BERAIR mata Mark dek kerana menahan diri daripada menguap sejak
tadi. Ikutkan hati, dah lama dia angkat punggung dan pulang ke rumah. Tapi demi
si emak yang disayangi, dia terpaksa akur juga kali ini. Dia ingat mak akan
berputus asa lepas dia tolak mentah-mentah calon menantu emaknya itu. Eh! Malah
Puan Rahmah siap tambah list lagi!
Mark
tayang wajah bosan di hadapan calon ke 51 ini. Entah apa-apa sajalah si gadis
ini membebel. Dari tadi mulut itu tidak berhenti langsung! Cerita tentang kerja
sampai zaman tadika!
What the
fish
betullah!
Lebih
baik waktu cuti yang jarang-jarang dia dapat ini dihabiskan dengan main game
Dota atau meluangkan masa dengan emaknya di rumah.
“I actually not really interested with
arrange marriage but looking at you now, make me think twice to refuse.”
Speaking London la pulak
minah ni...
Mark cuma
senyum sinis. Tahu dah. Dia handsome! Tolonglah cakap tentang benda
lain, benda ni dia dah lama tahu. Mark berfikiran nakal.
“Dengan
senyuman sinis awak. Wow! I’m melting!”
Kalau
Zainal, Malik dan Black ada di sini, pasti mereka gelakkan Mark terbahak-bahak.
Mark diayat wanita lagi!
“Awak
memang pendiam ya? Senyum je dari tadi. So sweet!”
Urgh! Aku
senyum sinis la! Makin menyampah pulak Mark tengok calon 51 ini. Mula-mula Mark
lihat gadis itu berjalan masuk ke dalam kafe ini, Mark dah dapat agak yang
pilihan emaknya kali ini juga sama dengan pilihan sebelum ini. Calon nombor 1
sehingga nombor 50.
Berpendidikan.
Berkerjaya. Cantik menawan kau memang debom!
Tapi Mark
tak rasa apa-apa. Setiap kali berjumpa dengan calon si emak, dia tayang muka
toya je. Muka beku tak ada perasaan. Mark ingat dengan buat muka macam tu,
semua gadis itu akan takut dengan Mark, malah akan menjauhkan diri.
Tapi....
Lain pula
jadinya! Malah Mark siap dipuji kerana mempunyai aura yang maco dan berkarisma!
Serius!
Mark tak faham dengan wanita zaman sekarang. Gamaknya semua suka lelaki dingin
dan tak romantik macam dia ni. Aduhai!
“Okay...stop
talking about me. Sekarang cerita tentang awak. Saya dapat tahu awak dulu belajar
di UKM ambil jurusan undang-undang dan sekarang sedang bekerja sebagai
penasihat undang-undang di Syarikat Batman Holding.”
Mark yang
tengah mengomel sendirian dalam hati terus panar bila butiran dirinya meniti di
bibir merah jambu gadis di hadapannya. Pantas, dia yang sedang menunduk tadi
mendongak merenung gadis itu.
“Awak dah
31 tahun kut. Kenapa awak tak kahwin lagi? Awak dah ada harta dan kerjaya.
Hidup dah stabil. Apa yang awak tunggu lagi?” Sambung gadis itu lagi tanpa
sedikit pun rasa gerun melihat renungan dingin Mark kepadanya.
Malah dia
merasakan renungan lelaki itu umpama helang!
Eagle
eyes! Killer smile!
Terlampau
berkarisma sampai dia tak boleh menidakkan perasaan yang berdebar hebat setiap
kali direnung lelaki itu!
Oh my
Allah!
Mark mengetap
rahangnya kuat. Macam mana gadis itu tahu tentang diri dia? Padahal dia dah
pesan pada emaknya agar tidak mendedahkan identiti dirinya.
“Awak pun
tak pernah ada girlfriend. Pelik! Awak handsome. Tak percayalah
saya yang awak still single and available.”
Mark
menarik nafas dalam-dalam. Nampaknya gadis itu memang tak akan berhenti
bercakap.
“For
God’s sake! Can you please stop talking young lady?” Kening ternaik tinggi
merenung tajam gadis yang bercakap macam murai tercabut ekor je.
Mark
lihat gadis itu tersenyum lebar padanya. Lalu tangan naik ke bibir dan ditarik
dari kiri ke kanan gaya seperti sedang menutup zip di mulutnya.
Urgh! Ini
calon yang paling tak makan saman! Boleh pulak siap tayang sengih! Kalau calon
terdahulu, sekali Mark bersuara dingin, terus merajuk. Lalu meninggalkan Mark
di situ. Konon nak Mark pujuk? Jangan harap!
“Mana kau
tahu tentang diri aku?”
Si gadis
makin tersenyum lebar. Dagu diketuk-ketuk seperti orang berfikir.
Melihat
gaya si gadis, Mark makin panas hati. “Jangan main-main boleh tak? Mana kau
tahu tentang diri aku? Mak aku takkan cerita tentang hal yang kau cakap tadi.”
Si gadis
tergelak kecil. Walaupun kulit lelaki itu sawo matang, tetap nampak kacak bila
mukanya merah padam menahan marah.
“Girl,
kau jangan main-main boleh tak!” Mark bersuara lagi dengan rahang yang diketap.
Tangannya terkepal kuat di atas meja.
Melihat
urat-urat yang mula timbul di tangan dan leher lelaki itu, si gadis kembali
serius. Takut kalau lelaki di hadapannya itu tidak dapat menahan marah, ada
yang kena humban ke luar kedai nanti. Dan manusia itu adalah dia!
“Ala...
Janganlah marah. Kenapa nak serius sangat ni?” Pujuknya siap kelip-kelip mata
konon nak bajet comel depan Mark.
Mark
menjeling tajam.
Amboi...
jelingan dia tu. Pergh! Cair hati hakak!
“Mesti
awak lupa nama saya kan? Tu sebab awak panggil girl and young lady tadi.
Hehe... Nama saya Iris.” Iris sebut lagi sekali nama dia walaupun awal-awal
lagi dia dah beritahu.
Tapi
tengok gaya lelaki depan dia ni, hurmm…Lupalah tu.
“Tapi best
jugak awak panggil saya ‘Girl’. Lagi best kalau panggil ‘My Girl’.” Iris
buat muka innocent. Dengan kedua belah siku naik ke atas meja, dia
menopang dagu sambil merenung Mark yang makin mendidih hati melihat riak
selambanya.
Gelak
kecil meletus lagi di bibir mongel itu. Suka bila dia berjaya mainkan emosi
lelaki itu. Walaupun emosi marah, tak apalah kira lagi baiklah tu daripada
tadi, muka beku je lelaki itu tayang. Mujur Iris tak membeku dekat situ. Malah,
dia mencair pulak dengan renungan lelaki itu.
Ternaik
sedikit bibir Mark ketika itu. My Girl? Wek! Tak hingin dia panggil
perempuan itu My Girl!
“Whatever!
Aku tak nak tahu nama kau. Aku nak tahu mana kau korek maklumat tentang diri
aku.”
“Awak
takkan tak tahu, perempuan dan stalker... very dangerous! Semua benda
perempuan boleh korek. Celah gigi je.” Muka poyo ditayang.
Mark
berdecit menyampah.
“Annoying,”
gumam Mark perlahan hampir tidak kedengaran.
Tapi Iris
yang telinga gajah itu mampu menangkap. “I know, tell me something I don’t
know please,” jawab Iris siap tayang sengih mengejek.
Mark
ramas rambutnya kasar. Stresnya kepala otak layan minah ni!
“Awak tak
nak kahwin ke? Dah 31 tahun kut. Nanti lambat dapat anak macam mana? Baik
kahwin sekarang, saya pun dah 26 tahun. Sesuai dah nak kahwin dan ada keluarga
sendiri.”
Terbeliak
mata Mark dibuatnya. Ya Tuhanku, muka tak malu betul la minah depan dia ni. Offer
diri segala.
“Kahwin
dengan kau?”
Iris
angguk kepala laju. Tangan menongkat dagu di atas meja.
“Aku
lebih rela mati.”
“Ouch!”
Iris pegang dada kononnya macam baru lepas ditikam. “Tajamnya kata-katamu wahai
Mukriez Akmal.”
Kepala
Mark tergeleng perlahan. Over! Drama Queen! Memang tak la nak
buat bini kalau serupa ini.
DENGAR saja enjin
kereta Mark menjalar masuk ke halaman rumah, pantas Puan Rahmah terpacak di
hadapan pintu menyambut anak lelakinya itu.
Mark yang
baru keluar dari perut kereta menghela nafas panjang bila tengok mak dah tayang
senyuman lebar pada dia. Lambat-lambat dia menghampiri maknya itu lalu tangan
tua itu dikucup seperti selalu.
“Amacam?
Cantikkan kali ni?” Puan Rahmah siap angkat-angkat kening pada anaknya itu.
Walaupun
Mark rasa macam nak hantuk kepala sendiri dekat dinding, wajah manis tetap dia
tayang pada si emak.
“Pilihan
mak memang ada kelas,” jawabnya acuh tak acuh.
Dengar
nada si anak macam tak berminat, terus senyuman di bibir Puan Rahmah mati.
Lantas dia menonong masuk ke dapur.
Mark
tersengih saja tengok maknya yang mula merajuk. Aduhai.... mak dia tu kalau
merajuk serupa girlfriend dia saja.
“Mak...”
Mark dah mula operasi memujuk si emak. Bahu si emak dirangkul erat dari sisi
lalu diusap perlahan.
Puan
Rahmah mendengus sebal. Dah nak masuk ke 51 orang calon dia tayang pada anaknya
itu. Tapi semua ditolak!
“Apa yang
kurang kali ni?” Puan Rahmah capai teko untuk membancuh Nescafe panas untuk si
anak. Walaupun masih merajuk dengan Mark, tetap jugak keperluan si anak dijaga.
Mark
tersenyum sambil melepaskan rangkulan bahu emaknya, kemudian kerusi meja makan
ditarik dan dia melabuh punggung di situ.
“Tak ada
apa yang kurang mak.”
“Habis
tu, tengok gaya macam kena reject je.”
“Mulut
dia murai sangat la mak.” Mark cuba beri alasan.
Puan
Rahmah mendengus sebal, tangan yang mengacau air serta merta terhenti.
“Hish...
Pendiam sangat salah, riuh sangat salah. Habis kamu nak yang macam mana? Mak
dah habis calon tahu tak! Yang ke 51 ni la yang akhir mak kenal. Baik budaknya,
cantik pulak tu. Sejuk sikit mata memandang.”
Mark
mengusap tengkuk perlahan. Bukan soal cantik ke tak cantik, dah kalau hati dia
tak rasa apa. Nak buat macam mana, bukan boleh paksa.
“Riez tak
sedia lagi mak,” jawabnya perlahan.
Macam
mana dia nak sedia? Sampai bila-bila pun dia tak sedia. Walaupun dia bekerja
sebagai peguam, tetap hakikatnya dia pernah menjadi seorang pembunuh!
Tidak
sesekali dia akan menganiaya hidup anak dara orang sekiranya dia berkahwin.
Masa depan dia semestinya gelap. Sampai bila dia akan bebas seperti sekarang?
Tidak
akan selamanya. Pasti ramai saja yang berdendam dengannya. Dirinya bolehlah dia
jaga. Tapi anak isterinya nanti bagaimana?
Sepandai-pandai
tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Malah dia terfikir kalaulah
rahsianya terbongkar, pasti isterinya tidak dapat menerima dirinya.
“Mak tak
kira. Selama ni, mak ikut saja cakap kamu setiap kali kamu tolak calon mak.
Kali ni, untuk calon ke 51 ni. Mak nak kamu beri peluang pada dia.”
“Makkk...”
Mark merengek tidak senang dengan keputusan emaknya itu.
Puan
Rahmah tayang jari telunjuk depan muka Mark, lalu jari itu digoyang kiri kanan.
“No
darling. Kali ni kamu ikut cakap mak. Nak jadi anak derhaka ke?” Puan
Rahmah cuba mengugut anaknya itu.
Mark
terdiam dengan muka muram.
“Nak jadi
anak derhaka ke?” Tegas Puan Rahmah lagi.
Mark
mencebik tidak rela. “Tak nak!” Jawabnya sebal.
Diam-diam
Puan Rahmah sembunyi senyum. Padan muka! Umur dah lanjut tapi tak nak kahwin
lagi. Anak lelakinya itu tak tahu jiran-jiran tuduh Mark gay!
Hish!
Selisih malaikat 44! Anak terunanya itu lurus lagi okey! Dia akan buktikan
nanti. Tunggulah wahai Joyah jiran sebelah rumahku, anak aku masih suka
perempuan dan mampu nak ada zuriat. Nanti kau! Tekad Puan Rahmah.
0 comments:
Post a Comment