Sunday 30 December 2012

surat cinta untuk Akif


Dear Akif,

Setiap kali bila aku teringat cerita kita ni, aku rasa nak tergelak pulak. Lawak sangat, kau tahu tak bila kali pertama kita jumpa? Kau tahu tak siapa yang bagi nombor phone kau pada aku untuk kacau? Kau tahu tak betapa gembiranya aku, bila kau melamar aku?

Mesti kau tak tahu kan. So, sekarang surat ni akan menceritakan segala-gala perasaan aku pada kau. Sejak mula sampai sekarang.

Sebenarnya ceritanya bermula sejak kita tingkatan 4 lagi. Kau ingat lagi tak syahidah? Ala, kawan satu sekolah rendah dengan kau dulu tu. Sebenarnya Syida la mastermind pertemuan kita. Dia satu sekolah dengan aku ketika di sekolah menengah. Kau nak tahu tak, dia kan sebenarnya suka kat kau, dia beria-ria suruh aku tengok facebook kau. Dia kata kau lah cinta pertama dia. Haha.. lawak pula.. sebab sekarang kau dengan aku. Kekeke… tapi Syida tak kisah pun, sebab dia dah ada orang lain pulak sekarang.

Akif, kau nak tahu tak. Syida pernah tunjukkan gambar kau pada aku. Dia siap tanya lagi kau ni handsome ke tidak kat aku. Aku nak tak nak je jawab soalan dia. Aku pun cakap la, tak handsome pun. Haha.. sorry tau, aku dah kena marah dah dengan Syida sebab cakap kau macam tu. Tapi Syida, senyap-senyap guna facebook aku add kau sebagai kawan. Geram aku. Tapi aku buat macam biasa je. Tak sangka pulak kau approve aku.

Lepas tu, entah macam mana entah, Syida kata dia nak pinjam handphone aku nak telefon kawan dia. Aku bagi la pinjam. Rupa-rupanya, dia senyap-senyap kacau kau guna nombor aku! Cis, bedebah punya kawan. Hehe.. and dia suruh aku teruskan mesej dengan kau. Kau ingat lagi tak, lepas SPM tiba-tiba aku call kau tanya result SPM kau? Sebenarnya, perempuan yang cakap dengan kau tu bukan aku, tapi Syida. Dia guna handphone aku.

Bila makin lama contact dengan kau, aku rasa suka pulak dekat kau. Walaupun kita tak pernah jumpa, setakat mesej je.

Akif, bertapa takutnya aku bila aku dapat tahu kau rupa-rupanya satu universiti dengan aku. Cuak gila kot. Mana lah tahu aku terjumpa kau ke? Tersatu kelas dengan kau ke? Terlanggar kau ke? Ceh, gaya macam dalam drama pulak, main terlanggar bagai.

Akif, ingat tak aku pernah tanya kau, tempat pertemuan pertama kita kat mana? Kau pun jawab la dengan muka bangga sebab kau ingat the best ever moment in our life la konon kan, kau jawab dekat depan kelas E-2-12. Uyooo.. aku terharu jugak la sebab kau siap ingat nombor kelas tu lagi. Tapi… kau salah.. first kita jumpa dekat kaki lima depan lecture hall A.

Kau ingat tak, kita berselisih. Then, kau ada nampak tak budak selekeh. Pakai baju kurung warna biru, tudung warna biru yang dah berkedut dan selekeh. Muka budak tu pulak macam muka orang baru je lepas selesaikan masalah dunia jer gayanya, sebab penat gila baru lepas habis kelas. Budak tu aku la! Aku jalan sebelah kau! Mula-mula aku tak perasan, tapi bila aku terpandang mata kau. Kau pun pandang mata aku. Kira macam bertentang mata la kan. Jantung aku macam baru lepas lari pecut kau tahu. Tapi aku buat muka cool jer depan kau. Mesti kau tak perasan kan. Disebabkan aku terselisih dengan kau tu,aku tak boleh tumpukan perhatian dalam kelas kot. Sebab jantung aku still berdegup kencang. Muka pucat gila! Sampai kawan aku perasan.

Akif, kau nak tahu tak. Time kau cakap kat aku kau nak melamar aku untuk jadikan isteri. Hehehe… happy gila aku. Alhamdulillah doa aku termakbul. Mana tak nya, betapa payahnya aku berjuang melawan diri aku supaya kawal diri dari terus ingat kat kau. Setiap hari aku ingat kau. Dan setiap hari aku menangis. Menangis sebab aku berdosa. Berdosa kerana sentiasa mengingati kau.

Bila kawan-kawan aku start gosipkan aku dengan budak kelas aku. Aku mengamuk sakan kau tahu. Sebab aku pernah terdengar. Kalau ada 40 orang cakap benda yang sama, nanti jadi doa. Aku tak nak. Aku nak bersama dengan kau. So, aku siap warning kawan-kawan aku. “Weh! Jangan la gosipkan aku dengan dia. Kalau kau cakap aku dengan Akif tak pe” Aku cakap macam tu. Kau bangga tak? Hahaha… malu aku.

Okey la Akif. Semua rahsia aku, aku dah sampaikan. Lastly… thanks because choose me be your wife. Selama aku hidup dengan kau. Aku happy sangat. Alhamdulillah. Kau pun sentiasa cuba bawa aku untuk terus mencari cinta Hakiki. Terima kasih my love. Malu pulak aku bila tulis ayat-ayat jiwang macam ni. Hahaha…

Akif, aku nak share lagu yang aku selalu dengar setiap kali aku teringat kau dulu. Sambil belajar dengar lagu ni, sambil makan pun aku dengar lagu ni. Haha.. kau dengar tau nanti kalau kau bosan kat office  tu.

Hanya dirimu yangku cinta

Takkan membuat aku jatuh cinta lagi

Aku merasa kaulah yang terbaik untuk diriku

Walaupun ku tahu kau tak sempurna

Takkan membuat aku jauh darimu

Apa adanya membuatku tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia

Dia kekasihku yang tetap milikku

Aku sungguh mencintai

Sungguh menyayangi setulus hatiku

P/s: aku tulis surat ni sebab terpaksa. Kau paksa aku untuk tulis semua perkara yang aku simpan selama ini. Sebab nanti kalau aku tak tulis, kau tak nak bawak aku pergi Langkawi. Jahat la kau. So, Akif boleh la aku pergi Langkawi ek? Hehe…
                                                                                                                        Your Love,
                                                                                                                        Nadira Aziz


“Hai Akif, baca apa tu sampai tersengih-sengih. Dari tadi lagi aku tengok.” Aizat rakan sekerjanya menegur. Akif diam.

Senyumannya masih terserlah selepas habis membaca surat dari Nadira. Terkejut dia pagi tadi. Dengan tiba-tiba sebelum Nadira keluar dari kereta untuk kepejabat sempat Nadira menghulurkan sepucuk surat. Bila ditanya surat apa, dengan gelabah Nadira keluar dari kereta dan berlari masuk kedalam lif.

Rupa-rupanya surat rahsia dia selama ini. Nadira memang jenis tidak akan menyatakan isi hatinya. Nadira bukan jenis yang sering meluahkan apa yang dia rasa. Jadi, bila dapat surat ni Akif rasa gembira dan terharu sangat selepas mengetahui isi hati sebenar Nadira.

Jam di pergelangan tangan kirinya dilihat. Hampir pukul 5 petang. Meja dikemas sebelum melangkah keluar dari pejabat. Tak sabar nak jumpa Nadira.
*************
Adoi… mamat depan aku ni. Makan je la. Siap nak pandang orang dari tadi tak berhenti. Malu la aku. Dah la aku menebal muka pagi tadi pergi bagi surat kat dia. Ni pulak dia duk la tenung aku. Ingat kenyang ke kalau tengok muka aku.

“Ehem, tadi kata lapar sangat, makan la”

“Dah kenyang pulak lepas tengok muka kau” Akif menjawab.
Merahnya muka dia. Malu sangat la tu. Setakat cakap sayang dengan suka aku tu pun nak malu. Hish ego dia ni tinggi sangat.

“Kalau dah kenyang biar aku makan sorang” Nadira menceduk kuah kari kedalam pinggan.

“Betul ke cerita dalam surat tu?”
Alamak! Apa hal mamat ni suara nak romantik habis ni. Meremang bulu roma aku. Nasib baik tak tercekik.

“Errr…”

“My love?” Akif bertanya perlahan. Muka Nadira memang dah tunduk habis dah. Macam nak masuk dalam pinggan jer gayanya.

“Kau suka aku sampai macam tu sekali?”

Hish! Berapa banyak soalan dia nak tanya ni. Semua melibatkan hati dan perasaan pulak tu! Macam mana aku nak jawab. Malu la aku!. Tu la Nadira. Time tulis surat sambil dengar lagu jiwang, mana tak terkena virus jiwang dalam surat tu. Hish! Parah pulak nak menjawab.

“Tengok gaya kau malu ni, aku dah dapat jawapan dia” Akif bangun dari kerusi. Kakinya melangkah berdiri disebelah Nadira. Nadira yang sedang duduk disuruhnya berdiri.
Apehal, siap suruh orang bangun bagai ni. Nak pergi mana pulak ni?

Elok jer Nadira berdiri. Akif terus memeluk badan Nadira. Dengan erat. Nadira terkaku.

“I love you too” Akif berbisik lembut di telinga Nadira. Tidak berapa lama, dia terasa basah dibahunya. Nadira menangis.

“Aku nak pergi Langkawi” suara sedih Nadira kendengaran.
Akif melepaskan pelukan.

“Kau ni, cakap la I love you ke? Sarangae ke? Yang jiwang-jiwang sikit. ni tak, nak pergi Langkawi pulak yang dicakapnya.” Akif dah start membebel.

“Aku tak pernah pergi Langkawi la, aku memang nak pergi sejak kecik kot” Nadira mencebik.

“Hish! Ye la minggu depan kita pergi”

“Betul ke? Ni aku sayang kau ni” Nadira terus memeluk Akif. Pipi Akif dicium lama.
Akif tersenyum bahagia.
 
TeEn LoVe StOrY Blogger Template by Ipietoon Blogger Template