Thursday 25 December 2014

Demi Dhia Dahlia #1





P/S: Cerita ini ada beberapa part.. mungkin 2 atau 3 kot... 


      “Dhia! Kau balik sekarang! Ni lagi sorang anak dara tak reti nak menyenangkan hati aku. Kau balik sekarang! Bapak kau dah bising-bising ni aku pulak yang kena dengar.” Bebel Puan Zura dari hujung talian.

       Dhia dah mengeluh. Kena lagi! Telefon dijarakkan dari telinga. Bingit! Lama-lama boleh pekak dengar Mak membebel.

      “Sebelum kau balik, kau cari Dewi dulu. Dewi ni dari semalam tak nampak muka. Sibuk sangat ke dekat pejabat dia tu ha? Kau cari Dewi sampai dapat suruh dia balik rumah. Kalau kau tak jumpa dia jangan harap aku bagi masuk rumah malam ni. Faham tak!” ugut Puan Zura lantang.

Dhia dah tercengang. Cari? Ingat KL ni kecik ke untuk seorang manusia macam aku ni nak cari?

       “Mak… nak cari macam mana. Dhia mana tahu dia dekat mana” jelas Dhia sambil mengeluh lemah.

        Puan Zura mendegus geram. “Aku tak kira, kau cari dia sekarang. Entah apa yang dia buat la sampai bapak kau tengah hangin satu badan ni ha dekat rumah. Aku pulak jadi mangsa kena dengar dia membebel. Kau cari dia sampai jumpa.”

       “Ye la.. nanti Dhia tanya kawan-kawan dia” akur Dhia sambil mematikan talian.

       “korang! Aku nak balik dulu ni” beritahu Dhia sambil kemas-kemas barang dia masuk dalam beg. Siap sedia nak balik.

Zek, Mamat dengan Opie serentak menoleh kearah Dhia.

       “Cepatnya Dee. Selalu pukul 12 baru balik. Ni baru pukul 10.30”

Dhia mengeluh perlahan.

       “Mak aku dah bising kat rumah. Ada masalah katanya. Aku nak pergi cari kakak aku dulu.” Jelas Dhia. Kaki dia melangkah kearah pintu studio. Tempat dia jamming and practice malam-malam.

        “Chow dulu”

        “Okay. Hati-hati!” laung Zek.

++++

        Adoii mana pulak la minah ni. Satu kerja pulak aku kena cari dia dekat dalam kelab malam ni. Sumpah! Sejahat-jahat aku tak pernah la pulak aku masuk tempat-tempat macam ni.

       “Mana kau ni Dewi! Menyusahkan betul!” getus Dhia sebal.

        Tak pasal-pasal dia kena jejak kaki dekat kelab ni. First time kot. Kalau tak kerana Mak telefon tadi marah-marahkan dia suruh cari si Dewi ni. Memang tak la aku nak pergi.

        aku cuba berhimpit-himpit dengan orang ramai yang sedang menari yang dah macam-macam gaya tu. Seksi ya ampun! Tak sangka aku Dewi akan pergi tempat-tempat macam ni.

        Beg gitar aku yang sedang aku galas aku perkemaskan dekat bahu. Mata masih melilau dekat seluruh pelosok kelab ni. Diatas pentas terdapat Dj yang sedang menari-nari gaya hiphop. Bajet tengah lalok layan lagu la tu. Dekat depan tu pulak ada ruang besar yang lapang khas untuk pelanggan menari dengan perbagai gaya mengikut muzik. Ditepi-tepi terdapat bar menjual air dan kerusi-kerusi untuk lepak.

        Apabila aku toleh kekiri, terbeliak biji mata aku! Dewi! Tengah lalok ke apa tu? Dewi tengah terliuk lentok menari dengan seorang lelaki. Dan paling sadis sekali, lelaki tu meraba-raba!??? Dan Dewi biarkan jer? What the Fish!

        Aku cepat-cepat melangkah kearah Dewi lalu menarik lengan dia kuat. Sampai terhuyung hayang Dewi dibuatnya. Sah! Tak sober.

        “Weyyy! Kau apahal!?” jerkah Dewi tak puas hati bila ada orang tarik tangan dia kasar.
Dhia pandang Dewi tajam.

        “Dhia?” Dewi terkejut.

        Lelaki yang menari bersama dengan Dewi tadi hanya memandang pelik. sejenak lepas tu mata lelaki tadi rakus memandang Dhia yang berdiri bertentangan dengan Dewi.

       Cantik! Desis hati mamat tu. Lagi cantik dari Dewi. Perempuan yang dipanggil Dhia ni nampak sempoi. Pakai skinny jeans dengan tshirt dan kemeja kotak-kotak. Siap bawak gitar lagi dekat bahu. Rambut panjang melepasi dada. Lurus dan nampak lembut. Kulit putih bersih berbanding Dewi yang hitam manis. Memang ciri-ciri aku minat.

      “Dewi! Kau buat apa ni ha?! Jom balik!” tangan Dewi ditarik kuat untuk berlalu dari situ. Tapi Dewi melawan.

      “Lepas laaaa!” jerit Dewi kuat membuatkan berpasang-pasang mata tertumpu kearah mereka. 

        Tangannya direntap dari peganggan Dhia. Lalu Dewi jatuh terduduk sambil tergelak-gelak macam orang gila.

       “Heyy.. Cik adik manis. Jangan ganas-ganas” tegur lelaki tadi lalu merangkul pinggang Dhia pantas membuatkan Dhia terdorong kedepan lalu memeluk lelaki itu.

Tercengang Dhia dibuatnya.

       “Kau dah kenapa?!” tengking Dhia lalu cuba meloloskan diri dari pelukan lelaki tu. Lelaki tu hanya tergelak sambil tangan merayap-rayap mengelus lekuk-lekuk badan Dhia.

       Dhia dah rasa nak menangis. Sumpah dia geli! Jijik.

       Tak ada siapa yang dapat bantu dia disini. Dewi dah jatuh terduduk dari tadi lagi gara-gara mabuk kuat. Memang tak waras dah pemikiran dia. Lelaki ni pun ada bau arak yang kuat. Menunjukkan dia pun sepesen jer dengan Dewi. Tapi tengok macam tak mabuk jer.

       Dhia terkedu bila tangan lelaki tu mula menyentuh harta karun wanitanya membuatkan dia rasa macam nakk….

Pang!

     Satu tamparan kuat hinggap dekat pipi lelaki tu. gatal! Puas hati aku.

     Pergerakan tangan lelaki tu serta merta terberhenti lalu merenung tajam kearah Dhia.

     Dhia membalas pandangan tajam lelaki tu.

      “Dan! Dah la tu, lepaskan jerlah minah tu.” tegur satu suara dari belakang. Mungkin kawan lelaki tu.

Lelaki yang dipanggil Dan tu hanya tersenyum sinis. Jangan harap!

      “Lepaskan aku laaa!!!!” jerit Dhia lagi sambil meronta-ronta.

      “Dewi! Tolong akuuu!”

Aydan dah tergelak sinis.

       “Tahu pun kau takut. Tak payah la nak mintak tolong Dewi tu. dia dah hayal kot. Aku bagi ICE tadi dekat dia. Hahahaa”

       “Apaaa?” jerit Dhia. Tangan masih lagi memukul lengan sasa milik Aydan

       “Dan! Lepas kan la dia. Nanti kecoh la. Kau tak nampak ke orang ramai perhatikan kau ni.” Nasihat Mike kawan baik Aydan. Dia takut kes malam ni masuk media jer nanti. Yang malu Tan Sri Amir jugak. Dan yang susah Aydan dan dia jugak selaku kawan baik Aydan.

        Terus Aydan tarik tangan Dhia keluar dari kelab tu. gara-gara gerak langkah Aydan yang laju membuatkan Dhia tak bersedia, hampir-hampir dia tersungkur.

       “Kau nak bawak aku pergi mana haaa!!!” tanya Dhia ketakutan. Dia dah start gelabah.

Aydan hanya membisu. Kaki melangkah kearah tempat parking kereta.

       “Dewwwiiiii!!!!” jerit Dhia. Dia tak kisah apa-apa yang penting dia selamat.

         Aydan mendegus kuat! Sebal dengan sikap Dhia yang bising dari tadi.

         Terus dicengkamnya rahang Dhia kuat membuatkan Dhia terpaksa mendongak memandang muka bengis Aydan. Air mata Dhia mula merembes keluar. Dia takut. Seganas-ganas dia tapi masih ada perasaan takut sebab dia perempuan. Macam-macam benda boleh jadi dengan lelaki seperti mamat ni.

        “Kau diam boleh tak! Kalau kau nak Dewi selamat. Kau diam!” ugut Aydan.

Aydan mengeluarkan telefon dari kocek seluar lalu menelefon Mike.

        “Mike! Kau uruskan Dewi tu. bawak dia pergi rumah kau dulu tapi jangan buat apa-apa.” Arah 

Aydan lalu terus mematikan talian. Dhia dihadapan dipandang tajam. Muka Dhia yang berkulit gebu dan mulus tu diusap lembut.

       “Kalau kau nak Dewi selamat kau ikut jer apa cakap aku. Kalau takkk.. aku suruh si Mike tu laukkan Dewi nanti. Tak pasal-pasal kau dapat anak buah hujung tahun ni.” Bisik Aydan perlahan ditelinga Dhia.

       Pintu ditempat penumpang disebelah pemandu dibuka lalu tubuh Dhia ditolak kasar kedalam kereta.

Dhia terjerit sakit.

       “Adooouiii!” sakit sungguh. Dhia terduduk diatas gitar dia yang dari tadi tergalas dibahu. Woii! Nasib baik tak patah gitar kesayangan aku.

        Aydan buat tak endah. Terus dia bergerak kekerusi pemandu, menghidupan enjin dan terus memecut laju dari tempat itu.

++++++

          “Mana anak kesayangan awak tu? tak balik-balik rumah dari semalam.” Tanya Tuan Daud pada isterinya.

           Puan Zura menjeling tajam. Perli jer la kerja suaminya tu.

            “Haa! Anak kesayangan awak tu pulak mana? Orang suruh balik dari tadi lagi. Tak balik-balik.” Bidas Puan Zura.

            “Kan saya dah suruh awak telefon Dhia kan? Dia kata apa?”

           “Saya suruh dia carikan Dewi dulu. Entah mana la pergi budak dua orang tu. Dewi tu macam mana la” keluh Puan Zura. Tuan Daud diam.

          Petang tadi ketika dia sedang main golf dengan Datuk Salim tiba-tiba dia diberitahu yang Salim ternampak anak dia bersama seorang lelaki masuk kedalam kelab malam semalam. Tersentak dia dibuatnya. Bila ditanya anak dia yang mana, Datuk salim tak dapat ingat nama. Tapi dia cam muka. Nak bertanya lanjut pada kawannya rasa segan dan ego menjulang tinggi! Sudah menunjukkan dia seorang bapa yang tak pandai menjaga anak.

        “Betul ke Salim tu nampak anak kita masuk kelab? Saya tak percaya. Mungkin dia salah orang tu kot.” Ucap Puan Zura cuba menafikan kebenaran.

         Tuan Daud hanya mampu mengeleng. “saya pun harap macam tu. saya malu betul dengan Salim tadi. Sampaikan saya tak sanggup nak pandang muka dia. Terus saya balik. Entah Dhia ke Dewi la tu. kalau betul la tahu la saya nak buat apa! Dah diberi didikan dan kasih sayang, ini yang dia buat.”

        Puan Zura dah mengeluh. Harap-harap bukan Dewi. Dia tahu sangat perangai Dewi yang kuat kerja tu. kadang-kadang hilang seminggu bila ditanya outstation katanya. Kalau Dhia dia tak terkejut. Sememangnya Dhia tu kerja dia asyik melepak saja. Kawan pulak dengan budak-budak entah apa-apa.

       “Saya risaukan Dhia pulak ni. Entah jumpa ke tidak kakaknya tu” luah Tuan Daud.

       “alaaa! Nak risau apa! Pandai la dia cari Dewi tu. budak tu dah besar. Lasak lagi tu” gumam Puan Zura keras.

       Tuan Daud hanya mampu mengeleng. Sampai sudah isterinya ini pilih kasih.

+++++++

Pappp!

             Tersentak Aydan apabila Tan Sri Amir hempas fail setebal kamus oxford diatas meja. Terkejut punya pasal. Muka bengis Tan Sri Amir ditatap takut-takut.

          “Berapa kali kau nak culas ni Aydan! Gara-gara kesalahan kau, syarikat kita hilang projek besar tahu tak!” tengking Tan Sri Amir kuat. Mata dia memberi pandangan tajam pada Aydan.

           Aydan dah telan air liur. Memang dia tahu dia salah besar kali ni. Projek bernilai 3 juta dollar terlepas macam tu jer. Dollar okay! Kalau di tukarkan dengan matawang Malaysia memang Tan Sri Amir digelar jutawan Malaysia nanti.

          “Sorry papa. Dan betul-betul mintak maaf. Memang silap Dan bila lambat datang meeting tadi. Dan overslept.” Takut-takut dia memberi alasan. Gara-gara malam tadi dia balik lambat dari kelab malam dan dia mabuk teruk membuatkan dia tak sedar hari dah siang. Dan paling malang sekali, dia lambat masuk meeting satu jam lewat yang jelas-jelas membuatkan pihak pelanggan akan fikir mereka tidak berdisiplin dan tak bersungguh-sungguh nak dapatkan projek tu.

          “What! Semudah itu Aydan?” Tanya Tan Sri Amir sinis. Kepala digelengkan. Tak tahu nak buat macam mana lagi dengan anak bujang dia sorang ni. Ada anak bujang lagi sorang pulak tak boleh diharap jugak. Sibuk nak duduk luar negara.

        Tan Sri Amir hanya mampu geleng kepala. Kesal!. Dia ada dua orang anak. Lelaki lagi tu! Tapi dua-dua tak boleh meringankan beban dia.

Aydan pulak fikiran berterbangan memikirkan gadis semalam. Macam mana la gadis itu sekarang.

++++

     Dengan mata yang membengkak dan pakaian yang comot dan terkoyak Dhia melangkah lesu kedalam rumah. Salam diberi lalu terus dia cepat-cepat melangkah kebilik apabila terdengar suara Tuan Daud dan Puan Zura sedang makan didapur. Dhia kalau boleh tak nak mereka tahu keadaan dia yang begini.

       Dewi. Entah la. Malas nak ambil tahu tentang Dewi. Gara-gara Dewi dia jadi macam ni. Sekali lagi Dhia menitiskan air mata buat sekian kalinya. Mengenangkan nasib diri yang sentiasa malang.

       “Dhia! Dhia!” laung Puan Zura sambil mengetuk pintu bilik Dhia bertalu-talu.

         Dhia tersentak. Terus dia berlalu kedalam bilik air untuk lekas-lekas menyegarkan diri dan memunculkan diri dihadapan Mak dan ayahnya.

        “Kejap! Dhia nak mandi. Nanti Dhia keluar.” Jerit Dhia.

        Tak sampai 10 minit dia sudah berdiri dipintu dapur. Tuan Daud dan Puan Zura memandang kearahnya pelik.

       “Kenapa dengan mata kamu tu?” tanya Tuan Daud bimbang.

Dhia tarik kerusi lalu melabuhkan duduk disebelah Puan Zura.

        “Tak cukup tidur” perlahan Dhia menjawab.

       “Mana kamu pergi sampai tak balik satu malam?” Tanya Tuan Daud lagi. Dia sudah hendak memulakan penyiasatan.

Dhia diam memikirkan alasan. Nak cakap apa?

        “Kenapa kau diam. Mak dengan ayah bukan main risau tahu tak. Suruh pergi cari Dewi dia pulak yang menghilang. Hah! Dewi mana?” sergah Puan Zura. Tak boleh bersabar lagi apabila Dhia hanya berdiam.

Tuan Daud turut ternanti-nanti jawapan Dhia.

          “Dhia, cakap nak” lembut Tuan Daud memujuk.

Dhia mengeluh.

        “Dhia tak tahu dia dekat mana sekarang. Semalam Dhia tanya kawan dia, kawan dia kata Dewi dekat kelab malam area Bukit Bintang. Dhia pergi cari dia dekat sana. Tapi ada lelaki yang bawak dia.” Dhia bersuara perlahan. Antara nak jujur atau tidak.

Puan Zura terbeliak biji mata. Tak percaya.

         “Ehhh! Kau jangan nak buat cerita. Entah-entah kau yang pergi sana lepastu menuduh Dewi pulak!”
Tuan Daud tergeleng kepala. Jadinya memang betul anak dia ada pergi ke kelab malam.

         “Betul mak. Dhia tak tipu. Dhia dari studio malam tadi terus pergi Bukit Bintang cari Dewi.” Jelas Dhia bersungguh. Sampai hati mak dia tak percaya apa yang dia cakap. Dan paling terkejut mak dia menuduh dia pula.

        “Sudah la awak. Saya akan cuba cari Dewi hari ni. Nanti malam saya akan tanya dia.”

Puan Zura mendegus tak puas hati dengan kata-kata Tuan Daud. Dewi anak dia yang baik tak akan 
buat kerja macam tu.

        “Hah! Yang kau tak balik semalam kau tidur mana?” tanya Puan Zura.

        “Tidur rumah Sofie” Dhia terpaksa menipu. Opie! Maafkan aku guna nama kau.

        “Dhia, lain kali telefon kami kalau nak tidur dimana-mana atau balik lewat. Kami risau.”

Dhia hanya mengangguk.

         “Dah la, Ayah nak ke pejabat dulu.”

+++++

       “Dhia, kau okay tak ni? Pucat jer tengok muka.” Tegur Opie prihatin. Risau dia bila tengok keadaan Dhia yang tak bermaya.

Dhia hanya mengeleng.

Opie pandang Zek dan mamat yang sedang testing sound system dekat belakang pentas. Zek dan 
mamat hanya angkat bahu tanda tak tahu.

       “Kalau kau tak sihat, balik la weh. Kitorang okay jer perform tanpa kau. Risau aku la” ujar Opie lagi.
Dhia pandang Opie sekilas.

       “Aku okay.” Jawab Dhia sambil betulkan tuning gitar.

Kepala didongak memandang Opie yang masih tercegat berdiri disisi.

       “Opie.. thanks. Tapi aku okay jer ni.” Jelas Dhia lagi tak nak Opie risau.

Opie hanya mengangguk lalu berlalu keatas pentas.

       “Okay geng… ready!” jerit Mamat yang baru naik keatas pentas lalu mengambil tempat drummer.

Zek pun mengekor dari belakang. Dia ambil tempat sebagai guitarist sama dengan Opie. Dan Dhia sebagai Vokalist.

        “Assalamualaikum. Kami akan nyanyikan lagu Mayday parade. Terimalah ‘I swear this time I mean it’.”

         “Yeaahhhhh!!!” sorak orang ramai dekat Kafe Permata di Kelab Seri Aman.

+++++

        Dewi tolak pintu bilik Dhia kasar. Terkejut Dhia yang sedang duduk ditepi tingkap sambil kelek gitar. Tengah ambil mood nak buat lagu.

        “Nak apa?” tanya Dhia bila Dewi hanya memandang kearah dia.
Dewi duduk atas katil Dhia.

     “Kau jangan bagitahu ayah dengan mak yang kau jumpa aku dekat kelab tu aritu tau”pesan Dewi sambil menjeling kearah Dhia.

Dhia hanya buat tak tahu. Sakit hati bila teringat peristiwa tu.

      “Dengar tak!” tanya Dewi dengan nada geram.

      “Dengar!” jawab Dhia malas.

       “Aydan bawak kau pergi mana malam tu?” tanya Dewi lagi.

Aydan? Ooo.. mamat tu nama Aydan.

      “Entah.”

      “Kau ni kan. Memang nak kena kan.!” Getus Dewi sebal.

Dhia hanya pandang Dewi sinis. Ada aku kisah!

      “Ingat sikit. Aydan tu aku punya. Jangan berangan nak goda dia.” Dewi beri amaran sambil tunjal kepala Dhia.

Dhia tersentak sekejap gara-gara ditunjal kepala tiba-tiba. Kurang asam betul!

       “Tak ingin!” balas Dhia tak nak mengalah. Dewi menjeling lalu terus keluar. Pintu dihempas kuat. Terangkat bahu Dhia terkejut.

+++++

        “Aydannn…” panggil suara seorang gadis sayup-sayup.

Aydan gelisah dipembaringan. Mata dia yang terpejam tu umpama tak tenang. Bola mata dia bergerak kekiri dan kanan. Dahi dia merintik peluh dingin.

        “Aydannn.. apa salah akuu” seru suara gadis itu lagi.

Aydan tersentak! Terus dia tersedar dari tidur.

        Apa benda ni. Kenapa dia ganggu aku. Dia siapa?

Aydan meraup wajah. Perlahan-lahan dia turun dari katil lalu berlalu kearah bilik air untuk membasahkan wajah.

         Sudah dua tiga hari gadis itu hadir dalam lewat malam dia. tak cukup tidur dia buatnya. Membuatkan dia tak bermaya disiang hari. Gadis tu nak apa?

+++++

       “Aydan” panggil Tan Sri Amir.

        Aydan yang sedang bersarapan pagi mendongak.

        Tan Sri Amir mengeleng kepala melihat anak bongsu dia ni. Lesu! Tak bersemangat.

        “Kau balik pukul berapa malam tadi?” tanya Tan Sri Amir tegas.

Aydan dah kerut kening.

        “Mana ada pergi mana-mana” jelas Aydan.

         “Habis tu lesu jer. Papa ingat kamu ke kelab malam lagi berjoli sana sini menghabiskan duit aku.” Perli Tan Sri Amir selamba. Aydan buat wajah kelat.

          “Berubah la Aydan. Berubah! Sampai bila kamu nak hidup macam ni. Sejak mama kau meninggal makin menjadi-jadi perangai kau dengan abang kau. Papa tak tahu la macam mana lagi nak ubah hidup kau. Kita ni bukan tua jer baru nak mati Aydan. Bila-bila masa kita boleh mati. Kalau kau tak kesian dekat mama dengan papa kau ni bila mati nanti sebab tak ada anak soleh yang boleh doakan kami, tapi kau kesian la dekat diri kau sendiri, dekat bakal anak bini kau sebab akan dapat ketua keluarga macam kau. Fikir Aydan. Fikir!” Nasihat Tan Sri Amir panjang lebar. Dah tak tahu nak buat macam mana.

          Aydan hanya diam mendengar. Dah selalu sangat dia dengar. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tak pernah dia terfikir untuk tinggalkan kehidupan dia sekarang. Ini cara hidup dia.

          “Sudah la. Tengok muka kau yang toya ni pun buat papa menyampah! Aku cakap langsung kau tak dengar. Jangan sampai pintu taubat dah tertutup baru kau nak berubah.” Tan Sri Amir berkata sinis lalu terus berlalu dari meja makan.

Aydan mengeluh. Tak lalu terus dia nak bersarapan. Terus dia melangkah untuk kepejabat.

++++++

        “Abang, bila nak balik? Dan menyampah la dengar papa membebel. Abang dekat sana senang la. Berjoli jer kerja tak payah masuk office” adu Aydan

Aiman dihujung talian hanya tergelak besar.

         Aydan dah menarik wajah masam. Boleh lagi abang dia gelak-gelak dekat sana. Dia disini asyik kena marah jer.

        “Relax ar, abang malas la nak duduk dengan papa. Nanti kena dengar ceramah dia jer. Malas ar.”

        “Habis tu Dan ni ingat suka sangat ke dengar? Balik la bang, uruskan syarikat kita ni. Projek dah susah nak masuk ni. Financial down giler. Papa pula tengok macam makin stress jer. Lepastu dia lepaskan dekat Dan pulak.”sambung Aydan lagi. Aiman dah terdiam disana.

      “Oo.. patut la elaun abang kurang sekarang. Teruk sangat ke keadaannya?” tanya Aiman.

       Aydan tarik nafas panjang. “Makin teruk. Haritu hilang projek 3 juta dollar. Kalau dapat projek tu sebenarnya mampu la nak backup balik problem yang ada. Tapi terlepas. Sekarang syarikat depend on small projek jer. Itupun cukup-cukup bayar gaji pekerja saja.” Terang Aydan panjang lebar.

Aiman tak tahu nak cakap apa.

        “Abang balik la ek? Tolong papa dekat sini. Apa jadah dengan master abang kalau tak kerja” perli Aydan tapi dengan nada lembut. Aiman hanya tergelak-gelak.

         “Tengok la dulu nanti apa-apahal abang bagitahu. Bukan boleh main tinggal jer awek-awek abang dekat sini” usik Aiman. Aydan dah ketap gigi. Itu yang dia fikir!??? Stress sungguh.

++++++

         “Dan.. lama tak nampak you” tegur Dewi sambil mengelus manja bulu-bulu halus dilengan Aydan.

          Aydan hanya buat muka toya. Dia datang kelab ni sebab nak dengar lagu jer bukan nak jumpa perempuan-perempuan yang akan buat dia lagi sakit kepala. Pening nak layan. Macam-macam karenah.

         “Dannn..” panggil Dewi manja bila Aydan buat tak tahu dekat dia.

Aydan toleh sekilas lalu menjongketkan kening.

          Dewi tersenyum manja. “Youuu.. haritukan you bagi I pil apa ek? Sedap sangat you. I rasa dunia ni macam syurga.”

Aydan tarik senyum senget. Rasa dunia macam syurga?

        “adalah. Kenapa you nak lagi ke?” Aydan melayan. Bosan tunggu Mike tak sampai-sampai.

Dewi tergelak manja. “Kalau you nak bagi” jawab Dewi malu-malu.

Aydan rasa nak muntah. Gedik!

         Bila tengok muka Dewi teringat dia akan gadis itu. Macam mana gadis itu sekarang? Nak tanya pada Dewi rasa macam tak sanggup. Ego lagi tinggi. Lagipun malas nak berborak lebih-lebih dengan Dewi.

Tapiii… rasa ingin tahu dia menebal.

         “You” panggil Aydan. Dewi menoleh sambil pamer senyum manis.

         “Siapa girl yang datang cari you aritu?”

          Dewi dah terdiam. Terus muka dia kelat dan masam. Bencilah! Dhia jugak yang ditanya.

          “Entah.” Jawab Dewi acuh tak acuh.

Aydan diam memerhati gelagat Dewi. Macam tak ngam jer. Tak pa. nanti aku korek sendiri. Getus 
hati Aydan.

          “Woi bro!” sapa Mike sambil tersengih-sengih melangkah kearah Aydan dan Dewi.

Aydan hanya angkat tangan.

        Masalah kian memberat. Masalah syarikat pun makin meruncing. Papa dia suruh dia cari jalan untuk tarik projek tapi kalau dapat projek pun kalau tak cukup modal tak boleh jugak. Susah! Sekarang ni elaun dia dan abang dia dah dipotong. Nanti tak mustahil gaji pekerja dia tak dapat bayar dan harta kena tarik. Sudah!

         “Seriusnya muka” tegur Mike. Dewi dekat sebelah hanya diam memerhati.

Aydan hanya mengeleng.

         “Kau tahu kan masalah syarikat apa” jawab Aydan sambil mengeluh lemah. Mike mengangguk kecil.

         “Kenapa dengan syarikat you?” tanya Dewi prihatin. Aydan dah tarik nafas dalam-dalam. Malas nak cerita dekat Dewi. Bukan boleh tolong pun.

         “Masalah modal untuk buat pusingan. Projek besar baru masuk tapi modal tak ada. So, projek still tak boleh ambil. Kena kumpulkan projek kecil-kecil dulu sampai dapat buat pusingan modal baru boleh” jelas Mike pada Dewi bila tengok Aydan hanya mendiam atas pertanyaan Dewi.

         Dewi terangguk-angguk. “tak mintak pinjaman?”

        “Tak mudah Dewi.” Pendek jer jawapan Mike. Tak mudah sebab progress dan duit keluar masuk yang tak cantik ada dalam rekod syarikat tu.

         Dewi terangguk lagi. “If you don’t mind, I boleh minta ayah I tolong you. just like, you pinjam and if you dah ada money bayar la balik.” Usul Dewi pada Mike dan Aydan.

Dua orang sahabat terdiam sambil berpandangan.

         “Boleh ke?” tanya Aydan lambat-lambat.

          Dewi tersenyum manis. “of course la. But come to the office first and we discuss. Lagipun ayah I and papa you kan memang dah kenal lama. Mesti boleh tolong”

Aydan dah tersenyum lega. Fuuhhh!


+++++++++++

          Setelah bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja, kontrak perjanjian pinjaman dan macam-macam lagi, akhirnya Tan Sri Amir dan Aydan dah boleh tarik nafas lega apabila Syarikat dia mampu untuk dipulihkan. Ini semua dengan bantuan Dewi dan Tuan Daud.

           “Thanks Uncle sebab tolong kami.”Ucap Aydan sambil berjabat tangan dengan Tuan Daud. Tuan Daud tersenyum lebar.

            “Small matter. Yang penting syarikat kamu boleh recover semula.”Kata Tuan Daud ikhlas. Aydan hanya mengangguk.

            “Ayah, Dewi lepas ni nak lunch dengan Aydan tau” beritahu Dewi.

Tuan Daud hanya senyum. Dia suka Dewi keluar dengan Aydan. Sepadan.

              “Aydan, kamu dengan Dewi ni bila nak dilangsungkannya?”

Pertanyaan Tuan Daud yang tiba-tiba membuatkan Aydan rasa macam tercekik guli. Dewi pulak tersenyum malu terus dipautnya lengan ayah dia.

             “Errr…” Aydan tak tahu nak respon macam mana.

              “Ayah ni. Kitorang baru lagi la” Jawab Dewi malu-malu.

Aydan terbeliak biji mata. Baru lagi apa? hish aiii.. jangan cari nahas sudahhh..

             “Jangan lama-lama Aydan. Tak manis dipandang orang.” Nasihat Tuan Daud lagi sambil menepuk perlahan bahu Aydan. Aydan hanya tergelak kecil. Hambar.

             “Nanti datang la rumah. Bawa papa kamu sekali.” Usul Tuan Daud.

Aydan tarik nafas lega bila isu hubungan dia dan Dewi dah habis.

           “Haa.. ya nanti kami sampai”

++++++++++++

Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

Sampaikanlah rinduku padanya
Agar dia sentiasa sempurna
Bawalah cinta kita
Terbang bersama ke syurga

Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

“Terima kasih!”

Tepukan gemuruh kedengaran setelah Dhia menamatkan nyanyiannya.

          Dhia melangkah turun dari pentas sambil menjinjit gitar kesayangan. Tiba-tiba dia rasa mual. Terus dia kelam kabut berlari ketandas yang berdekatan.

Opie dan Zek yang ketika itu turut berada disitu pandang pelik.

          “Uwekkk.. uwekkk”

Tekak Dhia rasa perit. Dia hanya muntah air. Terasa payau tekak rasanya.

            Kenapa dengan dia? sejak seminggu lepas dia begitu. Dia risau. Adakah apa yang dia fikir betul-betul terjadi.

          Ya Allah, ampunkanlah dosaku.

Dhia membasahkan wajah disingki. Rasa lebih segar.

Kaki melangkah keluar. Opie dan Zek dah angkat kening memberi isyarat bertanya. Dhia buat tak tahu.

              “Kau okay tak ni?” tanya Zek risau. Opie pun dah duduk sebelah dia.

Dhia hanya mengangguk. Jam ditangan dilihat sekilas. Pukul 11.30 malam.

              “Aku nak balik dulu tau.” Ucap Dhia lalu terus berlalu dari situ setelah mendapatkan beg dan gitar.

Kereta Swift kelabu milik Dhia berhenti dihadapan Klinik 24jam. Nak pergi ke tak? Dhia dalam dilemma.

Akhirnya dia buat keputusan untuk turun dan masuk kedalam klinik.

             Dhia hanya mengambil masa 20 minit didalam klinik dan sekarang dia sudah berada didalam kereta. Enjin dihidupkan namun masih tak bergerak dari situ.

           “Tahniah! Puan dah hamil 9 minggu”

Kata-kata tu buat Dhia rasa nak meraung. Nak lari hujung dunia.

              Allah! Dugaan apakah ini. Apa yang dia harus buat. Ayah? Mak? Dewi? Aydan? Semua benda serentak bermain dalam fikiran dia. dia buntu.

+++++++++

          Morning sickness dia makin teruk. Bukan setakat morning jer dia kena, tengah hari, petang, malam semua dia kena. Ini dosa dia mengandung anak haram kot. Tapi ini bukan yang dia nak. Bukan yang dia minta. Dia kena rogol.

         Muka Dhia pucat lesi. Dah 2 minggu dia minta cuti. Hanya terperap dalam bilik. nak keluar rumah takut ayah dan mak nampak. Opie, Zek dan mamat pun dia larang datang melawat. Kecoh kawan tu risaukan dia. tapi Dhia beralasan. Kata dia demam saja dan nak rehat cukup-cukup.

          Kandungan dia dah nak masuk 3 bulan. Nasib baik bentuk perut dia tak nampak langsung sebab dia pakai baju-baju besar. Cuma kalau disentuh mungkin akan rasa benjolan kecil dirahim dia.

          Dhia melangkah turun untuk kedapur. Rasa dahaga. Hari ini dia rasa segar sikit dari hari lain. Mungkin kerana usia kandungan dia yang makin meningkat. Namun tiba-tiba dia rasa kepala dia berpinar-pinar. Puan Zura yang sedang berdiri di singki dapur umpama ada dua orang.

           “Mak” panggil Dhia perlahan sambil memegang kepala.

           “Kau dah kenapa?” tanya Puan Zura risau tengok muka dia yang nampak pucat.

          “Dhiaa…” belum sempat Dhia membalas dia sudah jatuh pengsan. 


Saturday 6 December 2014

Jangan letih mencintaiku #Epilog



Yeah!!! dah tamat... thanks siapa-siapa yang ikut cerita ni. cerita ni biasa-biasa saja. just for fun and wanna release my stress actually. hahaha.







‘Mana la pergi biskut aku ni. Rasanya letak kat almari atas ni.’ Desis hati Husna.

Habis seluruh kabinet didapur diselongkarnya. Tertongeng-tongeng dia dibuatnya. Biskut tu memang dia rasa dia letak dekat almari atas ni. Sebab dia tahu kalau letak dekat atas meja tempat biasa letak barang makanan tu memang sekejap jer nanti habis biskut tu dibedal Naqid dengan bapak Naqid sekali.

Satu-satu laci Husna tarik. Masih tak jumpa.

“Hah!”

“Apocot!” melatah Husna dibuatnya. Terdengar suara orang tukang sergah tu tengah bergelak sakan dekat belakang dia.

“Amboiii! Seronok nampak?” sinis Husna.

Khalish sampai dah terbongkok-bongkok sambil tekan-tekan perut gelakkan Husna. Lawak sangat muka Husna tadi. Terbeliak biji mata macam nak terkeluar. Hahaaha.

“Sayang cari apa?” tanya Khalish setelah tawanya reda.

Husna masih tertoleh-toleh mencari biskut dia tu.

“Cari biskut. Abang ada nampak tak? Husna letak dekat sini rasanya”

Khalish terdiam sesaat. Memikir.

“Biskut kotak purple ek?” tanya Khalish.

“Aah.”

“Abang habiskan semalam” jujur Khalish tak bersalah.

Husna dah terbeliak biji mata.

“Abang!” jerit Husna sambil pukul-pukul lengan Khalish.

“sayang! Sakit la. Biskut jer pun! Nanti abang ganti la balik kot yer pun awak mengidam nak 
makan.”

Hish! Husna menjeling tajam. Mengidam-mengidam jangan sebut okay! Sensitif tu. Ye la.. takkan la dia mengandung lagi padahal dia baru habis berpantang lahirkan anak kembar mereka.

“Apa mengidam.. mengidam! Jangan sebut!” marah Husna. Khalish dah tersengih-sengih. Apa salahnya kalau Husna mengandung lagi sekali. Hahaha.

“Abang tahu tak biskut tu untuk apa?”
Khalish mengeleng. Husna mengeluh.

“Tu.. Biskut nak bagi susu banyak la abang! Husna kan tengah breastfeed Khayla dengan Khaisara.”
Khalish dah tercengang. Laaa!

“Ada side effect kat abang tak nanti sayang?” tanya Khalish risau. Husna dah tergelak-gelak.

“Nasib abang laa” sakat Husna sambil terus berlalu keluar dari dapur.

“Sayang!!! Nak kemana tu. Abang tanya ni!” jerit Khalish dari dapur. Hanya kedengaran tawa Husna jer dari depan. Hailaaa nasib… dah termakan kira halal laaa..

+++++++

“Papa!” jerit Khayla sambil melambai-lambai tangan kearah Khalish. Khalish tersenyum turut melambai kearah Khayla dan Khaisara yang sedang menuju kearah dia dan Husna.

“Tengok anak dara abang tu. Hish buat malu sungguh menjerit tengah orang ramai ni” rungut Husna geram sambil tergeleng-geleng kepala. Khalish hanya tersenyum sambil pegang erat tangan Husna.

“Hahahahaa… anak Umi kaannn” perli Naqid sambil tersengih. Husna menjeling geram pada si anak sulung dia ni. Amboii! Memang nak kena.

“Papa, Umi dengan along dah lama ke sampai?” tanya Khaisara. Muka dia dah berpeluh-peluh sebab kena terik panas.

Hari ni Khayla dan Khaisara officially dah graduate! Yeah! Tu sebab la mereka gembira sangat. Tak sangka usaha selama 4 tahun penat lelah belajar akhirnya berbaloi.  Yang paling penting! Umi dengan papa bangga ada anak-anak yang berjaya.

“Naik lencun ketiak along tunggu korang bersiap! Jatuh saham nak mengorat awek-awek UM ni” ujar Naqid sambil mata melilau-lilau usha awek cun.

Serentak Khayla dan Khaisara mencebik dan buat gaya nak muntah. Uwekk! Poyo amat.

Husna dan Khalish hanya tersenyum bahagia.

“Papa, Umi! Jom la ambil gambar family pakai baju konvo ni. Teruja sangat dah ni!” Khayla dah tarik-tarik tangan Husna.

“Ya, sayang. Jom.” Husna hanya menurut.

“Aik, siapa nak ambil gambarnya?” tanya Naqid bila tengok semua orang dah siap sedia berdiri ditempat masing-masing.

Husna dan Khalish ditengah-tengah diapit oleh Khayla dan Khaisara kiri dan kanan. Dia?

“Abang la! Siapa lagi. Hahaha” usik Khaisara. Naqid dah cemberut! Cis! Baik tak payah datang kalau dia tak ada dalam gambar. Dia sanggup mintak cuti kerja semata-mata nak hadiri konvo adik kembar dia. Ini yang dia dapat!

Khalish, Husna dan Khayla dah tergelak besar.

“Along mintak la orang tolong ambilkan. Itu pun tak boleh fikir ke?” peril Khayla.

“Okay…okay”akur Naqid.

“Satu! Dua! Tiga! Say coffee!”

Serentak masing-masing tersenyum manis.

Click!

“Husna” bisik Khalish ditelinga Husna yang ditutupi tudung. Husna mendongak memandang Khalish disebelah.

“Jangan letih mencintai abang”bisik Khalish romantik.

Husna dah terharu. Hanya tersenyum.

“Umi dengan papa ni, kat mana-mana pun romantik laa” usik Khayla sambil tersengih-sengih kat sebelah Husna.

“Of course la! Papa sayang umi apa! I love you sayang!” Ujar Khalish tanpa segan silu didepan anak-anak. Bahu Husna dipeluk erat.

“Hish abang ni! Malu la”Husna dah tersipu malu. Merah muka dia dibuatnya.
Serentak meraka tertawa bahagia.



 
TeEn LoVe StOrY Blogger Template by Ipietoon Blogger Template