“Assalamualaikum” Khalish memberi salam dan laju kaki melangkah kedalam rumah. Teruja nak jumpa Husna. Seminggu Husna menghilangkan diri buat dia penasaran.
Papa Khalish dah tergeleng-geleng kepala tengok gelagat Khalish. Rindu sangat la tu dekat bini dia.
Pintu bilik dibuka. Kosong! Husna tak ada. Kaki melangkah pula kedapur. Hanya ada bibik yang sedang memasak. Kehalaman rumah dan belakang rumah pun tak ada.
“Bik… Husna keluar ke?” tanya Khalish kepada bibik. Bibik serba salah. Akhirnya hanya angkat bahu sebagai jawapan.
Khalish dah kerut kening. Pelik. Kereta dia ada di porch. Jadi mesti Husna tak kemana. Sebab dia sudah melarang keras Husna untuk pergi kemana-mana menaiki kenderaan awam.
“Husna tak ada. Dia dah tinggalkan rumah ni”
Khalish toleh kebelakang. Mama dengan muka bersahaja berkata sambil tarik kerusi dan duduk di meja makan berdekatan Khalish berdiri.
“Hah? Kenapa pulak?” sampuk papa Khalish yang baru nak masuk kedapur terdengar kata isteri dia.
Khalish pun dah tercengang memandang mama dia.
“Mama, jangan nak main-main boleh tak?”
“Betul la! Khalish tak tahu apa yang mama nampak dia buat dekat rumah ni. Dia bercinta dengan anak Datin Salina sebelah rumah kita ni. Siap pegang tangan lagi. Duduk dekat laman makan bersuap! Khalish ingat mama ni sanggup ke nak bertahan tengok menantu mama buat macam tu hah? Terus mama marah dia dan dia sendiri yang nak keluar dari rumah ni.”
Khalish dah mengeletar lutut. Tangan dia berpaut pada sisi meja.
Tak! Husna tak akan buat dia macam tu. Husna setia.
“Awak jangan nak buat cerita Munah! Husna tu baik. Takkan dia nak buat macam tu.” Tekan papa
Khalish. tajam dia memerhatikan isteri dia.
“Eh! Awak ni. Saya nampak sendiri dengan mata kepala saya la! Kalau awak tak percaya awak tanya bibik.” Terus mama Khalish pandang bibik yang hanya menunduk dari tadi. Mata dijengkilkan apabila bibik nampak takut-takut nak bagi jawapan.
“Bik, betul ke?” lemah Khalish bertanya. Seakan tak terkeluar suara dia.
Bibik rasa nak menangis. Ya Allah! Ampunkan dosaku kerana memfitnah Puan Husna. Gara-gara takut diberhentikan kerja. Bibik terpaksa.
Bibik mengangguk perlahan.
Shretttttt…..
Khalish terus terduduk dilantai. Papa Khalish dah mengeleng kepala. Masih tak boleh terima berita tu. Mama Khalish dah tersenyum kemenangan.
“tu la Khalish. mama dah kata, Husna tu entah keturunan dari mana kita tak tahu. Asal usul baik ke tidak. Entah-entah anak yang dia kandung tu bukan anak kamu tak?.” Mama Khalish mengapi-apikan lagi keadaan.
“Awak ni, jangan nak tuduh melulu Munah!” tegur papa Khalish tidak senang dengan perangai isteri dia.
“Habis tu? Kalau dah siap berpegang tangan, peluk-peluk nak kata apa lagi? Tak mustahil la kalau kita semua pergi kerja dia bawak lelaki tu masuk rumah. Bibik tahu apa? Duduk kat dapur jer kerjanya.” Marah mama Khalish. Geram kerana suami dia masih nak pertahankan Husna.
“Khalish nak jumpa Arman!” terus Khalish bangun nak melangkah keluar rumah. Nak pergi cari
Arman anak jiran sebelah yang kata mama ada hubungan dengan Husna.
“Arman tak ada. Dah sambung study ke UK dua hari lepas. Dah kantoi terus dia bawa diri takut la tu.
Sama la dengan Husna tu. Nampak jer baik.” dengan tak rasa bersalah mama Khalish memberitahu.
Hahahhaa. Kalau Arman ada, jangan harap la dia akan fitnah Husna dengan Arman. Memang cari nahas! Sebab dia tahu Arman dah berlepas ke UK untuk ambil PHD la dia berani membuat kenyataan begitu.
Khalish tembuk meja. Lalu terus dia pergi meninggalkan ruang itu.
+++++
“Arghhhhh!” jerit Khalish. rambut diraup kasar.
Tak terurus hidup dia dibuatnya. Bilik bersepah dan pejabat ditinggalkan macam tu jer. Nasib baik papa faham.
Dah sebulan Husna pergi. Tapi kenapa walau dengan rasa marah pada Husna setiap masa bayangan Husna yang dia nampak?
“Abang, Husna nak nyanyikan satu lagu untuk abang.” Ucap Husna sambil kelek gitar dan labuh duduk dibirai katil. Khalish yang sedang bersandar dikepala katil tutup buku dan fokus pada Husna.
Tuhan, terima kasih
Kau kurniakan dirinya untukku
Kau hadiahkan dirinya padaku
Menemani perjalanan hidupku
Pandanglah kusayang
Hari ini ku buktikan padamu
Tiada lain hanya engkau selalu
Dalam hatiku
Dengarkan ku sayang
Khalimah teragung buat dirimu
Dengan izin dari Tuhan yg satu
Kan ku halalkan diriku untukmu
Tak akan ku biar kau sendiri
Jalani hari sepi
Biar aku disini
Sayang, sampai akhir nanti
Ku akan menemani
Sehingga aku 'pergi' nanti
Sahut tanganku cinta
Izinkan aku menyarungnya
Dengan azimatku sebagai tanda
Aku milikmu selamanya
Walau ku tak sempurna
Syukur padaNya kerna kau terima
Tiap saat kan ku belai mu cinta
Bila dirimu terhalal untukku
“Okay! Dah habis” ucap Husna apabila dah habis menyanyikan lagu dari Encik Mimpi terhalal buatku. Tersengih dia sebab Khalish dari tadi diam jer pandang dia.
“Amacam? Husna boleh masuk akademi fantasia tak?” usik Husna sambil angkat-angkat kening. Nakal!,
Khalish dah tergelak. Tangan dia mengamit Husna agar mendekat.
“Husna goda abang ek?” tiba-tiba! Husna dah kerut kening.
“Mana ada! Husna nyanyi jer.” Beria Husna menafikan. Muka dah tarik muncung bila Khalish tergelak sakan.
“Abang! Eiiii tak faham sungguh. Apa yang lawaknya” tekan Husna geram.
Bahu Husna dipeluk Khalish erat.
“Husna… jangan nyanyi depan orang lain ek? Nyanyi untuk abang jer.” Ujar Khalish sambil mengelus pipi Husna perlahan. Husna pandang mata Khalish.
“Kenapa?” perlahan Husna bertanya seakan tak kedengaran. Tergoda dengan pandangan Khalish punya pasal.
Khalish tersenyum. Mengoda. “Sebab abang jer boleh tergoda dengar nyanyian Husna”
Ek? Merah muka Husna dibuatnya.
Khalish tersentak! Dia teringat lagi kenangan dulu. Araghhhh!!! Husna! Why you did this to me!!!
Dia pandang katil. Seakan-akan nampak Husna melambai kearah dia.
“Abang! Jom la tidur… jangan kerja jer nanti sakit.”
Dia masuk toilet nampak jugak Husna.
“Abang!!!! Cepat la Husna tak tahan nak terkucil ni!” jerit Husna sambil ketuk-ketuk daun pintu.
Khalish cepat-cepat sudahkan bercukur. Hish tak senang duduk dia dibuatnya Husna.
Aku tak boleh! Aku kena keluar dari bilik ni.
+++++++
“Sayanggggg” panggil Azira meleret-leret seakan memujuk. Lengan Khalish dirangkul erat.
Khalish rimas! Entah sejak bila dia rasa rimas dengan Azira. Mungkin sejak kahwin dengan Husna.
“Pleasee.. teman I kejap jer. Lepas tengok baju tu kita balik okay” pujuk Azira lagi bila tengok Khalish seperti tak selesa berada disitu.
Kalau tak kerana mama, jangan harap Khalish akan keluar dengan Azira.
“Cepat la!” gesa Khalish sambil terus melangkah meninggalkan Azira dibelakang.
Dari jauh sepasang mata dah mengalirkan air mata. I miss you abang!
“Husna. Dah la tu. Dia dah bahagia dengan Azira. Aku tak nak kau menangis sebab dia lagi.” Sampuk Sara. Terus ditariknya lengan Husna agar menjauh dari situ.
Mereka datang kesitu sebab nak beli barang-barang keperluan baby tapi lain pulak yang diorang jumpa. Husna mengekori Khalish dari tadi lagi. Sempat la tengok Azira memeluk lengan Khalish, makan bersuap dan siap bershopping sakan lagi.
Sara tak mampu nak halang bila Husna kata…
“Please Sara, aku nak tengok dia dari jauh jer.”
+++++++
“Bibik! Nanti kemas bilik saya. Buang semua benda yang berkaitan dengan Husna” arah Khalish. Dia rimas bila hanya bayangan Husna jer yang dia nampak dekat bilik tu. Kalau boleh dia nak pindah dari rumah tu dan duduk sendiri. Tapi dilarang keras oleh mama.
Bibik dah tersentak. Khalish sejak Husna pergi jadi pembengis dan susah nak senyum. Malah sering pulang lewat dari pejabat. Dia ingatkan Khalish nak simpan barang-barang Husna. Rupa-rupanya…
Sayu pulak bibik bila fikirkan nasib Husna.
Husna dekat rumah kalau ada mama Khalish pasti akan didera. Disuruhnya Husna memasak, mengemas, membasuh padahal semua tu kerja bibik. Tapi mama Khalish suruh bibik buat kerja lain. Kesian pada Husna yang tengah ada alahan mengandung ketika itu.
Sekarang? Husna difitnah pulak. Sampai-sampai Khalish pun dah benci Husna.
“Yang bibik nak menangis ni kenapa?” tanya Khalish hairan.
Bibik terdiam. Dia ingat dia tak menangis. Alih-alih terkeluar pulak air mata.
Bibik cepat-cepat mengeleng.
“Bibik! Jangan nak sorokkan apa-apa. Baik bibik cakap.” Ugut Khalish. pelik dengan perangai bibik yang lain benar sejak Husna pergi. Umpama ada rahsia besar.
“bibik!” jerkah Khalish bila bibik hanya diam dan menangis.
Terangkat bahu bibik dibuatnya. Takut yang amat.
Muka bengis Khalish dipandang sipi-sipi. Takut!
“Bibik. Baik cakap! Kalau diam macam ni lagi saya marah” Khalish dah hilang sabar bila tengok bibik diam. Lagi dia nak tahu. Rasa memang betul sangkaan dia selama ni. Bibik ada simpan rahsia.
“Err… Puan Husna tak salah tuan…. Dia difitnah.” Takut-takut bibik bagitahu. Siap menangis teresak-esak. Sebab rasa berdosa.
“Apa??? Lepastu bibik pun bersubahat!” tengking Khalish.
“Siapa buat?” tanya Khalish lagi.
“Puan Munah. Dia tak suka Puan Husna. Waktu Tuan dan Tuan besar tak ada dirumah, Puan Husna disuruhnya macam-macam, mengemas, membasuh. Pokoknya semua kerja dehhh. Bibik disuruhnya rehat aja. Dulu itu, ketika tuan sama Tuan Besar ke China, Puan Munah pukul Puan Husna. Marah-marah. Siap tarik rambut. Puan Husna jerit-jerit kata sakit perut sebab mengandung. Puan Munah tak ambil kesah. Dia kata Tuan kena bahagia sama Azira. Puan Husna perlu pergi. Lepas tu Puan Munah tarik rambutnya Puan Husna diseret hingga pagar besar. Dihalau gitu.” Panjang lebar bibik menerangkan.
Khalish dah merah mata nak menangis. Mama? Sanggup mama buat Husna macam tu.
“Puan!” terjerit bibik bila ternampak Mama Khalish dipintu dapur.
“Mama!” terus Khalish pergi kearah mama dia yang dah mematung.
“sampai hati mama buat isteri Khalish macam tu. Paling Khalish tak boleh terima mama fitnah dia?!” Jerit Khalish. Dia tak dapat kawal marah dia.
“Khalish! berdosa tengking mama. Semua benda ni boleh dibawa berbincang baik-baik” tegur papa Khalish yang turut terdengar perbualan bibik dan Khalish tadi.
Khalish ramas rambut kasar.
“Dah kita duduk dulu.” Arah papa Khalish.
“Munah! Saya tak sangka ini semua kerja awak. Malu saya Munah. Malu! Kita ni dah tua Munah patutnya bertaubat. Ini tidak buat fitnah! Husna tu isteri Khalish. anak kita! sanggup awak nak meruntuhkan rumahtangga diorang. Sanggup awak nak pisahkan cucu kita dengan kita? dengan papa dia sendiri? Sanggup awak?!”
Mama Khalish dah mengigil ketakutan. Terus dia melutut dihadapan papa Khalish.
“saya minta maaf awak. Saya minta maaf. Maafkanlah saya. Janji tak buat lagi” rayu mama Khalish.
Khalish menjeling tajam.
“Bukan pada saya awak patut minta maaf. Tapi pada anak kita. pada Husna!”
“Khalish! mama minta maaf. Mama hanya nak Khalish bahagia dengan Azira.”
Khalish tersenyum sinis. Bahagia dengan Azira?
“Bahagia Khalish dengan Husna mama. Dengan Husna!” tekan Khalish.
Mama Khalish menangis teresak-esak.
“Mama mintak maaf. Mama ingat Khalish kahwin dengan Husna sebab nak gantikan Azira saja. Bukan sebab cinta. Itu sebab mama suruh Husna undur diri.”
“ya! Memang Khalish cintakan Azira. Tapi itu dulu! Waktu Husna bukan isteri Khalish. bila Husna dah jadi isteri Khalish. hanya Husna yang Khalish cinta. Hanya dia. Khalish dah bahagia dengan Husna mama. Dengan bakal anak kami. Tapi tengok la apa yang mama buat. Mama musnahkan semuanya! Apa la nasib Husna sekarang. Dia tak ada siapa-siapa mama. Macam mana dia nak bersalin nanti?” sayu Khalish berkata. Dia sedih. Kecewa.
Macam mana dia nak cari Husna.
“Sudah la Khalish. apa-apa pun ini mama kamu. Syurga kamu. Mama dah menyesal. Maafkanlah mama ya.” Pujuk papa Khalish lembut. Tak suka keluarga yang berpecah belah.
“Munah, ingat ini pengajaran. Kita sebagai orang tua hanya mampu menasihati dan tegur kalau ada kepincangan rumah tangga diorang. Kalau mereka bahagia, kita patut bersyukur. Bukan memandai-mandai nak atur hidup mereka. Mereka sudah besar. Sudah tahu mana baik. Mana buruk”
“Khalish… nanti papa akan upah orang suruh carikan Husna dan anak kamu tu. Sudah la jangan nak marah, meratap, menangis bagai. Ini sudah takdir. Terima dengan redha bahawa ada perpisahan sementara antara kamu dan Husna. Doa banyak-banyak agar kita dapat jumpa Husna balik”
Khalish hanya mengangguk lemah.
“Mama minta maaf Khalish.”
Muka mama yang lencun dek air mata ditatap sayu. Tak sampai hati nak marah ibu yang dah bersusah payah melahirkan dia.
“Sudah la ma… benda dah pun terjadi. Cuma Khalish harap mama restui hubungan Khalish dengan Husna ya ma?”
Mama Khalish mengangguk laju. Badan Khalish dipeluk erat.
+++++++
“I nak you tahu yang cinta I hanya pada Husna. I tak nak you masih berharap. I minta maaf” jujur Khalish. Dia tak boleh lagi mengelak dari Azira. Dia perlu berterus terang agar tak memberi harapan pada Azira. Dia nak Azira jelas bahawa cinta mereka dah lama terpadam. Hanya Husna sekarang jadi keutamaan dia.
“Jadi, you memang dah cintakan Husna?” Azira kesat air mata yang mengalir. Salah dia kerana melepaskan Khalish dulu. Dan ini adalah hukumannya.
Khalish hanya mengangguk.
“I harap, you akan berjumpa dengan Husna dan anak You. And.. if you found them, cakap dekat Husna I nak minta maaf sebab suruh dia tinggalkan you dulu. And Khalish, I pun nak minta maaf pada you sebab dulu pernah I jumpa Husna. I suruh dia tinggalkan you sebab you tak cintakan dia. I’m sorry”
Khalish tersentak. Berat sungguh ujian Husna hadapi untuk bersama dia.
Husna! Kalau la Husna ada depan mata abang sekarang. Abang nak cakap, yang abang sangat cintakan Husna! Sangat! Husna dah berjaya raih cinta abang. Abang bahagia dengan Husna.
Where are you now sayang? I miss you.
0 comments:
Post a Comment