Thursday, 7 May 2020

Aku Playboy Dia Ustazah : EMPAT



“SEKALI LAGI.”
Ean menyeringai sebal meraup wajah. Mana la dia nak sorok muka dia dari kawan-kawan. Terasa tebal berinci-inci! Mamat paling playboy dalam geng diorang tersangkut dari tadi melafaz akad. Merah padam muka dia bila sudah tiga kali dia melafaz akad masih juga tidak sah!
 Ini semua kerana dia tak rela! Songkok di kepala dibetulkan berkali-kali. Habis jahanam rambut dia yang bergel cantik pagi tadi. Ni dari jam 9 pagi sampai dah nak masuk tengah hari, dia masih belum bertukar status.
“Abi, bagi saya ambil angin kejap?” Pinta dia dengan dahi yang berpeluh kuat walaupun ruang tamu tempat akad nikah itu terpasang pendingin hawa. Mulut tetamu yang menyaksikan saat bersejarah dia mula berbunyi. Pertama kali kut melihat pengantin lelaki minta rehat kejap. Gemuruh sangat nampaknya.
Setelah wali bertanya pada Tok Kadi, Ean dibenarkan mengambil angin. Laju langkah kaki itu bergerak keluar dari rumah pengantin perempuan. Kepala dia tertunduk menahan malu saat melihat saudara mara keluarga mereka tersenyum-senyum pada dia.
Ean menjeling Nadja yang duduk bersimpuh di atas kusyen nipis pengantin. Senyuman Nadja saat bertentang mata dengan dia rasa macam nak aje Ean tarik bagi lebar. Marahkan Nadja tapi dalam masa yang sama tidak dinafikan Nadja sangat cantik dan comel mengenakan busana dari salah seorang pereka terkenal tanah air.
Ceh! Tak padan dengan ustazah, kopak duit dia membayarkan harga baju yang dipakai Nadja. Taste Nadja tinggi betul!
“Please awak. Saya dari dulu teringin nak pakai rekaan Rizman Ruzaini.”
Itu permintaan pertama. Okey Ean ikutkan sebab dalam masa yang sama mama membebel bagai nak rak sebelah dia.
Permintaan kedua Nadja pun lagi mengikiskan duit dia.
“Awak, saya nak wedding planner kita Reka teemor.”
“Ha. Ha. Ha.”
Ean gelak terpaksa memikirkan masa depan. Berpinar mata dia. Penat dia kumpul duit simpanan untuk masa depan, bertahun kerja baru dapat banyak macam tu tapi kini terlebur untuk perkahwinan paksa dia! Cis! Dia bukan bos besar pun. Kuli makan gaji aje.
Bukan Nadja tak pelawa untuk bahagi dua duit majlis kahwin, malah gadis itu berkeras mahu membayar juga. Tapi apa kejadah dia jadi playboy kalau perempuan lain semua dia boleh biaya inikan pula bakal isteri dia.
Ean terdiam kejap. Bakal isteri? Wooo brother! Kau dah boleh terima kenyataan la ni yang Nadja bakal jadi bini kau?
Heck no! Please tell me this is a dream! 
Nadja kata dia akan membatalkan perancangan kahwin mereka. Tapi alih-alih rancak pula gadis itu dan mama Ean menyusun atur segala perancangan. Nadja urus semua! Pilih warna tema, tempahan katering, barang hantaran. Pokoknya semua ada campur tangan Nadja. Geram sungguh!
“Awak kata nak cakap pada umi awak yang kita tak jadi kahwin!” Bentak Ean sebulan lepas. Terkejut bukan kepalang dia bila balik sahaja dari outstation selama seminggu, dia tengok ruang tamu rumah penuh dengan barang hantaran dan persiapan perkahwinan.
Mengamuk pada mama jangan cerita la. Mama kata diorang ingat Ean dan Nadja setuju sebab diam aje lepas berjumpa dulu. Nadja pun relaks aje beri kerjasama pada mama. Siap keluar berdua mencari barang kahwin.
“Saya dah cuba nak cakap pada umi dan abi. Tapi lepas tengok diorang gembira sangat kita nak kahwin, saya tak sampai hati.” Kecut weh perut bila Ean mengamuk macam ni. Baru Nadja tahu Ean ni menggerunkan. Dia ingat diam Ean selama ni sebab Ean baik. Tapi hampeh! Selamba aje mamat tu tarik tangan Nadja depan umi tadi. Diseretnya Nadja sampai ke luar pagar rumah. Mujur Nadja pakai baju muslimah lengan panjang. Kalau tak dia pelangkung aje kepala Ean depan umi tadi.
“Kau ni tak faham lagi ke apa aku cakap dulu! Aku tak suka kau!”
Nadja mengeras dengan kepala tertunduk dek dijerkah Ean. Tukar sudah bahasa lelaki itu. Tak ada lagi saya-awak. Ean memang tak suka dia! Bibir Nadja bergetar menahan tangis. Tak pernah seumur hidup dia dijerkah macam ni. Umi dan abi kalau marah pun akan menasihati dengan cara baik. Malah kawan-kawan dia semuanya jenis bersopan santun. Inilah pertama kali dia berkenalan dengan lelaki dapat pakej dihina dan ditolak macam perempuan murah!
Nadja ketap rapat bibirnya. Memberanikan diri melawan panahan tajam mata Ean yang seakan mahu menyiat tubuh dia.
“Saya tak boleh buat apa-apa. Semua dah nak siap. Sebulan dari sekarang kita akan berkahwin. Saya akan teruskan juga.” Ujarnya tegas. Dia kuat. Dia tak takut Ean. Dia hanya takut Allah.
Ean meraup wajah sebelum bercekak pinggang memandang Nadja. Sumpah dia tak faham apa yang Nadja fikir! Nampaknya Nadja tidak seperti gadis-gadis yang dia kenal. Yang dia buang sesuka hati, dan gadis itu berhambus dengan gelak tawa mencari lelaki lain. Nadja walaupun dia menolak jauh tetap datang pada dia.
“Aku tak faham apa yang kau fikir.” Bisiknya dengan gigi terketap menahan geram.
Nadja menarik senyum tawar. Membalas pandangan membunuh Ean dengan pandangan redup dia.
“Jodoh. Walau digenggam kuat, andai bukan milik kita tetap akan terlepas. Walau menolak, tetap datang. Sebab jodoh itu rezeki. Kita wajib ikhtiar tapi bukan menentukan. Awak tunggu, saya akan pastikan awak jatuh cinta pada saya. Itu tanda ikhtiar saya.
Nadja berlalu masuk meninggalkan Ean yang terpaku di situ.
Ean sentuh dada dia. Bisikan tenang Nadja sungguh menusuk ke hati. Mahu mengejar Nadja tapi kaki terpasak tidak bergerak. Mahu memanggil nama itu tapi lidah kelu tidak terucap.
Akhirnya dia di sini. Bakal melafaz akad menghalalkan hubungan antara mereka.
“Wei Ean! Kau ingat tok kadi semua tu memang menetap kat rumah ni ke? Lepastu kau sorang aje ke kahwin hari ni?”
Ean yang termenung di tepi longkang itu panggung kepala pandang Fauzan. Terus Ean buat muka meluat pada Fauzan yang tersengih-sengih macam kerang busuk! Aku tengah susah hati, dia sibuk memerli!
Fauzan tergelak mendekati Ean. Buat malu betul la pengantin lepak tepi longkang depan rumah pengantin perempuan pulak tu. Ramai mata memandang. Dia dan Dani gelak macam tak cukup tanah tadi melihat wajah cuak Ean.
“Kahwin aje la. Apa-apa hal belakang punya cerita.”
Ean mengeluh panjang. Susah ada kawan yang jenis tukar perempuan macam tukar baju ni. Selamba aje bagi cadangan macam lelaki paling tak guna di abad ini! Sejahat dia, dia tak sampai hati lagi nak kecewakan orang tua dia dan Nadja.



Assalamualaikum! Alhamdulillah cerita ni akan keluar versi Ebook. Sekiranya berminat boleh 

Whatsapp 0135383089

Preorder sehingga 24 MEI 2020

Harga Preorder : RM 12
Harga selepas tamat Preorder : RM 15

0 comments:

 
TeEn LoVe StOrY Blogger Template by Ipietoon Blogger Template