KERETA
EAN masuk ke dalam kawasan sebuah sekolah. Terkesima dia melihat suasana
sekolah yang berbeza dari sekolah biasa itu. Bangunan yang terbina bercirikan
seni bina islam. Lihat sahaja ukiran pada dinding dan atap, dia sebagai arkitek
terus dapat meneka.
Cantik!
Dia tak sangka ada sebuah sekolah tahfiz swasta yang
cantik macam ni. Tampak mewah bila bangunan itu dicat putih dan beberapa warna
yang bersesuaian turut digabungkan. Dia ingat sekolah tahfiz seperti sekolah
pondok yang agak daif dengan fasiliti yang tidak lengkap berbeza betul dari apa
yang berada di hadapannya sekarang.
Tapi tak mustahil juga, setahu Ean sekolah tahfiz yang
ini bukan sekolah tahfiz biasa. Ini sekolah elit yang setaraf International School
yang ada di Malaysia. Cuma berbezanya sekolah antarabangsa itu menitik beratkan
akademik dan cara pembelajaran barat. Manakala di sekolah tahfiz ini menitik
beratkan penghafalan al quran dan gaya hidup islam. Parents yang hantar anak
pun hampir kesemuanya dari golongan T20! Ye la, yuran bukan kaleng-kaleng kut.
"Sorry awak. Lama ke awak tunggu."
Ean tersentak bila pintu kereta sebelah penumpang dibuka
dari luar. Berkerut kening dia pandang Nadja yang selamba mengambil tempat di
sebelah dia. Tambah berkerut bila melihat Nadja yang berjubah kelabu dan
bertudung labuh berwarna hitam. Serupa pelajar yang dia nampak lalu lalang di
kawasan situ tadi.
"Kenapa awak pandang saya macam tu?" Soal
Nadja. Ean pandang dia macam dia ni penjenayah.
"Awak ni student ke dekat sini?"
Nadja tersengih. Student? Aduh! Kembang hidung dia bila
Ean cakap macam tu. Tandanya Nadja ni nampak muda la kan? Nadja tergelak kecil.
"Saya cikgu la dekat sini." Ujarnya lalu
menarik tali pinggang keledar. Mata dia melilau memandang kereta Ean. Tak
sangka citarasa Ean tinggi jugak. Audi kut. Bersih pula tu tanpa secalit habuk
pun.
Ean menggeleng kepala tak percaya. Sungguh Nadja tak
nampak macam wanita berumur 27 dengan pakaian macam ni. Serupa budak 17 tahun!
"Pakaian awak sama dengan budak. Tak confuse ke
diorang?"
Nadja tergelak sebelum buat muka menahan geram.
"Itulah! Eii, saya lupa pulak hari ni hari jumaat.
Pelajar sekolah menengah akan pakai jubah dan tudung macam saya ni. Ei! Geram
la sama dengan diorang." Nadja membebel dengan tangan terkepal kuat.
Terkulat-kulat dia pagi tadi bila Cikgu Basyirah menegur
pakaiannya. Cikgu itu ingat dia pelajar. Hampir sahaja dia dimarahi kerana
masih berkeliaran. Rupa-rupanya salah orang. Itulah masalah bila sekolah
menengah dan sekolah rendah berada di tempat yang sama. Cuma berlainan sistem sahaja.
"Awak mengajar apa?"
Nadja semakin teruja mahu bercerita. Ean mula berminat
untuk tahu tentang dia.
"Saya mengajar sekolah rendah. Ajar pendidikan
islam."
Terbelalak mata Ean.
"Ustazah?" Aku kahwin dengan ustazah ke ni?
Mampus!
"Ala, title aje ustazah. Saya tetap cikgu macam yang
lain. Apa la awak ni. Jangan la terkejut sangat."
Ean berdecit perlahan. Tubuhnya sudah tidak mengadap
Nadja sebaliknya memandang ke hadapan. Dia sungguh tak jangka Nadja seorang
ustazah. Dia pun nampaknya terperangkap macam Dani. Kenapa mama tak bagitahu
dia awal-awal! Kalau tak dia terus mengatakan tidak pada Nadja ketika mereka
berdua berbual haritu.
Kalau Nadja ustazah mesti dia pun extreme macam isteri
Dani, Fatiha. Mata Ean mula berpinar membayangkan hidup dia akan ada isteri
yang pakai jubah sepanjang masa. Lagi rasa sakit kepala bila nanti Nadja akan
paksa dia pakai jubah, bela janggut, sembahyang 24 jam.
My god! Aku kena tamatkan semua ni sebelum terlambat.
"Jom la awak kita gerak. Karang lambat sampai
rumah." Gesa Nadja.
Dia segan bila anak murid dia mula terjengah-jengah mahu
melihat dia dengan lelaki mana. Mahu kejap lagi jadi gosip liar dekat sekolah
ni. Dah la dia keluar dengan lelaki yang bukan mahram.
Lagi buat dia rasa mahu segera beredar bila pelajar
menengah perempuan menunjuk-nunjuk kearah kereta Ean. Kereta Ean memang menarik
perhatian manusia pun. Kereta yang ada dua seat ini betul-betul nampak
berkarisma. Itu belum lagi kalau nampak tuan punya kereta yang lagi mengancam!
Apatah lagi pelajar di sekolah itu kebanyakannya dari
keluarga senang. Jadi bab material ini mereka memang advance. Almaklum la masih
muda belia. Ibubapa pula memanjakan anak sampai telefon pelajar Nadja lagi
canggih dari dia. Tengok la habis saja waktu sekolah, semua keluar belang
masing-masing tayang jubah siapa paling mahal, beg siapa paling berjenama di
Instagram. Choi betul!
Ean pantas menukar gear dan menekan pedal minyak.
"Saya hantar awak balik. Tak jadi beli barang
hantaran." Putus Ean tanpa memandang Nadja yang sudah melopong sebelah
dia.
"Kenapa pulak?"
Ean mengeluh perlahan. Kereta diberhentikan di tepi jalan
lalu separuh tubuh dia mengadap Nadja yang muram.
Nadja sedih?
Dia rasa sesuatu bila melihat raut itu. Tapi Ean cuba
juga kentalkan hati. Dia tak boleh teruskan lagi benda ni. Dia rasa terpaksa.
Nadja seorang ustazah sedangkan dia hanya seorang lelaki kaki perempuan. Layak
ke?
"Awak bukan gadis idaman saya. Saya kaki perempuan.
Awak rasa saya akan suka ke pada perempuan macam awak?"
Nadja mengetap bibir yang bergetar. Dia tak pernah
ditempelak macam ni sekali. Dia rasa teramat malu! Sampai hati Ean berterus
terang macam ni. Nadja pun ada hati dan perasaan. Perempuan mana yang tak
sentap bila diberitahu dia tidak ada ciri-ciri gadis idaman lelaki kacak di
hadapannya ini.
"Jadi apa gadis idaman awak?" Soal Nadja
perlahan dengan suara yang serak menahan rasa sedih. Mata yang bergenang dia
kalih pandang tempat lain. Tak kuat bila mata helang Ean merenung dirinya.
"Seksi. Menggoda. Manja. Itu aje. Dan benda ni tak
ada pada awak."
Nadja menggenggam tangannya erat. Seksi? Dasar lelaki
mata keranjang! Mereput kau dalam kubur nanti. Datang malaikat Munkar Nakir
baru kau tahu takut!
"Hantar saya balik."
Nadja cuba beriak tenang. Tak ada guna dia mahu menunjuk
sedih depan lelaki tak guna macam Ean. Dia bukan perempuan lemah yang akan
memujuk rayu untuk bersama lelaki itu. Berlambak lagi lelaki dekat luar sana.
Nadja bukan tak cantik, dia cantik dan ada juga ustaz-ustaz bujang baru balik
dari tanah arab menanyakan status dia. Tapi dia tolak mentah-mentah kerana
tidak kena dengan citarasa dirinya.
Bila dia dah jumpa lelaki idamannya. Dia pula yang tak
kena di mata lelaki itu. Ceh!
Ean mengangguk. Selamba aje dia menekan minyak dah
berlalu dari situ. Dia memang nak hantar Nadja balik terus. Tak nak lagi
berhubungan dengan gadis itu walaupun raut itu akan selalu mengganggu dirinya.
"Saya akan cakap pada umi yang kita tak jadi
kahwin!" Marah Nadja saat keluar dari kereta Ean.
Ean buat muka toya. Dalam hati dia berbisik suka. Lagi
bagus kalau Nadja nak handle benda ni. Tak payah la dia bergaduh lagi dengan
mama.
"Baguslah."
"Saya benci awak!"
Ean tergelak tapi
dalam hati berbisik Nadja seorang yang comel. Bibir Nadja termuncung panjang
sambil menghentak kaki berjalan masuk ke dalam rumah.
Seriously? Nadja tak
ada gaya seorang ustazah langsung! Malah macam gadis biasa yang sedang merajuk
kerana kehendaknya tidak dipenuhi. Tak cover ayu langsung! Hish! Boleh pulak
aku cakap dia comel? No..no. kau kena kuat Ean. Waktu macam ni, perangai
playboy kau tu tak payah apply dekat Nadja. Kau kena jauh dari dia!
Assalamualaikum! Alhamdulillah cerita ni akan keluar versi Ebook. Sekiranya berminat boleh
Whatsapp 0135383089
Preorder sehingga 24 MEI 2020
Harga Preorder : RM 12
Harga selepas tamat Preorder : RM 15
0 comments:
Post a Comment