HARGA PREORDER RM 15
SELEPAS PREORDER RM 18
Blurb
Prinsip
hidup Bunga tentang cinta mudah saja. Sesiapa yang inginkan cinta, dia perlu
berjuang. Baru kita tahu adakah kita layak untuk mendapatkannya atau kita perlu
melepaskannya pergi.
Kematian
mengejut Nik Borhan merubah kehidupan Nik Wafiy dan Bunga. Demi ingin
meneruskan hubungan kekeluargaan antara dua keluarga, Nik Wafiy diminta
berkahwin dengan Bunga. Ikutkan hati mahu saja Wafiy memberontak, tetapi
tatkala dia menangkap Amanda berlaku curang, lantas Bunga diterima menjadi
isteri dengan rela hati.
“Marriage
is not about finding the right person… it is being the right person." -
Wafiy
Wafiy
cuba untuk menerima status barunya, dan Bunga sangat bahagia dengan perkahwinan
mereka.
"Kau
menang. Tapi ingat, cinta tak boleh dipaksa! Kau akan jadi isteri pakai buang
dia saja. Kemudian dia tinggalkan kau untuk pergi dekat aku!" – Amanda
Tak
mungkin hati Wafiy semudahnya berubah. Apatah lagi kemunculan semula Amanda
dalam hidup Wafiy mengelirukan Bunga. Juga kehadiran Hakim dalam setiap masalah
Bunga menerbitkan rasa cemburu Wafiy.
“Dia
pergi, sebab dia tahu… dia hadir tanpa cinta.”- Bunga
“Maafkan
abang.” - Wafiy
“Papa
kata saya kena fight untuk cinta saya… Tok daddy kata, awak pasti akan cintakan
saya. Hakim kata, saya kena berusaha pikat awak, nanti mesti awak cintakan
saya. Tapi saya lupa satu hakikat, cinta tak boleh dipaksa.”- Bunga
Sakit
rupanya saat kita berjuang sendirian. Rasa lelah, rasa putus asa dan dia takut
semua perasaan itu akan membunuh terus rasa cinta yang mekar. Jadi adakah dia
perlu mengangkat bendera putih? Mengaku kalah setelah penat berjuang?
It’s
better to have loved and lost, than never to have loved at all. - Alfred Lord
Tennyson
When the love is real, it’s always worth it.
0 comments:
Post a Comment