KEADAAN warung yang terletak di tepi kaki lima
deretan kedai itu hancur musnah. Tunggang terbalik kerusi dan meja yang
terletak di hadapan warung kecil itu.
Lelaki
tua itu hanya mahu menumpang mencari rezeki di situ. Itupun dia telah meminta
kebenaran daripada tuan kedai agar dia dapat menumpang berniaga di sebelah
kedai lot tepi itu.
Rupa-rupanya
dia telah salah berniaga di kawasan kumpulan gengster. Lelaki itu rasa hidupnya
akan mati hari ini. Tubuh tuanya sudah tidak mampu menahan sakit dipukul
bertalu-talu seperti ini.
“Ambik
ni!” Tanpa belas ihsan tubuh tua itu disepak-sepak dengan kaki yang mengenakan
sepasang kasut but. Keras dan berat.
“Allah...”
Rintih lelaki tua itu. Tangan naik menutup muka dan kepala. Berlindung daripada
terus mengalami kecederaan parah.
Dush!
Tubuh
badannya ditumbuk bertalu-talu. Lelaki-lelaki muda itu tidak langsung peduli
tentang keadaan lelaki tua yang mereka pukul walaupun lelaki itu sebaya bapa
mereka sendiri.
“Dia dah
tua kut,” tegur satu suara garau.
Lelaki-lelaki
muda yang asyik memukul itu tidak sedar akan kehadiran lelaki yang menegur.
“Mark!”
Salah seorang daripada mereka tergamam. Mereka kenal bekas Fin atau pembunuh
upahan kumpulan Batman itu. Lelaki itu sedang berpeluk tubuh dengan renungan
tajam.
Pantas
lelaki yang tergamam itu menahan rakan-rakannya yang lain.
“Mark!”
Seru mereka serentak lalu meninggalkan lelaki tua yang sedang kesakitan itu.
Mereka bergegas menghampiri Mark dan menunduk hormat.
Mark
mengetap rahangnya kuat. Mata helangnya merenung tajam lelaki tua yang sedang
berlumuran darah itu. Teringat kembali saat dia berada dalam keadaan itu dulu.
Malah, kawan baiknya pergi dek kerana dibelasah seperti itu.
“Malik,
Zainal, kau bawak orang tua tu pergi.” Mark bersuara dingin. Matanya masih
tidak lepas merenung lelaki tua itu.
Malik dan
Zainal yang berdiri di belakang Mark pantas mengangguk lalu bergegas
mendapatkan lelaki tua itu.
Setelah
lelaki tua itu dibawa pergi oleh Malik dan Zainal, Mark mengalihkan
pandangannya kepada lima orang lelaki yang juga ahli kumpulan Batman dahulunya.
Lelaki-lelaki itu direnung tajam sehinggakan masing-masing menunduk tidak
berani bertentang mata dengan Mark.
“Mark…”
Masing-masing menunduk. Takut berbalas pandangan dengan mata helang itu.
“Siapa
Fin korang sekarang?” Soalnya dingin.
“Simon,”
jawab mereka serentak dengan suara takut-takut.
Mark
tersenyum sinis.
“Korang
ni sia-sia je hidup. Dengan orang tua pun kau nak tunjuk kuat. Tak ada belas
ihsan ke dekat hati korang. Lelaki tu baya bapak korang je tahu tak!”
Yang lain
tayang muka tak puas hati bila Mark cakap macam tu. Salah seorang daripada
mereka pantas mengangkat muka berbalas pandangan dengan Mark.
“Kenapa?
Nak lawan aku?” Mark berkata selamba tanpa sepalit senyuman.
Lelaki
itu terdiam.
“Kau pun
pernah jadi macam kitorang la, Mark. Baru jadi baik sikit dah berlagak macam
ustaz! Pergi mati la wei!” Getus lelaki itu sebal.
Ini bukan
gaya gengster! Patutlah Simon yang merupakan salah seorang ahli Batman dulu
berpaling tadah! Bosan bila gengster tiba-tiba jadi baik!
“Sebab
aku pernah jadi la aku cakap awal-awal. Jangan dah tua baru nak menyesal! Dah
terlambat. Takkan sampai tua kau nak buat kerja macam ni,” putus Mark lalu terus
beredar dari lorong itu.
Malas nak
berdebat dengan budak-budak baru nak up. Nampak gaya macam budak baru
lepas SPM. Baru nak jadi gengster, fikir hidup dia raja agaknya.
Mark yang
berjalan menuju ke kereta itu terkejut bila tengok Malik dan Zainal sedang
menunggu di luar kereta bersama dengan lelaki tua yang dipukul tadi.
“Korang
kenapa ada dekat sini?” Soalnya pelik. Apatah lagi tengok lelaki tua itu
langsung tidak dirawat. Sampai tercungap-cungap menarik nafas.
Malik
pandang Zainal, lepas tu pandang Mark yang dah terpacak depan diorang.
“Tunggu
kaulah,” jawabnya selamba.
Mark dah
kerut muka.
“Kenapa
tak hantar pak cik ni pergi klinik?” Soalnya dengan suara menahan geram.
Malik
garu kepala yang tak gatal.
“Kau
suruh bawak orang tua ni pergi je. Tak suruh pun bawak pergi klinik.”
Grrrr!
Mark cengkam rambutnya. Mukanya merah padam merenung Malik dan Zainal yang
beriak polos itu
“Bebal!
Orang tua ni dah nyawa-nyawa ikan tahu tak! Takkan nak tunggu aku cakap baru
kau nak buat. Fikir la sikit!”
Malik dan
Zainal terkulat-kulat di situ.
Tengok
muka dua manusia bajet suci tu, makin mendidih darah Mark. Lantas dia terus
memapah pak cik tua itu ke arah klinik yang betul-betul di hadapan keretanya.
“Kereta
betul-betul parking depan klinik. Takkan itu pun tak boleh fikir!” Bebel
Mark lagi tidak puas hati.
Malik dan
Zainal yang berasa bersalah itu terus membantu Mark memapah lelaki tua itu.
Gerun bila tengok Mark mula membebel. Kalau lelaki itu diam lagi bagus!
“Nak, tak
payahlah hantar pak cik. Pak cik okey.” Dengan muka menahan sakit, lelaki tua
itu menahan tangan Mark.
Mark
pandang muka yang berdarah itu.
“Bahaya
pak cik kalau tak dirawat. Janganlah risau, kami tanggung.”
Mendengar
nada penuh lunak keluar daripada mulut Mark membuatkan Malik dan Zainal sedaya
upaya menahan senyum. Alahai, Mark ni muka je bengis. Kalau dengan mak dia dan
orang tua, terus muka macam menantu pilihan.
IRIS dan kawannya,
Aisyah baru sahaja selesai makan tengah hari. Ketika itu mereka jalan
beriringan menuju ke tempat parkir kereta yang terletak agak jauh dari kedai
makan yang mereka singgah tadi.
“Amacam blind
date yang umi kau atur tu? Handsome tak?”
Gila tak handsome!
Jerit Iris dalam hati. Muka dah tersengih-sengih membayangkan lelaki yang dia
jumpa dua hari lepas. Banyak-banyak calon yang umi dia temukan, calon yang ini
paling mengikut ciri-ciri lelaki idaman dia.
-Calon
Lelaki Idaman Iris-
1- Gaya badboy
tapi dalam hati ada iman. Iris suka lelaki macam yang dia jumpa kelmarin.
Nampak dingin dan garang, tapi panggil dia girl! So sweet!
2-
Pendiam tapi juga pendengar yang baik. Sebab Iris mulut becok dan suka
bercerita, jadi dia nak lelaki yang tak banyak cakap.
Dan
banyak lagi calon lelaki idaman Iris. Ada 10 dalam senarai!
Ahaaa!
Lelaki kelmarin ada lagi satu dalam senarai Iris.
3- Iris
suka lelaki kerja peguam! Sebab nampak smart sangat dengan sut hitam.
Bila masuk mahkamah. Pergh! Smart gila waktu diorang keluarkan
hujah-hujah.
“Sengih-sengih
macam ni gerenti berkenan,” getus Aisyah bila tengok Iris berangan siap
tersengih miang.
Iris
pandang Aisyah dengan senyuman bahagia.
“Memang
berkenan sungguh wei!” Iris bersuara teruja. Tangan sibuk mengayun beg tangan
yang dijinjit.
Aisyah
menggeleng kepala perlahan. Kawan dia ni memang over betul.
“Apa nama
dia?”
“Mukriez
Akmal bin Muhaimin.” Entah kenapa, sebut nama penuh itu membuatkan jantung Iris
berdegup kencang!
“Sedap
nama,” puji Aisyah.
Iris
angguk kepala laju. “Ya Allah wei bukan nama je sedap, muka dia pun sedap mata
memandang!”
“Ceh!”
“Sumpah! Handsome
sangat dia tu! Dia macam hero drama Korea tajuk Goblin!”
“Hero
Goblin? Hurm...tak adalah handsome sangat.” Aisyah mencebik membuatkan
Iris yang melihat menjegilkan matanya pada Aisyah.
Haip!
“Sabar la
kejap! Aku tak habis cakap lagi. Maksud aku....argh! Susahnya nak cakap!” Iris
menyeringai stres. Tak tahu macam mana dia nak terangkan tentang calon suami
yang dia jumpa dua hari lepas kepada Aisyah.
Aisyah
tergelak kecil bila tengok Iris bersungguh bercerita.
“Okey...
muka dia macam petak sikit. Tapi bukan petak empat segi pulak!”
Aisyah
tergelak-gelak bila cuba membayangkan lelaki yang Iris gambarkan.
“Ada
jambang halus pada jaw line dia. Pergh! Smart! Dia memang
mendapat markah penuh la untuk ciri-ciri lelaki idaman aku. 100 peratus untuk
Mukriez!”
Lalalaa...
Aisyah pulak yang tersenyum membayangkan lelaki berjambang itu. Okey...handsome.
“Mata
dia.... hitam pekat tapi renungan dia macam mata helang. Hidung mancung. Bila
senyum sinis, nampak macam pembunuh bersiri.”
“Pembunuh!”
Potong Aisyah.
Iris
mendengus sebal. Orang belum habis cakaplah!
“Macam
la... Macam!” Tekan Iris.
Baru Iris
nak bukak mulut menyambung cerita, tiba-tiba dia seperti dirempuh dari
belakang.
“Aaauuu!”
Jeritnya saat dia jatuh terduduk di atas jalan berbatu itu.
“Woi!”
Jerit Aisyah pada orang yang melanggar Iris. Seketika dia pantas membantu Iris
untuk bangun berdiri semula.
“Handbag
aku!!!” Jerit Iris lantang membuatkan Aisyah terkejut.
Orang
ramai mula memberi perhatian pada mereka dek kerana terdengar jeritan Iris.
“Aku kena
ragut, Chah! Ya Allah!” Jerit Iris lagi lalu terus berdiri dan mencari orang
yang meragutnya itu.
Itu!
Dia
nampak peragut itu lari ke arah deretan kedai.
Iris dah
rasa nak menangis bila tengok peragut itu sudah agak jauh dari tempat dia
berdiri. Kalau dia yang kejar dengan kasut tumit tinggi ni, memang sampai besok
tak dapat kejar.
Dah la
orang lain yang berada di situ hanya menonton saja drama ragut Iris itu. Tak
ada langsung rasa nak membantu! Tolong kejar ke apa ke...hish! Mujur diorang
tak angkat telefon masing-masing dan rakam untuk ditularkan. Kalau tak, memang
Iris hancurkan telefon orang tu!
Tolong
dia tak nak! sibuk nak merakam!
Tiba-tiba....
Berdesup
ada seorang lelaki berlari melintasi Iris dan Aisyah untuk mengejar peragut
itu. Mata Iris dan Aisyah terbuntang luas melihat betapa lajunya lelaki itu
mengejar dari belakang.
Macam The
Flash!
Fuyooo!
Boleh join The Avengers ni!
Dan
tiba-tiba berlari lagi dua orang lelaki turut mengejar peragut itu. Tapi...
yang dua orang ni macam lembab sikit lariannya. Termengah-mengah walaupun
kurus! Gerenti stamina tak kuat.
Cepat-cepat
Iris dan Aisyah pergi ke arah deretan kedai itu.
Dari jauh
mereka dapat melihat yang peragut itu sedang dibelasah oleh dua orang pelari
lembab tadi. Yang pelari laju itu pulak sedang memegang beg tangan Iris sambil
merenung tajam ke arah peragut itu.
“Malik,
Zainal. Dah la. Mati pulak budak tu karang.”
Iris
pandang pulak lelaki-lelaki yang berlari lembab itu tadi. Ooo... nama mereka
Malik dan Zainal. Mesti kawan pelari laju ni, bisik Iris.
“Er...Encik...”
sapa Iris bila mereka telah berdiri di belakang pelari laju itu.
Mendengar
seakan dirinya diseru, pelari laju itu berpaling ke belakang.
“Awak!”
Iris sampai angkat tangan tutup mulut sebab terlampau terkejut nampak lelaki
idamannya. Jadinya Mukriez yang jadi The Flash tadi!
Sukanya
Iris! Oh my superhero!
“Laa..kau
ke?” Mark bersuara bosan.
Erk! Apa
hal nada Mukriez Akmal ni macam tak ikhlas je membantu Iris! Grrrr... Iris
mengeram kegeraman.
Riak muka kebosanan yang ditunjuk
oleh Mark membuatkan Iris memejamkan matanya menarik nafas menahan geram. Tidak
berapa lama, mata dicelikkan semula.
“Kenapa
dengan saya? Kalau awak tahu ini beg saya, awak tak nak tolong?” Iris renung
Mark tajam.
Mark
jegilkan matanya pada Iris. Apalah nasib terjumpa lagi dengan budak banyak
mulut ni. Mark sedikit sebal dengan minah kecil itu.
“Nah,
ambil beg kau.” Beg tangan jenama LV itu disondol pada perut Iris membuatkan
gadis itu makin panas hati pandang Mark. Namun, tangan cepat-cepat menyambut
huluran itu.
“Tak reti
bagi elok-elok ke!” Bentak Iris menahan marah.
Pantang
betul dia orang tak bagi barang elok-elok. Abang dia sendiri pun, dia luku je
kepala kalau buat gaya tak matang macam ni. Hish!
Bibir
Mark ternaik sedikit. Sinis.
“Terima
kasih mana?” Pendek Mark membidas.
Aisyah,
Malik dan Zainal terlopong tengok dua orang manusia yang bertikam lidah itu.
Uish!
Benda baru ni! Tak pernah Malik dan Zainal tengok Mark sibuk nak membalas kata
dengan orang. Selalunya lelaki itu jenis buat tak peduli dan terus berlalu
pergi.
“Kalau
bagi gaya samseng macam tu, orang nak cakap terima kasih pun terbantutlah!”
Iris jegilkan mata pada Mark. Dia siap bercekak pinggang menghadap lelaki itu.
Dan
disebabkan dia ketot beberapa cm daripada lelaki di hadapannya, tak pasal-pasal
kepala dia kena dongak sikit sebab nak tunjuk garang depan lelaki muka beku
itu!
Grrrr!
Muka je handsome!
Perangai tak gentlemen! Tolak lima peratus daripada markah penuh!
95
peratus!
Mark
menjeling Iris. Tiba-tiba dia rasa tak matang sangat sibuk berlawan cakap
dengan budak kecil ni. Cepat-cepat dia tersedar lalu terus berpaling ingin
beredar dari situ.
“Hei! Nak
pergi mana? Tak habis bergaduh lagi ni!” Iris terjerit kecil pada Mark. Gelabah
bila Mark nak berlalu dari situ.
Mark
berpaling ke belakang semula.
“Girl,
better kau tidak bercakap. Lebih cantik kut.” Senyum sinis terukir di bibir
membuatkan gadis-gadis yang terlihat senyuman itu macam nak jatuh rahang!
Huish!
Betullah kata Iris, bila dia senyum sinis. Macam pembunuh bersiri! Gila seram!
Meremang bulu roma Aisyah.
Iris
pulak rasa pipi dia panas! Apa? Ulang lagi sekali please! Iris cantik? Oh
my God!!!
Tambah
balik markah lima peratus. Jadi 100 peratus semula!
“Malik,
Zainal! Jom,” panggil Mark bila Malik dan Zainal masih berdiri pegun di situ
macam tengah tengok pertunjukan model baju dalam! Ternganga saja mulut mereka.
Iris
pandang belakang tubuh Mark yang sedang berjalan meninggalkannya itu. Bibir
tersenyum lebar dengan perasaan berbunga-bunga macam tengah musim pokok sakura
berputik!
Hailahhh
Mukriez Akmal.
Awak datang
macam lanun. Awak pergi macam hujan. Awak tawan hati saya gaya lanun. Awak
tinggalkan hati saya dengan pelangi lepas hujan.
Omo!
Aigooo.
“Dah...dah!
Dia dah jauh dah tinggalkan kau. Nak berdiri dekat sini berapa lama?” Aisyah
bersuara bosan siap berpeluk tubuh tengok Iris yang sengih je dari tadi.
Iris
berdecit perlahan dengan mata yang tidak berkalih tengok susuk tubuh Mark.
“Hish!
Sabar la kejap. Dia hilang dari pandangan mata aku nanti, kita pergilah.”
Senyuman
Iris makin melebar bila tengok Mark memapah seorang pak cik tua yang seperti
menunggu mereka di hadapan sebuah klinik. Lelaki tua itu dimasukkan ke dalam
kereta di tempat duduk belakang lalu Mark bergerak ke arah tempat memandu.
Tengok
tu! Macam mana Iris tak jatuh suka. Tambah lagi lima peratus! Mark seorang yang
penyayang dengan orang tua. Alahaiiii...
Jadi 105
peratus.
Uit!
Terlebih lima peratus ni. Ada ke? Argh lantak! Itu tandanya lelaki itu sangat
sesuai menjadi suami Iris. Sampai terlebih daripada markah penuh. Haaa..gitu.
Mengkome ada? Tak adakan? Iris je ada. Hahaha... Iris gelak sorang-sorang.
“Gila!”
Getus Aisyah bila Iris tergelak sendirian. Tergeleng kepala dia tengok kawan
baiknya itu.
Dasar
angau overdose!
0 comments:
Post a Comment