Saturday 25 October 2014

Jangan Letih Mencintaiku #4

Husna tersedar dari lamunan memori 5 tahun lepas. Buat apa dia nak ingat lagi. Hish!

Husna betulkan tudung yang dah terbang-terbang angkara ditiup angin. Nyamannya suasana kat sini. Kalau la dia kaya, boleh berhenti kerja dan menetap dekat sini terus kan bagus. Tapi, dia sedar dia masih ada tanggungjawab yang perlu digalas dan perlu kerja untuk terus hidup.

Pantai Seri Indah ni memang betul-betul indah! Pertama kali dia menjejakkan kaki dekat sini dia dah jatuh cinta dengan konsep resort dekat sini sangat unik dan nyaman. Saja, dia ambil cuti dan datang kesini sebab nak menenangkan fikiran. Lagipun Naqid tak pernah lagi dibawa kepantai.

Bila tengok Naqid berlari kesana kesini main pasir pantai dengan budak-budak yang lain Husna rasa sayu. Hidup Naqid hanya ada Husna. Tak ada ayah untuk Naqid menumpang kasih. Sebab mungkin sekarang Khalish dah bahagia dengan Azira. Naqid tak ada nenek dan atuk macam kanak-kanak lain, sebab Husna anak yatim piatu sekarang. Mak ayah Khalish pun tak pernah terima dia dalam keluarga mereka.

Walaupun Husna rasa dia tak pernah kecap bahagia dengan perkahwinan dia dengan Khalish tapi dia tak pernah menyesal. Sebab apa? Sebab Allah beri dia kesempatan untuk hidup dengan orang yang dia cinta. Walaupun sekejap. Ya! Walaupun sekejap. Dan yang paling dia bersyukur sangat, Allah gantikan Khalish dengan Naqid. Zuriat Khalish ada dengan dia. Tanda cinta dia.

“Umi!” panggil Naqid dari arah pantai sambil melambai-lambai

Husna tersenyum sambil mengamit Naqid datang kearah dia

Naqid bangun dari timbunan pasir. Dia berlari-lari anak kearah Husna. Lucu betul tengok Naqid berlari tak padan dengan umurnya yang baru berusia  empat tahun.

“Umi, jom la main sama” ajak Naqid sambil menarik-narik tangan Husna
Husna mengesat peluh didahi Naqid.

“Sayang, jom kita masuk bilik. Dah senja dah ni, besok kita sambung main. Okey?” ajak Husna lembut. Naqid hanya menurut.



++++++

Husna dah garu-garu kepala, pening nak layan kerenah Naqid. Budak kecik tu merengek-rengek dari tadi tapi bila ditanya nak apa asyik mengeleng jer. Aduh! Dugaan betul. Dah la Husna pun tak sihat sangat sebab demam.

Tiba-tiba balik dari pantai tadi badan dia dah start panas tapi dia masih boleh bertahan. Naqid pulak lepas mandi dan makan malam tadi dah start merengek. Nak kata demam macam tak... nak kata sakit perut pun tak.

“Umiiii... umiii..” rengek Naqid sambil goyang-goyangkan kaki Husna yang sedang berlunjur diatas katil.
Husna usap-usap kepala Naqid.

“Nak apa sayang? Kenapa ni? Umi tanya dari tadi lagi, tapi Naqid taknak bagitahu” tanya Husna lembut sambil pandang Naqid yang dah terguling-guling atas katil kat sebelah dia.

Aduhai anakkk...

“Umii... Naqid ocannn” rengek Naqid lagi.

Husna tersenyum geli hati. Pelat lagi budak ni. Hehehee.

“Bosan ya sayang?” tanya Husna sambil tarik Naqid agar duduk diatas riba. Pipi Naqid dicium geram sambil gomol kuat-kuat.

Naqid terkekek-kekek ketawa. Tangan kecik dia tergawang-gawang tolak muka Husna.

“Naqid ocan Umi... Jom la alan-alan”

“Nak jalan-jalan kat mana? Dah malam sangat ni. Kenapa Naqid tak mengantuk lagi ni haa”
Naqid buat mata comel. Ibu jari dimasukkan kemulut. Tabiat dia!

Husna tarik balik jari kecik dia tu. Tapi dia masukkan balik dalam mulut. Husna hanya mampu tersenyum. Buah hati pengarang jantung dia ni.

“Jom alan-alan... nak alannnn... nak alannn..” rengek Naqid lagi. Time ni siap turun dari katil lepastu hentak-hentak kaki.

“Ye la.. jom-jom. Kejap Umi pakai tudung”

Husna mengalah. Budak kecik ni selagi tak tunaikan benda yang dia mintak, selagi tu laaa dia merengek.

Husna hanya sarung cardigan hitam untuk tutup baju tshirt lengan pendek dengan tudung sarung Syria. Senang! Cun pun cun!.

Tangan Naqid dipimpin menghala ke playground yang memang ada dalam resort tu. Masih ramai kanak-kanak yang bermain disitu ditemani ibubapa. Fuhhh! Tak ada la Husna risau sangat Naqid nak bermain nanti.

Angin malam yang dingin buat Husna rasa badan dia makin lemah. Mencucuk ke tulang sejuk dia. Dah puas dia ajak Naqid balik, tapi budak kecik tu berlari kesana kemari dari tadi. Apatah lagi dia siap berkawan dengan kanak-kanak yang bermain dekat situ makin rancak la Naqid bermain.

Husna rasa kepala dia mula berpinar-pinar. Nampak Naqid dari jauh dah macam ada dua tiga orang. Mata dipejamkan seketika sambil urut-urut dahi. Ya Allah! Sakitnya kepala dia. Tak boleh jadi ni. Sebelum apa-
apa terjadi baik dia bawa Naqid balik bilik.

“Naqid!” seru Husna sambil bangun dari kerusi batu yang terletak dipenjuru taman permainan tu.
Naqid hanya toleh sekilas lepastu lesap dalam gelongsor. Aduhai anak.

“Naqid, jom balik” panggil Husna lagi sambil terjengah-jengah kat dalam gelongsor tu nak cari Naqid.

“Nanak!!” suara Naqid jer yang kedengaran. Orangnya ngaib.

Makin berdenyut kepala Husna dibuatnya. Makin lama lutut dia pula rasa makin lemah. Rasa macam nak tumbang.

“Naqid...”

“Umi!” jerit Naqid bila nampak Husna dah rebah ketanah. Menangis-nangis Naqid berlari kearah Husna. Ibu bapa yang datang pun turut berkerumun kearah dia.

“Ya Allah!” Jerit seorang perempuan yang kebetulan tadi berdiri sebelah Husna.


“Abang! Mari sini! Tolong cik ni!” jerit perempuan tu sambil dukung Naqid yang dah meraung-raung nak umi dia.

Wednesday 15 October 2014

Jangan Letih Mencintaiku #3

Khalish hela nafas berat bila dia bukak-bukak jer pintu bilik tidur dia, perkara pertama dia nampak adalah Husna yang sedang duduk bersila atas katil sambil pandang kosong dinding bilik.

Tiba-tiba dia rasa kesian dengan Husna bila tahu keadaan gadis itu. Perkahwinan mereka pagi tadi menunjukkan sangat yang Husna sebatang kara. Hanya ada seorang sahabat baik bernama Sara yang mereka kenal dirumah anak yatim. Itu sahaja. Tak ada sedara mara Husna yang hadir kemajlis mereka tadi.

Bertambah jatuh kesian Khalish terhadap Husna bila Mama dia sendiri tak merestui perkahwinan ini. Majlis ini berlangsung hanya kerana nak menutup malu bila Azira larikan diri. Nampak sangat muka Husna berubah sayu tadi bila Mama asyik menjauhkan diri dari Husna dan langsung tak mahu bersalam.

Masalah makin berat ni. Dia rasa bertanggungjawab pula nak menjaga Husna.

“Abang”

Khalish tersentak dari lamunan bila terdengar suara Husna macam memanggil seseorang. Abang? Dia ke?

“Saya ke?” tanya Khalish polos sambil berjalan kearah Husna lalu duduk disisi gadis itu.

Dari hujung mata Khalish nampak Husna mengangguk.

“Tak apakan kalau Husna panggil awak abang? Lagipun awak suami saya”

“Err.. suka hati awak la”

Diam menyepi. Masing-masing masih rasa janggal.

“Husna”

“Abang”

Serentak Husna dan Khalish bersuara. Dua-dua saling berpandangan sebelum terukir senyum.

“Abang cakap la dulu”

“Husna tahukan kenapa kita kahwin?” tanya Khalish perlahan.

Husna mengangguk. Ya! Dia tahu. Baru tahu siang tadi bila mama Khalish tak habis-habis suruh dia sedar diri yang Khalish terima dia yang hina ni sebab terdesak! Azira tak bersedia nak kahwin. Dan dia? Hanya jadi calon kedua yang diperlukan bila berlaku waktu-waktu macam ni. Tapi bagi dia, ini dah takdir Allah. Cara Allah tunjukkan jodoh dia dan Khalish bersama dengan cara begini. Jadi dia kena sentiasa bersyukur.

“Jadi... Husna tak kisahkan kalau kita hanya berlakon depan keluarga yang kita ni bahagia?” soal Khalish dengan penuh berhati-hati.

Husna dah bergenang air mata. Hanya berlakon bahagia? Bukan memang bahagia?

“Husna?” panggil Khalish bila Husna hanya diam tak beri jawapan.

Husna tarik nafas. Dia pandang mata Khalish dalam-dalam.

“Apa makna perkahwinan ini pada abang?” tanya Husna dengan suara yang mula serak.

“Err... ma...maksud Husna?”

“At the first place, apa yang abang fikir bila kita kahwin ni?”

Khalish terdiam. Nak jujur ke?

“be honest please! Husna boleh terima.” Ujar Husna sambil tarik tangan Khalish dan genggam erat.

Khalish dah telan liur sambil tengok tangan dia yang digenggam Husna diatas riba.

“Firstly, apa yang abang buat untuk perkahwinan ini sebab nak elak malu bila tunang abang sendiri nak batalkan majlis kitorang yang lagi 3 hari.” Nada tertahan Khalish menutur kata. Anak mata tertunas pada 
Husna yang sayu memandang dia. Sungguh! Dia tak sampai hati melukakan hati Husna.

“Keduanya, Abang harap dengan perkahwinan ini...” Khalish terdiam. Ragu-ragu dia nak meneruskan kata.

“Tak pa abang, cakap jer. Husna nak kita sama-sama jujur.”

“Abang harap perkahwinan ni mampu bukak mata Azira yang abang... yang abang boleh hidup bahagia dengan perempuan lain selain dia”

Terjatuh air mata Husna mendengar ayat Khalish. Tak ada langsung ke dalam fikiran Khalish tentang dia. 
Apa makna perkahwinan ini? Ya Allah adakah aku salah langkah? Ampunkan dosaku Ya Allah.

“Husna, please... abang mintak maaf. Abang tahu abang kejam sebab mempergunakan Husna. Please Husna maafkan abang” bersungguh Khalish meminta maaf pada Husna. Tangan Husna digenggam erat lalu dicium bertubi-tubi. Air mata Husna yang menitis diseka dengan jari.

Husna mengangguk perlahan.

“Abang... sampai bila?”

Khalish terdiam. Ya dia faham soalan Husna. Sampai bila mereka akan bersama.

“Sampai Azira balik”

Azira lagi? Husna! Kau kena sedar. Nama Azira akan sentiasa wujud diantara kau dan Khalish. Jangan nak perasan laa Khalish akan pilih kau!.

Husna rasa nak gelakkan diri sendiri. Ya! Dia lupa. Nama Azira akan sentiasa dalam hidup dia bila dia mengambil keputusan untuk hidup dengan Khalish.

“Jadi... kalau Husna mintak sesuatu dari abang boleh tak?”

Khalish mengangguk laju.

“Bagi Husna, perkahwinan adalah sesuatu yang suci abang. Dia bukan saja hanya untuk mengelak fitnah dan menghalalkan perhubungan lelaki dan perempuan. Tapi lebih lagi. Perkahwinan dapat diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di tengah samudera kehidupan untuk menuju ke sebuah destinasi yang abadi iaitu kematian. Walaupun Husna sedar yang perkahwinan kita ni mungkin hanya sementara dan hanya penyinggahan pada abang tapi dengan perkahwinan berlakunya ibadah.

Perkahwinan ialah antara ibadah yang paling disukai oleh iblis dan syaitan untuk dirosakkan kerana kesannya bukan sahaja kepada individu terbabit bahkan mampu menjadi krisis yang besar dan mengundang pelbagai dosa sampingan yang lain seperti permusuhan, perebutan hak, fitnah dan sebagainya. Jadi boleh tak kalau Husna nak minta supaya kita tak perlu berlakon untuk bahagia?” tanya Husna dengan penuh harapan.

Khalish tergamam. Mampukah dia? Mampukah dia bahagia disisi Husna dan mampukah Husna bahagia disisi dia?

“Abang? Boleh kan?”

“Insya Allah. Kita cuba sama-sama” jawab Khalish.

“Alhamdulillah, abang jangan risau. Bila saja Azira balik. Dengan rela hati Husna pergi dari hidup abang. Sumpah!” bersungguh Husna berkata. Dia tak nak nanti Khalish rasa terbeban dengan adanya dia. Dia tak nak nanti Khalish rasa serba salah pada dia bila Azira kembali pada Khalish.

Khalish terharu. Walaupun dalam keadaan macam ni. Masih lagi Husna fikirkan orang lain. Ya Allah semoga Husna akan bahagia dalam hidup dia.

Khalish tarik Husna dalam pelukan. Erat!


“Kita akan bahagia Husna.” Bisik Khalish. 

Air mata Husna menitis. InsyaAllah Khalish. Kita akan bahagia. Suatu hari nanti.



Tuesday 14 October 2014

Jangan Letih Mencintaiku #2

“Are you crazy?! Lagi 3 hari tau kita nak nikah tahu tak! Bukan lagi 3bulan! You jangan buat gila boleh tak?!” suara Khalish dah memetir ditalian. 

Siapa tak hangin bila tiba-tiba tak ada angin tak ada ribut si tunang tersayang boleh call dan kata tak bersedia untuk berkahwin. Siap mintak nak tangguhkan lagi! Padahal tinggal 3 hari jer lagi. Gila betul!

Azira dekat hujung talian dah menangis teresak-esak.

Dia sebenarnya tiba-tiba takut nak pikul tanggungjawab bila tengok perkahwinan ibubapa sendiri yang musnah ditengah jalan. Dia takut nak hadapi masa depan dengan Khalish untuk seumur hidup. Berkahwin hanya sekali! Dia takut kalau mereka akan ada masalah dikemudian hari nanti. Biarlah orang nak cakap dia ni pesimis ke... paranoid ke.. dia tak kisah. Yang penting sekarang dia tak nak kahwin!

Khalish dekat sini pulak dah tarik nafas panjang. Mama dia dah siap sediakan majlis kahwin dia tinggal naik pelamin jer nanti. Takkan nak cancel macam tu jer. Memang nak kena sula la tu gamaknya dengan mama. Knowing mama, gerenti mama mengamuk dan akan tarik sesiapa jadi bini dia pulak nanti! Lagi parah!

Tapi...bila dengar Azira menangis-nangis dihujung talian, dia tak sampai hati pulak nak luahkan kemarahan dia. Dia tahu, Azira fobia dengan perkahwinan disebabkan mak ayah Azira bercerai dua tahun lepas. Kalau tak disebabkan Khalish mendesak dia untuk berkahwin agaknya sampai ke tua la mereka hanya bercouple tanpa kahwin.

“Sayang.. please yang... kita tangguh dulu?” pujuk Azira lagi. Harap sangat Khalish akan bersetuju.

Khalish diam memikir.

“Dear... sampai bila? Kalau tak sekarang... nanti-nanti kita kahwin jugak kan. Ke... you tak nak kahwin sampai mati?” pujuk Khalish lembut. Dengan Azira dia tak boleh nak marah. Dia sayang sangat!

“Hish! You ni, I memang nak kahwin la.”

“Dah tu? Apa masalahnya... dear, kalau 3 bulan lagi majlis kita ni memang la kita boleh tangguh-tangguh. Tapi ni lagi 3 hari dear! Please la... be matured... just follow the flow sudah. Tak payah la you nak fikir masalah kalau lepas kahwin nanti. Every problem must have solution, right? So kita selesaikan baik-baik nanti. Okey dear?” pujuk Khalish lagi.

Azira dah terdiam.

“Lagipun dear, why should us think about the problem. Kita doakan la rumahtangga kita aman damai sampai tua sayang” sambung Khalish. Berharap benar Azira percaya pada dia.

“Sayang, bukan I tak nak... but i takut yang. Please! Kita tangguh dulu, tiga empat tahun lagi baru kita fikir boleh tak? I masih muda lagi nak kahwin sekarang baru 23 tahun yang!”

Khalish raup muka kasar. Rambut diramas-ramas kuat. Masalah betul!

“Dear, i am also 23 laa... but we can think rasionally... apa yang nak ditakutkan. Please dear think betul-betul. Takkan you nak malukan family you, family I?”

Azira dah naik angin. Apa la yang Khalish tak faham sangat ni! Dia lebih rela malu sekarang daripada bermasalah nanti.

“Khalish! The answer is still NO! Big N and O!” marah Azira.

“I akan pergi dari sini. I nak ambil master dekat UK. So, I taknak terikat dengan apa-apa tanggungjawab. Lagipun nanti you disini I disana. I taknak timbul isu curang pulak nanti bila I tinggalkan you lama-lama” 
Azira beralasan.

Terkejut Khalish dibuatnya. Sampai kesitu Azira fikir. Ya Allah minah ni!

“Dear! How could you tak discuss apa-apa dengan I. Kalau taknak tinggalkan I we can further study sama-sama la dear. Tak payah nak naikkan isu curang-curang ni segala! Dear, sebenarnya you sayang I ke tidak?” tanya Khalish dengan nada menyerah. Dah give up nak pujuk.

“Of course la I sayang you. Sayang sangat-sangat tahu tak!”

“Khalish sayang, listen here. Tak payah you nak pujuk-pujuk I lagi. I dah buat keputusan untuk hidup I, I taknak ambil risiko untuk masa depan I. So, I tetap nak pergi Uk and this marriage will be postponed.”

Khalish tarik nafas dalam-dalam. Dah tak tahu nak cakap apa.

“Ok dear, it’s up to you. Hidup you kan... bukan hidup I kan? I ni memang tak penting dalam hidup you. Suka hati you la, but i will not postpone this wedding. I want you to think carefully in these 3 days. If you are not into this marriage... I will find another girl to be my bride.” Putus Khalish nekad!

“Khalish! Sampai hati you nak kahwin dengan orang lain. I love you tahu tak! Takkan you tak boleh tunggu I”

“Habis tu! I love you too. Of course my mom akan cari jalan supaya I kahwin jugak lusa! They will not cancel the wedding faham tak!”

“Ok fine! Just go find your soo called bride to be tu. Sebab I memang takkan ubah keputusan I”

“Ok Azira, just wait and see. Jangan nanti you datang cari I menangis-nangis nak I kahwin dengan you” getus Khalish geram dengan sikap Azira yang terlampau negative.

********
“Ada apa awak cari saya?” tanya Husna dengan suara yang penuh sopan.

Sumpah! Ternganga 5 minit dia petang tadi bila Khalish call ajak jumpa. Macam nak buat kenduri pulut kuning pulak rasanya betapa nak menunjukkan dia rasa terkejut dan terharu!

“Kau dah ada kekasih ke?” straight to the point terus soalan Khalish. Tak ada corner-corner. Masa dah suntuk!

Husna tergamam. “Errrr... tak ada”

Khalish tersenyum. “Bagus! Kau nak kahwin dengan aku tak?”

Sekali lagi Husna terkelu! KHALISH AJAK KAHWIN???!!! OMG!

1 saat... 2 saat.... sampai 9 saat... Husna masih tak berkutik sampai mulut ternganga pun tak tutup-tutup dari tadi. Khalish rasa nak tergelak tengok reaksi Husna tapi ditahan dari tadi.

“Weh! Kau nak kahwin tak dengan aku?”

“Hah? Errr... tunang awak mana?”

Khalish dah mula hilang sabar. Sibuk betul la minah ni!

“Nak ke tak?!” tanya Khalish dengan suara yang menahan geram.

“Kenapa saya? Awak cintakan saya ke?” soal Husna lagi. Siap tayang muka tak bersalah.

“Hish ai! Yes or no!” tengking Khalish.


“Yes!!” terkejut Husna dibuatnya... tanpa sedar keluar jawapan yang ada dalam kepala dia. Khalish lepas nafas lega. Selesai satu masalah!





Friday 10 October 2014

Jangan letih mencintaiku #1

Part 1

Dari jauh Husna dah dapat cam mamat baju kemeja hijau pucuk pisang yang sedang bersandar dibalik tiang. Khalish!. Mak oiii nyaahhh handsomenya mamat tu. Heheehe... drooling dowhhh.

Cepat-cepat Husna berdiri sambil betul-betulkan skirt labuh warna hitam dengan kemeja pink lembutnya. Sambil tu rapi-rapikan rambut dia yang pendek sebab mintak nyonya kedai tu gunting gaya rambut bob.

“Err.. hai Khalish” tegur Husna sambil tersipu-sipu malu. Tangan pulak sibuk duk gentel hujung kemeja. Nak gentel hujung rambut tak boleh sebab pendek. Hehehe

Khalish mengeluh kuat. ‘adoiiii dah datang pulak minah annoying ni!’

“hurm.. nak ape?” tanya Khalish acuh tak acuh. Nampak sangat dia tak suka dekat Husna.

Tak tahu kenapa dia rasa menyampah tengok Husna. Bukan Husna tak cantik... cantik.. Husna cantik sangat. Muka dia putih kemerah-merahan. Cuma... cermin mata Husna tu, Nerd sangat. Besar! Ala-ala trend korea sekarang tu. Dia tak suka tengok! Dah la rambut pendek macam lelaki. Dia suka tengok perempuan rambut panjang. And lagi satu! Dia tak suka perempuan yang terhegeh-hegeh macam Husna ni. Orang dah banyak kali tunjuk muka tak suka tu faham-faham sendiri la maksudnya apa. Stress betul!

Husna terdiam bila terdengar nada suara Khalish. Dia tahu Khalish tak suka dia. Tapi dia akan usaha sampai Khalish suka dia!.. hehee.. fighting!!

“errr.. awak tengah buat apa kat sini? Sorang jer?” tanya Husna lembut.

Khalish buang pandang kesekeliling malas nak pandang muka Husna.

“Tengah tunggu orang. Sekarang tengah sorang kejap lagi berdua la.” Jawab Khalish sambil lewa. Gaya macam orang malas nak cakap.

Husna dah terdiam lagi sekali. Tak tahu nak tanya apa lagi. Hah! Dia teringat something!

Cepat-cepat Husna bukak beg galas dia dan cari barang yang dia nak bagi Khalish. Khalish pulak hanya dia memerhati. Itu pun pandang sipi-sipi hujung mata dia jer.

Husna keluarkan kotak segi empat kecil. Kotak tu dihulurkan kepada Khalish. “Nah untuk awak!” Husna tersengih-sengih sambil betulkan cermin mata dia.

Khalish kerut kening. “Apa benda ni? Birthday aku lambat lagi”

Husna tersenyum manis sampai nampak lekuk lesung pipit di kedua belah pipi dia. Manis sangat! Tapi sayang Khalish buat bodoh jer. Tak cair langsung!

“Hadiah ni untuk awak... sebab awak dapat dean list. Tahniah awak!” ucap Husna

Khalish terkedu. Husna tahu? Macam mana?

“hehehe, macam mana saya tahu? Tak boleh bagitahu”

Aik ? minah ni macam tahu-tahu jer aku tertanya-tanya.

Belum sempat lagi Khalish nak menjawab terdengar seseorang panggil dia.

“Sayang!”

Khalish dan Husna berpaling kearah suara yang memanggil.

Melebar terus senyum Khalish bila dia nampak perempuan ayu bertudung yang manis sekali sedang datang kearah mereka. Azira! Awek a.k.a bakal isteri. Hehehe InsyaAllah kalau diizinkan tuhan.



Husna terdiam. Dia perlahan-lahan mengundur kebelakang dan berpusing lalu terus pergi dari situ. Dia sedar siapa diri dia. Dia hanya salah seorang peminat Khalish berlainan dengan Azira, si awek cantik manis yang mendapat cinta Khalish. Dia tak nak memaksa. Dan dia pun tak nak merosakkan hubungan diorang.



Jangan Letih Mencintaiku #prolog



Prolog

Saat kau bahagia kau bersama dia
Saat kau terluka aku yang selalu ada
cuba kau fahami erti cinta ini
jangan kau tunggu aku pergi baru kau menyedari

“Setia itu menyakitkan... cinta itu melukakan... saya dah serik untuk melalui dua benda tu. Maaf awak... saya undur diri dalam hidup awak.. saya menyerah kalah” – Husna-

Hari demi hari telah kulewati
tak pernah aku bersamamu lagi
tak pernah aku menduga
kau akan pergi tinggalkan aku


“Bila ego berdiri lagi tinggi dari fikiran dan hati sendiri, untuk aku kesali pun dah tak guna. Andai dapat waktu diputarkan semula. Hanya satu yang aku akan buat tanpa berfikir dua tiga kali, mengatakan aku cintakan kau... aku cintakan kau, Husna!” –khalish-


 
TeEn LoVe StOrY Blogger Template by Ipietoon Blogger Template