HANIM
tercengang bila ada banyak selipar di luar rumahnya. Jarang ada tetamu datang
ke rumah itu. Boleh kira dengan jari. Kemudian kedengaran suara bising-bising
dari dalam rumah. Suara lelaki yang tak dia kenali.
"Mulai
hari ini kau bukan anak aku lagi Hayati!"
Hayati
mana pulak ni? Hanim makin tak faham. Cepat-cepat dia mendaki anak tangga.
Langkah
kaki terhenti di ambang pintu rumah. Memerhati ruang tamu sempit itu kelihatan
padat dengan beberapa orang manusia.
"Kenapa
ni?" Hanim tebarkan pandangan pada setiap wajah di situ.
Wajah
mak, Hanafi dan teman wanita abangnya, Hayati. Oh! Maksudnya...
Matanya
beralih pula pada seorang lelaki tua yang berwajah bengis di situ. Dan ada
seorang perempuan sebaya mak sedang menangis di sisi lelaki itu.
"Dah!
Aku nak balik! Kau ingat Hayati. Jangan nak jejak kaki lagi dekat rumah aku!
Berhambus kau!"
"Sudah
Mah! Tak guna menangis untuk anak macam dia ni. Jom balik!" Lelaki tua itu
mendengus kasar. Tanpa berbasa basi lagi terus dia berlalu turun dari situ.
Diikuti mak dan dua adik lelaki Kak Yati.
Hanim
renung tajam wajah tak bersalah Hanafi. Dia pasti ada sesuatu yang telah
terjadi sampaikan Kak Yati kena buang keluarga.
"Kenapa
ni mak? Malaun ni buat masalah apa pulak kali ni?" Terketap gigi Hanim
menahan rasa geram pada si abang. Tak habis-habis buat masalah.
Kejap-kejap
orang kampung datang serang ke rumah kerana Hanafi ditangkap mencuri duit dari
tabung surau. Ada kala kerana Hanafi rembat motor orang. Mujur tak masuk
penjara aje abangnya itu.
Kak
Yati yang sedang menangis teresak-esak dikerling sekilas. Lencun maskara di
wajah putih bersih Kak Yati. Dah malam-malam buta pun bermakeup juga. Tak faham
betul.
"Yati
mengandung."
“Apa!”
Tubuh Hanim keras membantu. Terbeliak mata dia berpandangan dengan mak yang dah
tayang wajah serba salah.
Dia
renung pula Kak Yati. Perut teman wanita abangnya itu kelihatan membuncit
walaupun ditutupi dengan pakaian yang longgar.
"Aku
dan Yati dah fikir nak gugurkan kandungan dia tu." sampuk Hanafi tegas.
Dan serentak dengan itu tangisan Kak Yati makin kuat kedengaran.
"Tak
payahlah, Napi. Kandungan dia dah 7 bulan! Mak takut kalau apa-apa jadi pada
Yati nanti. Ni dah kali kedua dia gugurkan kandungan. Boleh rosak rahim dia
nanti."
"Habis
mak nak aku buat apa? Jaga budak tu? Aku ni nak makan pun kais pagi tahu tak
mak!"
"Ya
Allah..." Hanim jatuh terduduk di lantai. Bergenang matanya memikirkan
Hanafi dah hanyut sejauh ini. Dua kali! Air mata mengalir laju. Sungguh tak
sangka abang yang membesar bersamanya selama ini boleh jadi jahat macam ni
sekali.
"Jadi
selama ni mak bersubahat dengan dia?" Suara Hanim terketar menyoal mak.
"Bukan
mak bersubahat. Tapi Napi tak sedia lagi nak ada anak." Jawab mak Ecah
sedikit serba salah.
Mengecil
mata Hanim. Kepala tergeleng perlahan. Tak percaya mak sendiri bersubahat
dengan perbuatan terkutuk Hanafi. Kecewa dengan keluarganya yang berantakan
seperti ini.
"Oh...
bersedap-sedap nak pulak. Gersang sampai tak fikir halal haram. Tapi bila dapat
hasil tak mahu jaga! Kau tak fikir dosa ke bang?" sergah Hanim setelah
menenangkan diri. Tajam renungan matanya memanah wajah tegang Hanafi.
Hanafi
bangun dari duduknya. Mencerlung garang melawan panahan mata Hanim.
"Kau
tu adik aku aje tau, Nim. Jadi kau tak ada hak nak tegur aku!" Jari
telunjuk Hanafi yang tepat menala ke muka ditepis Hanim kasar.
"Tapi
kau tu darah daging aku! Aku tak sangka kau jahat macam setan!"
"Apa
kau cakap!"
Hanafi
cengkam kuat lengan Hanim lalu tangan kirinya naik mencekik leher jinjang Hanim
yang berlapis tudung. Kuat dengusan nafas Hanafi menampar ke wajah adiknya
menandakan dia teramat marah.
Kedua
tangan Hanim terkapai memaut lengan kiri Hanafi. Menarik kuat agar abangnya
melepaskan cengkaman di leher. Merah padam muka dia mencari nafas.
Mak
meluru mendapatkan dua beradik yang saling bertikam lidah itu. Hanafi yang
panas baran sampai nak membunuh Hanim.
"Sudahlah
Napi! Dia adik kau!" Lengan Hanafi ditarik mak berkali-kali. Tapi kudrat
wanita tua sepertinya langsung tak buat anak lelakinya itu goyah. Malah, dengan
bersahaja Hanafi makin menguatkan cengkamannya.
"Mak
diam!" Jerkah Hanafi tanpa mengalihkan pandangannya. Terketap-ketap bibir
dia mengumpul kekuatan melawan tenaga Hanim yang meronta-ronta melepaskan diri.
"Kau.
Memang. Syaitan!" Hanim yang masih tak berpuas hati makin membakar
perasaan Hanafi.
"Kau
memang nak mampus Hanim!" Kedua tangan Hanafi mencekik leher Hanim
kemudian diangkat tubuh kecil adiknya sehingga kaki Hanim terkapai-kapai tidak
jejak lantai.
"Hanafi!"
Jerit mak ketakutan. Belakang badan Hanafi dipukul bertalu-talu.
"Ark..erk.."
Tengkorok Hanim seperti diremuk. Mengalir air mata dia menahan kesakitan. Muka
dah biru kekurangan oksigen.
"Biar
aku yang mati!" Jeritan Hayati menghentikan segalanya.
Entah
bila Hayati bertindak. Tiba-tiba di tangan dia dah ada pisau potong daging yang
diambil di dapur.
Hayati
hala pisau ke leher sendiri.
"Yati!"
Menggelupur Hanafi mendapatkan teman wanitanya. Tubuh Hanim dibanting ke tepi
membuatkan Hanim terhempas ke dinding rumah dan terhantuk dengan bucu jendela.
"Argh!"
Hanim menjerit kesakitan. Tangan kiri memegang leher yang perit. Manakala
tangan kanan menekup dahi yang terasa basah.
"Hanim!"
Dengan linangan air mata mak mendapatkan Hanim yang dah tergolek kesakitan.
"Sa...kit."
Suara Hanim putus-putus. Serak dicekik Hanafi yang gila mahu menjadi pembunuh.
"Letak
pisau tu Yati!" Bergema nyaring suara Hanafi. Tangan dia tergawang ke
udara cuba menenangkan Hayati yang meraung-raung dengan pisau terhala di leher.
"Biar
aku yang mati! Aku menyesal kenal kau, Napi!"
Hanafi
yang sememangnya bukan seorang penyabar kembali naik angin. Tak guna dia nak takut
kerana dia tahu Hayati tidak seberani itu untuk melukakan diri sendiri.
"Kau
dah banyak pahala ke nak mati?" soal dia sinis.
Tersedu
sedan Hayati menangis. Tersekat-sekat suara dia. Makin sakit hati dia dengan
perangai Hanafi.
"Napi!"
Sambil memangku Hanim, mak menjerit marahkan Hanafi.
Ruang
tamu rumah itu semakin huru hara. Hayati gores luka di leher sampai darah
memancut keluar.
Ya
Allah... Menggigil tangan mak sambil bantu menekup darah di kepala Hanim. Tak
kuat melihat darah merata-rata di lantai rumah.
"Aku
nak mati! Gara-gara jantan sial ni la aku mengandung! Dia rogol aku!"
jerit Hayati tak terkawal.
"Mulut
kau jaga sikit! Rogol kepala hangguk kau kalau kau pun menggatal nak dipuaskan.
Bagi bukti kau cakap aku rogol kau!" Bidas Hanafi dengan mata terjegil
seakan mahu tersembul keluar.
"Kau
memang sial Napi! Aku menyesal percayakan kau!"
"Kak
Ti! Jangan kak! Napi tolonglah sabar!" Hanim tongkat tangan. Gigih mahu
bangun dari terus terbaring. Tetapi mata dia makin berpinar-pinar sampai dia
perlu menahan tangan di dinding rumah agar kakinya terus teguh berdiri.
"Pedulikan
dia! Nak mati sangat, buatlah! Aku nak tengok dia berani ke tak?"
"Kau
jangan cabar aku, Napi!" Marah Hayati.
Hanim
gagahkan diri, berjalan laju mendapatkan Hayati dan sepantas kilat dia merampas
pisau dari tangan Hayati.
"Jangan
kak!" tegah Hanim dengan muka menyeringai menahan sakit di kepala. Dia
juga rebah di sisi Hanim. Kepala yang sakit membuatkan dia tak berdaya untuk
menahan Hayati lagi.
"Aduh!"
Hayati jatuh tergolek ke lantai. Perut yang terasa sakit mencucuk dipegang erat
sambil mengensot mendapatkan pisau yang terdampar di hujung kaki.
Zap!
Suara tangisan Hayati bertukar dengusan dan erangan kesakitan.
"Yati!"
"FARIS
AD DEEN!"
Suara
jeritan mommy buat Faris tergelak-gelak menutup salah sendiri. Tahu yang dia
dah keluar terlalu lama sampai mommy risau menunggu di rumah.
"Bila
nak balik hah? Dah pukul 12.30 ni. Berlumba lagi ke?" Suara Dina makin
lantang memarahi si anak. Geram pada anak sulungnya yang tak lekat di rumah!
Hati seorang ibu tak tenang nak melelapkan mata selagi tak nampak kelibat si anak
di rumah.
"Mana
ada mommy. Hujankan ni. Litar basah." Faris cuba memberi alasan. Tapi
sungguh dia tak berlumba malam ni. Cuma dia lambat balik kerana melepak di
rumah kawan baiknya, Farel. Lelaki yang tua beberapa tahun darinya itu akan
berlepas ke luar negara besok kerana semester baru telah bermula.
"Habistu
Ayis pergi mana tak reti nak balik lagi?"
"Ayis
jumpa Farel. Dia kan nak berlepas besok. Sajalah melepak sekejap. Lepastu pergi
makan. Ni nak balik la ni."
"Haa...
cepat balik! Ayis ni kan..."
Sambil
mendengar bebelan mommy, Faris bersandar selesa di tempat duduknya. Dari dalam
kereta, matanya merenung lama rumah kampung yang dihuni Hanim.
Berkerut
dahi dia bila nampak bayang-bayang orang bergaduh di sebalik langsir tingkap
yang terbuka luas. Cermin tingkap kereta pantas diturunkan sedikit. Dan
serentak dengan itu, terus dia dapat mendengar suara lantang bertikam lidah
dari dalam rumah.
"Aku
nak mati! Gara-gara jantan sial ni la aku mengandung! Dia rogol aku!"
Tubuh
pantas melonjak ke depan. Tertanya-tanya apa yang berlaku di dalam rumah Hanim.
"Mommy...
kejap lagi Ayis balik. Letak dulu ya." Laju dia mematikan talian telefon
tanpa sempat mendengar balasan mommy.
Telefon
dicampak ke tepi lalu bergegas dia turun dan berjalan ke arah pintu rumah
Hanim.
"Assalamualaikum."
Daun pintu yang terbuka luas memudahkan Faris menjengah ke dalam.
"Kau
jangan cabar aku, Napi!"
Terbeliak
mata dia bila melihat seorang perempuan mengandung sedang menangis sambil
menghala pisau ke leher sendiri sebelum diterpa Hanim.
"Hanim!"
Terjerit Faris bila Hanim juga tumbang seakan mahu pitam.
Hanim
jatuh tergolek di sebelah wanita mengandung itu. Dan wanita mengandung itu
berusaha mencapai pisau yang terlepas dari tangan Hanim lalu wanita itu
mengelar pergelangan tangan sendiri.
Tidak
sampai sesaat, suara tangisan perempuan itu hilang. Hanya erangan kesakitan
yang bergema.
"Yati!"
Hanafi
terkaku dengan mata terbeliak. Terkejut melihat Hayati yang dah terkulai
berlumuran darah. Mak Hanim pula meraung-raung sambil memangku Hanim.
“Allah!”
Faris bergegas mendapatkan kain dan menekup luka di tangan perempuan mengandung
itu.
Tertoleh
kiri kanan dia kerana tidak tahu berbuat apa.
“Hanafi!
Kau jangan lari, Napi!” Jerit Mak Ecah bila Hanafi bergegas melarikan diri
keluar dari rumah.