kita”sayu jer suara Yunus menjawab. Takut-takut sebab Nadjaa ni garang!

Aku hela nafas sekejap. Kesian pulak dekat dia. Aku merapati Yunus dan berdiri sebelah dia.          

“Nak buat apa? Kan tadi dah makan” aku bertanya lembut.

“Nak masak untuk makan malam kita.”

“Okay la, so, kenapa abang panggil Nadjaa tadi”

“Abang nak tanya mana halia?”

Aku dah terangkat kening? Halia?

“Abang nak masak apa ni?” aku curiga betul dengan mamat ni. Reti masak ke idak ni?

“Nasi goreng la sayang” jawab Yunus tulus.

Aku dah tepuk dahi. “Nasi goreng apa?”

“Hurmmm… Nasi goreng kampung”
“Abang sayaaannnggggg… nasi goreng kampung mana ada letak halia!”

Yunus dah tercengang. Tak ada ek? Heheheeee…

Aku dah ketap gigi geram. Sabar jer la aku tengok dia ni.

“Meh la Nadjaa masakkan” aku dah gerak dekat dia sambil nak tarik apron yang dia sedang pakai sebab kat rumah ni ada satu jer apron.

Yunus dah geleng-geleng. “Kita masak sama-sama la sayang, baru romantik”

“Amboiii! Romantik apa ke bendanya!” aku jeling Yunus kat sebelah sambil ambil carrot dan sayur-sayur dibawa ke singki untuk basuh.

“Boleh la sayang, macam ni” Yunus peluk aku dari belakang.

Tersentak aku. Geli pun ada tapi aku tahan jer sebab Wani kata aku kena manja-manja dengan Yunus. Okayyyy aku cuba!

Tangan Yunus melingkar dekat pinggang aku sambil dia letak dagu dia dekat bahu aku. Lepas tu tak boleh bla betul dia siap tiup-tiup telinga aku. Eiiii dah la aku ni jenis cepat geli. Sensitive sungguh!

“Abang jangan la, tak senang la nak buat kerja” rungut aku sambil goyang-goyangkan bahu tanda suruh dia alih muka.

Dia gelak-gelak jer. “I love You sayang”

Terkedu aku dibuatnya. Dia ni memang mamat poyo, manja, dan romantik sangat. Cair woiiii

“I Love You too” balas aku. Uwarghhh!!! Malu seyhhhh first time aku confess ni.

Yunus dah tersenyum bahagia. Nadjaa dia ni memang tak romantik langsung. Keras macam kayu. Nasib baik iceberg dia dah start mencair, kalau tak kejung!

“Yeahh!!! Finally sayang. Abang tahu mesti sayang, sayang abang jugak. Sebab apa? Abang ni memang menepati lelaki idaman awak lepastu awak beruntung sebab ada extra point dekat abang. Nak tahu tak?”

Aku siku perut Yunus. “Eiiii poyo abang ni memang tak boleh diubati ke haaa? Hah! Apa bendanya tu?” tanya aku geram.

“heheheeee… Plusnya ialah abang ni handsome!” yunus dah tergelak besar dekat belakang aku.
Amboii perasan sungguh!

++++++

“Kau tahu tak yang kau dah rampas si Yunus tu daripada aku!” marah Laila sambil menjeling tajam perempuan depan dia ni. Tak seksi langsung! Semua bertutup!

Aku hanya senyum. Sabar Nadjaa… sabar! Aku dah agak dah minah depan aku ni memang ada hati kat laki aku. Fuuuhhh nasib baik aku percaya laki aku sayang aku.

“Bila masa pulak aku merampas ni? Yunus time tu bujang lagi kot time tunang dengan aku. Mama dia yang carikan. Kau jangan nak perasan boleh tak!”

“Kau tu yang jangan nak perasan! Dia terima kau sebab mama dia jer! Kau tu menantu pilihan mama dia. Bukan dia! Sedar la diri tu sikit. Dah la andartu! Tak seksi pulak tu. Tak kena taste Yunus langsung!” tengking Laila kurang sabar.

Kalau tengok dekat cermin ni… muka aku memang dah merah padam dah. Kurang ajar punya minah! Katanya aku andartu! Tak seksi? Siap kau!

“Ya! Memang aku andartu. Tapi ingat sikit sekarang ni aku dah nikah. Andartu ke maktu ke semua tu dah tak ada makna dah!. Ni aku nak cakap sikit, kau tu pulak yang patut risaukan diri kau karang jadi andartu macam aku dulu baru tahu. Hahahahha!” saja aku sakitkan hati minah depan aku ni. Saja jer aku gelak besar-besar macam kena hysteria. Ni kalau mak aku tengok ni mahu dapat penampar sebijik sebab tak sopan.

“Hah! Lagi satu, apa kau kata? Aku tak seksi? Kau tak tahu ke hah yang seksi tu hanya untuk dihadapan suami. Aku ni sebenarnya malas nak cerita benda-benda dalam kelambu ni. Tapi sebabkan kau ni jenis jaga tepi kain orang. Meh la aku story mory sikit. Aku ni kalau kat rumah, depan Yunus jangan cakap laa… tak pakai apa-apa pun. Tu sebab la si Yunus tu nak melekat jer dengan aku. Sebab apa? Sebab benda halal. Bila-bila masa dia nak aku boleh bagi. Dapat pahala lagi!” Hah! Ambik kau. Puas hati aku sakitkan hati minah ni.

Laila rasa macam nak menjerit sebab sakit hati. Cepat-cepat dia bangun lepastu hanyun tangan kat pipi Nadjaa…

Pang!

“Kurang ajar kau!”

Pang!

Aku balas balik pelempang sebiji kat muka dia. Sanggup dia tampar aku! Eiiii… dia tak tahu ke hah aku ni perempuan yang bukan senang nak mengalah.

Lepas jer aku tampar minah tak sedar diri tu terus aku ambil handbag and blah dari situ. Buat sakit hati jer layan perempuan meroyan macam tu. Tak pasal-pasal aku meroyan sama.

+++++

Aku melangkah masuk kedalam rumah. Senyap sunyi jer. Mana Nadjaa? Selalu waktu-waktu macam ni Nadjaa dah balik dari kafe dan sedang memasak didapur.

“Sayang!”

Aku panjat tangga kebilik atas.

“Sayaannnnggg” aku bukak pintu bilik. Tersenyum aku bila nampak Nadjaa sedang baring tertiarap diatas katil. Dah la dengan berbaju kerja dia tu. Penat sangat agaknya.

“Sayang, bangun tak elok tidur lepas asar yang” aku goyang-goyangkan kaki Nadjaa.

Nadjaa bergerak-gerak sebelum terpisat-pisat bangun. Mata dia bengkak betul bukan macam orang baru bangun dari tidur tapi macam baru lepas menangis.

“Sayang? Kenapa ni?” aku duduk dibirai katil dekat dengan Nadjaa. Nadjaa hanya menunduk dan mengeleng.

“sayang? Please… jangan buat abang risau yang. Kenapa mata ni? Menangis ke?” aku pegang kedua belah pipi Nadjaa dan dongakkan muka dia.

Aku nampak mata Nadjaa dah bergenang nak mengalir jer.

“Pleasee… tell me” aku seka air mata Nadjaa yang mengalir. Dia buat aku risau.

“Abang…” panggil Nadjaa tersekat-sekat.

“Ya sayang”

“kalau kita tak ada anak macam mana?”

Hah? Aku dah tercengang dengar soalan Nadjaa. Kenapa tiba-tiba isu ni bangkit?

“abang akan tinggalkan Nadjaa kan? Abang akan kahwin lain kan?” soal Nadjaa lagi siap berlinangan air mata. Aku tersentak dengan soalan dia.

Cepat-cepat aku peluk dia erat.

“Tak sayang. Abang takkan tinggalkan sayang. Takkan duakan sayang. Nadjaa tak percaya abang ke?”

Nadjaa hanya mengeleng. Aku nampak dia betul-betul down saat ni. Apa yang membuatkan Nadjaa jadi macam ni.

Kami baru kahwin 5 bulan. Masih terlalu awal untuk fikirkan ketidak mampuan untuk peroleh anak. Mungkin rezeki belum sampai. Aku rasa mesti mama yang mendesak Nadjaa sampai jadi macam ni. 

Dia nampak tertekan sangat dua tiga hari ni. Malah sejak minggu lepas lagi Nadjaa nampak pelik. Balik dari kerja dengan pipi yang memerah seperti kena tampar. Tapi bila dia tanya Nadjaa, Nadjaa hanya kata tak ada apa-apa. Mungkin gatal kena gigit nyamuk tu sebab merah. Alasan tak logik langsung.

++++++

Aku balik rumah mama sorang-sorang hari ni. Lepas dah tenangkan Nadjaa dan bagi dia ubat sebab dia mengadu sakit kepala tadi. Sekarang Nadjaa tengah tidur dekat rumah. Aku lari kejap pergi rumah mama yang tak sampai pun 10 minit perjalanan.

Sambil minum-minum dan borak-borak kosong dengan papa mata aku asyik kerling kearah mama. Mama nampak bersahaja. Tak ada tanda-tanda dia marah.

“Mama, Nadjaa ada datang sini ke tengah hari tadi?” soal aku berbasa basi. Saja padahal aku memang tahu Nadjaa nak kerumah mama tengah hari tadi.

Mama hanya mengangguk sambil tengok tv.

“Mama, ada cakap apa-apa ke dengan Nadjaa?” tanya aku lembut. Sebab tak nak mama terasa.

“Mama tanya tentang anak jer dengan dia. Korang dah 5 bulan kahwin takkan tak ada apa-apa lagi. Korang merancang ke?”

Aku hanya mengeleng. Patutla. “mana ada mama”

“Dah tu? Kenapa masih tak mengandung lagi? Entah-entah ada masalah, mama suruh Nadjaa pergi hospital tengok dia tu boleh mengandung atau tidak.”

Aku dah terbeliak biji mata. “Ma! Baru 5 bulan kot. Awal lagi”

“dari awal la kita kena check. Senang nanti kita boleh usaha macam-macam supaya boleh 
mengandung! Umur korang bukannya muda lagi.”

“Ma! Tukan rezeki tuhan. Tunggu jer la”

“Abang! Rezeki memang rezeki. Tapi rezeki untuk dicari dan diusahakan. Kalau Allah tak bagi lagi. Kita usaha sampai dapat. Faham tak!”

Aku tarik nafas dalam. “Ma, habis kalau ditakdirkan sampai bila-bila kitorang tak ada anak macam mana? Mama nak usaha apa lagi?”

Puan Zaitun letak cawan atas meja kopi. Muka Yunus dipandang.

“Mama nak cucu! Mama akan suruh abang kahwin lain. Kahwin dengan Laila!” mudah sungguh Puan Zaitun berkata-kata

“Mama! Ya Allah! Tak terlintas kat fikiran abang nak menduakan Nadjaa. Dia menantu pilihan mama. Sanggup mama nak lukakan hati dia.” Aku raup muka kasar. Kecewa dengan kata-kata mama. Nasib baik sungguh Nadjaa tak ada masa ni. Kalau tak… memang hancur lumat la hati isteri dia tu.

Sememangnya dia dah tahu yang Nadjaa ada masalah kesuburan sejak sebelum mereka kahwin lagi. Sebab Nadjaa dah berterus terang dengan dia. Tapi dia percaya dengan takdir Allah. insyaAllah ada hikmah untuk segalanya.

“Mama tak kisah abang apa perasaan orang. Yang penting mama bahagia. Mama nak cucu”

Aku tak mampu nak berkata-kata. Hanya mengeleng dan terus berlalu dari situ. Serabut fikiran aku.

++++++

“Makkk”

“Hah? Kenapa ni?” serius sedih dengar suara mak yang kedengaran risau. Aku rindu mak.

Aku sedih betul minggu ni. Tak sangka mak mertua aku ada hati nak suruh laki aku kahwin lain. Dah la suruh kahwin dengan Laila. Uwarghhhh! Tak sanggup aku. Dia ingat aku tak teringin ke nak anak? Aku nak la!

“Makk… macam mana nak mengandung?”

Mak tergelak-gelak kat sebelah sana. “laaaa! Takkan tu pun nak kena ajar. Dah 5 bulan kot kahwin tak kan tak ehem-ehem lagi!” suara mak dah nyaring kat sebelah sana.

Adoiii! Kesitu pulak fikirnya mak aku ni.

“Mak! Ada pulak kesitu!” marah aku.

Mak gelak-gelak lagi. “Dah tu? Yang kau tanya soalan tak berapa cerdik apesal?”

“Maaakk.. betul-betul laa” aku dah buat suara nak menangis.

“Laa.. ni apasal sedih sangat ni?”

“Mak… kalau orang mandul macam mana? Nanti Yunus kena kahwin lain” mendayu aku mengadu dekat mak.

“Laa.. baru 5 bulan kahwin takkan Yunus dah nak cari lain! Kurang asam punya menantu!” marah mak. Aku dah tarik senyum. Tak pasal-pasal jer Yunus yang kena.

“Bukan la mak. Orang risau jer”

“Meh sini nak habak. Kau dah check belum kat hospital yang kau ni subur ke tak?”

“Dah, doctor kata okay jer”

“hah! Dah tu nak buat camne? Tunggu jer la… rezeki dari tuhan. Sabar sikit tak boleh? Mak dulu nak dapat kan kau 4 tahun tahu tak! Abah kau bersabar jer tak ada pun cari lain. Dah dapat kau hah! Terus senang nak dapat yang lain. Berderet terus anak aku. Adik –adik kau la tu.”

Aku hanya dia mendengar mak membebel. Sayang sungguh dekat mak. Rasa dia membebel macam satu vitamin yang menaikkan semangat aku.

“Sabar-sabar jugak tapi kau kena la berusaha. Kau cuba pergi berurut ke makan ubat subur ke. Lepastu pastikan kau tahu hari-hari kau subur. Baru menjadi! Ini tidak main bedal jer. Haprak tak da! Benda macam ni pun nak kena ajar ke?”

Hehehhee.. aku rasa nak tergelak.

“Makkkk” panggil aku meleret-leret.

“Ha.. kenapa lagi?”

“Sayangggggg mak! Muaahhh!” ucap aku sambil gelak-gelak

“Kau anak mak. Mak tahu perasaan kau. Mesti orang mengata, tak pun mak mertua kau mendesak ni. Tu sebab kau dah lemah semangat. Jangan nak stress-stress. Kau kena kuat. Mak dah alami benda ni. 4 tahun mak tunggu kau datang dalam hidup mak. Jadi mak tahu macam mana perasaan kena hina, kena perli, kena marah dengan mertua ni. Sabar banyak-banyak.” Nasihat mak lagi.

Aku dah bergenang air mata. Terharu dengan apa yang mak kata. Memang naluri seorang ibu tu tepat. Sentiasa tahu anak dia dalam keadaan macam mana.

+++++++

Shrettt… shretttt…

Fuh lega… aku ambil tisu lagi. Nak hembus hidung. Uwarghh sedih betul la cerita ni. Hish!

Yunus kat sebelah aku kejap pandang buku kat tangan dia kejap pandang muka aku. Aku pulak memang dah lama perasan tapi saja buat tak tahu. Biar la dia nak kata apa macam tak biasa.

“sedih sangat ke novel sayang baca tu sampai nak bengkak biji mata ni?” tanya Yunus pelik.

Mana dia tak pelik! Beria benar Nadjaa menangis sampai tersedu sedan. Hampir habis sekotak tisu dibuatnya. Dia yang disebelah pun rasa terganggu nak membaca.

“Sedih sangat abang. Nanti kejap lagi saya cerita. Dah nak habis ni ha” balas aku tanpa memandang muka dia. Fokus!

Lima minit kemudian habis pun novel ni aku baca. Fuh! Lega happy ending!!!!

Tersengih-sengih aku bangun dari katil dan berlalu ke rak buku untuk menyimpan buku. Yunus yang dari tadi diatas katil tergeleng-geleng melihat gelagat isteri dia. Tadi menangis sekarang senyum pulak?

“So, apa cerita dia?” tanya Yunus. Saja dia nak ambil tahu buku yang Nadjaa baca. Dengan cara macam ni dia dapat lihat perbagai riaksi Nadjaa yang mencuit hati.

Aku yang dengar Yunus nak tahu cerita tadi semangat bersila depan dia. Berkobar-kobar nak cerita.

“Laa.. macam tu jer cerita dia. Apa yang sedih?” tanya Yunus selepas mendengar cerita Nadjaa.

Aku kerut kening. Aik? Tak sedih ke? Inilah lelaki tak cuba nak memahami.

“Abang ni! Sedih la sebab sampai hati suami dia lebihkan kekasih gelap daripada isteri sendiri. Walaupun isteri tu diam jer tak marah sebab suami dia ada kekasih lain tak bermakna isteri dia tak kecewa. Apa la abang ni! Lepas tu bila isteri dia dah redha nak pergi dari hidup si suami tahu pulak suami tu rasa kehilangan.” malas aku nak terang lagi. Terus aku tarik selimut nak tidur.

Yunus dah terkebil-kebil kat sebelah. Aik marah?..

“Sayang…” Yunus baring belakang aku. Tangan dia macam biasa berlilit kat pinggang aku.

“Hurmmm”

“Walau apa pun yang terjadi, jangan terfikir nak pergi jauh dari abang. I can't think how is my life without you” tulus dari hati Yunus berkata-kata membuatkan aku rasa terharu dan mengalirkan air mata.

Aku tahu mak dia sentiasa mendesak nakkan cucu. Sampai kadang-kadang aku tengok Yunus adakalanya muram dan macam bermasalah.

“Laaa… abang baru cakap sikit dah menangis. Takkan dah cair kot?” sakat Yunus. Saja dia nak Nadjaa sentiasa tersenyum.

Nadjaa siku perut Yunus. “Eiii abang ni. Baru nak touching-touching!”

“Sampai bila abang mampu bertahan?” aku tanya dia sambil pusing badan mengadap dia.

Yunus cium dahi aku lamaa… sambil belai rambut aku. “Doakan sampai bila-bila”

“Kalau mama marah? Then dia desak abang?”

Yunus tarik tangan aku dan cium sekilas. Lepas tu dia pandang mata aku.

“Alaaa.. tak lama pun mama marah. Abangkan macho plus handsome, kalau sayang yang keras kejung ni mampu abang cairkan, inikan pulak mama! Kacang sangat!” jawab Yunus sambil tayang sengih nakal.

“Eiiii… abang! Poyo tak habis!” aku cubit manja lengan dia sambil tergelak besar.

Yunus tersengih. “Sayang kena selalu senyum macam ni. Nak tahu sebab apa?”

Aku angkat kening. “Because you look very beautiful with those dimples” dia sentuh lesung pipit aku 
belah kanan. Lepas tu dia cium lama kat situ.

Uwarghhh!!! Romantik bangat suami gua!

++++++++

3 tahun kemudian

“Nadjaaa!!! Jangan banyak gerak. Bahaya!” nyaring suara mama suruh aku berhenti dari bergerak sana sini kat laman rumah.

Hufffhhh… masalahnya aku bosan gila! Nak pergi kafe tak boleh! Nasib baik adik aku Ida dengan Azri ambil alih kejap. Kalau tak! Lingkup.

Korang nak tahu tak sebab apa mama beria tak bagi aku banyak gerak? Sebabbbbbb…. 

Jeng..jeng..jeng…

Aku pregnant! Hamil! Errmmmm mengandung!

Yeah! Alhamdulillah.

Setelah 3 tahun kahwin baru aku dapat menimang cahaya mata. Hukhukhuk. *ambil tisu lap air mata terharu*

Bak kata mamat poyo tu… “Kalau tak kerana abang yang bekerja keras memang tak la membukit perut sayang tu”

Tengok tu! Poyo dia tak hilang lagi.

“tapi sayang… kita kena sentiasa bersyukur. Allah dengar doa dan usaha kita”

Teringat aku pertama kali dapat tahu aku mengandung dulu. Sampai menangis Yunus dibuatnya. aku apalagi ambil chance la nak mengusik dia. first time tengok dia menangis.

“Eiiii.. memalukan sungguh! Ada ke patut nak jadi papa menangis. Cengeng sungguh la papa awak ni baby” usik aku sambil usap-usap perut yang masih leper ketika itu.

Yunus cepat-cepat kesat air mata. Terus dia meluru kearah aku dan peluk erat.

“Thanks sayang.” Ucap Yunus ikhlas.

Hahahahha. Pertama kali aku tengok dia tak terucap dan tak terbalas apa yang aku usik dia. Kalau tidak…. Hurmmm.. jangan harap. Poyo sentiasa.

Mama yang pada mulanya duk mendesak nak aku mengandung sampai stress-stress aku dibuatnya, tapi akhirnya mama hanya berdiam dan turut membantu aku mendapatkan rawatan traditional. Bersyukur gila!!

Laila? Hurmmm jangan cakap la…. Banyak kali aku berperang dengan Yunus sebab minah tu. Duk mengedeng kat suami aku. Tapi nasib baik Yunus tahu fobia aku pada lelaki curang. So, dia ambil langkah berjaga-jaga agar aku tak hilang kepercayaan kepada dia. Kalau Laila dengan geng-geng dia ajak lepak dekat mamak mesti dia ajak aku ikut sekali. Takut aku tinggal sorang katanya. Padahal takut aku tak percaya dia. Hahahahaa…

“Sayang…” aku pandang Yunus yang tengah duk tolong keratkan kuku kaki aku. Maklumlaaa dah tak sampai perut besar benar.

“Apa?”

“I love you!”

Aik? Tiba-tiba… dari pada kening berkerut… aku tarik senyum.

“Abang nak nyanyi satu lagu. Dengar tau!”

Tuhann.. terima kasih
Kau kurniakan dirinya untukku
Kau hadiahkan dirinya padaku
menemani perjalanan hidupku

Pandanglah ku sayang
hari ini ku buktikan padamu
tiada lain hanya engkau selalu
dalam hatiku

Dengarkanku sayang
khalimah teragung buat dirimu
dengan izin dari tuhan yang satu
kanku halalkan diriku untukmu

Tak akan ku biar kau sendiri
jalani hari sepi
bila aku disini

Sayang, sampai ke akhir nanti
ku akan menemani
sehingga aku ‘pergi’ nanti

Sahut tanganku cinta
izinkan aku menyarungnya
dengan azimat ku sebagai tanda
aku milikmu selamanya

Walauku tak sempurna
syukur padaNya kerna kau terima
tiap saat kan ku belai mu cinta
bila dirimu terhalal untukku

Ya Allah. Aku pandang Yunus dengan mata berkaca-kaca. Terima kasih ya Allah. Terima kasih untuk anugerah yang terindah ni.

“Haaa! Jangan kata nak menangis ni mesti sebab suara abang sedap sangat kan? Hehehe.. abang dah tahu dah.. dulu waktu sekola aba…”

“Abang..”

Belum sempat Yunus habis cakap aku dah panggil dia. Dia pandang aku sambil tersenyum.

“Kenapa sweet sangat?” tanya aku sambil berlinangan air mata.

Yunus datang duduk sebelah aku. Bahu aku dirangkul erat.

“Aik? Baru nak tanya? Abang memang dah dilahirkan sejak azali sweet sayang” usik Yunus lagi.

Aku dah tak mampu nak mengata dia poyo.

“Bukan setakat dilahirkan sejak azali sweet. Abang pun dilahirkan sejak azali jugak dengan poyo abang tu. Tapi…. Nadjaa tetap nak mamat poyo ni jugak pimpin Nadjaa dengan anak-anak dekat syurga nanti”

Aku pegang kedua belah pipi dia dan cium dahi dia lama.

“Thanks sayang.”

+++++++

Aku tarik kertas yang dah nampak kusam dari dalam novel aku. Tersengih-sengih aku baca isi kandungan kertas tu. Cepat-cepat aku ambil pen untuk mencoret sesuatu.

Sebab-sebab Nadjaa tak nak kahwin:

1: sebab utama aku takut terluka dikemudian hari. Disebabkan kahwin ni seumur hidup jadi aku tak nak merana seumur hidup! Nanti kalau laki aku curang tak pun nak kahwin dua camne? Aku time tu dah sayang nak mati kat dia. Tak ke merana hidup aku? ----->InsyaAllah sampai akhir hayat setia

2: Aku ada masalah kesihatan yang melibatkan kesuburan.( keturunan bapak aku memang ada masalah ni. Sepupu aku kahwin semua tak mengandung lagi.) jadi aku takut aku ni mandul. Nanti laki aku tak boleh terima. So, laki aku dengan mak mertua aku nanti mesti desak-desak aku lepastu mula la mintak laki aku kahwin lain sebab nak anak. ------->Alhamdulillah dah settle!!!

3: Aku fikir nak kumpul duit sampai dapat beli rumah untuk family. Tapi kedai aku tu baru jer dimulakan. So, ambil masa lama untuk kumpul duit. Aku tak nak nanti bila dah kahwin laki aku suruh berhenti kerja nanti tak tercapai la cita-cita aku. Tak pun kalau lagi teruk aku dapat laki macam abah tu camne? Aku yang kena tanggung keluarga pulak karang. Amboi banyak cantik dia!
 ---->hehehhe Yunus dah tolong belikan. Jimat duit aku!!!

4: Aku tak de calon daaaa…. Semua lelaki yang aku kenal tak menepati piawaian. ----->Yeah! Dah jumpa! Suami aku ler apa lagi!


 
TeEn LoVe StOrY Blogger Template by Ipietoon Blogger Template