Monday 11 November 2013

Bukan Cinta Monyet

“Ab..abang Fauzan, sebenarnya... sa..sa..saya dah lama minat kat abang. Saya cintakan abang!” Fuh! Walaupun tergagap-gagap aku luahkan, finally!!! Aku confess jugak dekat abang Fauzan a.k.a senior sekolah aku. Ya beda beduuuuu!!!

Fauzan Al Haimi. Nama abang senior yang aku minat dekat sekolah dulu. Tu cerita 8 tahun lepas ketika aku di tingkatan 4 dan abang tu di tingkatan 5. Sekarang umur aku dah 24 dah. Bila fikir-fikir balik apa yang aku cakap 8 tahun lepas dengan muka tak berapa malu tu... ya ampun! Rasa macam nak menyorok dalam Igloo tak keluar-keluar nak berkawan dengan beruang kutub jer rasanya. Hehehee. Naik tebal kulit aku pun dah sama dah dengan tebal kulit beruang. MALU!

2005 (8 tahun lepas)

“Sara...Sara... abang Fauzan! Pusing 45 degree anticlockwise dari kau berdiri” Bisik Mariam dekat aku sambil tangan dia duk laa cuit-cuit tangan aku.

Okey! 45 degree anticlockwise... pusing perlahan-lahan Sara. Jangan kantoi.

“OMG!!!” bisik aku kat telinga Mariam. Sambil angkat-angkat kening.

“Handsome kau! Baju kemeja pengawas warna peach lembut dengan slack hitam yang sangat kemas. Siap lengan baju lipat sampai siku!!! Smart giler wa cakap sama lu.” Teruja Mariam describe pakaian abang Fauzan.

Aku kat sebelah dah pamer senyum bangga. Kau dah apahal pulak nak senyum bangga. Bukan si Mariam tu puji kau pun. Ada aku kisah? Kalau orang puji Si Fauzan tu... automatic umpama dia puji aku. So, aku sebagai peminat dia yang paling tegar sekali akan terselit rasa bangga tak hengat. Hehehe.

“Dah sudah! Dari tadi duk senyum. Si abang Aizat tu pun pandang pelik jer dari tadi sebab kau dah macam orang gila duk senyum sorang-sorang. Dia yang dah lama minat kau jadi tak minat pulak karang.”

Sara tarik muncung panjang. Alaaa... Mariam ni! Time aku nak feeling-feeling la dia kaitkan dengan Aizat pulak.

“Kau jangan sebut nama Aizat boleh tak! Kau asyik cakap aku dengan Aizat jer. Kau tahu tak ucapan tu satu doa. Kalau 40 kali kau sebut aku dengan Aizat buatnya termakbul doa kau macam mana?” geram aku laaa.

“Bagus la kalau menjadi kenyataan. Abang Aizat tu pun handsome jugak apa. Pandai pulak tu. Sama jer aku tengok level dia dengan abang Fauzan tu.”

“Amboi! Selambanya bercakap. Kau ingat hati dan perasaan ni boleh tukar suka hati ke. Macam tukar mentol lampu. Kalau terbakar tukar lain. Cis. Dah hati aku ni minat dekat abang Fauzan nak buat macam mana. Takkan nak paksa suka dekat Aizat tu pulak.”

Mariam dah tersengih-sengih. Aah ek? Hehehe.

*********
2013 (Sekarang)

‘Hish! Apa ke sengal kepala otak kau ni Saraaaaa!!! Yang kau pergi teringat kisah zaman jahilliyah kau dah kenapa. Nak luka lama berdarah kembali ke? Padahal kau dah ubat dia sikit punya baik. Balut pakai bandage hati kau yang luka berdarah tu.

Aku ketuk kepala aku pakai pen berkali-kali. Tak cukup dengan tu siap jentik lagi dekat dahi sampai naik merah. Dah! Jangan fikirkan dia. Dah 8 tahun dah.

Kring...Kring...

Dengan malas aku bangun dari kerusi untuk mengangkat telefon yang dari tadi berbunyi.

“Hello. Assalamualaikum” Laju aku menuturkan salam.

“Sara, umi ni” nyaring suara umi kedengaran dari corong telefon. Amboi tak menyempat nak jawab salam.

“Umi, jawab la salam orang dulu”

“Umi jawab dalam hati dah. Sara minggu ni balik rumah ek?” meluncur laju soalan keluar dari mulut Umi. Macam tak menyempat.

“Kenapa pulak? Minggu lepaskan Sara dah balik.” Memang rutin bulanan aku setiap dua minggu sekali balik rumah keluarga aku. Tapi ni macam ada apa-apa jer.

“Urgent matter. Balik tau. Okey bye! Assalamualaikum anak umi yang tersayang.”

Tettt...tettt...

Amboi! Cepatnya letak. Tak sempat nak tanya apa-apa lagi. Umi ni la kan.

******

“Maaf, abang bukan tak boleh terima Sara, tapi kitakan masih muda, masih bersekolah lagi. Rasanya, tak perlu kot Sara luahkan benda-benda macam ni dekat mana-mana lelaki, termasuklah abang.” Fauzan bersuara tenang. Kaget dia sebenarnya tiba-tiba dipanggil oleh Sara dan Sara meluahkan perasaan pada dia.

Darah merah dah menyerbu kat muka aku. Malu? Orang gila jer yang tak malu bila kena tolak mentah-mentah. Hahaha. Sedih? Perempuan mana yang tak sedih bila kena tolak dengan lelaki yang dia suka. Lelaki pun kalau kena tolak pun boleh sedih inikan pulak aku yang berjiwa perempuan ayu seantero dunia. 

Cheeewahh... bangga diri pulak aku.

Aku garu kepala yang dilapisi tudung. Sebenarnya tak gatal pun, tapi tak tahu nak cakap apa lagi bila dah abang Fauzan cakap macam tu. Muka pulak tak boleh ke tunjuk perasaan serba salah sikit bila cakap macam tu dengan anak dara macam aku ni. Hish ai.. ni dia tayang muka tenang je.

“Tapi, abang... love shouldn’t be secret, we will regret when we found he or she with another person without they realise our feeling. Abang tak rasa macam tu ke?” aku tanya dia sambil tepat pandang mata coklat dia.

Lama dia diam... mungkin memikirkan jawapan aku. Lama aku tenung muka anak teruna orang ni. Pertama kali aku ternampak dia dengan berselisih ketika itu aku baru lepas habis kelas nak balik asrama dengan Mariam, dia pulak tengah jalan dengan Aizat dari kantin nak ke perpustakaan.

Ketika itu, dari jauh lagi aku nampak Aizat dah tersengih-sengih pandang aku. Sememangnya aku tahu dia minat aku sejak aku tingkatan 1 dan dia di tingkatan 2. Tapi, aku terkaku bukan sebab terpandang Aizat, tapi terpandang abang Fauzan yang sebelah dia tu. Time tu, yang aku fikir,

Subhanallah! Indahnya ciptaan Allah. Dan bila dia lalu sebelah aku dan Mariam kitorang buat-buat biasa sahaja... tapi bila dah melepasi diorang aku pandang Mariam dan Mariam pandang aku, serentak kami bercakap...

“Subhanallah! Suci gila muka dia!”

Hahahaha, bila teringat benda ni. Rasa nak gelak guling-guling. Lawak sangat.

“Sara” panggil Fauzan. Sara tenung dia macam nak tembus. Malu pulak rasanya.

Aku? Mahu tak malu lepas kantoi tertenung muka anak teruna orang. Tapi memandangkan aku ni macho plus ayu, so... aku tak cover-cover pun.

“Iya?” muka tak bersalah aku menyahut. Hahaha.

“Abang rasa memang betul apa yang Sara cakap tadi. Tapi mungkin ni cinta monyet jer... ye la kita kan dalam proses meningkat dewasa. So, mesti nak ada perasaan dengan yang berlainan jantina.” Katanya... katanya la kan.. bukan kata aku.

“Cinta monyet? Tak! Sara tak rasa cinta Sara dekat abang ni cinta monyet kee.. cinta kucing kee.. cinta haiwan lain ke... yang penting ini pertama kali Sara rasa macam ni dan benda ni dah bertahan 3 tahun bang. Sejak Sara form 2 lagi. Abang still rasa ke benda ni cinta monyet?” panjang lebar aku nak pertahankan cinta suci aku ni. Ada ke patut dia kata cinta monyet! Ni cinta manusia sesama manusia okey... bukan antara monyet. Cettt.

Aku nampak dia macam terkedu. Speechless la tu. Baru tahu aku macam mana. Hahaha.

“Errr... Sara, abang tak nak lukakan hati Sara. Kita masih muda. Banyak benda lagi yang kita akan tempuh dan banyak orang lagi yang kita akan jumpa. Mana tahu bila dah habis sekolah kita dah berpisah, Sara dah tak cintakan abang lagi. Sara mug...”

Belum sempat dia nak habiskan ayat,  laju aku cantas siap bangun dari kerusi kat taman tu.

“Sara akan tetap cintakan abang!” tegas aku. Siap tepuk meja. Sampai tersentak dia. Comel gila mata dia terbeliak tengok aku buat macam tu. Alololooo...

Abang Fauzan bangun dari kerusi. Dia galas beg dia dekat bahu. Aku terkelip-kelip pandang dia.

“ Abang balik asrama dulu. Dah lewat ni. Sara pun balik la bilik.” Lepas jer dia cakap macam tu, terus dia menapak pergi. Aku? Tercengang. Rasa nak menangis. Macam tu jer ke akhirnya?

“Abang memang tak boleh ek terima Sara?” sayu aku tanya. Serius! Memang tengah sayu. Tak boleh dah nak control macho ke ayu ke hape ke depan dia lagi. Nak nangis jer sekarang.

Dia toleh pandang aku. Mata aku dah bergenang ni. Tinggal tunggu nak keluar jer air mata aku ni.

“Abang tak boleh.” Lemah dia bersuara. Selemah diri aku saat itu.

“Abang boleh fikir dulu. Sara tak mintak jawapan sekarang.” Aku dah macam orang terdesak jer rasanya. 

Entah kenapa aku jadi macam ni. Memalukan diri tahap giga. Orang dah tak suka memang bagi banyak 
alasan ape pasal la kau bengap sangat Sara oiiii.

“Kalau abang fikir pun, jawapan abang pada Sara tetap sama.”

“Kenapa? Abang ada orang lain ke?”

“Sara tak perlu tahu. Sara bukan sesiapa dengan abang. Dan abang nak tegaskan dekat sini. Sara, kita masih muda. Perasaan semua ni memang lumrah manusia. Tapi Sara tak perlu jadi murah macam ni dengan luahkan perasaan dekat abang. Siap macam merayu pun ada jugak. Sara kena jadi mahal. Sara perempuan. Banyak lagi lelaki lain yang nak kan Sara. Tumpukan pada pelajaran Sara. Abang pergi dulu. Abang harap Sara sibukkan diri Sara dan jangan ingat tentang abang lagi.”

Abang Fauzan dah pergi. Dengan laju dia melangkah pergi dari aku.

“Sara tak perlu jadi murah macam ni...” terngiang-ngiang suara tu melantun dalam fikiran aku.

“Sara kena jadi mahal. Sara perempuan.”

“...Jangan ingat tentang abang lagi”

Setitik air jatuh kena belakang tangan aku. Air apa ni? Hujan ke? Nampak macam cerah jer. Aku sapu pipi yang rasa basah pulak. Air mata? Akhirnya kau keluar jugak tengok bumi. Selamat datang air mata. Sayonara Fauzan al-Haimi.

******
Aku kesat air mata yang mengalir. Ya Allah... kenapa dia tak pernah nak keluar dari fikiran aku. Betulkah apa yang dia kata... cinta aku hanya cinta monyet? Tapi kenapa aku tak pernah cuba cari cinta lain. Kenapa 
aku tak pernah nak jatuh cinta dengan lelaki lain? Masih relevant lagi ke nak panggil cinta aku cinta monyet?

Dia dah kahwin dah Sara! Jangan ingat dia lagi.

Ya! Fauzan al-Haimi dah kahwin. Dengan pilihan hati dia sendiri. Kisah aku dengan dia? Tak pernah terjadi. Dia kahwin dengan kawan baik aku sendiri. Mariam.

Cerita 4 tahun lepas. Ketika aku tahun 2 diuniversiti. Aku dapat kad jemputan kahwin dari Mariam. Perasaan aku masa tu? Happy sangat kawan aku dah nak kahwin. Kahwin muda pulak tu. Tapi bila tengok pengantin lelakinya...

Walimatul urus

Siti Mariam Binti Ahmad dengan Fauzan Al-Haimi Bin Fahmi.

Dada aku time tu, rasa nak pecah. Thanks to you my friend, you successfully broke my heart into thousand pieces. Tapi, aku tetapkan dalam hati.

“Sara, dia tu cinta monyet jer kot. Monyet! Monyet! Monyet! Ingat Sara.”

Tapi kenapa, walau aku dah cakap macam tu aku still menangis. Entah!

Aku dah terputus hubungan dengan Mariam sejak lepas spm lagi. Alih-alih aku dapat kad jemputan kahwin diorang. Bila masa diorang bercinta aku tak tahu. Dan tak nak ambil tahu, T.I.T.I.K.

******
“Sara, kenapa tak balik pagi tadi? Kan Umi suruh balik” Tanya Umi sejurus aku angkat telefon. Aku menghela nafas panjang.

“Maaf Umi, Sara sekarang ada dekat Melaka. Ingat nak telefon Umi bagitahu alih-alih bateri phone Sara habis pulak. Ni baru sampai bilik dari melawat site tadi. Sorry Umi, emergency case ni tu sebab tergesa-gesa.” Panjang lebar aku jelaskan pada Umi. Kesian Umi tunggu aku tapi aku tak jugak sampai-sampai dekat rumah. Mesti Umi dengan Abi risau.

“Tak pa la Sara, Umi tak marah pun. Risau saja takut terjadi apa-apa pada Sara. Cuma memandangkan Sara tak dapat balik, Umi nak bagitahu yang sebenarnya ada orang merisik Sara.”

Hah? Aku salah dengar ke apa ni?

“Umi, jangan laa main-main. Sara tahu la Umi nak sangat menantu.”

“Ya Allah budak Sara ni... ini serius! Bukan cobaan ke hape. Lepas selesai kerja balik sini. Abi dengan Umi nak bincang tentang isu hangat ni.”

Tettt.. tettt

Dan seperti biasa. Umi letak telefon sebelum aku nak tanya benda-benda lain lagi. Perasaan aku sekarang rasa lemah segala urat sendi. Kepala lutut rasa macam nak tercabut. Uwaghhh!!! Tak nak kahwinnnnnn.

Dua hari lepas tu. Terpacak la aku dekat rumah Umi. Aku tengok Abi santai saja baca surat khabar. Tegur aku pun tak. Umi pulak sibuk belek bunga orkid dia tu. Sabar je la aku. Dia tak tahu ke perasaan aku sekarang ni sangat la resah sampai semua kerja aku terganggu.

Abi lipat surat khabar lepas tu hirup kopi yang dah suam yang Umi buat tadi untuk minum petang. Hish... tak boleh jadi ni aku yang kena start tanya dulu.

“Abi, tak nak cakap apa-apa ke dekat Sara?” tanya aku sambil main hujung tudung.

“Ingat tak nak tanya tadi. Diam je.” Amboi Abi ni. Aku kan pemalu tak tahu ke? Hahaha.

“Abi dah terima pinangan diorang. Umi pun setuju” kata Abi sambil pandang Umi yang tengah jalan nak duduk sekali dengan kitorang. Aku tercengang.

Sabar Sara...sabar... Abi kau tu. Jangan tinggi suara. Tarik nafas... hembus...

“Abi, yang nak kahwin ni Sara. Sara tak sedia lagi” aku bersuara lembut. Takut nanti jadi anak derhaka pulak main tinggi-tinggi suara dekat orang tua sendiri. Padahal boleh jer bincang elok-elok.

“Abi, tak perlukan persetujuan Sara. Sebab Abi wali Sara.” Tegas Abi berkata.
Sejak bila Abi jadi macam ni? Jadi orang yang tak boleh bertolak ansur dengan anak dia. Aku seriusssssss nak menangis.

“Umi bukan tak fikirkan Sara, Umi fikir. Abi sampai tak tidur malam fikir. Ini jawapan istikharah kami untuk Sara. Dia adalah jawapannya Sara.” Terang Umi bila dia tengok aku diam dari tadi. Diorang dah faham aku, kalau aku diam tandanya aku tak bersetuju dengan pendapat diorang.

“Takkan secepat itu Abi dengan Umi terus terima dia?”

“Dah lama dah diorang bertanyakan Sara, nak dekat 2 bulan kan Uminya?” tanya Abi pada Umi. Umi mengangguk sambil usap belakang aku. Aku dah menangis dah.

“Sepanjang dua bulan ni, umi dan Abi setiap malam buat solat hajat dan istikharah untuk jodoh Sara. Lagipun Umi tahu, kalau nak tunggu Sara bawak balik calon memang tak bermenantu la Umi.”

“Suka hati Umi dan Abi la, Sara balik dulu”

Terus aku bangun dan salam Umi dan Abi. Aku nampak wajah diorang yang serba salah dan sedih buat aku macam ni. Tapi diorang dah buat keputusan, mesti diorang tak tarik balik. Aku pandu kereta ketempat yang aku selalu pergi setiap kali aku sedih, sejak zaman aku tadika lagi. Kalau aku sedih, aku akan pergi dekat sini. Taman permainan dekat dengan area rumah Abi. Seronok tengok budak-budak kecik main dengan gembira tak fikirkan masalah. Hari nak dekat maghrib baru aku pandu kereta balik kerumah sewa aku.

*****
“Aku terima nikahnya Sara Hanim binti Suhaimi...”

Aku tak nak dengar! Aku nak benda ni mimpi ngeri jer dalam hidup aku. Sungguh! Aku tak sedia dan tak nak benda ni.

“Sah?”

“Sah!”

Tapi aku tahu, ni bukan mimpi atau angan-angan aku. Ni realiti. Walaupun aku cubit pipi aku banyak kali. Benda ni tetap tak merubah apa-apa. Aku dah jadi isteri orang.

Aku isteri Fauzan al-Haimi.

Ya! Dia. Dia yang membuatkan aku tak sanggup sebenarnya nak teruskan benda ni. Tapi... siapa aku nak merubah takdir. Redhakah aku dengan jalan yang Kau beri ni ya Allah? Kuatkan hati aku.

Aku rasa pinggang aku dipeluk dari belakang ketika aku sedang berdiri dibalkoni bilik aku. Terkejut aku sampai badan aku kedepan tapi dipeluk kejap dari orang belakang aku.

“Sorry, abang terkejutkan Sara” suara dia berbisik lembut ditelinga aku. Aku leraikan tangan dia yang paut pinggang aku. Aku tak tahu kenapa. Bukan ni yang aku nak. Walaupun dulu dia yang aku nak. Aku blank... aku tak tahu nak buat apa.

“Sara?” tanya dia macam bingung. Aku biarkan dia. Aku melangkah masuk kedalam bilik dan duduk diatas katil. Siap sedia untuk tidur. Ni yang berlaku pada malam pertama aku. Tapi bukan malam pertama untuk dia. Diakan dah pernah berkahwin.

“Sara nak tidur?” tanya dia lagi. Dia labuh duduk disebelah aku. Aku diam. Memang sepanjang hari ni, lepas akad nikah dan makan-makan dia sentiasa berusaha untuk bercakap dengan aku. Aku? Cuba melarikan diri dari dia. I need some space and time.

“Sara, jangan tidur dulu sebelum kita jelaskan... sejelas-jelasnya” kata dia tegas. Dia tarik tangan aku suruh duduk dari pembaringan. Aku akur sambil tayang muka toya.

“Sara memang tak boleh terima abang ke?” lembut dia tanya sambil paut dagu aku. Aku tepis tangan dia dan pandang dinding bilik yang bercat coklat cair.

“Sara? Jelaskan kenapa kita macam ni. Abang resah setiap kali Sara hanya diam dari siang tadi”

“Kenapa awak nak kahwin dengan saya?” aku tanya dia perlahan sambil gigit bibir. Aku nak menangis tapi aku tahan.

Aku nak menangis setiap kali tengok muka dia. Aku teringat peristiwa lepas. Aku teringat dia bercinta dengan Mariam. Aku teringat yang aku bukan perempuan yang dia cinta. Aku terfikir tentang dia pernah bersama dengan Mariam walaupun diorang dah sah suami isteri. Aku tak tahu kenapa? Aku rasa aku hanya perempuan yang dikesiankan oleh dia. Adakah ini perasaan aku jer?

‘Awak? Saya? Sara... abang memang dah lukakan hati Sara ke?’ Fauzan mengeluh tanpa sedar.

“Abang kahwin sebab Sara cintakan abang.”

What the heck man! Itu alasan dia? Rasa macam nak bagi penampar! Aku fikir dia suami aku jer. Dan bila tengok muka suci dia! Omg.. mengeluh jer la.

“Bila masa saya cinta awak?” aku balas balik. Dia senyum sinis.

“Dulu” pendek jawapan dia.

“Awak sendiri cakap ‘dulu’ , so? Awak fikir ada lagi ke perasaan tu pada awak? Awak tak ingat ke apa yang awak cakap dekat saya? Lupa ek? Meh saya ingatkan. Awak cakap suruh saya lupakan awak... awak cakap.. cinta..” time cakap cinta tu, mata aku bergenang. Aku terkenang memori lama.

“Awak cakap cinta saya .. hanya cinta monyet yang boleh berubah bila-bila masa. So, awak rasa ada lagi ke perasaan tu”

Dia pandang mata aku. Tangan dia naik kepipi aku untuk kesat air mata aku. Aku tepis.

“Abang rasa ada.” Yakin dia menjawab.

“Apa yang buatkan awak yakin sangat?” tanya aku dengan geram. Aku gengam jari aku kuat. Tahan geram. Geram sebab memang ya! Aku ada rasa perasaan tu lagi.

“Abang rasa yakin bila Sara tak datang kenduri kahwin abang dengan Mariam. Padahal Mariam kawan baik Sara”

“Saya dekat Ausie sambung study, awak fikir saya ni kaya ke nak beli tiket kapal terbang setiap tahun.” Balas aku. Dia hanya pamer senyum. Dia tenang. Sama macam dulu.

“Abang yakin sebab Sara sampai sekarang tak ada boyfriend lagi”

“Awak sendiri yang cakap suruh saya sibukkan diri dengan study. Jangan fikir cinta-cinta ni... bla..bla..bla”

“Sara comel bila marah” statement dia membuatkan aku terdiam. Membulat mata aku pandang dia. Dia tergelak kecil sambil cubit pipi aku.

“ jangan nak jual gula dekat sini” aku jeling dekat dia. Dia gelak lagi. Hish aiiii.. serius boleh tak!

“Tak, abang tak jual gula, abang jual cinta pada Sara”

Air mata aku menitis lagi. “Ya! Awak jual cinta awak pada saya sebab awak kesian tengok perempuan macam saya. Kesian kat saya yang tak pernah bercinta dari dulu dan pernah jatuh cinta tapi ditolak mentah-mentah. Walaupun sekarang awak nak jual cinta awak pada saya... saya tak boleh nak beli. Saya tak layak. Saya bukan Mariam. Dan saya tak boleh ganti dia pun dalam hati awak. Saya hanya perempuan yang awak kesiankan. Bukan perempuan yang awak cinta.”

Aku tengok dia terkedu. Aku kesat kasar air mata aku. Aku terus rebahkan badan aku dan baring membelakangi dia. Aku tahu dosa. Tapi... aku tak kuat nak pandang muka dia. Walaupun diorang tak bersalah tapi aku malu dengan diorang. Sebab pernah simpan perasaan pada suami orang.

Aku dapat rasa nafas dia dekat leher aku. Tiba-tiba dia peluk aku rapat kedada dia.

“Abang minta maaf buat Sara macam tu. Tapi sekarang kita dah kahwin. Tak boleh ke Sara terima abang? Dulu sebab kita masih muda.”

Aku pusing badan aku mengiring bertentangan dengan dia. Aku pandang muka dia. Sumpah! Masih ada perasaan lagi dekat dia. Tak pernah padam pun.

“Cinta saya pada awak bukan cinta monyet. Itu awak perlu tahu. Apa perasaan awak pada saya? Kenapa pilih saya? Saya nak awak jawab jujur tanpa corner-corner mana-mana. Straight to the point terus.”

Dia tarik nafas panjang. Dia usap pipi aku.

“Abang akan cuba untuk cintakan Sara. Abang pilih Sara sebab abang tahu Sara masih cintakan abang. Abang tak sanggup dikecewakan lagi. Cukuplah apa yang Mariam buat pada abang. Abang tak sanggup” aku nampak mata dia bergenang.

Aku sedar, aku tak kan mampu buat dia jadi penasaran, gelisah, gembira, teruja, sedih, dan marah. Hanya sebaris nama yang mampu buat dia macam tu. Mariam.

Setahun saja mereka berkahwin. Umur masing-masing masih muda. Mariam 22 tahun dan dia 23 tahun. Tapi bercerai pulak. Nasib tak ada anak.

Aku baru tahu sebulan lepas kisah mereka. Ini pun sebab aku paksa Abi dan Umi cerita lepas aku tahu yang merisik aku dan tunang aku selama 6 bulan dulu adalah Fauzan al-Haimi. Kadang-kadang aku terfikir. Adakah dia terima aku hanya untuk isi kekosongan jiwa sebagai seorang lelaki?

Fauzan jatuh cinta dengan Mariam sejak mereka berada dalam persatuan yang sama ketika di universiti. Aku yang dapat tawaran keluar negara terus terputus hubungan dengan Mariam atas kesibukan masing-masing.  Fauzan melamar Mariam sebab takut Mariam dirampas orang. Mariam yang sebenarnya suka dekat Fauzan sejak dari dulu lagi terus terima. Alih-alih, Mariam ditangkap berdua-duaan dengan Aizat kawan baik Fauzan sendiri. Drama habis hidup laki aku ni. Sodih den dongar.

Terus dia lafaz cerai. Aku cinta Fauzan, dia kata ini hanya cinta monyet. Alih-alih dia pilih Mariam yang sememangnya cinta monyet dengan dia. Cehhh... Aizat pun! Beria dulu confess suka aku. Cinta dia pun cinta monyet jugak.

“Abang baru tersedar yang... kadang-kadang kita akan rasa lebih gembira bila kita bersama orang yang mencintai kita.”

Dia tak cinta aku pun. “Dan, saya rasa... adakah sampai akhir hayat saya... saya tak akan gembira?”

“Tak, abang akan pastikan... Sara akan gembira”

******
Setahun berlalu.

Hidup aku tenang tanpa gangguan. Chewaaahhh ayat. Fauzan? Cik abang aku... aku gembira disisi dia. Sebab dia sentiasa pamerkan kemesraan untuk aku. Entah la. Walaupun tanpa kata-kata cinta, adakah boleh di sebut bahagia? Aku rasa boleh. Cuma manusia bernama Sara Hanim ni memang tamak. Aku sentiasa ternanti-nanti kata keramat tu.

Aku tahu, aku bukan wanita hebat yang mampu buat dia jatuh cinta dengan aku. Aku tahu selama kami hidup bersama ni bergaduh, merajuk, pujuk-memujuk dan bergurau senda hanya terjadi kerana kami sebumbung, tidur sekatil dan kadang-kadang sebantal. Dan selebihnya tanggungjawab.

Aku? Layan dia dengan penuh layanan mesra kerana dia masih cinta pertama dan akhir aku insyaAllah.

“Sara... lamanya kemas dapur” tegur Fauzan sambil peluk pinggang aku. Dia cium bahu aku. Aku sengih. 
Suka. Rasa ada perasaan sayang.

“Abang tak tolong memang la lama” usik aku. Dia terus bersemangat singsing lengan baju dia sampai siku dan berdiri sebelah aku.

“Meh nak tolong” dia ambil pinggan kotor dan sabun. Aku bilas.

Dia memang ringan tulang. Sayang abang. Hahaha.

*****
“Apa salah Sara?” soal aku sambil tahan tangis. Dia mendengus kasar lalu tepis tangan aku kuat. Sampai aku terjelepuk jatuh tepi sofa.

Dah seminggu dia perang saudara dengan aku. Tapi aku tak tahu macam mana boleh tercetusnya perang tu. Dia berubah sikap jadi pemarah. Yang dia tanya hanya ... “Nak bagitahu apa-apa ke kat abang?” dan aku hanya mengeleng.

“Jangan nak buat-buat tanya la Sara” mendatar suara dia. Sinis sangat. Mata dia jeling aku.

“Sumpah bang, Sara tak tahu.” Aku gelisah. Cuba fikir salah aku.

“ Jangan buat abang hilang sabar Sara. Muka Sara pun abang dah tak sanggup nak pandang. Jijik sangat!” kasar bahasa dia buat aku sentap. Jijik?

“Ya Allah! Apa salah Sara? Boleh tak cuba jelaskan hal sebenar?” tekan aku. Aku dah hilang sabar. Dah tak mampu nak nangis bagai sebab aku tengah marah dia tak terus nak berterus terang salah aku.

Fauzan gelak sinis sambil pandang muka aku. Cara dia pandang memang menunjukkan aku ni jijik dihadapan dia.

“Kau! Memang sama saja dengan Mariam. Perempuan sundal! Kata cinta kau tulus sangat. Penipu semua tu. Aku dah tak percaya semua perempuan termasuk kau. Cinta kau tu... cinta palsu! Saja nak main-mainkan aku. Kau nak balas dendamkan dekat aku?” memetir suara Fauzan kedengaran segenap rumah. Aku tercengang. Menitis air mata. Hina sangat ke aku ni.

“Apa motif Sara nak balas dendam dekat abang. Sara tak sangka secerdik-cerdik abang ni... tapi bila amarah menguasai diri, abang jadi manusia paling bodoh kat dunia.” Aku jeling dia tajam dengan mata yang memerah.

“Abang tak fikir ke siapa yang cari siapa nak ajak kahwin? Sara ke? Abang tak jelaskan langsung apa salah Sara pada abang dan abang terus label Sara perempuan sundal? Hina sangat Sara ni dimata abang. Abang menghukum tanpa mendengar penjelasan Sara.” Aku kesat air mata yang mengalir. Dia hanya berpeluk tubuh tanpa pandang wajah aku. Muka dia bengis sangat. Tak pernah aku tengok dia marah macam ni.

“Kalau abang rasa Sara ni perempuan sundal. Jijik tengok Sara. Sara boleh keluar dari rumah ni. Dah abang boleh lepaskan Sara bila-bila masa yang abang suka”

Lepas jer aku cakap macam tu. Aku terus masuk bilik siap-siap tukar baju, kemas baju masuk beg, ambil handbag dan terus keluar dari rumah tu. Dia? Duduk tercengang dekat sofa ruang tamu. Ada aku kisah? Aku dah malas nak menangis kerana orang yang tak reti nak hargai aku.

Aku saja jer gertak dia macam tu. Biar dia sedar diri sikit kalau nak marah pun jaga la mulut tu. Ingat aku ni apa? Aku isteri dia kot. Terguris hati den.

Time aku nak undur kereta nak keluar dari garaj aku nampak dia tergesa-gesa keluar dari rumah nak panggil aku. Aku jeling dia tajam. Baru tahu serba salah kat aku. Cehhh. Ingat aku akan cepat makan pujuk ke?. 

No! Mister...no.

Aku makan aiskrim dekat taman yang selalu aku lepak dari zaman kanak-kanak sampai nak jadi mama orang pulak. Aku baru dapat tahu dua minggu lepas yang aku mengandung. Happy semestinya tapi jadi kurang sikit sebab mood Fauzan sengal a.k.a suami aku tu macam ribut taufan so, aku malas nak bagitahu dia. Lepas dia cakap macam tadi dekat aku, lagi la aku tak nak bagitahu.

Aku sebenarnya memang sedih, marah dan geram dengan si Fauzan sengal tu. Ada ke patut dia tuduh aku perempuan sundal. Eiii... ai. Berkecai hati aku. Tapi aku tahu time tu dia tengah marah. Tu sebab aku lari keluar rumah. Bagi reda dulu kemarahan dia. Aku nak nanti time kitorang bersemuka dalam keadaan tenang. Kalau time tu dia marah jugak. Aku lari la lagi. Hahahaha.

Tengah sedap-sedap aku makan aiskrim perisa durian ada orang tegur aku dari belakang.

“Sara” lembut suara dia tegur aku. Fauzan sengal tu la siapa lagi. Hampeh betul , aku tengah nak menghayati kesedapan aiskrim durian ni dia kacau daun pulak.

Dia duduk sebelah buaian aku. Aku buat bodoh je. Mana la dia tahu aku ada kat sini.

“Abang minta maaf Sara.” Dia minta maaf tapi tak pandang pun muka aku. Kaki dia goyang-goyang kan sikit buaian yang dia duduk tu.

Aku pulak sibuk duk habiskan aiskrim aku. Sedap gilerrr!!!. Anak aku ni mengidam nak makan aiskrim durian. Tu sebab aku beli sampai satu bekas besar.

“Sara, dengar tak abang cakap ni?” dia pandang aku sambil tarik sudu yang aku baru nak suap kat mulut aku. Alih-alih aiskrim tu masuk mulut dia. Cis! Makan aiskrim orang. Aku jeling dia lagi. Sambil rampas sudu kat tangan dia.

“Durian? Sejak bila Sara makan durian ni?” dia tayang muka pelik. Sememangnya dia tahu aku memang elergi sikit dengan durian ni. Aku tak boleh bau durian, makan apatah lagi.

Aku angkat bahu. Tanda tak tahu. Dah anak awak yang nak makan.

“Sara, abang mintak maaf sangat. Abang tahu Sara terluka. Abang memang jahat. Mulut abang pun jahat.” Dia siap tampar-tampar mulut dia. Hahaha. Bagus la tu. Tak payah buang tenaga aku nak tampar mulut jahat dia tu.

“Abang dah tahu hal sebenar. Sara tak salah. Abang yang fikir bukan-bukan. Terutama bila nampak Sara bercakap dengan dia dekat lobi hotel. Abang dah fikir lain. Abang teringatkan kisah lama.” Dengan laju dia 

cerita hal sebenar. Aku keliru.

Kisah apa pulak ni. Hish aiii.

Aku pandang dia pelik. “Sara tak faham. Kisah apa ni?”

Dia tarik nafas panjang lepas tu cerita kisah tu dekat aku. Aku dah terlopong. Sebab tu aje dia sampai kata aku macam-macam. Marah aku sampai tak nak pandang muka aku.

Dua minggu lepas.

“Assalamualaikum” tegur seorang lelaki dibelakang aku. Ketika tu aku sedang berdiri dihadapan lobi hotel sementara tunggu kawan aku ambil kereta. Kitorang ada lunch dengan client.

Aku pusing kearah suara yang menegur. Eh?

“waalaikumussalam” Aizat!

“Awak sihat Sara?” tanya dia sambil tayang senyum nipis. Ingat lagi dia dekat aku rupanya. Aku hanya tersenyum.

“Sihat, macam awak lihat la” aku berbasa basi. Nak je aku tanya mana Mariam. Lama tak dengar khabar dia.

“Mana Mariam?”

“Mana Fauzan?”

Serentak kami bertanya. Aku dan Aizat tergelak kecil.

“Ladies first”

“Fauzan macam biasa la time-time macam ni dia ada kelas. Tapi hari ni dia kata ada conference.” Terang aku.

“Dia jadi pensyarah dekat mana?” Aizat seperti teruja nak tahu.
Kawan aku pulak lama sangat ni ambil kereta. Cepat la sikit.

“Dekat UKM. Mariam buat apa sekarang?”

“Housewife. Sekarang dia tengah pregnant. So, rehat jer” Aizat tersenyum lebar. Bahagia nampak kehidupan dia. Alhamdulillah.

“Tahniah. Father-to-be la awak. Ehh.. kawan saya dah sampai. Mintak diri dulu” Aizat hanya mengangguk sebelum dia panggil aku lagi untuk mintak nombor telefon. Aku anggap dia dan Mariam masih kawan aku. So, aku bagi jer la. Siap dengan nombor Fauzan lagi aku bagi.

*******
Rupanya-rupanya sepanjang aku tengah duk berborak dengan Aizat, Fauzan nampak. Dia ada conference dekat hotel tu jugak. Dan dia nak tegur aku time nampak aku sorang-sorang dekat lobi tu alih-alih tak sempat sebab Aizat datang dekat aku dulu. Dia ingat aku memang nak jumpa si Aizat dekat situ tanpa pengetahuan dia.

Dan dia datang mintak maaf dekat aku ni sebab lepas jer aku keluar dari rumah, dia rasa bersalah sebab cakap dekat aku macam tu. Tapi lagi kuat perasaan bersalah lepas si Aizat tu telefon dia.

Dia kata Aizat cuba nak call aku banyak kali tapi handphone aku off. So, Aizat kumpul keberanian telefon Fauzan just nak inform yang isteri kesayangan dia tu a.k.a ex-wife Fauzan dah selamat melahirkan anak diorang. Memang mengamuk si Fauzan ni. Ada ke patut si Aizat nak inform perkara happy macam tu dekat Fauzan mahu orang tu tak jelous. Tapi thanks to him because buat suami aku ni tahu cerita sebenar.

“Abang mintak maaf Sara” lagi sekali dia mintak maaf kat aku. Sampai mengalir air mata dia. Siap tarik tangan aku pastu cium banyak kali.

Dia berlutut depan aku, lepas tu alihkan bekas aiskrim letak dekat bawah. Dua-dua tangan aku dia pegang erat.

“Abang minta maaf Sara. Jangan diam macam ni.” Air mata dia mengalir lagi. Aku dah jatuh kesian. Dia suami aku. Aku sayang dia. Walaupun seribu kali dia lukakan aku. Mesti dan pasti hati aku akan sentiasa maafkan dia.

Aku kesat air mata dia.

“Sara maafkan abang. Semua ni hanya salah faham. Tapi Sara nak abang tahu. Setiap benda yang berlaku pasti bersebab. So, Sara harap, lain kali kalau terjadi benda macam ni abang kena mintak penjelasan dulu dari Sara. Tak pun, kalau Sara salah faham dekat abang... Sara akan mintak penjelasan abang dulu. Kemarahan semua ni datang dari syaitan. Kita kena pandai control kemarahan kita.” Panjang lebar aku bagi nasihat dekat dia. Dia pulak angguk jer macam budak kecik baru lepas kena marah.

Kenapa la abang ni comel sangat. Sara rasa nak gigit pipi abang. Ops! Nakal la pulak aku ni.

Dia terus peluk aku lepas aku cakap macam tu.

“Abang rindu Sara”
Dia cium dahi aku bertalu-talu. Lepas tu cium dekat pipi pulak lepas tu dekat bibir aku pulak. Kat sini lama sikit. Aku tengok dia ni dah semancam jer... terus aku tolak dada dia.

“Eiii... abang ni tak malu ke kalau orang nampak!” marah aku sambil tarik muncung itik. Dia dah tergelak besar.

“Kan dah malam ni, mana orang nampak” muka tak bersalah dia cakap dekat aku. Aku ketap gigi kuat.

“Aiskrim Sara dah cair” keluh aku lepas tengok bekas airkrim dekat tanah tu. Dia pun pandang benda yang sama. Dia tarik tangan aku.

“kita beli baru.” Mudah dia cakap. Aku terfikir tiba-tiba.

“Abang rindu Sara?” aku tanya perlahan.

“Mestilah rindu.” Dia main tangan aku. Usap-usap lepastu dia cium.

“Abang masih tak jatuh cinta dengan Sara ke?”

Dia pandang muka aku pelik lepastu lepas tangan aku.

“Kenapa Sara tanya macam tu?”

“sebab abang kan kata akan belajar untuk cintakan Sara. Sara tertanya-tanya dari dulu sampai sekarang... adakah abang masih belajar untuk cintakan Sara atau sudah pun cintakan Sara”

Dia pegang kedua belah pipi aku. Dia pandang mata aku tajam.

“Setiap kali kita cintakan seseorang. Kita kena ucapkan ke?” dia tanya aku. Aku angguk.

“Bagi abang, tak semua benda kita kena ucap. Kadang-kadang from actions it told us every thing. Sara tak rasa ke abang cintakan Sara?”

“Sometimes, rasa... sometimes... curious...”

“So, abang akan hilangkan curious sara. Abang dah lama cintakan Sara.”

Aku terkedu. Gembira rasa hati. Baby dengar tak papa cakap dia cintakan mama. I think... i’m the happy women now.

Sampai menangis aku kerana terharu.

“Sara pun cintakan abang. Just Sara nak tekankan kat sini okey! Cinta Sara bukan cinta monyet!” jelas aku dekat dia.

Dia tergelak sambil terangguk-angguk.

“Abang tahu”

“Ye la.. kalau Sara tak cakap macam tu. Nanti abang kata cinta Sara tu cinta monyet jer. Hish ai... tak tahu nak jelaskan macam mana lagi.” Aku mengadu manja dekat dia. Dia gelak lagi.

“Abang cakap macam tu time kat sekolah jer kan. Mana ada abang cakap lagi yang cinta Sara tu cinta monyet.” Dia cuba pertahankan diri. Aku mengeluh panjang. Whatever la abang!

*****
Aku dah keluar masuk tandas banyak kali sebab muntah. Tapi apa pun tak keluar. Perut aku rasa sakit sangat. Rasa senak macam ada angin. Fauzan dah lena dekat sebelah.

Aku bangun dari katil ambil minyak angin nak urut perut. Tapi Fauzan pulak dah terjaga. Sambil kenyeh mata dia yang silau sebab lampu bilik aku bukak.

“Sara kenapa tak tidur lagi” serak seksi suara dia tanya aku. Aku tersengih.

Aku selak baju tidur sampai atas perut lepas tu letak minyak angin dua tiga titik.

“sakit perut?”

Aku angguk jer. Malas nak cakap apa-apa.

Dia alihkan tangan aku yang duk ligat mengurut perut sendiri. Sampai sendawa angin aku ni ha.

Dia pulak yang jadi tukang urut aku. Tapi tak kuat pun dia urut. Aku suruh gosok-gosok jer, jangan tekan kuat sangat. Ada baby dalam tu kang terjadi apa-apa kang. Naya jer.

“Tu la, dah la lepak dekat padang tu lama-lama. Kan dah masuk angin. Lepas tu makan pulak aiskrim, benda sejuk. Sara ni, dah tahu perut awak tu sensitive jangan buat benda-benda yang memudaratkan kesihatan.” Dia dah start membebel. Aku sengih jer tengok dia. Tangan ligat gosok perut aku tapi mulut pot pet pot pet bercakap. Nampak comel. Dengan rambut serabai baru sedar dari tidur lagi.

“Sara, abang rasa perut Sara buncit sikit la”

Aku ketap gigi. Geram! Cissss... dia ni memang pantang berat badan aku naik sikit dari dulu sampai sekarang. Kalau berat aku naik mesti dia usik kata aku chubby la.. montel laa... gemuk laa... padahal naik dua kilo jer. Propa jer lebih.

Aku buncit sebab mengandung la!!!

“Orang buncit ada sebab la!” geram aku. Dia gelak kecil. Tangan dia masih duk urut lagi.

“Sebab banyak makan kan? Hahahhaaha.” Gelak besar dia. Cis! Kata aku banyak makan.

Dengan nada serius aku berkata... “Sara kena buatan orang”

Terus berhenti tangan dia dari urut aku.

“ Bila Sara tahu? Kenapa tak bagitahu abang awal-awal? Siapa buat Sara? Sara tahu tak siapa buat Sara ni?” tuuuuu diaaa.... bertubi-tubi soalan dia. Siap main goyang-goyangkan bahu aku lagi.

Aku gelak tengok riaksi dia tu. Muka pucat lesi. Hahaha

“Sara boleh gelak? Sara tahu tak... kalau perut buncit lepas tu kena buatan orang.. tu maknanya santau tahu tak! Boleh bawa maut. Sara ni!” suara dia dah meninggi. Aku dah terkedu. Mak aih.. jauh dia fikir.

“Abang... cool okey.. relaks jer. Jangan la sampai macam ni” aku usap lengan dia. Terbeliak mata dia pandang aku.

“cool? Relaks?” dia tarik nafas lama... lepas tu dia hembus panjang.

Aku gelak lagi tengok gaya dia. Tak sanggup dah nak main-mainkan dia.

“Abang... Sara tahu siapa yang buat.”

“Siapa?”

“Walaupun dia buat Sara macam ni, dia baik sangat. Dia akan jaga Sara betul-betul. Lepas tu, dia akan bahagiakan Sara dunia dan akhirat. Abang nak tahu tak? Sebab kan dialah Sara akan dapat hadiah yang paling bernilai.” Selamba aku bercerita sambil pintal-pintal hujung lengan baju dia.

Dia dah pandang aku tajam dah. Macam nak keluar api dekat mata dia.

“Siapa 'dia' ni Sara?” garang suara dia bertanya.

“Abang la orangnya”

Dia diam. Pandang aku pelik.

“Abang buat apa dekat Sara?” Soal dia polos. Aku dah tepuk dahi. Adoiii aiii... kenapa laki aku ni loading sangat!

“Abang, Sara curious macam mana abang boleh jadi lecturer ni?”

Dia ketap gigi kuat.

“Macam tak ada hari esok jer perli abang”

Aku gelak besar.

“Sara mengandung la. Abang ni laa... orang cakap dia loading sangat.”

Dia diam lama.

“Abang?”

Diam.

“Abang?”

“Sara tak main-mainkan kali ni?” dia tanya aku serius.

Aku angguk.

“Abang jadi papa?”

“Tak lah... abang jadi ayah. Hahaha”

Dia cubit pipi aku. Geram sangat la tu. Tangan dia usap perut aku yang dari tadi terdedah.

“Dah berapa bulan?”

“tiga kot”

“Kot?” dia kerut kening pandang aku.

Ye la, aku jumpa doktor 2 minggu lepas doktor kata tiga bulan. Sekarang kira 3 bulan 2 minggu la kan. Ye ke?

“3 bulan lebih la... tak pasti.”

“Nevermind nanti kita pergi check sama-sama.”

Dia usap perut aku lepas tu dia cium bertubi-tubi. Ekkk? Aku dah ternganga dah. Tak panas ke...

“Arghhhh, Sara bibir abang berangin la kena minyak angin. Pijar rasanya.” Dia terus berlari masuk bilik air nak basuh mulut. Aku dah terkekek atas katil.

Aku pun blank sekejap tadi fikirkan bibir dia tu. Baru nak cakap, dia dah mengadu dulu.


Sungguh aku cinta dia sejak zaman sekolah. Sejak aku masih budak berhingus dan tak baligh lagi.hahahha. sumpah bukan cinta monyet. Cinta awal dan akhir. Aminnnn. 

----TAMAT----

Wednesday 21 August 2013

Sofi sayang Haikal!!!




“Mama, tak kira! Kamu kena kahwin jugak dengan Karl.” Puan Dian bercekak pinggang memandang anak gadisnya yang tercengang didepan.

Tergangga mulut Sofi bila mama keluarkan perintah. Macam kena dengar hakim jatuhkan hukuman penjara seumur hidup dekat diri sendiri.

“Ma, Sofi tak nak! Dia tu budak lagi. Kot ye pun mama nak menantu sangat tunggu la dua tiga tahun lagi ke, nanti Sofi cari dan bawak jumpa mama dan papa. Tak pun,  kalau mama nak sangat Karl yang jadi menantu mama, mama tunggu la dia sampai habis belajar dulu!” Sofi memberi alasan.

Memang gila ar! Tak kan la dia nak kahwin dengan lelaki yang masih bersekolah dan muda. Dia sememangnya tak kisah kahwin dengan lelaki muda kalau dah jodoh, tapi… Karl tu masih bersekolah ditingkatan enam kot. Macam mana nak sara hidup!

Puan Dian mengeleng kepala tanda tak setuju! Sofi menunduk. Habis la aku!

“Sofi, mama memang nak sangat Karl jadi menantu mama dan mama nak dia tahun ni jugak masuk rumah ni sebagai menantu mama!”

Sofi rasa penat. Dah seminggu dia dan mama bincang benda ni. Papa tak kisah. Karl lagi suka! Sebab dia memang dah lama suka pada Sofi.

“Terpulang pada Papa dan Mama, malas Sofi nak bangkang lagi.” Sofi berkata perlahan lalu bangun untuk kebilik. Air mata rasa macam nak menitis kejap lagi.

Encik Halim hanya memandang sayu kearah anaknya. Kesian Sofi, tapi ini semua dah dirancang lama dah. Tidak boleh tidak dia dah terbuat perjanjian jadi dia kena tunaikan.

*******
“Halim, kalau anak aku lelaki atau perempuan, dan kau pulak dapat anak perempuan atau lelaki, kita satukan nak tak?” Razak memandang muka sahabat baiknya yang dah tercengang kat depan dia.

Halim menelan liur. Errr… bukan dia tak setuju, tapi dia tak nak nanti lain pula yang jadi.

Razak mengangkat kening kepada Halim yang masih berdiam.

“Bukan aku tak setuju, tapi takut nanti bila anak-anak kita dah besar dia jumpa orang lain pula” Halim berkata serba salah.

Razak pamir senyum. “Jangan la risau, kalau ada jodoh ada la diorang tu, tapi kita merancang saja. Boleh? Janji ya?”

Halim mengangguk.

Mereka merupakan kawan baik sejak dari kecil kerana mereka berjiran. Bila dah besar, mereka sama-sama berhijrah kebandar untuk memulakan perniagaan. Halim berkahwin dengan Dian dan Razak berkahwin dengan Anita.

Rezeki yang melimpah ruah dari Allah menyebabkan  mereka mampu hidup senang. Setelah beberapa bulan berkahwin, mereka mendapat berita gembira dengan mengetahui mereka bakal dikurniakan anak pada tahun yang sama. Tapi sayang, kandungan Anita mempunyai masalah, lalu gugur.

Manakala, Dian dan Halim gembira dikurniakan anak perempuan diberi nama Nurul Sofi binti Halim. Anita dan Razak redha dengan ketetapan tuhan. Mereka mencuba lagi, tiga tahun kemudian baru mereka dikurniakan anak lelaki diberi nama Haikal Danial bin Ahmad Razak.

+++++

Haikal merebahkan diri diatas katil. Dia tersenyum bahagia. Sofi. Gadis yang sentiasa nampak garang padahal sebenarnya lembut hati. Dia sangat rapat dengan Sofi kerana dari kecil mereka berkawan.

Walaupun Sofi hanya anggap dia sebagai adik, tapi dia suka pada Sofi sejak sekolah rendah lagi. Dia tak pernah pun anggap Sofi sebagai kakak. Malah, kalau Sofi kena buli disekolah dialah yang akan menyelamatkan Sofi. Gadis simple tapi sentiasa mengikut tunjuk kawan menyebabkan orang ramai mempergunakan dia.

Bila dia dapat tahu tentang rancangan Ayah dan Uncle Halim, dia terkejut sebenarnya. Tak sangka, dia akan dapat bersama dengan Sofi yang dia admire selama ni. Betapa gembiranya dia sampai melompat-lompat atas katil.

Tapi kegembiraan dia makin merundum bila dapat tahu Sofi membangkang keputusan keluarga dia. Sofi tak nak kahwin dengan Haikal kerana masih bersekolah. Haikal diam. Dia kecewa dengan alasan Sofi. Dia yang paksa Ayah dan Ibu untuk mengahwinkan mereka dengan segera. Dia tak boleh tinggalkan Sofi lama-lama. 

Bila Sofi pergi Universiti dan tidak pulang berminggu-minggu, dia rasa sunyi. Selalunya Sofi dan dia akan lepak bersama dan kadang-kadang Sofi akan belajar dengan dia dirumah.

Pintu bilik yang dibuka dari luar menyedarkan Haikal dari lamunan dia. Teringatkan Sofi saja telah membuatkan dia bahagia.

“Karl, Nanti pergi kursus kahwin tau!” Suara Puan Anita kedengaran ceria ditelinga Karl. Kening dia diangkat tinggi. Pelik? Sofi…dia dah setuju ke?

Puan Anita mengangguk mengiakan. Ibu ni macam tahu-tahu je aku tanya tentang tu.

“Betul ke ibu?” Karl dah bangun dari katil. Puan Anita tergelak kecil didepan pintu.

“Betul sayang” Gembira dia bila tengok Haikal yang muram seminggu ni memikirkan Sofi kembali ceria.

Haikal melompat atas katil. “Yeah!!!”

Puan Anita mengeleng. “Ingat sikit, Awak tu nak jadi suami orang, tunjuklah matang sikit! baru Sofi jatuh cinta dengan Karl”

Haikal terdiam. ‘A’ah la, kena tunjuk yang aku ni dah matang. Dan boleh jadi Suami dan bapa yang bertanggungjawab!’

Amboi! Haikal, anak segala dah fikir! Hehehe. Haikal tersenggih sambil garu belakang kepala.

++++++

Haikal membuka daun pintu bilik yang tertutup rapat. Janggal rasanya bila duduk rumah lain dan masuk bilik lain selain bilik tidur dia. Pagi tadi dia dah selamat akad nikah dan majlis kenduri pun dibuat secara kecil-kecilan.

“Assalamualaikum” Haikal memberi salam lalu masuk. Sofi yang tengah mengeringkan rambut kerana baru lepas mandi memandang Haikal.

Ek? Kenapa time ni lah dia nak masuk bilik! Malunya! First time aku tak pakai tudung depan dia. Sofi membuat muka selamba dengan menyidai tuala ditempatnya. Lalu mengambil sikat dan menyisir rambut dihadapan cermin meja. Haikal yang nampak tergamam dan kaku didepan pintu bilik di biarkan saja.

Haikal tergamam! Cantiknya Sofi! Kalau pakai tudung pun cantik, tapi, bila tak pakai tudung nampak lagi cantik! Rambut dia panjang. Dah la pakai baju tidur kotak-kotak nampak comel!

“Ehem” Sofi berdehem kecil. Dari tadi lagi si Haikal ni duk la tercongok depan pintu sambil pandang dia tak berkelip. Seram pun ada. Macam tembus jer dia pandang.

Haikal tersedar. Heh? Dia garu belakang kepala tanda malu.

“Sofi, ada kertas A4 tak?” Haikal bertanya sambil melabuh punggung dipenjuru katil. wajah Sofi yang berkerut kening memikirkan pertanyaan Haikal dipandang selamba.

“Nak buat apa?” Sofi angkat kening. Tapi dia bangun ke meja belajar dia untuk ambil kertas A4 yang diminta Haikal.

“Ada la, bawak marker or pen sekali” Haikal mengarah lagi. Dia dah siap duduk bersila atas katil sambil memandang Sofi yang sedang terbongkok-bongkok dibawah meja mencari kertas A4 yang berada didalam kotak besar.

Tak sampai 5 minit, Sofi meletakkan beberapa helai kertas A4 dan pen diatas katil disebelah Haikal. Dia pun siap bersila atas katil mengadap Haikal.

“Ok! Bagus. Semua ada.” Haikal mengambil pen dan mula menulis sesuatu diatas kertas A4 tersebut.

Perancangan dan rules untuk masa depan

Hah? Perancangan? Rules? Untuk masa depan? Apa Haikal nak buat ni?

“Tak payah nak tayang muka kerut sangat la kan. Karl nak kita buat rancangan masa depan kita. Ye la, kita kan masih belajar. Lagipun Karl kan sekolah lagi” Haikal memberitahu perlahan. Tapi mata dia khusyuk menulis.

Tahu pun sekolah lagi! Tapi, mengatal nak kahwin buat apa. Hish ai!

“ Ok, Nah” Haikal menghulurkan kertas yang dia siap tulis kepada Sofi. Sofi ambil dan baca.

Perancangan and rules masa depan.

1) Haikal dan Sofi akan sambung belajar.

Hah? Memang ar! Kalau tak sambung setakat apa jer kelulusan kitorang ni. Apa la Haikal ni. Okey, baca lagi.

2) Haikal tak akan sentuh Sofi selagi Sofi tak habis belajar.

Ngee! Malunya aku nak baca. Tapi sepatutnya tak sentuh sampai dia habis belajar la. Baru la tak ada commitment sangat nanti.

Muka Haikal yang sedang senyum dipandang sekilas sebelum Sofi tunduk memandang kertas.

“Kenapa tak tulis, tak akan sentuh Sofi selagi Karl yang tak habis belajar?” Sofi bersuara perlahan. Malu pulak bila bertanya tentang tu pada Haikal.

Haikal nak tergelak dengar soalan Sofi. Lagi ber tambah lawak bila tengok muka Sofi memerah. “Karl tak nak la tengok Sofi penat nanti. Mana la tahu Sofi mengandung ke time tengah belajar kan penat nak usung sana sini perut tu. Kalau nak tunggu Karl habis belajar lambat ar lagi maknanya kita nak buat ‘ehem-ehem’ tu.” Haikal berkata selamba.

Zup! Makin malu Sofi dibuatnya. Hish! Cakap tak tapis-tapis betul la mamat ni. “Otak kuning!”

3) Sofi kena balik setiap minggu untuk tengok Karl kat rumah! ^_^.

Amboi siap ada gambar bagai. “Ala mana boleh!”

Haikal angkat kening. “Tak boleh apa?”

Sofi tunjuk rules no 3 kat Haikal.

“Kenapa pulak tak boleh!” Haikal tak puas hati. Takkan ar Sofi nak tinggalkan aku sampai berminggu-minggu kat rumah ni. Tak kesian ke orang rindu kat dia nanti.

“Nanti kalau banyak assignment macam mana? Kalau nak balik setiap minggu memang tak la kan. Lagipun Sofi balik naik bas la! Kalau bawak kereta sendiri boleh ar.” Sofi memberi alasan yang dia rasa muhasabah. Muka Haikal yang dah tarik muncung dipandang tepat.

“Tu la, orang suruh dari dulu lagi ambil lesen. Tapi tak nak! Kan sekarang siapa yang susah.” Haikal dah mula membebel. Siap silang tangan lagi kat dada.

Hish ai! Budak ni. Aku tahu la dari dulu dia suruh ambil lesen. Tapi aku ni yang takut nak bawak! Lagipun bukan aku suruh dia ambil aku pun. Benci lah!

Sofi letak kertas perancangan kekatil. Ada tiga syarat jer pun. Malas nak layan Haikal lagi. Sibuk pulak nak marah orang. Ingat dia dah jadi suami boleh ke buat sesuka hati! Benci!!!

Sofi bangun, dia masuk dalam selimut dan peluk bantal untuk tidur. Haikal yang masih duduk kat tepi katil tercengang.

Alahai merajuk pulak dia ni. Haikal mengeluh perlahan.

“Sofiiii” mendayu jer suara Haikal memanggil Sofi. Sofi mencebik dari dalam selimut. Nak pujuk la tu!
Haikal merebahkan badannya disebelah Sofi. Dia memandang belakang badan Sofi yang membelakangi dia. Perlahan-lahan Haikal memeluk badan Sofi dari arah belakang.

“Sofi, Karl minta maaf ek?”

Sofi mengeraskan badan. Malas nak layan Haikal. Penat majlis tadi pun tak habis lagi. Jam dah menunjukkan pukul 12 tengah malam. nasib la malam pertama dia dan Haikal macam ni. Kalau jadi macam cerita kawan-kawan dia tu, memang tak dapat Sofi bayangkan macam mana. Sebab asyik terbayang jer yang dia kahwin dengan Haikal yang dah lama dia anggap sebagai adik.

“Lepas ar.” Sofi menolak tangan Haikal. Walaupun Haikal baru berumur 19 tahun, tapi badan dia tetap lebih tinggi dan sasa dari Sofi yang berumur 22 tahun. Ye la, dah nama pun lelakikan.

“kata tadi tak akan sentuh Sofi kan?” dengan nada memerli Sofi berkata. Haikal masih diam dan statik.

Haikal mengeleng kecil. “Sentuh macam ni tak pa. ‘ehem-ehem’ yang tak boleh” Haikal bersuara perlahan ditelinga Sofi. Sofi diam. Dia memusingkan badan mengadap Haikal sambil memejam mata. Tak elok tidur membelakangkan suami. Walaupun suami aku masih budak!

“Sofi” bisik Haikal ditelinga Sofi. Tangan dia masih melekat pada pinggang ramping milik Sofi.

“Hurmm”mata Sofi masih tertutup. Malas nak bukak mengadap muka budak depan dia ni.

“Bukak la mata tengok Karl.”

Perlahan mata dibuka. Anak mata coklat milik Haikal ditenung. Haikal senyum mengoda membuatkan meremang bulu roma Sofi.

“Sofi, Karl tahu Sofi hanya anggap Karl sebagai seorang adik. Tapi Karl nak Sofi tahu yang Karl tak pernah pun anggap Sofi kakak Karl. Sebab Karl nak Sofi jadi isteri Karl. Karl dah lama cintakan Sofi. Dah lama Karl tunggu saat ni. Saat Sofi jadi milik Karl.” Haikal berkata seakan-akan berbisik yang hanya didengari 

mereka berdua. Pipi mulus milik Sofi diusap lembut.

Anak mata Sofi mula bergenang. Perempuan mana yang tak cair dengar pengakuan ikhlas dari seorang lelaki. Apatah lagi lelaki tu merupakan rebutan gadis.

‘Sofi dah lama tahu Karl’. Sejak Sofi disekolah menengah lagi dia dah tahu Haikal suka dia setelah diberitahu oleh Adam, kawan baik Haikal. Tapi Sofi tak pernah ambil serius pun sebab dia ingat suka Haikal mungkin hanya sebagai seorang kakak. Tapi majlis pagi tadi baru dia tahu dari Adam. Adam kata dia bertuah dapat Haikal. Haikal sangat cintakan dia sejak sekolah dan setia hanya pada Sofi walaupun ramai gadis disekolah dia ingin menjadi pasangan Haikal namun ditolak Haikal secara baik.

Bila teringat semua tu air mata yang ditahan, keluar juga. Rasa terharu bila ada seorang lelaki yang sangat setia dan cintakan kita.

“Sofi, kenapa menangis?” Soal Haikal pelik.

Sofi hanya mengeleng. “Karl.”

Air mata Sofi dikesat Haikal dengan ibu jari. “Hurmmm”

Tangan Haikal digengam Sofi. “Bagi Sofi masa untuk terima Karl dalam hati Sofi sebagai suami Sofi boleh?” lembut suara Sofi bertanya. Haikal tersenyum.

“Boleh sayang. Karl janji, Karl akan terus setia dan cintakan Sofi sampai akhir hayat Karl. Dan Karl sangup tunggu Sofi lafazkan kata cinta Sofi pada Karl selama mana pun masa yang Sofi perlu” Ucap Karl dengan senyum.

Badan Haikal dipeluk Sofi erat.

++++++

Zila berlari-lari anak kearah Sofi yang berada di meja paling hujung didalam perpustakaan. Dari jauh lagi dia nampak Sofi tekun menaip laporan dikomputer.

“Sofi!” tercungap-cungap Zila menyebut nama Sofi. Fuh! Penat kot berlari dari asrama ke perpustakaan semata nak panggil Sofi. Ikutkan hati ingat nak buat tak tahu jer. Tapi bila fikirkan yang Sofi ni kawan baik dia, sanggup jer la.

Sofi menoleh kekiri. “Kau kenapa ni? Baru lepas lari pecut ke ape?”

“Kecoh weh! Suami kau tu macam gula tahu! Menarik minat awek-awek gedik kat asrama kita tu” dengan semangat Zila bercerita.

“Apa kau merepek ni?” pening aku. Tetibe jer cerita tentang Haikal ni kenapa?

Zila tepuk dahi. “tu Haikal kau tu ada kat asrama kita nak jumpa kau. Dah dua jam dia tunggu”

“Aik kenapa dia tak telefon aku?”

“tengok sikit handphone kau kat mana?”
Sofi selongkar beg mencari handphone dia. Tak jumpa!. Muka Zila dipandang.

“Handphone kau tinggal kat atas meja kat bilik. Nasib baik aku dengar, so, aku angkat la. Dia cakap dia dah ada kat bawah nak jumpa kau. Aku suruh cari kat library tapi dia kata dia tak tahu library kat mana. Tu aku datang ni” terang Zila. Sofi dah ternganga. Kesian Karl.

“Jom”

Barang-barang dikemas masuk dalam beg. Sofi dan Zila jalan beriringan balik keasrama.

“Kau tahu. Ramai gila awek gediks tu menebeng kat tepi tingkap bilik nak tengok laki kau.” Zila dah mula nak buat gosip.

Sofi hanya mendengar. Dah faham sangat dah.

“Dia naik Ducati kau tahu! Dengan pakai baju kemeja putih dia lagi. Bapak handsome!” puji ZIla. Sofi dah mula membara dalam hati.

“Woi, laki aku la!” marah Sofi sambil cubit manja pingang Zila.

“Hahhaha, sakit la. Gurau pun tak boleh. Tapi memang betul. Handsome gila Karl weh!” bersungguh sangat Zila bercerita.

Sofi memandang lelaki yang memakai kemeja polo putih yang berdiri disebelah motor Ducati putih sambil kelek helmet. Nampak sangat Karl dah berpeluh panas sebab berdiri dua jam bawah matahari. Tapi kenapa dia nampak sangat bergaya ek? Aduh hati! Behave please.

Tapi sakit pulak hati tengok ‘awek gediks’ bak kata Zila sedang tekun memandang suami dia macam nak terkeluar biji mata. Hampeh! Laki aku la tu!

“Aku naik dulu. Kau jumpa la dia.” Zila berkata sambil terus berlalu dari situ.

Perlahan-lahan Sofi berjalan kearah Haikal. Haikal yang hanya menunduk memandang handphone masih tak perasan kehadiran Sofi.

“Sorry”

Haikal mengangkat muka. Dia pamer senyum manis pada Sofi yang dah buat muka serba salah.

“kenapa kata sorry?” lembut Haikal bertanya. Muka Sofi dipandang lama. Tak berkalih. Dia rindu Sofi. Dah sebulan Sofi tak balik rumah sebab kena pergi camping la, jadi fasilitator la, sekarang ni final exam pulak.

Haikal dah masuk universiti di Selangor. Dah tahun dua, manakala Sofi pulak dah tahun akhir. Selama mereka berkahwin semua peraturan yang Haikal buat dulu masih diikut sampai sekarang. Cuma rule no tiga tu baru jer Sofi langar sebab dia kena ikut program wajib universiti yang menyebabkan dia sangat sibuk dan tak sempat nak balik rumah jumpa Haikal. Lagipun Haikal pun dah mula sibuk dengan belajar.

“Sorry sebab buat Karl tunggu lama. Sofi tertinggal phone kat bilik. Sorry karl” tangan Haikal digapai Sofi lalu salam dan cium. Perkara biasa dibuat setiap kali jumpa Haikal. Biar terkeluar bijik mata ‘awek gediks’ tengok Haikal tu aku punya. Muahahha.

“Tak lama pun. Karl datang sebab rindu Sofi. Jom keluar”

“Pergi mana?”

“Mana-mana saja. Asalkan tempat yang boleh Karl peluk dan cium Sofi. Karl rindu kat Sofi” Haikal berkata selamba.

Sofi terlopong. Eiii… tak malu betul! Tangan dia laju saja memukul lengan Haikal. Haikal tergelak besar. Kelakar tengok muka merah Sofi.

‘Sofi pun rindu Karl’ luah hati Sofi. Dia rasa macam nak terkam saja Karl yang berada didepan mata. Rindu sangat. Rindu nak peluk Haikal setiap kali tidur. Rindu nak dengar night story Karl sebelum tidur. Rindu nak dengar Karl cakap dia sangup tunggu Sofi lafaz kata cinta setiap kali sebelum tidur. Karl! Sofi dah mula cintakan Karl!

******

“Karl kenapa kita kat sini?” Sofi pandang Karl yang ashik memandang air terjun dihadapan mata. Tangan Haikal erat memeluk pingang Sofi yang duduk disebelah dia.

“Nak tenangkan fikiran”

“tapi kenapa sampai nak check in resort pulak?”

“Nak habiskan masa dengan Sofi” jawab Haikal tapi mata masih tak berkalih dari melihat orang bermandi manda dibawah air terjun.

 “Jom” Haikal menarik Sofi untuk bangun. Mereka berjalan masuk kedalam bilik untuk berehat.

“Sofi”

“Ya”

“Kenapa diam jer ni? Selalu banyak mulut sampai tak cukup masa nak bercerita” Tanya Haikal sambil memandang Sofi yang duduk termenung sambil bersila diatas katil.

Sofi garu kepala. Err… nak cakap ke ek? Ke tak payah? Tapi rasa macam dah tak sangup nak simpan kat dalam hati lagi. Kena luah baru lega.

“Sofi!”

“Huh?”

“Termenung pulak dia. Dengar tak Karl tanya ni?” Haikal melabuh pungung sebelah Sofi diatas katil. Mata 
terhala kearah TV yang sedang menayangkan cerita Upin Ipin. Kartun sunguh.

“Karl” Sofi menyebut nama Haikal lembut. Tangan Haikal dicapai. Haikal angkat kening pelik. Tak pernah Sofi pegang tangan dia macam ni selain untuk bersalam. Selalu dia yang pegang Sofi dulu.

“Karl, Sofi nak bagitahu sesuatu ni” tangan Haikal diusap lembut. Dengan nada suara Sofi yang agak lain dari biasa petang ni membuatkan Haikal rasa pelik teramat. Suara Sofi macam lembut plus romantik sangat kedengaran ditelinga dia. Rasa nak buat benda lain pulak kat Sofi ni dibuatnya.

“Apa?” tak terdengar soalan Haikal. Sebab suara dia macam dah tengelam kat anak tekak.
Muka Sofi memerah. Rasa malu terus menerjah. Err…

“Sofi…Sofi..sofff…”tergagap-gagap Sofi nak berkata.

“Sofi  what?”Haikal bertanya dengan tidak sabar. Kenapa dengan Sofi harini?

Tangan kanan Haikal mengelus lembut pipi Sofi. “Sofi nak cakap apa ni?”

Sofi terkaku. Tangan Haikal yang ada dipipi dia buat dia rasa nak sayu. Dapat rasa kasih sayang Haikal yang mengalir. Sofi mendongakkan muka untuk menatap anak mata Haikal.

“Karl, Sofi… Soofffiii cintakan Haikal!” senafas Sofi bersuara. Sofi rasa lega dah luahkan. Serentak itu tangan Haikal yang asyik mengelus pipi Sofi terhenti.

“What? Come again. Tak dengar” Haikal bertanya pantas. Dia rasa dia tak salah dengar kan?
Sofi tarik nafas perlahan. Pipi Haikal dicium sekilas sebelum dia cakap…”Sofi cintakan Haikal. Sofi sayangkan Haikal”

Hah? Haikal terlopong. Muka Sofi yang memerah dan menunduk itu dipandang tak berkelip.

Ya Allah! Usaha aku dan kesabaran aku berbaloi!!!

“Karl, please say something. Jangan diam jer”

Sofi geram. Dia dah luahkan nak dekat lima minit Haikal still tak cakap apa-apa.

Haikal tersedar dari mengelamun.

“Huh? Errr… thanks” tak tahu nak cakap apa. Dalam hati dia hanya bersyukur pada tuhan. Selalu dia nak make a move dulu kat Sofi. Macam setiap malam sebelum tidur dia yang akan cium dahi Sofi then say I love you and will wait for you bagai. Tapi hari ni bila Sofi dah luahkan rasa macam tu malu la pulak. Adoiii.

Hah? Thanks jer? Buat malu aku jer la confess kat dia. Dia bukan nak hargai pun. Padahal setiap malam kata cintakan aku. Cis! Buat malu tujuh keturunan sungguh la kau ni Sofi!! Malas la macam ni.

Sofi tarik muncung itik. Kecewa dengan respon Haikal. Dia bangun dari katil untuk keluar ambik angin kat air terjun dan nak hilangkan malu sikit depan Haikal.

“Eh? Nak pergi mana?” Haikal bertanya. Pergelangan tangan Sofi digengam.

“keluar” sepatah Sofi menjawab. Merajuk!

“La, takkan macam tu jer. Baring-baring la dulu. Tengok cerita kartun.”

Ajakan Haikal membuatkan air mata Sofi bergenang dan menitis dipipi. Kartun? Tak lawak okey! Rasa tak dihargai gila bila susah payah dia jatuhkan ego confess kat Haikal. Haikal cakap macam tu jer. Huh! Lepas ni jangan harap nak cakap lagi.

Tersentak Haikal bila tengok Sofi menangis. Dengan segera dia menarik Sofi kedalam pelukan. Membuatkan Sofi makin teresak jadinya. Dia faham. Mesti Sofi rasa malu dan sedih dengan respon dia tadi.

“Sofi, look at me” muka Sofi yang menunduk didongakkan untuk memandang wajah Haikal.

Air mata Sofi yang masih bersisa dipipi dikesat lembut. “No more tears please”

“Its hurting me a lot”lembut suara Haikal kedengaran ditelinga Sofi.

“Sofi, thanks sebab bukak hati Sofi untuk Karl. Karl sangat terkejut dan gembira sampai tak tahu nak cakap macam mana. Karl janji! Karl takkan buat Sofi menangis lagi. Okey?”

Sofi menganguk kecil. “You don’t love me anymore right?”

Haikal terpinga-pinga dengan soalan Sofi. “No! still love you. Kenapa Sofi cakap macam tu?”

“Karl tak cakap pun Karl love me today” dengan suara manja Sofi menjawab. Haikal tarik sengih nakal. 

Hahahha. Sofi!!! You are soooo cute!

Muka innocent Sofi dipandang Haikal nakal. Dengan suara mengoda “ I love you Sofi! Love you till Jannah” badan Sofi dipeluk erat oleh Haikal. Bibir mereka bertaut rapat sebelum keduanya melayari bahtera cinta. Ceeewaaahhh ayat aku!

*****
Sofi dah habis belajar dekat dua bulan yang lepas. Sofi pun dah mula kerja dekat syarikat guaman kawan papa. Dan duduk gilir-gilir balik rumah mak ayah Haikal dan rumah mak ayah Sofi. Haikal pulak dasar suami manja plus anak manja so, setiap minggu mesti balik rumah. Kata rindu dekat Sofi la, dekat ibu la, dekat mama la. Macam-macam Haikal tu.

Sofi mengeleng kepala perlahan sambil tersengih. Lucu bila teringat Haikal yang manja tu. Walaupun kadang-kadang pamer sikap yang matang. Tapi bila datang gedik Haikal tu. Ya ampun! Penat nak layan.

“Hai, tersengih tu kenapa? Ingat suami la tu” tegur Zul rakan sepejabat Sofi. Zul senior Sofi dekat syarikat guaman ni. Dan sering membantu Sofi dalam kerja membuatkan Sofi rasa senang nak berurusan dengan dia.

“Mana ada. Kau nak pergi mana ni?” tanya Sofi bila nampak Zul yang dah siap kemas-kemas meja dia.

“Makan la apa lagi. Jom! Zila tak datangkan?”
Aduh! Lupa pulak dah waktu lunch. Sofi serba salah. Walaupun dia dah dua bulan kerja dekat situ tapi dia tak pernah keluar makan dengan lelaki. Selalunya dia keluar makan dengan Zila yang turut kerja disitu. Tapi harini Zila tak datang sebab sakit.  

“err… okey la. Jom”

Restoran Ali majeed penuh dengan orang yang juga turut nak isi perut yang lapar. Sofi dan Zul mengambil tempat disebelah kiri restoran.

Belum pun sempat Sofi nak melabuh duduk, dia ternampak motor Ducati putih sebijik macam Haikal punya lalu depan restoran tempat dia makan dan berhenti dikedai runcit serbaneka disebelah. Yang paling buat Sofi sentap, Haikal bonceng dengan perempuan ramping berambut lurus panjang.

Siapa? Sofi rasa lain macam. Rasa… rasa nak jer dia pergi terjah budak dua ketul tu. Biar tekujat Haikal kat situ. Sofi tahan sabar. Bibir diketap kuat. Zul yang masih sibuk memilih lauk tidak diendahkan. Dari jauh Sofi tengok perempuan tu mengedik bergesel dengan lengan Haikal. Lepastu perempuan tu siap tarik tangan Haikal suruh bukakkan helmet dia. Cis! Aku pun selama ni bukak helmet sendiri je!.

“Sofi, pergilah ambil nasi tu” Zul datang dengan sepingan nasi dan air. Dia melabuh duduk dihadapan Sofi. Sofi yang dari tadi pandang Haikal dan awek gedik tu berpaling memandang Zul. Selera makan dia bukan dah mati sebab tengok adegan romantik dua ketul tu, tapi makin bertambah pulak bila rasa marah ni. Dengan laju Sofi bangun dan turut mengambil nasi sepingan penuh.

Fuh! Kenyang.

Dirumah, petang tu Haikal balik. Tapi tidak seperti hari biasa. Selalunya Sofi akan sambut dia didepan pintu tapi harini, Sofi tak ada. Haikal naik kebilik. Sakit kepala dan rasa mual yang menyerang dia sejak kemarin masih tak hilang. Entah apa yang dia salah makan pun tak tahu. Rasa nak muntah jer dari semalam.

Haikal bukak pintu bilik. Dia ternampak Sofi sedang tidur dengan pakaian kerja yang tak bertukar lagi. Dia mengeleng kecil. Mesti Sofi penat sangat.

“Sofi, bangun. Karl dah sampai” bahu Sofi digoncang lembut. Sofi membuka mata.
Muka Haikal langsung dia tak pandang, terus dia pergi kebilik air dan mandi. Nak segarkan badan.
Haikal yang tengok perlakuan Sofi angkat kening pelik. Sofi marah dia ke?

“Sofi” panggil Haikal. Sejak petang tadi sampai dah nak tidur malam ni, dia dan Sofi tak bertegur. Sofi macam menjauhkan diri sampaikan mama dan papa pun siap angkat kening tanya dia. Dia hanya angkat bahu. Sebab memang dia tak tahu kenapa.

“Sofi, Karl ada buat salah ke?” Haikal mencuba nasib lagi lepas Sofi hanya diam tak menyahut panggilan dia tadi. Dah la sakit kepala tak hilang lagi. Bila tengok perangai Sofi malam ni bertambah sakit jadinya.

“Sofi! Kalau Karl tanya boleh tak jawab!” suara Haikal meninggi. Pertama kali dia naik suara pada Sofi.

Sofi terkejut. Laju terus air mata menitis. Sentap!

Haikal ketap gigi. Tahan sabar. Kepala yang berdenyut tiba-tiba dipicit perlahan sebelum merebahkan diri disebelah Sofi diatas katil. Sofi yang teresak menangis diendahkan sekejap.

Sepuluh minit keadaan diam tak berbunyi. Hanya bunyi esak tangis Sofi jer yang dengar. Tangan Sofi yang dicapai Haikal lalu digengam kemas.

Ni je cara nak pujuk Sofi balik. Dengan pegang tangan dia dan tatap mata Sofi. Gerenti Sofi cair.

“Sofi, Karl mintak maaf. Bukan niat nak marah Sofi, tapi Karl penat harini. Dengan sakit kepala lagi dengan rasa nak muntah lagi. Tetibe balik tengok Sofi tak nak cakap dengan Karl. Kenapa Sofi? Karl ada buat salah ke?” Haikal memujuk lembut. Sofi dah tersedu sedan menangis. Kepala Sofi paling dari memandang muka Haikal.

“Sofi nampak Karl dengan perempuan lain. Siapa dia? Awek ek? Oooo.. mentang-mentang Sofi dah serah cinta dengan badan Sofi dekat Karl. Karl terus cari perempuan lain yang lagi cantik dari Sofi kan? Sampai hati Karl. Karl kata nak setia. Tapi karl ti…”

“Apa Sofi cakap ni!” tinggi suara Karl bertanya. Belum sempat Sofi habis cakap Haikal dah memotong.

Sofi menangis lagi. Kena tengking lagi dia. Sedih la macam ni.

“Sofi ingat Karl ni apa!? Sofi ingat Karl kahwin dengan Sofi sebab nakkan badan Sofi jer ker? Sofi ingat Karl kahwin dengan Sofi sebab nafsu jer ke? Sampai hati Sofi tuduh Karl macam tu”

Habis jer Haikal cakap, dia terus bangun dari katil. Tak sangup nak padang muka Sofi. Dia kealmari baju. Bersiap nak pergi balik rumah ibu.

Sofi terpinga. Ya Allah, apa aku cakap ni. Berdosa Sofi!!! Berdosa! Berdosa buat suami marah.

“Karl, Sofi mintak maaf. Sofi terle..”

“Diam! Karl kahwin dengan Sofi sebab cintakan Sofi bukan sebab badan Sofi. Kalau ya Karl kahwin dengan Sofi sebab nafsu. Karl takkan tunggu Sofi sampai setahun. Malam kahwin kita tu jer Karl boleh terus tuntut hak Karl. Fikir lah Sofi… Fikir!” Kunci motor yang berada diatas meja kerja diambil kaki diatur melangkah kearah pintu.

Sofi tergesa-gesa bangun dari katil nak halang Haikal. Air mata dah bercurah keluar.

“Karl. Sorry Karl. Jangan pergi!”

“Argh!!!!” Sofi menjerit. Kaki dia tersadung dengan kaki sofa yang berada didepan katil lalu jatuh tersembam kelantai. Argh! Sakitnya. Serta merta tangan Sofi memegang perut.

“Sofi!” Haikal meluru kearah Sofi. Sofi yang meneletang diangkat keatas katil. Muka Sofi yang berpeluh menahan sakit dan memerah menyebabkan dia cemas.

“Karl, sakit Karl” Sofi mengadu tangan memeluk leher Haikal.

“Kejap nak tengok. Apa basah ni” kata Haikal perlahan. Tubuh Sofi diletakkan berhati-hati diatas katil. Tangan yang terasa basah dilihat.

Huh? Daa…darah? Laju dia menoleh kearah muka Sofi, Sofi sedang memejam mata sambil tangan diperut. Dia pandang pula pada bahagian bawah badan Sofi. Ternampak darah meleleh turun dari peha Sofi ke betis. Darah?

“Karl. Sakit!!!” Sofi menjerit lagi. Rasa mencucuk kat perut.

Apa aku nak buat ni? Haikal berlari keluar dari bilik. Bilik mama dan papa diketuk bertalu-talu macam nak roboh.

“Kenapa ni Haikal?” tanya papa cemas.

“Pa! Sofi! Darah!” Haikal mengelabah.

Berlari mama dan papa kebilik Sofi. “Haikal dukung Sofi. Kita bawa kehospital. Biar papa siap kejap.”

*****
Haikal mundar mandir didepan wad kecemasan. Dah nak dekat satu jam dia tunggu. Doctor tak keluar juga. 
Mama dan ibu siap berpeluk bahu mengalirkan kekuatan. Papa dan ayah tadi kata nak pergi kafe nak belikan minuman. Baju dia yang berlumuran darah Sofi masih tak bertukar. Dia takkan tinggalkan Sofi lagi.
Doktor perempuan lingkungan 40-an keluar dari wad kecemasan. Meluru Haikal kearah doctor tu.

“Doktor, macam mana dengan Sofi?”

“Alhamdulillah, kami dah dapat memberhentikan bleeding dia. Kandungan dia juga dapat diselamatkan.”

Haikal, ibu dan mama tercengang. “Kandungan?” mama bertanya.

“Ya, Puan Sofi mengandung dah dua bulan. Cuma kandungan dia masih awal. Mungkin dia tak perasan dengan kitaran haid dia. Saya harap, puan-puan dan encik dapat jaga dia dengan baik. Sebab takut bleeding lagi yang boleh menyebabkan keguguran.”

Haikal terduduk. Ya Allah… terima kasih.

“Terima kasih doktor”

“Hah! Dengar tu Karl. Jangan nak buat Sofi stress dengan perangai manja kamu ni. Dah nak jadi bapak orang dah tu. Jaga Sofi baik-baik.” Ibu tersenyum lebar sambil menepuk bahu Haikal. Haikal hanya menganguk lemah.

Dia nak jumpa Sofi.

Pintu wad ditolak kedalam. Dia nampak Sofi terbaring lemah diatas katil. Dengan wayar yang mengalirkan darah kedalam badan Sofi lagi. Dia nampak Sofi muka pucat. Dia sedih. Tak sanggup nak tengok Sofi tak 
bermaya macam ni.

Tangan Sofi yang lemah digenggam lalu dikucup lembut. Air mata yang bertakung sejak tengok keadaan Sofi mengalir jugak.

Sofi tersedar.

“Karl…” lemah suara Sofi memanggil. Haikal senyum.

“Ya, sayang” tangan Sofi dikucup lagi.

“kenapa menangis?”

Haikal mengeleng. Tangan Sofi dikucup lagi. Dia sayang Sofi.

“Karl, Sofi mintak maaf” Sofi bersuara perlahan. Suaranya seakan nak menangis. Rasa bersalah sebab tuduh suami macam tu. Ni kot balasan tuhan buat suami berkecil hati.

Haikal hanya mengeleng kecil sambil tersenyum.

“Sofi… tak ada niat nak cakap Karl macam tu. Sumpah! Sofi sayang Karl. Sofi mintak maaf” air mata Sofi mengalir.

“Karl maafkan. Salah faham jer tu. Perempuan tu kawan universiti Karl. Sumpah! Sofi… Karl tak suka pun kat dia. Karl Cuma tolong dia. Dia kata nak pergi kedai nak beli barang. Alang-alang Karl nak pergi jugak, Karl tumpangkan jer. Tak sangka dia mengedik dekat Karl. Karl mintak maaf sebab tengking Sofi.” Tangan 

Sofi dikucup Haikal lagi.

Sofi senyum kecil.  Tangan sebelah kanan pula mengusap rambut Haikal lembut.

Serentak itu mama, papa dan ibu ayah Haikal masuk kedalam bilik. Muka masing-masing ceria semacam walaupun jam dah menunjukkan pukul 2 pagi.

“Papa dengar cerita, tak lama lagi kitorang dah nak dapat cucu.” Papa senyum makna memandang Sofi. Sofi yang tak tahu apa-apa, terpinga-pinga.

Yang lain gelak melihat riaksi Sofi. Haikal hanya tersengih.

“Sofi, lepas ni jangan buat kerja berat-berat lagi. Jaga kandungan tu elok-elok” pesan mama. Ibu yang berdiri sebelah Sofi mengusap kepala Sofi lembut.

“kandungan?” tanya Sofi pelik. Muka mama, ibu, ayah, papa dan Haikal dipandang silih berganti.

“Sofi dah mengandung dua bulan” Haikal menjawab.

Sofi dah terlopong. Erk? Dua bulan?

“okey la, kitorang balik dulu dah pukul 2 pagi dah ni. Biar Haikal yang teman kamu malam ni ye Sofi”
Sofi dan Haikal hanya menganguk.

***********
Semua dah pulang hanya tinggal Haikal yang setia menemani Sofi. Masing-masing hanya diam.

“Karl, kena..”

“Wuek!” berlari Haikal kearah bilik air untuk muntah. Sofi dah tercengang.

“Karl! Okey tak?” jerit Sofi dari atas katil. Bunyi air dalam bilik air dan pintu terbuka dari dalam oleh Haikal. Muka Haikal pucat. Longlai dia jalan kearah sebelah katil Sofi.

“Karl okey tak?” tanya Sofi.

Haikal hanya mengangguk. Kepalanya yang kembali sakit dan tekak rasa mual datang balik. Kepala direbahkan berbantalkan lengan disebelah Sofi. Sofi yang kesian tengok keadaan Haikal hanya tersengih lalu mengurut perlahan kepala Haikal dengan tangan kiri.

Haikal kena morning sickness ibu mengandung ke ni? Muahahha. Aku relaks jer. Dia yang kena. Ni nak sayang Haikal lebih ni.

“Karl.. sakit la tidur macam tu. Baring kat sini meh” pelawa Sofi. Kesian tengok keadaan Haikal yang tidur sambil duduk disebelah dia.

Haikal bangun dari kerusi. Katil single hospital dipanjat lalu baring mengiring memeluk Sofi. Sofi tersengih. Tangan mengurut perlahan kepala Haikal.

Aku yang sakit sekarang ni. Alih-alih kena jaga dia pulak.

“Karl. Sejak bila muntah-muntah ni?’

“Dua hari lepas” jawab Haikal. Pipi Sofi dicium sekilas sebelum dia menyembamkan muka didada Sofi.

“Karl kena morning sickness kot. Sofi tak rasa apa-apa pun”

Haikal angkat muka pandang Sofi yang tersenyum manis. Muka pucat Haikal dielus lembut oleh Sofi.

“Tu tandanya… Karl sayang Sofi tahu!” usik Haikal sambil kepit hidung Sofi. Sofi tergelak kecil.

“Tahu la!”

“Thanks Sofi sebab mengandungkan anak Karl”

“Kalau bukan Sofi siapa lagi. Lainlah kalau Karl nak kahwin lain. Ye la… Sofi nikan dah tua” usik Sofi.

“Tak. Sofi sorang jer yang akan lahirkan anak Karl. Umur Sofi jer yang makin tua tapi perangai macam budak-budak. Buat Karl pening jer nak pujuk kalau dia merajuk.”

Sofi tersengih. Memang betul pun. Berbunga hati dengar ayat Karl. Dasar mulut manis betul budak ni. Suami siapa la tu.

*****
Suara tangis Hafie Shazwan bergema kuat sampai menarik perhatian orang ramai yang berada diluar dewan tersebut. Sofi mengemaskan dukungan Hafie. Dia meluru kearah surau wanita yang tidak ramai orang untuk menyusukan Hafie. Senyap terus Hafie bila dapat susu. 

Ibu dan ayah masih didalam dewan untuk melihat Haikal ambil scroll. Harini secara rasminya Haikal dah tamatkan ijazah sarjana mudanya.

Hafie Shazwan bin Haikal Danial. Anak mereka berdua yang dah berusia setahun lebih. Siap menyusu, Sofi mengemaskan letak baju yang terselak. Hafie tergelak bermain dengan permainan yang berada ditangan. Dah kenyang la katakan. Ceria habis.

Dari Jauh Sofi yang mendukung Hafie nampak Haikal keluar dari dewan dengan diiringi ibu dan ayah. Mama dan papa tak dapat hadir sama sebab menunaikan umrah. Hanya ucapan tahniah yang dititipkan dari sana kepada Haikal.

Haikal meluru kearah Sofi dan Hafie.

“Hai, anak papa. Gembiranya dia” pipi montel Hafie dicubit manja. Geram sangat. Hafie yang sememangnya manja dengan Haikal meronta-ronta nak Haikal dukung.

Sofi hanya tersenyum. Hafie diberi kepada Haikal. Pipi gebu milik sikecil dicium bertalu oleh si papa.

“Sofi, hadiah Karl mana?”

Sofi blur. Hadiah apa pulak ni? Bukan semalam dah bagi ke?

“Berapa banyak hadiah Karl nak ni?” tanya Sofi. Muka sengih nakal Haikal dipandang.

“Harini Sofi tak bagi hadiah dekat Karl lagi. Dekat sini.” Jawab Haikal sambil menunjukkan pipi kanan dia. 

Cis! Kat depan ibu ayah jugak la dia mintak. Buat malu jer. Pingang Haikal dicubit Sofi. Geram!
Haikal, ibu dan ayah tergelak besar. Hafie yang tengok papa dia tergelak turut mengekek sama.

“Dah jom ambil gambar” ujar ayah sambil menghulurkan kemera kepada seseorang untuk membantu mengambil gambar mereka sebagai kenangan.


Dalam hati Haikal. Dia berbisik…”Ya Allah, terima kasih menghadiahkan Sofi dalam hidup aku. Terima kasih dengan adanya Hafie menceriakan hidup kami sekeluarga. Terima kasih dengan kasih sayang yang Kau beri dalam hidup kami. Semoga aku terus setia dan mencintai Sofi dalam hayat aku.”

Dalam hati Sofi. Dia berbisik… “Terima kasih Ya Allah hadirkan rasa cinta dalam diri aku kepada Haikal. Sesungguhnya perancangan Kau adalah yang terbaik.”

Pada mulanya dimata dia Haikal hanya seorang adik yang memerlukan kasih sayang seorang kakak. Itu yang Sofi rasa. Dan sebab itu dia tak boleh terima Haikal sebagai seorang suami. Namun, hati manusia ditangan Allah. Dia yang membolak balikkan hati kita dan dia yang menenangkan hati kita. Terimalah sesuatu perkara dengan redha. Nescaya, kita akan rasa manisnya keredhaan dikemudian hari.

“Karl, Sofi sayang Haikal Danial” bisik Sofi perlahan ditelinga Haikal membuatkan Haikal tarik senyum lebar sambil cium dahi Sofi. Lalu dahi Hafie turut dihadiahkan cium kasih.


-          ------------> Fuh… rasa macam berat hati nak post cerita ni… hehehhee… 
 
TeEn LoVe StOrY Blogger Template by Ipietoon Blogger Template