"wahh!!
Handsomenya kau ni... badan tough siap ada six pack... omaigodd!!!”
Muka aku dah start teruja terlebih dah... aku
scroll lagi laman instagram mamat ni. Dah la encem plus tough pulak tu, nasib
baik dah kahwin kalau takkk... auuummm!! Aku ngap macam lempeng!
Ops! Terlebih sudahhh.
Hai! Nama aku Nadjaa. Noor Nadjaa binti
Nadzmi. Orang panggil aku Nad. Meh sini aku nak cerita sikit kenapa aku excited
terlebih macam yang korang baca kat atas tu.. hehehe...
Aku sebenarnya memang minat betul mamat-mamat
yang badan ketul-ketul ni. But, wait! Bukan badan ketul macam ahli bina badan
tu yer.. melampau sangat tu ketul dia... aku minat mamat badan macam artis
korea. Ekekeke... badan kat luar nampak biasa jer.. sekali kau! Selak baju,
nampak six pack woii! Drooling gitu.
Buat masa sekarang ni ada la dua tiga mamat
yang aku admire dia, contohnya macam Hideo Muraoka. Dia ni seorang model. Tapi
kau! Badan dia... MasyaAllah! Seksi habissss.
Second, aku ada la jugak minat sorang mamat
Malaysia ni.... tapi tak ingat nama dia. Kekekeke... dia ada pusat gym sendiri
tapi sayang... dah kahwin! Kalau tak.. memang rajin ler aku pergi gym dia nak
mengorat dia. Lepas dua bulan gerenti aku pulak yang ada six pack. Hahaha
Okay.. ini adalah permulaan kisah aku nak
mencari lelaki idaman aku. Sebab apa? Sebab umur aku sebenarnya dah nak masuk
tiga series tapi satu calon pun tak ada! Ape daaaa...
Adoii tengah-tengah aku sibuk menaip ni la aku
dengar bunyi kucing bergaduh.. seram dowhhhh.. ok laa bye! Nak tido... takutttt
++++++
Hai! Korang dah dengarkan kisah minah andartu
tadi... so mari tengok kisah aku pulak.
Nama
aku Ahmad Yunus bin Ahmad Yusuf
Umur aku 31 tahun
kerja sebagai Aircraft engineer. Ala yang tukang ketuk-ketuk repair-repair
kapal terbang tu. Haaa...
boleh kira macam tu la kerja aku.
Sebenarnya, aku tak nak masuk pun dalam cerita
minah ni. Tapi disebabkan aku sebenarnya nanti bakal jadi Hero dalam hidup
minah andartu tu. So, nak tak nak terpaksala aku menyemak. *gosok-gosok hidung
sambil buat muka poyo*
+++++++
“Hah! Buat apa tu?!”
“Opocot mak kau!!!”
Cis! Kurang asam jawa punya kawan. Dah tahu
aku ni jenis lemah semangat lagi mahu sergah-sergah aku!.
Aku pandang si wani ni kecik besar kecik besar
jer. Amboi! Gelak sampai mengalir-galir air mata.
“dah puas dah gelak?” tanya aku dengan nada
sarkastik.
Wani terangguk-angguk sambil ketawa. Adoii
lawak sungguh dia tengok muka si Nad tadi. Terbeliak mata macam ikan mas dah.
“Apasal termenung ni?” tanya Wani lepas ketawa
dia reda. Wani ni kawan satu rumah dengan aku.
Dia pun sepesen jer dengan aku
ni bujang terlajak laris. Cuma dia lebih laris sikit la dari aku sebab dia dah
bertunang. Tinggal nak kahwin lagi 5 bulan.
Aku toleh pandang muka Wani sekilas sebelum
ambil kwangsoo aku lepastu peluk ketat-ketat.
Kwangsoo ni bantal bentuk
zirafah. Disebabkan aku minat sangat kat kwangsoo jadi bantal busuk aku tu aku
bagi la nama Kwangsoo.
“Hurmmm... macam biasa la” lemah suara aku
menjawab.
Kening Wani dah terangkat tinggi macam Ziana
Zain.
“Mesti sebab Mak kau suruh bagi dia menantukan?
Hehehe” Wani gelak-gelak lagi. Hish! Aku tengah stress ni lagi boleh gelak
pulak dia.
Aku jeling dia tajam. Wani terdiam sambil
telan liur. Amboii mata! Jelingan manja sangat!
“Alaaa... senang-senang kau suruh jer la mak
kau carikan calon. Apa susah!”
Aku garu kepala kuat-kuat padahal tak gatal
pun. Lepastu aku mengeluh kuat lagi.
“Kau ni! Macam tak tahu aku macam mana. Bukan
masalah calon tahu tak! Kalau aku nak ada dah lama kawan kau ni kahwin tahu
tak!.” Jelas aku sambil mendengus kuat.
“Okay! Aku tahu. Tapi sampai bila?” tanya Wani
sambil dia peluk bahu aku erat. Aku pandang dia. Sambil angkat bahu. Kalau aku
cakap aku tak nak kahwin sampai bila-bila boleh tak???
+++++
“Abang! Nak kemana tu?”
Alamak! Mama! Mati aku kalau macam ni. Perlahan-lahan
aku toleh belakang.
Mama tengah duk bersandar dekat jenang pintu
dapur. Aku tayang sengih sambil melangkah kearah mama sebab nak salam sebelum
keluar. Ambil berkat! Hehehe
“Errr.. ma.. Abang nak keluar jap jumpa
kawan.” Jawab aku sambil hulur tangan nak salam mama.
Mama pandang curiga kat aku. Adoii...
Nak tak nak jer mama hulur tangan sambil buat
mata macam tak percaya cakap aku.
“yer ke jumpa kawan? Keee... kamu nak jumpa
mana-mana pramugari buat dating?”
Erk? Heee... kantoi sudah.
“haa... err... “ nak cakap ape ni? Tak baik
menipu mama. Mahu ke neraka aku nanti.
Aku ni walaupun selalu gak keluar berdua
dengan awek-awek tapi aku ni baik tau! Hehehhe... puji diri sendiri
pulak.*tayang muka innocent sambil garu-garu kepala*
“Mama tak kisah kalau abang nak keluar jumpa
perempuan. Tapi ingat pesan mama! Jangan berdua saja orang ketiga nanti ada!.
Jangan buat perkara-perkara yang boleh mendatangkan fitnah orang. Berdosa tahu!
Sentiasa ingat Allah dengan keluarga yaaa..” panjang lebar mama ceramah kat
aku.
Aku hanya angguk-angguk kepala. Dah biasa
dengar.
Selama aku hidup ni memang aku nakal. Biasa la
lelaki. Tapi aku masih tahu batas lagi. Solat pun Alhamdulillah cukup lagi just
selalu terbabas waktu jer. Kekekeke.
“Okay ma! Abang sentiasa ingat nasihat mama.
Bye ma! Iloveu sweetheart!” lepas jer cakap macam tu aku terus berlari keluar
dari rumah. Hehehe. Sebab tahu sangat nanti mama sambung dari ceramah jadi
forum pulak.
Puan Zainab dah tergeleng-geleng kepala tengok
perangai anak teruna dia yang sorang ni. Umur dah lanjut perangai nakal dia tak
hilang-hilang lagi. Disuruh kahwin mesti mengelak aje kerja si Yunus tu.
Tepat jam 9.45 malam aku sampai dekat Ali
bistro. Hehehe memang kat sini la tempat lepak aku dengan kawan-kawan. Alaa
setakat borak-borak kosong sambil minum kopi jer pun. Tak ada makna aku nak
pergi lepak dekat kelab-kelab malam. Haram! Berdosa tau…heee.. amacam baik tak
aku??? ^__^!
Hah! Lagi satu… kat Ali bistro ni jugak la
tempat aku dating. Hahaha… siapa-siapa yang jadi awek aku tu memang tak boleh
demand nak pergi kelab kee… restoren mewah ke.. nehi!tiada! no! tak payah nak
gedik sangat ajak aku pergi sana. Tempat mahal-mahal ekslusif untuk siapa awek
bertuah yang lepas saringan jadi bini aku jer. Hahaha
“Woii Yun! Lambat la kau! Orang dah start bola
dah ni” jerit geng-geng aku. Hish! Tak menyempat.
Aku cepat-cepat order teh tarik dengan mee
goreng mamak. Lepas tu tarik kerusi sebelah kawan baik aku Laila. Haaa… Laila
ni pramugari tau. Kawan aku sejak kecik lagi. Tapi dia ni not typical perempuan
ar.. walaupun dia ni pramugari tapi ganas yang amat. Tu la geng-geng dia semua
lelaki.
“Apasal lambat?” tanya Laila sambil hirup
neslo ais kegemaran dia.
Aku tayang sengih. “Jalan jam” saja aku bagi
alasan macam tu. Padahal tak jam pun. Aku solat isyak dulu woiii.. tu lambat.
Tapi aku malas nak cakap. Kekekee.. karang orang kata aku riak pulak.
Haha…
macam dah riak jer ek? Cepat-cepat aku istighfar dalam hati.
+++++
Hujung minggu ni aku balik kampong. Saja nak tengok
mak aku. Sebab dia dah bising-bising marah aku ni tak ingat nak balik ke asyik
kerja jer.
"Angah, mak gaduh dengan abah lagi. Takut aku
tengok." aku bersuara perlahan supaya mak dengan abah dekat luar tak
dengar suara aku tengah telefon adik aku.
biasa la rumah papan, cakap perlahan pun kadang-kadang
orang boleh dengar apatah lagi kalau suara kuat mahu selang dua rumah dengar.
"Gaduh pasal apa pulak kali ni?" Adik aku,
Ida tanya gaya malas dah nak ambil tahu.
"Kali ni? nampak sangat mak dengan abah memang
selalu gaduh. hahaha"
"Memang selalu pun"
Mak dengan abah memang selalu gaduh. paling tidak
seminggu mesti sekali atau dua minggu sekali. semuanya sebab duit. Abah umur
baru 53 tahun tapi dia dah pencen, sebabnya? sebab dia nak dapat duit pencen tu
untuk bayar hutang dia dekat along. ni bukan along anak sulung tau! ni along
ceti!
Abah dengan mak memang banyak hutang. Dulu hidup
kitorang mewah jer. Duduk rumah banglo, makan sedap-sedap, duit sekolah boleh
dikatakan banyak sampai kitorang boleh belanja kawan lagi. tapi semua tu musnah
bila kawan Abah ajak abah melabur. ala yang macam skim cepat kaya tu, tapi nama
apa tah aku tak tahu. alih-alih duit abah burn macam tu jer. kena tipu!
itu baru sikit, lepas tu, abah aku ni pulak jenis
kesian kawan. kawan mintak pinjam duit dia bagi jer, pun kena tipu jugak. haila
nasib! sejak tu... abah dah tak mampu nak duduk rumah tu lagi, jadi kitorang
pindah duduk rumah papan yang kayu dia dah tinggal tunggu masa nak roboh sebab
kena makan anai-anai, lepastu makanan kitorang kena catu, ada hari-hari
tertentu jer dapat makan sedap tu pun setahun sekali, hari-hari lain semua ikan
masin, telur , meggi. tapi paling sadis hidup, satu hari kitorang kat rumah
makan cekodok bawang jer sebab beras, lauk dan sebagainya tak ada. Duit belanja
sekolah? jangan cakap laaa sehari seringgit yang semestinya zaman sekarang nak
beli air kat kantin pun tak lepas.
Duit boleh bahagiakan kami, dan duit boleh buat kami
sedih. Bila mak dengan abah duk gaduh, kitorang adik beradik akan duduk diam
tapi sebenarnya kitorang tertekan sangat. bila pergi sekolah tengok kawan-kawan
dapat makan sedap, kitorang terfikir beruntung diorang tak ada masalah macam
kita.
"Mak marah abah sebab abah tak peduli pun barang
dapur dah dekat seminggu tak ada. Dia tahu balik nak makan jer. mak pun membebel
sebab rezeki tak berkat bagai" terang aku dekat adik aku.
Itu lah benda yang terjadi kat keluarga aku. Tapi
sekarang keadaan kat rumah tu dah okay la sikit sebab aku dah kerja. So aku
tanggung adik beradik aku yang masih bersekolah tu.
*********
"kau bila nak kahwin weh? umur dah nak dekat 30,
takkan nak jadi andartu kot" adik aku Ida dengan muka tak bersalah tanya.
Hish! Dia ni pun sepesen jugak dengan si Wani tu. Asyik tanya benda sama jer.
Naik bergumpal taik telinga aku.
"Tak nak kahwin"
Amboi senangnya jawapan.
"Hahaha, asal pulak.. sunah kot"
"Aku buat sunah nabi yang lain, yang ni tak nak
buat"
Ida tarik nafas panjang. susah ada kakak yang trauma
atau fobia macam- macam ni.
Kak long Nadja aku ni takut semua binatang yang
berbulu. sebab geli katanya. dia takut kilat dengan guruh. kalau hujan tu
memang pucat la muka dia ni. dia takut segala jenis benda yang boleh buat dia
terluka. sama ada terluka dalaman atau luaran. ha!!! yang ni parah!
kakak aku ni kalau tak disebabkan terdesak dulu memang
tak la dia ada lesen kereta. sebab apa? sebab dia takut accident katanya.
bengong betul la akak aku ni. habis selama ni dia naik kenderaan awam tu tak
boleh accident ke? pelik betul. luka dalaman pulak... kakak aku takut kecewa.
tu sebab sampai sekarang dia tak pernah bercinta. sebab dia trauma dengan
perangai lelaki. hahhaha... perangai abah kitorang la kot!
"Kau ni kak long... tak terfikir ke kehidupan kau
bila kitorang dah tak de nanti? bila mak dengan abah dah tak ada.. bila aku
dengan adik-adik dah ada keluarga sendiri. kau macam mana? siapa nak jaga? tak
terfikir ke?" sayu jer suara Ida bercakap. Dia sayang kakak dia yang
sorang ni. sebab segala masalah diorang kongsi bersama.
Diorang bukan orang senang, sentiasa ada masalah
ekonomi dalam rumah ni. kak long sebenarnya bercita-cita nak sambung pelajaran
sampai PHD sebab kak long memang suka belajar. time sekolah dulu dia sentiasa
dapat no1 dalam kelas. bukan sebab dia nak dapat hadiah atau apa. tapi sebab
kak long memang suka ilmu. tapi... sebabkan Kak long anak sulung, dia dapat
belajar sampai ijazah jer dan terus kerja sebab nak sara hidup kitorang
sekeluarga.
Itupun kak long
kata dia dah bersyukur mak abah bagi dia belajar sampai dapat ijazah sebab bila
tengok keluarga lain yang lebih susah kadang-kadang ada jer yang lepas spm kena
kerja nak tanggung keluarga.
aku garu kepala. Adik aku, Ida tak kan faham perasaan
aku. semua orang takkan faham.
“Cuba kau cerita kat aku kenapa kau tak nak kahwin?”
tanya Ida lagi.
Aku diam memikir.
Sebab-sebab Nadjaa tak nak kahwin:
1: sebab utama aku takut terluka dikemudian hari.
Disebabkan kahwin ni seumur hidup jadi aku tak nak merana seumur hidup! Nanti
kalau laki aku curang tak pun nak kahwin dua camne? Aku time tu dah sayang nak
mati kat dia. Tak ke merana hidup aku? (nampak tak alasan kak long aku ni
sengal! Over thinking betul!)
2: Aku ada masalah kesihatan yang melibatkan
kesuburan.( keturunan bapak aku memang ada masalah ni. Sepupu aku kahwin semua
tak mengandung lagi.) jadi aku takut aku ni mandul. Nanti laki aku tak boleh
terima. So, laki aku dengan mak mertua aku nanti mesti desak-desak aku lepastu
mula la mintak laki aku kahwin lain sebab nak anak. (pengaruh novel kuat sangat
kakak aku ni!)
Ida dah tergeleng-geleng kepala baca tulisan tangan
aku. Hahahaa.
3: Aku fikir nak kumpul duit sampai dapat beli rumah
untuk family. Tapi kedai aku tu baru jer dimulakan. So, ambil masa lama untuk
kumpul duit. Aku tak nak nanti bila dah kahwin laki aku suruh berhenti kerja
nanti tak tercapai la cita-cita aku. Tak pun kalau lagi teruk aku dapat laki
macam abah tu camne? Aku yang kena tanggung keluarga pulak karang. Amboi banyak
cantik dia!
Hah??? Ada pulak kesitu kakak aku pikir.
4: Aku tak de calon daaaa…. Semua lelaki yang aku
kenal tak menepati piawaian.
“woi kak long. Kau kata tak nak kahwin, alih-alih kau
carik jugakkan lelaki? Hahaha. Sengal la kau” kata Ida sambil tergelak-gelak
lepas baca point no 4.
“woi! Aku perempuan normal laa… kau ingat aku tak
tergedik ke imaginasi kalau aku ada pakwe. Hampas gas betul kau ni!” aku tunjal
kepala Ida sikit. Alaaa… tunjal manja-manja.
“Habis kalau kau jumpa lelaki idaman kau nanti kau
kahwin la ni? Point 1,2,3 dah kira burn la ek?”
“ Mana ada, aku akan cari lelaki yang idaman aku dulu…
kalau jumpa aku akan selidik untuk point no 1,2,3 pulak. Kalau lulus…. Memang
kompang dipalu pengantin baru la aku!!!” aku gelak-gelak lepas cakap. Siap
nyanyi-nyanyi lagi. Hahaha…
“Kak long betul ke kau mandul? Dah cek doctor ke?”
“Amboiii tak sayang mulut nampak! Aku dah gi check
dah.. dr kata rahim aku okay.. tapi aku still takut sebab period aku memang tak
menentu.”
“Kak long, satu jer kau kena ingat. Rezeki, ajal maut
semua kat tangan Allah. Kita kena sentiasa berusaha.”
Errr… terus terdiam aku dengan nasihat adik aku tu.
“Kak long, aku dengarkan mak kata kat abah yang dia
ada nak kenenkan kau dengan anak kawan dia. Habis la kau!!”
“Hah!!!”
+++++
Okay... awkward giler sekarang. Mamat yang aku
rasa poyo giler duduk depan aku dari tadi pandang tak berkelip. Apa tudung aku
ni senget ke? Tak pun aku pakai tudung terbalik?
Cepat-cepat aku telek tudung aku. Aik.. okay
jer ni.
“ehemm..” aku berdehem. Saja bagi orang depan
aku ni sedar sikit. Aku cucuk jugak mata dia karang.
Yunus tersentak... errr... nampak sangat dia
terpegun pandang awek cun depan dia ni. Cun woii! Tak
tak meyesal aku ikut cakap mama untuk jumpa calon menantu pilihan dia.
Aiseyy... falling in love in first sight ni...
Mama!!! Abang nak kahwinnnnn!!!
“Errr.. kenapa awak pandang saya macam tu?”
aku tanya sambil buat muka musykil sangat-sangat.
Yunus dah terdiam. Nak cakap apa? Tak kan nak
cakap sebab awak cantik sangat macam bidadari.
Hish! Nanti dia terjatuh cinta
pulak sebab aku ni memang mamat romantic. Kekekeke.
“Saya terpegun dengan kecantikan corak tudung
awak. Hehehee... “ aduh! Yunus! Apasal alasan kau tu macam menunjukkan kau ni
bodoh haaaa! Memalukan kaum lelaki sungguh.
Ya Allah mamat ni. Itu jer? Sengal sungguh!
Krik...krik...krikk... nak dekat 5 minit.
Yunus pandang Nadjaa.. Nadjaa pandang meja. Senyap sunyi keadaan kat meja
makan kedai mamak tu.*biasalah Yunus
kalau ajak dating siapa yang bukan bini dia, dia ajak dating kedai mamak jer*
“Errr... memandangkan saya ni lelaki yang
budiman dan sopan santun. Meh saya perkenalkan diri dulu. Kalau dua-dua diam
alamatnya sampai sudah kita asyik main mata jer.” Ujar Yunus sambil tayang
sengih miang.
Ya Allah! Poyonya calon menantu mak cari ni!
Eiii bernanah telinga aku dengar. Aku tayang muka bosan jer kat mamat ni.
“Saya Yunus. Awak boleh panggil saya abang
Yunus. Ehem!”
Uwekk! Nak muntah aku dengar. Abang?? Aku anak
sulung ok... tak mainla abang-abang ni.
“Saya Nadjaa. Awak boleh panggil saya adik Nad
jer.” Aku tayang sengih innocent.
Yunus sengih. Adehhh main-main pulak budak
comel ni.
“Apa barang adik. Kalau panggil sayangku Nad
boleh?”
Hukkk..hukkk... tersedak aku! Cis. Kenakan aku
balik mamat poyo ni.
“Awak, saya kejar masa ni. Apa kata kita
straight to the point jer nak tak?” aku tanya mamat poyo ni.
Tengok tu! Tak
sudah-sudah tengok mata aku. Segan tahu tak! Hirup air pun mata mamat ni tak
berkalih. Stress aku.
Yunus mengangguk laju.
“Mama awakkan yang suruh awak jumpa saya?”
Yunus angguk lagi.
Aduhhh stress sungguh tengok muka bajet suci
mamat ni.
“Mak saya pun. Jadi apa kata awak cakap jer
dekat mama awak tu yang awak tak berkenan dengan saya. Habis cerita. End of
discussion.”
Yunus geleng pulak kali ni.
“Apasal pulak geleng?” aku soal tak puas hati.
“Kalau saya kata saya berkenan dekat awak
macam mana?” Yunus angkat-angkat kening. Muka nakal gilaa!!! Eiiii seram.
“Hah? Takkan la kot! Baru jumpa kot” aku dah
jatuh rahang dah pandang muka mamat ni.
Tergelak yunus tengok ekspresi muka Nadjaa.
Hahahaha... comel sangat! Eiii geram. Macam nak tarik-tarik pipi gebu minah ni.
“Jangan la gelakk awakkk... saya serius ni”
aku dah merengek-rengek. Aku rasa nak menangis ni.
Takut punya pasal. Takut
kena kahwin!
Yunus tahan senyum. “Okay. Serius. Kalau saya
nak awak macam mana?” tanya yunus sambil tayang muka serius sangat.
Sumpah! Aku rasa memang nak meraung. Mak!!!
Kak long tak nak kahwin!
+++++++
“Hai!”
Ya Allah! Mamat ni lagi. Menyibuk betul la dia
ni. Aku rimas!
“Ehemm…ehem.. assalamualaikum” tak berputus
asa betul si Yunus ni.
Aku hela nafas macam mengeluh. Lepas tu tayang
muka meluat dekat mamat poyo ni.
“Hurm.. waalaikumsalam. Nak apa datang sini?”
Yunus dah tersengih-sengih. Eiii… bajet kau tu
handsome sangat ke?
“Sibuk ke?”
“boleh laa”
‘Hee… aduii minah ni. Kot ya pun tak suka aku
tunjuk la sikit muka manis. Ni masam kalah jeruk mangga dengan asam boi yang
mama tengah minat tu.’ Kata hati Yunus.
“Boleh tak kita keluar kejap”
Aku dah angkat kening. “pergi mana?”
“Saya nak ajak awak cari cincin nikah. Errr…
dengan fitting baju sekali. Lepas tu kalau boleh nak ajak awak cari barang hantaran
dengan tempah kad and pelamin.” Laju Yunus menerangkan agenda
dia harini.
Mak aih!! Banyak betul perancangan mamat ni.
Mentang-mentang la aku dah jadi tunang dia bulan lepas. Cis! Eiiii… macam cepat
sangat jer dah nak kahwin.
“errrr….” Aku banyak kerja sebenarnya. Bukan
tak nak pergi pun. Adui aii.. siapa nak jaga kafe aku ni?
“Pleassseeee?? Mama dah tunggu dalam kereta
tu. Dia ikut sekali.” Yunus tayang muka macam kucing parsi nak mintak kena
belai.
Ni aku lemah ni. Bakal mak mertua ikut sekali
la pulak!
“errr… kejap-kejap. Saya tutup kedai dulu.”
********
“Nadjaa, pilih la mana cincin yang berkenan
dekat hati. Kalau tak minat kat sini kita pergi tempat lain pulak.” Kata puan
Zaitun sambil tersenyum manis kepada bakal menantu dia.
Aku serius rasa nak meraung-raung dekat sini.
Sebabnya… bila aku tengok cincin-cincin ni semua aku teringatkan yang aku dah
nak KAHWIN!!! Tidak! Aku tak bersedia lagi. Kalau tak mengenangkan si mamat
poyo ni punya pasal memang selamat aku membujang sampai ke tua nanti.
Adui la.
Harga cincin pun boleh tahan nak meraung jugak
ni. MAHAL! Banyak-banyak tempat asal laa mamat poyo ni pergi bawak aku kat
kedai mahal macam ni. Kedai emas biasa tak boleh ke? Keee… semua emas harga
sama ek? Entah!
Yunus duk bersandar dekat dengan mama dia
sambil duk perhati Nadjaa yang dari tadi termenung jauh sambil pandang cincin
yang berderet-deret dalam tempat display tu.
Awat la minah ni comel sangat. Dia termenung
pun aku dah angau. Aduii laa Nadjaa.. bila la hang nak kahwin dengan aku ni.
“Awak berkenan yang tu ke?”
Hah? Aku angkat kepala pandang si mamat poyo
tu. Errr… cincin yang depan aku ni ke?
Eiii!! Tak ingin aku! Batu besar gedabak macam
mak-mak datin pakai. Dari jauh orang dah Nampak.
Eii tak nak!
“Kalau nak yang tu ambik jer la Nadjaa”
sambung Puan Zaitun pulak.
Cepat-cepat aku geleng.
“Dah dekat satu jam awak kita duk sini. Cepat
la pilih banyak tempat lain lagi nak pergi ni.”
“Hish, abang ni boleh bersabar tak. Cincin ni
nak pakai seumur hidup tau! Jadi kena pilih betul-betul” tegur Puan Zaitun
sambil terteleng-teleng nak tengok cincin untuk dia jugak.
“Awak la pilih” senang. Tak payah la aku risau
nanti kalau harga dia berapa. Risau aku takut dia punya bajet sikit jer
alih-alih aku pilih yang mahal.
“Okay, awak minat yang macam mana?”
Hurmmm….
“nak yang simple jer… tak nak yang menyerlah
sangat”
Lama Yunus mencari. Lepas tu dia hulurkan kat
aku dua bentuk cincin yang sama. Cuma saiz berbeza. Bila dua cincin tu
digabungkan ditengah-tengah terdapat bentuk hati. Cantik dan simple.
“Ni okay kan? Yang ni saya punya. Ni awak
punya. Bila kita cantumkan dua cincin ni. Ada bentuk love.” Kata Yunus sambil
tayang senyum manis.
Cair pulak aku tengok senyuman dia ni. Sabar
hati!
“Mama pun berkenan. Pandai abang pilih.”
“Tengok la orangnya mama. Pilihan sentiasa
tepat!”
Datang dah! Penyakit poyo dia ni.
Aku hanya mencebik.
++++++
“Yunus!”
Allah! Terkejut aku. Apahal la minah ni duk
terjerit-jerit macam tarzan.
“Hah, apehal?”
Aku pandang muka Laila yang nampak macam sedih
jer. Baru lepas menangis ke hapa ni? Bengkak mata bagai.
Laila tarik kerusi depan Yunus. Betul ke apa
yang dia dengar semalam?
“Betul ke kau dah tunang?” sayu nada Laila
bertanya.
Aku angguk-angguk kepala sambil hirup air.
Mata fokus kat tv direstaurant mamak ni yang tengah tayang perlawanan bola.
“Bila? Kau tak cakap pun kat aku?”
“Bulan lepas, ala tunang jer pun nanti dah
nikah aku bagitahu la”
Laila dah bergenang air mata. Habis dia macam
mana? Sia-sia penantian dia selama ni. Dia ingat hanya dia kawan perempuan
Yunus. Tak sangka ada perempuan lain dalam hidup Yunus.
“Tapi aku kan kawan baik kau. Takkan tak boleh
nak bagitahu” tekan Laila. Dia geram.
Aku kalih pandang muka Laila. Eh…eh minah ni.
“Aku bagitahu la dengan geng-geng kita. Kau
jer yang tak ada bulan lepas. Kau terbang pergi jepun kan.”
“Lepas aku balik tak boleh bagitahu?” sinis
Laila bertanya.
“Time tu aku pulak yang busy sampai dah lama
kita tak lepak. Dah laa… benda kecik jer pun. Nanti aku nak nikah aku bagitahu
kau dulu ok?” aku cuba pujuk dia.
Laila kecewa.
“Bila korang bercinta? Aku tak tahu pulak kau
dah ada girlfriend”
“Mama aku punya calon menantu. Baru jer
kenal-kenal haritu tu sebab kau tak tahu.”
Laila tergamam. Maknanya? Perempuan tu bukan
wanita pilihan Yunus?
“Habis tu? Kau setuju jer dengan pilihan mak
kau?! Weh! Ni bukan zaman dulu kala la yang family carikan jodoh. Lagipun kau
lelaki kot! Kalau kau taknak atau tak setuju cakap jer la.”
Aku dah terangkat kening? Yang minah ni emo
terlebih kenapa? Aku yang nak kahwin, tak kena paksa pun.
“Kau kenapa ni Laila? Pelik semacam jer aku
tengok”
“Errr… aku balik dulu la” terus Laila banguh
dan pergi dari situ. Dia tak betah nak berlama tengk Yunus. Dia betul-betul
kecewa.
+++++
3 bulan lagi aku dah nak kahwin. Omg! Aku
resah dah ni.
Wani, mak, adik-adik aku semua duk sibuk bantu
aku uruskan hal kenduri nanti.
Macam mana ni….
Macam mana kalau aku nanti dikecewakan? Dah la
mamat poyo tu handsome, berkerjaya la jugak, romantik pulak tu. Potensi untuk
ada ramai awek minat kat dia tinggi.
Macam mana kalau dia nak anak tapi aku tak
dapat bagi? Dia macam ada potensi suka budak-budak sebab aritu time keluar cari
cincin aku nampak dia ada main-main dengan seorang baby ni.
Hurmmm… dia ni sebenarnya ada ke ciri-ciri
lelaki idaman aku tu ek? Ada six pack.. tough… aduhhh takkan nak tanya.
“Hello. Assalamualaikum” suara Yunus aku
dengar di hujung talian.
Aku tarik nafas dalam-dalam.
“Nadjaa??”
“Hah? Err… ya saya”
“Awak kenapa call saya ni?”
"Rindu saya ek?hehehe" Yunus gelak-gelak.
Aku garu-garu kepala… dah tak boleh nak bergelak ketawa dah risau sangat.
“Saya nak cakap something”
“ooo… okay.. nak cakap apa?”
“err… kalau… errr..
saya..ki..kita..err…errr..” susah!
Aku tak sampai hati. Air mata dah mengalir kat
pipi. Menangis sebab aku ni lemah tak boleh bangkang perkahwinan ni. Serius aku
risau.
“Awak? Menangis kenapa?”
Dengar suara yunus yang risau kat sana lagi la
buat aku nak meraung. Kenapa dia ni baik sangat.
“Cuba cerita kat saya?”
“Kita cancel kahwin boleh tak?” dalam tersedu
sedan aku bertanya dekat dia. Dia terdiam dekat sana.
“Kenapa?” sayu suara dia bertanya aku.
Aku pun cerita semua benda dekat dia. Dari
awal sampai akhir, apa yang aku risau selama ni.
+++++++
“Tak semua lelaki dilahirkan untuk curang
awak, tak semua lelaki dilahirkan tak bertanggungjawab, tak semua lelaki
sanggup melukakan hati perempuan yang dia cinta demi zuriat”
“Saya tak cakap yang saya takkan menduakan
awak, atau buat awak sedih nanti sebab saya tak tahu masa depan. Tapi satu jer
saya tahu. Semua benda yang berlaku adalah takdir dari Allah. Itu masa depan
kita. Takkan hanya kerana kisah orang lain yang dikecewakan awak pula nak
halang kebahagiaan awak dikemudian hari. Padahal awak tak tahu pun kisah awak
nanti macam mana. Entah-entah awak bahagia sampai bila-bila.”
Adoiii… masih terngiang-ngiang lagi nasihat
Yunus kat telinga aku. Entah kenapa bila dia yang nasihatkan aku membuatkan aku
jadi terfikir sesuatu. Kenapa perlu aku takutkan sesuatu yang tak pasti akan
terjadi atau tidak? Kenapa aku perlu halang bahagia aku sekarang padahal aku
tak tahu pun dikemudian hari nanti mungkin aku akan terus bahagia?
“Nadjaa, listen here. The first thing that you
must know is I love u. saya ni awak, tak pernah jatuh cinta dan this is the
first time for me. The feeling towards you, saya baru rasa Nadjaa. Betapa saya
nak lindungi awak, saya nak mencintai awak dan dicintai awak, saya nak hidup
dengan awak.”
Bammmm!
Allah!
Nadjaaa!!! Tu la kau berangan lagi time
memandu tengok sekarang? Kau langgar kereta orang woiiii!
Alamak? Macam mana ni?
“Woi, keluar sekarang” tuan punya kereta yang
aku langgar ketuk-ketuk cermin kereta aku. Sumpah!
Kalau tengok muka aku
sekarang pucat lesi sebab kereta yang aku langgar tu jenama mahal dan tuan dia
sangat la sasa dan bengis!
“er.. sorry... sorry sangat-sangat” muka kesian aku tayang kat mamat
depan ni.
“Bawak kereta macam mana? Mata letak kat lutut
ke haa?! Habis kereta aku!” tengking mamat bengis tu. Terkejut aku dibuatnya.
Uwarghhhh! Ni nak nangis ni.
“Kau keluar sekarang dari kereta buruk kau
ni!” jerkah mamat tu lagi.
Teragak-agak aku bukak pintu kereta nak
keluar. Tapi sebelum tu baik aku telefon seseorang. Sebab dalam kepala otak aku
sekarang memang tak boleh nak fikir apa.
“Wait, I make a call first.”
“Cepat sikit aku tak ada masa nak layan kau
ni!”
Angkat la… please!!! Mana kau ni Wani. Tak ada
pulak. Okeyyy… lastly, Yunus!
“Assalamualaikum, Nadjaa?”
“Err… waalaikumussalam. Awak tolong saya boleh
tak?”
“Sure!”
Sepanjang nak menunggu Yunus yang dari sepang
tu datang kat Putrajaya ni mamat bengis tu asyik la membebel marah kat aku. Dia
siap nak ambik IC aku sebab tak percaya yang aku akan bayar harga repair kereta
dia.
“Awak” Yunus menyapa.
Dia datang dari tempat kerja dia kot, sebab
aku nampak dia masih dengan baju kerja dia tu.
“Biar saya deal dengan dia. Awak duduk dalam
kereta jap” arah Yunus kat aku. Aku pulak hanya mengangguk jer.
Bila aku tengok dia dari jauh… hurmmm… nampak
segak, macho dan bertanggungjawab. Rasa macam nak sayang dia. Tiba-tiba rasa
disayangi sangat.
Betul ke akan ada bahagia kita nanti awak?
“okay… dah selesai. Awak jangan risau yang
lain saya uruskan”
Tersentak aku. Eh? Bila dia duduk kat sebelah
aku dalam kereta ni? Kereta mamat bengis pun dah tak ada. Nampak sangat aku
berangan dari tadi lagi.
“Err.. thanks awak. Maaf susahkan.”
“No hal la… benda kecil jer. Saya lagi suka
bila awak mintak tolong saya”
Aku toleh pandang dia. “Kenapa?”
Dia tayang sengih. “Sebab saya rasa
diperlukan.”
Erkk? Macam tu pulakk.
“Dah la, kereta awak biar tinggal kat sini
nanti akan ada orang datang hantar kat bengkel sebab teruk jugak kena ni. Saya
hantar awak balik.”
Aku hanya mengangguk. Tak tahu dah nak cakap
apa. Rasa terharu jer ni.
++++++++
“Terima kasih sebab terima saya dalam hidup
awak”
Aik tiba-tiba jer mamat ni. Aku yang berbaring
sebelah Yunus pusing mengiring sebab nak tengok muka mamat tu.
Ops! Sebelum tu aku nak cakap kejap. Aku
dengan dia ni dah selamat dah nikah pagi tadi. Malas aku nak cerita majlis aku
yang tipikal kahwin kat Malaysia ni. Hehehe…
So, status andartu aku tu dihapuskan serta
merta. Kira si Yunus ni hero aku la kan? Sebab dia yang tolong menghapuskan
gelaran tu sekaligus mengupgradekan dari cik ke puan Nadjaa.
“Err… laa skema la pulak awak ni. Takyah nak
formal sangat la dengan saya. Dah common sangat setiap malam pertama orang akan
cakap terima kasih ni.”
Ekkk… berani sangat aku ni.
Yunus dah tergelak dengar aku cakap macam tu.
Minah ni dulu bukan main takut nak kahwin.
Sekarang amboiii.. bukan main lagi.
“oooo… Okay.. memandangkan taknak cliché
sangat macam orang lain. Apakata kita berkenalan macam kita baru kenal. Nak
tak? Lagipun saya tak tahupun awak ni macam mana.” Yunus dah bangun dari
baring. Dia duduk bersila dan pandang Nadjaa.
Aku pun bangun jugak. Hurmmm… macam bagus jer.
“Okay, awak nak tahu apa?”
“Semua tentang awak..” Yunus tersengih-sengih.
“Nama Nadjaa, umur 30 bakal masuk 31, 4 bulan
lagi. Hurmmm… ada kedai sendiri… baru jer
kahwin dengan mamat poyo nama dia
Yunus…..” usik aku sambil dah tayang muka nakal.
Yunus buat-buat muka marah.
“Ehemm.. pembetulan, mamat terlajak laris
okayyy… bukan poyo. Awak kena terima hakikat suami awak ni segak dan idaman
semua.”
Aku buat gaya nak muntah. Uwerrrkkk.. terlajak
laris laa sangat.
“Saya Yunus. Umur 31 nak masuk 32 tahun depan
means lagi 5 bulan. Hehehehe. Kerja kuli jer repair kapal terbang. Baru jugak
kahwin, dengan minah andartu.”
“Awak! Sampai hati kata saya andartu” marah
aku sambil pukul-pukul manja peha dia. Dia gelak-gelak jer. Bahagia sungguh
hidup mamat ni.
“Nadjaa, kenapa awak takut kahwin? Saya nak
tanya jugak walaupun dah tahu. Hehehe”
“awak tahukan family saya macam mana? Abah
saya tu masalah sikit, malas saya nak cerita nanti lama-lama awak dalam family
saya, awak tahu la. Saya sayang abah saya, sebab walaupun dia tak mampu sara
hidup kitorang tapi dia baik dan penyayang dengan anak-anak dan isteri.
Walaupun mak abah selalu bergaduh, tapi abah tak pernah nak pukul-pukul mak,
tak pernah nak tinggikan suara. Masalah dia Cuma, dia tak ada duit dan semua
benda dalam rumah tu mak yang sediakan. Tu yang buat saya takut nak kahwin.”
“Kenapa pulak?”
Aku pandang Yunus.
“Saya tengok sendiri awak kesusahan mak saya.
Bangun pukul 2 pagi sebab nak buat kuih untuk dijual pada waktu paginya. Setiap
hari macam tu. Walaupun mak penat atau sakit dia tetap kena buat jugak sebab
dengan duit tu la kitorang nak makan. Abah hanya tengok tanpa buat apa-apa.
Saya takut kalau saya kahwin saya dapat laki macam tu. Saya tak sekuat mak
untuk hadapi benda tu.”
“sebab lain?”
“Lelaki selalu curang. Saya takut
dikecewakan.”
“Mana awak tahu?”
Aku sengih. “Dalam novel belambak. Saya benci
betul kalau ada lelaki curang ni. Rasa macam nak hempuk-hempuk jer kepala dia.
Dulu time bercinta poyo jer cakap nak setia bagai. Sayang sampai akhir hayat la
apa la. Tup-tup kahwin tak sampai 5 tahun dah nak kahwin lain. Hishhh hampeh
betul.” Aku dah start emo. Siap tumbuk-tumbuk bantal lagi. Geram sangat.
Yunus dah tergelak tengok riaksi bini dia.
Adoiii cepat betul emosi berubah.
“Tak semuakan yang curang. Macam abah awak tu”
“Eleehhh, abah tak curang sebab dia tak ada
duit nak kahwin lain. Makan minum dia pun mak tanggung.”
Yunus dah mengeleng kepala.”tak baik awak
cakap macam tu.”
Aku tunduk. Rasa bersalah pulak.
“Saya sayang awak Nadjaa. Kita kena selalu
doakan kebahagiaan rumahtangga kita dan saya berdoa semoga hati saya hanya ada
nama awak.” Ucap Yunus tulus.
Aku nampak dia ikhlas mengatakan isi hati dia.
Aku hanya mengangguk. insyaAllah.
“Sebab lain?”
“sebab lain saya tak jumpa lagi lelaki idaman
saya” bersahaja aku berkata.
Yunus dah terbeliak mata. Lelaki idaman? Ingat
tak nak kahwin so, lelaki idaman pun tak ada.
“Ciri-ciri?”
“Tough… setia..ada six pack… baik hati..
pandai jadi imam dan suka senyum”
Hehehehe… yunus dah tarik senyum lega.
“yang awak tersengih-sengih ni kenapa?” aku
kerut kening pandang Yunus. Seram pulak mamat ni asyik tersengih.
“Semua ciri-ciri tu ada pada saya. Tak
percaya?”
Dia tarik tangan aku bawak kat perut dia.
Alamak! Ni dah kenapa?
“rasa tak six pack saya. Hahahhaa. Saya tough
sebab selalu pergi gym. Setia? insyaAllah. Baik hati? Lagi la! Memang baik saya
ni. Pandai jadi imam? Alhamdulillah! Setakat jadi imam awak dengan anak-anak
kita nanti boleh kot. Suka senyum? Of course! Bagi menyerlahkan ketampanan dan
segak saya. Memang saya suka senyum. Lagipun awet muda. So, amacam? Lepas tak
penilaian awak?” Yunus angkat-angkat kening.
Anak? Maluu… jauh betul mamat ni fikir. EIiii
menyampah betul! Poyo satu hal… kening dia satu hal. Macam nak cukur bagi botak
jer kening dia tu.
“Dah la malas nak layan awak. Mengantuk! Nak
tido. Tepi sikit” aku tolak lutut mamat poyo tu. Lepastu baring dan tarik
selimut sampai tutup muka.
Eiii… dah la segan sebab aku pegang badan dia.
Eii.. malu-malu… tough kot! Melting aku!
Yunus dah tergelak besar. Nampak sangat dia
menepati ciri-ciri yang Nadjaa nak. Sampai merah muka Nadjaa dibuatnya.
+++++++
Hurmmm… dah 3 bulan usia perkahwinan aku
dengan mamat poyo a.k.a Yunus. Dia tak ada la poyo sangat cuma suka bangga diri
terlebih jer. Terus terang aku kata rasa sayang tu dah ada untuk mamat tu.
Haritu aku ada pergi rumah mak mertua aku, dia
sibuk dah nak timang cucu katanya. Aku hanya tayang sengih jer. Tak ada rezeki
lagi, aku dengan Yunus tak merancang pun sebab kitorang tahu usia masing-masing
dah lanjut. Bak kata Yunus aku ni kan andartu! Dia tak pa la saham mencanak
tinggi lagi. Lagi-lagi dengan kawan baik dia tu Laila.
Haaa! Cakap tentang si Laila ni, aku memang
musykil sungguh! Aku rasa dia minat laki aku la. Setiap hari call suami aku
ajak lepak mapley! Mamak maksud aku. Nasib baik suami aku ni jenis manja
teramat sangat dengan aku, 24jam nak berkepit sampai aku yang rimas. Fuuuhh!
Kalau dia jenis layan jer Laila tu mahu aku lari rumah. Jelesss okay!
Tapi bak kata Wani, aku kena berjaga-jaga.
Sebab apa? Sebab sekarang kitorang baru kahwin 3 bulan so, laki aku tak bosan
lagi. Cuba tengok dua tiga tahun nanti macam mana. Jadi bagi untuk mengelak
perkara-perkara tak diingini berlaku, aku kena sentiasa taat dan goda suami aku
supaya dia sentiasa sayang dan suka kat aku. Mak aihhh… memang meremang bulu
roma bab mengoda tu.
“Sayang!” suara Yunus kedengaran nyaring.
Mamat ni memang berlatih nak jadi tarzan
agaknya. Aku bangun dari sofa berlalu kedapur.
Elok jer sampai dekat pintu dapur aku nampak
Yunus tengah tersengih-sengih kalah kerang busuk.
Ya Allah bersepah dapur!
“Abang buat apa ni?!” tanya aku nada geram
sambil renung dia tajam. Dia garu-garu kepala.
“Sayang, abang nak…errr… masak nasi goreng
untuk kita”sayu jer suara Yunus menjawab. Takut-takut sebab Nadjaa ni garang!
Aku hela nafas sekejap. Kesian pulak dekat
dia. Aku merapati Yunus dan berdiri sebelah dia.
“Nak buat apa? Kan tadi dah makan”
aku bertanya lembut.
“Nak masak untuk makan malam kita.”
“Okay la, so, kenapa abang panggil Nadjaa
tadi”
“Abang nak tanya mana halia?”
Aku dah terangkat kening? Halia?
“Abang nak masak apa ni?” aku curiga betul
dengan mamat ni. Reti masak ke idak ni?
“Nasi goreng la sayang” jawab Yunus tulus.
Aku dah tepuk dahi. “Nasi goreng apa?”
“Hurmmm… Nasi goreng kampung”
“Abang sayaaannnggggg… nasi goreng kampung
mana ada letak halia!”
Yunus dah tercengang. Tak ada ek? Heheheeee…
Aku dah ketap gigi geram. Sabar jer la aku
tengok dia ni.
“Meh la Nadjaa masakkan” aku dah gerak dekat
dia sambil nak tarik apron yang dia sedang pakai sebab kat rumah ni ada satu
jer apron.
Yunus dah geleng-geleng. “Kita masak sama-sama
la sayang, baru romantik”
“Amboiii! Romantik apa ke bendanya!” aku
jeling Yunus kat sebelah sambil ambil carrot dan sayur-sayur dibawa ke singki
untuk basuh.
“Boleh la sayang, macam ni” Yunus peluk aku
dari belakang.
Tersentak aku. Geli pun ada tapi aku tahan jer
sebab Wani kata aku kena manja-manja dengan Yunus. Okayyyy aku cuba!
Tangan Yunus melingkar dekat pinggang aku
sambil dia letak dagu dia dekat bahu aku. Lepas tu tak boleh bla betul dia siap
tiup-tiup telinga aku. Eiiii dah la aku ni jenis cepat geli. Sensitive sungguh!
“Abang jangan la, tak senang la nak buat
kerja” rungut aku sambil goyang-goyangkan bahu tanda suruh dia alih muka.
Dia gelak-gelak jer. “I love You sayang”
Terkedu aku dibuatnya. Dia ni memang mamat
poyo, manja, dan romantik sangat. Cair woiiii
“I Love You too” balas aku. Uwarghhh!!! Malu
seyhhhh first time aku confess ni.
Yunus dah tersenyum bahagia. Nadjaa dia ni
memang tak romantik langsung. Keras macam kayu. Nasib baik iceberg dia dah
start mencair, kalau tak kejung!
“Yeahh!!! Finally sayang. Abang tahu mesti
sayang, sayang abang jugak. Sebab apa? Abang ni memang menepati lelaki idaman
awak lepastu awak beruntung sebab ada extra point dekat abang. Nak tahu tak?”
Aku siku perut Yunus. “Eiiii poyo abang ni
memang tak boleh diubati ke haaa? Hah! Apa bendanya tu?” tanya aku geram.
“heheheeee… Plusnya ialah abang ni handsome!”
yunus dah tergelak besar dekat belakang aku.
Amboii perasan sungguh!
++++++
“Kau tahu tak yang kau dah rampas si Yunus tu
daripada aku!” marah Laila sambil menjeling tajam perempuan depan dia ni. Tak
seksi langsung! Semua bertutup!
Aku hanya senyum. Sabar Nadjaa… sabar! Aku dah
agak dah minah depan aku ni memang ada hati kat laki aku. Fuuuhhh nasib baik
aku percaya laki aku sayang aku.
“Bila masa pulak aku merampas ni? Yunus time
tu bujang lagi kot time tunang dengan aku. Mama dia yang carikan. Kau jangan
nak perasan boleh tak!”
“Kau tu yang jangan nak perasan! Dia terima
kau sebab mama dia jer! Kau tu menantu pilihan mama dia. Bukan dia! Sedar la
diri tu sikit. Dah la andartu! Tak seksi pulak tu. Tak kena taste Yunus
langsung!” tengking Laila kurang sabar.
Kalau tengok dekat cermin ni… muka aku memang
dah merah padam dah. Kurang ajar punya minah! Katanya aku andartu! Tak seksi?
Siap kau!
“Ya! Memang aku andartu. Tapi ingat sikit
sekarang ni aku dah nikah. Andartu ke maktu ke semua tu dah tak ada makna dah!.
Ni aku nak cakap sikit, kau tu pulak yang patut risaukan diri kau karang jadi
andartu macam aku dulu baru tahu. Hahahahha!” saja aku sakitkan hati minah
depan aku ni. Saja jer aku gelak besar-besar macam kena hysteria. Ni kalau mak
aku tengok ni mahu dapat penampar sebijik sebab tak sopan.
“Hah! Lagi satu, apa kau kata? Aku tak seksi?
Kau tak tahu ke hah yang seksi tu hanya untuk dihadapan suami. Aku ni
sebenarnya malas nak cerita benda-benda dalam kelambu ni. Tapi sebabkan kau ni
jenis jaga tepi kain orang. Meh la aku story mory sikit. Aku ni kalau kat
rumah, depan Yunus jangan cakap laa… tak pakai apa-apa pun. Tu sebab la si
Yunus tu nak melekat jer dengan aku. Sebab apa? Sebab benda halal. Bila-bila
masa dia nak aku boleh bagi. Dapat pahala lagi!” Hah! Ambik kau. Puas hati aku
sakitkan hati minah ni.
Laila rasa macam nak menjerit sebab sakit
hati. Cepat-cepat dia bangun lepastu hanyun tangan kat pipi Nadjaa…
Pang!
“Kurang ajar kau!”
Pang!
Aku balas balik pelempang sebiji kat muka dia.
Sanggup dia tampar aku! Eiiii… dia tak tahu ke hah aku ni perempuan yang bukan
senang nak mengalah.
Lepas jer aku tampar minah tak sedar diri tu
terus aku ambil handbag and blah dari situ. Buat sakit hati jer layan perempuan
meroyan macam tu. Tak pasal-pasal aku meroyan sama.
+++++
Aku melangkah masuk kedalam rumah. Senyap
sunyi jer. Mana Nadjaa? Selalu waktu-waktu macam ni Nadjaa dah balik dari kafe
dan sedang memasak didapur.
“Sayang!”
Aku panjat tangga kebilik atas.
“Sayaannnnggg” aku bukak pintu bilik.
Tersenyum aku bila nampak Nadjaa sedang baring tertiarap diatas katil. Dah la
dengan berbaju kerja dia tu. Penat sangat agaknya.
“Sayang, bangun tak elok tidur lepas asar
yang” aku goyang-goyangkan kaki Nadjaa.
Nadjaa bergerak-gerak sebelum terpisat-pisat
bangun. Mata dia bengkak betul bukan macam orang baru bangun dari tidur tapi
macam baru lepas menangis.
“Sayang? Kenapa ni?” aku duduk dibirai katil dekat
dengan Nadjaa. Nadjaa hanya menunduk dan mengeleng.
“sayang? Please… jangan buat abang risau yang.
Kenapa mata ni? Menangis ke?” aku pegang kedua belah pipi Nadjaa dan dongakkan
muka dia.
Aku nampak mata Nadjaa dah bergenang nak
mengalir jer.
“Pleasee… tell me” aku seka air mata Nadjaa
yang mengalir. Dia buat aku risau.
“Abang…” panggil Nadjaa tersekat-sekat.
“Ya sayang”
“kalau kita tak ada anak macam mana?”
Hah? Aku dah tercengang dengar soalan Nadjaa.
Kenapa tiba-tiba isu ni bangkit?
“abang akan tinggalkan Nadjaa kan? Abang akan
kahwin lain kan?” soal Nadjaa lagi siap berlinangan air mata. Aku tersentak
dengan soalan dia.
Cepat-cepat aku peluk dia erat.
“Tak sayang. Abang takkan tinggalkan sayang.
Takkan duakan sayang. Nadjaa tak percaya abang ke?”
Nadjaa hanya mengeleng. Aku nampak dia
betul-betul down saat ni. Apa yang membuatkan Nadjaa jadi macam ni.
Kami baru kahwin 5 bulan. Masih terlalu awal
untuk fikirkan ketidak mampuan untuk peroleh anak. Mungkin rezeki belum sampai.
Aku rasa mesti mama yang mendesak Nadjaa sampai jadi macam ni.
Dia nampak
tertekan sangat dua tiga hari ni. Malah sejak minggu lepas lagi Nadjaa nampak
pelik. Balik dari kerja dengan pipi yang memerah seperti kena tampar. Tapi bila
dia tanya Nadjaa, Nadjaa hanya kata tak ada apa-apa. Mungkin gatal kena gigit
nyamuk tu sebab merah. Alasan tak logik langsung.
++++++
Aku balik rumah mama sorang-sorang hari ni.
Lepas dah tenangkan Nadjaa dan bagi dia ubat sebab dia mengadu sakit kepala
tadi. Sekarang Nadjaa tengah tidur dekat rumah. Aku lari kejap pergi rumah mama
yang tak sampai pun 10 minit perjalanan.
Sambil minum-minum dan borak-borak kosong
dengan papa mata aku asyik kerling kearah mama. Mama nampak bersahaja. Tak ada
tanda-tanda dia marah.
“Mama, Nadjaa ada datang sini ke tengah hari
tadi?” soal aku berbasa basi. Saja padahal aku memang tahu Nadjaa nak kerumah
mama tengah hari tadi.
Mama hanya mengangguk sambil tengok tv.
“Mama, ada cakap apa-apa ke dengan Nadjaa?”
tanya aku lembut. Sebab tak nak mama terasa.
“Mama tanya tentang anak jer dengan dia.
Korang dah 5 bulan kahwin takkan tak ada apa-apa lagi. Korang merancang ke?”
Aku hanya mengeleng. Patutla. “mana ada mama”
“Dah tu? Kenapa masih tak mengandung lagi?
Entah-entah ada masalah, mama suruh Nadjaa pergi hospital tengok dia tu boleh
mengandung atau tidak.”
Aku dah terbeliak biji mata. “Ma! Baru 5 bulan
kot. Awal lagi”
“dari awal la kita kena check. Senang nanti
kita boleh usaha macam-macam supaya boleh
mengandung! Umur korang bukannya muda
lagi.”
“Ma! Tukan rezeki tuhan. Tunggu jer la”
“Abang! Rezeki memang rezeki. Tapi rezeki
untuk dicari dan diusahakan. Kalau Allah tak bagi lagi. Kita usaha sampai
dapat. Faham tak!”
Aku tarik nafas dalam. “Ma, habis kalau
ditakdirkan sampai bila-bila kitorang tak ada anak macam mana? Mama nak usaha
apa lagi?”
Puan Zaitun letak cawan atas meja kopi. Muka
Yunus dipandang.
“Mama nak cucu! Mama akan suruh abang kahwin
lain. Kahwin dengan Laila!” mudah sungguh Puan Zaitun berkata-kata
“Mama! Ya Allah! Tak terlintas kat fikiran
abang nak menduakan Nadjaa. Dia menantu pilihan mama. Sanggup mama nak lukakan
hati dia.” Aku raup muka kasar. Kecewa dengan kata-kata mama. Nasib baik
sungguh Nadjaa tak ada masa ni. Kalau tak… memang hancur lumat la hati isteri
dia tu.
Sememangnya dia dah tahu yang Nadjaa ada
masalah kesuburan sejak sebelum mereka kahwin lagi. Sebab Nadjaa dah berterus
terang dengan dia. Tapi dia percaya dengan takdir Allah. insyaAllah ada hikmah
untuk segalanya.
“Mama tak kisah abang apa perasaan orang. Yang
penting mama bahagia. Mama nak cucu”
Aku tak mampu nak berkata-kata. Hanya
mengeleng dan terus berlalu dari situ. Serabut fikiran aku.
++++++
“Makkk”
“Hah? Kenapa ni?” serius sedih dengar suara
mak yang kedengaran risau. Aku rindu mak.
Aku sedih betul minggu ni. Tak sangka mak mertua
aku ada hati nak suruh laki aku kahwin lain. Dah la suruh kahwin dengan Laila.
Uwarghhhh! Tak sanggup aku. Dia ingat aku tak teringin ke nak anak? Aku nak la!
“Makk… macam mana nak mengandung?”
Mak tergelak-gelak kat sebelah sana. “laaaa!
Takkan tu pun nak kena ajar. Dah 5 bulan kot kahwin tak kan tak ehem-ehem
lagi!” suara mak dah nyaring kat sebelah sana.
Adoiii! Kesitu pulak fikirnya mak aku ni.
“Mak! Ada pulak kesitu!” marah aku.
Mak gelak-gelak lagi. “Dah tu? Yang kau tanya
soalan tak berapa cerdik apesal?”
“Maaakk.. betul-betul laa” aku dah buat suara
nak menangis.
“Laa.. ni apasal sedih sangat ni?”
“Mak… kalau orang mandul macam mana? Nanti
Yunus kena kahwin lain” mendayu aku mengadu dekat mak.
“Laa.. baru 5 bulan kahwin takkan Yunus dah
nak cari lain! Kurang asam punya menantu!” marah mak. Aku dah tarik senyum. Tak
pasal-pasal jer Yunus yang kena.
“Bukan la mak. Orang risau jer”
“Meh sini nak habak. Kau dah check belum kat
hospital yang kau ni subur ke tak?”
“Dah, doctor kata okay jer”
“hah! Dah tu nak buat camne? Tunggu jer la…
rezeki dari tuhan. Sabar sikit tak boleh? Mak dulu nak dapat kan kau 4 tahun
tahu tak! Abah kau bersabar jer tak ada pun cari lain. Dah dapat kau hah! Terus
senang nak dapat yang lain. Berderet terus anak aku. Adik –adik kau la tu.”
Aku hanya dia mendengar mak membebel. Sayang
sungguh dekat mak. Rasa dia membebel macam satu vitamin yang menaikkan semangat
aku.
“Sabar-sabar jugak tapi kau kena la berusaha.
Kau cuba pergi berurut ke makan ubat subur ke. Lepastu pastikan kau tahu
hari-hari kau subur. Baru menjadi! Ini tidak main bedal jer. Haprak tak da!
Benda macam ni pun nak kena ajar ke?”
Hehehhee.. aku rasa nak tergelak.
“Makkkk” panggil aku meleret-leret.
“Ha.. kenapa lagi?”
“Sayangggggg mak! Muaahhh!” ucap aku sambil
gelak-gelak
“Kau anak mak. Mak tahu perasaan kau. Mesti
orang mengata, tak pun mak mertua kau mendesak ni. Tu sebab kau dah lemah
semangat. Jangan nak stress-stress. Kau kena kuat. Mak dah alami benda ni. 4
tahun mak tunggu kau datang dalam hidup mak. Jadi mak tahu macam mana perasaan
kena hina, kena perli, kena marah dengan mertua ni. Sabar banyak-banyak.”
Nasihat mak lagi.
Aku dah bergenang air mata. Terharu dengan apa
yang mak kata. Memang naluri seorang ibu tu tepat. Sentiasa tahu anak dia dalam
keadaan macam mana.
+++++++
Shrettt… shretttt…
Fuh lega… aku ambil tisu lagi. Nak hembus
hidung. Uwarghh sedih betul la cerita ni. Hish!
Yunus kat sebelah aku kejap pandang buku kat
tangan dia kejap pandang muka aku. Aku pulak memang dah lama perasan tapi saja
buat tak tahu. Biar la dia nak kata apa macam tak biasa.
“sedih sangat ke novel sayang baca tu sampai
nak bengkak biji mata ni?” tanya Yunus pelik.
Mana dia tak pelik! Beria benar Nadjaa
menangis sampai tersedu sedan. Hampir habis sekotak tisu dibuatnya. Dia yang
disebelah pun rasa terganggu nak membaca.
“Sedih sangat abang. Nanti kejap lagi saya
cerita. Dah nak habis ni ha” balas aku tanpa memandang muka dia. Fokus!
Lima minit kemudian habis pun novel ni aku
baca. Fuh! Lega happy ending!!!!
Tersengih-sengih aku bangun dari katil dan
berlalu ke rak buku untuk menyimpan buku. Yunus yang dari tadi diatas katil
tergeleng-geleng melihat gelagat isteri dia. Tadi menangis sekarang senyum
pulak?
“So, apa cerita dia?” tanya Yunus. Saja dia
nak ambil tahu buku yang Nadjaa baca. Dengan cara macam ni dia dapat lihat
perbagai riaksi Nadjaa yang mencuit hati.
Aku yang dengar Yunus nak tahu cerita tadi
semangat bersila depan dia. Berkobar-kobar nak cerita.
“Laa.. macam tu jer cerita dia. Apa yang
sedih?” tanya Yunus selepas mendengar cerita Nadjaa.
Aku kerut kening. Aik? Tak sedih ke? Inilah
lelaki tak cuba nak memahami.
“Abang ni! Sedih la sebab sampai hati suami
dia lebihkan kekasih gelap daripada isteri sendiri. Walaupun isteri tu diam jer
tak marah sebab suami dia ada kekasih lain tak bermakna isteri dia tak kecewa.
Apa la abang ni! Lepas tu bila isteri dia dah redha nak pergi dari hidup
si suami tahu pulak suami tu rasa kehilangan.” malas aku nak terang lagi. Terus
aku tarik selimut nak tidur.
Yunus dah terkebil-kebil kat sebelah. Aik
marah?..
“Sayang…” Yunus baring belakang aku. Tangan
dia macam biasa berlilit kat pinggang aku.
“Hurmmm”
“Walau apa pun yang terjadi, jangan terfikir
nak pergi jauh dari abang. I can't think how is my life without you” tulus dari
hati Yunus berkata-kata membuatkan aku rasa terharu dan mengalirkan air mata.
Aku tahu mak dia sentiasa mendesak nakkan
cucu. Sampai kadang-kadang aku tengok Yunus adakalanya muram dan macam
bermasalah.
“Laaa… abang baru cakap sikit dah menangis.
Takkan dah cair kot?” sakat Yunus. Saja dia nak Nadjaa sentiasa tersenyum.
Nadjaa siku perut Yunus. “Eiii abang ni. Baru
nak touching-touching!”
“Sampai bila abang mampu bertahan?” aku tanya
dia sambil pusing badan mengadap dia.
Yunus cium dahi aku lamaa… sambil belai rambut
aku. “Doakan sampai bila-bila”
“Kalau mama marah? Then dia desak abang?”
Yunus tarik tangan aku dan cium sekilas. Lepas
tu dia pandang mata aku.
“Alaaa.. tak lama pun mama marah. Abangkan
macho plus handsome, kalau sayang yang keras kejung ni mampu abang cairkan,
inikan pulak mama! Kacang sangat!” jawab Yunus sambil tayang sengih nakal.
“Eiiii… abang! Poyo tak habis!” aku cubit
manja lengan dia sambil tergelak besar.
Yunus tersengih. “Sayang kena selalu senyum
macam ni. Nak tahu sebab apa?”
Aku angkat kening. “Because you look very
beautiful with those dimples” dia sentuh lesung pipit aku
belah kanan. Lepas tu
dia cium lama kat situ.
Uwarghhh!!! Romantik bangat suami gua!
++++++++
3 tahun kemudian
“Nadjaaa!!! Jangan banyak gerak. Bahaya!”
nyaring suara mama suruh aku berhenti dari bergerak sana sini kat laman rumah.
Hufffhhh… masalahnya aku bosan gila! Nak pergi
kafe tak boleh! Nasib baik adik aku Ida dengan Azri ambil alih kejap. Kalau
tak! Lingkup.
Korang nak tahu tak sebab apa mama beria tak
bagi aku banyak gerak? Sebabbbbbb….
Jeng..jeng..jeng…
Aku pregnant! Hamil! Errmmmm mengandung!
Yeah! Alhamdulillah.
Setelah 3 tahun kahwin baru aku dapat menimang
cahaya mata. Hukhukhuk. *ambil tisu lap air mata terharu*
Bak kata mamat poyo tu… “Kalau tak kerana
abang yang bekerja keras memang tak la membukit perut sayang tu”
Tengok tu! Poyo dia tak hilang lagi.
“tapi sayang… kita kena sentiasa bersyukur.
Allah dengar doa dan usaha kita”
Teringat aku pertama kali dapat tahu aku
mengandung dulu. Sampai menangis Yunus dibuatnya. aku apalagi ambil chance la nak mengusik dia. first time tengok dia menangis.
“Eiiii.. memalukan sungguh! Ada ke patut nak
jadi papa menangis. Cengeng sungguh la papa awak ni baby” usik aku sambil
usap-usap perut yang masih leper ketika itu.
Yunus cepat-cepat kesat air mata. Terus dia
meluru kearah aku dan peluk erat.
“Thanks sayang.” Ucap Yunus ikhlas.
Hahahahha. Pertama kali aku tengok dia tak
terucap dan tak terbalas apa yang aku usik dia. Kalau tidak…. Hurmmm.. jangan
harap. Poyo sentiasa.
Mama yang pada mulanya duk mendesak nak aku
mengandung sampai stress-stress aku dibuatnya, tapi akhirnya mama hanya berdiam
dan turut membantu aku mendapatkan rawatan traditional. Bersyukur gila!!
Laila? Hurmmm jangan cakap la…. Banyak kali
aku berperang dengan Yunus sebab minah tu. Duk mengedeng kat suami aku. Tapi
nasib baik Yunus tahu fobia aku pada lelaki curang. So, dia ambil langkah
berjaga-jaga agar aku tak hilang kepercayaan kepada dia. Kalau Laila dengan
geng-geng dia ajak lepak dekat mamak mesti dia ajak aku ikut sekali. Takut aku
tinggal sorang katanya. Padahal takut aku tak percaya dia. Hahahahaa…
“Sayang…” aku pandang Yunus yang tengah duk
tolong keratkan kuku kaki aku. Maklumlaaa dah tak sampai perut besar benar.
“Apa?”
“I love you!”
Aik? Tiba-tiba… dari pada kening berkerut… aku
tarik senyum.
“Abang nak nyanyi satu lagu. Dengar tau!”
Tuhann.. terima kasih
Kau kurniakan dirinya untukku
Kau hadiahkan dirinya padaku
menemani perjalanan hidupku
Pandanglah ku sayang
hari ini ku buktikan padamu
tiada lain hanya engkau selalu
dalam hatiku
Dengarkanku sayang
khalimah teragung buat dirimu
dengan izin dari tuhan yang satu
kanku halalkan diriku untukmu
Tak akan ku biar kau sendiri
jalani hari sepi
bila aku disini
Sayang, sampai ke akhir nanti
ku akan menemani
sehingga aku ‘pergi’ nanti
Sahut tanganku cinta
izinkan aku menyarungnya
dengan azimat ku sebagai tanda
aku milikmu selamanya
Walauku tak sempurna
syukur padaNya kerna kau terima
tiap saat kan ku belai mu cinta
bila dirimu terhalal untukku
Ya Allah. Aku pandang Yunus dengan mata
berkaca-kaca. Terima kasih ya Allah. Terima kasih untuk anugerah yang terindah
ni.
“Haaa! Jangan kata nak menangis ni mesti sebab
suara abang sedap sangat kan? Hehehe.. abang dah tahu dah.. dulu waktu sekola
aba…”
“Abang..”
Belum sempat Yunus habis cakap aku dah panggil
dia. Dia pandang aku sambil tersenyum.
“Kenapa sweet sangat?” tanya aku sambil
berlinangan air mata.
Yunus datang duduk sebelah aku. Bahu aku
dirangkul erat.
“Aik? Baru nak tanya? Abang memang dah
dilahirkan sejak azali sweet sayang” usik Yunus lagi.
Aku dah tak mampu nak mengata dia poyo.
“Bukan setakat dilahirkan sejak azali sweet.
Abang pun dilahirkan sejak azali jugak dengan poyo abang tu. Tapi…. Nadjaa
tetap nak mamat poyo ni jugak pimpin Nadjaa dengan anak-anak dekat syurga
nanti”
Aku pegang kedua belah pipi dia dan cium dahi
dia lama.
“Thanks sayang.”
+++++++
Aku tarik kertas yang dah nampak kusam dari
dalam novel aku. Tersengih-sengih aku baca isi kandungan kertas tu. Cepat-cepat
aku ambil pen untuk mencoret sesuatu.
Sebab-sebab Nadjaa tak nak kahwin:
1: sebab utama aku takut terluka dikemudian
hari. Disebabkan kahwin ni seumur hidup jadi aku tak nak merana seumur hidup!
Nanti kalau laki aku curang tak pun nak kahwin dua camne? Aku time tu dah
sayang nak mati kat dia. Tak ke merana hidup aku? ----->InsyaAllah
sampai akhir hayat setia
2: Aku ada masalah kesihatan yang melibatkan
kesuburan.( keturunan bapak aku memang ada masalah ni. Sepupu aku kahwin semua
tak mengandung lagi.) jadi aku takut aku ni mandul. Nanti laki aku tak boleh
terima. So, laki aku dengan mak mertua aku nanti mesti desak-desak aku lepastu
mula la mintak laki aku kahwin lain sebab nak anak. ------->Alhamdulillah dah settle!!!
3: Aku fikir nak kumpul duit sampai dapat beli
rumah untuk family. Tapi kedai aku tu baru jer dimulakan. So, ambil masa lama
untuk kumpul duit. Aku tak nak nanti bila dah kahwin laki aku suruh berhenti
kerja nanti tak tercapai la cita-cita aku. Tak pun kalau lagi teruk aku dapat laki
macam abah tu camne? Aku yang kena tanggung keluarga pulak karang. Amboi banyak
cantik dia!
---->hehehhe Yunus dah tolong belikan. Jimat duit aku!!!
4: Aku tak de calon daaaa…. Semua lelaki yang
aku kenal tak menepati piawaian. ----->Yeah! Dah jumpa! Suami aku ler apa lagi!