B |
ARU
hari pertama memasuki pejabat Wafiy dah rasa seperti setahun! File
tebal berinci-inci bertindan-tindan atas satu sama lain di atas mejanya. Meja
yang besar dan luas pun seakan kecil saja bila file yang menimbun itu
menuntut perhatiannya. Serabut! Sungguh serabut!
Hati tak pernah ikhlas
menerima semua ini menyebabkan dia tiada semangat untuk memulakan
harinya.
Dia bakal menjadi CEO.
Walaupun dia pernah ada pengalaman membantu tok daddy menyemak segala dokumen
dan perjanjian. Tak bermakna dia mampu untuk menggalas jawatan yang tinggi itu.
Kemudian dia bakal
ditunangkan dengan Bunga. Sedangkan hati dia milik Amanda! Cakap tentang
Amanda, Wafiy sekali lagi meraup wajah. Sudah dua minggu dia cuba hubungi gadis
itu tetapi tak berangkat. Adakah Amanda dah tahu tentang pertunangan dia yang
bakal terjadi? Dia takut kalau Amanda sedang bersedih dan marahkan dia. Pasti
gadis itu rasa terluka.
Mahu balik menjenguk
Amanda, tapi banyak pula perkara yang perlu dia selesaikan di sini. Bukan
senang nak uruskan segalanya setelah tok daddy tiada. Daddy dan Uncle
Ali pun sibuk ke sana ke mari menguruskan anak syarikat yang lain.
Nak tak nak dia kena juga
balik ke Kedah untuk berjumpa Amanda si cinta hati dia sejak dibangku sekolah.
Mungkin dengan menatap wajah comel itu akan membuatkan dirinya tenang menggalas
tanggungjawab yang berat ini.
Wafiy bergegas menutup file putih di depan matanya. Kot yang tersarung
di tubuh dibuka lalu dilepar ke sofa. Kemeja biru gelap itu disinsing lengannya
sehingga ke siku. Tanpa menunggu lagi kunci kereta dicapai dan bergegas dia
keluar dari ruang itu.
“Encik Wafiy nak ke mana?
Sekarang belum waktu lunch.” Tegur Huzair selaku PA Wafiy sebaik sahaja
ternampak kelibat bosnya itu lalu di hadapan mejanya.
Wafiy merengus sebal.
“Nak keluar! Jangan tanya
apa-apa!”
Belum pun sempat dia menekan butang lif untuk turun ke
bawah, datang pula dua orang lelaki ke arah dia. Entah datang dari mana
tiba-tiba saja sudah muncul di situ.
“Hish!” rungut Wafiy dengan muka yang kelat. Sejak dia
dilantik bakal menjadi CEO Batman, dua orang bodyguard berpakaian serba hitam
sentiasa akan mengekori langkah dia. Rimas!
Wafiy memang dah kenal sangat dua orang bodyguardnya
itu. Dol dan Zain. Dulu dua orang itu jaga tok daddy, sekarang dia jaga Wafiy
pula!
"Kalau tak ikut aku tak boleh ke?" Soalnya
garang.
Dol dan Zain sengih sehingga menampakkan gigi yang
tersusun cantik. Seketika kepala digeleng laju menjawab soalan Wafiy.
"Aku nak jumpa awek aku laaa... Takkan korang nak
menyebok juga?" Wafiy tayang wajah berang dek kerana tidak puas hati.
Sekali lagi, dengan sengih yang tidak lekang di bibir.
Mereka mengelengkan kepala.
"Argh! Sebal!" Dengus Wafiy menahan marah.
Macam patung bergerak dia tengok dua manusia itu. Tersengih aje memanjang!
"Sabar bos." Pujuk Zain sambil sengih.
Wafiy menjeling tak puas hati.
"Sabar! Sabar! Stres la aku!" Keluhnya dengan
muka sedikit tertekan. Rasa tak bebas hidupnya bila mahu ke mana-mana sahaja
pasti akan diekori dua orang malaun ini. Sakitnya hati Wafiy.
"Bos, kitorang cari makan ni. Kalau jadi apa-apa
pada bos macam mana? Kitorang yang susah. Nanti ketua kami marah." Jelas
Dol perlahan berharap Wafiy bertolak ansur dengan mereka. Mengamuk pulak ketua
mereka nanti kalau mereka culas dalam menjalankan tanggungjawab mereka
ini.
“Bos nak pergi mana? Saya drive.”
Wafiy tarik nafas dalam-dalam. Penat mahu berlawan
cakap dengan Dol dan Zain. Akhirnya dia terpaksa mengalah sajalah.
“Kedah.”
“Baik bos!”
KERETA yang dipandu Dol akhirnya sampai di hadapan rumah keluarga Amanda.
Wafiy hanya diam di dalam kereta menunggu Amanda keluar mengangkat kain. Tok
abah dan wan tak ada di rumah kerana sedang menziarah mak usu Wafiy yang baru
bersalin. Jadi tak dapatlah Wafiy untuk menunggu di dalam rumah datuknya itu.
Mahu telefon Amanda, talian
gadis itu dimatikan. Marah sangat agaknya Amanda pada dia sampaikan langsung
tidak dinyalakan telefon. Padahal gadis itu mana boleh berenggang dengan media
sosialnya.
Kepala selesa bersandar di
tempat duduk tetapi matanya tertumpu pada muka pintu rumah Amanda yang masih
tertutup.
“Err.. bos, kenapa tak bagi
salam aje?” Tegur Dol.
Wafiy menghela nafas
pendek. Menatap Dol seketika sebelum kembali memandang pintu rumah si kekasih
hati.
“Kejap lagi dia keluar la.
Malas aku nak kacau keluarga dia, karang macam-macam pula makanan nak dihidang
pada kita.”
“Eh! Tu la bagus bos!
Kenyang perut kita!”
Ceit! Wafiy berdecit sebal.
Biul betul la bodyguard tok daddy ni. Sengal!
“Sebab tahu niat kau la aku
tak ketuk pintu rumah dia!” selar Wafiy garang.
Dol dan Zain tersengih
bersalah. Lantas mereka terus diam memandang ke hadapan.
Hampir setengah jam dia
menunggu, maghrib pun dah nak masuk. Takkan la dia nak jadi penunggu di situ.
Sikit masa lagi, pasti Sufian, abang Amanda akan keluar berjemaah di
masjid. Wafiy tak mahu terserempak dengan lelaki itu ketika itu. Bukan dia tak
suka ke apa. Takut Sufian pelik pula dia datang siap berbodyguard bagai.
“Dah la kita gerak. Pergi
rumah keluarga aku.” Arah Wafiy.
Dol yang sememangnya tahu
keberadaan rumah itu segera mengangguk.
“Eh! Kejap!” Dol baru sahaja turunkan break tangan
terus terhenti. Dua orang manusia itu terpinga-pinga memandang encik bos di
tempat duduk belakang.
Mata Wafiy terbuntang luas.
Terkejut! Berdegup laju jantungnya tatkala terlihat Amanda dan seorang lelaki
yang tidak dia kenali keluar dari rumah itu. Kalau setakat tetamu biasa tak apa
lagi, tetapi si lelaki sempat melayangkan ciuman ringkas di bibir Amanda
sebelum berlalu pergi dari situ.
Dan Amanda tersenyum lebar melambai si jejaka yang
sedang menghidupkan enjin motorsikalnya. Amanda tidak bertudung! Padahal setahu
Wafiy, tak pernah dia melihat aurat wanita itu. Tapi kini…. Dengan lelaki itu…
Amanda… Argh!
Wafiy bergegas keluar dari kereta dan berjalan laju
mendapatkan Amanda. Riak muka Amanda berubah pucat bila dia tersedar Wafiy yang
kini sudah terpacak depan muka dia dengan riak marah.
“Abang!”
“Dia siapa!”
Tergopoh-gapah dia turun mendekati Wafiy. Sampai tak
sedar dia hampir nak memaut lengan lelaki itu kalau Wafiy tak menepis lengan
dia.
"Apa dah jadi dengan Manda ni!" Jerkah Wafiy
garang, terkejut bila Amanda menerpa ke arah dia macam tu. Dia dan Amanda tahu
ada batas yang perlu dijaga. Tapi Amanda yang berdiri depan dia sekarang ni
sangat lain!
Tubuh Amanda ditilik sekilas dari atas ke bawah. Rambut
Amanda pendek separas leher itu berwarna perang! Leher gadis itu pula.
Astagfirullah, Wafiy segera mengalihkan pandangannya. Beristighfar panjang dia
dalam hati.
“Ab..abang buat apa dekat sini?” Manda mati kata. Dia
sudah tertangkap! Zali yang membatu tidak jauh dari situ dikerling Amanda
sekilas.
'Tak guna! Dasar lelaki pengecut? Tak ada usaha pun nak
lindungi aku.' gerutu Amanda sebal.
“Dia siapa Manda? Cakap dengan abang dia siapa!” muka
Wafiy merah padam. Terlalu marahkan Amanda. Ikutkan hati mahu sahaja dia
menumbuk muka lelaki tak guna itu!
"Bro, relaks la apa marah-marah ni." Zali
yang tersedar akan lirikan mata Amanda pantas bertindak. Dia bukan pengecut.
Cuma terpegun sekejap tengok lelaki yang menjadi kekasih Amanda ini.
Segak bukan main. Macam anak mat saleh! Baju pun segak.
Kemeja dan seluar slack. Kereta mewah pula tu. Tapi dah kenapa Amanda boleh
senyap-senyap bercinta dengan dia yang muka serupa gelandangan. Dia pun
apa lagi. Takkan nak tolak tuah bila Amanda sendiri yang serah
segala-galanya.
“Sufian mana? Sufian!” Laung Wafiy memanggil abang
Amanda yang mungkin berada di dalam rumah. Takkanlah Sufian tak sedar langsung
tentang Zali! Menggelegak darah dia bila dibidas Zali. Bukan dia tak kenal Zali
tu. Anak penghulu kampung sebelah!
“Abang dengar dulu.” sekali lagi Amanda cuba memujuk.
Tangan dia tak segan silu memaut lengan Wafiy. Dia dah tak peduli tentang halal
haram. Yang penting sekarang dia takut kehilangan lelaki itu. Dia terlalu
sayangkan Wafiy.
Tangan Amanda ditepis kasar. Jijik disentuh wanita yang
telah menipu dia!
“Nak dengar apa lagi! Abang nampak apa yang Manda buat!
Dia siapa? Mana Pian? Mana mak Manda?” Bentak Wafiy berang.
“Abang, abang… jom kita masuk dulu. Karang jiran semua
tahu. Orang kampung ramai nak ke masjid ni.”
Wafiy bercekak pinggang. Mencerlung tajam pada kedua
manusia tak guna itu.
“Oooo..takut orang tahu? Takut orang kampung nampak?
Manda buat maksiat dengan mamat tak guna tak takut? Terbang segala tudung dekat
kepala! Leher penuh lovebite! Mana Pian!”
“Abang Pian tak ada. Dia bawa mak berubat di Langkawi.”
Jawab Amanda gugup. Kepala tertunduk memandang tanah. Jiran tetangga mula
keluar dari rumah masing-masing bila mendengar suara Wafiy yang terjerit-jerit
macam tu. Dia malu!
Wafiy meraup wajah. Dia dah agak! Amanda tak berani
bawa masuk Zali ke rumah kalau ada Sufian.
“Abang tak sangka…” Wajah sendu Amanda ditenung dengan
hati yang tergores. Diketap bibirnya. Mata mula berkaca dek kerana terlalu
kecewa, marah, dan terluka. Dia terlalu sayangkan Amanda tapi kenapa gadis itu
sanggup buat dia macam ni?
“Abang. Manda tahu Manda salah. Manda terlalu ikut
nafsu. Tolong maafkan Manda!” Amanda jatuh terduduk. Menggigil kepala lutut
kerana dia tahu Wafiy pasti takkan mampu memaafkan dirinya. Dia menyesal kerana
melayan Zali! Dia menyesal!
“Tak ada guna abang nak maafkan Manda. Manda sedar tak
apa yang Manda buat ni dosa! Seorang lelaki yang baik takkan ambil maruah
seorang perempuan dengan cara macam ni!” jerkah Wafiy kemudian terus berlalu
dari situ diikuti Zain dan Dol yang hanya menjadi pemerhati dari tadi.
Zali tertunduk membisu. Sentap dengan kata-kata Wafiy.
Tangisan Amanda semakin menggila. Air mata yang menitis
langsung tak mampu membeli simpati Wafiy. Cinta dia buat Amanda dah hilang!
“Bos okey?”
Dol dan Zain saling berpandangan bila pertanyaannya
tidak berjawab. Gerun melihat riak wajah tegang Nik Wafiy. Sudahlah kulit tu
cerah, jelas ketara wajah itu merah padam menahan perasaan.
“Er… kita nak ke mana ni bos?” walaupun takut, dia kena
tanya juga ke mana mahu pergi. Ye la, bos dah patah hati sudah tentu tak nak
berlama-lama di sini.
“Balik rumah keluarga aku.” Gumam Wafiy perlahan. Suara
dia bergetar menahan emosi.
Sakit! Kecewa! Terluka! Mata yang kian merah menakung
air dikelipkan berkali-kali. Malu sekiranya Dol dan Zain nampak air matanya
yang hampir gugur kerana Amanda. Dada pula terasa sendat menahan rasa marah.
Kepercayaan dan cinta yang dihulur dibalas dengan racun! Sungguh terasa
sakitnya di dada.
0 comments:
Post a Comment