“Awak,
matric card” kad yang mempunyai gambar milik gadis dihadapannya dihulurkan.
“Terima
kasih, mana aaa…wwak jumpa?”
Sayang,
muka cun and ayu tapi gagap pulak.
“Dekat
library tadi. Awakkan beratur untuk pinjam buku depan saya. lepas tu awak
tertinggal matric kad ni kat kaunter. Saya cakap kat librarian tu yang saya
tolong pulangkan kat awak.”
“Oh,
a’ah. Terlupa nak ambik. Terima kasih sangat!” gadis ayu itu tersenyum manis.
Eh? Tak
gagap pulak.
“No
prob, small matter.”
**************************
Belakang
leher diurut perlahan. Cermin mata ditanggalkan. Muka diraup berkali-kali.
Penat sungguh hari ni. Berkejar sana, berkejar sini. Bertambah penat bila lecturer
tukar venue class! Satu kerja pulak nak pergi kat tempat lain dengan buku yang
macam apa entah beratnya.
“Arghhhh!!!”
“Woi!,
kau apahal seehhh. Tetiba menjerit kalah orang ada penyakit schizophrenia!” Jai
sound An.
Mau aku
tak sound! Elok tengah syok-syok layan fear factor kat laptop tetibe minah
sebelah katil aku ni a.k.a roommate aku meroyan ke hape menjerit tengah malam
buta. Terkujat aku dibuatnya.
Senget
punya orang Jai ni. Sama kan aku dengan orang gila?
“Aku
penat la and paling penting tengah stress. Lagi-lagi dah sampai due date untuk
hantar assignment.” Tangannya beralih pulak mengurut pangkal hidung dan
sesekali mengurut mata.
“Kok ye
pun stress jangan la menjerit kak oii. Menganggu orang lain nanti. Hah! Kau nak
hilangkan stress tak?”
“Nak
la!” Laju An mengangguk. Mana ada orang nak simpan stress ni lama-lama. Mesti
la nak hilangkan.
“Jom
siap” Jai dah turun dari katil. laptop dihibernatekan.
“Nak gi
mana malam-malam ni?”
“Ikut je
la cepat!”
**********************
Jai
memberhentikan Kereta swift putih milik An betul-betul dihadapan tasik yang
berada berdekatan dengan kolej. Tasik ni tak ramai orang datang pada waktu
malam. selalunya ramai apabila waktu pagi dan petang sebab orang bersukan.
Waktu malam orang datang bila nak dating jer. Tak pun nak tenangkan fikiran
macam si An ni.
“Weh
Jai, nak buat apa kat sini?” An garu kepala yang tak gatal. Matanya memandang
Jai yang dah duduk bersila diatas rumput disebelahnya.
“Meh
duduk.” Tangan An ditarik suruh duduk.
“Aku
bawak kau datang sini nak bagi hilang stress la.”
“Hilang
stress mendenya kalau duduk jer” An tak puas hati. Baik aku pergi duduk kat
kolej siapkan assignment yang lecturer bagi. Kalau dah siap baru ya aku punya
stress hilang. Menyesal aku ikut si Jai ni.
“Cik
Anis, boleh tak dengar dulu penjelasan saya!” dah keluar dah suara geram Jai.
“Ya, Cik
Zaini saya dengar” An dekatkan telinga
dia yang berbalut tudung ni rapat ke muka Jai. Saja menyakat.
Jai
tolak kepala An. “Main-main la kau ni”
“An, Kau
tahu kat sini kau boleh jerit apa. Kau kan suka menjerit kalah tarzan” Jai
senggih pandang An. An mencerunkan mata pandang Jai. Kira macam marah ar. Tapi An
sebenarnya biasa jer dengar Jai cakap An ni kalah tarzan la, kalah king kong
la, kalah singa la kalau stress.
“Tengok
kat sini tak ada pun orang yang hiraukan kita. Yang kenal kita pun tak ada! So,
senang ar nak loud out kan kau punya stress tu” Jai tepuk-tepuk belakang An
sambil mata An pulak pandang orang sekeliling. A’ah tak ada pun orang yang
hiraukan kitorang. Masing-masing pulak tu duduk jauh dari tempat kitorang
duduk.
“Kau
buat la apa pun kau nak buat. Aku tak marah” Jai bangun dari duduk.
“eh? Kau
nak pergi mana?.” An pun ikut bangun.
“Aku nak
pergi kat kedai sana tu ha. Nak beli air. Kang kau haus pulak jerit kuat-kuat
kang” mata An pandang kedai serbaguna yang ditunjuk oleh Jai.
Tenangnya
fikiran dapat tengok tasik, pokok-pokok hijau, hirup udara segar. An melebarkan
tanggannya. Matanya dipejamkan. Tarik nafas. Hembus nafas. Inhale. Exhale.
Selipar
dikaki ditanggalkan diletakkan ditepi. Saja nak rasa kesejukan rumput-rumput
dek kerana embun malam. An berdiri betul-betul ditepi tasik. Kakinya dicecahkan
di kaki air tasik. Sejuk.
Mata
ditutup lagi sekali. Acara inhale exhale bermula sekali lagi.
Okey!
Tarik nafas dalam An.
Tahan!
Satu…
Dua…
Tiga…
“Arghhhhhhhhhh”
suara An nyaring kedengaran. Tapi sekejap je. Sebab terganggu bila ada tangan
yang menyambar kasar badan dia, dan tidak semena-mena menyebabkan dia dan
terjatuh kat atas rumput tepi tasik.
An pejam
mata. Tak sanggup nak tengok keadaan sebenar a.k.a reality. Kenapa pulak ni?
“Cik!
Kalau nak bunuh diri pun jangan la kat tasik ni. Air dia tak dalam pun! Tu hah!
Kalau nak mati pergi terjun bangunan kuliah engine tu!” suara tu kendengaran
agak garau di telinga An. Dah lah garau kuat pulak tu. Kuliah engine bangunan
paling tinggi kat kolej ni.
Eh
kejap? Dia kata apa? Aku nak bunuh diri? Gila apa. Dia ingat aku tak ada agama,
keluarga dan negara ke? Eh negara pun ada sekali.
Mata An
cepat-cepat dibuka. Matanya bertembung dengan mata bundar yang tajam merenung
dia.
An
segera bangun untuk berdiri.
“Kau
sapa?” An tanya pada mamat yang kononnya nak selamatkan dia dari untuk bunuh
diri.
“Aku
mirul. Nama kau sapa? Kau nak bunuh diri ke? Kau tahu tak tasik ni cetek jer.
Asal la cetek sangat pemikiran kau ni! Eh jap! Aku rasa aku macam pernah nampak
kau?” tu dia… bertubi-tubi mamat ni tanya and tak berhenti cakapnya.
“Kau
ingat aku gila ke nak bunuh diri!” suara An meninggi. Mana la Jai ni pergi.
“Eh
bukan ke?” Mirul garu belakang kepala. Malu pulak dah salah sangka.
“ya la
bukan. Penat aku belajar tinggi-tinggi, takkan la aku nak mati cara orang bodoh
yang sah-sah aku tahu bunuh diri tu masuk neraka. Lagipun untuk pengetahuan
Encik, aku ni ada family lagi yang sayang aku!” An memerli.
Muka
Mirul berubah kelat. Mungkin serba salah cakap An macam tu.
“Saya
mintak maaf. Saya ingat kan awak nak bunuh diri, ye la dari tadi saya
perhatikan awak. Tengok gaya macam nak terjun tasik jer.”
Awak-saya
pulak dah. Aku lemah betul la kalau berawak-saya dengan lelaki ni.
“Aku ni
pandai berenang la, kalau setakat terjun tasik tak ada aku mati de. Kau
sendirikan yang cakap tasik ni cetek!” An masih marah. Geram pada lelaki
dihadapan yang secara melulu menuduhnya yang bukan-bukan siap marah-marah lagi.
Walaupun niat lelaki tu baik.
“An
kenapa ni?” Akhirnya Jai datang dengan menjinjit dua plastic barang. Banyaknya
beli. Ingat nak berkelah ke apa ni.
“An
kenapa ni? Siapa dia?” Jai tanya lagi bila An diam jer. An pandang Mirul
dihadapan matanya bertembung lagi dengan mata bundar itu. Akhirnya dia menunduk
saja.
“Saya
Amirul. Saya cuba selamatkan Cik ni tadi” Mirul pun dengan baik hati jelaskan
perkara sebenar pada Jai.
Kitorang
sekarang siap duduk bersila sambil berborak. Jai punya pasal la ni. Boleh pulak
ajak mamat tu duduk dulu. Siap ajak minum air yang dia beli tadi and makan
keropok dan roti sementara Mirul jelaskan hal sebenar. An still diam jer. Malas
nak cakap banyak.
“La tu
ke citer nya” Jai dah tergelak bagai orang gila.
“Kelakar
la” Jai gelak lagi. Mirul tayang senggih. Tanda malu. An tayang muka tak ada
perasaan.
“Awak,
An datang sini nak hilang stress la bukan nak bunuh diri walaupun gaya stress
dia tu boleh membunuh.” Jai cerita lagi.
“Saya
mana tahu. Ooo.. nama awak sapa?”
“Nurul
Zaini. Panggil jer Nurul.” Jai perkenal diri.
“Awak?”
Mirul tanya kat An pulak.
“Anis.
Panggil An”
Keropok
dah tinggal sikit. aku kunyah sampai habis. Air Nescafe dihirup rakus.
“Anis?
Ooo.. kita ada jumpa kan kat library minggu lepas?” Mirul tanya An
An blur.
Jai lagi blur. Mirul gelak.
“Saya la
mamat yang tolong pulangkan awak punya matric card” Mirul cuba ingatkan balik
ingatan An yang samar-samar.
“Oh, Kau
ke?”
“eh ape
ni?” Jai still tak faham.
“saya
ada….” Mirul jelas kan pulak cerita kat library seminggu lepas kat Jai. An
anguk-anguk kepala jer. Macam burung belatuk mengiakan cerita Mirul.
“Tak
sangka dapat jumpa awak lagi. Saya ingat awak gagap”
Hah?
Gagap? Dia kata aku.
Jai kat
sebelah An dah tergelak terbahak-bahak. Sampai berair mata dia.
“Asal
pulak kau kata aku gagap?” An naik angin balik.
“haah…
macam mana An jadi gagap pulak ni” Jai pun tertanya-tanya.
“haritu
An ni cakap gaya macam tergagap jer… terima kasih, mana Aaw.. wak jumpa?” makin
menyirap An di buatnya sebab Mirul siap tiru gaya dia gagap lagi. Jai bantai
gelak lagi sekali.
“Memang
la dia ni gagap, sebab awak guna saya awak kan dengan An?” Jai tanya.
“A’ah”
“Dia ni
alah sikit dengan kata ganti nama saya-awak, kita la, apa la.”
“Ooo
patut la… awak ni nampak je ayu tapi ganas jugakkan”
“Dia ni
brutal la”
“saya budak engine. Awak berdua?” Mirul
ni banyak cakap betul la!
“Saya
budak dentistry. An pulak budak medic”
Tak lama
lepas tu An ajak balik. Dia dah malas nak dengar cerita yang semuanya
berkisarkan tentang diri dia. Mamat tu berminat sungguh nak tahu tentang diri
dia. Jai pulak dengan senang hati cerita itu ini.
***************
An
menghempas beg sandangnya dia atas katil. Buku-buku tebal yang rasanya melebihi
lima kilo itu diletakkan diatas katil. termasuklah sejambak bunga ros putih
juga diletakkan disitu.
An
mengeluh.
Bunga
lagi? Mamat ni ingat aku suka sangat ke bunga? Eiii tak main la jiwang-jiwang
kot kalau minat kat aku belikanlah aku Snikers ke? Mars ke? Daim ke? Syok
sikit. sebab aku gila coklat!!!
An
tersedar dari lamunan apabila pintu bilik dikuak dari luar. Jai melangkah
masuk. Muka dia pun sama jer tayang penat.
“Shakir
bagi lagi bunga?”
An
menganguk.
“Minat
sangat dia dengan kau. Kau terima tak dia?” Jai tarik kerusi duduk disebelah
An.
“Aku…
aku geli ar jiwang-jiwang macam dia ni” An jawab jujur.
Sememangnya
dia memang tak minat benda-benda macam ni. Tolong la paham!!!
“Nak
buat macam mana, aku dah tolong cakapkan dah kat dia, but he still buat bodoh
jer.” Jai simpati.
Dia faham sangat dengan perangai An yang memang Anti-cintan
cintun ni.
Kesian
An stress study plus stress mamat jiwang tu.
Mana la
si An ni tak stress, setiap hari Shakir telefon dia. Entah mana dapat no An pun
tak tahu la. And paling malang bila setiap hari Shakir datang jumpa dia confess
kata dah jatuh cinta? What the hell he is. Mamat tu satu course dengan Jai. Dia
kata dia suka An sejak pertama kali pandang. First sight love ke?
“Thanks
Jai tolong aku. Tak pe la, mungkin dia jadi macam tu sebab aku tak bagi kata
putus kot”
Jai
angkat bahu. Maybe.
*********
“Aku
minta maaf, aku tak boleh terima kau!” tolong la jangan paksa aku lagi wahai En
Shakir oiii. Tak faham bahasa betul, dah beribu riban kali aku cakap.
Shakir
dah panik. An tolak dia? Selama ni dia usha An, An diam jer. Akhirnya An
bersuara tapi bersuara untuk menolak dia.
“Kenapa?”
soalan blur dari Shakir.
‘Sebab
aku tak suka kau la tu pun tak tahu ke?’ terkeluar dalam hati jer. Sebab tak
sampai hati An nak jelaskan perkara sebenar.
“ Sebab
aku… aku…dah berpunya!” Adus! Terlepas cakap. Idea gila ni An. Mati kalau dia
tanya siapa.
“Siapa?”
hah! Kan dah tanya. Apa aku nak tibai ni. Aku bukan ada kawan lelaki pun nak
mintak tolong. Adoiii aiii.
“Dia!”
An pantas menyambar lengan baju lelaki berkaca mata yang kebetulan lalu
disebelahnya.
An
terkejut. Lelaki berkaca mata pun terkejut. Shakir diam terkedu.
Amirul?
Ek. Dengan pantas tangan dia melepaskan lengan baju Amirul.
“Saya
kenapa?” Mirul pelik. An tarik dia?
“Dia…
dia… dia tunang aku” An malu. Muka Amirul disebelah tak sanggup nak pandang.
Matanya menunduk saja memandang lantai.
“Betul
ke awak tunang Anis?” Shakir meminta kepastian.
Tolong
aku Amirul. Tolong! Please kata ya!.
“Ya”
Terus
aku pandang muka Amirul. Muka dia tak beriak. Shakir pulak dah terdiam. Malu
mungkin sebab selama ni kacau tunang orang. Setahu Shakir An masih single.
Sebab dia dah siasat dulu perkara ni.
“Saya
mintak maaf Anis, saya ingat awak masih single.”
“Tak pe,
aku tak kisah pun” Tak kisah kau kata. Dah banyak dosa kau menyumpah dia selama
ni.
“Saya
takkan ganggu awak berdua lagi. And awak, saya mintak maaf kacau tunang awak.”
Shakir
memohon maaf pada Amirul.
Amirul
hanya mengangguk.
Pandai
betul dia berlakon. Wakakaka. An gelak dalam hati.
Shakir
menapak pergi. An pulak datang penyakit seram sejuk bila dah tinggal berdua
dengan Amirul.
“Awak
ada nak jelaskan apa-apa ke?” Amirul memecahkan kesunyian.
“Tak
ada, just nak cakap thanks sebab tolong tadi.” An garu kepala yang tak gatal.
“saya
suka. Kalau jadi tunang betul-betul pun okey.” An pandang Amirul. Amirul tayang
sengih.
“Lama
tak nampak kat library?” Amirul bertanya lagi apabila An hanya berdiam diri.
“Study
kat tepi tasik”
“Nak
hilang stress?”
“A’ah,
senang nak jerit kalau stress sangat. Hahaha” An tergelak kecil. Terpamer
lesung pipit dikedua belah pipinya.
Dia
memang cantik. Desis hati Amirul.
“ Nak
tak tunang dengan saya?”
“Huh?”
merah muka An dibuatnya.
“Saya serius. Saya
dah lama suka kat awak, sejak pertama kali kita jumpa lagi.”
Amirul
pulak dah. Tadi Shakir. Adoi ai. Dah macam keluar mulut harimau masuk mulut
buaya dah gamaknya.
“Err…
bagi masa boleh? Lepas final exam?” An perlukan masa. Sebab utama dia tidak
suka bercinta atau seumpamanya ialah kerana masih belajar.
Dia dah
tak guna kata ganti nama la! Malu la tu nak guna saya awak. Amirul sengih.
“Kenapa
dengan Shakir tadi awak tak cakap kena tunggu. Tapi dengan saya awak suruh
tunggu sampai lepas final?”
“mungkin
kita kongsi perasaan yang sama. Okey, bye. Assalamualaikum.” An terus melangkah
pergi lepas cakap ayat tadi. Malu nyer aku!
Amirul
terkelu. Tak sangka An pun sama macam dia.
“Awak!
Kejap. Sejak bila!?” Amirul menguatkan suara agar An yang dah jauh kedepan
dengar.
“Secret!”
An pun
terjatuh hati pada Amirul ketika peristiwa matric card tu. Tapi dia cuba
sisihkan. Sebab dia tahu mungkin lepas ni dah tak jumpa Amirul lagi. Tapi tak
sangka pula mereka bertemu semula.
Tamat
5 comments:
sweet lah...tak sambung ke...by the way good job cik writer ^^
best!if buat pnjang lagi mesti lagi best
best r cite ne.. suuuweeet!
best tp cam trgngtung
suka ! >_<
Post a Comment