“Husna...” ragu-ragu Azira nak berkata-kata.
Dia rasa kesian dengan Husna. Selama setahun dia tinggalkan Malaysia dan kini
dia kembali hanya untuk Khalish.
Walaupun dia kesiankan Husna tapi dalam masa
yang sama hati dia sakit sangat bila tengok kebahagiaan Khalish dan Husna
sekarang. Bertambah terluka hati dia bila Husna sedang mengandungkan anak
Khalish!. Ya Allah… dia rasa menyesal sungguh dulu kerana meninggalkan
Khalish
hanya sebab takutkan tanggungjawab dan sekarang dia kembali untuk meruntuhkan
rumahtangga orang. Adakah dia kejam? Kejam kerana anak yang bakal Husna
lahirkan akan jadi
seperti dia. Punya ibubapa yang bercerai?
Husna genggam erat kedua tangan sendiri
dibawah meja. Sungguh! Dia takut. Takut akan kehilangan Khalish. Adakah Azira
kembali untuk mengambil semula Khalish?
“Husna… saya minta maaf sebab melibatkan awak
dalam masalah kami berdua dulu. Saya tahu awak dah lama ada hati dengan Khalish
dan mungkin bagi awak itu adalah satu peluang untuk dapatkan Khalish dan awak
berjaya. Tapi Husna, sehingga kini saya masih cintakan dia. Dan saya rasa cinta
kami masih utuh kerana kami bercinta dah hampir 6 tahun Husna. Awak rasa cinta
Khalish untuk saya masih ada tak. Saya harap awak faham” panjang lebar Azira
berkata. Dia harap sangat Husna faham apa yang dia rasa.
Husna dah bergenang air mata. Tapi dia tahan
agar tak menitis depan Azira. Tolong kuat husna! Please kali ini saja!
Ya! Dia faham apa yang Azira nak sampaikan.
Ya, Khalish masih cintakan Azira dan bukan dia. Dia tahu… sejak awal
perkahwinan mereka lagi, Khalish sering tersasul panggil dia Azira. Walaupun
itu cuma dia awal perkahwinan tapi… dia yakin Khalish masih cintakan Azira bila
ketika Khalish menyentuh dia waktu malam pun kalau nama Azira yang Khalish
sebut ketika diluar sedar apakah maknanya itu? Cintakan?
“Apa yang awak nak saya buat?” lemah suara
Husna bertanya.
“Tinggalkan Khalish. Saya bukan nak berlaku
kejam pada awak dan anak awak Husna. Tapi saya pun terseksa sama bila orang
yang saya cinta ada perempuan lain. Untuk hidup bermadu saya tak mampu Husna…
tapi awak jangan risau, saya akan tolong awak dan benarkan anak awak untuk
berjumpa dengan Khalish nanti”
Husna kalah! Air mata dia mengalir. Sampai
hati diorang, belum anak aku dilahirkan lagi diorang dah rancang untuk jauhkan
dia dari papa dia. Apa hak Azira untuk menentukan semua ni padahal dia bukan
isteri Khalish lagi. Baby maafkan Umi!
“Awak tak rasa kejam ke dengan anak saya? Bila
dia lahir nanti dia tak akan punya ayah yang akan sama-sama besarkan dia. Tak
boleh ke awak biarkan kami bahagia seperti sekarang ni?” pinta Husna. Seolah-olah merayu. Demi anak dia… dia sanggup merayu. Asalkan anak dia nanti
ada kasih sayang seorang ayah.
Azira tarik nafas dalam. Dia perlu berlembut
dengan Husna. Dia yang nak ambil Khalish semula dari Husna, dia tak boleh terus
melenting padahal ini baru diperingkat permulaan.
“Husna… ya.. saya tahu awak dan Khalish
bahagia sekarang…” kesat rasa tekak bila dia perlu mengaku kebahagian hidup
Husna dan Khalish.
“tapi cuba awak fikir balik, cinta Khalish ada
pada saya… mungkin depan awak dia pura-pura bahagia tapi dalam hati dia? Dia
mungkin terseksa Husna. Awak tak terfikir ke? Sekarang adalah masa yang sesuai
untuk awak pula bagi sesuatu yang boleh membahagiakan dia.”
Sesungguhnya dia dah pun berpakat dengan mama
Khalish untuk memujuk Khalish memaafkan dia.
Dia sebenarnya dah berputus asa
untuk merayu pada Khalish. Sebenarnya dah 2 bulan dia pujuk Khalish untuk
bersama dan terangkan tujuan sebenar dia balik Malaysia. Tapi Khalish mengelak
dan bersungguh-sungguh kata yang dia tak akan terima Azira balik.
Husna hanya berdiam. Dalam kepala otak dia
sekarang ni serabut dengan semua ni. Emosi dia bercelaru. Sama ada nak
pentingkan kebahagiaan diri atau membahagiakan Khalish? Tapi anak yang dia
kandung ini? Husna usap perut dia yang membukit.
‘baby.. apa patut umi buat? Nak papa bahagia
atau hanya umi yang bahagia? Umi kejam ke’ getus hati Husna.
“Husna.. awak fikir la baik-baik. Saya bagi
awak masa untuk fikir dengan mendalam.” Saja Azira berkata begitu kepada Husna.
Dia tahu Husna dah berbelah bagi dengan keputusan sendiri. Kalau betul Husna
sayangkan Khalish, dia mesti sanggup berundur diri untuk lihat Khalish bahagia.
Dan… kalau rancangan yang ini tak berjaya… dia
akan gunakan mama Khalish untuk dapatkan Khalish. Dia tak kisah dengan apa cara
sekalipun! Yang penting… Khalish akan ada dalam dakapan dia.
Husna hanya mengangguk kecil dan terus berlalu
dari situ.
Abang… abang masih cintakan Azira ke? Tak ada
ke sekelumit cinta abang untuk saya?
Sampai sahaja Husna dirumah mama Khalish dia
nampak Khalish sedang duduk bersantai di gazebo dengan mama. Husna tersenyum
manis membalas senyum Khalish. Cepat-cepat dia pergi kearah Khalish ketika
Khalish mengamit dia.
Mama Khalish pulak dah hadiah jelingan tajam
pada Husna. Apa Husna ingat dengan dia mengandungkan cucu aku, aku akan berbaik
dengan dia? Suka dia? Jangan harap! Aku rela Khalish tinggalkan perempuan tu
dan kahwin dengan Azira. Dasar perempuan tak ada asal usul! Terus mama
Khalish
bangun dan berlalu masuk kedalam rumah.
“Lambat Husna balik hari ni” kata khalish
sambil menyisir rambut Husna yang kelihatan kusut.
Husna senyum. “Banyak kerja dekat pejabat
tadi. Lepas tu Husna keluar jumpa kawan kejap”
walaupun dia tak beritahu hal
sebenar sekurang-kurangnya dia tak menipu Khalish.
Khalish mengangguk.
Tangan Khalish mengusap perut Husna yang dah
membesar sedikit dari biasa. Husna dah
mengandung 5 bulan. Tersenyum dia bila
teringat yang tak lama lagi dia akan jadi papa.
“Husna masuk dulu” pamit Husna. Khalish hanya
memandang. Pelik… selalu Husna akan bercerita apa yang dia buat hari ni. Tapi
sekarang dia diam saja. Mungkin penat.
+++++++
“Abang” Panggil Husna dari atas katil.
Khalish yang sedang menonton berita hanya
menyahut tanpa memandang.
“Abang, nak namakan anak kita apa?”
Khalish toleh sekilas pandang Husna.
“Tak awal sangat ke awak? Baru 5 bulan”jawab
Khalish.
Hurmmm.. Husna terdiam. Memang awal, tapi dia
takut tak sempat.
“Takut tak sempat” perlahan saja Husna
bersuara. Tapi Khalish masih boleh dengar.
“Kenapa pulak tak sempat? Sempat la”
Husna dah tarik nafas. Dia turun dari katil
dan duduk disebelah Khalish disofa.
Khalish mengensot lebih rapat kearah Husna
sambil peluk bahu Husna. Automatik kepala Husna berada didada Khalish. posisi
ni memang Khalish suka. Sebab boleh main rambut Husna yang dah panjang paras
bahu tu.
“Abang cakap jer la abang nak namakan anak
kita apa. Husna nak tahu jugak” rengek Husna sambil main-main butang baju
Khalish.
Khalish dah tersenyum lucu. Husna memang kadang-kadang
manja teramat. Kadang-kadang suka buat muka mono.
“Errrmm….” Khalish diam memikir.
“Kalau Husna nak nama apa?” tanya Khalish.
“Husna tak tahu. Husna ikut abang jer. Apa
yang abang suka Husna pun suka” balas Husna sambil peluk Khalish erat.
Itulah Husna. Semua benda dia akan dahulukan
Khalish. Yang pasti Khalish suka.
“Kalau lelaki abang suka nama… Muhammad Naqid
bin Muhammad Khalish. amacam sedap tak?”
Husna mengangguk laju. Dia suka.
“Kalau perempuan?”
“Errm.. anak perempuan Husna la bagi nama.
Baru adil”
“Husna suka nama Khayla. Khayla maksudnya yang
cantik. Nurul Khayla binti Muhammad Khalish”
“Abang suka. Simple and meaningful”
Husna menguap. Dia dah mula mengantuk.
“Pergi la tidur dulu.” Suruh Khalish sambil
gerak-gerakkan bahu Husna.
Husna geleng-geleng kepala. “Nak tidur peluk
abang” sahut Husna saja nak mengedik.
Khalish dah tergelak-gelak. “Kalau nak abang
kena kerja overnight la Husna malam ni. Upah sebab kena peluk Husna.” Usik
Khalish sambil terangkat-angkat kening buat muka nakal.
Husna menjeling manja.
“Boleh jerrrr…” jawab Husna saja
meleret-leret.
Khalish dah telan air liur. Aiiii Husna ni.
Mengoda aku nampak?
“Husnaaa…. Abang tak bergurau ni.” Bergetar
suara Khalish memberi amaran. Dada dah rasa
berkerja lebih cepat ni.
“hahahha… Jom la bang” manja Husna ajak
Khalish.
Khalish apa lagi. Semangat waja terus!
++++++
“Abang.. Husna siapa pada abang?”
“Isteri abang la”
“So… kalau isteri, abang sayang Husna la ni?”
Soal Husna teruja. Mata Khalish ditatap dalam.
Khalish buat-buat mengeliatkan badan.
“Husna, tolong picit badan abang. Penat la
arini”
Husna dah kecewa. Khalish berdalih!
“Abang ni memang setiakan.”
Khalish dah kerut kening.
“AIk? Kenapa pulak cakap macam tu?”
Husna picit-picit bahu Khalish. “Sebab cinta
abang tu memang susah Husna nak dapat”
“Dapat dari siapa?” tanya Khalish pelik.
“Azira” perlahan jer Husna menjawab.
Khalish dah terdiam.
“Don’t assume something you do not know” tegas
Khalish berkata. Lalu terus dia berlalu kedalam
bilik air untuk mencuci muka
dan gosok gigi. Husna dah terkulat-kulat kat sofa. Aik? Marah ke?
Khalish pandang muka dia dekat cermin.
‘Bila kau nak bagitahu Husna yang kau cintakan
dia? Tapi perlu ke? Takkan Husna tak nampak gerak geri aku selama ni
menunjukkan aku sayang dia.’
“Arghhh! Serabut!”
0 comments:
Post a Comment