Saturday 2 March 2013

Muzikal Cinta




“Cinta antara kita, tiada penghalangnya…” Suara Adel yang melalak bagai nak rak menyanyikan lagu ‘Cinta antara kita’ dari kumpulan Duta dan Baizura Kahar terganggu bila…

Buk!

“Adoi!, woi apa ni main baling-baling bantal pulak ni” Adel pandang muka tak bersalah Zek yang sedang berada diatas katil dengan buku rujukan tebal dia tu.
Zek tayang sengih sinis.

“Kau kalau nak menyanyi, nak berkaraoke ke, apa ke, bukan kat bilik ni! Nak pecah gegendang telinga aku la dengar kau menyanyi.” Zek buat luahan perasaan yang dia tahan selama ni. Nak pecah gegendang telinga dia dengar si Adel ni menyanyi. Lepas satu lagu, sambung lagi satu lagu. Adoi dah macam kat pusat karaoke je gayanya. Dia nak study pun payah.

Adel bangun dari kerusi dimeja belajarnya. Buku clinical anatomy ditutup sebelum duduk dengan selambanya dikatil Zek.

“Kau tahu, muzik ni menenangkan jiwa tahu. Orang stress pun kalau dengar lagu hilang stressnya.” Adel berkata penuh semangat sambil menepuk bahu Zek. Zek mencebik. Hilang stress la sangat! Aku makin stress je dengar dia menyanyi.

“Eh, kau jangan nak kutuk aku dalam hati kau ek. Aku tak boleh ar belajar tak dengar lagu. Nanti aku mengantuk. Kau tahu la kan aku macam mana” Adel buat muka comel harap sangat Zek faham.

Zek mendengus geram “Cara belajar kita memang berbeza! So, kau pergilah bilik study ke, library ke, mana-mana tempat ke selain bilik kita ni. Sebab aku nak study pun payah gila kau tahu!”

Adel terdiam. Sampai hati Zek buat aku macam ni. Selama ni study dengan dia okey je. Alih-alih semester last ni baru dia nak halau aku suruh study tempat lain. Sampai hati!

“Selama ni okey je asal sem ni tak boleh pulak?”  Adel bersuara perlahan. Dia tahan perasaan untuk menangis. Sentap bila kawan sendiri dah tak nak study sama-sama.

Zek mengeluh perlahan. Alahai, touching la pulak minah ni. “Bukan la, aku gurau je. Tapi, slowkan sikit volume suara kau tu ek. Harap je pakai earphone tak nak ganggu orang la konon. Tapi suara kau tu yang menganggu. Kalau dengar je tak menyanyi sekali tak boleh ke?”

Adel senggih. Hahaha. Saja buat-buat touching terlebih. Kepala digeleng-gelengkan. Tanda tak boleh. Dia nak jugak menyanyi sekali!.  Zek tepuk dahi. Alahai! Suka hati kau la Adel.

Zek menyambung pembacaannya yang tergendala tadi. Adel yang masih berada disisi dia sedang termenung.

“Zek, kau minat tak lelaki yang pandai main piano? Mesti smartkan!” kat dalam otak Adel dah terbayang-bayang lelaki kacak sedang main piano yang ditujukan khas untuk dia. Wah! So sweet!

Zek diam. Dia pun duk bayang benda yang sama. “ memang ar smart. Tapi Khalif aku tu mana reti main piano.”

Khalif, tunang Zek sejak dua bulan lepas. Adel tergelak. Hahaha. “Kalau kau paksa dia belajar boleh ke?” Zek terlopong. “kau gila! Mahu dia tinggalkan aku. Diakan mana suka main benda-benda muzik ni.” Zek berkata sambil tutup buku dia. Kalau Adel dah ajak berborak  mana boleh berhenti.

Adel gelak beria lagi. “A’ah la. Khalif tu kan nerd! Asyik dengan buku engineering dia je”

Zek ketuk kepala Adel sambil buat muka marah. Amboi sedapnya mengata tunang orang.

“Sorry..sorry” Adel senggih bersalah.

“Zarif reti main piano?” Zek angkat kening kat Adel.

Adel garu kepala. Haila. Mamat tu.

Zarif, orang yang istimewa bagi Adel. Tapi pelik sikit kisah diorang ni. Adel dan Zarif hanya berhubung melalui mesej dan tak pernah berjumpa. Zarif ni pulak jenis yang ‘Alim’ la jugak sebab dia lepasan Darul Quran. Sekarang sedang ambil ijazah diuniversiti yang sama dengan Adel dan Zek. Selalu jugak Adel terserempak dengan Zarif, tapi Zarif tak tahu pun muka Adel macam mana, ye la dia mana pernah nak selongkar Facebook Adel nak tengok gambar Adel. Adel jer setiap hari duk tatap gambar mamat tu.

Adel yang start kacau hidup Zarif dulu sebenarnya. Adel dapat nombor telefon Zarif dari kawan sekolah menengah dia yang juga merangkap kawan Zarif. Hahaha. Rumit nak diceritakan disini. Sejak dapat nombor tu dari lepas spm lagi sampai la sekarang hampir 5 tahun diorang berhubung tapi hanya melalui mesej dan facebook sahaja. Dan selama ni Adel je la yang tegur Zarif dulu. Hampeh punya lelaki! Heartless betul! Tak tahu ke kalau perempuan selalu kacau dia tu tanda perempuan tu minat! Okey! Zek mula emo!

“Tak, hari tu aku tanya dia kat mesej, macam ni aku tanya ‘kau reti main piano tak?’ dia pun reply la ‘tak, kenapa tanya?’ aku pun reply pulak la ‘ saja, macam smart je lelaki main piano. Aku suka ar tengok!’ kau tahu tak dia cakap apa kat aku?”

Zek angkat kening. “apa dia reply?”

“Dia reply…’memang ar smart, tapi aku tak suka ar main benda macam ni, serabut je kepala otak’ sedih aku weh! Hancus harapan aku nak tengok dia melamar aku sambil main piano!” Adel buat muka sedih.

Zek gelak. “Jauh gila kau fikir. Siap melamar bagai! Hahaha. Macam la dia suka kat kau!”

Adel ketap gigi tanda geram. Zek ni! Doakan lah dia suka aku! Apa punya kawan la.

“Kau ni! Mulut tu insurans sikit. aku tahu la selama ni aku perigi cari timba.”

“Alo lo bucuk-bucuk kawan aku ni. Merajuk ek? Tak pa nanti aku cakap kat dia yang kau suka dia. Siap bagi gambar kau lagi kat dia. Ha! Amacam? Gerenti! Dia jatuh hati, limpa dan hempedu tengok kau yang comel ni!”

“Tak payah nak mengatal nak bagi tahu dia! Siap kau kalau kantoi!” Adel bagi amaran keras walaupun muka tak berapa nak ganas sangat.

“Habis, macam mana dia nak tahu kalau kau tak bagi tahu dia kau suka dia?” Zek bertanya pelik. Suka? Tapi tak nak bagi tahu? Apa da!

“Love shouldn’t be secret, friend. Nanti kau jugak yang menyesal tengok dia suka orang lain. Kau tu aku tengok dah la jadi stalker berbahaya. Asyik stalk FB mamat tu je”

Adel cubit lengan Zek. Menjerit Zek dibuatnya. Sakit nyer…

“Bukan Stalker ek. Aku ni unpaid private investigator la!”

“private investigator la konon! Siapa yang upah kau?” Zek saja menyakat Adel. Kelakar tengok muka Adel yang dah memerah bila dituduh stalker. Tapi memang Adel stalker pun. Semua aktiviti mamat tu dia tahu. CGPA mamat tu pun dia tahu. Entah mana dia tahu pun tak tahu la Zek dibuatnya.  Paling dasyat setiap komen-komen mamat tu dia baca. Siap buat Zarif tu sebagai close friend lagi kat facebook, jadi semua aktiviti Zarif macam gambar, komen, add friend semua Adel tahu. Dasyat kawan dia ni.

“Mana ada orang upah! Dah nama pun aku ni Unpaid private investigator. Hahaha” Adel gelak. Zek pun gelak. Hai. Adel…Adel. Macam-macam la kau ni. “kau nak dengar aku menyanyi tak? sesuai sangat dengan diri kau sekarang ni”

Dahi Adel berkerut. Zek nak menyanyi? Wow! Selalu kalau suruh menyanyi dia mengelak. Kata suara tak sedap la apa la.

“Oooo…Ini kisah sedihku..
Aku mengharapkan sesuatu yang tak pasti..
Disaat kau di sisiku..
Hidupku terasa indah
Hidupku penuh warna warni seperti pelangi..
Ku akui ku rindukan mu,
Saat kau tiada di sisi
Hancur hatiku bila kau sudah berpunya… “ Zek rancak menyanyi lagu dari Jazz Hayat tajuk ‘I stalk your profile’. Ahahha…Adel tersengih sengih menghayati lirik lagu tu bertambah feeling dengar bila tengok Zek menyanyi dengan penuh perasaan.

*******
‘Music expresses that which cannot be said and on which it is impossible to be silent’ – Victor Hugo.

Memang! Setuju 100%

Kadang-kadang, kita tak boleh nak luahkan apa yang kita sedang rasa dengan kata-kata pada orang tertentu. Mungkin time tu kita sedang rasa marah gila! Tapi tak boleh nak keluarkan dengan kata-kata. 

Kadang-kadang rasa sedih gila! Tapi tak boleh nak luahkan dengan air mata.

Tapi bila dengar lagu yang sedih. Mesti kita rasa. Wah! Lagu ni memang sama dengan apa yang aku rasa sekarang. Kadang-kadang, siap ulang lagu tu hampir sepuluh kali satu hari!

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

lagu permata yang dicari yang dinyayikan oleh Dehearty bermain nak dekat lima kali rasanya. Adel duk la dengar lagu ni sejak balik kelas tadi. Adel dapat rasa yang lagu ni tengah sesuai dengan mood jiwang dia bila teringat kat Zarif.

Zarif ni sangat unik. Adel yang mula-mula start mesej dengan Zarif. Teringat dia kisah 5 tahun lepas. Kawan dia, Dian bagi nombor Zarif kat dia. Dian kata dia kesian tengok Adel yang tak pernah kawan dengan lelaki dan tak pernah ada teman lelaki. Apa punya orang la Dian tu.

‘Salam, hai! Aku Adila. Nak kawan dengan kau’ – mesej pertama Adel bagi dekat Zarif. Gaya macam budak tadika tengah nak mintak kawan jer. Padahal umur dah 17 tahun time tu. Yang lawak nya. Zarif layan jer mesej Adel.

Cuma 1 jer yang lack dekat sini. Zarif tak pernah nak tahu tentang kehidupan Adel. Belajar kat mana? Tinggal kat mana? Macam mana dapat nombor dia? Semuanya Zarif tak pernah tanya. Hanya Adel yang bertanya dan Zarif akan bagi jawapan. Facebook pun Adel yang add as friend. And Zarif just approve. Senget betul mamat ni. Tak berperasaan! Android pun ada keinginan nak tahu! Tak macam dia ni.  Tapi dia suka sangat kawan dengan Zarif. Zarif pandai! Pelajar cemerlang SPM kat sekolah dia. Dah tu hafal quran pulak tu. Dah tu bakal menjadi Doktor pulak tu. Yang paling penting! Handsome! Pakej lengkap! Ini memang betul-betul wujud, bukan fantasi dan imaginasi! Hahaha.

“Woi, sengih sorang-sorang. Gila ke apa?”

Cis! Zek ni potong stim jer la orang nak menghayati lagu ni sambil bermimpi di siang hari!
Muka Zek dijeling. Zek yang baru balik dari kelas, membuka pin tudung sebelum berbaring diatas katil.

“Amboi! Jelingan mata~ menusuk kehatiku~… adoi!” Zek berhenti menyanyi lagu saloma, jelingan mata bila Adel baling bantal busuk dia.

“Klasik gila kau!hahaha” Adel dan Zek gelak kuat. Lagu saloma yang klasik tu pun Zek tahu. Mak ai. Kalah 
aku!

“Weh, Jom nak ikut aku gan Khalif pergi makan malam ni?” Zek dah duduk bersila sambil pandang Adel yang lending atas katil.

Adel geleng. “tak nak lah. Kacau korang nak date je nanti.”

“Cik kak, kitorang makan jer la nak date buat apa. Lagipun dia bawak kawan dia kot. Malu ar aku sorang-sorang. Jom ar makan malam ni dengan kitorang.” Zek kelip mata berkali-kali bila Adel pandang muka dia. Mintak simpati.

Zek ni, nak mintak simpati la tu.

“Ala, kalau ada kawan dia lagi aku tak nak pergi. Kau makan dengan aku je la malam ni kalau malu dengan kawan dia.” Adel silang tangan dikepala. Matanya memandang siling bilik.

“Adila amani, Please! Malam ni jer. Please~” Zek turun dari katil pergi ke katil Adel. Tangan Adil digoyang-goyang persis anak kecil minta gula-gula.

Adel kerut dahi. Adoi minah ni sejak bertunang ni dah dapat hormon mengedik pulak. Geli aku la.

“Tak nak! Zakiah khalishah.” Adel bagi kata putus. Memang dia malas!

Zek bangun. Dia duduk balik atas katil dia. “ye la, tak kesian kat aku. Sampai hati. Macam ni la kawan.”

Adel merengus kasar. “Ye la-ye la!”

“Yeah! Tapi tak ikhlas. Baik tak payah.”

Eh-eh minah ni. Aku tak pergi kang, baru tahu! “Ikhlas ni mana kau tahu? Dia ibarat semut hitam diatas batu hitam dimalam yang gelap. Hah! Mana kau nampak?” Adel dah keluar dah ciri-ciri ustazah siti bahyah. Cita-cita Adel time tadika dulu nak jadi pendakwah bebas. Tapi, tu la tak kesampaian jadi pulak doktor.  Tapi itu bukan alasan untuk tidak berdakwah. Sebab manusia ni semua ada tanggungjawab untuk sebarkan ilmu dan islam. Ceh! Gaya aku!.

Zek telan liur. Mak ai Adel kalau dah keluar hujah-hujah dia. Terdiam aku.

“Ye la. Kau ikhlas!”

“Eh, budak ni. Kan aku kata ikhlas mana boleh nampak. Macam mana pulak kau tahu aku ikhlas?” Adel senggih nakal. Saja kenakan Zek.

“Adel!!! Aku cakap kau tak ikhlas kau marah. Aku cakap kau ikhlas, kau cakap macam ni. Habis! Kau nak suruh aku cakap apa?” Zek dah naik darah. Stress cakap dengan orang yang genius bahasa melayu ni!

“Hehehe. Cakap jer ‘ye la’ hahaha” Adel gelak rancak. Berguling kat atas katil tu.

Tepat jam 8 malam. Adel dan Zek dah bersiap-siap untuk ke Ali Bistro. Kedai mamak jer pun, si Khalif ni ajak makan. Ingatkan restaurant mahal la sangat. Demand kau kan Adel! Hehehe…

“Jom, diorang kat sana” Zek tarik tangan Adel yang baru keluar dari pintu kereta. Tak menyempat ar minah ni.

Khalif melambai-lambai kearah Zek dan Adel yang menuju ke meja mereka. Ada seorang lelaki lagi kat sebelah khalif.  Tapi? Kenapa macam kenal? Oh! Tidak!!!

Tangan Zek ditarik menyebabkan Zek terpaksa berhenti melangkah yang berapa meter je lagi nak sampai kat meja sana tu. “Kenapa kau ni?” Zek bertanya pelik. Muka Adel dah macam ayam tercekik kapur. Berkerut-kerut. Gaya macam pernah tengok je ayam tercekik kapur.

“Dia!” Adel berbisik kat telinga Zek. “ dia?” Zek tanya balik. Dia? Siapa dia?.

“Dia! Zarif!” Adel tarik baju yang dipakai Zek. Aduh minah ni. Dah gelabah dah.

“Hah? Kat mana?” Zek pun rasa tempias aura gelabah Adel. Adel tepuk dahi. Adoi! Sebelah khalif. Lebih tepat semeja dan mungkin kawan Khalif!

“Kawan khalif kot” Adel pandang mamat dua orang tu yang tengah rasa macam pelik je tengok Adel dan Zek tak gerak-gerak dari berdiri kat luar restaurant.

Khalif datang kearah Adel dan Zek. “Awak? Kenapa, ada masalah ke?” Khalif bertanya pada Zek.

“Hai, sorry lambat. Adel ni ha buat perangai.” Zek dengan muka tak bersalah menyalahkan Adel. Amboi minah ni.

Adel hanya tayang senggih paksa. Nampak sangat dia tak berapa suka datang kat situ.  Dengan ada Zarif sekali bagai. Aduh! Malu ar nak jumpa mamat tu. Ye la, selama ni kan Adel yang selalu usha mamat tu. Mamat tu buat layan tak layan je. Musykil la macam mana Khalif boleh kawan dengan Zarif.

Adel dengan berat hati melangkah juga masuk ke dalam restaurant tu. Dia duduk disebelah Zek atau lebih tepat lagi dia duduk depan Zarif. Zarif hanya tayang sengih jer bila nampak Adel dan Zek melabuh punggung 
depan dia.

“Awak, ni kawan saya Zarif Shafiq. Weh Zarif ni tunang aku, Zakiah khalishah” Zarif dan Zek berbalas senyum sebab mana la boleh nak salam kan.

Khalif perkenalkan Adel pula pada Zarif “Yang ni pulak kawan Zek aka roommate dia sekali, Adila amani. Adel, kau tahukan nama dia.”

Dengan pantas Adel mengeleng. ‘Macam mana Khalif tahu aku dah kenal dia! Ni mesti Zek cerita ni!’ getus Adel dalam hati.

“La, tadi aku cakap dah kan nama dia Zarif. Kau tak dengar ke?”

Adel tepuk dahi. Aduh! Malu pulak aku. Dah la tertuduh Zek cerita tentang dia kat Khalif.

Adel pandang sekilas muka Zarif, Zarif senyum. Senyum? Kok ye pun tak suka kat aku tak payah ar sampai nama aku pun tak ingat. Tak terkejut ke jumpa aku? Cis! Aku sampai mengigil lutut jumpa dia. Dia senyum je. Heartless betul! Android! Sengal tahap infinity!

Mood Adel yang memang tak bagus sejak kena paksa teman Zek jadi bertambah tak bagus bila terjumpa Zarif tapi Zarif langsung tak terkejut jumpa dia. Dah ar ni first time diorang bertemu muka. Face to face. Sebab selama ni Adel terserempak jer kot. Aku rasa memang betul ar mamat tu memang lupa kat aku terus. Orang yang selama ni dia mesej pun dia tak tahu nama. Tong gas kosong betul!

‘Weh, kau tulis nama aku apa kat contact list kau?’ – satu hari dulu Adel pernah tanya kat Zarif melalui mesej.

Zarif reply ‘Aku letak nama ‘unknown’ kat kau’. Adel yang baca mesej tu terus rasa nak pitam. Aku dah bagi tahu dah nama aku kat dia. Dia tulis ‘unknown’ jer? Memang ar!

Lamunan Adel tentang mesej dia dan Zarif terhenti bila Zek tanya Adel nak makan apa. Adel hanya mengeleng.

“Aik, tadi kata beria lapar sebab tak makan lunch kan? Makan ar?” Zek pujuk Adel makan, macam pujuk anak dia sendiri untuk makan. Adel geleng lagi. “Dah makan dah petang tadi.” Adel jawab perlahan.

“Bila masa? Aku tak nampak pun” Zek cuba mengigat kembali peristiwa petang tadi. Rasanya tak ada pun.

“Baik kau makan, kaukan ada gastrik.” Zarif bersuara.

Lapan pasang mata memandang Zarif yang beriak muka bersahaja. Mata Adel, Zek dan Khalif tapi jadi lapan pasang sebab Khalif pakai cermin mata. Hahaha.

Adel terkaku. Dia nak tersenyum sebenarnya sebab Zarif tahu dia ada gastrik. Yeah! Tapi dia tahan jer mulut dia dari melahirkan senyuman.

Zek pun senyum jugak. Bukan setakat senyum tapi siap dicuit-cuitnya paha Adel yang berada dibawah meja. Cuma Khalif jer tayang muka pelik. Huh! Mamat nerd ni always loading ar.

“Kau kenal Adel ke Zarif?” Khalif pandang muka Zarif dan Adel silih berganti. Zarif hanya angkat bahu.

“Aku agak jer dia ada gastrik” Dengan tanpa nada Zarif bersuara dan gelak. Cis! Ingat dia memang tahu! 

Muka Adel yang tadi dah mula berseri jadi masam semula. Zek dan Khalif hanya tergelak dan Zek dengan baik hati usap peha Adel yang berada dibawah meja. Nak suruh aku bersabar la tu!

Tiba-tiba Adel teringat lagu Harapan dari hyper act. Memang ar..

Harapan~
Harapan menjadi layu…

Memang layu pun!

*****
Sejak peristiwa dekat restaurant tu. Adel dah tak mesej Zarif. Malas nak berborak dengan Zarif. Padahal selama ni setiap hari mesti dia akan menganggu hidup Zarif. Kadang –kadang just hantar mesej selamat pagi, malam and petang jer pun. Tapi sekarang semua tu tak ada. Mesti Zarif happy gila Adel dah tak kacau dia.

‘Untung la Zarif happy aku tak kacau dia, aku ni? Terseksa kalau tak text dia satu hari! Wargh!!!’

Adel meraup kasar rambut dia yang panjang. Dah macam kak limah zombie kampung pisang dah gamaknya. 
Dengan bedak sejuk kat muka lagi siap pakai baju tidur gambar hello kitty lagi, rambut serabai. Kusut! Otak aku kusut!

“Hah! Stalk FB dia ar”

Dengan pantas Adel membuka laptop dan membuka wall Zarif Shafiq.

“eh? Ada kawan dia post kat wall dia!” Adel membaca komen dan post tu.

‘Woi! Zarif, untung ler ada girl dari DQ minat kau!’ hah? Ada perempuan dari Darul Quran minat dia? Siapa? komen kawan-kawan Zarif dibaca lagi.

‘wah! Betul ke Pa’an? Siapa?’ kawan Zarif yang lain pula komen.

‘Betul la, dah siap bertaaruf bagai. Sesi perkenalan la katakan’ Cis! Haritu jumpa aku tak cakap apa-apa pun. Macam tunggul kayu jer aku dengan dia. Zek dengan Khalif yang rancak berborak. Dengan perempuan ni siap berkenalan bagai. Jealous nya!!! Nak nangis! Sabar Adel… sabar. Baca lagi!

Komen yang lain pula dibaca Adel. ‘Untungla dah la sama pandai, cantik, hafiz dan hafizah lagi. Terbaiklah pilihan kau Zarif!’ wah! Yang ni aku tak sanggup baca! Kawan Zarif ni pun tak yah la puji perempuan tu lebih-lebih!.

Adel log out akaun facebook dia. Ya Allah rasa macam ada bangunan runtuh kat atas kepala dia. Zarif! Aku suka kau la!.

Aku tahu la aku tak cantik. Tapi kawan aku kata aku comel apa. Kau tak nak ke kat aku?

Aku tahu la aku tak hafal quran. Tapi nanti kalau dah kahwin kita hafal sama-sama tak boleh ke?

Aku tahu la aku tak pakai tudung labuh. Tapi aku tutup aurat apa?

Wah! Sedihnya hati gue! Adel peluk bantal busuk dia. Nak nangis. Zek dah la tak ada. Pergi jalan-jalan dengan Khalif. Cis! Layan hati sengsorang la aku malam ni.

Biarkan aku berundur
Jika itu yang telah pun tertulis
Jalan ku tak panjang
Bersama dirimu

Jadikan dia terbaik
Kerana itu yang telah kau pilih
Biarkan diriku membawa semua
Luka

wargh! Asal la lagu ni lak yang keluar kat radio ni! Lagu Shahir, Dia yang kau pilih. Time aku tengah tangkap leleh ni la dia nak keluar lagu sedih-sedih macam ni. Adel terus tutup radio.

Mp4 yang berada di atas meja study diambil. Adel mencari lagu yang rancak dan boleh mengembirakan hati dia sekarang. Walaupun air mata asyik mengalir jer dari tadi.

Sengal la kau Adel! Berhenti la menangis! “Woi mata! Dengar ar cakap tuan kau ni! Berhenti la menangis” Adel tekup mukanya di bantal.

‘I never ever thought I’d like you this much. And I never planned to have you on my mind this often’

Adel meraung lagi kuat.

Pintu bilik terkuak dari luar. Zek dah balik! Cepat-cepat Adel kesat air mata dia dan tarik selimut untuk pura-pura tidur.

“Assalamualaikum” Zek bagi salam sejurus masuk kedalam bilik. Barang-barang dia shoping tadi dia letak kat sebelah katil.

“Adel… Adel bangun. Aku ada beli pizza untuk kau ni. Mesti kau laparkan.” Zek goyang perlahan kaki Adel. Adel diam.

Zek kejut lagi. “Adel.. Adel” Zek pelik. Selama ni orang kejut dia cepat je bangun. Malam ni pulak dia tak bergerak-gerak.

Bahu Adel pula digoyang perlahan. “Adel bangun.”

Bantal busuk Adel yang menutup muka Adel ditarik. “Adel bangun” Adel tak bergerak.

“Adel…isk..isk..Adel.. bangun la weh! Isk..” Zek menangis teresak-esak.

Aik? Kejut aku pun menangis? Adel bukak mata. Kepalanya ditoleh kebelakang. Sambil tenyeh mata gaya macam orang baru bangun tidur.

“wargh!!!” Zek menjerit kuat seraya menjauh dari Adel. Dia dah berura-ura nak lari keluar dari bilik tapi ditahan Adel.

“Kenapa seh kau!” Adel tanya pelik. Terkejut dia bila Zek menjerit kuat.

“Kau! Asal mata merah sangat ni? Kau cucuk dengan garfu ke apa? Muka penuh bedak sejuk tapi macam apa jer bedak sejuk kau ni! Rambut macam Pontianak!” Zek bersuara lantang. Terkejut dia tengok Adel yang selama ni terurus jadi macam ni. Stress belajar selama ni tak pernah pulak jadi macam ni.

“Otak tengah not responding ni. Kau menangis tadi kenapa?” Adel membetulkan sila sambil betulkan rambut dia.

Zek hela nafas. “Aku kejut kau tak bangun-bangun. Aku ingat kau mati!”

“Mulut kau! Aku cili kang!”

“kau kenapa? Cry on my shoulder nak?”

“Za..rif” Adel menangis lagi. Dia cerita semuanya yang terjadi selama ni kat Zek. Zek diam. Hanya mendengar. Hampir sejam jugak la Adel menangis.

“Dah la weh. Dia tak layan kau kan. Kenapa nak terhegeh-hegeh. Save’ur heart to someone who cares tentang kau je la. Mungkin ada yang lebih baik untuk kau. Kan?” Zek usap bahu Adel.

Adel angguk “aku rasa kan, aku yang tak cukup baik untuk dia. Ye la, dia kan hafal quran, aku ni? Apa pun tak ada. Buat dosa jer. Jadi! Aku yakin! Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Dan perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat!” penuh semangat Adel bersuara. 

Semangat dia dah kembali. “Thanks, Zek”

“Naa… relaks ar.. you can count on me like one, two, three I’ll be there. And I know when I need it. I can count on you like four, three, two you’ll be there. Cause that’s what friends are supposed to do oh yeah.. hahaha” lagu Bruno Mars, count in me dinyanyi Zek. Lagu trade mark kitorang bila saling membantu. Adel tersenyum. Semua benda mesti kena ada muzik ke apa ni?

Yes! Find someone who deserve to you!

“Jom makan pizza dah sejuk dah! Kau la ni!” Zek tolak bahu Adel yang dengan selamba menyuakan pizza kemulut. Sejuk pun sedap apa. Aku lapar ni.

****
Tidak!!!!

 Aku tak nak kahwin lagi. Menyesal aku balik. Aku ingat Papa sakit sampai mama telefon beria hari tu. Cis! Rupanya ada udang disebalik batu!.

“Adel! Balik tau minggu ni ASAP!” suara mama kedengaran macam cemas. Tapi dengar macam bahagia pun ada.

“Kenapa, ma? Orang ada projek la nak kena hantar.” Adel memberi alasan.

“Balik! Kalau tak, dah tak jumpa dah”

“Jumpa? Jumpa apa ma!” Adel cemas! Jumpa apa? Mama ni suka buat ayat suspen.

“Papa ada benda nak cakap buat kali terakhir. Permintaan terakhir dari papa” suara mama yang bersahaja membuatkan Adel bertambah cemas. Papa? Sakit ke?

“ye la”

Tapi!

Rupa-rupanya ada anak kawan papa yang melamar dia. Tak ada merisik! Tak ada tunang! Terus kahwin! 

Tidak!

Zarif.

Dah 2 bulan Adel langsung tak contact Zarif. Macam lost contact gitu. Nak harap Zarif contact dia? Memang akan dia buat pulut kuning kalau terjadi. TAK AKAN!

Nak kahwin dengan Zarif! Tapi..

Kata-kata Zek tentang “. Save’ur heart to someone who cares tentang kau je la.” Membuatkan dia kena jugak redha.

Papa kata ni jer yang dimintak kat aku. Kahwin dengan anak pak cik Salim. Lepas ni dia tak akan mintak apa-apa lagi kat aku. Papa ni saja buat aku serba salah.

Rupa-rupanya mama kata ‘dah tak jumpa dah’ tu Pak cik Salim dengan Mak Cik Anita. Alahai! Jumpa jer lagi nanti kalau dah kahwin. Apa da mama ni.

Aku ada tempoh dua bulan dari sekarang untuk aku kena kosongkan ruang hati aku untuk someone who deserve my heart.

My husband. Ngeee~ ngilu sebut.

Zek orang yang paling bahagia. Walaupun dia jealous Adel kahwin dulu dari dia.

*****
Oh no!

Nak kata aku bahagia ke tak ni ek?

Zek pun terpaku di sebelah Adel. Dia pun tak sangka benda ni akan terjadi.

“Yahooo!” Adel bersuara girang. Zek cuit lengan Adel. “Woi! Behave la!”

Orang ramai yang melihat ada yang tersengih, dan ada jugak yang terkejut. Siapa tak terkejut. Pengantin perempuan siap boleh bersorak pulak kat depan tuk kadi ni lepas nampak pengantin lelaki masuk.

Senget punya Adel.

Muka Adel memerah. Malunya.

Mahu tak teruja. Nampak Zarif pakai baju melayu sama warna dengan dia. Entah-entah dia bakal suami aku? Ngee! Setuju! Sahkan jer la!

Ooo ini rupanya anak Pak Cik Salim. 

Tu la kau Adel! Hari tu mama suruh jumpa tak nak! Beria konon nak jaga pandangan mata. Tak nak selalu teringat! Padahal dalam hati duk la sedih dan tak reda lagi Zarif tak kahwin dengan kau. Ceh! Buat penat jer sedih aku selama ni.

*****
Adel terdiam. Zarif culik dia aka paksa dia naik kereta tadi lepas majlis kenduri. Tak sempat tukar lagi baju pengantin Zarif tarik tangan dia masuk kereta. Hampeh punya orang.

Bila orang tanya nak pergi mana. Dia diam jer.

Alih-alih. Sekarang dia sedang berada diluar rumah banglo dua tingkat. Rumah dia ke?

“Jom masuk” Zarif tarik tangan Adel. Pintu rumah dibuka.

Wow!

Melopong Adel sekejap. Besarnya!

Dia berjalan setapak dan setapak. Dia nampak grand piano! Warna hitam. Berkilat! Wow! Sukanya!.
Zarif duduk dikerusi yang berada didepan piano. Smartnya!

“Duduk sini” Zarif tepuk ruang kosong yang berada disebelah dia. Adel teragak-agak. Tapi dia duduk jugak.

Elok jer Adel duduk kat sebelah Zarif. Zarif tekan key-key piano tu. Wah! Zarif reti main! Adel terpegun. 

Mata dia tak berkalih dari memandang suaminya aka Zarif kat sebelah. Betul ke ni? Mimpi ke reality ni? Ya Allah terima kasih bagi aku mimpi yang indah ni.

“Let me be your hero” Zarif berbisik perlahan ditelinga Adel. Meremang bulu roma Adel dibuatnya.

“Eh kejap! Kau reti main? Kau kata tak reti. Tipu aku!” Adel buat muka masam. Zarif tipu dia!

Zarif hela nafas. “ Tak nak aku-kau, tukar lain! Kitakan dah kahwin!”

Adel diam. “Nak panggil apa?”

“Abang- Adel?” Zarif bagi cadangan siap angkat kening segala. Eiikk?

“Tak nak!”

Ting!

Bunyi satu note dari piano bergema. Zarif yang tekan. Tanda tak puas hati.

“Asal pulak?”

“Kita kan sebaya?”

“Ab..say..Ab..abangkan lagi tua dari awak” Zarif gagap sekejap. Hah! Dia pun sama. Aku lagi la.

“Tua dua bulan jer pun”

“Kena jugak!” Zarif dah bangun sambil bercekak pinggang. Aduh! Ni ke Zarif yang aku minat selama ni? 

“Ye la”

Zarif senyum. Dia duduk balik sebelah Adel.

“Macam mana kita boleh kahwin?” Adel pandang muka Zarif yang tengah main lagu Yiruma, Kiss the rain.
Zarif berhenti main. Dia pandang Adel. Pipi Adel memerah. Ngee~ first time dekat sangat dengan Zarif.

“Abang suruh Ibu pergi meminang.” Pendek jer dia cakap. Alih-alih. Zarif sambung main balik. Nasib la dapat laki yang macam ni.

“Kenapa? Bukan ke awak tak kenal saya?”

Zarif pandang tajam. Adel telan liur. Salah ke aku tanya?

“Abang, kenal”

Okey aku dah tahu… abang!

“Boleh cerita betul-betul tak! Sa..A.. Adel confuse la! Ab..abang kata tak reti main piano, tapi boleh jer main. Lepas tu macam mana Abang kenal Adel? Time jumpa kat restaurant tu macam tak kenal jer.” Adel bertanya melepaskan kekusutan dikepala. Pening-pening.

Zarif tersenyum. Abang-Adel. Comel jer dengar.

Zarif pun start la hikayat dia. Dia kata dia pun ada jugak teringin nak tahu siapa la wanita ‘unknown’ yang selalu kacau dia ni. Bila Adel dan dia dah friends kat facebook, dia pun stalk jugak facebook Adel. Tengok gambar, tempat lahir bagai. Cuba tak ada la seteruk Adel sampai komen orang pun dia nak baca. Adel yang dengar cerita Zarif senyum tak lekang. Wah! Romantiknya suami aku!

Zarif belajar main piano ni sejak Adel kata lelaki yang main piano ni smart. Disebabkan dia nak nampak smart di depan Adel. Dia sanggup suruh ayahnya aka Pak Cik Salim upah cikgu suruh ajar piano. Terkejut ayah dibuatnya, yela anak dia yang hafiz quran ni nak belajar benda lain pulak. Tapi bila Zarif bagi alasan nak main jer bapanya pun turutkan sahaja. Hahhaha. Lagi lebar senyum Adel dibuatnya.

Sebenarnya selalu jer Zarif nampak Adel. Jangan ingat Adel jer yang kenal Zarif. Jadi Time jumpa kat restaurant tu dia tak ada la terkejut sangat bila jumpa Adel. Adel jer terlebih emosi. Lelaki kan ego! Takkan ar nak tunjuk lemah dan terhegeh-hegeh depan perempuan kot! Tak macho ar.

Tapi, bila sampai dua bulan tanpa pesanan dan gangguan dari Adel, Zarif rasa lain pulak. Takut Adel dah jumpa orang yang betul-betul dia suka. Tu sebab ar cepat-cepat dia suruh Ayahnya pergi melamar terus kahwin. Hahaha. Bagus betul rancangan Zarif. Kepala otak memang genius.

“Hah! Siapa perempuan yang abang jumpa buat sesi taaruf tu?” Adel pandang Zarif tajam.

Sesi taaruf? Amalina?

“Amalina ke?”

“Mana la Adel tahu!” Adel menjawab geram. Tanya kita pulak dia ni.

“Ala, dia minat jer kat abang. Tapi abang kan suka Adel. So, jangan risau la” Zarif jawab selamba. Adel senyum lagi lebar!

“Dah, berhenti senyum, terkoyak pulak bibir awak kang”

“Suka hati ar! Bibir Adel!” orang nak senyum pun ada masalah ar pak cik ni.

“Abang nak menyanyi ni. Adel dengar tau.”

Adel mengangguk laju. Tak sangka orang yang hafiz macam dia ni boleh jadi macam ni. Ingatkan alim sepanjang masa. Muaahahah. Adel gelak jahat dalam hati.
Zarif mula bermain piano. Lagu Hero dari Enrique Iglesias.

“Let me be your hero…
would you dance, if I asked you to dance?
would you run, and never look back?
would you cry, if you saw me crying?
would you save my soul tonight?...”

Adel mengangguk setiap bait lirik lagu yang dinyanyikan Zarif.

Ya Allah! Terima Kasih! Aku kena buat pulut kuning ni!

“Macam mana kalau Adel tolak pinangan Abang?  Adel bukan suka pun kat Abang” Adel bertanya penuh makna. Tiba-tiba terfikir. “Tak mungkin” Zarif jawab pendek sebelum sambung…

“Abang dengar cerita ada orang tu menangis beria bila tahu abang pergi taaruf dengan Amal” Zarif senyum makna pandang Adel yang terkulat-kulat kat sebelah dia.

Cis! Zek! Kantoikan aku! Buat malu keturunan aku je.




0 comments:

 
TeEn LoVe StOrY Blogger Template by Ipietoon Blogger Template