Sayup-sayup Husna dengar suara menangis Naqid.
Ya Allah... sakitnya. Kepala dia rasa berdenyut lagi.
“Naqid..” lemah suara Husna panggil Naqid.
Terasa perit tekak dia. Mata masih terpejam sebab dia rasa macam nak tidur
lagi. Tapi dirisaukan Naqid.
“Umiiiii”seru Naqid sambil goyang-goyangkan
tangan Husna.
“Husna dah sedar?”
Husna cuba bukak mata bila terdengar suara
perempuan yang dia tak kenal. Berbalam-balam pandangan dia. Mata dikecikkan
bagi memfokuskan gambaran.
Dia nampak seorang perempuan yang boleh
dianggap kakak sedang duduk disisi dia sambil riba Naqid. Ada jugak dua orang
lelaki yang sedang berdiri dihujung kaki dia. Terus Husna raba-raba kepala
takut aurat dia terdedah. Alhamdulillah, dia pakai tudung lagi.
“Umiii...” Naqid dah bergerak nak naik atas
badan Husna. Dia nak peluk Husna. Tapi cepat-cepat didukung salah seorang
lelaki tadi.
“Nak Umi! Nak umi!” jerit Naqid sambil
meronta-ronta. Husna yang masih lemah dan tak bermaya hulur tangan nak ambil
Naqid tapi dihalang perempuan tadi.
“Husna lemah lagi, biar Naqid nanti Khalish
handle.”
“Khalish?” Husna terkejut. Terus dia menoleh
kearah lelaki yang sedang mendukung Naqid yang teresak-esak menangis. Mata mereka
bertatapan. Lama. Ya Allah! Kenapa aku
tak perasan dari tadi.
Khalish hanya diam. Dia sebenarnya masih
terkejut sebab boleh berjumpa dengan Husna dekat sini. Hampir 4 tahun dia cari
Husna. Akhirnya dia jumpa. Dan Naqid? Anak dia yang sangat comel. Dia rasa
terharu, dan kecewa dengan apa yang terjadi selama ni.
“ Nama akak, Kak Ira. Ni suami akak, Abang
Yusuf dan yang ni Khalish adik akak.”
Husna hanya mengangguk. Ni ke kakak sulung
Khalish? Yang tak pernah dia jumpa sebab kak Ira dulu masih belajar diluar
negara. Lagipun kisah dia dan Khalish hanya wujud selama setahun jer.
Naqid meronta-ronta lagi dalam dukungan
Khalish. Husna faham sangat dengan perangai Naqid, dia mana nak dengan orang
sebab hidup Naqid hanya ada Husna. Cuma bila Husna kerja saja dihantarnya Naqid
kerumah jiran untuk dijaga.
“Naqid, sini sayang” lemah suara Husna
memanggil Naqid. Perlahan-lahan Khalish melepaskan Naqid untuk pergi kearah
Husna.
Terkedek-kedek budak kecik tu berjalan sambil
tersedu-sedu menangis nak kan uminya. Yang lain hanya memerhati. Masing-masing
tak tahu nak cakap apa sebenarnya.
Naqid panjat kerusi yang berada disebelah
katil hospital yang menempatkan Husna. Tertonggeng tongeng dibuatnya sebab nak
cium pipi Husna punya pasal. Naqid... Naqid.. Umi sayang Naqid sangat-sangat.
Ira rasa sedih tengok dua beranak ni. Sebab
dia tahu kisah disebalik kebahagian dua beranak tu. Cepat-cepat dia seka hujung
mata sambil buang pandang kearah adiknya yang dari tadi membisu.
Ira dan Yusuf segera meminta diri bila
teringatkan anak mereka yang ditinggalkan dengan adik bongsu mereka tadi.
“Terima kasih kak, abang, Khalish. Sebab bantu
saya. Kalau tak, tak tahulah macam mana dengan Naqid tadi.” Ucap Husna ikhlas.
Memang dia berterima kasih sungguh dengan mereka.
Abang Yusuf dengan Kak Ira hanya tersenyum.
“Dah memang tanggungjawab kami, Husna. Kalau
tak kami orang lain juga akan tolong Husna tadi.
Lagipun, mungkin ada hikmah
semua ni” penuh makna kata-kata Kak Ira. Sambil berkata dia kerling kearah
Khalish yang berada dihujung katil Husna.
‘Memang ada Hikmah, sebab saya jumpa awak
Husna’ detik hati Khalish.
Abang yusuf dan Kak Ira berlalu pergi. Tapi
pelik, Khalish tak gerak-gerak dari kerusi. Naqid pulak dah baring terlentang
disebelah Husna diatas katil hospital tu.
Husna rasa janggal. Dah lama tak berdua dengan
Khalish.
Macam-macam persoalan yang berada dalam kepala
dia. Banyak benda dia nak bertanya pada Khalish tapi tak terluah.
Abang sihat? Macam mana kehidupan? Azira mana?
Dah berapa orang anak?
Khalish pulak…. Benda pertama sekali dia nak
buat bila jumpa Husna adalah… nak peluk Husna dan Naqid ketat-ketat. Dia rindu…
sungguh! Rindu..
Kenapa Husna tinggalkan abang? Kenapa Husna
pisahkan abang dengan anak kita? abang nak cakap yang abang cintakan Husna. Sangat!
Air mata yang dah mula bergenang ditubir mata
Khalish seka cepat-cepat. Dia berdehem membetulkan suara.
“Sejak bila Husna demam?” tanya Khalish sambil
merenung anak mata Husna. Dia tahu Husna rasa tak selesa. Tapi dia tak nak
balik. Dia rasa terpanggil untuk terus disini dan menatap Husna.
“Petang tadi” jawab Husna. Mata dia memerhati
Naqid yang ralit bermain hujung tudung umi dia sambil hisap ibu jari. Comel
sungguh!
“Abang balik jer la, Husna okay jer kat sini”
“Naqid macam mana? Dia tak nak berenggang
dengan Husna”
“Tak pa, Naqid biar dekat sini. Lagipun kami
hanya berdua sahaja disini, mungkin nurse akan faham nanti”
“Tapi Husna tak kuat lagi nak layan kerenah
Naqid. Biar abang tunggu dekat sini. Takut-takut nanti Naqid nak ketandas atau
nak susu ke... abang boleh tolong” lembut suara Khalish berkata-kata.
Tiba-tiba dia rasa sayu. Macam manakah keadaan
Husna ketika mereka kesusahan seperti ini? Kejamnya dia. Padahal dia tahu Husna
sebatang kara.
Husna pula dah bergenang air mata. Dalam hati
dia... rasa cinta terhadap Khalish tak pernah hilang. Sungguh! Demi tuhan dia
sangat merindui lelaki itu. Dia rasa nak peluk dan belai lelaki dihadapan dia
ni. Tapi, dia tahu... dia tak boleh.
Segera Husna seka hujung mata dengan ibu jari
dan pura-pura melayan kerenah Naqid. Taknak melayan perasaan sedih.
Khalish ralit memerhati Husna yang walaupun
lemah tapi masih boleh tersenyum dan bergurau senda dengan Naqid. Tersenyum dia
tengok keletah Naqid dan Husna
Naqid yang sedang hisap ibu jari
mencebik-cebik bila Husna tarik jari kecik dia dari mulut. Lepas tu digenggam
kuat-kuat tangan kecil tu supaya Naqid tak boleh bawa kedalam mulut lagi.
“Umi... nanak la!!!” jerit Naqid sambil
tarik-tarik tangan dia dalam genggaman Husna.
“Jangan hisap!” Husna bulatkan mata. Dia
acah-acah nak gigit lengan Naqid. Mengekek budak kecik tu ketawa.
“Umii”panggil Naqid berdayu-dayu. Husna dah
tersenggih. Faham sangat! Nak tidur la tu.
Naqid panjat atas badan husna dan berbaring
didada Husna. Tabiat dia bila nak tidur.
Cepat-cepat Khalish bangun dari kerusi nak
angkat Naqid sebab dia nampak Husna macam penat sangat bila Naqid berbaring
macam tu. Tapi belum apa-apa dah dihalang Husna.
“Tak per bang, dia kalau nak tidur memang
macam ni” rambut Naqid diusap lembut sambil ibu jari Husna digenggam Naqid.
Terkedu Khalish dibuatnya... manja sungguh
Naqid dengan Husna.
“Umi..”panggil Naqid lagi sambil peluk badan
Husna kuat-kuat. Muka dia dah tersembam kat dada Husna.
Rambut Naqid diusap dan ditepuk punggung Naqid
samba mengalunkan zikir agar Naqid terlelap.
“Naqid, cayang Umi” ucap Naqid sekian kalinya.
Makin membuatkan perasaan Khalish menyucuk
bila terkenangkan dia tak ada saat Naqid membesar.
Adakah Naqid akan manja
begitu dengan dia kalau mereka bersama dari dulu? Arghhh!!! Benda dah lepas tak
guna nak dimenyesalkan.
Ya Allah masih adakah lagi kesempatan aku untuk
menatap pemandangan indah ini.
Husna yang dah biasa dengar ucapan sayang
Naqid sebelum tidur hanya tersenyum. Itulah rutin mereka setiap malam. Naqid
nak baring atas dada dia, nak dia zikirkan sambil usap dan tepuk-tepuk sampai
terlelap.
Kadang-kadang dia lenguh jugak sebab Naqid
makin membesar tapi dia nak mengabadikan kenangan ni sampai bila-bila.
“Meh abang angkat Naqid ke sofa. Dia dah tidur
tu.” Pinta Khalish.
Husna pun sebenarnya dah mengantuk sangat. Dia
hanya memerhati Khalish mencium dahi Naqid.
Ya Allah, adakah dia masih jodohku?
Adakah aku dikira tamak sekiranya aku meminta kepada Kau untuk memanjangkan
jodoh kami? Jauh disudut hatiku, aku ingin untuk terus disamping lelaki itu.
Walaupun bukan sebagai perempuan yang dicintai Khalish.
“Husna tidur la, dah lewat sangat ni”
“Abang?”
“Abang tidur dengan Naqid kejap lagi”
Husna mengangguk. Mata cuba dipejamkan tapi
rasa tak selesa dengan pandangan tajam Khalish.
Khalish tak akan puas memandang wajah pucat
wanita yang dirindu selama 4 tahun ni. Kita masih suami isteri, Husna. Dan abang
saat ini… sumpah! Rasa nak sangat usap wajah Husna.. cium dan peluk tubuh itu.
Husna nampak lain. Sekarang wanita itu dah
berhijab.. adakah rambut Husna masih pendek seperti dulu? Dia tak tahu.. sebab
Husna masih bertudung sekarang ni didalam wad. Wajah itu dah hilang
keremajaannya diganti dengan muka ayu penuh keibuan.
Husna pulak. Gara-gara tak dapat lelap, mata
dia terkebil-kebil memandang siling wad. Abang nampak lebih matang dan
berkarisma. Husna sedar dia tak pernah minta fasakh untuk memutuskan
perkahwinan ini sebab dia sangat sayangkan Khalish. Biarlah dia terus untuk
hidup sebagai isteri lelaki itu. Dia sanggup!
“Husna…” panggil Khalish perlahan.
Husna berpaling memandang Khalish yang sedang
duduk disisi dia.
Khalish dah tak boleh tahan untuk tak menyoal
benda ni. Dia tak sanggup tunggu lagi.
“Kenapa Husna tinggalkan abang?” sayu suara
Khalish ketika menyoal.
Husna dah terkedu dengan soalan Khalish. Mata dia
bergenang bila teringat memori 4 tahun lepas.
0 comments:
Post a Comment