Khalish hela nafas berat bila dia bukak-bukak jer pintu
bilik tidur dia, perkara pertama dia nampak adalah Husna yang sedang duduk
bersila atas katil sambil pandang kosong dinding bilik.
Tiba-tiba dia rasa kesian dengan Husna bila tahu keadaan
gadis itu. Perkahwinan mereka pagi tadi menunjukkan sangat yang Husna sebatang
kara. Hanya ada seorang sahabat baik bernama Sara yang mereka kenal dirumah
anak yatim. Itu sahaja. Tak ada sedara mara Husna yang hadir kemajlis mereka
tadi.
Bertambah jatuh kesian Khalish terhadap Husna bila Mama dia
sendiri tak merestui perkahwinan ini. Majlis ini berlangsung hanya kerana nak
menutup malu bila Azira larikan diri. Nampak sangat muka Husna berubah sayu
tadi bila Mama asyik menjauhkan diri dari Husna dan langsung tak mahu bersalam.
Masalah makin berat ni. Dia rasa bertanggungjawab pula nak
menjaga Husna.
“Abang”
Khalish tersentak dari lamunan bila terdengar suara Husna
macam memanggil seseorang. Abang? Dia ke?
“Saya ke?” tanya Khalish polos sambil berjalan kearah Husna
lalu duduk disisi gadis itu.
Dari hujung mata Khalish nampak Husna mengangguk.
“Tak apakan kalau Husna panggil awak abang? Lagipun awak
suami saya”
“Err.. suka hati awak la”
Diam menyepi. Masing-masing masih rasa janggal.
“Husna”
“Abang”
Serentak Husna dan Khalish bersuara. Dua-dua saling
berpandangan sebelum terukir senyum.
“Abang cakap la dulu”
“Husna tahukan kenapa kita kahwin?” tanya Khalish perlahan.
Husna mengangguk. Ya! Dia tahu. Baru tahu siang tadi bila
mama Khalish tak habis-habis suruh dia sedar diri yang Khalish terima dia yang
hina ni sebab terdesak! Azira tak bersedia nak kahwin. Dan dia? Hanya jadi
calon kedua yang diperlukan bila berlaku waktu-waktu macam ni. Tapi bagi dia,
ini dah takdir Allah. Cara Allah tunjukkan jodoh dia dan Khalish bersama dengan
cara begini. Jadi dia kena sentiasa bersyukur.
“Jadi... Husna tak kisahkan kalau kita hanya berlakon depan
keluarga yang kita ni bahagia?” soal Khalish dengan penuh berhati-hati.
Husna dah bergenang air mata. Hanya berlakon bahagia? Bukan memang
bahagia?
“Husna?” panggil Khalish bila Husna hanya diam tak beri
jawapan.
Husna tarik nafas. Dia pandang mata Khalish dalam-dalam.
“Apa makna perkahwinan ini pada abang?” tanya Husna dengan
suara yang mula serak.
“Err... ma...maksud Husna?”
“At the first place, apa yang abang fikir bila kita kahwin
ni?”
Khalish terdiam. Nak jujur ke?
“be honest please! Husna boleh terima.” Ujar Husna sambil
tarik tangan Khalish dan genggam erat.
Khalish dah telan liur sambil tengok tangan dia yang
digenggam Husna diatas riba.
“Firstly, apa yang abang buat untuk perkahwinan ini sebab
nak elak malu bila tunang abang sendiri nak batalkan majlis kitorang yang lagi
3 hari.” Nada tertahan Khalish menutur kata. Anak mata tertunas pada
Husna yang
sayu memandang dia. Sungguh! Dia tak sampai hati melukakan hati Husna.
“Keduanya, Abang harap dengan perkahwinan ini...” Khalish
terdiam. Ragu-ragu dia nak meneruskan kata.
“Tak pa abang, cakap jer. Husna nak kita sama-sama jujur.”
“Abang harap perkahwinan ni mampu bukak mata Azira yang
abang... yang abang boleh hidup bahagia dengan perempuan lain selain dia”
Terjatuh air mata Husna mendengar ayat Khalish. Tak ada
langsung ke dalam fikiran Khalish tentang dia.
Apa makna perkahwinan ini? Ya
Allah adakah aku salah langkah? Ampunkan dosaku Ya Allah.
“Husna, please... abang mintak maaf. Abang tahu abang kejam
sebab mempergunakan Husna. Please Husna maafkan abang” bersungguh Khalish
meminta maaf pada Husna. Tangan Husna digenggam erat lalu dicium bertubi-tubi. Air
mata Husna yang menitis diseka dengan jari.
Husna mengangguk perlahan.
“Abang... sampai bila?”
Khalish terdiam. Ya dia faham soalan Husna. Sampai bila
mereka akan bersama.
“Sampai Azira balik”
Azira lagi? Husna! Kau kena sedar. Nama Azira akan sentiasa
wujud diantara kau dan Khalish. Jangan nak perasan laa Khalish akan pilih kau!.
Husna rasa nak gelakkan diri sendiri. Ya! Dia lupa. Nama Azira akan sentiasa
dalam hidup dia bila dia mengambil keputusan untuk hidup dengan Khalish.
“Jadi... kalau Husna mintak sesuatu dari abang boleh tak?”
Khalish mengangguk laju.
“Bagi Husna, perkahwinan adalah sesuatu yang suci abang. Dia
bukan saja hanya untuk mengelak fitnah dan menghalalkan perhubungan lelaki dan
perempuan. Tapi lebih lagi. Perkahwinan dapat diibaratkan seperti sebuah kapal
yang belayar di tengah samudera kehidupan untuk menuju ke sebuah destinasi yang
abadi iaitu kematian. Walaupun Husna sedar yang perkahwinan kita ni mungkin hanya
sementara dan hanya penyinggahan pada abang tapi dengan perkahwinan berlakunya
ibadah.
Perkahwinan ialah antara ibadah yang paling disukai oleh
iblis dan syaitan untuk dirosakkan kerana kesannya bukan sahaja kepada individu
terbabit bahkan mampu menjadi krisis yang besar dan mengundang pelbagai dosa
sampingan yang lain seperti permusuhan, perebutan hak, fitnah dan sebagainya. Jadi
boleh tak kalau Husna nak minta supaya kita tak perlu berlakon untuk bahagia?”
tanya Husna dengan penuh harapan.
Khalish tergamam. Mampukah dia? Mampukah dia bahagia disisi
Husna dan mampukah Husna bahagia disisi dia?
“Abang? Boleh kan?”
“Insya Allah. Kita cuba sama-sama” jawab Khalish.
“Alhamdulillah, abang jangan risau. Bila saja Azira balik. Dengan
rela hati Husna pergi dari hidup abang. Sumpah!” bersungguh Husna berkata. Dia tak
nak nanti Khalish rasa terbeban dengan adanya dia. Dia tak nak nanti Khalish
rasa serba salah pada dia bila Azira kembali pada Khalish.
Khalish terharu. Walaupun dalam keadaan macam ni. Masih lagi
Husna fikirkan orang lain. Ya Allah semoga Husna akan bahagia dalam hidup dia.
Khalish tarik Husna dalam pelukan. Erat!
“Kita akan bahagia Husna.” Bisik Khalish.
Air mata Husna
menitis. InsyaAllah Khalish. Kita akan bahagia. Suatu hari nanti.
0 comments:
Post a Comment