Thursday, 7 May 2020

Aku Playboy Dia Ustazah : SATU




"SERIOUSLY? Mama kau nak carikan calon?"
Ean buat muka pelik. Dah kenapa Fauzan macam terkejut sangat. Dia dah bagitahu berulang kali masih tanya soalan sama. Ada kena pelangkung kejap lagi. Aku dah la stress.
"Yaaaa." Jawab Ean meleret panjang. Lemah semangat dia hari ni nak berjimba. Arahan mama tu buat dia hilang mood.
Fauzan tergelak-gelak. Tak dapat bayang kalau Ean yang nakal ni akan terikat dengan rumah tangga. Dah la pilihan keluarga!
"Kau rasa mama kau punya pilihan macam dalam ni ke?" Fauzan tunjuk perempuan-perempuan yang sedang terkinja-kinja menari itu. Pakaian tak payah cakap la, semestinya tak cukup kain buat baju.
Ean herot bibir. Mati hidup balik pun tak ada makna mama nak pilih yang macam ni. Perempuan dalam kelab ni mana la ada ciri-ciri yang mama nak. Masalahnya semua perempuan yang dia kenal semua jenis macam ni! Argh! Serabutnya!
Ean menjatuhkan kepalanya di atas meja bar itu. Buntu mana nak cari awek yang elok sikit nak tunjuk pada mama.
Fauzan tergelak-gelak. Kesian kawan dia ni. Baru dia nak membahan Ean, Dani pulak datang dengan muka toya.
"Bro!" Sapaan Fauzan mengejutkan Dani dan Ean.
Ean panggung kepala. Dah kenapa Dani serupa mati bini aje. Pipi pulak merah semacam. Padahal, lampu kelab malam tu agak malap namun tetap jelas kelihatan cop body glove di pipi Dani.
"Dani! Apahal pipi kau?" Serentak Ean dan Fauzan menyerbu kawan baiknya itu
"Eh! Kejap-kejap. Sejak bila kau bela janggut ni? Jambang okey lagi. Ni janggut? Hampir serupa Ustaz Azhar Idrus wei!" Fauzan usik janggut kambing Dani. Lawak sungguh!
Ean turut tergelak. Lepas diperhati baru dia perasan tentang janggut itu. Hilang sudah jambang halus Dani. Jambang yang Dani bangga-banggakan selama ini. Itulah aset dia mengorat wanita.
Dani mencebik malas nak layan, salah satu kerusi bar ditarik ganas sampai menghasilkan bunyi seretan.
"Bini aku la!" dengusnya sebal.
Terbeliak mata Ean dan Fauzan. Gila ganas!
"Ni tampar waktu bertut tut ke waktu marah?" Ean tergelak kecil tapi bila tengok Dani menjeling bengang terus mati tawa Ean.
"Kau tengok pipi aku ni ada gaya tampar waktu tengah buat benda tu ke? Aku ni tak suka la benda ganas-ganas ni sampai nak menampar-nampar bagai," tanpa perasaan Dani menjawab.
Fauzan dan Ean sembunyi senyum. Tahulah mereka yang Dani bergaduh dengan bininya.
"Apa cerita sebenarnya ni? Kau dengan masalah bini. Ean dengan masalah nak CARI bini." saja Fauzan tekan perkata cari lepastu dia bagi sedas jelingan penuh makna pada Ean.
Ean terus tarik muka masam memicit pelipis. Teringat balik masalah dia! Aduh! Kepala dia pening balik! Senget punya Fauzan!
Dani kerut dahi.
"Ean cari bini?"
"Ya, bro. Mak dia suruh kahwin."
"Pfttt!" Nak tersembur tawa Dani. Macam dia jugak rupanya, kena paksa kahwin!
Dani pandang pula muka toya Ean. Tak ada ciri bakal jadi suami orang langsung. Perangai miang dan playboy tu jelas terpampang dekat muka sahabatnya itu.
"Ean, based on my experience. Better kau tak payah la setuju nak kahwin jenis arrange marriage ni wei. Seksa!"
"Uish! Macam serius aje ni, Dani. Apa cerita?" Fauzan paut bahu Dani. Hujung mata mengerling Ean yang dah tak senang duduk.
"Serius la wei? Takkan teruk sangat kut." Bisik Ean mula rasa takut.
Sumpah Dani tak tipu! Gara-gara perangai dia yang tak semenggah, umi paksa dia kahwin dengan Fatiha. Puas dia memberontak, tapi umi memang tekad betul. Terpaksa la dia setuju. Ciri-ciri bakal isteri dia yang umi pilih memang tip top. Dia tengok Fatiha pun baik sangat. Ayu. Dia on aje la.
"Lepastu?" Ean dah tak sabar nak tahu cerita Dani.
"Lepas kahwin ni aku baru tahu perangai sebenar dia." Dani tertunduk lemah. Meremang bulu roma dia bila teringat Fatiha di rumah! Huish! Seriau!
Fauzan dan Ean semakin berdebar. Cerita aje la laju-laju. Dani ni sibuk pulak nak ambil feel bagai. Tahu tak Ean rasa jantung dia macam nak terkeluar!
"Dia terlalu taksub dengan agama, bro! Semua aku buat tak boleh. Kau tahu tak dekat rumah pun dia selubung satu badan dengan tudung dan baju besar dia tu. Hish! Rimas aku tengok. Itu belum lagi, dia paksa aku berjubah bagai! Ni janggut pun dia paksa aku bela. Ada ke patut aku bangun pagi tu, jambang aku dah hilang. Tinggal sejemput ni aje la." Dani sikat janggut di dagu dengan tangan.
Rahang Ean macam nak terlondeh jatuh. Biar betul dalam rumah siap berjubah. Ini extreme sangat. Dani tu dah la spesis macam dia. Kalau boleh dalam rumah tu nak togel aje tayang semua benda. Baru sejukk aje badan.
"Ni aku kena penampar sebab aku luah semua benda. Aku dah tahan 4 bulan bro. Tak sanggup dah. Aku tak nak pun sampai bercerai berai. Aku dah mula sayang dia, dia baik. Tapi tu la. Lepas aku cakap mintak dia consider semua balik, sedas penampar dia bagi aku. Dia kata aku dah masuk golongan anak syaitan terikut gaya barat!"
Ean dan Fauzan saling berpandangan, sya..syaitan?
"Bro, takkan sampai sanggup cakap macam tu." Ean cuba bersangka baik. Mungkin isteri Dani tak sengaja. Apatah lagi Dani dan syaitan macam saudara mara. Termasuk la Ean dengan Fauzan ni. Kaum kerabat diorang jugak.
Dani herot bibir.
"Sumpah! Sebab dia extreme wei. Taksub. Itu tak boleh makan. Ini tak boleh makan. Semua tak boleh beli. Kena zuhudddd." Panjang ayat terakhir tu dia sebut. Ikut gaya Fatiha.
Ean garu dahi. Tak boleh jadi ni, aku kena cari jugak awek aku. Kalau tak takut mama cari spesis isteri Dani, memang meninggal aku atas pelamin.


SYIRA- REJECT! Terlalu seksi. Takut mama pengsan.
Dania - No! Dia rimas dengan gadis itu. Suka memaksa Ean ikut semua yang dia nak. Cukup setahun bankrup aku! Padahal baru aje semalam dia cakap dia sanggup tempah tiket flight ke UK untuk dinner bersama Dania. Hak tuih!
Liliana- Reject! Seksi jugak siap rambut berwarna kuning serupa mat salih! Tapi versi kulit hitam manis. Tak boleh, tak boleh. Takut mama gunting rambut tu buat penyapu!
Wahi- Hurmmm... Perfect. Apatah lagi Wahi ni bekerja di tempat yang sama dengan dia. Jadi Wahi bukan stok perempuan dia jumpa dekat kelab. Sayangnya Wahi terlalu workaholic sangat sampai tak ada masa nak layan perangai gatal Ean.
Mengikut senarai nama di tangan dia sekarang, dia dah trace balik semua ex girlfriends dia. Ada 89 orang sepanjang 30 tahun hidup.
Pergh! Sesuatu yang membanggakan. Market juga ye muka aku ni. Ean tergelak besar. Kembang kempis hidung dia terlalu bangga mempunyai rupa paras yang menawan. Dan dari senarai nama 89 orang tu. Seramai 80 disenarai hitamkan kerana termasuk dalam golongan seksi seksa. Hanya 9 orang di dalam senarai pendek dia. Dan dari 9 orang itu dia pendekkan lagi senarai nama menjadi 3 orang. Dia pilih mengikut ciri-ciri menantu idaman mama.
Zulaikha - Awek lepasan SPM yang dia terjumpa ketika membeli belah di Zara KLCC. Sempat lagi dia mengayat Zu yang ketika itu menjadi jurujual di situ. Menutup aurat walaupun tidak bertudung. Muka boleh tahan.
Sara - Salah satu jiran dia. Satu blok apartment cuma berlainan aras. Sara lebih tua dari dia. Masih bujang dan agak serius orangnya. Dia berkenalan dengan Sara di lobi. Selalu naik lif sama-sama, jadi sempat la dia bagi kad nama pada gadis itu. Ahaks! Walaupun rupa paras Sara agak biasa-biasa. Tapi badan mantap! Ini yang jadi kegilaan dia.
Yang terakhir....
Soffiya - Bekas kekasih pertama dia. Si Soffiya ni la penyebab utama dia jadi playboy.
Dulu memang dia marah dan benci sangat pada Soffiya. Tapi benda dah lama, dia malas nak simpan dendam. Dia fikir disebabkan kecurangan Soffiya la dia dapat berkenalan dengan ramai wanita. Syukur! Kah. Kah. Kah.
Tapi kenapa Soffiya ada dalam list dia? Sebab Ean tahu, mama mesti setuju kalau Ean pilih Soffiya. Mama dah kenal Soffiya kerana dia pernah membawa gadis itu ke rumah untuk mengambil hati mama.
Ingatkan ada jodoh. Rupanya tak ada! Tapi tak apa. Kalau mama pilih Soffiya, lepas setahun kahwin dia ceraikan aje perempuan tu. Soffiya bukan boleh setia pada satu lelaki. Jenis gatal!
Ean tutup planner dia yang menyimpan strategi memilih calon isteri. Muka dia yakin habis yang mama akan memilih wanita-wanita yang dia bakal kenalkan pada mama nanti. Yes!
Ean dah redha nak kahwin walaupun sebelum ni dia rasa tak mahu terikat dengan perkahwinan. Tapi bila fikir-fikir balik apa yang Dani cakap...

            "Kau kahwin aje. Dapat jugak kau merasa benda halal. Sampai bila asyik kena tahan nafsu aje bila bergesel dengan perempuan."
Ada betulnya jugak. Bila lagi dia nak tamatkan zaman bujang dia.



Assalamualaikum! Alhamdulillah cerita ni akan keluar versi Ebook. Sekiranya berminat boleh 

Whatsapp 0135383089

Preorder sehingga 24 MEI 2020

Harga Preorder : RM 12
Harga selepas tamat Preorder : RM 15

0 comments:

 
TeEn LoVe StOrY Blogger Template by Ipietoon Blogger Template