Sebaik
sahaja kaki aku melangkah masuk ke dalam kedai runcit itu, terus saja aku
disapa si pemilik kedai merangkap kawan baik abah. Uncle Mutu.
“Orked, apa mau?” Soal dia dari
kaunter bayaran. Aku tayang sengih seraya mengambil bakul untuk mengisi barang
yang bakal dibeli nanti. Selalunya aku tak perlukan bakul pun tetapi harini
berjela pula pesanan mak. Nak masak nasi ayam katanya. Jadi banyak bahan yang
telah tiada di rumah.
“Banyak maunya Uncle.”
“Bagus-bagus!” lebar senyuman dia bila
aku jawab macam tu. Almaklumlah aku nak melabur dekat kedai dia. Memang dari
kecil lagi aku menapak di kedai ni. Balik sahaja dari sekolah mesti singgah ke situ
bersama Mimi untuk membeli aiskrim. Kadang-kadang Tefal pun sibuk menyelit
sama. Eh! Aku ketuk dahi. Dah kenapa aku kena ingat dia ni? Hish!
Rak
deretan barang yang mak pesan aku tuju lalu beberapa barang yang tersenarai di
dalam list pesanan mak diambil masuk ke dalam bakul.
Usai
membuat bayaran aku terus beredar dari situ. Masuk ke dalam perut kereta kancil
milik abah yang kini telah berpindah milik kepada aku. Kereta paling gagah
diseantero dunia kerana walaupun sudah berpuluh tahun keluar masuk bengkel,
tetap si kancil ini mampu bertahan sehingga kini. Bolehlah buat jalan-jalan
dalam kampung.
Tingkap
yang terbuka separuh itu membuatkan awning tudung aku senget-benget
diterpa angin yang menderu kuat ke dalam kereta. Lantaklah, bukan aku nak
tunjuk cantik depan orang pun.
Ketika aku membelok masuk ke lorong
jalan rumah aku, tiba-tiba ada seorang lelaki berdiri di tengah jalan dan
memberi isyarat tangan agar aku segera berhenti.
Dengusan kasar kedengaran tatkala mata
awal-awal lagi tangkap kelibat si periuk Tefal. Aku perlahankan kereta masih
berkira-kira sama ada untuk berhenti atau terus sahaja endahkan isyarat Tefal.
Seram! Kiri kanan pokok kelapa sawit
kut. Walaupun masih pagi, tapi kalau si Tefal yang tahan, memang bahaya! Mamat
tu bukan betul sangat pun.
“Berhenti! Orked berhenti!”
Bersungguh lelaki itu menahan kereta
aku. Selamba sahaja aku memusing stereng ke kanan sedikit agar dapat menghindar
dari terlanggar dia lalu menonong aje aku pergi tinggalkan dia di situ.
“Orked!”
Dari cermin pandang belakang aku
perhati Tefal yang berlari serupa Usain bolt. Betapa lajunya dia lari sampai
dapat kejar kelajuan kereta aku. Ye la, kancil aje pun. Itupun usia kancil ni
dah dikira sebagai golongan warga emas! Jadi faham-faham ajelah kelajuannya
macam mana.
“Dah kenapa dia ni!” aku berhentikan
kereta di tengah jalan. Benggangkan Tefal yang dah macam orang gila duk berlari
sambil tangan dia tergapai mengetuk bontot si kancil meminta aku berhenti.
“Orked!
Macam nak gila aku kejar kau!” Tefal tercunggap-cunggap berdiri sebelah pintu
bahagian pemandu.
Ternaik
sedikit kening aku.
“Kau
tu dah kenapa macam orang gila kejar aku?”
Aku
tayang muka tak ada perasaan bila Tefal menjegilkan matanya. Marahkan aku yang
panggil dia gila.
“Motor
aku rosak. Tumpang kereta kau.”
“Eh!
Tak ada! Tak ada!”
Tak
sempat aku nak bangkang, mamat tu dah selamba masuk ke dalam perut si kancil
dan tersengih duduk di sebelah aku.
Menyirap
darah aku bila dia buat kelakuan tak semenggah macam ni. Dia ingat dia kawan
aku ke? Hei! Tolong sikit!
“Tefal!”
Kecik besar aje aku perhatikan dia.
“Dah!
Dah! Jalan. Dapat pahala tolong orang susah.”
Eii!
Pandai pulak dia senyapkan aku. Rasa nak aje aku cekik mamat ni! Memang tak
makan saman betullah! Ikut saja gaya aci redah dia tu.
Kalau
orang kampung nampak Tefal naik satu kereta dengan aku ni, gerenti sebelum aku
sampai ke rumah, mak awal-awal lagi dah dapat berita ni. Betapa lajunya mulut
mak cik bawang kampung. Lagi laju dari kelajuan internet.
“Kau
ni memang tak malukan? Orang tak nak tolong pun sibuk terhegeh-hegeh. Tak
malu!” bebel aku sambil menolak gear ke petak D. Perlahan-lahan kereta aku mula
meninggalkan simpang jalan yang sunyi itu.
Tefal
tayang sengih lagi. Buat muka tak bersalah. Benci betul aku tengok muka semak
samun itu tersenyum. Dah macam tarzan sesat! Tarzan yang dah lama tak mandi,
tiba-tiba tersengih nampak gigi yang putih sahaja. Urgh!
“Ni
kalau orang kampung nampak ni. Habis gosip satu kampung tahu tak! Tak malu ke?
Eh! tapi kaukan memang muka tak malu. Tu sebab selamba aje buat gaya stunt men
macam ni. Aku ni ha! apa aku nak cakap dengan mak nanti.” sambil tangan sibuk
dengan stereng, mulut aku pun sibuk tukar gear 3. Makin panjang bebelan aku
bila orang di sebelah seperti patung. Tersengih-sengih. entah dengar ke tak apa
aku cakap ni.
“Orked,
pinjam telefon kejap.”
Tengok!
Dia bukan dengar pun aku membebel apa. Benda lain aku cakap, benda lain pula
yang dia minta! Geramnya!
“Nak
buat apa! Tak boleh!” Aku pandang dia sekilas. Dia hulur tangan ke arah aku.
“Pinjamlah kejap. Nak call Lukman
minta dia datang ambil motor aku. Terbiar lama dekat situ, nanti kena curi.”
Ceh! Motor buruk yang tinggal rangka
macam tu pun ada ke orang nak curi? Badan motorsikal Tefal memang hilang entah
ke mana. Habis nampak segala wayar dan engin di dalam motorsikal lelaki itu.
Tak menarik langsung. Kalau bawak ke pusat pengumpulan besi buruk pun gerenti
tak dapat nak bezakan sama ada itu adalah motorsikal atau besi karat!
“Phone kau mana?”
“Phone aku tak ada topup.”
“Duit
dalam bank berkepuk. Telefon pun pakai prepaid. Pakai la bil!” Tempik aku geram.
Tefal
menghela nafas panjang. Penat agaknya bergaduh dengan aku.
“Malas
nak berhutang. Kalau aku nak guna baru aku bayar. Meh la phone.”
Aku
buat tak dengar.
“Cepatlah
Orked!” gesa dia lagi tidak sabar.
Ya Allah, bukan dia aje yang tak
sabar. Aku pun rasa kesabaran aku memang menipis sekarang ni melayan karenah si
Tefal.
Malas aku nak berlawan mulut dengan
dia. Laju aje aku keluarkan telefon Samsung dari poket seluar lalu dihempas
kasar ke tapak tangan dia.
“Terima kasih.” Tersenyum lebar dia
menyambut.
Entah apa yang dia belek dekat telefon
aku tu. Tak ada pulak aku tengok dia telefon Lukman. Mungkin dia berwhatsapp
sahaja dengan pekerjannya itu.
“Mimi whatsapp.” beritahu Tefal.
Aku kerling pandang dia yang masih
memegang telefon aku.
“Dia cakap apa?” Sah-sahlah Tefal dah
baca pesanan whatsapp dari Mimi kerana terdapat pop up notification di skrin
telefon.
“Ked! Tempat kerja aku nak pakai
admin. Aku dah hantar resume kau. HR panggil interview wei! cek emel cepat!” Bibir
Tefal terherot kiri dan kanan.
Aku nak tergelak dengar nada Tefal
yang sedang membaca pesanan Whatsapp dari Mimi. Selamba aje mamat tu ajuk gaya
Mimi bercakap.
“Meh sini telefon tu.” Tangan aku yang
terhulur ditepis Tefal lembut. Terbeliak mata aku. Tak sangka yang dia berani
bertindak macam tu. Nasib baik dia tepis dekat lengan aku jadi masih berlapik
dengan baju lengan panjang yang aku pakai.
“Bawak kereta diam-diam! Biar aku
tolong. Kau nak cari apa?”
“Eeii! Sibuk la kau! Bak la telefon
aku tu!”
“Kau nak kita terbabas masuk parit ke?
Fokus aje la bawak kereta.”
Eh…eh..eh! Ingat ni highway ke yang
aku kena fokus. Jalan kampung aje kut. Jalan pun lenggang tak ada orang. Kereta
aku pun perlahan aje berjalan. Selama ni bukan tak pernah aku bawa kereta
sambil berbalas whatsapp dengan kawan-kawan aku.
“Gedik!” Aku menjeling dia tajam.
Geram!
Tefal melepaskan tawa besar.
0 comments:
Post a Comment