Tepat jam 9 pagi, pintu dikuak kasar dari
luar. Pelajar-pelajar yang sedang khusyuk belajar terganggu dek kehadiran
seorang gadis yang sedang tercunggap-cunggap masuk kedalam kelas. Baru lepas
berlari je gayanya.
“Selamat pagi!” perli pensyarah muda yang
berada dihadapan kelas.
Mia, hanya tersengih bersalah kerana masuk
lewat setengah jam dari waktu kelas. Habis la dia! Mr. Rayyan memang anti benar
dengan late comer. Mia garu belakang kepala yang dilapisi tudung.
“Kenapa lambat?” tanpa nada Rayyan bertanya
kepada Mia. Pelajar-pelajar lain hanya diam tak menyampuk. Anis yang tahu sebab
Mia lambat pun tak sanggup nak back up Mia bila tengok Mr Rayyan masuk mode
mengamuk. Seram!
“Saya…saya..” Tergagap-gagap Mia menjawab.
Nak bagi tahu ke alasan? Nanti kang dia kata aku ni bagi alasan jer. Prinsip
hidup aku ‘No excuse!” sebab ikut diri kita untuk buat sesuatu. Aku yang pilih
nak buat benda ni. Jadi aku yang kena ambil risiko.
“Saya salah” Mia berkata yakin sambil
memandang tepat pada muka Rayyan. Rayyan
angkat kening. Impressive! Mengaku salah sendiri.
“Okay. Then, Get out!” Rayyan pandang
kearah pintu yang berada dibelakang Mia. Tak sanggup nak pandang muka penat
Mia. Salah tetap salah. Tak kan lah dia nak berlaku tidak adil pada pelajar
lain dengan menerima bulat-bulat pengakuan Mia.
Anis melopong. Mr Rayyan ni! Mia mengaku
salah pun kena. Kalau tak mengaku pun dia kena jugak! Mia ada sebab la dia
lambat!!! Rasa nak menjerit jer tengok Mia perlahan-lahan berpaling dan
meninggalkan kelas. Kesian Mia.
*****
“Mia!” Anis mengejar langkah Mia yang laju
berjalan kearah library.
Mia berhenti melangkah. “Nak apa?”
“Tadi kau lepak mana waktu kelas Mr
Rayyan?”
Mia senggih. “Pergi tidur ar kat masjid.
Hehe”
Cis! Tong gas kosong punya kawan. Ingatkan
pergi study kat mana-mana. Tak pun meraung ke? Malu ke? Kena marah depan kelas.
Syok pulak minah ni pergi tidur!
Anis menarik Mia untuk berhenti melangkah.
“Kenapa tak cakap sebab kau lambat?”
Mia mengeluh kecil. “Malas ar”
Anis ternganga. Malas?
“kau tahu tak, kau dah buat dia bersangka
buruk dengan kau tahu! Dia ingat kau bangun lambat, padahal kau hantar Alia
pergi klinik. Cakap jer la perkara sebenar. Tak boleh ke?” Anis berkata geram.
Tak pasal-pasal Mia kena marah dengan Mr Rayyan.
Sebenarnya, setengah jam sebelum kelas lagi
Mia dah siap. Tiba-tiba Alia kawan sebilik mereka terjatuh dibilik air dan
sakit dibahagian tangan. Disebabkan Mia ada motor, Mia minta Anis untuk pergi
kekelas dulu sementara dia pergi hantar Alia keklinik berdekatan.
“Aku malas nak bagi alasan. Lagipun lepas
subuh tadi sebelum aku sarapan, dia ada call aku. Jadi dia mesti la tahu aku
lambat bukan sebab bangun lambat. Biarlah ar. Malas nak kecoh. Benda kecil jer
pun” Mia menjawab malas. Pintu dilibrary di tolak lalu masuk. Baca buku lagi
baik!
“Aku tahu la kau dengan Mr rayyan tu ada…”
Belum sempat Anis nak habis cakap, Mia dengan cepat tutup mulut Anis dengan
tangan dia.
“Shuuuh, kau nak kitorang kantoi ke?” Mia
berbisik ditelinga Anis. Anis senggih.
“Alia macam mana? Okey tak?”
“Tangan dia patah, tadi lepas x-ray and
simen segala tangan dia tu. Aku hantar balik asrama.”
“Ooo, nasib tangan kiri, kalau tangan kanan
tak ke payah dia nak menulis, makan segala.”
Mia hanya mengangguk. Syukur tangan kiri
yang patah. Kesian Alia.
*****
Bag galas yang berada dibahu dilurutkan dan
dicampak keatas sofa diruang tamu rumah. Apartment yang dua minggu ditinggalkan
kelihatan sangat bersepah.
Baju kemeja merata-rata, diatas sofa,
ditepi TV. Pinggan dan cawan yang belum berbasuh penuh didalam singki.
Bantal-bantal kecil yang sepatutnya berada disofa dah tercampak sana-sini. Ya
Allah! Bersepahnya! Ini belum lagi tengok bilik!
Kaki melangkah pula ke arah bilik tidur
yang berada dipenjuru rumah. Lemah semangat bila tengok bilik tidur lagi macam
kapal lanun nak karam. Meja kerja dah tak macam meja, macam tong sampah.
“Abang, bangun” dengan lembut Mia
mengejutkan Rayyan yang sedang tidur diatas katil, siap ber-comforter bagai.
Rayyan diam. Tak bergerak. Kaki Rayyan dicuit lagi.
“Abang!” Mia menguatkan suara.
Sayup-sayup Rayyan dengar suara Mia. Mia!
Dia dah balik! Dengan cepat dia membuka mata. Terhidang matanya dengan muka Mia
yang tengah marah sambil bercekak pinggang. Mata ditenyeh-tenyeh lagi. Betul ke
ni Mia?
“Abang! Wake up now!” Mia bersuara geram.
“Mia? What’s wrong?” Rayyan blur!
Balik-balik nak marah-marah. Dua minggu dia tak balik rumah, sepatutnya Rayyan
yang marah, baru nak protes dekat Mia.
Mia angkat kening. “what’s wrong? Cuba
abang tengok rumah kita ni jadi macam mana? Bersepah macam baru lepas kena
rompak! Baru dua minggu Mia tak balik, abang jadi macam ni. Tak terurus! Selama
ni boleh je hidup sorang-sorang waktu Mia belajar. Kenapa sekarang jadi macam
ni?” Mia dah mula nak membebel.
Sejak hidup dengan Rayyan Hakim ni mulut dia
dah jadi macam Mama, suka membebel. Betul la orang kata, bila kita dah ada
tanggungjawab ni dengan sendirinya sifat nak menegur a.k.a nak membebel wujud
dalam diri.
Rayyan tarik tangan Mia menyebabkan Mia
terduduk diriba Rayyan diatas katil. Pinggang Mia dipeluk erat sebelum dengan
selambanya Rayyan cium pipi kiri Mia. Mia terkedu. Benda ni berlaku dengan
pantas sampai dia tak boleh elak.
“Abang rindu Mia.” Rayyan bersuara perlahan
ditelinga kiri Mia. Mia mengeluh perlahan. Aduh! Sifat mengedik Rayyan dah
datang.
Mia mengusap pipi Rayyan perlahan. “Abang,
Mia kan dah sem last. So, banyak kerja la nak kena buat. Assignment lagi,
projek lagi, presentation lagi, lepas tu subjek makin payah la sekarang so,
kena ar selalu bertapa kat library.”
Rayyan tarik badan Mia pula untuk baring
disebelah dia. “Abang tahu, tu sebab abang tak nak paksa Mia balik rumah kita
ni”
Mia tersenyum. Bersyukur dapat suami yang
memahami seperti Rayyan.
Dia dan Rayyan bukan kahwin atas dasar suka
sama suka atau kahwin paksa. Entah. Dia pun tak tahu macam mana boleh kahwin.
Yang pasti, setahun lepas, dia dipinang oleh keluar Rayyan, mama dan Abah tanya
pendapat dia. Dia hanya bersetuju. Mungkin sebab dah sampai waktu dan jodoh
dia.
Rayyan pula, Ibu yang carikan jodoh untuk
dia. Rayyan yang baru habis master ketika itu pada mulanya tak mahu berkahwin.
Tapi bila Ibu mula buat iklan ciri-ciri menantu pilihan dekat dia. Cepat-cepat
dia kata terpulang pada Ibu asalkan yang baik. Apatah lagi bila dia terbaca
tentang…
"Wahai kaum pemuda, siapa saja
diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya
menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu
belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, karena sesungguhnya puasa tersebut
sebagai penahannya."
Rayyan rasa dia dah sedia untuk mengalas
tanggungjawab tu. Alhamdulillah pilihan ibu tepat. Mia Adila gadis yang sopan
dan baik. Yang memenuhi tuntutan dia zahir dan batin. Hehehe.
“Mia, kenapa semalam masuk kelas abang
lambat? Abang risau tahu! Ingat apa la terjadi dekat Mia sebab pagi tu abang
telefon Mia elok jer berborak” muka Mia ditenung. Rambut Mia diusap lembut.
Mia senyum lagi pada Encik Suami yang
berbaring disebelah dia. “Alia jatuh dalam toilet, Mia tolong hantar pergi
klinik tu jer” Mia berkata selamba. Pipi Rayyan diusap lembut. Rindu sangat
pada suami dia ni.
Terkejut Rayyan. “Kenapa Mia tak cakap? Kan
dah kena halau”
“Ala, benda kecil jer pun. Tak pa. time ni
la merasa nak ponteng kelas. Haha” Mia tergelak kecil bila tengok muka geram
Rayyan.
“Amboi, ada niat nak ponteng ek!” pipi Mia
dicubit geram.
Mia menjerit kecil. “sakit la!” merah pipi
Mia dibuatnya. Lama-lama gelebeh pipi aku!
Rayyan gelak. Rindu Mia!
Mia bangun dari berbaring. Muka Rayyan
dipandang tajam. “Abang! Kemas rumah sekarang!”
Rayyan tercengang. Ala! Spoil mood betul.
Baru nak bermanja.
“Jangan nak buat muka macam tu. Siapa suruh
buat sepah, kemas sekarang. Mia nak pergi masak ni. Bangun! Bangun dari katil
ni” Mia tarik-tarik tangan Rayyan agar duduk. Tapi badan Rayyan macam apa jer.
Tak bergerak langsung. Saja Rayyan buat-buat malas.
“Abang!”
“Okey..okey”
******
“Aku benci! Kenapa lelaki selalu tak setia!
Benci! Benci! Benci!” Mia menjerit sambil menumbuk-numbuk bantal diatas katil.
penyek bantal tu dibuatnya. Rambut yang serabai dah semakin serabai.
Alia yang tengah feeling habis baca novel
sebelah katil dia terkejut. Air mata dikesat. Sedih woo novel ni!
“Mia, aku dah kata, kau tak percaya. Lelaki
tu memang ar! Nak makan penyepak betul. Dah ada bini bukan reti nak setia.
Pergi pulak cari perempuan lain. Bencinya aku lelaki tak setia ni!” Alia pun
dah kena jangkitan anti lelaki tak setia.
Novel ditanggan ditutup. Mia memandang muka
Alia yang dah sembab menangis baca novel ‘cinta kau dan aku’. Bila hantu-hantu
novel macam diorang ni bergabung dalam bilik. Memang ar! Boleh jadi macam hape
jer. Kalau sorang baca novel kelakar, gelak macam kena sampuk. Tapi sorang lagi
baca novel sedih, menangis sampai bengkak mata. Anis yang memang tak suka baca
novel boleh jadi gila tengok dua orang kawan dia dah boleh diketegorikan gila!
Alia tergelak. Hurmm… sebab novel jer
diorang boleh jadi macam ni. Emosi!
“Mia, kalau Encik Rayyan buat macam tu kat
kau macam mana?” Alia bertanya perlahan kepada Mia yang sambung baca novel. Mia
terkedu.
Beristifar panjang dia dalam hati. Harap
tidak! Tak sanggup.
“Kau rasa, apa aku buat?” Mia bertanya
balik.
Alia angkat bahu. “Berdasarkan pengalaman
hidup aku dengan kau selama ni, aku rasa kau akan dengan baik mintak dia
lepaskan kau kan?”
Alia tersenyum sumbing. “A’ah, macam mana
kau tahu ek?”
“Ala, selama ni kalau kau baca novel yang
heronya lelaki tak setia, benda pertama yang kau cakap ialah… ‘kalau aku la kat
tempat heroin ni, tak ada nya aku nak pergi pinangkan untuk suami aku or aku
benarkan diorang bercinta. Benda pertama aku mintak! Aku nak cerai! Hahaha’ hah
dah naik hafal aku la dialog kau ni” Alia siap buat tone suara Mia lagi. Amboi!
Mia tergelak kuat. Betul pun! Bagi Mia
kalau lelaki tu dah ada perempuan lain, better dia yang undur diri. Sebab dia
tahu diri dia sendiri. Dia tahu dia tak kuat untuk pura-pura kuat dan bahagia.
Dia sanggup undur diri untuk buat suami dia gembira.
“Mia, aku tanya jer. Jangan kau fikir lain
pulak” Alia berkata lagi.
“Tahu la.”
+++++++
“Abang, langit mendung” Mia berkata
perlahan. Kepala dia bersandar pada dada bidang Rayyan. Mereka sedang duduk
berdua diberanda rumah sambil tengok langit. Aktiviti wajib Mia setiap petang
lepas asar. Mia suka tengok langit.
“Mana ada mendung, sayang. Cerah jer abang
tengok” Rayyan berkata polos. Mia diam.
‘Langit mendung dihati Mia, bang’ Mia
berkata dalam hati. Air mata yang nak menitis ditahan. Macam ni ke rasa sakit
bila orang yang kita percaya buat kita. Macam ni kot rasanya heroin dalam novel
bila tahu suami sendiri ada perempuan lain. Sakit jugak ek? Macam ada benda
tersekat kat kerongkong dan dada ditumbuk kuat sampai senak. Air mata rasa nak
mengalir tapi bila kena tahan dari keluar rasa dia sakit sangat!
Mia tarik nafas. Relaks Mia! Seorang wanita
kena kuat! Tak boleh tunjuk lemah.
“Siapa perempuan ayu, tinggi-tinggi, putih,
and pakai shawl yang selalu keluar dengan abang tu?” Mia bertanya selamba.
Padahal dalam hati rasa macam nak pecah hempedu!
Rayyan terkedu. Ya Allah, Mia nampak?
Serta-merta dia cuba cari anak mata Mia untuk menjangka perasaan Mia waktu tu.
Tapi Mia mendongakkan kepala untuk tengok langit. Lebih tepat untuk tak tengok
mata Rayyan.
“Mia, jangan salah sangka, tu kawan sekolah
dulu” Rayyan mengengam tangan Mia. Nak salur rasa kejujuran. Kejujuran? Hurmm…
“Jangan menipu abang, kawan sekolah apa
kalau siap peluk pinggang, pegang tangan, makan bersuap. Kawan? Kalau Mia buat
macam tu kat luar dengan Zairul boleh ke?” Mia bertanya sinis. Zairul kawan
sekolah dia yang paling dia rapat.
Rayyan diam. “Jangan percaya cakap orang
Mia.”
Mia mengeleng kepala. “Mia tak percaya
cakap orang abang. Mia percaya pada mata Mia sendiri.”
Tangan yang berada didalam genggaman Rayyan
ditarik perlahan. “Siapa dia?”
“Lisa, ex-girlfriend abang dulu. Serious!
Mia, abang cuba nak elak dari dia. Tapi dia goda abang. Abang ingat, abang dah
tak cintakan dia. Tapi, makin lama, abang rasa…”
“Shuush” Mia meletakkan jarinya dimulut
Rayyan. Tak sanggup nak dengar pengakuan cinta dari mulut suami sendiri
terhadap perempuan lain. Air mata dah bergenang dekat tubir mata. Tinggal
tunggu masa untuk jatuh. Tapi bibir menarik senyum ikhlas untuk suami.
Langit. Bagi Mia, langit warna dia tak
pernah berubah. Dengan kehadiran matahari, bulan, awan, dan bintang, maka,
menambah kecantikan langit. Warna langit yang sebenar semua orang tak tahu
selain Allah yang mencipta. Tapi dengan hadirnya Matahari, langit kelihatan
terang kebiruan dilindungi oleh awan. Bila malam, matahari hilang. Langit
gelap. Bulan datang menyuluh. Menerangkan langit yang kelam. Menjadikan langit
cantik tambah pula dengan kehadiran bintang.
Mia rasa, manusia seperti langit. Hanya
Allah dan manusia tu sendiri yang tahu diri sendiri, tapi kehadiran manusia
sekeliling yang mewarnai dan mempengaruhi diri kita.
Langit Mia sekarang mendung dan mungkin
akan ribut petir.
“Abang minta maaf Mia.” Rayyan berkata
perlahan.
+++++
Mia hidup seperti biasa. Pergi kelas, balik
kelas. Bila cukup hujung minggu balik rumah Rayyan. Rayyan.
Bila sebut nama tu,
rasa sakit mencucuk-cucuk datang balik kat dada. Alia dan Anis dah lali tengok
Mia menangis setiap malam. tapi besoknya, kembali ceria. Pelik! Manusia bernama
Mia Adila memang pelik.
Mia layan Rayyan seperti biasa. Sama macam
dulu. Tak ada yang berubah sedikit pun. Rayyan dah mula jarang jumpa Lisa. Tapi
Mia sedar, setiap malam Rayyan mesej dan telefon perempuan tu. Mia hanya
senyum. Dalam hati, tuhan yang tahu. Betapa hancurnya hati Mia. Hanya jasad
Rayyan yang berada didepan mata dia, tapi hati dan fikiran Rayyan hanya pada
Lisa.
Mia sebenarnya memerlukan masa memikirkan
rancangan dia. Tapi dia kena kuat.
Betul la kata orang, ‘ kau cakap senang la!
Nak mintak cerai konon kalau suami curang. Cuba kena kat batang hidung kau!
Lelaki yang kau sayang, susah weh! Nak mintak cerai!’
Dush! Kena batang hidung sekali. Memang
payah. Tapi dari dia merana sebab jealous baik dia cari kehidupan baru. Tapi!
Aku baru 23 tahun kot! Tak kan la nak jadi janda!
Daripada bersuami tapi kau menangis setiap
malam. lama-lama suami pun jemu tengok muka sembab kau tak berseri langsung!
Banyak tapi la kau ni Mia!
Mintak petunjuk Allah, Mintak Allah
lapangkan dada.
‘Ya Allah, kenapa kau uji aku dengan ujian
ini Ya Allah. Kuatkanlah aku. Mama, abah, Mia mintak maaf. Mia tak mampu nak
pertahankan lagi perkahwinan Mia. Mia tak mampu. Mia nak balik langit biru Mia
yang tenang, Mia nak bahagia Mia balik.’ Rintih hati Mia.
Mia menarik nafas perlahan sebelum
memanggil Rayyan.
“Abang, Mia nak tanya sikit”
Rayyan yang sedang membaca mengangkat
kepala memandang Mia yang sedang berada diatas katil.
“Tanya apa?”
“Abang, sayang Mia?” lambat-lambat Mia
bertanya.
Rayyan sekadar mengangguk lalu meneruskan
bacaan.
Mia senyum. ‘Abang, Mia nak abang yang
dulu. Yang selalu cakap sayang kat Mia, selalu telefon Mia tanya khabar kat
asrama. Tanya Mia apa Mia buat hari-hari.’
Mia berdehem sebelum meneruskan soalan
lagi.
“Abang, masih cintakan Mia?”
Rayyan terkedu sebentar. “Apa punya jenis
soalan ni Mia? Cinta, sayang, sama je kan”
Mia masih senyum. Tapi, hambar. ‘tak sama
abang. Sayang? Semua orang kita boleh sayang. Tapi cinta? Hanya pada yang
layak.’
Rayyan meneruskan bacaan. Mia yang terus
memandang kearahnya dibiarkan.
“Mia nampak abang tadi. Jalan dengan Lisa”
perlahan Mia memberitahu. Sayu. Rayyan kata dia ada kelas ganti, so, tak dapat
nak balik sama dengan Mia. Tapi rupanya, Allah nak tunjuk kat Mia yang Rayyan
keluar dengan Lisa. Wahai hati, jangan bersedih. Kau kena kuat!
Rayyan diam. Sebelum mengeluh panjang. Buku
ditangan ditutup. Perlahan kaki melangkah kearah Mia.
Mia hanya memandang lesu pergerakan Rayyan.
Tangan Mia digengam Rayyan erat.
Kenapa abang? Abang nak hancurkan lagi hati
Mia ke?
“Mia, abang…” Rayyan menelan liur. Perit
rasa tekak.
Mia mengangkat kening bertanya kenapa?
“Abang… abang nak…”
“Nak apa?”
“Abang nak kahwin dengan Lisa” Senafas
Rayyan menuturkan. Mia pejam mata.
Setitis air mata Mia jatuh terkena tangan
Rayyan yang masih memegang erat tangan Mia.
Akhirnya… Abang dah cakap benda yang paling
Mia takut dan tak nak dengar.
“Mia?” Rayyan seka air mata Mia dipipi
dengan jari.
“Abang mintak maaf Mia.”
Mia buka mata sambil menghadiahkan Rayyan
dengan senyuman ikhlas.
“Tak ada apa yang perlu Mia maafkan abang.
Abang tak buat salah pun.” Pipi Rayyan diusap Mia lembut.
“Habis, kenapa Mia nangis? Mia boleh ke
terima semua ni?” Seperti orang lurus Rayyan bertanya.
Mia menarik nafas berat. Abang… sayu hati
dia. Alia, Anis! Aku nak korang. Aku nak pinjam bahu untuk menangis.
“Abang, Mia nak bagitahu. Orang perempuan
ni mana ada yang boleh terima benda macam ni dengan sekelip mata. Dia perlukan
masa untuk hadam. Mia pun. Sudah tentu Mia tak boleh terima abang. Tapi, kalau
Mia marah-marah, tak terima, Mia tak sanggup nak tanggung dosa Mia sebab marah
abang. Mia tak sanggup nak tengok abang tanggung dosa tipu Mia lagi. Mia tak
sanggup abang terus berdosa keluar dengan bukan muhrim. Mia redha kalau ini
jalan hidup Mia.”
“Mia, abang mintak maaf” Rayyan memeluk
erat badan Mia. Mia dah teresak-esak.
“Abang, Mia nak abang bahagia. Abang happy
tak selama hidup dengan Mia?”
Rayyan mengangguk. Mata dia dah berair dan
merah. Sedih melihat Mia.
“Abang, Cintakan Lisa?” perit. Tapi
terpaksa bertanya.
Perlahan Rayyan mengangguk. Menitis air
mata lagi. Kuatkan aku Ya Allah.
“Abang bahagia dengan dia?”
Angguk.
“Abang, Mia pernah mintak sesuatu ke selama
ni dengan abang?”
Rayyan mengeleng. Mia tak pernah meminta.
Dia yang memberi.
“Mia nak mintak tolong abang boleh?”
“Apa?”
Mia tarik nafas dan lepaskan perlahan.
Rayyan masih setia menunggu permintaan Mia.
“lepaskan Mia”
“Mia!” Rayyan tersentak. Kenapa? Adakah
sebab dia mintak nak kahwin dengan Lisa?
“Abang, please? Abang je yang boleh tolong
Mia. Orang lain tak boleh.”
“kenapa? Mia tak sayang kan abang dah ke?”
Air mata Mia dah bertakung.
Mia jangan menangis! Jangan menangis depan
dia. Buat malu kaum wanita je.
“ Mia sayang abang. Malah Mia cintakan
abang sangat-sangat. Sebab tu Mia mintak.”
“Merepek!. Kalau sayang Mia takkan mintak
macam tu.”
“Mia nak abang bahagia tu sebab Mia mintak.
Abang boleh kahwin dengan Lisa lepas ni”
Tangan Mia ditarik dan digengam erat.
“Abang bahagia dengan adanya Mia.”
“Abang, kalau abang bahagia dengan Mia,
abang tak kan cari Lisa. Abang please! Cubalah faham hati dan perasaan Mia
bang. Mia tak boleh. Mia tak sanggup kongsi abang. Please bang.” Mia merayu.
Tangan Rayyan digoncangkan perlahan.
Rayyan mengeleng. “No! and never!”
Air mata Mia tumpah juga.
“Abang. Mia bagi abang cari bahagia abang
yang baru. Mia bahagia kalau abang bahagia. Tapi, bukan tempat Mia tengok abang
bahagia dihadapan Mia. Sebab mungkin nanti Mia yang tak mampu bahagiakan abang
lagi. Biarlah…biarlah Mia hanya jadi penonton kebahagiaan abang dari jauh. Dan
bagilah Mia cari bahagia Mia pulak abang.”
“Mia boleh cuba.” Ujar Rayyan. Alangkah
semudah itu. Hati Mia masih tak kuat untuk membahagikan kasih dan cinta abang.
“Mia tak boleh! Sebab Mia dah lama dah cuba
untuk terima. Tapi masih tak boleh. Mia dah mencuba sejak dapat tahu abang dah
jumpa kekasih hati abang balik. Sebelum abang kahwin dengan Lisa pun, abang dah
tak berlaku adil pada Mia. Abang tipu Mia, abang dah tak contact Mia, abang dah
tak tanya khabar Mia. Abang, adil bukan hanya pada nafkah zahir dan batin. Tapi
poligami juga memerlukan adil dalam berkasih sayang abang. Mia rasa abang tak
akan mampu. Dan Mia apatah lagi. Sebelum kahwin Mia dah cemburu dengan Lisa
patah lagi bila dia dah kahwin dengan abang”
“Mia, abang penat. Nak tidur”
Rayyan merebahkan kepala dibantal dan
baring membelakangi Mia. Sedih dan sentap hati bila dengar kata-kata Mia tadi.
Aku dah buat Mia tak bahagia. Mana janji kau dulu Rayyan!!!
Mia masih teresak-esak dipenjuru katil.
“Abang, Mia minta maaf. Tapi Cuma satu yang Mia mintak. Bagilah bahagia Mia
pula selepas ni, seperti mana Mia bagi bahagia abang dengan Lisa. Hanya abang
yang boleh kembalikan langit biru Mia”
*****
4 tahun kemudian.
Langit berwarna biru lembut. Sangat
mendamaikan. Sedamai hati Mia. Dengan terbentangnya laut biru dihadapan mata.
Subhanaallah. Allah bagi nikmat mata untuk melihat ciptaan Dia dan nikmat hidup
untuk terus memuji Dia.
“Hai”
Mia memalingkan muka untuk melihat orang
yang menegur dia.
“Hai” Mia senyum manis.
“Boleh saya duduk” tanya si Jejaka.
Mia hanya menganguk.
“Flight awak besok kan?”
Mia mengangguk. “Awak?”
“Sama”
Keadaan kembali sunyi. Mereka hanya diam
untuk menikmati saat-saat akhir dibumi dibawah bayu ni. Setelah 2 tahun
bertungkus lumus menyiapkan master, akhirnya dia berjaya. Dan si Jejaka
sebelahnya inilah yang banyak membantu semenjak dia menjejakkan kaki
diuniversiti disitu.
“Mia, saya nak cakap sikit”
“Awak nak cakap apa, Haikal”
Haikal resah. Tangan digenggam kemas sambil
membetulkan duduk. Nafas ditarik dalam dan dilepaskan perlahan nak hilangkan
gemuruh.
“Saya dah lama sukakan awak, dan cintakan
awak. Sudikah awak menjadi peneman saya didunia dan bidadari saya di akhirat
nanti?” Haikal bertanya lancar pada Mia yang tercengang disebelah dia.
Mia terlopong.
Haikal bangun dari duduk. Dia berlutut
pulak dihadapan Mia.
“Mia, saya ikhlas nak peristerikan awak.
Saya janji! Saya akan setia hingga akhir hayat saya.” Ikhlas Haikal berkata.
Anak mata Mia mula bergenang.
Janji? ‘Si dia’ tu pun pernah berjanji.
Tapi …
“Awak, saya tak boleh” Mia berkata
perlahan. Lengan baju Haikal ditarik agar bangun dari berlutut dan duduk
disebelah dia.
“Kenapa?”
“Saya tak layak untuk awak”
“kenapa?”
“Saya janda. Saya pernah berkahwin” perit.
Tapi dia terpaksa berterus terang. Iya, dia dan Rayyan dah bercerai empat tahun
lepas. Dua bulan lepas bercerai, Rayyan berkahwin dengan kekasih hati, Lisa.
Itu sahaja yang dia tahu. Selebihnya dia melarang Mama dan Abah untuk terus
bercerita. Dia tak sanggup dan dia terus membawa diri kesini. Sabah. Ibu dan
Ayah Rayyan pula mengamuk habis bila tahun mereka bercerai dan kecewa bila
dapat tahu sebab Rayyan ceraikan dia.
Haikal tarik nafas panjang. “Saya tahu.”
“Saya terbaca dokumen penceraian awak
ketika awak mintak tolong saya ambilkan fail awak dulu. Saya mintak maaf”
“tak apa. Benda dah lepas.”
“Saya tak kisah awak pernah kahwin ke apa
ke. Saya tetap nak teruskan jugak niat untuk jadikan awak isteri saya. Saya
betul-betul maksudkan niat saya ni Mia. Bagi la peluang pada saya untuk
bahagiakan awak” Haikal pandang muka putih mulus Mia yang telah kemerahan
kerana menangis.
Mia… kalau awak halal pada saya, saya yang
akan lap air mata awak.
“Saya takut family awak tak boleh terima
saya. Mesti dia nak anak teruna diorang kahwin dengan gadis.” Mia menunduk. Dia
rasa rendah diri walaupun umur dia masih muda. Namun… entah lah. Berat nak
cakap.
“Family saya tak kisah. Mak saya lagi suka
saya kahwin dengan awak. Dia tak sabar nak jadikan awak menantu dia.”
“Hah!” cepatnya dia ni bertindak.
“Betul Mia. Saya dah bincang dulu dengan
family saya. Tinggal tunggu jawapan dari awak je.”
Mia terkedu.
Haikal angkat tangan seperti orang
bersumpah. “Mia, walau apa pun kisah hidup awak yang lepas dengan bekas suami
awak. Saya tak kisah. Malah, andai dia telah melukakan awak, saya sangup jadi
penawar pada luka awak. Saya sangup! Please, bagi saya satu saja peluang”
Mia menangis terharu. Cinta dia pada Rayyan
dah lama terkubur. Dia dah lama gali dan timbus cinta Rayyan siap bertandakan
batu nisan. Dia tak sangup untuk terus mencintai lelaki yang dah menjadi milik
orang lain walaupun lelaki itu bekas suami.
Haikal mengeluh. Mia hanya diam merenung
laut dari tadi. Adakah sebab Mia tak sudi? Dia mula rasa dah putus asa. Buat
apa lagi dia menanti andai diri Mia sendiri masih mencintai bekas suami.
Haikal bangun dari kerusi. Lambat-lambat
kaki melangkah meninggalkan tempat mereka berbual tadi.
Mia pelik. Ek? Nak kemana Haikal? Adakah
sudah berputus asa?
“Haikal!” laung Mia. Haikal menoleh.
“Takkan dah putus asa kot? Perjalanan baru
nak mula” Ujar Mia sambil pamer senyum manis kepada Haikal.
Haikal yang dah dapat tangkap kata-kata Mia
tersenyum gembira. Dia berlari kearah Mia lalu berlutut.
“Mia, bersaksikan alam ciptaan Allah ni,
saya berjanji dan InsyaAllah saya akan tunaikan selagi mampu. Saya akan terus
mencintai awak. Dan terus setia berada disamping awak sampai akhir hayat saya.”
Haikal berkata yakin. Matanya bergenang air mata kerana terlampau gembira
dengan jawapan Mia.
Mia pula, dah menangis terharu. “Haikal,
saya takut dengan janji sebab saya takut untuk dikecewakan sekali lagi. Tapi, saya
harap, awak mampu bersabar dan terus membantu saya untuk mencintai awak.”
Kalau lah mereka halal. Dah lama Haikal
tarik Mia dalam pelukan dia untuk memberhentikan tangisan Mia dan mengembirakan
Mia.
I love you, please say
You love me too, these three words
They could change our lives forever
And I promise you that we will always be together
Till the end of time
You love me too, these three words
They could change our lives forever
And I promise you that we will always be together
Till the end of time
*******
“ Sayang, auntie mintak maaf” kata Mia
sambil cuba membangunkan budak perempuan kecil yang jatuh terduduk kerana
terlangar kaki dia. Budak kecil perempuan, sangat comel. Dengan rambut tocang
dua, siap ada klip rambut Hello Kitty.
Budak kecil tu hanya mengangguk. Mata dia
melilau mencari orang yang dia kenali. Semua wajah-wajah yang dia tak kenal.
Dia mula rasa takut lalu menangis kuat.
“Sayang, jangan nangis. Auntie tak sengaja.
Nama siapa?” Kata Mia sambil membawa budak tu ketepi kerana tadi mereka
menghalang laluan orang ramai didalam shopping complex tersebut.
“Mia Liana”
“okey Mia, nama auntie pun Mia. Kita kawan
nak?” Mia menghulurkan tangan untuk berkawan. Mia Liana dah berhenti menangis
lalu salam tangan Mia.
“Mana papa Mia?”
Mia Liana hanya mengeleng. “Jom, auntie
tolong carikan papa Mia” badan Mia Liana didukung Mia. Mungkin Mia ni tiga
tahun lebih kot.
“Mia!”
Mia menoleh. Dia terkedu. Rayyan?. Rayyan
juga seolah-olah terkejut nampak dia.
“Papa.” Ucap Mia Liana membuatkan Mia makin
terkedu. Papa?
Perlahan-lahan Mia Liana diturunkan dari
dukungan. Berlari sikecil kepada Rayyan lalu memeluk kaki Rayyan. Rayyan
mengangkat sikecil lalu cium kepala Mia Liana bertalu-talu.
Mia sayu. Segera dia berpusing untuk pergi
dari sini. Namun, langkah kaki dia terhenti bila ada tangan yang memegang
lengan dia.
“Mia, lama tak jumpa” ucap Rayyan. Mia
pamer senyum manis tapi nampak sangat janggal.
“Tak sangka Mia Liana anak awak” balas Mia
bersahaja. Kawal diri Mia! Jangan kecut sangat.
Rayyan hanya tersenyum kelat. Awak? Mana
panggilan abang selama ni? Dah 4 tahun dah Rayyan. Mungkin Mia dah ada orang
lain.
“Mana Lisa?” tanya Mia lagi. Sekadar
berbasa-basi.
Air muka Rayyan berubah mendung.
“Dia dah tinggalkan abang” jawab Rayyan
lemah. Mia terkejut.
“Mia tak faham”
“Dia kahwin dengan abang semata nak hidup
senang dan selesaikan hutang dia dekat along. Lepas setahun kitorang kahwin,
dan lepas dia melahirkan Mia dia terus tinggalkan abang dan Mia.” Cerita Rayyan
lagi. Mia Liana hanya diam berada dipangku Rayyan sambil kepala terlentok
didada Rayyan.
Rayyan masih segak macam dulu, walaupun nampak
lesu. Mungkin penat menguruskan Mia Liana seorang diri. Padahal selama ni,
dirumah Rayyan umpama budak kecil yang tahu membuat sepah rumah dan tidak tahu
memasak. Bagaimanakah hidup lelaki itu bila Lisa dah tinggalkan dia?
“Mia mintak maaf. Mia tak tahu” Mia serba
salah. Kesian Rayyan.
“Okeylah, Mia dah lambat ni. Mia pergi
dulu” terus Mia meminta diri apabila teringat akan Haikal yang dah lama tunggu
dia di food court. Dia sebenarnya nak pergi beli novel di MPH tetapi terlanggar
pula dengan Mia Liana.
“Mia”
Mia menoleh kembali kepada Rayyan. Kening
diangkat tanda bertanya.
“Boleh tak kita kembali macam dulu?”
Mia tergamam. Kembali macam dulu? Mustahil!
“Sayang!”
Mia menoleh pula kebelakang bila dia
terdengar suara yang dikenali. Haikal!
Haikal meluru kearah Mia lalu menarik dalam
pelukan. Orang sekeliling yang memandang tidak dihiraukan. Risau dia bila nak
dekat setengah jam menunggu Mia masih tak muncul. Bila dicari di MPH batang
hidung Mia pun dia tak nampak.
“Haikal, orang pandang” bisik Mia yang
masih tengelam dalam pelukan Haikal.
Haikal melepaskan Mia. Dia tersengih sambil
garu belakang kepala. “sorry, saya risaukan awak. Mana awak pergi? Ni sape?”
tanya Haikal sambil memandang Rayyan dan Mia silih berganti.
“Karl, ni Rayyan. Rayyan, ni Haikal. Suami
saya”
Rayyan tersenyum paksa sambil menyambut
huluran tangan Haikal. “Bila korang kahwin? Tak ajak pun”
“3 bulan lepas. Saya ada pos kad kahwin
kami kat rumah ibu dan ayah” terang Mia. Haikal yang disebelah hanya tenang
berdiri, tangan dia dipinggang Mia dipeluk erat. Cemburu bila tengok Rayyan
seperti ada hati pada isteri dia.
“Kami balik dulu. Bye Mia! Auntie and uncle
balik dulu tau” pipi gebu milik Mia Liana dipegang sekejap lalu dia dan Haikal
meninggalkan Rayyan dan Mia Liana disana.
*****
“Sayang, kenapa muncung jer ni?” soal Mia
bila dia tengok Haikal dari petang tadi sampai ke malam tak bercakap dengan
dia. Selalunya Haikal banyak mulut.
“Saya cemburu” jawab Haikal sambil
memalingkan muka dari memandang wajah Mia.
Mia tersenyum kecil. Kelakar bila tengok
Haikal cemburu dan merajuk. Comel sangat!
Kepala Haikal yang berada diriba dia diusap
lembut. Tanda kasih sayang yang hangat mengalir.
“Comel la awak ni kalau merajuk. Geram
saya.” Pipi Haikal ditarik Mia. Haikal mengaduh sakit.
“Awak sayang dia lagi?” soal Haikal serba
salah. Mia hanya tersenyum. Tak marah pun. Dan tak terasa pun dengan soalan
Haikal. Dia sedar dia tak pernah pun mengaku dia sayang Haikal.
“Sayang.” Jawab Mia selamba. Haikal tarik
muncung panjang. Langsung angkat kepala dari riba Mia lalu pergi kedalam bilik.
Mia terkekek gelak diruang tamu. Merajuk ek? Mia offkan TV dan kunci pintu rumah, lalu dia
melangkah kedalam bilik.
“Alololo, comel betul la awak ni muncung.
Rasa macam nak cium jer”
Cup!
Satu ciuman hingap dibibir Haikal. Haikal
tahan diri dari tersenyum.
“Awak, jangan la merajuk lagi. Saya sayang
dia macam kawan jer la.”
“Saya?” Soal Haikal polos.
“Sayang jugak. Dah la jangan merajuk. Dah
boleh jadi daddy pun macam budak-budak lagi.”
“Sayang je?”
“Okey, tutup mata dulu”
Haikal angkat kening pelik. Apa Mia nak
buat ni? Tapi dia ikut jugak tutup mata.
“Tara! Bukak mata”
Mia menghulurkan sekeping gambar. Haikal
menelek. Ape ni? Eh… ni bukan ke gambar…
“Seriously Mia!?” jerit Haikal gembira.
Muka Mia yang dah tersengih-sengih dipandang. Mia mengangguk-anguk.
“Berapa bulan?” teruja Haikal bertanya.
“Two months”
“Yahooo! I’m become a daddy!!” Haikal dah
melompat atas katil.
“Haikal, awak ni! Roboh katil tahu!” marah
Mia sambil cengil mata dekat Haikal. Haikal terus peluk Mia dan cium pipi serta
dahi Mia. “Thanks”
“Saya sayang awak… saya cinta awak. Jadi
saya bagilah hadiah ni. So mana hadiah saya?” soal Mia sambil tadah tangan.
Haikal masih lagi tersenyum.
Tangan Mia ditarik lalu dicium
dipergelangan tangan lalu merayap kebahu dan leher.
Alaaa!!! Dah mula dah gatal dia.
“Karl, saya nak hadiah la!” muka Haikal
ditahan dengan tapak tangan bila Haikal dah mula merayap cium kat muka dia.
“Tengah bagi la ni” balas Haikal selamba. Terus
pipi Mia dicium bertalu-talu.
Haila! Sabar jer la aku. “Nasib baik saya
sayang awak tahu tak Haikal” kata Mia sambil tahan geram.
“Saya tahu”
Langit Mia biru dan tenang dengan adanya
Haikal.
Cintaku tak
pernah memandang siapa kamu
Tak pernah menginginkan kamu lebih
Dari apa adanya dirimu selalu
Cintaku terasa sempurna karena hatimu
Selalu menerima kekuranganku
Sungguh indah cintaku
Tak pernah menginginkan kamu lebih
Dari apa adanya dirimu selalu
Cintaku terasa sempurna karena hatimu
Selalu menerima kekuranganku
Sungguh indah cintaku
_TAMAT_
8 comments:
huhu.. part yg minx cerai tu mmg sedih.. mengalir air mate, beb! cite ni mmg best ot~
kalau dia balik kepada rayyan lagi best..
haikal always de bez....
Like seriously? Rayyan tu buta menilai cinta mia. Dy tamak, nk lisa nak mia. It'll be dumb of mia klu dy balik pd rayyan. Well, at least that was my tought.
sye pun mmg suka sngat kat haikal... kekekeke
Saya suke ending die best..
lagi2 part haikal cemburu tu..
mujur la mia dah kahein ngan haikal ni.. sebab kalau mia balik ngan rayyan tu kesian la. tak sume orang boleh bagi kesempatan kedua. lagi2 rayyan tu macam senang je nak lafaz cerai..
Ingat last last mia ngan rayyan hehe.. Tapi okay jugak mia dengan haikal sbb haikal boleh buat mia happy berbanding dengan rayyan yang senang2 nak kahwin dengan perempuann lain tanpa memikirkan perasaan miaa. .
Yang cakap best tu pun buta hati
Post a Comment