Wednesday 23 December 2020

Order Ebook Pejuang Cinta

 

PREORDER 12 DISEMBER 2020- 1 JANUARI 2021

HARGA PREORDER RM 15

SELEPAS PREORDER RM 18


Blurb

Prinsip hidup Bunga tentang cinta mudah saja. Sesiapa yang inginkan cinta, dia perlu berjuang. Baru kita tahu adakah kita layak untuk mendapatkannya atau kita perlu melepaskannya pergi.

Kematian mengejut Nik Borhan merubah kehidupan Nik Wafiy dan Bunga. Demi ingin meneruskan hubungan kekeluargaan antara dua keluarga, Nik Wafiy diminta berkahwin dengan Bunga. Ikutkan hati mahu saja Wafiy memberontak, tetapi tatkala dia menangkap Amanda berlaku curang, lantas Bunga diterima menjadi isteri dengan rela hati.

“Marriage is not about finding the right person… it is being the right person." - Wafiy

Wafiy cuba untuk menerima status barunya, dan Bunga sangat bahagia dengan perkahwinan mereka.

"Kau menang. Tapi ingat, cinta tak boleh dipaksa! Kau akan jadi isteri pakai buang dia saja. Kemudian dia tinggalkan kau untuk pergi dekat aku!" – Amanda

Tak mungkin hati Wafiy semudahnya berubah. Apatah lagi kemunculan semula Amanda dalam hidup Wafiy mengelirukan Bunga. Juga kehadiran Hakim dalam setiap masalah Bunga menerbitkan rasa cemburu Wafiy.

“Dia pergi, sebab dia tahu… dia hadir tanpa cinta.”- Bunga

“Maafkan abang.” - Wafiy

“Papa kata saya kena fight untuk cinta saya… Tok daddy kata, awak pasti akan cintakan saya. Hakim kata, saya kena berusaha pikat awak, nanti mesti awak cintakan saya. Tapi saya lupa satu hakikat, cinta tak boleh dipaksa.”- Bunga

Sakit rupanya saat kita berjuang sendirian. Rasa lelah, rasa putus asa dan dia takut semua perasaan itu akan membunuh terus rasa cinta yang mekar. Jadi adakah dia perlu mengangkat bendera putih? Mengaku kalah setelah penat berjuang?

It’s better to have loved and lost, than never to have loved at all. - Alfred Lord Tennyson

When the love is real, it’s always worth it.


PEJUANG CINTA - BAB 3

 


B

ARU hari pertama memasuki pejabat Wafiy dah rasa seperti setahun! File tebal berinci-inci bertindan-tindan atas satu sama lain di atas mejanya. Meja yang besar dan luas pun seakan kecil saja bila file yang menimbun itu menuntut perhatiannya. Serabut! Sungguh serabut!

          Hati tak pernah ikhlas menerima semua ini menyebabkan dia tiada semangat untuk memulakan harinya. 

          Dia bakal menjadi CEO. Walaupun dia pernah ada pengalaman membantu tok daddy menyemak segala dokumen dan perjanjian. Tak bermakna dia mampu untuk menggalas jawatan yang tinggi itu.

          Kemudian dia bakal ditunangkan dengan Bunga. Sedangkan hati dia milik Amanda! Cakap tentang Amanda, Wafiy sekali lagi meraup wajah. Sudah dua minggu dia cuba hubungi gadis itu tetapi tak berangkat. Adakah Amanda dah tahu tentang pertunangan dia yang bakal terjadi? Dia takut kalau Amanda sedang bersedih dan marahkan dia. Pasti gadis itu rasa terluka. 

          Mahu balik menjenguk Amanda, tapi banyak pula perkara yang perlu dia selesaikan di sini. Bukan senang nak uruskan segalanya setelah tok daddy tiada. Daddy dan Uncle Ali pun sibuk ke sana ke mari menguruskan anak syarikat yang lain. 

          Nak tak nak dia kena juga balik ke Kedah untuk berjumpa Amanda si cinta hati dia sejak dibangku sekolah. Mungkin dengan menatap wajah comel itu akan membuatkan dirinya tenang menggalas tanggungjawab yang berat ini. 

Wafiy bergegas menutup file putih di depan matanya. Kot yang tersarung di tubuh dibuka lalu dilepar ke sofa. Kemeja biru gelap itu disinsing lengannya sehingga ke siku. Tanpa menunggu lagi kunci kereta dicapai dan bergegas dia keluar dari ruang itu.

          “Encik Wafiy nak ke mana? Sekarang belum waktu lunch.” Tegur Huzair selaku PA Wafiy sebaik sahaja ternampak kelibat bosnya itu lalu di hadapan mejanya.

          Wafiy merengus sebal. 

          “Nak keluar! Jangan tanya apa-apa!” 

Belum pun sempat dia menekan butang lif untuk turun ke bawah, datang pula dua orang lelaki  ke arah dia. Entah datang dari mana tiba-tiba saja sudah muncul di situ. 

“Hish!” rungut Wafiy dengan muka yang kelat. Sejak dia dilantik bakal menjadi CEO Batman, dua orang bodyguard berpakaian serba hitam sentiasa akan mengekori langkah dia. Rimas! 

Wafiy memang dah kenal sangat dua orang bodyguardnya itu. Dol dan Zain. Dulu dua orang itu jaga tok daddy, sekarang dia jaga Wafiy pula!

"Kalau tak ikut aku tak boleh ke?" Soalnya garang.

Dol dan Zain sengih sehingga menampakkan gigi yang tersusun cantik. Seketika kepala digeleng laju menjawab soalan Wafiy.

"Aku nak jumpa awek aku laaa... Takkan korang nak menyebok juga?" Wafiy tayang wajah berang dek kerana tidak puas hati.

Sekali lagi, dengan sengih yang tidak lekang di bibir. Mereka mengelengkan kepala.

"Argh! Sebal!" Dengus Wafiy menahan marah. Macam patung bergerak dia tengok dua manusia itu. Tersengih aje memanjang!

"Sabar bos." Pujuk Zain sambil sengih.

Wafiy menjeling tak puas hati.

"Sabar! Sabar! Stres la aku!" Keluhnya dengan muka sedikit tertekan. Rasa tak bebas hidupnya bila mahu ke mana-mana sahaja pasti akan diekori dua orang malaun ini. Sakitnya hati Wafiy.

"Bos, kitorang cari makan ni. Kalau jadi apa-apa pada bos macam mana? Kitorang yang susah. Nanti ketua kami marah." Jelas Dol perlahan berharap Wafiy bertolak ansur dengan mereka. Mengamuk pulak ketua mereka nanti kalau mereka culas dalam menjalankan tanggungjawab mereka ini. 

“Bos nak pergi mana? Saya drive.” 

Wafiy tarik nafas dalam-dalam. Penat mahu berlawan cakap dengan Dol dan Zain. Akhirnya dia terpaksa mengalah sajalah.

“Kedah.”



“Baik bos!” 



KERETA yang dipandu Dol akhirnya sampai di hadapan rumah keluarga Amanda. Wafiy hanya diam di dalam kereta menunggu Amanda keluar mengangkat kain. Tok abah dan wan tak ada di rumah kerana sedang menziarah mak usu Wafiy yang baru bersalin. Jadi tak dapatlah Wafiy untuk menunggu di dalam rumah datuknya itu.

          Mahu telefon Amanda, talian gadis itu dimatikan. Marah sangat agaknya Amanda pada dia sampaikan langsung tidak dinyalakan telefon. Padahal gadis itu mana boleh berenggang dengan media sosialnya.

          Kepala selesa bersandar di tempat duduk tetapi matanya tertumpu pada muka pintu rumah Amanda yang masih tertutup. 

          “Err.. bos, kenapa tak bagi salam aje?” Tegur Dol.

          Wafiy menghela nafas pendek. Menatap Dol seketika sebelum kembali memandang pintu rumah si kekasih hati.

          “Kejap lagi dia keluar la. Malas aku nak kacau keluarga dia, karang macam-macam pula makanan nak dihidang pada kita.” 

          “Eh! Tu la bagus bos! Kenyang perut kita!”

          Ceit! Wafiy berdecit sebal. Biul betul la bodyguard tok daddy ni. Sengal!

          “Sebab tahu niat kau la aku tak ketuk pintu rumah dia!” selar Wafiy garang.

          Dol dan Zain tersengih bersalah. Lantas mereka terus diam memandang ke hadapan. 

          Hampir setengah jam dia menunggu, maghrib pun dah nak masuk. Takkan la dia nak jadi penunggu di situ. Sikit masa lagi, pasti Sufian, abang Amanda akan keluar  berjemaah di masjid. Wafiy tak mahu terserempak dengan lelaki itu ketika itu. Bukan dia tak suka ke apa. Takut Sufian pelik pula dia datang siap berbodyguard bagai. 

          “Dah la kita gerak. Pergi rumah keluarga aku.” Arah Wafiy.

          Dol yang sememangnya tahu keberadaan rumah itu segera mengangguk. 

“Eh! Kejap!” Dol baru sahaja turunkan break tangan terus terhenti. Dua orang manusia itu terpinga-pinga memandang encik bos di tempat duduk belakang. 

          Mata Wafiy terbuntang luas. Terkejut! Berdegup laju jantungnya tatkala terlihat Amanda dan seorang lelaki yang tidak dia kenali keluar dari rumah itu. Kalau setakat tetamu biasa tak apa lagi, tetapi si lelaki sempat melayangkan ciuman ringkas di bibir Amanda sebelum berlalu pergi dari situ.

Dan Amanda tersenyum lebar melambai si jejaka yang sedang menghidupkan enjin motorsikalnya. Amanda tidak bertudung! Padahal setahu Wafiy, tak pernah dia melihat aurat wanita itu. Tapi kini…. Dengan lelaki itu… Amanda… Argh! 

Wafiy bergegas keluar dari kereta dan berjalan laju mendapatkan Amanda. Riak muka Amanda berubah pucat bila dia tersedar Wafiy yang kini sudah terpacak depan muka dia dengan riak marah. 

“Abang!”

“Dia siapa!” 

Tergopoh-gapah dia turun mendekati Wafiy. Sampai tak sedar dia hampir nak memaut lengan lelaki itu kalau Wafiy tak menepis lengan dia.

"Apa dah jadi dengan Manda ni!" Jerkah Wafiy garang, terkejut bila Amanda menerpa ke arah dia macam tu. Dia dan Amanda tahu ada batas yang perlu dijaga. Tapi Amanda yang berdiri depan dia sekarang ni sangat lain!

Tubuh Amanda ditilik sekilas dari atas ke bawah. Rambut Amanda pendek separas leher itu berwarna perang! Leher gadis itu pula. Astagfirullah, Wafiy segera mengalihkan pandangannya. Beristighfar panjang dia dalam hati. 

“Ab..abang buat apa dekat sini?” Manda mati kata. Dia sudah tertangkap! Zali yang membatu tidak jauh dari situ dikerling Amanda sekilas.

'Tak guna! Dasar lelaki pengecut? Tak ada usaha pun nak lindungi aku.' gerutu Amanda sebal.

“Dia siapa Manda? Cakap dengan abang dia siapa!” muka Wafiy merah padam. Terlalu marahkan Amanda. Ikutkan hati mahu sahaja dia menumbuk muka lelaki tak guna itu!

"Bro, relaks la apa marah-marah ni." Zali yang tersedar akan lirikan mata Amanda pantas bertindak. Dia bukan pengecut. Cuma terpegun sekejap tengok lelaki yang menjadi kekasih Amanda ini.

Segak bukan main. Macam anak mat saleh! Baju pun segak. Kemeja dan seluar slack. Kereta mewah pula tu. Tapi dah kenapa Amanda boleh senyap-senyap bercinta dengan dia yang muka serupa gelandangan. Dia pun apa lagi. Takkan nak tolak tuah bila Amanda sendiri yang serah segala-galanya. 

“Sufian mana? Sufian!” Laung Wafiy memanggil abang Amanda yang mungkin berada di dalam rumah. Takkanlah Sufian tak sedar langsung tentang Zali! Menggelegak darah dia bila dibidas Zali. Bukan dia tak kenal Zali tu. Anak penghulu kampung sebelah! 

“Abang dengar dulu.” sekali lagi Amanda cuba memujuk. Tangan dia tak segan silu memaut lengan Wafiy. Dia dah tak peduli tentang halal haram. Yang penting sekarang dia takut kehilangan lelaki itu. Dia terlalu sayangkan Wafiy.

Tangan Amanda ditepis kasar. Jijik disentuh wanita yang telah menipu dia!

“Nak dengar apa lagi! Abang nampak apa yang Manda buat! Dia siapa? Mana Pian? Mana mak Manda?” Bentak Wafiy berang. 

“Abang, abang… jom kita masuk dulu. Karang jiran semua tahu. Orang kampung ramai nak ke masjid ni.”

Wafiy bercekak pinggang. Mencerlung tajam pada kedua manusia tak guna itu.

“Oooo..takut orang tahu? Takut orang kampung nampak? Manda buat maksiat dengan mamat tak guna tak takut? Terbang segala tudung dekat kepala! Leher penuh lovebite! Mana Pian!” 

“Abang Pian tak ada. Dia bawa mak berubat di Langkawi.” Jawab Amanda gugup. Kepala tertunduk memandang tanah. Jiran tetangga mula keluar dari rumah masing-masing bila mendengar suara Wafiy yang terjerit-jerit macam tu. Dia malu!

Wafiy meraup wajah. Dia dah agak! Amanda tak berani bawa masuk Zali ke rumah kalau ada Sufian. 

“Abang tak sangka…” Wajah sendu Amanda ditenung dengan hati yang tergores. Diketap bibirnya. Mata mula berkaca dek kerana terlalu kecewa, marah, dan terluka. Dia terlalu sayangkan Amanda tapi kenapa gadis itu sanggup buat dia macam ni? 

“Abang. Manda tahu Manda salah. Manda terlalu ikut nafsu. Tolong maafkan Manda!” Amanda jatuh terduduk. Menggigil kepala lutut kerana dia tahu Wafiy pasti takkan mampu memaafkan dirinya. Dia menyesal kerana melayan Zali! Dia menyesal!

“Tak ada guna abang nak maafkan Manda. Manda sedar tak apa yang Manda buat ni dosa! Seorang lelaki yang baik takkan ambil maruah seorang perempuan dengan cara macam ni!” jerkah Wafiy kemudian terus berlalu dari situ diikuti Zain dan Dol yang hanya menjadi pemerhati dari tadi.

Zali tertunduk membisu. Sentap dengan kata-kata Wafiy.

Tangisan Amanda semakin menggila. Air mata yang menitis langsung tak mampu membeli simpati Wafiy. Cinta dia buat Amanda dah hilang!

“Bos okey?”

Dol dan Zain saling berpandangan bila pertanyaannya tidak berjawab. Gerun melihat riak wajah tegang Nik Wafiy. Sudahlah kulit tu cerah, jelas ketara wajah itu merah padam menahan perasaan. 

“Er… kita nak ke mana ni bos?” walaupun takut, dia kena tanya juga ke mana mahu pergi. Ye la, bos dah patah hati sudah tentu tak nak berlama-lama di sini. 

“Balik rumah keluarga aku.” Gumam Wafiy perlahan. Suara dia bergetar menahan emosi.

Sakit! Kecewa! Terluka! Mata yang kian merah menakung air dikelipkan berkali-kali. Malu sekiranya Dol dan Zain nampak air matanya yang hampir gugur kerana Amanda. Dada pula terasa sendat menahan rasa marah. Kepercayaan dan cinta yang dihulur dibalas dengan racun! Sungguh terasa sakitnya di dada. 




Monday 21 December 2020

PEJUANG CINTA- BAB 2

 



*CERITA INI ADA VERSI EBOOK. HARGA RM 15 SEPANJANG PREORDER. BERMINAT BOLEH WASAP 0135383089*

BUNGA tenung lelaki yang sedang duduk berhadapan dengannya saat ini. Kacak. Itu tidak dapat dinafikan. Lelaki kacukan British-Melayu disebelah daddy Nik Benjamin itu memang mewarisi kekacakan si bapa. Badan Wafiy walaupun nampak tidak sado berketul-ketul  namun masih tegap. Sederhana saja saiz badan itu.

Lelaki itu bakal suaminya. Bunyi macam sedapkan didengar? Tapi hakikatnya Bunga hanya mampu tersenyum pahit. Lelaki itu tak rela beristerikan dia. Kalau tak mengenangkan pesanan tok daddy sebelum lelaki tua kesayangannya itu pergi memang Bunga pun bangkang sehabis habisnya.

Walaupun sejujurnya Bunga pernah menaruh rasa cinta pada lelaki itu, bukan setakat pernah! Tetapi masih menaruh harapan cinta tapi Bunga sentiasa sedar diri yang cinta itu tidak boleh dipaksa.

Jadi, Bunga memang dah pasrah untuk mengejar cinta Wafiy. Dan saat dia memang sudah berserah, tiba-tiba dia bakal berkahwin dengan lelaki itu membuatkan sekarang Bunga sedar dan percaya, jodoh itu kuasa Allah. 

Tanpa sedar tersungging senyuman nipis di bibir Bunga, lelaki di hadapannya bakal menjadi imam dia! Berdetak bahagia jantung Bunga ketika ini bila teringat akan hal itu.

Solat bersama dengan lelaki itu. Tidur pula berbantalkan lengan berotot itu. Oh la la!

"Dah kenapa tersenyum-senyum?"

Tegur Wafiy bila tengok Bunga tersenyum sambil pandang dia. Mati terus senyuman Bunga, lantas untuk menutup malu akibat tertangkap merenung anak teruna orang, cepat-cepat Bunga berdehem dan membetulkan letak punggung di kerusi itu.

"Boleh tak kau pergi potong rambut kau tu? Menyampahlah aku tengok rambut kau panjang-panjang macam ni." Bunga buat muka menyampah melihat rambut Wafiy yang separas bahu itu. Muka dah handsome tapi sayang, Bunga memang alergi mamat rambut panjang!

Wafiy buat muka kerek. Lekas-lekas dia sambar pengikat rambut di atas meja makan itu lalu mengikat kemas rambutnya. Muka tidak ambil peduli ditayang Wafiy selamba.

"What! Urgh!" Dengus Bunga menahan marah. Bunga rasa penat betul melayan kerenah Wafiy. Mereka saat ini sedang keluar bersama untuk mencari barang hantaran dan juga menempah baju kahwin. Tapi si bakal pengantin lelaki di hadapannya ini, nampak sangat tidak rela nak berkahwin! Geramnya Bunga!

"Wafiy, kau cuba baju ni.” arah Bunga. Tangan menghulur sepersalinan tuxedo untuk dipakai Wafiy pada majlis resepsi mereka.

"Malas."

Membuntang mata Bunga saat terdengar sepatah perkataan itu. Malas? What theee... eiii!

"Kau ni! Nanti kalau besar ke kecil ke macam mana? Dah! Tak ada! Kau pergi cuba!" Arah Bunga lagi lebih tegas. Hanger baju yang tergantung kameja dan tuxedo itu disua-sua ke arah Wafiy.

"Dol, saiz kita sama, kau pergi."  Wafiy arah Dol dengan selamba sebelum menumpukan perhatiannya pada telefon di tangan. Sibuk memujuk si kekasih hati di kampung. Amanda kesedihan kerana dia sudah sebulan berada di Rawang.

Dol sudah tercengang. Hah! dia? Kenapa dia pula kena?

Terpinga-pinga Dol dibuatnya, kalau nak ikut arahan Encik Wafiy, dia takut dimarahi Bunga. Kalau ikut arahan Cik Bunga, dia takut dimarahi Encik Wafiy.

"Wafiy!!!" Seru Bunga dengan suara menahan geram yang teramat. Serius! Bunga betul-betul rasa nak menangis akibat terlampau marah dan penat melayan perangai acuh tak acuh Wafiy.

Ini semua kerana mama dan mummy minta dia dan Wafiy pergi fitting baju kahwin dan testing makanan. Kalau tak, memang Bunga dah lama lari balik rumah dari tadi!

"Kak Ju, mungkin lain kali kut cuba baju lelaki. Harini try baju saya aje."
Bunga tersenyum nipis pada Kak Ju pembantu di butik pengantin itu. Salah satu butik yang mama cadangkan.

Kak Ju tersenyum seraya mengangguk. Dia faham situasi yang berlaku. Dia bersimpati pada Bunga yang tetap sabar melayan kerenah Wafiy. Kalau dialah di tempat Bunga, memang dah lama dia keluar dari situ.

Siapa tak bengang bila si lelaki asyik melayan telefon. Bila tanya design baju, warna tema dan saiz baju, dijawab macam nak tak nak. Sudahnya Bunga yang buat keputusan.

Saja aje Bunga pilih tema pink! Padan muka Wafiy! Lagi-lagi bila dia tahu pink adalah warna paling Wafiy tak suka!

Bunga gelak jahat dalam hati.

"Terima kasih kak. Nanti saya datang lagi."

Usai dia berkata, terus Bunga melangkah keluar dari butik itu meninggalkan Dol dan Wafiy di situ. Panas rasanya di dalam butik itu walhal pendingin hawa elok terpasang.

Sebuah Kafe di sebelah butik dimasuki Bunga. Terus dia membuat pesanan pada pelayan sambil menunggu Dol dan Wafiy mengambil tempat di situ.

"Dol, semua yang mama dan mummy suruh kita dah belikan?" Bunga menyoal pada Dol yang duduk di hadapannya. Ais Americano disedut rakus kehausan sebaik sahaja pelayan menghantar airnya.

Dol mengangguk kepala menjawab soalan Bunga. Kesian gadis itu dilayan seperti tunggul saja oleh Wafiy. Dia kenal Bunga sejak Bunga kecil, dia dah tahu perangai manja Bunga macam mana. Jadi, bila pertama kali Bunga dilayan seperti ini, dia rasa kesian dan juga kagum. Kagum kerana gadis itu menunjukkan sisi yang lain dari kebiasaannya.

"Kita balik teruslah lepas ni. Saya penat." Ujar Bunga dengan suara lelah dan lemah. Dia sudah tersandar pada kerusi di kafe itu. Dia ingin melepaskan lelahnya seketika. Melayan perangai memberontak Wafiy membuatkan Bunga sangat lelah seperti baru lepas lari keliling pusingan padang bola!

Wafiy yang tersengih-sengih melihat telefon ditangan ditenung lama. Terdetik di dalam hatinya...dia tahu, saat dia menerima Wafiy untuk menjadi suaminya, dia perlu menjadi kuat. Dia tidak boleh lemah!

 

 

"TERMENUNG!"

Terhenjut bahu Bunga dek kerana terkejut disergah seseorang. Siapa pula yang berani menyergah dia yang sedang melamun di halaman rumah sendiri. Pantas dia menoleh ke belakang dan berdecit sebal saat terlihat muka si Hakim merangkap jiran dan kawan baik dia sedang tersengih jahat itu.

"Sibuk jer kau!" Desis Bunga geram. Lalu dia kembali merenung bunga-bunga orkid dan ros kesayangan mama.

Hakim tergelak kecil. Bahu Bunga disenggol sedikit agar memberi ruang untuknya duduk di atas buaian yang diperbuat dari kayu jati itu.

"Kenapa termenung ni? Suram jer malam ni." Hakim pandang Bunga yang nampak muram itu sekilas.

Bunga menghela nafas panjang, dengan Hakim dia memang tak dapat nak menyimpan rahsia. Pasti Hakim sentiasa dapat mengesan apa-apa perubahan dan rahsia yang disimpan.

"Tak baik tau mengeluh." 

Bunga herot bibir. Eii...mamat senget ni ada aje benda yang nak dikomen. Orang nak mencari ketenangan pun tak boleh.

"Bunga, aku rasa janggal tahu tak bila kau senyap macam ni. Bunga yang aku kenal mulut macam popcorn! Pop…pop...pop ...pop!" Hakim siap buat bunyi bertih jagung meletup-letup.

Meletus gelak kecil di bibir Bunga. 

Hakim sengih. Lega bila Bunga dah terhibur dengan usikan dia.

"Kau rasa keputusan aku ni betul ke?" Rendah sahaja suara Bunga bertanya tanpa memandang Hakim di sebelah.

Hakim diam. Tak tahu nak cakap apa untuk menasihatkan Bunga. Ini masa depan Bunga.

"Kau cintakan dia kan?" 

Bunga mencebir bibir dengan bahu dijongket tanda tak tahu. 

"Elehhh... cinta cakap cinta!" Hakim sengol bahu Bunga dengan senyuman mengusik.

Bunga berdecit lagi sekali.

"Aku tak tahu lah!" Dalihnya menutup rahsia hati.

Hakim tayang muka tak percaya. Poyo jer tak cinta. Ini Hakim laa... tahu sangat bila tengok muka Bunga berseri setiap kali Wafiy datang dan menginap disini.

"Bunga, kalau dah jodoh kau dengan cara macam ni, kau kena terima dengan tangan terbuka. Wafiy cinta kau, atau kau cinta Wafiy, itu belakang kira. Cinta boleh datang kemudian. Kalau tak, takkan ada kisah cinta lepas nikah kan?" Nasihat Hakim lembut.

Bunga mengangguk kecil. Tahu... orang kata cinta lepas nikah lebih berkat lebih bagus lah apa lah.

"Tok Daddy buat semua ini sebab dia tahu dalam hati kau ni penuh dengan Wafiy. Dan dia tahu kau mampu rebut cinta Wafiy nanti,” sambung Hakim lagi cuba menyakinkan Bunga.

Bunga bungkam seketika. Teringat akan peristiwa di hospital dulu sebelum Tok daddy meninggalkan dia.

"Bunga, janji dengan Tok daddy. Kahwin dengan Wafiy ya,” suara itu berbisik lemah.

Bunga yang lencun dengan air mata menggeleng laju.

"Bunga tak nak! Tok daddy kena kuat. Tok daddy akan sihat macam biasa!" 

Tok daddy menggeleng perlahan.

"Tok daddy nak Bunga bahagia. Wafiy, dia anak yang baik. Dia mendengar kata. Dia boleh berfikiran rasional. Dan Bunga cinta dia. Jadi, bahagia Bunga bila bersama dia." Bisik lelaki itu lagi.

Bunga terkaku di situ. Ya Allah! tak habis lagi ke soal Wafiy? Bunga sebal!

"Tok daddy! itu cerita lama la... Bunga dah tak ada sikit pun hati pada dia!" Bidas Bunga dalam rungutan.

Tok daddy mengeleng lemah. "Tipu." 

Bunga pandang Tok daddy kehairanan.

"Jangan tipu Tok daddy. Tok daddy tahu semua benda, Bunga. No secret between us." 

Bunga mengeluh lemah. 

"Bunga berubah sebab Wafiy. Bunga merajukkan sebenarnya bila Wafiy sudah ada yang dia cinta. Pasti ada sesuatu terjadi sebab Bunga berubah selepas Bunga balik dari Kedah dulu. I know!" 

“Tok daddy tu cerita lama. Orang kata cinta monyet. Sekarang ni Bunga dah tak ada apa-apa perasaan lagi pada dia.” tekan Bunga sedikit tertekan dengan desakan tok daddy.

“You’re liar, Bunga. Kesayangan tok daddy ni tak pandai menipu.” Kedengaran gelak Tok Daddy sangat lemah. Bunga gigit hujung bibir dengan mata yang bergenang kesedihan. 

"You love him. Admit it Bunga. And fight for your love.

"Bukan senang." Bisik Bunga lemah. Mengaku kalah setelah diasak tok daddy. Dia terduduk di sebelah katil Nik Borhan dan menekup muka pada tilam katil itu.

Nik Borhan senyum. Diusap lembut kepala cucunya itu.

"Tok daddy buat semua ni, agar Bunga bahagia. Kebahagiaan Bunga adalah kebahagian Tok daddy. Tok daddy sayang Bunga. Dan Tok daddy tahu, Wafiy akan turut mencintai Bunga nanti."

"Huh! Ye la sangat." Sinis Bunga.

Nik Borhan tersenyum. Muka masam Bunga direnung sayang. Ditarik pipi si cucu perlahan.

"Of course. Siapa yang kenal Bunga mesti jatuh sayang pada Bunga. You're lovely, bubbly and pretty. Mesti Wafiy cinta nanti."

Bunga sudah tersipu malu di puji sebegitu.

"Eii...Tok Daddy ni! Habis Hakim tu... dah lama kenal Bunga tapi tak cinta pun! Haa...tu macam mana pulak?" 

Tok daddy tersengih. 

"Sebab Hakim tu buta! Hahaha."

Bunga dan Tok Daddy gelak mengekek. Kesian kawan baiknya itu! 

Kebetulan Hakim baru sahaja menolak pintu wad itu, dia ingin melawat Tok daddy yang sudah dianggap atuk sendiri.

"Tok daddy! Hakim dengar okay!" 

Bunga pandang Tok daddy. Nik Borhan pandang Bunga. Alamak!

"Eiii..sibuk jer dia ni!" Getus Bunga dengan jelingan pada Hakim.

Hakim buat muka tak malu, lantas dia merapati Tok daddy dan dicium tangan tua itu.

"Hakim... pujuk Bunga terima cadangan Tok daddy." Bisik lelaki tua itu pada Hakim.

Hakim senyum sebelum mengangguk kecil.

"Okay! Tok daddy don't worry okay. Hakim ada! Hakim akan pastikan minah ni kahwin dengan Wafiy! Tahun depan Tok daddy dapat cicit."

Nik Borhan tergelak. Seronok membayangkan Bunga akan mengelek bayi kecil tak lama lagi. Dan dia bakal menjadi moyang!

Bunga mencerlung tajam merenung Hakim. Kurang asam jawa betul mamat ni! masuk pakatan axis dengan Tok daddy.

Bunga dan Hakim tersenyum bila masing-masing teringat tentang peristiwa itu. 

Namun tak lama kemudian, wajah Bunga kembali suram saat teringatkan Tok daddy yang sangat menyayangi dirinya telah tiada saat itu, malah bertambah muram wajah itu kerana terbit rasa bersalah yang teramat pada arwah Tok daddy. Tok daddy pergi dalam keadaan sedih kerana Bunga menolak permintaannya!

"Janji... dengan tok daddy."

Kepala Bunga menggeleng perlahan dengan linangan air mata. Dia menggenggam erat jemari tua itu.

"Tok daddy kuat. Jangan tinggal Bunga. Bunga tak nak!" Ucapnya dalam esakan.

Nik Borhan sedaya upaya tersenyum.

"Bunga, janji?" Tuntutnya lagi dengan suara yang lebih lirih.

Bunga tertunduk mendengar permintaan itu.

"Janji?"

Sekali lagi Bunga mengeleng sebagai jawapan.

"Bunga memang tak sayang, Tok daddy." Bisik lelaki itu dengan nada berjauh hati.

Bunga yang lencun dengan air mata di wajah tersentak mendengar ayat itu.

'Tok daddy! Kenapa Tok daddy sanggup buat Bunga rasa bersalah macam ni! kenapa?!' Rintih Bunga dalam hati. Bunga tak sempat nak minta maaf pada Tok daddy…

PEJUANG CINTA - BAB 1

3 Tahun kemudian.

TANAH perkuburan itu penuh dengan kenalan Nik Borhan. Baik rakan perniagaan dan pekerja-pekerja turut berduka atas pemergian ketua mereka sehinggakan solat jenazah tadi penuh satu masjid. Setelah disembahyangkan jenazah dibawa terus ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. 

Bacaan talkin meruntun jiwanya. Harini malam pertama tok daddy di alam yang lain. Adakah tok daddy akan baik-baik sahaja. Harapnya, segala ibadah dan amalan tok daddy akan menjadi asbab kesenangannya di sana. 

 “Dah la, kawal suara tu. Jangan menangis.” Wafiy hulur sapu tangan pada si gadis yang dari tadi menggogoi kesedihan. Kuat pulak tu suara dia, sampai terdengar jelas esak tangis walhal ramai yang turut berada di situ.

“Tok daddy dah tak ada.” Sapu tangan yang dihulur disambut lemah lalu dikesat pipi yang basah.

Wafiy memeluk tubuh menahan getaran tubuh. Dia pun terasa mahu meraung melepas semua, tapi dia tahu meraung di kubur bukan perkara yang baik. 

“Aku tahu, kita semua kena tabah.”

Bunga hanya berdiam. Wafiy memang tabah, sangat positif sama macam Aunty Bella. Cuma Bunga masih tak kuat. Bunga dah rindu Tok daddy. Gelak tawa dan usikan Tok daddy seakan terngiang-ngiang di kepalanya. Seakan terdengar bisikan dan suara Tok daddy di cuping telinganya. Jadi macam mana Bunga boleh berhenti menangis? Air mata ni macam turun sendiri tanpa dapat dikawal.

“Kita doakan Tok daddy dikalangan orang mukmin.” Wafiy cuba memujuk lagi. Dikerling sekilas si gadis yang tersedu sedan disebelahnya. Bengkak mata Bunga serupa mata ikan mas. Wajah putih bersih itu kemerahan di pucuk hidung. Selendang hitam yang menutupi rambut gadis itu pula ditarik hujungnya untuk menutup mulut agar tidak kedengaran tangisannya. 

“Amin.”

Hujan renyai-renyai turut mengiringi pemergian Nik Borhan. Sesungguhnya kematian adalah rahsia tuhan. Kerana hidup penuh dengan ketidakpastian sedangkan mati adalah satu kepastian. 

PEJUANG CINTA - PROLOG

 



"NIK Wafiy Najwan!"

Wafiy berdecit perlahan. Tangan naik menggaru kepala yang tidak gatal membuatkan rambutnya yang tersisir rapi sedikit serabai akibat tindakannya itu.

"Ya mummyyy..." Wafiy menjawab dengan harakat yang panjang dan agak leweh. Muka dia tak payah cakaplah, toya habis!

"Tok daddy mintak tolong tu, jangan nak buat muka macam tu yer." Mata Bella dah terjegil sebesarnya. Kalau cakap dengan anak terunanya itu sekarang asyik nak kena gertak, marah dulu baru nak jalan. Patutnya makin besar, makin dengar kata. Ni langsung tidak. Geram dibuatnya.

"Tak pasal-pasal aku pula yang kena ambil dia!" Bisiknya perlahan dengan muka menahan geram.

"Tolonglah," bisik Bella dengan nada keras.

"Ya, ya. Wafiy nak pergilah ni."

Dengan pergerakan paling lambat sekali dia bergerak. Bella yang masih memerhati pergerakan si anak mula mengetap bibir menahan geram. Wafiy dah serupa Sloth! Haiwan paling slow di dunia ni.

"Dapat pahala Nik Wafiy!" Bella melaung kuat dari muka pintu saat melihat si anak dah masuk ke dalam kereta.

Wafiy senyum terpaksa. Kalau dengan mummy memang selalu ingat akhirat!

"Ye mummy, Wafiy ikhlas ni." Tanpa nada dia menjawab.

Sepatutnya boleh saja Zain iaitu pemandu tok daddy datang ke KLIA menjemput sepupunya itu. Tapi dia pula yang diarahkan tok daddy sedangkan dia baru sahaja sampai dari Kedah. Ingat Rawang dengan KLIA ni dekat ke? Pffftt! Getus Wafiy sebal.

Kereta diparkir di ruang menunggu. Malas nak keluar dan mencari sepupunya itu. Pandai-pandai sepupunya mencari dia nanti.

Namun setelah 2 jam menunggu kaku di dalam kereta, Wafiy dah panas punggung. Kepala sekejap-sekejap mengerling sekeliling kawasan pintu ketibaan itu. Mana minah ni!

Pelbagai sumpah seranah meluncur laju dalam hati, sikit lagi nak mencarut kuat-kuat. Nasib baik fikir pahala tak banyak, jadi dia tak nak menambah dosa.

"Menyusahkan orang betullah!" Degusnya seraya bergerak keluar dari kereta. Ingin menuju ke dalam lapangan terbang itu mencari si gerangan 'Puteri' cucu kesayangan tok daddy. Masuk saja ke dalam KLIA itu, mata Wafiy meliar mencari si dia. Dalam Wafiy leka merenung wajah seorang demi seorang manusia di situ dia panar.

Baru dia teringat! Dia ingat-ingat lupa wajah sepupunya itu. Sudah hampir 10 tahun dia tidak bertemu dengan satu-satunya anak Uncle Ali dan Aunty Mayang!

My god! Wafiy! Gerutunya dalam hati. Beria kau teropong sorang-sorang gadis yang sedang menunggu di lapangan terbang itu tapi sebenarnya kau tak tahu pun siapa yang kau cari?

Loud of laugh for you, Wafiy!

Segera telefon di poket seluar jeans diseluk lalu jarinya laju membuka aplikasi Whatsapp. Group keluarga mereka dimasuki kemudian nombor telefon sepupunya itu dicari.

0134567890 ~Bunga~

"Ni kot dia," Wafiy berbisik perlahan. Entah betul ke tidak ni nombor anak Uncle Ali. Tak ada gambar di profile whatsapp itu. Mungkin kerana gadis itu pun tidak menyimpan nombornya.

Tapi siapa lagi Bunga dalam keluarga mereka itu, kerana hanya sepupunya seorang itu sahaja yang mempunyai nama klasik macam tu. Cuma nama penuh gadis itu tidak pula Wafiy ingat. Tanpa teragak-agak nombor itu didail. Tidak sampai beberapa saat panggilannya berjawab.

"Helo?"

Wafiy terkedu sesaat mendengar suara lembut yang menjawab panggilannya. Berdebar seketika dadanya ketika itu sebelum kembali normal.

"Helo?"

"Errr.. erm.. ehem." Tiba-tiba tekak macam gatal.

"Bunga?" Suara sehabis macho dia buat. Wafiy kau dah kenapa? Bunga jer pun bukan siapa-siapa.

"Ahaa, yup."

"Kau kat mana?"

"Hah?" Bunga bersuara pelik.

Wafiy menggigit hujung bibir mengumpul sabar.

"Kau dekat KLIA kan? Kau tunggu dekat mana?"

"Ehh sabar-sabar. Ni siapa?"

Wafiy, kau ingat kau terkenal sangat ke sampai suara kau semua orang cam. 

"Wafiy." Jawabnya pendek dan serius.

"Wafiy? Nik Wafiy?"

Eh minah ni, ye la habis Wafiy waffle ke?

"Eh tak la, bukan. Kau tahu tak Waffle yang bau sedap tu. Yang letak perasa coklat atau peanut butter lepastu kapit. Makan panas-panas sedap. Haa, benda tu la yang telefon kau sekarang ni."

"Stop! Stop!"

Wafiy tersenyum sinis. Bunga menjerit kuat di hujung talian sampai dia kena menjarakkan telefon dari telinganya.

"Aku dekat Mcd." Tet! Talian terputus.

Wafiy terngadah. Skrin telefon yang bertukar gelap direnung tidak lepas. Ceh! Selamba minah ni matikan talian. Kalau tak di sebabkan Tok daddy memang dia biarkan aje Bunga balik sendiri naik teksi!

Telefon disisipkan ke dalam poket seluar jeans lalu Wafiy segera melangkah menuju ke Mcd. Sampai saja di sana, keadaan di dalam kedai itu lengang. Hanya ada seorang dua pelanggan.

Memandangkan pelanggan lagi seorang lelaki, jadinya Wafiy dapat meneka yang perempuan berambut panjang yang sedang duduk membelakangi dia itu adalah Bunga. Tanpa berlengah, dia mendekati gadis itu.

"Bunga."

"Apehal lambat sangat!" Rungut gadis itu bengang.

Dan saat gadis itu berdiri dan berpaling mengadapnya, hampir nak terkeluar bola mata dia. Mujur dia memakai cermin mata hitam jadi dapatlah menyembunyikan reaksinya tadi.

Ini ke Bunga?

Anak mata Wafiy berputar macam yoyo. Turun naik menilik si gadis yang berdiri kaku di hadapannya.

Seingat dia, Bunga ni dulu tomboi. Sebijik macam lelaki. Rambut pendek. Ganas. Muka berhingus. Ish...ish...ish. Faktor akil baligh ni memang buat Bunga jadi lain.

Cantik sangat! Berjaket denim bersama skirt kembang paras lutut. Bunga nampak lain sangat. Apatah lagi berambut panjang mengurai melepasi bahu. Bibir gadis itu tercalit lipstik merah menyala.

Sejak bila minah ni pandai nak berseksi bagai ni?

Oh hoooii! Wafiy, kau jangan buat main. Seksi? Haip! Jahatnya kepala otak duk fikir benda lain.

Wafiy pantas mengalihkan pandangan matanya pada beg bagasi Bunga yang terletak di tepi meja. Gadis itu pun diam saja merenung dia. Jadi lebih baik mereka segera beredar dari situ.

"Jom."

Selamba Wafiy tarik beg bagasi Bunga meninggalkan gadis itu sendirian di belakang. Laju langkah kaki dia menuju keluar dari situ.

Wafiy rasa macam nak tampar muka sendiri berkali-kali! Kenapa otak kau biul sangat pagi ni! Boleh pula pandang anak dara orang macam tu. Kau memang dah tak betul ni, Wafiy. Mula-mula kau berdebar dengar suara dia. Lepastu kau cakap dia cantik. Sekarang pula kau mengaku dia seksi?

Unbelievable! Ini semua godaan.

Manakala di satu sudut, Bunga masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri tadi. Matanya terkelip-kelip melihat susuk tubuh Wafiy yang sudah bergerak menjauhi Bunga sambil menarik bagasi dia.

Perlahan-lahan tangan kiri bergerak mendarat di dada yang berdegup laju. Dup dap dup dap. Kuat bunyinya. Bunga berdebar hebat. Sebenarnya dari Wafiy telefon tadi lagi dia sudah tidak keruan. Terkejut dia saat Wafiy memperkenalkan diri. Itu sebab dia terdiam dan mengelabah dalam masa yang sama.

Lelaki itu masih tidak berubah. Masih dingin pada Bunga. Dia dan Wafiy tidak seperti sepupu sepapat yang lain. Yang boleh duduk bergurau senda atau bertegur sapa seperti biasa. Wafiy kalau berjumpa dengan dia mesti bercakap kasar macamlah Bunga kacau dia. Bunga tak buat apa-apa pun kena marah juga!

Bunga tenung belakang tubuh Wafiy yang semakin menjauh. Dengan langkah yang perlahan dia mengekori lelaki itu. Wafiy sudah berubah. Rambut lelaki itu panjang sampai boleh diikat simpul seperti perempuan gayanya. Mujur ada jambang halus di rahang lelaki itu menandakan dia seorang lelaki.

"Cepatlah aku dah penat ni."

Bunga tersedar. Pandangan kosong tadi beralih ke wajah Wafiy yang kemerahan menahan panas. Handsome, tapi sayang muka tak ada senyum! Dari tadi asyik berkerut saja dahi itu.

"Ingat kau sorang aje ke penat? Aku ni berjam-jam dalam kapal terbang pun penat juga tau."

"Sini! Biar aku tarik beg aku ni." Bunga menjeling Wafiy tajam. Tangan Wafiy yang masih memegang begnya itu ditepis kasar. Tetapi segera Wafiy merampas tempat pemegang bagasi itu kembali.

"Dah diamlah! Membebel macam mak nenek." Wafiy menonong meninggalkan Bunga. Panas tahu tak dekat situ serupa tak ada aircond.

Mak nenek? Urgh! Bunga berjalan laju melintasi Wafiy.

“Ni lagi satu, tahulah baru balik dari oversea tapi tak payah lah selamba nak sentuh anak teruna orang.”

Pergh! Bunga makin berasap ditegur sinis begitu. Laju-laju dia berpaling merenung Wafiy dengan renungan tajam.

“Aku nak tepis tangan kau jer, bukan sengaja sentuh.”

“Tepis ke apa ke, kalau dah tersentuh batal wuduk jugak tahu tak. Berdosa.”

"Annoying!" Dasar ustaz jadian! 

Wafiy tayang muka jahat. Suka pula melihat wajah Bunga yang sudah merah padam menahan geram.

"Shuhh..shuhhh cepat-cepat!"

Halaunya meminta Bunga berjalan dahulu di hadapan.

Bunga mengetap bibir mengawal perasaan yang mendidih tunggu masa nak meletup! Ingat dia anak kucing ke main nak halau-halau macam tu.

"Kereta kau yang mana satu?" Soalnya tatkala melepasi pintu keluar menuju ke ruang parkir.

"The yellow one, please ." Wafiy yang sudah berdiri di sebelah Bunga menundukkan kepala sambil mengulung tangan konon-kononnya mengalukan kedatangan Bunga yang bakal menaiki keretanya.

Cebikkan dibibir merah bak delima gadis itu membuatkan Wafiy tergelak kecil melihat riak wajah meluat Bunga.

Kuning? Pantas dia melihat deretan kereta yang terparkir di situ.

Ada dua kereta warna kuning. Yang mana satu? Bunga dah garu dahi.

Myvi kuning? Okey, bukan sebab ada pemandu di dalam kereta itu. Semestinya bukan kawan Wafiy atau sesiapa kerana lelaki di dalam kereta itu sibuk mengadap telefon di tangan. Mungkin sedang tunggu seseorang agaknya.

Bunga pandang pula kereta kuning yang lagi satu. Err...biar betul!

"Yang mana?" Perlahan saja suara Bunga menyoal. Please! Jaebal! Not that one! Jerit Bunga dalam hati.

"My Bubble Bee. Lets go."

No..no..no! Kepala Bunga tergeleng tidak percaya apabila melihat langkah kaki Wafiy penuh yakin menuju ke arah kereta yang...err..

"Muat ke beg aku nak masuk ni?" Bunga kerut dahi melihat Wafiy terbongkok-bongkok cuba memuatkan begnya di tempat duduk belakang kereta.

"Muat!" Jawab Wafiy dengan gigi terkacip rapat. Berpeluh-peluh dia mengangkat bagasi Bunga yang berat macam hape aje. Bawa batu ke apa dalam beg ni?

Bunga serius tak rela nak naik kereta Wafiy. Serius! Baik dia naik teksi aje la.

"Err.. Wafiy. Aku naik teksi aje la."

What! Wafiy laju berpaling merenung Bunga tajam.

"Apa?"

"Jangan nak main-main. Aku dari Kedah ni tau. Tak makan apa-apa lagi. Hargai la sikit usaha aku ni."

Peduli apa aku! Jawab Bunga dalam hati.

"Aku malu laaa," rengek Bunga. Dia dah macam nak menitis air mata dah ni membayangkan dia akan naik kereta itu.

kereta Volkswagen kuning macam cerita hantu jalan Karak tu! Sebijik!

Malu! Tak dapat bayang kereta ni nanti akan berjalan di highway. Wargh!

"Nak malu apa?" Wafiy dah bercekak pinggang di hadapan Bunga. Peluh di dahi dikesat dengan lengan baju.

"Kereta kauuu..."

"Apa? Kereta aku apa?" Sergah Wafiy bengang bila Bunga tayang muka jijik pada kereta kesayangan dia.

Amboi! Biadap sangat!

"Ni kereta sport orang British dulu tau! Siapa ada kereta ni, semua orang iri hati. Kau apa tahu!" Wafiy membebel panjang. Pantang dia kalau ada yang memandang hina Bubble Bee dia ni. Mahal tahu tak dia beli dulu.

Bunga mencebik. Ye la tu, itu dulu! Bukan sekarang. Sekarang orang dah tak pandang dah kereta ni.

"Jom cepat!" Jerit Wafiy sedikit kuat membuatkan Bunga terperanjat. Wafiy dah marah! Bunga terus membuka pintu di bahagian penumpang.

Bam!

"Woi! Jahanam kereta aku!"

“Ops, sorry. TERKUAT pula tutup pintu reput ni.” Bunga tayang muka bersalah pada Wafiy yang dah terbeliak mata.

Bahagian dalam kereta Wafiy diperhati. Mulut Bunga sedikit ternganga. Terkejut bila melihat ruang dalam kereta itu yang nampak klasik dan kemas. Bersih sungguh! Sarung tempat duduk dan dashboard semuanya diperbuat daripada kulit berwarna krim. Terlampau kecil kereta itu sampaikan lutut Bunga separas perut dia. Manakala bahu Wafiy hampir berlaga dengan bahu dia.

"Kereta apa ni? Layak jual dekat besi buruk aje la. Larat lagi ke nak jalan kat highway ni? Gerenti serupa kura-kura." Selamba Bunga menyindir padahal dia tahu, aura panas berapi membara kuat di sebelah dia ketika itu.

"Kura-kura pun kalau lawan dengan arnab, kura-kura menang tahu tak! So, better kau diam sebelum aku tinggalkan kau dekat sini,” bidas Wafiy. Laju dia menurunkan brek tangan lalu menolak gear sebelum menekan pedal minyak.

"Rupa dah ayu dah, tapi mulut puaka lagi."

"Ehem! Hello! I'm here." Bunga lambai-lambai tangan pada Wafiy. Nak mengutuk pun jangan sampai aku dengar, please!

"Ops, dengar ke?" Wafiy tutup mulut konon-konon dia dah terlepas kata. Padahal memang sengaja dia cakap kuat-kuat.

"I'm not deaf okay!" Grrr! Bunga berpeluk tubuh melempar pandangan keluar tingkap yang terbuka luas membuatkan rambut panjangnya berkibar kuat.

Argh! Serabai rambut aku.

Wafiy gelak kuat bergema satu kereta. Daripada secantik bidadari tadi. Dah macam hantu Kak Limah dah rupa Bunga ketika itu.

 

 

SENYUMAN bahagia terukir di bibir Bunga sebaik sahaja dia masuk ke dapur sudah terhidang pelbagai jenis lauk pauk di atas meja makan. Rindukan masakan mama macamlah dia tercampak dekat Uganda sana, padahal dia pergi ke Australia aje pun. Selepas puas berjalan di situ dia terbang pula ke Korea. Tak lari jauh sangat pun sebab Bunga ni nampak aje muka macam orang timur tengah hasil keturunan papa, tapi tetap juga cari masakan melayu. Belacan tak tinggal.

“Waaa, Mak Nab ke yang masak ni?” Bunga bertanya pada pembantu rumahnya yang sedang membasuh pinggan di sinki. Hanya ada Mak Nab saja di situ tak nampak pula kelibat mama dan yang lain. Mungkin yang lain ada di depan sedang berehat.

“Eh, tak la. Semua ni mama Bunga yang masak. Dia tahu Bunga balik nak makan makanan yang dia masak.”

Bunga tersenyum suka. Macam tahu-tahu aje mama ni. 

“Bila nak makan ni?” Bunga dah gosok-gosok tangan melihat lauk pauk yang terhidang. Tengah berkira-kira nak ambil yang mana dulu nanti. Semuanya lauk kegemaran dia! Sukanya!

“Jet lag lagi?” 

Sinis suara garau itu bertanya membuatkan Bunga pantas berpaling ke belakang.

“Mama!” Bunga terjerit kecil, terkejut saat melihat kelibat Wafiy dengan rambut yang panjang mengurai. Ceit!

“Dah kenapa? Ingat aku hantu ke?”

Mati terus muka terkejut Bunga lalu bertukar pula dengan muka menyampah pada Wafiy yang memerlinya. Dah la rambut panjang lelaki itu dilepas bebas. Selalu pergi salon ke apa mamat ni? Nampak lembut betul rambut ikal dia.

“Sibuk aje.” Bunga menjeling bengang.

Wafiy tersenyum senget seraya menarik kerusi di meja makan itu. Rambut yang panjang melepasi bahu itu diikat tinggi dan kemas di atas kepala. Sampai-sampai aje dekat rumah tadi, Bunga terus meminta diri ke bilik selepas melepas rindu pada orang tuanya dan tok daddy. Berjam-jam minah seorang itu tidur dan baru bangun untuk makan.

“Tengok tu, pantang berjumpa mesti bergaduh.” mama Bunga yang baru melangkah masuk ke dapur menggeleng kepala perlahan. Tak pernah nak berdamai, dari kecil sampai besar asyik bertikam lidah aje.

Tok daddy yang turut masuk ke ruang makan itu juga tersenyum senang melihat cucu-cucunya saling mengusik. Bagi dia usikan itu semakin menambah keceriaan keluarganya.

“Orang kata sekarang selalu bergaduh tapi lama-lama akan jatuh sayang.”

“Tok daddy!” Usikan Nik Borhan mengundang jeritan cucu-cucunya.

Meletus gelak Mayang dan Ali saat melihat reaksi Bunga dan Wafiy. Marah benar bila dikenenkan. 

“Laa, betul la kan?” 

Bunga mencebik. Mitos semata-mata. Bunga memang tak percaya cakap orang. Bunga percaya fakta sahaja.

Dan Wafiy pula laju menundukkan kepala merenung pinggan di atas meja. Mukanya berkerut-kerut kegelian membayangkan dia bercinta dengan Bunga. Wek! No way!

“Kenapa muka macam tu? Jijik sangat ke aku ni?” Sergah Bunga bengang bila ternampak mimik muka Wafiy.

Wafiy mengangkat wajah merenung Bunga yang duduk bertentangan dengannya.

“Aku tak cakap apa-apa pun!” Sangkalnya bersungguh.

Bunga herot bibir tak percaya. Bajet suci aje muka dia! Bunga tak buta lagi okey!

“Sudah jangan nak bergaduh lagi depan rezeki ni. Papa dah lapar. Jom makan.” Ali segera memintas menghentikan perbalahan Wafiy dan Bunga. Macam budak-budak! Nak kena kahwinkan agaknya dua orang ni baru nak berbaik!

“Eh, mana Uncle Nick dan yang lain?” Soal Bunga tatkala baru sedar tiada kelibat ibubapa Wafiy dan adik-adiknya. Patutlah nampak kurang meriah.

“Tu la, tidur aje kerjanya. Diorang dah balik dah petang tadi.” Wafiy menjeling Bunga sekilas.

Bunga mencebik. Semua yang keluar dari mulut Wafiy kalau tak menyindir mesti sinis. Buat orang sakit hati aje.

“Uncle Nick dan Aunty Bella kirim salam pada Bunga. Diorang kena balik cepat, Tok abah tak berapa sihat.”

Riak kerisauan terpamer. Ya Allah, harap tok abah tak apa-apa. Dulu waktu Bunga kecil tok abah dan wan la yang menjaga makan minum Bunga setiap kali Bunga ke Kedah. Tok abah tu datuk Wafiy belah Aunty Bella. 

“Tok dah tua sangat, tapi masih kuat lagi. Ni dia demam sebab baru balik umrah. Biasalah perubahan cuaca,” terang Wafiy tanpa melihat wajah Bunga. 

Bunga mengangguk kecil. Kalau macam tu, syukurlah. Harapnya Tok Abah akan cepat baik. Dia kena pergi ni melawat Tok dan wan di Kedah. Dah lama dia terputus hubungan dengan Tok abah sejak kejadian di kampung itu dulu. Bunga memang tekad dah tak mahu pergi ke Kedah lagi. 

Ketika makan, Wafiy dan Bunga senyap saja mendengar orang tuanya berbual kosong. Sesekali ditanya, mereka menjawab seadanya kemudian kembali fokus pada makanan di hadapan mata. Bersungguh keduanya makan, sehingga Wafiy bertambah nasi kerana kelaparan seharian tidak makan. Hanya sempat menjamah sebuku roti coklat. Manakala Bunga pula memang rindukan makanan mamanya.

“Kereta kat luar tu kamu punya ke?” 

Wafiy mengangguk sambil tersengih pada Tok daddynya. Kereta kesayangan kot. Dia beli dengan hasil titik peluh dia sendiri. Sampai sanggup setiap kali cuti semester dia membantu tok abah di kampung. Ada masa dia berada di syarikat pula tolong tok daddy. Lima tahun bekerja sambilan kemudian meminjam sedikit wang dari daddy baru dapat beli kereta tu. Barulah rare!

“Perangai kamu sebijik dengan daddy kamu. Suka benda lama-lama!” Ali tergelak. Itulah mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Teringat akan Nick yang memang agak old school orangnya

Nik Borhan turut tergelak kecil. Sayu hatinya tatkala mengenangkan si anak yang sudah menetap di Kedah. Nik Benjamin ingin duduk di kampung. Seronok katanya duduk di sana. Mujur, anak, menantu dan cucu-cucunya itu sering juga pulang menjenguknya di sini. 

“Bukan benda lama la, uncle. Vintage!” Apa barang benda lama. Vintage la baru nampak elegan sikit. Bisik Wafiy.

Bunga herot bibir. Vintage apa benda kalau tunggu masa aje kereta kuning tu nak mati. Jalan pun semput-semput!

Usai makan malam, Ali meminta diri ke bilik bacaan manakala, Bunga dan Mayang masih di dapur membancuh kopi dan memotong buah-buahan buat pencuci mulut. 

“Bunga bawa ke depan ya, mama nak tengok papa,” Mayang menyua dulang air pada Bunga. 

Bunga tergelak kecil seraya menyambut huluran mamanya. 

“Mama ni tak habis lagi ke nak bercinta dengan papa.”

True love stories never have endings, ingat tu sayang.” 

“Eiii! Mama!” Bunga menjerit kegelian. Mama dan papa ni, tak pernah tak romantik tau!

“Bunga rasalah nanti lepas Bunga kahwin. But for now, bawa air ke depan. Kesian tok daddy dan Wafiy menunggu dari tadi.” Pesan Mayang sebelum beredar dari situ.

Bunga menatang dulang air ke ruang tamu, di mana terdapat tok daddy yang tersenyum nipis merenung Wafiy. Wafiy pula tekun melihat skrin telefonnya. 

“Tok daddy menungkan apa tu?” Bunga duduk di sebelah datuknya. Pelik melihat Nik Borhan tersenyum panjang sambil merenung Wafiy. Bunga tahu Wafiy tu cucu kesayangan Tok daddy, cucu sulunglah katakan. Tapi takkan sampai tenung tak lepas kut. 

Wafiy mengangkat kening pada Bunga sambil mencicip kopi panas yang dibuat Aunty Mayang.

Nik Borhan menggeleng perlahan. Bahu Bunga dirangkul erat. Dia merenung redup cucu-cucunya. Walaupun hanya ada Nik Wafiy dan Bunga dia sudah terasa bahagia. Dulu, dia tidak tahu yang dia akan terasa begitu sunyi tatkala anak-anaknya sudah punya keluarga sendiri. Ketika dia masih muda, dia memang tidak pernah mengambil tahu perihal anaknya Nik Benjamin dan Ali Kasim. Hidupnya tersasar jauh. Kini dia benar-benar bersyukur diberi kesempatan untuk bahagia dengan keluarganya kembali. 

Melihat cucu-cucunya membesar di hadapan mata membuatkan dia sangat menghargai setiap detik mereka bersama. Kerana dia tahu, masa itu tidak akan lama. Sekejap saja masing-masing akan meninggalkan dirinya sendiri di rumah agam ini.

 “Tak ada apa. Teringat cerita lama.”

“Cerita apa?” Wafiy menyoal laju. Dia memang suka sangat dengar cerita Tok daddy. Cerita ketika Tok daddy mula-mula membina syarikatnya di United Kingdom dan di situlah pertama kali Tok daddy berjumpa dengan neneknya, Amira yang merupakan warganegara sana. Membuatkan dia mempunyai darah orang putih.

“Cerita tentang kawan baik Tok daddy. Ali Baba.”

Bunga tersentak. Ali Baba tu datuk dia! 

Nik Borhan tersenyum.

Iya, Ali Baba itu kawan baiknya. Dan juga merupakan bapa kepada Ali Kasim. Datuk sebenar Bunga. 

“Ali Baba meninggal sebab kena bunuhkan Tok daddy?” Mata Bunga bergenang mengenangkan nasib keluarga papanya yang dibunuh ahli kumpulan gangster ketika mereka menetap di UK dulu. Dia tahu semua cerita ni dari papa. 

Wafiy yang tidak tahu tentang kisah itu tergamam. Takkan sampai berbunuhan? Dia tak sangka Uncle Ali Kasim yang nampak selamba dan kelakar itu menyimpan cerita lama yang menyedihkan. 

Nik Borhan mengangguk lemah. 

“Tok daddy dan kawan-kawan dah cuba untuk selamatkan keluarga papa kamu, Bunga. Tapi Tok daddy terlambat. Tok hanya dapat selamatkan papa kamu saja malam tu.” 

Bunga memeluk erat lengan Nik Borhan. Dia tahu selain dia, Nik Borhan lah yang paling sedih atas kehilangan kawan karibnya itu. 

“Terima kasih tok daddy sebab selamatkan papa Bunga,” bisiknya. Kepalanya diusap Nik Borhan lembut. Begitulah keadaan dia setiap kali duduk bersama dengan datuknya itu.

Jauh disudut hati Wafiy terselit rasa cemburu melihat kemesraan Bunga dan datuknya. Dia dan adik-adiknya tidak semesra itu ketika bersama Nik Borhan. Mungkin kerana mereka tidak tinggal bersama seperti Bunga yang dari kecil dijaga lelaki tua itu.

“Tok daddy ambil papa kamu jadi anak kami. Nenek kamu dan Nick suka sangat pada Ali. Tok rasa seperti dapat anak kedua. Ceria rasanya rumah kami dengan kehadiran Ali.”

Nik Borhan tersenyum pada Bunga yang berada di dalam pelukkannya. Kemudian dia menarik senyum pula pada Wafiy yang tekun mendengar ceritanya. 

“Wafiy dan Bunga boleh tolong tok tak?”

“Tolong apa?” Serentak mereka menyoal.

Nik Borhan diam seketika. Dia tahu, apa yang dihajatkan ini mungkin berat bagi cucu-cucunya. Sama seperti dia memaksa Nik Benjamin mengambil alih syarikatnya dulu. Walaupun dia tahu keinginan anaknya adalah menjadi doktor tapi ketika itu dia langsung tidak peduli asalkan ada pewarisnya yang akan menggerakkan kerja-kerjanya. 

“Tolong teruskan hubungan kekeluargaan kita. Ali Baba dan Nik Borhan. Ali Kasim dan Nik Benjamin. Bunga dan Wafiy.”

Bunga dan Wafiy saling berpandangan seketika. Kemudiannya mereka mengangguk setuju dengan yakin.

“Boleh!” Wafiy dan Bunga bersuara semangat. Dia orang takkan buat Tok Daddy kecewa. 

Lepasni Bunga dan Wafiy takkan gaduh-gaduh lagi sampai buat Tok Daddy sedih tengok dia orang bertikam lidah. Mesti Tok Daddy takut kalau Wafiy dan Bunga tidak bertegur sapa dan asyik bergaduh sampai ke tua. 

“Boleh?” Dahi Nik Borhan berlapis-lapis. 

Sekali lagi mereka mengangguk laju.

“Tok Daddy jangan risau! Kitorang okey aje!” Wafiy tersengih. Bunga pun tayang sengih pada datuknya itu. 

“Kami akan berbaik! Asalkan Tok Daddy tak sedih lagi.”

Nik Borhan menghela nafas panjang. Tahulah dia yang kedua cucunya itu masih tidak faham maksud tersirat ayatnya tadi.

 

 
TeEn LoVe StOrY Blogger Template by Ipietoon Blogger Template