TENGOK? Itulah orang kata, kahwin ni benda baik. Tapi kalau niat
tu dah salah, memang mendapat!
"Kenapa pula Ean kena ikut mama?" rengus dia
sebal. Dia baru aje turun dari bilik. Tak jejak lagi ruang tamu, badan dia pun
tak kelihatan lagi disebalik tangga tapi mama tahu aje dia yang turun ketika
itu. Terus mama ajak dia pergi rumah kawan mama.
"Mama nak kenalkan Ean dengan seorang perempuan ni.
Baik budaknya Ean."
Puan Faridah membetulkan letak tudung di hadapan cermin.
Suami dia dari tadi tunggu dia bersiap. Dia saja nak ajak Ean sekali. Dalam
rumah ni ada mereka bertiga aje. Siapa lagi yang turun tangga macam nak roboh
itu kalau bukan anak bujang dia.
Anak perempuan dia pula, Dayana berada di Melaka mengikut
suami yang bekerja di sana.
"Ma! Ean kan dah bawak balik bakal menantu mama.
Kenapa isu ni wujud lagi?" Bentaknya sedikit keras.
Dia terus mendapatkan mama. Terkejut jugak dia bila papa
pun ada di situ. Selamba menonton berita macam tak ada apa-apa yang berlaku.
Usai bersiap, Puan Faridah mengambil tempat di sebelah
suami dia. Lantas dia dengan tegas memandang anak bujangnya itu.
"Mama tak suka semua yang Ean bawak balik."
"Apa lagi yang tak kena?" Ean bercekak pinggang
di hadapan mama dan papa. Meluahkan rasa tak puas hati. Bukan sedikit usaha dia
nak aturkan perjumpaan bakal isteri dia di rumah ini.
Banyak modal dia kena keluar nak bodek Sara dan Soffiya.
Zulaikha aje yang tak banyak demand.
"Apa yang tak kena Ean tanya?"
Mencerlung tajam pandangan Puan Faridah. Sungguh dia tak
percaya anak dia tanya macam tu! Apa yang tak kena? Banyak yang tak kena!
"Pertama, si Zulaikha. Memang baik budaknya tapi
muda yang amat! Umur baru 18 tahun! Mama tak rasa dia boleh ubah Ean jadi baik.
Entah entah Ean yang buat dia ikut perangai Ean."
Cit! Ean berdecit geram.
"Si Sara, memang baik. Pandai masak segala. Tapi dia
tua sangat dari Ean. Bukan sikit tua dia. Banyak! Nak masuk 45 tahun! Ean ni
otak letak dekat mana waktu bawak balik dia nak jadikan dia isteri Ean! Ke Ean
ni anak ikan dia?"
“Mama!” Sampai hati mama cakap dia anak ikan. Eii, tak
kelas betul. Kali ni Ean mendengus kasar. Muda salah, tua salah. Semua salah!
"Last sekali paling mama tak suka si Soffiya tu. Ean
ingat mama tak tahu kenapa dulu Ean berpisah dengan dia? Dia tidur dengan
lelaki mana-mana lepastu nak jadikan dia menantu mama? Kamu dah gila ke
hah?"
Buntang mata dia pandang mama. Terasa kesat air liur dia
nak menelan.
"Macam mana mama tahu?"
"Mama sendiri nampak dia ke hulu ke hilir dengan
lelaki entah apa-apa. Bertukar-tukar jantan! Lagi sekali mama nak tanya Ean,
otak Ean letak dekat mana? Kepala lutut ke?" Tempik Puan Faridah.
Meluap-luap rasa marah dia pada Ean. Dayyan memang
betul-betul menolak rancangan dia sampai sanggup pilih perempuan tak cukup
kriteria tu.
"Sabar, Idah." Encik Don mengurut lembut lengan
isteri dia. Ada naik mencanak darah tinggi ni nanti.
"Sabar abang kata? Anak kita sanggup pilih perempuan
entah apa-apa sebab tak nak terima pilihan saya. Saya kecewa sangat tahu
tak!" Adunya bernada sedih.
Ean mengeluh lemah. Mama dah buat drama pulak dah!
"Maa, Ean.."
"Ean apa!" potong Puan Faridah bengang. Sampai
hati anak dia tu tunjuk muka malas-aku-nak-layan-mama! Ini mama yang melahirkan
dia tahu tak!
Encik Don berdehem kecil. Nak tak nak kena juga dia masuk
campur pergaduhan dua beranak ini. Si isteri kuat sentap. Si anak keras kepala.
Dia yang susah!
"Ean, papa dan mama memang salah dalam mendidik
kamu. Terlalu ikutkan nak anak cerdik pandai akademik sampai lupa nak bagi
ajaran agama. Langsung papa tak pernah paksa Ean belajar agama. Jadi kami nak
tebus salah kami, kami kalau boleh nak carikan Ean jodoh yang boleh bimbing
kamu."
"Kenapa dia pulak yang kena bimbing Ean!"
"Jaga nada Ean tu." Tegas Encik Don memberi
amaran.
Ean meraup wajah. Bengang.
"Supaya kamu ada rasa malu pada isteri sendiri. Kamu
akan ubah diri kamu sendiri nanti untuk setanding dia."
Dia mengetap bibir pula menahan geram. Mengumpul rasa
sabar untuk berhadapan dengan kedua ibubapanya itu. Dia meramas rambutnya yang
memang dah serabai.
"Benda tu tak akan berlaku, pa! Ean bukan boneka
atau perempuan yang boleh nak dibuat sesuka hati. Ean lelaki, dia yang patut
ikut cara Ean."
Beristighfar panjang Pun Faridah. Mengurut dada dia
melayan sifat ego dan keras kepala Dayyan.
Ean menggeleng kepala perlahan. Selagi dia melawan,
selagi itu mama dan papa akan terus menekan dia. Dia tertekan!
"Dah la ma. Ean malas nak cakap lagi. Kalau mama nak
cari isteri Ean. Mama carilah. Tapi satu aje Ean nak bagitahu mama, Ean tak
akan berubah sebab dia!"
Ean serius. Dia akan lawan gadis itu sampai gadis itu
yang ikut cakap dia. Dia tak akan jadikan diri dia macam Dani.
"Ean." Puan Faridah mengetap bibir.
"Mama nak Ean ikut sangat kan? Okey. Ean ikut cakap
mama." Gertak dia lalu terus berlalu naik ke atas.
"Muhammad Dayyan!"
Walaupun mama menempik kuat, dia buat tak tahu aje. Mama
yang nak dia jadi macam ni. Dia tak ada niat pun nak meninggi suara pada orang
tuanya itu. Tapi dia manusia yang tak suka dipaksa. Kemarahan dia tak dapat
dikawal tadi.
"INI
NADJA."
Iris
mata Ean membesar. Terkejut. Ini gadis yang...
"Awak
ada datang majlis berinai Fatiha dan Dani kan?" Si dia dulu mengaju
soalan.
Ahah!
Baru Ean ingat dia pernah nampak raut itu di mana. Gadis abaya hitam! Tak
sangka dia gadis itu yang akan mama pilih.
"Eh,
Nad dan Ean pernah kenal ke?" Bersinar mata mama dan umi Nadja. Seronok
benar mereka kalau Ean dan Nadja sudah saling kenal. Mudah kerja.
Ean
segera menggelengkan kepala. Wajahnya masih ketat tiada secuit senyuman. Tapi
melihat senyuman Nadja, dada dia terasa berdebar. Manis senyuman gadis putih
melepak itu. Tambah menawan dengan adanya lesung pipit di kedua pipi gebu itu.
"Kami
tak kenal. Tapi Nad pernah nampak Ean dekat majlis kawan baik Nad."
Ramah
sungguh gadis itu berbual. Patutlah mama berkenan sangat. Walaupun hati dia
memuji si gadis, tapi dia buang jauh-jauh rasa itu.
Melihat
permakaian Nadja langsung tak ikut taste Ean. Jubah hitam dan tudung sarung? What
the.. Ini ke bakal bini aku? Tak selera betul la nak tengok. Putus nafsu macam
ni. Berbeza betul Nadja ketika malam berinai Dani dengan Nadja depan dia
sekarang. Ean tak rela!
Nak
pula dia terdengar yang Nadja kata Fatiha tu kawan baik gadis itu. Mampus aku!
Aku tak nak jadi macam Dani!
"Kamu
berdua berbual la dulu. Kenal-kenal."
Puan
Faridah dan Puan Jamilah memberi ruang.
"Umi,
Nad tolong umi dekat dapur la." Pintas Nadja laju. Dia segan nak berbual
dengan lelaki depan dia ni. Tak senyum langsung. Masam aje muka tu. Dia tahu
mesti Ean tak setuju dengan niat ibu bapa mereka.
"Eh,
tak payah. Bila lagi kamu berdua nak berbual. Sekarang aje la masa yang ada
sementara semua ada ni."
Nadja
gigit hujung bibir. Kalau dah umi dia cakap macam tu, dia ikut ajelah.
"Jom
duduk sana." ajak Nadja lalu terus berlalu dari situ.
Ean
pandang meja bulat yang berada di halaman rumah yang luas itu. Mujur redup
kerana dikelilingan pokok yang rendang.
"Awak
okey tak?"
Ean
mengangguk mengambil tempat di hadapan Nadja. Banyak mulut betul la Nadja ni.
Dari tadi dia aje yang mulakan perbualan. Sampai Ean yang jenis suka mengorat
ni pun terdiam. Selalu Ean yang memulakan tapi sekarang terbalik. Mungkin sebab
hati dia tak ikhlas nak berkenalan dengan Nadja.
"Awak
sebenarnya tak setuju ya dengan rancangan parents kita?" tebak Nadja
selamba. Bibir dia tenang mengukir senyuman menatap redup Ean yang berubah
riak.
"Bukan
tak setuju. Aku..saya cuma masih belum kenal awak."
Nadja
tersengih.
Ean
pula mula tak tentu arah. Jangan sengih la perempuan! Tahu tak muka kau tu
lawa. Aku tak boleh jatuh cinta! Aku tak suka perempuan macam kau!
"Sengih
kenapa?" Sergah Ean sedikit garang.
Nadja
mengulum senyum. Garang betul la mamat ni. Cuba senyum sikit, mesti lagi kacak
dari sekarang.
"Maaf
kalau awak tak suka saya. Umur awak berapa?"
"30."
"Saya pulak 27. Mungkin sebab umur kita kut mama dan
umi dah risau nak kita kahwin."
Ean herot bibir. Belum apa-apa dah panggil mama.
"Awak kerja apa?"
"Pelukis pelan."
"Wow! Sebenarnya itu cita-cita saya. Tapi tak
kesampaian."
Ean kalih pandang tembok pagar. Biarlah dia pandang
tembok pagar ni dari pandang Nadja. Riak wajah Nadja yang berubah-ubah buat dia
rasa mahu merenung wajah itu tidak lepas. No! Dia tak boleh kalah dengan mama.
Dia dah janji, kalau dia kahwin dengan Nadja. Gadis itu yang akan ikut telunjuk
dia.
"Awak..." lembut aje Nadja panggil dia.
Ean pandang Nadja. Wajah gadis itu tampak sedih. Sedikit
merah kulit yang cerah itu.
"Kalau awak tak suka saya. Tak apalah. Saya akan
cakap pada umi yang kita tak serasi."
Ean terpempan.
"Kenapa pulak?" Soalnya setelah lama berdiam.
Senyuman Nadja kelat. Bukan dia tak nampak betapa tak
sukanya Ean pada dia. Berbeza benar cara Ean pandang dia di malam berinai
Fatiha.
Dia perasan, Ean berada di luar rumah memandang dia lama.
Tak senang duduk dia dibuatnya bila seorang lelaki kacak dengan pandangan redup
macam tu. Dia malu. Tapi dia tak mahu nampak gelabah depan Ean. Seboleh-boleh
dia buat tak nampak Ean ketika itu.
Kali ni bila umi tunjuk gambar Ean pada dia, terus dia
tertarik untuk berkenalan. Padahal selama ini dia tiada hati untuk bercinta.
Mungkin ini dinamakan jodoh? Siapa tahu kan?
Melihat Nadja hanya berdiam tidak menjawab, Ean tarik
nafas dalam-dalam.
"Saya setuju dengan rancangan orang tua kita."
Putusnya tegas. Mata mencerun pada Nadja yang memandang dia dengan pandangan
tidak percaya.
"Betul ni?"
Ean mengangguk kepala. Seketika kemudian dia rasa pelik
bila Nadja tersenyum gembira. Bersinar mata bulat itu memandang dia. Jauh
disudut hati Ean dia sempat memuji mata milik gadis itu. Cantik.
"Awak suka saya ke?" Ean tersenyum sinis.
Soalan tak berlapik Ean mematikan senyuman Nadja.
Terbuntang mata dia melawan mata Ean. Berderu panas pipi yang tadinya sejuk.
"Er, saya masuk rumah dulu."
Ean menghantar pemergian Nadja dengan dahi berkerut.
Gelabah pulak minah ni. Dia suka aku ke? Tapi takkan baru jumpa dah suka?
Hurmmm. Ni susah jadi orang handsome. Tak buat apa pun
orang suka.
Ean tergelak kecil.
Assalamualaikum! Alhamdulillah cerita ni akan keluar versi Ebook. Sekiranya berminat boleh
Whatsapp 0135383089
Preorder sehingga 24 MEI 2020
Harga Preorder : RM 12
Harga selepas tamat Preorder : RM 15
0 comments:
Post a Comment