“Mama, tak kira! Kamu kena kahwin jugak
dengan Karl.” Puan Dian bercekak pinggang memandang anak gadisnya yang
tercengang didepan.
Tergangga mulut Sofi bila mama keluarkan
perintah. Macam kena dengar hakim jatuhkan hukuman penjara seumur hidup dekat
diri sendiri.
“Ma, Sofi tak nak! Dia tu budak lagi. Kot
ye pun mama nak menantu sangat tunggu la dua tiga tahun lagi ke, nanti Sofi
cari dan bawak jumpa mama dan papa. Tak pun,
kalau mama nak sangat Karl yang jadi menantu mama, mama tunggu la dia
sampai habis belajar dulu!” Sofi memberi alasan.
Memang gila ar! Tak kan la dia nak kahwin
dengan lelaki yang masih bersekolah dan muda. Dia sememangnya tak kisah kahwin
dengan lelaki muda kalau dah jodoh, tapi… Karl tu masih bersekolah ditingkatan
enam kot. Macam mana nak sara hidup!
Puan Dian mengeleng kepala tanda tak
setuju! Sofi menunduk. Habis la aku!
“Sofi, mama memang nak sangat Karl jadi
menantu mama dan mama nak dia tahun ni jugak masuk rumah ni sebagai menantu
mama!”
Sofi rasa penat. Dah seminggu dia dan mama
bincang benda ni. Papa tak kisah. Karl lagi suka! Sebab dia memang dah lama
suka pada Sofi.
“Terpulang pada Papa dan Mama, malas Sofi
nak bangkang lagi.” Sofi berkata perlahan lalu bangun untuk kebilik. Air mata
rasa macam nak menitis kejap lagi.
Encik Halim hanya memandang sayu kearah
anaknya. Kesian Sofi, tapi ini semua dah dirancang lama dah. Tidak boleh tidak
dia dah terbuat perjanjian jadi dia kena tunaikan.
*******
“Halim, kalau anak aku lelaki atau
perempuan, dan kau pulak dapat anak perempuan atau lelaki, kita satukan nak
tak?” Razak memandang muka sahabat baiknya yang dah tercengang kat depan dia.
Halim menelan liur. Errr… bukan dia tak
setuju, tapi dia tak nak nanti lain pula yang jadi.
Razak mengangkat kening kepada Halim yang
masih berdiam.
“Bukan aku tak setuju, tapi takut nanti
bila anak-anak kita dah besar dia jumpa orang lain pula” Halim berkata serba
salah.
Razak pamir senyum. “Jangan la risau, kalau
ada jodoh ada la diorang tu, tapi kita merancang saja. Boleh? Janji ya?”
Halim mengangguk.
Mereka merupakan kawan baik sejak dari
kecil kerana mereka berjiran. Bila dah besar, mereka sama-sama berhijrah
kebandar untuk memulakan perniagaan. Halim berkahwin dengan Dian dan Razak
berkahwin dengan Anita.
Rezeki yang melimpah ruah dari Allah menyebabkan mereka mampu hidup senang. Setelah beberapa
bulan berkahwin, mereka mendapat berita gembira dengan mengetahui mereka bakal
dikurniakan anak pada tahun yang sama. Tapi sayang, kandungan Anita mempunyai
masalah, lalu gugur.
Manakala, Dian dan Halim gembira
dikurniakan anak perempuan diberi nama Nurul Sofi binti Halim. Anita dan Razak
redha dengan ketetapan tuhan. Mereka mencuba lagi, tiga tahun kemudian baru
mereka dikurniakan anak lelaki diberi nama Haikal Danial bin Ahmad Razak.
+++++
Haikal merebahkan diri diatas katil. Dia
tersenyum bahagia. Sofi. Gadis yang sentiasa nampak garang padahal sebenarnya
lembut hati. Dia sangat rapat dengan Sofi kerana dari kecil mereka berkawan.
Walaupun Sofi hanya anggap dia sebagai
adik, tapi dia suka pada Sofi sejak sekolah rendah lagi. Dia tak pernah pun
anggap Sofi sebagai kakak. Malah, kalau Sofi kena buli disekolah dialah yang
akan menyelamatkan Sofi. Gadis simple tapi sentiasa mengikut tunjuk kawan
menyebabkan orang ramai mempergunakan dia.
Bila dia dapat tahu tentang rancangan Ayah
dan Uncle Halim, dia terkejut sebenarnya. Tak sangka, dia akan dapat bersama
dengan Sofi yang dia admire selama ni. Betapa gembiranya dia sampai
melompat-lompat atas katil.
Tapi kegembiraan dia makin merundum bila
dapat tahu Sofi membangkang keputusan keluarga dia. Sofi tak nak kahwin dengan
Haikal kerana masih bersekolah. Haikal diam. Dia kecewa dengan alasan Sofi. Dia
yang paksa Ayah dan Ibu untuk mengahwinkan mereka dengan segera. Dia tak boleh
tinggalkan Sofi lama-lama.
Bila Sofi pergi Universiti dan tidak pulang
berminggu-minggu, dia rasa sunyi. Selalunya Sofi dan dia akan lepak bersama dan
kadang-kadang Sofi akan belajar dengan dia dirumah.
Pintu bilik yang dibuka dari luar
menyedarkan Haikal dari lamunan dia. Teringatkan Sofi saja telah membuatkan dia
bahagia.
“Karl, Nanti pergi kursus kahwin tau!”
Suara Puan Anita kedengaran ceria ditelinga Karl. Kening dia diangkat tinggi.
Pelik? Sofi…dia dah setuju ke?
Puan Anita mengangguk mengiakan. Ibu ni
macam tahu-tahu je aku tanya tentang tu.
“Betul ke ibu?” Karl dah bangun dari katil.
Puan Anita tergelak kecil didepan pintu.
“Betul sayang” Gembira dia bila tengok
Haikal yang muram seminggu ni memikirkan Sofi kembali ceria.
Haikal melompat atas katil. “Yeah!!!”
Puan Anita mengeleng. “Ingat sikit, Awak tu
nak jadi suami orang, tunjuklah matang sikit! baru Sofi jatuh cinta dengan
Karl”
Haikal terdiam. ‘A’ah la, kena tunjuk yang
aku ni dah matang. Dan boleh jadi Suami dan bapa yang bertanggungjawab!’
Amboi! Haikal, anak segala dah fikir!
Hehehe. Haikal tersenggih sambil garu belakang kepala.
++++++
Haikal membuka daun pintu bilik yang
tertutup rapat. Janggal rasanya bila duduk rumah lain dan masuk bilik lain
selain bilik tidur dia. Pagi tadi dia dah selamat akad nikah dan majlis kenduri
pun dibuat secara kecil-kecilan.
“Assalamualaikum” Haikal memberi salam lalu
masuk. Sofi yang tengah mengeringkan rambut kerana baru lepas mandi memandang
Haikal.
Ek? Kenapa time ni lah dia nak masuk bilik!
Malunya! First time aku tak pakai tudung depan dia. Sofi membuat muka selamba
dengan menyidai tuala ditempatnya. Lalu mengambil sikat dan menyisir rambut
dihadapan cermin meja. Haikal yang nampak tergamam dan kaku didepan pintu bilik
di biarkan saja.
Haikal tergamam! Cantiknya Sofi! Kalau pakai
tudung pun cantik, tapi, bila tak pakai tudung nampak lagi cantik! Rambut dia
panjang. Dah la pakai baju tidur kotak-kotak nampak comel!
“Ehem” Sofi berdehem kecil. Dari tadi lagi
si Haikal ni duk la tercongok depan pintu sambil pandang dia tak berkelip.
Seram pun ada. Macam tembus jer dia pandang.
Haikal tersedar. Heh? Dia garu belakang
kepala tanda malu.
“Sofi, ada kertas A4 tak?” Haikal bertanya
sambil melabuh punggung dipenjuru katil. wajah Sofi yang berkerut kening
memikirkan pertanyaan Haikal dipandang selamba.
“Nak buat apa?” Sofi angkat kening. Tapi
dia bangun ke meja belajar dia untuk ambil kertas A4 yang diminta Haikal.
“Ada la, bawak marker or pen sekali” Haikal
mengarah lagi. Dia dah siap duduk bersila atas katil sambil memandang Sofi yang
sedang terbongkok-bongkok dibawah meja mencari kertas A4 yang berada didalam
kotak besar.
Tak sampai 5 minit, Sofi meletakkan
beberapa helai kertas A4 dan pen diatas katil disebelah Haikal. Dia pun siap
bersila atas katil mengadap Haikal.
“Ok! Bagus. Semua ada.” Haikal mengambil
pen dan mula menulis sesuatu diatas kertas A4 tersebut.
‘ Perancangan dan rules untuk masa depan’
Hah? Perancangan? Rules? Untuk masa depan?
Apa Haikal nak buat ni?
“Tak payah nak tayang muka kerut sangat la
kan. Karl nak kita buat rancangan masa depan kita. Ye la, kita kan masih
belajar. Lagipun Karl kan sekolah lagi” Haikal memberitahu perlahan. Tapi mata
dia khusyuk menulis.
Tahu pun sekolah lagi! Tapi, mengatal nak
kahwin buat apa. Hish ai!
“ Ok, Nah” Haikal menghulurkan kertas yang
dia siap tulis kepada Sofi. Sofi ambil dan baca.
Perancangan and rules masa depan.
1) Haikal dan Sofi akan sambung belajar.
Hah? Memang ar! Kalau tak sambung setakat
apa jer kelulusan kitorang ni. Apa la Haikal ni. Okey, baca lagi.
2) Haikal tak akan sentuh Sofi selagi Sofi
tak habis belajar.
Ngee! Malunya aku nak baca. Tapi sepatutnya
tak sentuh sampai dia habis belajar la. Baru la tak ada commitment sangat
nanti.
Muka Haikal yang sedang senyum dipandang
sekilas sebelum Sofi tunduk memandang kertas.
“Kenapa tak tulis, tak akan sentuh Sofi
selagi Karl yang tak habis belajar?” Sofi bersuara perlahan. Malu pulak bila
bertanya tentang tu pada Haikal.
Haikal nak tergelak dengar soalan Sofi.
Lagi ber tambah lawak bila tengok muka Sofi memerah. “Karl tak nak la tengok
Sofi penat nanti. Mana la tahu Sofi mengandung ke time tengah belajar kan penat
nak usung sana sini perut tu. Kalau nak tunggu Karl habis belajar lambat ar
lagi maknanya kita nak buat ‘ehem-ehem’ tu.” Haikal berkata selamba.
Zup! Makin malu
Sofi dibuatnya. Hish! Cakap tak tapis-tapis betul la mamat ni. “Otak kuning!”
3) Sofi kena
balik setiap minggu untuk tengok Karl kat rumah! ^_^.
Amboi siap ada
gambar bagai. “Ala mana boleh!”
Haikal angkat
kening. “Tak boleh apa?”
Sofi tunjuk rules
no 3 kat Haikal.
“Kenapa pulak
tak boleh!” Haikal tak puas hati. Takkan ar Sofi nak tinggalkan aku sampai
berminggu-minggu kat rumah ni. Tak kesian ke orang rindu kat dia nanti.
“Nanti kalau
banyak assignment macam mana? Kalau nak balik setiap minggu memang tak la kan.
Lagipun Sofi balik naik bas la! Kalau bawak kereta sendiri boleh ar.” Sofi
memberi alasan yang dia rasa muhasabah. Muka Haikal yang dah tarik muncung
dipandang tepat.
“Tu la, orang
suruh dari dulu lagi ambil lesen. Tapi tak nak! Kan sekarang siapa yang susah.”
Haikal dah mula membebel. Siap silang tangan lagi kat dada.
Hish ai! Budak
ni. Aku tahu la dari dulu dia suruh ambil lesen. Tapi aku ni yang takut nak
bawak! Lagipun bukan aku suruh dia ambil aku pun. Benci lah!
Sofi letak
kertas perancangan kekatil. Ada tiga syarat jer pun. Malas nak layan Haikal
lagi. Sibuk pulak nak marah orang. Ingat dia dah jadi suami boleh ke buat
sesuka hati! Benci!!!
Sofi bangun, dia
masuk dalam selimut dan peluk bantal untuk tidur. Haikal yang masih duduk kat
tepi katil tercengang.
Alahai merajuk
pulak dia ni. Haikal mengeluh perlahan.
“Sofiiii” mendayu
jer suara Haikal memanggil Sofi. Sofi mencebik dari dalam selimut. Nak pujuk la
tu!
Haikal merebahkan badannya disebelah Sofi.
Dia memandang belakang badan Sofi yang membelakangi dia. Perlahan-lahan Haikal
memeluk badan Sofi dari arah belakang.
“Sofi, Karl minta maaf ek?”
Sofi mengeraskan badan. Malas nak layan
Haikal. Penat majlis tadi pun tak habis lagi. Jam dah menunjukkan pukul 12
tengah malam. nasib la malam pertama dia dan Haikal macam ni. Kalau jadi macam
cerita kawan-kawan dia tu, memang tak dapat Sofi bayangkan macam mana. Sebab
asyik terbayang jer yang dia kahwin dengan Haikal yang dah lama dia anggap
sebagai adik.
“Lepas ar.” Sofi menolak tangan Haikal. Walaupun
Haikal baru berumur 19 tahun, tapi badan dia tetap lebih tinggi dan sasa dari
Sofi yang berumur 22 tahun. Ye la, dah nama pun lelakikan.
“kata tadi tak akan sentuh Sofi kan?”
dengan nada memerli Sofi berkata. Haikal masih diam dan statik.
Haikal mengeleng kecil. “Sentuh macam ni
tak pa. ‘ehem-ehem’ yang tak boleh” Haikal bersuara perlahan ditelinga Sofi.
Sofi diam. Dia memusingkan badan mengadap Haikal sambil memejam mata. Tak elok
tidur membelakangkan suami. Walaupun suami aku masih budak!
“Sofi” bisik Haikal ditelinga Sofi. Tangan
dia masih melekat pada pinggang ramping milik Sofi.
“Hurmm”mata Sofi masih tertutup. Malas nak
bukak mengadap muka budak depan dia ni.
“Bukak la mata tengok Karl.”
Perlahan mata dibuka. Anak mata coklat
milik Haikal ditenung. Haikal senyum mengoda membuatkan meremang bulu roma
Sofi.
“Sofi, Karl tahu Sofi hanya anggap Karl
sebagai seorang adik. Tapi Karl nak Sofi tahu yang Karl tak pernah pun anggap
Sofi kakak Karl. Sebab Karl nak Sofi jadi isteri Karl. Karl dah lama cintakan
Sofi. Dah lama Karl tunggu saat ni. Saat Sofi jadi milik Karl.” Haikal berkata
seakan-akan berbisik yang hanya didengari
mereka berdua. Pipi mulus milik Sofi
diusap lembut.
Anak mata Sofi mula bergenang. Perempuan
mana yang tak cair dengar pengakuan ikhlas dari seorang lelaki. Apatah lagi
lelaki tu merupakan rebutan gadis.
‘Sofi dah lama tahu Karl’. Sejak Sofi
disekolah menengah lagi dia dah tahu Haikal suka dia setelah diberitahu oleh
Adam, kawan baik Haikal. Tapi Sofi tak pernah ambil serius pun sebab dia ingat
suka Haikal mungkin hanya sebagai seorang kakak. Tapi majlis pagi tadi baru dia
tahu dari Adam. Adam kata dia bertuah dapat Haikal. Haikal sangat cintakan dia
sejak sekolah dan setia hanya pada Sofi walaupun ramai gadis disekolah dia
ingin menjadi pasangan Haikal namun ditolak Haikal secara baik.
Bila teringat semua tu air mata yang
ditahan, keluar juga. Rasa terharu bila ada seorang lelaki yang sangat setia
dan cintakan kita.
“Sofi, kenapa menangis?” Soal Haikal pelik.
Sofi hanya mengeleng. “Karl.”
Air mata Sofi dikesat Haikal dengan ibu
jari. “Hurmmm”
Tangan Haikal digengam Sofi. “Bagi Sofi
masa untuk terima Karl dalam hati Sofi sebagai suami Sofi boleh?” lembut suara
Sofi bertanya. Haikal tersenyum.
“Boleh sayang. Karl janji, Karl akan terus
setia dan cintakan Sofi sampai akhir hayat Karl. Dan Karl sangup tunggu Sofi
lafazkan kata cinta Sofi pada Karl selama mana pun masa yang Sofi perlu” Ucap
Karl dengan senyum.
Badan Haikal dipeluk Sofi erat.
++++++
Zila berlari-lari anak kearah Sofi yang
berada di meja paling hujung didalam perpustakaan. Dari jauh lagi dia nampak
Sofi tekun menaip laporan dikomputer.
“Sofi!” tercungap-cungap Zila menyebut nama
Sofi. Fuh! Penat kot berlari dari asrama ke perpustakaan semata nak panggil
Sofi. Ikutkan hati ingat nak buat tak tahu jer. Tapi bila fikirkan yang Sofi ni
kawan baik dia, sanggup jer la.
Sofi menoleh kekiri. “Kau kenapa ni? Baru
lepas lari pecut ke ape?”
“Kecoh weh! Suami kau tu macam gula tahu!
Menarik minat awek-awek gedik kat asrama kita tu” dengan semangat Zila
bercerita.
“Apa kau merepek ni?” pening aku. Tetibe
jer cerita tentang Haikal ni kenapa?
Zila tepuk dahi. “tu Haikal kau tu ada kat
asrama kita nak jumpa kau. Dah dua jam dia tunggu”
“Aik kenapa dia tak telefon aku?”
“tengok sikit handphone kau kat mana?”
Sofi selongkar beg mencari handphone dia.
Tak jumpa!. Muka Zila dipandang.
“Handphone kau tinggal kat atas meja kat
bilik. Nasib baik aku dengar, so, aku angkat la. Dia cakap dia dah ada kat
bawah nak jumpa kau. Aku suruh cari kat library tapi dia kata dia tak tahu
library kat mana. Tu aku datang ni” terang Zila. Sofi dah ternganga. Kesian
Karl.
“Jom”
Barang-barang dikemas masuk dalam beg. Sofi
dan Zila jalan beriringan balik keasrama.
“Kau tahu. Ramai gila awek gediks tu
menebeng kat tepi tingkap bilik nak tengok laki kau.” Zila dah mula nak buat
gosip.
Sofi hanya mendengar. Dah faham sangat dah.
“Dia naik Ducati kau tahu! Dengan pakai
baju kemeja putih dia lagi. Bapak handsome!” puji ZIla. Sofi dah mula membara
dalam hati.
“Woi, laki aku la!” marah Sofi sambil cubit
manja pingang Zila.
“Hahhaha, sakit la. Gurau pun tak boleh.
Tapi memang betul. Handsome gila Karl weh!” bersungguh sangat Zila bercerita.
Sofi memandang
lelaki yang memakai kemeja polo putih yang berdiri disebelah motor Ducati putih
sambil kelek helmet. Nampak sangat Karl dah berpeluh panas sebab berdiri dua
jam bawah matahari. Tapi kenapa dia nampak sangat bergaya ek? Aduh hati! Behave
please.
Tapi sakit pulak
hati tengok ‘awek gediks’ bak kata Zila sedang tekun memandang suami dia macam
nak terkeluar biji mata. Hampeh! Laki aku la tu!
“Aku naik dulu.
Kau jumpa la dia.” Zila berkata sambil terus berlalu dari situ.
Perlahan-lahan
Sofi berjalan kearah Haikal. Haikal yang hanya menunduk memandang handphone masih
tak perasan kehadiran Sofi.
“Sorry”
Haikal
mengangkat muka. Dia pamer senyum manis pada Sofi yang dah buat muka serba
salah.
“kenapa kata
sorry?” lembut Haikal bertanya. Muka Sofi dipandang lama. Tak berkalih. Dia
rindu Sofi. Dah sebulan Sofi tak balik rumah sebab kena pergi camping la, jadi
fasilitator la, sekarang ni final exam pulak.
Haikal dah masuk
universiti di Selangor. Dah tahun dua, manakala Sofi pulak dah tahun akhir.
Selama mereka berkahwin semua peraturan yang Haikal buat dulu masih diikut
sampai sekarang. Cuma rule no tiga tu baru jer Sofi langar sebab dia kena ikut
program wajib universiti yang menyebabkan dia sangat sibuk dan tak sempat nak
balik rumah jumpa Haikal. Lagipun Haikal pun dah mula sibuk dengan belajar.
“Sorry sebab
buat Karl tunggu lama. Sofi tertinggal phone kat bilik. Sorry karl” tangan
Haikal digapai Sofi lalu salam dan cium. Perkara biasa dibuat setiap kali jumpa
Haikal. Biar terkeluar bijik mata ‘awek gediks’ tengok Haikal tu aku punya.
Muahahha.
“Tak lama pun.
Karl datang sebab rindu Sofi. Jom keluar”
“Pergi mana?”
“Mana-mana saja.
Asalkan tempat yang boleh Karl peluk dan cium Sofi. Karl rindu kat Sofi” Haikal
berkata selamba.
Sofi terlopong.
Eiii… tak malu betul! Tangan dia laju saja memukul lengan Haikal. Haikal tergelak
besar. Kelakar tengok muka merah Sofi.
‘Sofi pun rindu
Karl’ luah hati Sofi. Dia rasa macam nak terkam saja Karl yang berada didepan
mata. Rindu sangat. Rindu nak peluk Haikal setiap kali tidur. Rindu nak dengar
night story Karl sebelum tidur. Rindu nak dengar Karl cakap dia sangup tunggu
Sofi lafaz kata cinta setiap kali sebelum tidur. Karl! Sofi dah mula cintakan
Karl!
******
“Karl kenapa
kita kat sini?” Sofi pandang Karl yang ashik memandang air terjun dihadapan
mata. Tangan Haikal erat memeluk pingang Sofi yang duduk disebelah dia.
“Nak tenangkan
fikiran”
“tapi kenapa
sampai nak check in resort pulak?”
“Nak habiskan
masa dengan Sofi” jawab Haikal tapi mata masih tak berkalih dari melihat orang
bermandi manda dibawah air terjun.
“Jom” Haikal menarik Sofi untuk bangun. Mereka
berjalan masuk kedalam bilik untuk berehat.
“Sofi”
“Ya”
“Kenapa diam jer
ni? Selalu banyak mulut sampai tak cukup masa nak bercerita” Tanya Haikal
sambil memandang Sofi yang duduk termenung sambil bersila diatas katil.
Sofi garu
kepala. Err… nak cakap ke ek? Ke tak payah? Tapi rasa macam dah tak sangup nak
simpan kat dalam hati lagi. Kena luah baru lega.
“Sofi!”
“Huh?”
“Termenung pulak
dia. Dengar tak Karl tanya ni?” Haikal melabuh pungung sebelah Sofi diatas
katil. Mata
terhala kearah TV yang sedang menayangkan cerita Upin Ipin. Kartun
sunguh.
“Karl” Sofi
menyebut nama Haikal lembut. Tangan Haikal dicapai. Haikal angkat kening pelik.
Tak pernah Sofi pegang tangan dia macam ni selain untuk bersalam. Selalu dia
yang pegang Sofi dulu.
“Karl, Sofi nak
bagitahu sesuatu ni” tangan Haikal diusap lembut. Dengan nada suara Sofi yang
agak lain dari biasa petang ni membuatkan Haikal rasa pelik teramat. Suara Sofi
macam lembut plus romantik sangat kedengaran ditelinga dia. Rasa nak buat benda
lain pulak kat Sofi ni dibuatnya.
“Apa?” tak
terdengar soalan Haikal. Sebab suara dia macam dah tengelam kat anak tekak.
Muka Sofi
memerah. Rasa malu terus menerjah. Err…
“Sofi…Sofi..sofff…”tergagap-gagap
Sofi nak berkata.
“Sofi what?”Haikal bertanya dengan tidak sabar.
Kenapa dengan Sofi harini?
Tangan kanan
Haikal mengelus lembut pipi Sofi. “Sofi nak cakap apa ni?”
Sofi terkaku.
Tangan Haikal yang ada dipipi dia buat dia rasa nak sayu. Dapat rasa kasih
sayang Haikal yang mengalir. Sofi mendongakkan muka untuk menatap anak mata
Haikal.
“Karl, Sofi…
Soofffiii cintakan Haikal!” senafas Sofi bersuara. Sofi rasa lega dah luahkan. Serentak
itu tangan Haikal yang asyik mengelus pipi Sofi terhenti.
“What? Come
again. Tak dengar” Haikal bertanya pantas. Dia rasa dia tak salah dengar kan?
Sofi tarik nafas
perlahan. Pipi Haikal dicium sekilas sebelum dia cakap…”Sofi cintakan Haikal.
Sofi sayangkan Haikal”
Hah? Haikal
terlopong. Muka Sofi yang memerah dan menunduk itu dipandang tak berkelip.
Ya Allah! Usaha
aku dan kesabaran aku berbaloi!!!
“Karl, please
say something. Jangan diam jer”
Sofi geram. Dia
dah luahkan nak dekat lima minit Haikal still tak cakap apa-apa.
Haikal tersedar
dari mengelamun.
“Huh? Errr…
thanks” tak tahu nak cakap apa. Dalam hati dia hanya bersyukur pada tuhan.
Selalu dia nak make a move dulu kat Sofi. Macam setiap malam sebelum tidur dia
yang akan cium dahi Sofi then say I love you and will wait for you bagai. Tapi
hari ni bila Sofi dah luahkan rasa macam tu malu la pulak. Adoiii.
Hah? Thanks jer?
Buat malu aku jer la confess kat dia. Dia bukan nak hargai pun. Padahal setiap
malam kata cintakan aku. Cis! Buat malu tujuh keturunan sungguh la kau ni
Sofi!! Malas la macam ni.
Sofi tarik
muncung itik. Kecewa dengan respon Haikal. Dia bangun dari katil untuk keluar
ambik angin kat air terjun dan nak hilangkan malu sikit depan Haikal.
“Eh? Nak pergi
mana?” Haikal bertanya. Pergelangan tangan Sofi digengam.
“keluar” sepatah
Sofi menjawab. Merajuk!
“La, takkan
macam tu jer. Baring-baring la dulu. Tengok cerita kartun.”
Ajakan Haikal
membuatkan air mata Sofi bergenang dan menitis dipipi. Kartun? Tak lawak okey!
Rasa tak dihargai gila bila susah payah dia jatuhkan ego confess kat Haikal.
Haikal cakap macam tu jer. Huh! Lepas ni jangan harap nak cakap lagi.
Tersentak Haikal
bila tengok Sofi menangis. Dengan segera dia menarik Sofi kedalam pelukan.
Membuatkan Sofi makin teresak jadinya. Dia faham. Mesti Sofi rasa malu dan
sedih dengan respon dia tadi.
“Sofi, look at
me” muka Sofi yang menunduk didongakkan untuk memandang wajah Haikal.
Air mata Sofi
yang masih bersisa dipipi dikesat lembut. “No more tears please”
“Its hurting me
a lot”lembut suara Haikal kedengaran ditelinga Sofi.
“Sofi, thanks
sebab bukak hati Sofi untuk Karl. Karl sangat terkejut dan gembira sampai tak
tahu nak cakap macam mana. Karl janji! Karl takkan buat Sofi menangis lagi.
Okey?”
Sofi menganguk kecil.
“You don’t love me anymore right?”
Haikal
terpinga-pinga dengan soalan Sofi. “No! still love you. Kenapa Sofi cakap macam
tu?”
“Karl tak cakap
pun Karl love me today” dengan suara manja Sofi menjawab. Haikal tarik sengih
nakal.
Hahahha. Sofi!!! You are soooo cute!
Muka innocent
Sofi dipandang Haikal nakal. Dengan suara mengoda “ I love you Sofi! Love you
till Jannah” badan Sofi dipeluk erat oleh Haikal. Bibir mereka bertaut rapat
sebelum keduanya melayari bahtera cinta. Ceeewaaahhh ayat aku!
*****
Sofi dah habis
belajar dekat dua bulan yang lepas. Sofi pun dah mula kerja dekat syarikat
guaman kawan papa. Dan duduk gilir-gilir balik rumah mak ayah Haikal dan rumah
mak ayah Sofi. Haikal pulak dasar suami manja plus anak manja so, setiap minggu
mesti balik rumah. Kata rindu dekat Sofi la, dekat ibu la, dekat mama la.
Macam-macam Haikal tu.
Sofi mengeleng
kepala perlahan sambil tersengih. Lucu bila teringat Haikal yang manja tu.
Walaupun kadang-kadang pamer sikap yang matang. Tapi bila datang gedik Haikal
tu. Ya ampun! Penat nak layan.
“Hai, tersengih
tu kenapa? Ingat suami la tu” tegur Zul rakan sepejabat Sofi. Zul senior Sofi
dekat syarikat guaman ni. Dan sering membantu Sofi dalam kerja membuatkan Sofi
rasa senang nak berurusan dengan dia.
“Mana ada. Kau
nak pergi mana ni?” tanya Sofi bila nampak Zul yang dah siap kemas-kemas meja
dia.
“Makan la apa
lagi. Jom! Zila tak datangkan?”
Aduh! Lupa pulak
dah waktu lunch. Sofi serba salah. Walaupun dia dah dua bulan kerja dekat situ
tapi dia tak pernah keluar makan dengan lelaki. Selalunya dia keluar makan
dengan Zila yang turut kerja disitu. Tapi harini Zila tak datang sebab sakit.
“err… okey la.
Jom”
Restoran Ali
majeed penuh dengan orang yang juga turut nak isi perut yang lapar. Sofi dan
Zul mengambil tempat disebelah kiri restoran.
Belum pun sempat
Sofi nak melabuh duduk, dia ternampak motor Ducati putih sebijik macam Haikal
punya lalu depan restoran tempat dia makan dan berhenti dikedai runcit
serbaneka disebelah. Yang paling buat Sofi sentap, Haikal bonceng dengan
perempuan ramping berambut lurus panjang.
Siapa? Sofi rasa
lain macam. Rasa… rasa nak jer dia pergi terjah budak dua ketul tu. Biar
tekujat Haikal kat situ. Sofi tahan sabar. Bibir diketap kuat. Zul yang masih
sibuk memilih lauk tidak diendahkan. Dari jauh Sofi tengok perempuan tu
mengedik bergesel dengan lengan Haikal. Lepastu perempuan tu siap tarik tangan
Haikal suruh bukakkan helmet dia. Cis! Aku pun selama ni bukak helmet sendiri
je!.
“Sofi, pergilah
ambil nasi tu” Zul datang dengan sepingan nasi dan air. Dia melabuh duduk
dihadapan Sofi. Sofi yang dari tadi pandang Haikal dan awek gedik tu berpaling
memandang Zul. Selera makan dia bukan dah mati sebab tengok adegan romantik dua
ketul tu, tapi makin bertambah pulak bila rasa marah ni. Dengan laju Sofi
bangun dan turut mengambil nasi sepingan penuh.
Fuh! Kenyang.
Dirumah, petang
tu Haikal balik. Tapi tidak seperti hari biasa. Selalunya Sofi akan sambut dia
didepan pintu tapi harini, Sofi tak ada. Haikal naik kebilik. Sakit kepala dan
rasa mual yang menyerang dia sejak kemarin masih tak hilang. Entah apa yang dia
salah makan pun tak tahu. Rasa nak muntah jer dari semalam.
Haikal bukak
pintu bilik. Dia ternampak Sofi sedang tidur dengan pakaian kerja yang tak
bertukar lagi. Dia mengeleng kecil. Mesti Sofi penat sangat.
“Sofi, bangun.
Karl dah sampai” bahu Sofi digoncang lembut. Sofi membuka mata.
Muka Haikal
langsung dia tak pandang, terus dia pergi kebilik air dan mandi. Nak segarkan
badan.
Haikal yang
tengok perlakuan Sofi angkat kening pelik. Sofi marah dia ke?
“Sofi” panggil
Haikal. Sejak petang tadi sampai dah nak tidur malam ni, dia dan Sofi tak
bertegur. Sofi macam menjauhkan diri sampaikan mama dan papa pun siap angkat
kening tanya dia. Dia hanya angkat bahu. Sebab memang dia tak tahu kenapa.
“Sofi, Karl ada
buat salah ke?” Haikal mencuba nasib lagi lepas Sofi hanya diam tak menyahut
panggilan dia tadi. Dah la sakit kepala tak hilang lagi. Bila tengok perangai
Sofi malam ni bertambah sakit jadinya.
“Sofi! Kalau Karl
tanya boleh tak jawab!” suara Haikal meninggi. Pertama kali dia naik suara pada
Sofi.
Sofi terkejut.
Laju terus air mata menitis. Sentap!
Haikal ketap
gigi. Tahan sabar. Kepala yang berdenyut tiba-tiba dipicit perlahan sebelum
merebahkan diri disebelah Sofi diatas katil. Sofi yang teresak menangis
diendahkan sekejap.
Sepuluh minit
keadaan diam tak berbunyi. Hanya bunyi esak tangis Sofi jer yang dengar. Tangan
Sofi yang dicapai Haikal lalu digengam kemas.
Ni je cara nak
pujuk Sofi balik. Dengan pegang tangan dia dan tatap mata Sofi. Gerenti Sofi
cair.
“Sofi, Karl
mintak maaf. Bukan niat nak marah Sofi, tapi Karl penat harini. Dengan sakit
kepala lagi dengan rasa nak muntah lagi. Tetibe balik tengok Sofi tak nak cakap
dengan Karl. Kenapa Sofi? Karl ada buat salah ke?” Haikal memujuk lembut. Sofi
dah tersedu sedan menangis. Kepala Sofi paling dari memandang muka Haikal.
“Sofi nampak
Karl dengan perempuan lain. Siapa dia? Awek ek? Oooo.. mentang-mentang Sofi dah
serah cinta dengan badan Sofi dekat Karl. Karl terus cari perempuan lain yang
lagi cantik dari Sofi kan? Sampai hati Karl. Karl kata nak setia. Tapi karl ti…”
“Apa Sofi cakap
ni!” tinggi suara Karl bertanya. Belum sempat Sofi habis cakap Haikal dah
memotong.
Sofi menangis
lagi. Kena tengking lagi dia. Sedih la macam ni.
“Sofi ingat Karl
ni apa!? Sofi ingat Karl kahwin dengan Sofi sebab nakkan badan Sofi jer ker?
Sofi ingat Karl kahwin dengan Sofi sebab nafsu jer ke? Sampai hati Sofi tuduh
Karl macam tu”
Habis jer Haikal
cakap, dia terus bangun dari katil. Tak sangup nak padang muka Sofi. Dia
kealmari baju. Bersiap nak pergi balik rumah ibu.
Sofi terpinga.
Ya Allah, apa aku cakap ni. Berdosa Sofi!!! Berdosa! Berdosa buat suami marah.
“Karl, Sofi
mintak maaf. Sofi terle..”
“Diam! Karl
kahwin dengan Sofi sebab cintakan Sofi bukan sebab badan Sofi. Kalau ya Karl
kahwin dengan Sofi sebab nafsu. Karl takkan tunggu Sofi sampai setahun. Malam
kahwin kita tu jer Karl boleh terus tuntut hak Karl. Fikir lah Sofi… Fikir!”
Kunci motor yang berada diatas meja kerja diambil kaki diatur melangkah kearah
pintu.
Sofi
tergesa-gesa bangun dari katil nak halang Haikal. Air mata dah bercurah keluar.
“Karl. Sorry
Karl. Jangan pergi!”
“Argh!!!!” Sofi
menjerit. Kaki dia tersadung dengan kaki sofa yang berada didepan katil lalu
jatuh tersembam kelantai. Argh! Sakitnya. Serta merta tangan Sofi memegang
perut.
“Sofi!” Haikal
meluru kearah Sofi. Sofi yang meneletang diangkat keatas katil. Muka Sofi yang
berpeluh menahan sakit dan memerah menyebabkan dia cemas.
“Karl, sakit
Karl” Sofi mengadu tangan memeluk leher Haikal.
“Kejap nak
tengok. Apa basah ni” kata Haikal perlahan. Tubuh Sofi diletakkan berhati-hati
diatas katil. Tangan yang terasa basah dilihat.
Huh? Daa…darah?
Laju dia menoleh kearah muka Sofi, Sofi sedang memejam mata sambil tangan
diperut. Dia pandang pula pada bahagian bawah badan Sofi. Ternampak darah
meleleh turun dari peha Sofi ke betis. Darah?
“Karl. Sakit!!!”
Sofi menjerit lagi. Rasa mencucuk kat perut.
Apa aku nak buat
ni? Haikal berlari keluar dari bilik. Bilik mama dan papa diketuk bertalu-talu
macam nak roboh.
“Kenapa ni
Haikal?” tanya papa cemas.
“Pa! Sofi!
Darah!” Haikal mengelabah.
Berlari mama dan
papa kebilik Sofi. “Haikal dukung Sofi. Kita bawa kehospital. Biar papa siap
kejap.”
*****
Haikal mundar
mandir didepan wad kecemasan. Dah nak dekat satu jam dia tunggu. Doctor tak
keluar juga.
Mama dan ibu siap berpeluk bahu mengalirkan kekuatan. Papa dan
ayah tadi kata nak pergi kafe nak belikan minuman. Baju dia yang berlumuran
darah Sofi masih tak bertukar. Dia takkan tinggalkan Sofi lagi.
Doktor perempuan
lingkungan 40-an keluar dari wad kecemasan. Meluru Haikal kearah doctor tu.
“Doktor, macam
mana dengan Sofi?”
“Alhamdulillah,
kami dah dapat memberhentikan bleeding dia. Kandungan dia juga dapat
diselamatkan.”
Haikal, ibu dan
mama tercengang. “Kandungan?” mama bertanya.
“Ya, Puan Sofi
mengandung dah dua bulan. Cuma kandungan dia masih awal. Mungkin dia tak
perasan dengan kitaran haid dia. Saya harap, puan-puan dan encik dapat jaga dia
dengan baik. Sebab takut bleeding lagi yang boleh menyebabkan keguguran.”
Haikal terduduk.
Ya Allah… terima kasih.
“Terima kasih
doktor”
“Hah! Dengar tu
Karl. Jangan nak buat Sofi stress dengan perangai manja kamu ni. Dah nak jadi
bapak orang dah tu. Jaga Sofi baik-baik.” Ibu tersenyum lebar sambil menepuk
bahu Haikal. Haikal hanya menganguk lemah.
Dia nak jumpa
Sofi.
Pintu wad
ditolak kedalam. Dia nampak Sofi terbaring lemah diatas katil. Dengan wayar
yang mengalirkan darah kedalam badan Sofi lagi. Dia nampak Sofi muka pucat. Dia
sedih. Tak sanggup nak tengok Sofi tak
bermaya macam ni.
Tangan Sofi yang
lemah digenggam lalu dikucup lembut. Air mata yang bertakung sejak tengok
keadaan Sofi mengalir jugak.
Sofi tersedar.
“Karl…” lemah
suara Sofi memanggil. Haikal senyum.
“Ya, sayang”
tangan Sofi dikucup lagi.
“kenapa
menangis?”
Haikal
mengeleng. Tangan Sofi dikucup lagi. Dia sayang Sofi.
“Karl, Sofi
mintak maaf” Sofi bersuara perlahan. Suaranya seakan nak menangis. Rasa
bersalah sebab tuduh suami macam tu. Ni kot balasan tuhan buat suami berkecil
hati.
Haikal hanya
mengeleng kecil sambil tersenyum.
“Sofi… tak ada
niat nak cakap Karl macam tu. Sumpah! Sofi sayang Karl. Sofi mintak maaf” air
mata Sofi mengalir.
“Karl maafkan.
Salah faham jer tu. Perempuan tu kawan universiti Karl. Sumpah! Sofi… Karl tak
suka pun kat dia. Karl Cuma tolong dia. Dia kata nak pergi kedai nak beli
barang. Alang-alang Karl nak pergi jugak, Karl tumpangkan jer. Tak sangka dia
mengedik dekat Karl. Karl mintak maaf sebab tengking Sofi.” Tangan
Sofi dikucup
Haikal lagi.
Sofi senyum
kecil. Tangan sebelah kanan pula
mengusap rambut Haikal lembut.
Serentak itu
mama, papa dan ibu ayah Haikal masuk kedalam bilik. Muka masing-masing ceria
semacam walaupun jam dah menunjukkan pukul 2 pagi.
“Papa dengar
cerita, tak lama lagi kitorang dah nak dapat cucu.” Papa senyum makna memandang
Sofi. Sofi yang tak tahu apa-apa, terpinga-pinga.
Yang lain gelak
melihat riaksi Sofi. Haikal hanya tersengih.
“Sofi, lepas ni
jangan buat kerja berat-berat lagi. Jaga kandungan tu elok-elok” pesan mama.
Ibu yang berdiri sebelah Sofi mengusap kepala Sofi lembut.
“kandungan?”
tanya Sofi pelik. Muka mama, ibu, ayah, papa dan Haikal dipandang silih
berganti.
“Sofi dah
mengandung dua bulan” Haikal menjawab.
Sofi dah
terlopong. Erk? Dua bulan?
“okey la,
kitorang balik dulu dah pukul 2 pagi dah ni. Biar Haikal yang teman kamu malam
ni ye Sofi”
Sofi dan Haikal
hanya menganguk.
***********
Semua dah pulang
hanya tinggal Haikal yang setia menemani Sofi. Masing-masing hanya diam.
“Karl, kena..”
“Wuek!” berlari
Haikal kearah bilik air untuk muntah. Sofi dah tercengang.
“Karl! Okey
tak?” jerit Sofi dari atas katil. Bunyi air dalam bilik air dan pintu terbuka
dari dalam oleh Haikal. Muka Haikal pucat. Longlai dia jalan kearah sebelah
katil Sofi.
“Karl okey tak?”
tanya Sofi.
Haikal hanya
mengangguk. Kepalanya yang kembali sakit dan tekak rasa mual datang balik.
Kepala direbahkan berbantalkan lengan disebelah Sofi. Sofi yang kesian tengok
keadaan Haikal hanya tersengih lalu mengurut perlahan kepala Haikal dengan
tangan kiri.
Haikal kena
morning sickness ibu mengandung ke ni? Muahahha. Aku relaks jer. Dia yang kena.
Ni nak sayang Haikal lebih ni.
“Karl.. sakit la
tidur macam tu. Baring kat sini meh” pelawa Sofi. Kesian tengok keadaan Haikal
yang tidur sambil duduk disebelah dia.
Haikal bangun
dari kerusi. Katil single hospital dipanjat lalu baring mengiring memeluk Sofi.
Sofi tersengih. Tangan mengurut perlahan kepala Haikal.
Aku yang sakit
sekarang ni. Alih-alih kena jaga dia pulak.
“Karl. Sejak
bila muntah-muntah ni?’
“Dua hari lepas”
jawab Haikal. Pipi Sofi dicium sekilas sebelum dia menyembamkan muka didada
Sofi.
“Karl kena
morning sickness kot. Sofi tak rasa apa-apa pun”
Haikal angkat
muka pandang Sofi yang tersenyum manis. Muka pucat Haikal dielus lembut oleh
Sofi.
“Tu tandanya…
Karl sayang Sofi tahu!” usik Haikal sambil kepit hidung Sofi. Sofi tergelak
kecil.
“Tahu la!”
“Thanks Sofi
sebab mengandungkan anak Karl”
“Kalau bukan
Sofi siapa lagi. Lainlah kalau Karl nak kahwin lain. Ye la… Sofi nikan dah tua”
usik Sofi.
“Tak. Sofi
sorang jer yang akan lahirkan anak Karl. Umur Sofi jer yang makin tua tapi
perangai macam budak-budak. Buat Karl pening jer nak pujuk kalau dia merajuk.”
Sofi tersengih.
Memang betul pun. Berbunga hati dengar ayat Karl. Dasar mulut manis betul budak
ni. Suami siapa la tu.
*****
Suara tangis
Hafie Shazwan bergema kuat sampai menarik perhatian orang ramai yang berada
diluar dewan tersebut. Sofi mengemaskan dukungan Hafie. Dia meluru kearah surau
wanita yang tidak ramai orang untuk menyusukan Hafie. Senyap terus Hafie bila
dapat susu.
Ibu dan ayah masih didalam dewan untuk melihat Haikal ambil scroll.
Harini secara rasminya Haikal dah tamatkan ijazah sarjana mudanya.
Hafie Shazwan
bin Haikal Danial. Anak mereka berdua yang dah berusia setahun lebih. Siap
menyusu, Sofi mengemaskan letak baju yang terselak. Hafie tergelak bermain
dengan permainan yang berada ditangan. Dah kenyang la katakan. Ceria habis.
Dari Jauh Sofi
yang mendukung Hafie nampak Haikal keluar dari dewan dengan diiringi ibu dan
ayah. Mama dan papa tak dapat hadir sama sebab menunaikan umrah. Hanya ucapan
tahniah yang dititipkan dari sana kepada Haikal.
Haikal meluru
kearah Sofi dan Hafie.
“Hai, anak papa.
Gembiranya dia” pipi montel Hafie dicubit manja. Geram sangat. Hafie yang
sememangnya manja dengan Haikal meronta-ronta nak Haikal dukung.
Sofi hanya
tersenyum. Hafie diberi kepada Haikal. Pipi gebu milik sikecil dicium bertalu
oleh si papa.
“Sofi, hadiah
Karl mana?”
Sofi blur.
Hadiah apa pulak ni? Bukan semalam dah bagi ke?
“Berapa banyak
hadiah Karl nak ni?” tanya Sofi. Muka sengih nakal Haikal dipandang.
“Harini Sofi tak
bagi hadiah dekat Karl lagi. Dekat sini.” Jawab Haikal sambil menunjukkan pipi
kanan dia.
Cis! Kat depan ibu ayah jugak la dia mintak. Buat malu jer. Pingang
Haikal dicubit Sofi. Geram!
Haikal, ibu dan
ayah tergelak besar. Hafie yang tengok papa dia tergelak turut mengekek sama.
“Dah jom ambil
gambar” ujar ayah sambil menghulurkan kemera kepada seseorang untuk membantu
mengambil gambar mereka sebagai kenangan.
Dalam hati
Haikal. Dia berbisik…”Ya Allah, terima kasih menghadiahkan Sofi dalam hidup
aku. Terima kasih dengan adanya Hafie menceriakan hidup kami sekeluarga. Terima
kasih dengan kasih sayang yang Kau beri dalam hidup kami. Semoga aku terus
setia dan mencintai Sofi dalam hayat aku.”
Dalam hati Sofi.
Dia berbisik… “Terima kasih Ya Allah hadirkan rasa cinta dalam diri aku kepada
Haikal. Sesungguhnya perancangan Kau adalah yang terbaik.”
Pada mulanya
dimata dia Haikal hanya seorang adik yang memerlukan kasih sayang seorang
kakak. Itu yang Sofi rasa. Dan sebab itu dia tak boleh terima Haikal sebagai
seorang suami. Namun, hati manusia ditangan Allah. Dia yang membolak balikkan
hati kita dan dia yang menenangkan hati kita. Terimalah sesuatu perkara dengan
redha. Nescaya, kita akan rasa manisnya keredhaan dikemudian hari.
“Karl, Sofi
sayang Haikal Danial” bisik Sofi perlahan ditelinga Haikal membuatkan Haikal
tarik senyum lebar sambil cium dahi Sofi. Lalu dahi Hafie turut dihadiahkan
cium kasih.
- ------------> Fuh… rasa macam berat hati nak
post cerita ni… hehehhee…