AUDI R8 berwarna kelabu itu diparkir di hadapan sebuah
banglo mewah milik keluarga bakal mertua Dani. Ean membetulkan jubah putih yang
tersarung di tubuh. Agak singkat jubah ni. Menyesal dia pakai. Ni pun dia main
sauk aje apa yang ada dalam almari. Last minit punya fasal. Kalau Dani tak
bersungguh nak dia datang, memang dia tak jejak kaki dekat sini.
Gigih dia menyelongkar almari
mencari pakaian bertemakan Arabian night. Tema pun tak agak-agak. Apasal
islamik sangat. Mujur ada sepasang jubah yang masih berada di dalam plastik.
Tersusun di rak paling bawah dalam wardrobe. Jubah putih itu mama belikan untuk
dia ketika pergi menunaikan umrah tiga tahun lepas, eh? Ke lima tahun lepas?
Dia lupa!
"Woi! Ean ke tu?"
Ean menutup pintu kereta. Muka
tak puas hati sebab dia tahu mesti kejap lagi dia kena bahan. Nampak muka kawan
dia tu pun dia dah dapat agak.
"Pergh! Berjubah beb. Aku
ingat tok imam mana la tadi."
Kan dia dah cakap. Tak guna punya
kawan! Tok imam dia kata aku. Surah Al fatihah pun aku sangkut! Memang
melingkup makmum aku.
"Aku ikut tema. Kau tu
apahal pulak pakai kurta macam punjabi ni. Ingat tema bollywood ke?" Muka
berkerut dia tilik Fauzan atas bawah.
Fauzan tergelak.
"Arabian la jugak ni. Kau
ingat orang arab pakai jubah aje ke? Diorang dah hipster la."
Dahi Ean berlapis. Ye ke? Dia google tadi keluar gambar
lelaki arab pakai jubah putih aje. Kalau dia tahu dah hipster, dia pakai jeans
dengan tshirt aje tadi.
"Dengan serban kau lagi. Kau
memang gila la Ean!" Fauzan ketawa terkekeh-kekeh. Dayyan mamat playboy
pakai baju macam ni? Sumpah tak masuk!
"Diamlah!" Marah Ean
sambil membetulkan serban di kepala. Selama ni penampilan dia tak pernah kena
kritik. Smart sentiasa. Ini aje la dia tersalah pilih baju nak cepat punya
fasal.
"Jomlah masuk. Si Dani tu
tengah berinai. Cun bakal bini dia." Fauzan paut bahu Ean.
"Dani pun berinai ke?"
Fauzan tepuk dahi. Susah bercakap
dengan manusia tak tahu adat ni. Tahu budaya barat aje.
"Biasanya lelaki inai tiga
jari aje. Kau ni pun semua tak tahu!"
"Waa! Tak sabar aku nak
tengok!"
Semangat Ean nak masuk ke dalam
rumah banglo mewah yang meriah itu. Malam ni Dani dan bakal isteri dia ada
majlis berinai. Besok pula kawan dia tu bakal menamatkan zaman bujang. Dia dan
Fauzan aje la masih bujang terlajak.
"Ramai tak awek cun kat
dalam?"
Fauzan besarkan mata dia
mendengar soalan Ean. Dasar mamat kaki perempuan! Itu yang dia fikir.
"Belambak. Ada yang seksi
beb!"
"Aik, tema arab pun seksi
ke?"
"Bengong! Arab pun ada belly
dance tau. Tak terjojol mata kau tengok diorang bergelek depan mata."
Bersinar-sinar mata Ean. Laju
langkah dia menuju ke dalam khemah yang terletak di tepi rumah banglo itu.
Meriah! Cuma ralatnya bila kaum
lelaki penuh dalam khemah, tapi kaum hawa di dalam rumah. Kalau macam ni macam
mana dia nak cuci mata. Hampeh betul! Nampak sipi-sipi aje kelibat kaum
perempuan di dalam kerana rumah itu bertemakan glass window yang agak luas.
Ada yang berjubah lip lap lip
lap. Serupa lampu raya aje dia tengok. Ada juga yang bersari? Ini lagi sorang
spesis Fauzan, tema bollywood diorang pakai. Tapi seksi la, sebab sari jarang
itu menutup baju yang separas dada aje. Kain labuh tapi perut kelihatan.
Mata Ean terpaku pada seorang wanita.
Ayu dan cantik sangat dipandangan dia. Berabaya hitam jenis A cut yang kembang
di bawah. Seperti princess. Bertudung persis hijabistar. Simple tapi buat mata
keranjang dia ni tidak mahu berkalih kearah lain.
"Woi! Cover la sikit mata
kau."
"Cun awek tu." Mulut
dia memuncung kearah gadis yang sedang duduk sendirian di anak tangga dalam
rumah bakal isteri Dani.
Fauzan terangguk kecil. Dia
setuju dengan Ean. Cantik! Taste Ean memang bukan calang-calang tapi gadis itu
macam...
"Dia pakai tudung, bro. Tak
pernah kau minat minah pakai tudung ni."
Ean tergelak. Dahi digaru dalam
senyuman.
"Sebab yang lain tak pernah
menarik minat aku. Tapi yang ni lain."
"Fall in love ke?"
Fauzan tersenyum sinis.
Ceit! Ean menjeling.
"No la. Just stok cuci
mata." Balasnya selamba lalu kembali merenung gadis ayu itu. Keseorangan
berada di dunia dia sendiri. Kesian, macam tak masuk aje dengan tetamu yang
lain.
"Dah la. Takkan sampai habis
majlis kita tercongok tengok dia. Jom cari Dani."
Fauzan beria tarik tangan Ean
membuatkan lelaki itu dengan berat hati melangkah. Selamat tinggal awek abaya!
Baru beberapa langkah mata dia
tertarik pulak dengan seorang awek.
"Yang ni pulak hot!"
Mata dia mahu terjojol keluar! Dress
ketat mengikut tubuh badan itu sungguh mengancam jiwa lelaki dia. Tersembul
semua aset wanita itu.
Kebetulan! Gadis itu kenyit mata
pada dia. Sungguh menggoda! Ada can nak mengorat ni.
"Dasar playboy kau,
Ean!" Tempik Fauzan bila Ean menonong aje jalan mendapatkan seorang gadis
yang sedang duduk di tepi kolam renang.
Macam tak cukup tanah Ean jalan!
Siap angkat kaki jubah separas lutut agar memudahkan dia berjalan laju
mendapatkan gadis seksi itu. Mujur dia pakai seluar slack di dalam kalau tak
dia yang menyeksi tayang bulu kaki!
Assalamualaikum! Alhamdulillah cerita ni akan keluar versi Ebook. Sekiranya berminat boleh
Whatsapp 0135383089
Preorder sehingga 24 MEI 2020
Harga Preorder : RM 12
Harga selepas tamat Preorder : RM 15
0 comments:
Post a Comment