Husna kemas-kemas barang dia dan Naqid. Dah
seminggu dia dan Naqid bercuti dekat Pantai Seri Indah ni. Lusa dah kena start
kerja balik. Aduhhh malas sungguh!
Mata melilau cari Naqid yang tiba-tiba senyap.
Tadi rasanya Naqid sibuk berceloteh sambil main patung mainan ultraman dia.
Mana dah perginya budak kecik tu.
“Naqid!” panggil Husna. Pintu bilik air
dibuka. Kosong. Kaki melangkah pula ke beranda bilik. Tak ada. Bila dia toleh
kebelakang baru perasaan pintu bilik terkuak lebar. Sudah! Naqid keluar.
Husna dah gelabah. Risau Naqid kemana-mana. Ya
Allah.
“Naqid!” panggil Husna.
Sepanjang kaki koridor tak ada Naqid. Ya
Allah! Ini tingkat 4! Takkan la Naqid boleh turun bawah.
Laju Husna turun ke lobi.
“Adik, ada nampak tak budak kecik tinggi paras
ni, pakai baju kemeja kotak-kotak warna hitam kelabu?” tanya Husna pada
receptionist.
Gadis tu terdiam memikir. Hah!
“Budak yang comel giler rambut pacak-pacak ek?”
tanya gadis tu. Husna mengangguk laju.
“Tadi nampak dia jalan dengan sorang lelaki
pergi kafe. Arah sana”
“okay thanks!”
Gadis tu hanya tersenyum mesra. Gila tak ingat
budak tu! Comel sangat kalau dah besar nanti mesti handsome. Padan la sebab mak
dia pun cun! Getus hati gadis tu.
Husna tarik nafas lega.
“Naqid”seru Husna lemah. Lemah semangat rasa
longlai kaki tadi. Dan sekarang dia lega Naqid ada depan mata dia.
“Umi!!” jerit Naqid gembira sambil melambai
tangan.
Husna terus meluru kearah Naqid dan peluk
erat. Air mata dia tumpah. Sumpah! Dia takut sangat tadi.
Teresak-esak Husna menangis.
“Umi.. nape Umi nangis?” tanya Naqid sambil
pegang pipi Husna. Air mata Husna meleleh lagi. Dia toleh kearah Khalish yang
berada disebelah Naqid.
“Husna… abang bukan niat nak bawak lari Naqid.
Tadi abang terjumpa dia berdiri depan lif waktu abang nak turun tingkat bawah. Dia
kata dia lapar. So, abang bawak la dia” terang Khalish apabila seakan faham
akan tajam renungan Husna.
“Naqid sayang, please jangan buat umi macam
ni. Kalau nak pergi mana-mana bagitahu umi dulu ya? Umi risau sayang” pipi
Naqid dicium bertalu-talu. Naqid hanya mengangguk sambil ambil sudu dan
makan
spageti.
Khalish seakan cemburu. Cemburu kerana dia tak
dapat peluk cium Husna seperti Naqid.
“Husna dah makan?” tanya Khalish bila keadaan
mula menyepi.
Husna mengangguk.
“Cepat makan Naqid. Kita dah nak balik” kepala
Naqid diusap penuh kasih. Khalish tersentak. Husna dah nak pergi?
“Husna… abang nak cakap sesuatu sekejap” pinta
Khalish.
“cakap la”
“Bukan kat sini”
“Naqid?”
“Tak pa, kak long ada. Akak boleh jagakan
Naqid, Husna.” Sampuk Kak Ira yang baru turun untuk
sarapan.
Husna menyalami kak Ira dan senyum pada abang
Yusuf.
“Jom Husna. Ke taman” ucap Khalish.
+++++++
“Abang nak cakap apa?” tanya Husna sambil peluk
tubuh. Wajah sendu Khalish ditatap sayang.
“Husna tetap nak pergi dari abang ke?” Tanya
Khalish sayu.
Husna gigit hujung bibir. Tahan sendu.
“Husna memang nak kita terus terpisah ke?”
tanya Khalish lagi. Kaki dia melangkah kearah Husna lalu melutut.
“Husna… abang tahu abang salah sebab tak
pernah kata abang cinta Husna. Sebab ego dan perangai abang ni la, abang
kehilangan Husna. Husna sanggup berkorban semata-mata nak abang bahagia. Dan Husna
anggap bahagia abang dengan Azira. Tapi Husna dah salah. Bahagia abang
sebenarnya dengan Husna.” Ucap Khalish tulus. Tangan Husna digenggam erat.
Husna dah mengalir air mata. Dia nak Khalish.
Dia nak family yang lengkap dengan adanya Khalish. tapi… perjalanan mereka tak
semudah itu. Mama macam mana?
“Husna… percaya la pada abang. Abang bukan
saja sayangkan Husna. Abang cintakan Husna. Cinta sangat. 4 tahun Husna
tinggalkan abang. Abang macam nak gila cari Husna. Papa pun cari Husna. Mama pun,
sayang.”
“Mama?” tanya Husna pelik.
Khalish mengangguk laju.
“mama cari Husna. Dia nak mintak maaf pada
sayang. Dia rasa berdosa sebab buat Husna macam tu.”
“Husna dah lama maafkan mama.”
Khalish tarik Husna agar berdiri.
“Husna balik la dengan abang please?” pujuk
Khalish lagi.
Husna hanya menunduk.
“Azira? Husna tak nak rampas abang dari dia.”
Khalish cium tangan Husna sekilas.
“Sayang, Husna tak rampas abang dari
siapa-siapa. Abang milik Husna seorang. You are my one and only wife, sayang.”
Husna terdiam lagi.
“Kita bersama ya sayang? Pleaseee? Demi Naqid?
Demi cinta kita.”
“sayang?” panggil Khalish lagi bila Husna
hanya berdiam diri.
Perlahan-lahan Husna angguk kepala. Serentak itu
air mata Husna dan Khalish menitis.
Terharu! Akhirnya setelah 4 tahun.
Khalish peluk Husna erat. Lama. Seolah-olah
hanya ada mereka berdua saja.
“Umi! Papa!” panggil Naqid sambil berlari-lari
kearah Husna dan Khalish.
Kak Ira dah kesat air mata. Akhirnya bahagia
milik mereka.
“Papa… kenapa peluk umi Naqid.” Tanya Naqid
dengan muka tak bersalah pada Khalish. Khalish dah tergelak besar. Terus didukungnya
Naqid dan bahu Husna dipaut rapat.
“Sebab papa sayang umi la” jawab Khalish
sambil tersengih-sengih pandang Husna yang tersenyum disisi dia.
“Naqid pun sayang umi!” jawab Naqid pulak tak
nak beralah. Khalish dan Husna tersenyum.
“Papa? Naqid tak sayang?”
“Papa ni… papa kandung Naqid ke? kawan-kawan
Naqid dekat rumah semua ada papa. Naqid jer sorang-sorang. Umi kata papa Naqid
kerja. Lama baru balik. Papa ni papa Naqid ke?” tanya Naqid bersungguh-sungguh.
Buat Husna rasa bersalah pada Naqid dan Khalish sebab pisahkan mereka.
Pipi Naqid dicium Khalish lama. “Ya sayang. Papa
ni papa kandung Naqid. Lepas ni papa dah tak kerja jauh. Jadi boleh duduk
dengan Naqid dah.” Jawab Khalish.
“Yeah!!! Umi, umi jangan sedih-sedih lagi tau.
Papa dah balik!” ceria Naqid memberitahu Husna. Husna cubit geram pipi gebu
Naqid. Khalish hanya memerhati sambil bergenang air mata.
“Papa” panggil Naqid lagi.
“Ya sayang”
“Papa jangan tinggalkan Umi dengan Naqid lagi
tau. Umi kan setiap hari menangis bila tengok gambar papa. Bila Naqid tanya
kenapa. Umi kata sebab dia rindu papa” Naqid pecahkan rahsia Husna.
Khalish pandang Husna yang dah mengalir air
mata. Air mata Husna diseka Khalish. No more tears darling!
“ Ya, papa pun rindu umi. Rindu Naqid jugak.”
+++++++
“Mama minta maaf Husna” mama Khalish peluk
Husna erat.
Husna mengangguk. “Husna dah lama maafkan mama”
Akhirnya.. semua dah selesai. Mama pun happy
dia balik kerumah tu semula. Malah rumah tum akin meriah bila kak Ira dan abang
Yusuf dah menetap disitu juga.
“Husna tak boleh ke berhenti kerja?” tanya
Khalish sambil duduk dibirai katil. Husna yang sedang keringkan rambut terdiam.
“Please sayang. Besok Husna dah nak balik
seremban. Tinggalkan abang sorang-sorang lagi. Sampai bila sayang? Husna
berhenti ek? Tak pun Husna kerja dekat syarikat papa. Tak payah la nanti setiap
satu minggu baru dapat jumpa.” Terang Khalish.
Sememangnya Husna memang merancang nak letak
jawatan. Tapi ambil masa juga sebab barang-barang dia dirumah sewa macam mana? Dengan
kena bagi notis lagi dekat syarikat yang dia bekerja.
“Husna memang rancang nak berhenti. Tapi kena
bagi notis dulu la abang. Buat masa ni, kita kena la berkorban. Sebulan jer”
pujuk Husna.
Dia duduk disebelah Khalish. muka khalish yang
cemberut dipandang lucu. Adoiii merajuk pulak.
“Abang… please izinkan ek? Sebulan jer. Nanti selesai
urusan Husna. I’m yours! All time.” Pujuk Husna sambil elus manja lengan
Khalish.
Khalish dah rasa lain macam. Husna ni goda dia
ke apa.
Rambut Husna yang masih lembab diusap lembut.
“Sayang, rambut Husna dah panjang. Dulu pendek
jer. Macam lelaki.” Tegur Khalish sambil leka bermain dengan rambut Husna.
Husna tersenyum bahagia.
Pipi Husna pulak diusap lembut. Makin mulus.
“Husna makin cantik.” Ucap Khalish. anak mata
dia beradu dengan anak mata Husna.
Perlahan-lahan bibir dia melekap dengan bibir
Husna. Lama.
“Izinkan abang.” Pinta Khalish. Husna hanya
mengangguk.
“Papa!” jerit Naqid seraya tolak daun pintu. Terkejut
Husna dan Khalish.
Aduh! Khalish tepuk dahi. Terbantut rancangan.
Husna dah tergelak-gelak.
“Gelak la sekarang. Naqid tidur. Siap la awak.”
Bisik Khalish sebelum berlalu kearah Naqid.
“Naqid nak tidur dengan papa. Tapi nenek tak
kasi” adu Naqid. Badan kecil dia dah panjat katil umi dan papa dia.
“Naqidkan dah besar. Tu sebab nenek marah. Pergi
tidur bilik Naqid” arah Khalish lembut. Naqid tarik muncung.
“Umiii…” rengek Naqid. Husna dah
tergeleng-geleng. Tahu dah! Nak tidur mesti nak peluk-peluk dulu.
“Jom.. jom sini.” Panggil Husna.
Naqid terus panjat atas badan Husna. Kepala
dibaringkan didada Husna. Ibu jari dimasukkan kemulut. Husna tepuk-tepuk
punggung Naqid sambil berzikir.
Khalish geleng kepala. Badan direbahkan
disebelah Husna lalu mengiring memandang wajah-wajah kesayangan dia. Bahagia! Itu
yang dia rasa.
Pipi Husna dicium sekilas. Husna menoleh
kearah Khalish. Khalish hanya tersenyum.
“Naqid dah tidur tu. Abang alihkan dia dulu.”
Khalish bawa Naqid bilik sebelah yang
berhubung dengan bilik dia.
“okay.. Naqid dah tak ada.” Khalish girang
sambil melompat keatas katil lalu peluk Husna erat-erat.
“Husna..”panggil Khalish perlahan.
“Hurrmm”
“Kalau kita tak terpisah. Mesti anak kita dah dua
tiga orangkan?” tanya Khalish tiba-tiba.
“Aik? Kenapa tiba-tiba.” Husna hairan. Khalish
dah tergelak-gelak.
“Alaa… hint la takkan tak faham” ujar Khalish
tergelak-gelak.
“Eiii abang ni. Gatal!” malu Husna dibuatnya.
“Bolehkan sayang. Sambung yang tadi?” tanya
Khalish innocent jer muka.
Husna dah tak tahu nak kata apa. Redha jer la.
“Husna..”
“Hurmm”
“Jangan letih mencintai abang ya.”
“Takkan”
2 comments:
cerpen terbaik..
so sweet
Post a Comment