P/S: Cerita ini ada beberapa part.. mungkin 2 atau 3 kot...
“Dhia! Kau balik
sekarang! Ni lagi sorang anak dara tak reti nak menyenangkan hati aku. Kau
balik sekarang! Bapak kau dah bising-bising ni aku pulak yang kena dengar.”
Bebel Puan Zura dari hujung talian.
Dhia dah mengeluh. Kena lagi! Telefon dijarakkan dari
telinga. Bingit! Lama-lama boleh pekak dengar Mak membebel.
“Sebelum kau balik, kau cari Dewi dulu. Dewi ni dari semalam
tak nampak muka. Sibuk sangat ke dekat pejabat dia tu ha? Kau cari Dewi sampai
dapat suruh dia balik rumah. Kalau kau tak jumpa dia jangan harap aku bagi
masuk rumah malam ni. Faham tak!” ugut Puan Zura lantang.
Dhia dah tercengang. Cari? Ingat KL ni kecik ke untuk
seorang manusia macam aku ni nak cari?
“Mak… nak cari macam mana. Dhia mana tahu dia dekat mana”
jelas Dhia sambil mengeluh lemah.
Puan Zura mendegus geram. “Aku tak kira, kau cari dia
sekarang. Entah apa yang dia buat la sampai bapak kau tengah hangin satu badan
ni ha dekat rumah. Aku pulak jadi mangsa kena dengar dia membebel. Kau cari dia
sampai jumpa.”
“Ye la.. nanti Dhia tanya kawan-kawan dia” akur Dhia sambil
mematikan talian.
“korang! Aku nak balik dulu ni” beritahu Dhia sambil
kemas-kemas barang dia masuk dalam beg. Siap sedia nak balik.
Zek, Mamat dengan Opie serentak menoleh kearah Dhia.
“Cepatnya Dee. Selalu pukul 12 baru balik. Ni baru pukul
10.30”
Dhia mengeluh perlahan.
“Mak aku dah bising kat rumah. Ada masalah katanya. Aku nak
pergi cari kakak aku dulu.” Jelas Dhia. Kaki dia melangkah kearah pintu studio.
Tempat dia jamming and practice malam-malam.
“Chow dulu”
“Okay. Hati-hati!” laung Zek.
++++
Adoii mana pulak la minah ni. Satu kerja pulak aku kena cari
dia dekat dalam kelab malam ni. Sumpah! Sejahat-jahat aku tak pernah la pulak
aku masuk tempat-tempat macam ni.
“Mana kau ni Dewi! Menyusahkan betul!” getus Dhia sebal.
Tak pasal-pasal dia kena jejak kaki dekat kelab ni. First
time kot. Kalau tak kerana Mak telefon tadi marah-marahkan dia suruh cari si
Dewi ni. Memang tak la aku nak pergi.
aku cuba berhimpit-himpit dengan orang ramai yang sedang
menari yang dah macam-macam gaya tu. Seksi ya ampun! Tak sangka aku Dewi akan
pergi tempat-tempat macam ni.
Beg gitar aku yang sedang aku galas aku perkemaskan dekat
bahu. Mata masih melilau dekat seluruh pelosok kelab ni. Diatas pentas terdapat
Dj yang sedang menari-nari gaya hiphop. Bajet tengah lalok layan lagu la tu.
Dekat depan tu pulak ada ruang besar yang lapang khas untuk pelanggan menari
dengan perbagai gaya mengikut muzik. Ditepi-tepi terdapat bar menjual air dan
kerusi-kerusi untuk lepak.
Apabila aku toleh kekiri, terbeliak biji mata aku! Dewi!
Tengah lalok ke apa tu? Dewi tengah terliuk lentok menari dengan seorang
lelaki. Dan paling sadis sekali, lelaki tu meraba-raba!??? Dan Dewi biarkan
jer? What the Fish!
Aku cepat-cepat melangkah kearah Dewi lalu menarik lengan
dia kuat. Sampai terhuyung hayang Dewi dibuatnya. Sah! Tak sober.
“Weyyy! Kau apahal!?” jerkah Dewi tak puas hati bila ada
orang tarik tangan dia kasar.
Dhia pandang Dewi tajam.
“Dhia?” Dewi terkejut.
Lelaki yang menari bersama dengan Dewi tadi hanya memandang
pelik. sejenak lepas tu mata lelaki tadi rakus memandang Dhia yang berdiri
bertentangan dengan Dewi.
Cantik! Desis hati mamat tu. Lagi cantik dari Dewi.
Perempuan yang dipanggil Dhia ni nampak sempoi. Pakai skinny jeans dengan
tshirt dan kemeja kotak-kotak. Siap bawak gitar lagi dekat bahu. Rambut panjang
melepasi dada. Lurus dan nampak lembut. Kulit putih bersih berbanding Dewi yang
hitam manis. Memang ciri-ciri aku minat.
“Dewi! Kau buat apa ni ha?! Jom balik!” tangan Dewi ditarik
kuat untuk berlalu dari situ. Tapi Dewi melawan.
“Lepas laaaa!” jerit Dewi kuat membuatkan berpasang-pasang
mata tertumpu kearah mereka.
Tangannya direntap dari peganggan Dhia. Lalu Dewi
jatuh terduduk sambil tergelak-gelak macam orang gila.
“Heyy.. Cik adik manis. Jangan ganas-ganas” tegur lelaki
tadi lalu merangkul pinggang Dhia pantas membuatkan Dhia terdorong kedepan lalu
memeluk lelaki itu.
Tercengang Dhia dibuatnya.
“Kau dah kenapa?!” tengking Dhia lalu cuba meloloskan diri
dari pelukan lelaki tu. Lelaki tu hanya tergelak sambil tangan merayap-rayap
mengelus lekuk-lekuk badan Dhia.
Dhia dah rasa nak menangis. Sumpah dia geli! Jijik.
Tak ada siapa yang dapat bantu dia disini. Dewi dah jatuh
terduduk dari tadi lagi gara-gara mabuk kuat. Memang tak waras dah pemikiran
dia. Lelaki ni pun ada bau arak yang kuat. Menunjukkan dia pun sepesen jer
dengan Dewi. Tapi tengok macam tak mabuk jer.
Dhia terkedu bila tangan lelaki tu mula menyentuh harta
karun wanitanya membuatkan dia rasa macam nakk….
Pang!
Satu tamparan kuat hinggap dekat pipi lelaki tu. gatal! Puas
hati aku.
Pergerakan tangan lelaki tu serta merta terberhenti lalu
merenung tajam kearah Dhia.
Dhia membalas pandangan tajam lelaki tu.
“Dan! Dah la tu, lepaskan jerlah minah tu.” tegur satu suara
dari belakang. Mungkin kawan lelaki tu.
Lelaki yang dipanggil Dan tu hanya tersenyum sinis. Jangan
harap!
“Lepaskan aku laaa!!!!” jerit Dhia lagi sambil
meronta-ronta.
“Dewi! Tolong akuuu!”
Aydan dah tergelak sinis.
“Tahu pun kau takut. Tak payah la nak mintak tolong Dewi tu.
dia dah hayal kot. Aku bagi ICE tadi dekat dia. Hahahaa”
“Apaaa?” jerit Dhia. Tangan masih lagi memukul lengan sasa
milik Aydan
“Dan! Lepas kan la dia. Nanti kecoh la. Kau tak nampak ke
orang ramai perhatikan kau ni.” Nasihat Mike kawan baik Aydan. Dia takut kes
malam ni masuk media jer nanti. Yang malu Tan Sri Amir jugak. Dan yang susah
Aydan dan dia jugak selaku kawan baik Aydan.
Terus Aydan tarik tangan Dhia keluar dari kelab tu.
gara-gara gerak langkah Aydan yang laju membuatkan Dhia tak bersedia,
hampir-hampir dia tersungkur.
“Kau nak bawak aku pergi mana haaa!!!” tanya Dhia ketakutan.
Dia dah start gelabah.
Aydan hanya membisu. Kaki melangkah kearah tempat parking
kereta.
“Dewwwiiiii!!!!” jerit Dhia. Dia tak kisah apa-apa yang
penting dia selamat.
Aydan mendegus kuat! Sebal dengan sikap Dhia yang bising
dari tadi.
Terus dicengkamnya rahang Dhia kuat membuatkan Dhia terpaksa
mendongak memandang muka bengis Aydan. Air mata Dhia mula merembes keluar. Dia
takut. Seganas-ganas dia tapi masih ada perasaan takut sebab dia perempuan.
Macam-macam benda boleh jadi dengan lelaki seperti mamat ni.
“Kau diam boleh tak! Kalau kau nak Dewi selamat. Kau diam!”
ugut Aydan.
Aydan mengeluarkan telefon dari kocek seluar lalu menelefon
Mike.
“Mike! Kau uruskan Dewi tu. bawak dia pergi rumah kau dulu
tapi jangan buat apa-apa.” Arah
Aydan lalu terus mematikan talian. Dhia
dihadapan dipandang tajam. Muka Dhia yang berkulit gebu dan mulus tu diusap
lembut.
“Kalau kau nak Dewi selamat kau ikut jer apa cakap aku.
Kalau takkk.. aku suruh si Mike tu laukkan Dewi nanti. Tak pasal-pasal kau
dapat anak buah hujung tahun ni.” Bisik Aydan perlahan ditelinga Dhia.
Pintu ditempat penumpang disebelah pemandu dibuka lalu tubuh
Dhia ditolak kasar kedalam kereta.
Dhia terjerit sakit.
“Adooouiii!” sakit sungguh. Dhia terduduk diatas gitar dia
yang dari tadi tergalas dibahu. Woii! Nasib baik tak patah gitar kesayangan
aku.
Aydan buat tak endah. Terus dia bergerak kekerusi pemandu,
menghidupan enjin dan terus memecut laju dari tempat itu.
++++++
“Mana anak kesayangan awak tu? tak balik-balik rumah dari
semalam.” Tanya Tuan Daud pada isterinya.
Puan Zura menjeling tajam. Perli jer la kerja suaminya tu.
“Haa! Anak kesayangan awak tu pulak mana? Orang suruh balik
dari tadi lagi. Tak balik-balik.” Bidas Puan Zura.
“Kan saya dah suruh awak telefon Dhia kan? Dia kata apa?”
“Saya suruh dia carikan Dewi dulu. Entah mana la pergi budak
dua orang tu. Dewi tu macam mana la” keluh Puan Zura. Tuan Daud diam.
Petang tadi ketika dia sedang main golf dengan Datuk Salim
tiba-tiba dia diberitahu yang Salim ternampak anak dia bersama seorang lelaki
masuk kedalam kelab malam semalam. Tersentak dia dibuatnya. Bila ditanya anak
dia yang mana, Datuk salim tak dapat ingat nama. Tapi dia cam muka. Nak
bertanya lanjut pada kawannya rasa segan dan ego menjulang tinggi! Sudah
menunjukkan dia seorang bapa yang tak pandai menjaga anak.
“Betul ke Salim tu nampak anak kita masuk kelab? Saya tak
percaya. Mungkin dia salah orang tu kot.” Ucap Puan Zura cuba menafikan
kebenaran.
Tuan Daud hanya mampu mengeleng. “saya pun harap macam tu.
saya malu betul dengan Salim tadi. Sampaikan saya tak sanggup nak pandang muka
dia. Terus saya balik. Entah Dhia ke Dewi la tu. kalau betul la tahu la saya
nak buat apa! Dah diberi didikan dan kasih sayang, ini yang dia buat.”
Puan Zura dah mengeluh. Harap-harap bukan Dewi. Dia tahu
sangat perangai Dewi yang kuat kerja tu. kadang-kadang hilang seminggu bila
ditanya outstation katanya. Kalau Dhia dia tak terkejut. Sememangnya Dhia tu
kerja dia asyik melepak saja. Kawan pulak dengan budak-budak entah apa-apa.
“Saya risaukan Dhia pulak ni. Entah jumpa ke tidak kakaknya
tu” luah Tuan Daud.
“alaaa! Nak risau apa! Pandai la dia cari Dewi tu. budak tu
dah besar. Lasak lagi tu” gumam Puan Zura keras.
Tuan Daud hanya mampu mengeleng. Sampai sudah isterinya ini
pilih kasih.
+++++++
Pappp!
Tersentak Aydan apabila Tan Sri Amir hempas fail setebal
kamus oxford diatas meja. Terkejut punya pasal. Muka bengis Tan Sri Amir
ditatap takut-takut.
“Berapa kali kau nak culas ni Aydan! Gara-gara kesalahan
kau, syarikat kita hilang projek besar tahu tak!” tengking Tan Sri Amir kuat.
Mata dia memberi pandangan tajam pada Aydan.
Aydan dah telan air liur. Memang dia tahu dia salah besar
kali ni. Projek bernilai 3 juta dollar terlepas macam tu jer. Dollar okay!
Kalau di tukarkan dengan matawang Malaysia memang Tan Sri Amir digelar jutawan
Malaysia nanti.
“Sorry papa. Dan betul-betul mintak maaf. Memang silap Dan
bila lambat datang meeting tadi. Dan overslept.” Takut-takut dia memberi
alasan. Gara-gara malam tadi dia balik lambat dari kelab malam dan dia mabuk
teruk membuatkan dia tak sedar hari dah siang. Dan paling malang sekali, dia
lambat masuk meeting satu jam lewat yang jelas-jelas membuatkan pihak pelanggan
akan fikir mereka tidak berdisiplin dan tak bersungguh-sungguh nak dapatkan
projek tu.
“What! Semudah itu Aydan?” Tanya Tan Sri Amir sinis. Kepala
digelengkan. Tak tahu nak buat macam mana lagi dengan anak bujang dia sorang
ni. Ada anak bujang lagi sorang pulak tak boleh diharap jugak. Sibuk nak duduk
luar negara.
Tan Sri Amir hanya mampu geleng kepala. Kesal!. Dia ada dua
orang anak. Lelaki lagi tu! Tapi dua-dua tak boleh meringankan beban dia.
Aydan pulak fikiran berterbangan memikirkan gadis semalam.
Macam mana la gadis itu sekarang.
++++
Dengan mata yang membengkak dan pakaian yang comot dan
terkoyak Dhia melangkah lesu kedalam rumah. Salam diberi lalu terus dia
cepat-cepat melangkah kebilik apabila terdengar suara Tuan Daud dan Puan Zura
sedang makan didapur. Dhia kalau boleh tak nak mereka tahu keadaan dia yang
begini.
Dewi. Entah la. Malas nak ambil tahu tentang Dewi. Gara-gara
Dewi dia jadi macam ni. Sekali lagi Dhia menitiskan air mata buat sekian
kalinya. Mengenangkan nasib diri yang sentiasa malang.
“Dhia! Dhia!” laung Puan Zura sambil mengetuk pintu bilik
Dhia bertalu-talu.
Dhia tersentak. Terus dia berlalu kedalam bilik air untuk
lekas-lekas menyegarkan diri dan memunculkan diri dihadapan Mak dan ayahnya.
“Kejap! Dhia nak mandi. Nanti Dhia keluar.” Jerit Dhia.
Tak sampai 10 minit dia sudah berdiri dipintu dapur. Tuan
Daud dan Puan Zura memandang kearahnya pelik.
“Kenapa dengan mata kamu tu?” tanya Tuan Daud bimbang.
Dhia tarik kerusi lalu melabuhkan duduk disebelah Puan Zura.
“Tak cukup tidur” perlahan Dhia menjawab.
“Mana kamu pergi sampai tak balik satu malam?” Tanya Tuan
Daud lagi. Dia sudah hendak memulakan penyiasatan.
Dhia diam memikirkan alasan. Nak cakap apa?
“Kenapa kau diam. Mak dengan ayah bukan main risau tahu tak.
Suruh pergi cari Dewi dia pulak yang menghilang. Hah! Dewi mana?” sergah Puan
Zura. Tak boleh bersabar lagi apabila Dhia hanya berdiam.
Tuan Daud turut ternanti-nanti jawapan Dhia.
“Dhia, cakap nak” lembut Tuan Daud memujuk.
Dhia mengeluh.
“Dhia tak tahu dia dekat mana sekarang. Semalam Dhia tanya
kawan dia, kawan dia kata Dewi dekat kelab malam area Bukit Bintang. Dhia pergi
cari dia dekat sana. Tapi ada lelaki yang bawak dia.” Dhia bersuara perlahan.
Antara nak jujur atau tidak.
Puan Zura terbeliak biji mata. Tak percaya.
“Ehhh! Kau jangan nak buat cerita. Entah-entah kau yang
pergi sana lepastu menuduh Dewi pulak!”
Tuan Daud tergeleng kepala. Jadinya memang betul anak dia
ada pergi ke kelab malam.
“Betul mak. Dhia tak tipu. Dhia dari studio malam tadi terus
pergi Bukit Bintang cari Dewi.” Jelas Dhia bersungguh. Sampai hati mak dia tak
percaya apa yang dia cakap. Dan paling terkejut mak dia menuduh dia pula.
“Sudah la awak. Saya akan cuba cari Dewi hari ni. Nanti
malam saya akan tanya dia.”
Puan Zura mendegus tak puas hati dengan kata-kata Tuan Daud.
Dewi anak dia yang baik tak akan
buat kerja macam tu.
“Hah! Yang kau tak balik semalam kau tidur mana?” tanya Puan
Zura.
“Tidur rumah Sofie” Dhia terpaksa menipu. Opie! Maafkan aku
guna nama kau.
“Dhia, lain kali telefon kami kalau nak tidur dimana-mana
atau balik lewat. Kami risau.”
Dhia hanya mengangguk.
“Dah la, Ayah nak ke pejabat dulu.”
+++++
“Dhia, kau okay tak ni? Pucat jer tengok muka.” Tegur Opie
prihatin. Risau dia bila tengok keadaan Dhia yang tak bermaya.
Dhia hanya mengeleng.
Opie pandang Zek dan mamat yang sedang testing sound system
dekat belakang pentas. Zek dan
mamat hanya angkat bahu tanda tak tahu.
“Kalau kau tak sihat, balik la weh. Kitorang okay jer
perform tanpa kau. Risau aku la” ujar Opie lagi.
Dhia pandang Opie sekilas.
“Aku okay.” Jawab Dhia sambil betulkan tuning gitar.
Kepala didongak memandang Opie yang masih tercegat berdiri
disisi.
“Opie.. thanks. Tapi aku okay jer ni.” Jelas Dhia lagi tak
nak Opie risau.
Opie hanya mengangguk lalu berlalu keatas pentas.
“Okay geng… ready!” jerit Mamat yang baru naik keatas pentas
lalu mengambil tempat drummer.
Zek pun mengekor dari belakang. Dia ambil tempat sebagai
guitarist sama dengan Opie. Dan Dhia sebagai Vokalist.
“Assalamualaikum. Kami akan nyanyikan lagu Mayday parade.
Terimalah ‘I swear this time I mean it’.”
“Yeaahhhhh!!!” sorak orang ramai dekat Kafe Permata di Kelab
Seri Aman.
+++++
Dewi tolak pintu bilik Dhia kasar. Terkejut Dhia yang sedang
duduk ditepi tingkap sambil kelek gitar. Tengah ambil mood nak buat lagu.
“Nak apa?” tanya Dhia bila Dewi hanya memandang kearah dia.
Dewi duduk atas katil Dhia.
“Kau jangan bagitahu ayah dengan mak yang kau jumpa aku
dekat kelab tu aritu tau”pesan Dewi sambil menjeling kearah Dhia.
Dhia hanya buat tak tahu. Sakit hati bila teringat peristiwa
tu.
“Dengar tak!” tanya Dewi dengan nada geram.
“Dengar!” jawab Dhia malas.
“Aydan bawak kau pergi mana malam tu?” tanya Dewi lagi.
Aydan? Ooo.. mamat tu nama Aydan.
“Entah.”
“Kau ni kan. Memang nak kena kan.!” Getus Dewi sebal.
Dhia hanya pandang Dewi sinis. Ada aku kisah!
“Ingat sikit. Aydan tu aku punya. Jangan berangan nak goda
dia.” Dewi beri amaran sambil tunjal kepala Dhia.
Dhia tersentak sekejap gara-gara ditunjal kepala tiba-tiba.
Kurang asam betul!
“Tak ingin!” balas Dhia tak nak mengalah. Dewi menjeling
lalu terus keluar. Pintu dihempas kuat. Terangkat bahu Dhia terkejut.
+++++
“Aydannn…” panggil suara seorang gadis sayup-sayup.
Aydan gelisah dipembaringan. Mata dia yang terpejam tu
umpama tak tenang. Bola mata dia bergerak kekiri dan kanan. Dahi dia merintik
peluh dingin.
“Aydannn.. apa salah akuu” seru suara gadis itu lagi.
Aydan tersentak! Terus dia tersedar dari tidur.
Apa benda ni. Kenapa dia ganggu aku. Dia siapa?
Aydan meraup wajah. Perlahan-lahan dia turun dari katil lalu
berlalu kearah bilik air untuk membasahkan wajah.
Sudah dua tiga hari gadis itu hadir dalam lewat malam dia.
tak cukup tidur dia buatnya. Membuatkan dia tak bermaya disiang hari. Gadis tu
nak apa?
+++++
“Aydan” panggil Tan Sri Amir.
Aydan yang sedang bersarapan pagi mendongak.
Tan Sri Amir mengeleng kepala melihat anak bongsu dia ni.
Lesu! Tak bersemangat.
“Kau balik pukul berapa malam tadi?” tanya Tan Sri Amir
tegas.
Aydan dah kerut kening.
“Mana ada pergi mana-mana” jelas Aydan.
“Habis tu lesu jer. Papa ingat kamu ke kelab malam lagi
berjoli sana sini menghabiskan duit aku.” Perli Tan Sri Amir selamba. Aydan
buat wajah kelat.
“Berubah la Aydan. Berubah! Sampai bila kamu nak hidup macam
ni. Sejak mama kau meninggal makin menjadi-jadi perangai kau dengan abang kau.
Papa tak tahu la macam mana lagi nak ubah hidup kau. Kita ni bukan tua jer baru
nak mati Aydan. Bila-bila masa kita boleh mati. Kalau kau tak kesian dekat mama
dengan papa kau ni bila mati nanti sebab tak ada anak soleh yang boleh doakan
kami, tapi kau kesian la dekat diri kau sendiri, dekat bakal anak bini kau
sebab akan dapat ketua keluarga macam kau. Fikir Aydan. Fikir!” Nasihat Tan Sri
Amir panjang lebar. Dah tak tahu nak buat macam mana.
Aydan hanya diam mendengar. Dah selalu sangat dia dengar.
Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tak pernah dia terfikir untuk
tinggalkan kehidupan dia sekarang. Ini cara hidup dia.
“Sudah la. Tengok muka kau yang toya ni pun buat papa
menyampah! Aku cakap langsung kau tak dengar. Jangan sampai pintu taubat dah
tertutup baru kau nak berubah.” Tan Sri Amir berkata sinis lalu terus berlalu
dari meja makan.
Aydan mengeluh. Tak lalu terus dia nak bersarapan. Terus dia
melangkah untuk kepejabat.
++++++
“Abang, bila nak balik? Dan menyampah la dengar papa
membebel. Abang dekat sana senang la. Berjoli jer kerja tak payah masuk office”
adu Aydan
Aiman dihujung talian hanya tergelak besar.
Aydan dah menarik wajah masam. Boleh lagi abang dia
gelak-gelak dekat sana. Dia disini asyik kena marah jer.
“Relax ar, abang malas la nak duduk dengan papa. Nanti kena
dengar ceramah dia jer. Malas ar.”
“Habis tu Dan ni ingat suka sangat ke dengar? Balik la bang,
uruskan syarikat kita ni. Projek dah susah nak masuk ni. Financial down giler.
Papa pula tengok macam makin stress jer. Lepastu dia lepaskan dekat Dan
pulak.”sambung Aydan lagi. Aiman dah terdiam disana.
“Oo.. patut la elaun abang kurang sekarang. Teruk sangat ke
keadaannya?” tanya Aiman.
Aydan tarik nafas panjang. “Makin teruk. Haritu hilang
projek 3 juta dollar. Kalau dapat projek tu sebenarnya mampu la nak backup
balik problem yang ada. Tapi terlepas. Sekarang syarikat depend on small projek
jer. Itupun cukup-cukup bayar gaji pekerja saja.” Terang Aydan panjang lebar.
Aiman tak tahu nak cakap apa.
“Abang balik la ek? Tolong papa dekat sini. Apa jadah dengan
master abang kalau tak kerja” perli Aydan tapi dengan nada lembut. Aiman hanya
tergelak-gelak.
“Tengok la dulu nanti apa-apahal abang bagitahu. Bukan boleh
main tinggal jer awek-awek abang dekat sini” usik Aiman. Aydan dah ketap gigi.
Itu yang dia fikir!??? Stress sungguh.
++++++
“Dan.. lama tak nampak you” tegur Dewi sambil mengelus manja
bulu-bulu halus dilengan Aydan.
Aydan hanya buat muka toya. Dia datang kelab ni sebab nak
dengar lagu jer bukan nak jumpa perempuan-perempuan yang akan buat dia lagi
sakit kepala. Pening nak layan. Macam-macam karenah.
“Dannn..” panggil Dewi manja bila Aydan buat tak tahu dekat
dia.
Aydan toleh sekilas lalu menjongketkan kening.
Dewi tersenyum manja. “Youuu.. haritukan you bagi I pil apa
ek? Sedap sangat you. I rasa dunia ni macam syurga.”
Aydan tarik senyum senget. Rasa dunia macam syurga?
“adalah. Kenapa you nak lagi ke?” Aydan melayan. Bosan
tunggu Mike tak sampai-sampai.
Dewi tergelak manja. “Kalau you nak bagi” jawab Dewi
malu-malu.
Aydan rasa nak muntah. Gedik!
Bila tengok muka Dewi teringat dia akan gadis itu. Macam
mana gadis itu sekarang? Nak tanya pada Dewi rasa macam tak sanggup. Ego lagi
tinggi. Lagipun malas nak berborak lebih-lebih dengan Dewi.
Tapiii… rasa ingin tahu dia menebal.
“You” panggil Aydan. Dewi menoleh sambil pamer senyum manis.
“Siapa girl yang datang cari you aritu?”
Dewi dah terdiam. Terus muka dia kelat dan masam. Bencilah!
Dhia jugak yang ditanya.
“Entah.” Jawab Dewi acuh tak acuh.
Aydan diam memerhati gelagat Dewi. Macam tak ngam jer. Tak
pa. nanti aku korek sendiri. Getus
hati Aydan.
“Woi bro!” sapa Mike sambil tersengih-sengih melangkah
kearah Aydan dan Dewi.
Aydan hanya angkat tangan.
Masalah kian memberat. Masalah syarikat pun makin meruncing.
Papa dia suruh dia cari jalan untuk tarik projek tapi kalau dapat projek pun
kalau tak cukup modal tak boleh jugak. Susah! Sekarang ni elaun dia dan abang
dia dah dipotong. Nanti tak mustahil gaji pekerja dia tak dapat bayar dan harta
kena tarik. Sudah!
“Seriusnya muka” tegur Mike. Dewi dekat sebelah hanya diam
memerhati.
Aydan hanya mengeleng.
“Kau tahu kan masalah syarikat apa” jawab Aydan sambil
mengeluh lemah. Mike mengangguk kecil.
“Kenapa dengan syarikat you?” tanya Dewi prihatin. Aydan dah
tarik nafas dalam-dalam. Malas nak cerita dekat Dewi. Bukan boleh tolong pun.
“Masalah modal untuk buat pusingan. Projek besar baru masuk
tapi modal tak ada. So, projek still tak boleh ambil. Kena kumpulkan projek
kecil-kecil dulu sampai dapat buat pusingan modal baru boleh” jelas Mike pada
Dewi bila tengok Aydan hanya mendiam atas pertanyaan Dewi.
Dewi terangguk-angguk. “tak mintak pinjaman?”
“Tak mudah Dewi.” Pendek jer jawapan Mike. Tak mudah sebab
progress dan duit keluar masuk yang tak cantik ada dalam rekod syarikat tu.
Dewi terangguk lagi. “If you don’t mind, I boleh minta ayah
I tolong you. just like, you pinjam and if you dah ada money bayar la balik.”
Usul Dewi pada Mike dan Aydan.
Dua orang sahabat terdiam sambil berpandangan.
“Boleh ke?” tanya Aydan lambat-lambat.
Dewi tersenyum manis. “of course la. But come to the office
first and we discuss. Lagipun ayah I and papa you kan memang dah kenal lama.
Mesti boleh tolong”
Aydan dah tersenyum lega. Fuuhhh!
Setelah bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja, kontrak
perjanjian pinjaman dan macam-macam lagi, akhirnya Tan Sri Amir dan Aydan dah
boleh tarik nafas lega apabila Syarikat dia mampu untuk dipulihkan. Ini semua
dengan bantuan Dewi dan Tuan Daud.
“Thanks Uncle sebab tolong kami.”Ucap Aydan sambil berjabat
tangan dengan Tuan Daud. Tuan Daud tersenyum lebar.
“Small matter. Yang penting syarikat kamu boleh recover
semula.”Kata Tuan Daud ikhlas. Aydan hanya mengangguk.
“Ayah, Dewi lepas ni nak lunch dengan Aydan tau” beritahu
Dewi.
Tuan Daud hanya senyum. Dia suka Dewi keluar dengan Aydan.
Sepadan.
“Aydan, kamu dengan Dewi ni bila nak dilangsungkannya?”
Pertanyaan Tuan Daud yang tiba-tiba membuatkan Aydan rasa
macam tercekik guli. Dewi pulak tersenyum malu terus dipautnya lengan ayah dia.
“Errr…” Aydan tak tahu nak respon macam mana.
“Ayah ni. Kitorang baru lagi la” Jawab Dewi malu-malu.
Aydan terbeliak biji mata. Baru lagi apa? hish aiii.. jangan
cari nahas sudahhh..
“Jangan lama-lama Aydan. Tak manis dipandang orang.” Nasihat
Tuan Daud lagi sambil menepuk perlahan bahu Aydan. Aydan hanya tergelak kecil.
Hambar.
“Nanti datang la rumah. Bawa papa kamu sekali.” Usul Tuan
Daud.
Aydan tarik nafas lega bila isu hubungan dia dan Dewi dah
habis.
“Haa.. ya nanti kami sampai”
++++++++++++
Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh
Sampaikanlah rinduku padanya
Agar dia sentiasa sempurna
Bawalah cinta kita
Terbang bersama ke syurga
Agar dia sentiasa sempurna
Bawalah cinta kita
Terbang bersama ke syurga
Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh
“Terima kasih!”
Tepukan gemuruh kedengaran setelah Dhia menamatkan
nyanyiannya.
Dhia melangkah turun dari pentas sambil menjinjit gitar
kesayangan. Tiba-tiba dia rasa mual. Terus dia kelam kabut berlari ketandas
yang berdekatan.
Opie dan Zek yang ketika itu turut berada disitu pandang
pelik.
“Uwekkk.. uwekkk”
Tekak Dhia rasa perit. Dia hanya muntah air. Terasa payau
tekak rasanya.
Kenapa dengan dia? sejak seminggu lepas dia begitu. Dia
risau. Adakah apa yang dia fikir betul-betul terjadi.
Ya Allah, ampunkanlah dosaku.
Dhia membasahkan wajah disingki. Rasa lebih segar.
Kaki melangkah keluar. Opie dan Zek dah angkat kening
memberi isyarat bertanya. Dhia buat tak tahu.
“Kau okay tak ni?” tanya Zek risau. Opie pun dah duduk
sebelah dia.
Dhia hanya mengangguk. Jam ditangan dilihat sekilas. Pukul
11.30 malam.
“Aku nak balik dulu tau.” Ucap Dhia lalu terus berlalu dari
situ setelah mendapatkan beg dan gitar.
Kereta Swift kelabu milik Dhia berhenti dihadapan Klinik
24jam. Nak pergi ke tak? Dhia dalam dilemma.
Akhirnya dia buat keputusan untuk turun dan masuk kedalam
klinik.
Dhia hanya mengambil masa 20 minit didalam klinik dan
sekarang dia sudah berada didalam kereta. Enjin dihidupkan namun masih tak
bergerak dari situ.
“Tahniah! Puan dah hamil 9 minggu”
Kata-kata tu buat Dhia rasa nak meraung. Nak lari hujung
dunia.
Allah! Dugaan apakah ini. Apa yang dia harus buat. Ayah?
Mak? Dewi? Aydan? Semua benda serentak bermain dalam fikiran dia. dia buntu.
+++++++++
Morning sickness dia makin teruk. Bukan setakat morning jer
dia kena, tengah hari, petang, malam semua dia kena. Ini dosa dia mengandung
anak haram kot. Tapi ini bukan yang dia nak. Bukan yang dia minta. Dia kena
rogol.
Muka Dhia pucat lesi. Dah 2 minggu dia minta cuti. Hanya
terperap dalam bilik. nak keluar rumah takut ayah dan mak nampak. Opie, Zek dan
mamat pun dia larang datang melawat. Kecoh kawan tu risaukan dia. tapi Dhia
beralasan. Kata dia demam saja dan nak rehat cukup-cukup.
Kandungan dia dah nak masuk 3 bulan. Nasib baik bentuk perut
dia tak nampak langsung sebab dia pakai baju-baju besar. Cuma kalau disentuh
mungkin akan rasa benjolan kecil dirahim dia.
Dhia melangkah turun untuk kedapur. Rasa dahaga. Hari ini
dia rasa segar sikit dari hari lain. Mungkin kerana usia kandungan dia yang
makin meningkat. Namun tiba-tiba dia rasa kepala dia berpinar-pinar. Puan Zura
yang sedang berdiri di singki dapur umpama ada dua orang.
“Mak” panggil Dhia perlahan sambil memegang kepala.
“Kau dah kenapa?” tanya Puan Zura risau tengok muka dia yang
nampak pucat.
“Dhiaa…” belum sempat Dhia membalas dia sudah jatuh pengsan.
0 comments:
Post a Comment