“Cinta antara kita, tiada
penghalangnya…” Suara Adel yang melalak bagai nak rak menyanyikan lagu ‘Cinta
antara kita’ dari kumpulan Duta dan Baizura Kahar terganggu bila…
Buk!
“Adoi!, woi apa ni main
baling-baling bantal pulak ni” Adel pandang muka tak bersalah Zek yang sedang
berada diatas katil dengan buku rujukan tebal dia tu.
Zek tayang sengih sinis.
“Kau kalau nak menyanyi, nak
berkaraoke ke, apa ke, bukan kat bilik ni! Nak pecah gegendang telinga aku la
dengar kau menyanyi.” Zek buat luahan perasaan yang dia tahan selama ni. Nak
pecah gegendang telinga dia dengar si Adel ni menyanyi. Lepas satu lagu,
sambung lagi satu lagu. Adoi dah macam kat pusat karaoke je gayanya. Dia nak
study pun payah.
Adel bangun dari kerusi dimeja
belajarnya. Buku clinical anatomy ditutup sebelum duduk dengan selambanya
dikatil Zek.
“Kau tahu, muzik ni menenangkan jiwa
tahu. Orang stress pun kalau dengar lagu hilang stressnya.” Adel berkata penuh
semangat sambil menepuk bahu Zek. Zek mencebik. Hilang stress la sangat! Aku
makin stress je dengar dia menyanyi.
“Eh, kau jangan nak kutuk aku dalam
hati kau ek. Aku tak boleh ar belajar tak dengar lagu. Nanti aku mengantuk. Kau
tahu la kan aku macam mana” Adel buat muka comel harap sangat Zek faham.
Zek mendengus geram “Cara belajar
kita memang berbeza! So, kau pergilah bilik study ke, library ke, mana-mana
tempat ke selain bilik kita ni. Sebab aku nak study pun payah gila kau tahu!”
Adel terdiam. Sampai hati Zek buat
aku macam ni. Selama ni study dengan dia okey je. Alih-alih semester last ni
baru dia nak halau aku suruh study tempat lain. Sampai hati!
“Selama ni okey je asal sem ni tak
boleh pulak?” Adel bersuara perlahan.
Dia tahan perasaan untuk menangis. Sentap bila kawan sendiri dah tak nak study
sama-sama.
Zek mengeluh perlahan. Alahai,
touching la pulak minah ni. “Bukan la, aku gurau je. Tapi, slowkan sikit volume
suara kau tu ek. Harap je pakai earphone tak nak ganggu orang la konon. Tapi
suara kau tu yang menganggu. Kalau dengar je tak menyanyi sekali tak boleh ke?”
Adel senggih. Hahaha. Saja buat-buat
touching terlebih. Kepala digeleng-gelengkan. Tanda tak boleh. Dia nak jugak
menyanyi sekali!. Zek tepuk dahi.
Alahai! Suka hati kau la Adel.
Zek menyambung pembacaannya yang
tergendala tadi. Adel yang masih berada disisi dia sedang termenung.
“Zek, kau minat tak lelaki yang pandai
main piano? Mesti smartkan!” kat dalam otak Adel dah terbayang-bayang lelaki
kacak sedang main piano yang ditujukan khas untuk dia. Wah! So sweet!
Zek diam. Dia pun duk bayang benda
yang sama. “ memang ar smart. Tapi Khalif aku tu mana reti main piano.”
Khalif, tunang Zek sejak dua bulan
lepas. Adel tergelak. Hahaha. “Kalau kau paksa dia belajar boleh ke?” Zek
terlopong. “kau gila! Mahu dia tinggalkan aku. Diakan mana suka main
benda-benda muzik ni.” Zek berkata sambil tutup buku dia. Kalau Adel dah ajak
berborak mana boleh berhenti.
Adel gelak beria lagi. “A’ah la.
Khalif tu kan nerd! Asyik dengan buku engineering dia je”
Zek ketuk kepala Adel sambil buat
muka marah. Amboi sedapnya mengata tunang orang.
“Sorry..sorry” Adel senggih
bersalah.
“Zarif reti main piano?” Zek angkat
kening kat Adel.
Adel garu kepala. Haila. Mamat tu.
Zarif, orang yang istimewa bagi
Adel. Tapi pelik sikit kisah diorang ni. Adel dan Zarif hanya berhubung melalui
mesej dan tak pernah berjumpa. Zarif ni pulak jenis yang ‘Alim’ la jugak sebab
dia lepasan Darul Quran. Sekarang sedang ambil ijazah diuniversiti yang sama
dengan Adel dan Zek. Selalu jugak Adel terserempak dengan Zarif, tapi Zarif tak
tahu pun muka Adel macam mana, ye la dia mana pernah nak selongkar Facebook
Adel nak tengok gambar Adel. Adel jer setiap hari duk tatap gambar mamat tu.
Adel yang start kacau hidup Zarif
dulu sebenarnya. Adel dapat nombor telefon Zarif dari kawan sekolah menengah
dia yang juga merangkap kawan Zarif. Hahaha. Rumit nak diceritakan disini.
Sejak dapat nombor tu dari lepas spm lagi sampai la sekarang hampir 5 tahun
diorang berhubung tapi hanya melalui mesej dan facebook sahaja. Dan selama ni
Adel je la yang tegur Zarif dulu. Hampeh punya lelaki! Heartless betul! Tak
tahu ke kalau perempuan selalu kacau dia tu tanda perempuan tu minat! Okey! Zek
mula emo!
“Tak, hari tu aku tanya dia kat
mesej, macam ni aku tanya ‘kau reti main piano tak?’ dia pun reply la ‘tak,
kenapa tanya?’ aku pun reply pulak la ‘ saja, macam smart je lelaki main piano.
Aku suka ar tengok!’ kau tahu tak dia cakap apa kat aku?”
Zek angkat kening. “apa dia reply?”
“Dia reply…’memang ar smart, tapi aku
tak suka ar main benda macam ni, serabut je kepala otak’ sedih aku weh! Hancus
harapan aku nak tengok dia melamar aku sambil main piano!” Adel buat muka
sedih.
Zek gelak. “Jauh gila kau fikir.
Siap melamar bagai! Hahaha. Macam la dia suka kat kau!”
Adel ketap gigi tanda geram. Zek ni!
Doakan lah dia suka aku! Apa punya kawan la.
“Kau ni! Mulut tu insurans sikit.
aku tahu la selama ni aku perigi cari timba.”
“Alo lo bucuk-bucuk kawan aku ni.
Merajuk ek? Tak pa nanti aku cakap kat dia yang kau suka dia. Siap bagi gambar
kau lagi kat dia. Ha! Amacam? Gerenti! Dia jatuh hati, limpa dan hempedu tengok
kau yang comel ni!”
“Tak payah nak mengatal nak bagi
tahu dia! Siap kau kalau kantoi!” Adel bagi amaran keras walaupun muka tak
berapa nak ganas sangat.
“Habis, macam mana dia nak tahu
kalau kau tak bagi tahu dia kau suka dia?” Zek bertanya pelik. Suka? Tapi tak
nak bagi tahu? Apa da!
“Love shouldn’t be secret, friend.
Nanti kau jugak yang menyesal tengok dia suka orang lain. Kau tu aku tengok dah
la jadi stalker berbahaya. Asyik stalk FB mamat tu je”
Adel cubit lengan Zek. Menjerit Zek
dibuatnya. Sakit nyer…
“Bukan Stalker ek. Aku ni unpaid
private investigator la!”
“private investigator la konon!
Siapa yang upah kau?” Zek saja menyakat Adel. Kelakar tengok muka Adel yang dah
memerah bila dituduh stalker. Tapi memang Adel stalker pun. Semua aktiviti
mamat tu dia tahu. CGPA mamat tu pun dia tahu. Entah mana dia tahu pun tak tahu
la Zek dibuatnya. Paling dasyat setiap komen-komen
mamat tu dia baca. Siap buat Zarif tu sebagai close friend lagi kat facebook,
jadi semua aktiviti Zarif macam gambar, komen, add friend semua Adel tahu.
Dasyat kawan dia ni.
“Mana ada orang upah! Dah nama pun
aku ni Unpaid private investigator. Hahaha” Adel gelak. Zek pun gelak. Hai.
Adel…Adel. Macam-macam la kau ni. “kau nak dengar aku menyanyi tak? sesuai
sangat dengan diri kau sekarang ni”
Dahi Adel berkerut. Zek nak
menyanyi? Wow! Selalu kalau suruh menyanyi dia mengelak. Kata suara tak sedap
la apa la.
“Oooo…Ini kisah sedihku..
Aku mengharapkan sesuatu yang tak pasti..
Disaat kau di sisiku..
Hidupku terasa indah
Hidupku penuh warna warni seperti pelangi..
Ku akui ku rindukan mu,
Saat kau tiada di sisi
Hancur hatiku bila kau sudah berpunya… “ Zek rancak menyanyi lagu dari Jazz Hayat tajuk ‘I stalk your profile’. Ahahha…Adel tersengih sengih menghayati lirik lagu tu bertambah feeling dengar bila tengok Zek menyanyi dengan penuh perasaan.
Aku mengharapkan sesuatu yang tak pasti..
Disaat kau di sisiku..
Hidupku terasa indah
Hidupku penuh warna warni seperti pelangi..
Ku akui ku rindukan mu,
Saat kau tiada di sisi
Hancur hatiku bila kau sudah berpunya… “ Zek rancak menyanyi lagu dari Jazz Hayat tajuk ‘I stalk your profile’. Ahahha…Adel tersengih sengih menghayati lirik lagu tu bertambah feeling dengar bila tengok Zek menyanyi dengan penuh perasaan.
*******
‘Music expresses that which cannot
be said and on which it is impossible to be silent’ – Victor Hugo.
Memang! Setuju 100%
Kadang-kadang, kita tak boleh nak
luahkan apa yang kita sedang rasa dengan kata-kata pada orang tertentu. Mungkin
time tu kita sedang rasa marah gila! Tapi tak boleh nak keluarkan dengan
kata-kata.
Kadang-kadang rasa sedih gila! Tapi tak boleh nak luahkan dengan air
mata.
Tapi bila dengar lagu yang sedih.
Mesti kita rasa. Wah! Lagu ni memang sama dengan apa yang aku rasa sekarang.
Kadang-kadang, siap ulang lagu tu hampir sepuluh kali satu hari!
Ya
Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
lagu permata yang dicari yang dinyayikan oleh Dehearty
bermain nak dekat lima kali rasanya. Adel duk la dengar lagu ni sejak balik
kelas tadi. Adel dapat rasa yang lagu ni tengah sesuai dengan mood jiwang dia
bila teringat kat Zarif.
Zarif ni sangat unik. Adel yang mula-mula start mesej dengan
Zarif. Teringat dia kisah 5 tahun lepas. Kawan dia, Dian bagi nombor Zarif kat
dia. Dian kata dia kesian tengok Adel yang tak pernah kawan dengan lelaki dan
tak pernah ada teman lelaki. Apa punya orang la Dian tu.
‘Salam, hai! Aku Adila. Nak kawan dengan kau’ – mesej pertama
Adel bagi dekat Zarif. Gaya macam budak tadika tengah nak mintak kawan jer.
Padahal umur dah 17 tahun time tu. Yang lawak nya. Zarif layan jer mesej Adel.
Cuma 1 jer yang lack dekat sini. Zarif tak pernah nak tahu
tentang kehidupan Adel. Belajar kat mana? Tinggal kat mana? Macam mana dapat
nombor dia? Semuanya Zarif tak pernah tanya. Hanya Adel yang bertanya dan Zarif
akan bagi jawapan. Facebook pun Adel yang add as friend. And Zarif just
approve. Senget betul mamat ni. Tak berperasaan! Android pun ada keinginan nak
tahu! Tak macam dia ni. Tapi dia suka
sangat kawan dengan Zarif. Zarif pandai! Pelajar cemerlang SPM kat sekolah dia.
Dah tu hafal quran pulak tu. Dah tu bakal menjadi Doktor pulak tu. Yang paling
penting! Handsome! Pakej lengkap! Ini memang betul-betul wujud, bukan fantasi
dan imaginasi! Hahaha.
“Woi, sengih sorang-sorang. Gila ke apa?”
Cis! Zek ni potong stim jer la orang nak menghayati lagu ni
sambil bermimpi di siang hari!
Muka Zek dijeling. Zek yang baru balik dari kelas, membuka
pin tudung sebelum berbaring diatas katil.
“Amboi! Jelingan mata~ menusuk kehatiku~… adoi!” Zek berhenti
menyanyi lagu saloma, jelingan mata bila Adel baling bantal busuk dia.
“Klasik gila kau!hahaha” Adel dan Zek gelak kuat. Lagu saloma
yang klasik tu pun Zek tahu. Mak ai. Kalah
aku!
“Weh, Jom nak ikut aku gan Khalif pergi makan malam ni?” Zek
dah duduk bersila sambil pandang Adel yang lending atas katil.
Adel geleng. “tak nak lah. Kacau korang nak date je nanti.”
“Cik kak, kitorang makan jer la nak date buat apa. Lagipun
dia bawak kawan dia kot. Malu ar aku sorang-sorang. Jom ar makan malam ni
dengan kitorang.” Zek kelip mata berkali-kali bila Adel pandang muka dia.
Mintak simpati.
Zek ni, nak mintak simpati la tu.
“Ala, kalau ada kawan dia lagi aku tak nak pergi. Kau makan
dengan aku je la malam ni kalau malu dengan kawan dia.” Adel silang tangan
dikepala. Matanya memandang siling bilik.
“Adila amani, Please! Malam ni jer. Please~” Zek turun dari
katil pergi ke katil Adel. Tangan Adil digoyang-goyang persis anak kecil minta
gula-gula.
Adel kerut dahi. Adoi minah ni sejak bertunang ni dah dapat
hormon mengedik pulak. Geli aku la.
“Tak nak! Zakiah khalishah.” Adel bagi kata putus. Memang dia
malas!
Zek bangun. Dia duduk balik atas katil dia. “ye la, tak
kesian kat aku. Sampai hati. Macam ni la kawan.”
Adel merengus kasar. “Ye la-ye la!”
“Yeah! Tapi tak ikhlas. Baik tak payah.”
Eh-eh minah ni. Aku tak pergi kang, baru tahu! “Ikhlas ni
mana kau tahu? Dia ibarat semut hitam diatas batu hitam dimalam yang gelap.
Hah! Mana kau nampak?” Adel dah keluar dah ciri-ciri ustazah siti bahyah.
Cita-cita Adel time tadika dulu nak jadi pendakwah bebas. Tapi, tu la tak
kesampaian jadi pulak doktor. Tapi itu
bukan alasan untuk tidak berdakwah. Sebab manusia ni semua ada tanggungjawab
untuk sebarkan ilmu dan islam. Ceh! Gaya aku!.
Zek telan liur. Mak ai Adel kalau dah keluar hujah-hujah dia.
Terdiam aku.
“Ye la. Kau ikhlas!”
“Eh, budak ni. Kan aku kata ikhlas mana boleh nampak. Macam
mana pulak kau tahu aku ikhlas?” Adel senggih nakal. Saja kenakan Zek.
“Adel!!! Aku cakap kau tak ikhlas kau marah. Aku cakap kau
ikhlas, kau cakap macam ni. Habis! Kau nak suruh aku cakap apa?” Zek dah naik
darah. Stress cakap dengan orang yang genius bahasa melayu ni!
“Hehehe. Cakap jer ‘ye la’ hahaha” Adel gelak rancak.
Berguling kat atas katil tu.
Tepat jam 8 malam. Adel dan Zek dah bersiap-siap untuk ke Ali
Bistro. Kedai mamak jer pun, si Khalif ni ajak makan. Ingatkan restaurant mahal
la sangat. Demand kau kan Adel! Hehehe…
“Jom, diorang kat sana” Zek tarik tangan Adel yang baru
keluar dari pintu kereta. Tak menyempat ar minah ni.
Khalif melambai-lambai kearah Zek dan Adel yang menuju ke
meja mereka. Ada seorang lelaki lagi kat sebelah khalif. Tapi? Kenapa macam kenal? Oh! Tidak!!!
Tangan Zek ditarik menyebabkan Zek terpaksa berhenti
melangkah yang berapa meter je lagi nak sampai kat meja sana tu. “Kenapa kau
ni?” Zek bertanya pelik. Muka Adel dah macam ayam tercekik kapur.
Berkerut-kerut. Gaya macam pernah tengok je ayam tercekik kapur.
“Dia!” Adel berbisik kat telinga Zek. “ dia?” Zek tanya
balik. Dia? Siapa dia?.
“Dia! Zarif!” Adel tarik baju yang dipakai Zek. Aduh minah
ni. Dah gelabah dah.
“Hah? Kat mana?” Zek pun rasa tempias aura gelabah Adel. Adel
tepuk dahi. Adoi! Sebelah khalif. Lebih tepat semeja dan mungkin kawan Khalif!
“Kawan khalif kot” Adel pandang mamat dua orang tu yang
tengah rasa macam pelik je tengok Adel dan Zek tak gerak-gerak dari berdiri kat
luar restaurant.
Khalif datang kearah Adel dan Zek. “Awak? Kenapa, ada masalah
ke?” Khalif bertanya pada Zek.
“Hai, sorry lambat. Adel ni ha buat perangai.” Zek dengan
muka tak bersalah menyalahkan Adel. Amboi minah ni.
Adel hanya tayang senggih paksa. Nampak sangat dia tak berapa
suka datang kat situ. Dengan ada Zarif
sekali bagai. Aduh! Malu ar nak jumpa mamat tu. Ye la, selama ni kan Adel yang
selalu usha mamat tu. Mamat tu buat layan tak layan je. Musykil la macam mana
Khalif boleh kawan dengan Zarif.
Adel dengan berat hati melangkah juga masuk ke dalam
restaurant tu. Dia duduk disebelah Zek atau lebih tepat lagi dia duduk depan
Zarif. Zarif hanya tayang sengih jer bila nampak Adel dan Zek melabuh punggung
depan dia.
“Awak, ni kawan saya Zarif Shafiq. Weh Zarif ni tunang aku,
Zakiah khalishah” Zarif dan Zek berbalas senyum sebab mana la boleh nak salam
kan.
Khalif perkenalkan Adel pula pada Zarif “Yang ni pulak kawan
Zek aka roommate dia sekali, Adila amani. Adel, kau tahukan nama dia.”
Dengan pantas Adel mengeleng. ‘Macam mana Khalif tahu aku dah
kenal dia! Ni mesti Zek cerita ni!’ getus Adel dalam hati.
“La, tadi aku cakap dah kan nama dia Zarif. Kau tak dengar
ke?”
Adel tepuk dahi. Aduh! Malu pulak aku. Dah la tertuduh Zek
cerita tentang dia kat Khalif.
Adel pandang sekilas muka Zarif, Zarif senyum. Senyum? Kok ye
pun tak suka kat aku tak payah ar sampai nama aku pun tak ingat. Tak terkejut
ke jumpa aku? Cis! Aku sampai mengigil lutut jumpa dia. Dia senyum je.
Heartless betul! Android! Sengal tahap infinity!
Mood Adel yang memang tak bagus sejak kena paksa teman Zek
jadi bertambah tak bagus bila terjumpa Zarif tapi Zarif langsung tak terkejut
jumpa dia. Dah ar ni first time diorang bertemu muka. Face to face. Sebab
selama ni Adel terserempak jer kot. Aku rasa memang betul ar mamat tu memang
lupa kat aku terus. Orang yang selama ni dia mesej pun dia tak tahu nama. Tong
gas kosong betul!
‘Weh, kau tulis nama aku apa kat contact list kau?’ – satu
hari dulu Adel pernah tanya kat Zarif melalui mesej.
Zarif reply ‘Aku letak nama ‘unknown’ kat kau’. Adel yang
baca mesej tu terus rasa nak pitam. Aku dah bagi tahu dah nama aku kat dia. Dia
tulis ‘unknown’ jer? Memang ar!
Lamunan Adel tentang mesej dia dan Zarif terhenti bila Zek
tanya Adel nak makan apa. Adel hanya mengeleng.
“Aik, tadi kata beria lapar sebab tak makan lunch kan? Makan
ar?” Zek pujuk Adel makan, macam pujuk anak dia sendiri untuk makan. Adel
geleng lagi. “Dah makan dah petang tadi.” Adel jawab perlahan.
“Bila masa? Aku tak nampak pun” Zek cuba mengigat kembali
peristiwa petang tadi. Rasanya tak ada pun.
“Baik kau makan, kaukan ada gastrik.” Zarif bersuara.
Lapan pasang mata memandang Zarif yang beriak muka bersahaja.
Mata Adel, Zek dan Khalif tapi jadi lapan pasang sebab Khalif pakai cermin
mata. Hahaha.
Adel terkaku. Dia nak tersenyum sebenarnya sebab Zarif tahu
dia ada gastrik. Yeah! Tapi dia tahan jer mulut dia dari melahirkan senyuman.
Zek pun senyum jugak. Bukan setakat senyum tapi siap
dicuit-cuitnya paha Adel yang berada dibawah meja. Cuma Khalif jer tayang muka
pelik. Huh! Mamat nerd ni always loading ar.
“Kau kenal Adel ke Zarif?” Khalif pandang muka Zarif dan Adel
silih berganti. Zarif hanya angkat bahu.
“Aku agak jer dia ada gastrik” Dengan tanpa nada Zarif
bersuara dan gelak. Cis! Ingat dia memang tahu!
Muka Adel yang tadi dah mula
berseri jadi masam semula. Zek dan Khalif hanya tergelak dan Zek dengan baik hati
usap peha Adel yang berada dibawah meja. Nak suruh aku bersabar la tu!
Tiba-tiba Adel teringat lagu Harapan dari hyper act. Memang
ar..
Harapan~
Harapan menjadi layu…
Memang layu pun!
*****
Sejak peristiwa dekat restaurant tu. Adel dah tak mesej
Zarif. Malas nak berborak dengan Zarif. Padahal selama ni setiap hari mesti dia
akan menganggu hidup Zarif. Kadang –kadang just hantar mesej selamat pagi,
malam and petang jer pun. Tapi sekarang semua tu tak ada. Mesti Zarif happy
gila Adel dah tak kacau dia.
‘Untung la Zarif happy aku tak kacau dia, aku ni? Terseksa
kalau tak text dia satu hari! Wargh!!!’
Adel meraup kasar rambut dia yang panjang. Dah macam kak
limah zombie kampung pisang dah gamaknya.
Dengan bedak sejuk kat muka lagi siap
pakai baju tidur gambar hello kitty lagi, rambut serabai. Kusut! Otak aku
kusut!
“Hah! Stalk FB dia ar”
Dengan pantas Adel membuka laptop dan membuka wall Zarif
Shafiq.
“eh? Ada kawan dia post kat wall dia!” Adel membaca komen dan
post tu.
‘Woi! Zarif, untung ler ada girl dari DQ minat kau!’ hah? Ada
perempuan dari Darul Quran minat dia? Siapa? komen kawan-kawan Zarif dibaca
lagi.
‘wah! Betul ke Pa’an? Siapa?’ kawan Zarif yang lain pula
komen.
‘Betul la, dah siap bertaaruf bagai. Sesi perkenalan la
katakan’ Cis! Haritu jumpa aku tak cakap apa-apa pun. Macam tunggul kayu jer
aku dengan dia. Zek dengan Khalif yang rancak berborak. Dengan perempuan ni
siap berkenalan bagai. Jealous nya!!! Nak nangis! Sabar Adel… sabar. Baca lagi!
Komen yang lain pula dibaca Adel. ‘Untungla dah la sama
pandai, cantik, hafiz dan hafizah lagi. Terbaiklah pilihan kau Zarif!’ wah!
Yang ni aku tak sanggup baca! Kawan Zarif ni pun tak yah la puji perempuan tu
lebih-lebih!.
Adel log out akaun facebook dia. Ya Allah rasa macam ada
bangunan runtuh kat atas kepala dia. Zarif! Aku suka kau la!.
Aku tahu la aku tak cantik. Tapi kawan aku kata aku comel
apa. Kau tak nak ke kat aku?
Aku tahu la aku tak hafal quran. Tapi nanti kalau dah kahwin
kita hafal sama-sama tak boleh ke?
Aku tahu la aku tak pakai tudung labuh. Tapi aku tutup aurat
apa?
Wah! Sedihnya hati gue! Adel peluk bantal busuk dia. Nak
nangis. Zek dah la tak ada. Pergi jalan-jalan dengan Khalif. Cis! Layan hati
sengsorang la aku malam ni.
Biarkan
aku berundur
Jika itu yang telah pun tertulis
Jalan ku tak panjang
Bersama dirimu
Jadikan dia terbaik
Kerana itu yang telah kau pilih
Biarkan diriku membawa semua
Luka
wargh! Asal la lagu ni lak yang keluar kat radio ni! Lagu Shahir, Dia yang kau pilih. Time aku tengah tangkap leleh ni la dia nak keluar lagu sedih-sedih macam ni. Adel terus tutup radio.
Jika itu yang telah pun tertulis
Jalan ku tak panjang
Bersama dirimu
Jadikan dia terbaik
Kerana itu yang telah kau pilih
Biarkan diriku membawa semua
Luka
wargh! Asal la lagu ni lak yang keluar kat radio ni! Lagu Shahir, Dia yang kau pilih. Time aku tengah tangkap leleh ni la dia nak keluar lagu sedih-sedih macam ni. Adel terus tutup radio.
Mp4 yang berada di atas
meja study diambil. Adel mencari lagu yang rancak dan boleh mengembirakan hati
dia sekarang. Walaupun air mata asyik mengalir jer dari tadi.
Sengal la kau Adel!
Berhenti la menangis! “Woi mata! Dengar ar cakap tuan kau ni! Berhenti la
menangis” Adel tekup mukanya di bantal.
‘I never ever thought
I’d like you this much. And I never planned to have you on my mind this often’
Adel meraung lagi kuat.
Pintu bilik terkuak dari
luar. Zek dah balik! Cepat-cepat Adel kesat air mata dia dan tarik selimut
untuk pura-pura tidur.
“Assalamualaikum” Zek
bagi salam sejurus masuk kedalam bilik. Barang-barang dia shoping tadi dia
letak kat sebelah katil.
“Adel… Adel bangun. Aku
ada beli pizza untuk kau ni. Mesti kau laparkan.” Zek goyang perlahan kaki
Adel. Adel diam.
Zek kejut lagi. “Adel..
Adel” Zek pelik. Selama ni orang kejut dia cepat je bangun. Malam ni pulak dia
tak bergerak-gerak.
Bahu Adel pula digoyang
perlahan. “Adel bangun.”
Bantal busuk Adel yang
menutup muka Adel ditarik. “Adel bangun” Adel tak bergerak.
“Adel…isk..isk..Adel..
bangun la weh! Isk..” Zek menangis teresak-esak.
Aik? Kejut aku pun
menangis? Adel bukak mata. Kepalanya ditoleh kebelakang. Sambil tenyeh mata
gaya macam orang baru bangun tidur.
“wargh!!!” Zek menjerit
kuat seraya menjauh dari Adel. Dia dah berura-ura nak lari keluar dari bilik
tapi ditahan Adel.
“Kenapa seh kau!” Adel
tanya pelik. Terkejut dia bila Zek menjerit kuat.
“Kau! Asal mata merah
sangat ni? Kau cucuk dengan garfu ke apa? Muka penuh bedak sejuk tapi macam apa
jer bedak sejuk kau ni! Rambut macam Pontianak!” Zek bersuara lantang. Terkejut
dia tengok Adel yang selama ni terurus jadi macam ni. Stress belajar selama ni
tak pernah pulak jadi macam ni.
“Otak tengah not
responding ni. Kau menangis tadi kenapa?” Adel membetulkan sila sambil betulkan
rambut dia.
Zek hela nafas. “Aku
kejut kau tak bangun-bangun. Aku ingat kau mati!”
“Mulut kau! Aku cili
kang!”
“kau kenapa? Cry on my
shoulder nak?”
“Za..rif” Adel menangis
lagi. Dia cerita semuanya yang terjadi selama ni kat Zek. Zek diam. Hanya
mendengar. Hampir sejam jugak la Adel menangis.
“Dah la weh. Dia tak
layan kau kan. Kenapa nak terhegeh-hegeh. Save’ur heart to someone who cares
tentang kau je la. Mungkin ada yang lebih baik untuk kau. Kan?” Zek usap bahu
Adel.
Adel angguk “aku rasa
kan, aku yang tak cukup baik untuk dia. Ye la, dia kan hafal quran, aku ni? Apa
pun tak ada. Buat dosa jer. Jadi! Aku yakin! Perempuan yang baik untuk lelaki
yang baik. Dan perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat!” penuh semangat
Adel bersuara.
Semangat dia dah kembali. “Thanks, Zek”
“Naa… relaks ar.. you
can count on me like one, two, three I’ll be there. And I know when I need it.
I can count on you like four, three, two you’ll be there. Cause that’s what
friends are supposed to do oh yeah.. hahaha” lagu Bruno Mars, count in me
dinyanyi Zek. Lagu trade mark kitorang bila saling membantu. Adel tersenyum. Semua
benda mesti kena ada muzik ke apa ni?
Yes! Find someone who
deserve to you!
“Jom makan pizza dah
sejuk dah! Kau la ni!” Zek tolak bahu Adel yang dengan selamba menyuakan pizza
kemulut. Sejuk pun sedap apa. Aku lapar ni.
****
Tidak!!!!
Aku tak nak kahwin lagi. Menyesal aku balik.
Aku ingat Papa sakit sampai mama telefon beria hari tu. Cis! Rupanya ada udang
disebalik batu!.
“Adel! Balik tau minggu
ni ASAP!” suara mama kedengaran macam cemas. Tapi dengar macam bahagia pun ada.
“Kenapa, ma? Orang ada
projek la nak kena hantar.” Adel memberi alasan.
“Balik! Kalau tak, dah
tak jumpa dah”
“Jumpa? Jumpa apa ma!”
Adel cemas! Jumpa apa? Mama ni suka buat ayat suspen.
“Papa ada benda nak
cakap buat kali terakhir. Permintaan terakhir dari papa” suara mama yang
bersahaja membuatkan Adel bertambah cemas. Papa? Sakit ke?
“ye la”
Tapi!
Rupa-rupanya ada anak
kawan papa yang melamar dia. Tak ada merisik! Tak ada tunang! Terus kahwin!
Tidak!
Zarif.
Dah 2 bulan Adel
langsung tak contact Zarif. Macam lost contact gitu. Nak harap Zarif contact
dia? Memang akan dia buat pulut kuning kalau terjadi. TAK AKAN!
Nak kahwin dengan Zarif!
Tapi..
Kata-kata Zek tentang “.
Save’ur heart to someone who cares tentang kau je la.” Membuatkan dia kena
jugak redha.
Papa kata ni jer yang
dimintak kat aku. Kahwin dengan anak pak cik Salim. Lepas ni dia tak akan
mintak apa-apa lagi kat aku. Papa ni saja buat aku serba salah.
Rupa-rupanya mama kata
‘dah tak jumpa dah’ tu Pak cik Salim dengan Mak Cik Anita. Alahai! Jumpa jer
lagi nanti kalau dah kahwin. Apa da mama ni.
Aku ada tempoh dua bulan
dari sekarang untuk aku kena kosongkan ruang hati aku untuk someone who deserve
my heart.
My husband. Ngeee~ ngilu
sebut.
Zek orang yang paling
bahagia. Walaupun dia jealous Adel kahwin dulu dari dia.
*****
Oh no!
Nak kata aku bahagia ke
tak ni ek?
Zek pun terpaku di
sebelah Adel. Dia pun tak sangka benda ni akan terjadi.
“Yahooo!” Adel bersuara
girang. Zek cuit lengan Adel. “Woi! Behave la!”
Orang ramai yang melihat
ada yang tersengih, dan ada jugak yang terkejut. Siapa tak terkejut. Pengantin
perempuan siap boleh bersorak pulak kat depan tuk kadi ni lepas nampak
pengantin lelaki masuk.
Senget punya Adel.
Muka Adel memerah.
Malunya.
Mahu tak teruja. Nampak
Zarif pakai baju melayu sama warna dengan dia. Entah-entah dia bakal suami aku?
Ngee! Setuju! Sahkan jer la!
Ooo ini rupanya anak Pak
Cik Salim.
Tu la kau Adel! Hari tu mama suruh jumpa tak nak! Beria konon nak
jaga pandangan mata. Tak nak selalu teringat! Padahal dalam hati duk la sedih
dan tak reda lagi Zarif tak kahwin dengan kau. Ceh! Buat penat jer sedih aku
selama ni.
*****
Adel terdiam. Zarif
culik dia aka paksa dia naik kereta tadi lepas majlis kenduri. Tak sempat tukar
lagi baju pengantin Zarif tarik tangan dia masuk kereta. Hampeh punya orang.
Bila orang tanya nak
pergi mana. Dia diam jer.
Alih-alih. Sekarang dia
sedang berada diluar rumah banglo dua tingkat. Rumah dia ke?
“Jom masuk” Zarif tarik
tangan Adel. Pintu rumah dibuka.
Wow!
Melopong Adel sekejap.
Besarnya!
Dia berjalan setapak dan
setapak. Dia nampak grand piano! Warna hitam. Berkilat! Wow! Sukanya!.
Zarif duduk dikerusi
yang berada didepan piano. Smartnya!
“Duduk sini” Zarif tepuk
ruang kosong yang berada disebelah dia. Adel teragak-agak. Tapi dia duduk
jugak.
Elok jer Adel duduk kat
sebelah Zarif. Zarif tekan key-key piano tu. Wah! Zarif reti main! Adel
terpegun.
Mata dia tak berkalih dari memandang suaminya aka Zarif kat sebelah.
Betul ke ni? Mimpi ke reality ni? Ya Allah terima kasih bagi aku mimpi yang
indah ni.
“Let me be your hero”
Zarif berbisik perlahan ditelinga Adel. Meremang bulu roma Adel dibuatnya.
“Eh kejap! Kau reti
main? Kau kata tak reti. Tipu aku!” Adel buat muka masam. Zarif tipu dia!
Zarif hela nafas. “ Tak
nak aku-kau, tukar lain! Kitakan dah kahwin!”
Adel diam. “Nak panggil
apa?”
“Abang- Adel?” Zarif
bagi cadangan siap angkat kening segala. Eiikk?
“Tak nak!”
Ting!
Bunyi satu note dari
piano bergema. Zarif yang tekan. Tanda tak puas hati.
“Asal pulak?”
“Kita kan sebaya?”
“Ab..say..Ab..abangkan
lagi tua dari awak” Zarif gagap sekejap. Hah! Dia pun sama. Aku lagi la.
“Tua dua bulan jer pun”
“Kena jugak!” Zarif dah
bangun sambil bercekak pinggang. Aduh! Ni ke Zarif yang aku minat selama ni?
“Ye la”
Zarif senyum. Dia duduk
balik sebelah Adel.
“Macam mana kita boleh
kahwin?” Adel pandang muka Zarif yang tengah main lagu Yiruma, Kiss the rain.
Zarif berhenti main. Dia
pandang Adel. Pipi Adel memerah. Ngee~ first time dekat sangat dengan Zarif.
“Abang suruh Ibu pergi
meminang.” Pendek jer dia cakap. Alih-alih. Zarif sambung main balik. Nasib la
dapat laki yang macam ni.
“Kenapa? Bukan ke awak
tak kenal saya?”
Zarif pandang tajam.
Adel telan liur. Salah ke aku tanya?
“Abang, kenal”
Okey aku dah tahu…
abang!
“Boleh cerita
betul-betul tak! Sa..A.. Adel confuse la! Ab..abang kata tak reti main piano,
tapi boleh jer main. Lepas tu macam mana Abang kenal Adel? Time jumpa kat
restaurant tu macam tak kenal jer.” Adel bertanya melepaskan kekusutan
dikepala. Pening-pening.
Zarif tersenyum.
Abang-Adel. Comel jer dengar.
Zarif pun start la
hikayat dia. Dia kata dia pun ada jugak teringin nak tahu siapa la wanita
‘unknown’ yang selalu kacau dia ni. Bila Adel dan dia dah friends kat facebook,
dia pun stalk jugak facebook Adel. Tengok gambar, tempat lahir bagai. Cuba tak
ada la seteruk Adel sampai komen orang pun dia nak baca. Adel yang dengar
cerita Zarif senyum tak lekang. Wah! Romantiknya suami aku!
Zarif belajar main piano
ni sejak Adel kata lelaki yang main piano ni smart. Disebabkan dia nak nampak
smart di depan Adel. Dia sanggup suruh ayahnya aka Pak Cik Salim upah cikgu suruh
ajar piano. Terkejut ayah dibuatnya, yela anak dia yang hafiz quran ni nak
belajar benda lain pulak. Tapi bila Zarif bagi alasan nak main jer bapanya pun
turutkan sahaja. Hahhaha. Lagi lebar senyum Adel dibuatnya.
Sebenarnya selalu jer
Zarif nampak Adel. Jangan ingat Adel jer yang kenal Zarif. Jadi Time jumpa kat
restaurant tu dia tak ada la terkejut sangat bila jumpa Adel. Adel jer terlebih
emosi. Lelaki kan ego! Takkan ar nak tunjuk lemah dan terhegeh-hegeh depan
perempuan kot! Tak macho ar.
Tapi, bila sampai dua
bulan tanpa pesanan dan gangguan dari Adel, Zarif rasa lain pulak. Takut Adel
dah jumpa orang yang betul-betul dia suka. Tu sebab ar cepat-cepat dia suruh
Ayahnya pergi melamar terus kahwin. Hahaha. Bagus betul rancangan Zarif. Kepala
otak memang genius.
“Hah! Siapa perempuan
yang abang jumpa buat sesi taaruf tu?” Adel pandang Zarif tajam.
Sesi taaruf? Amalina?
“Amalina ke?”
“Mana la Adel tahu!”
Adel menjawab geram. Tanya kita pulak dia ni.
“Ala, dia minat jer kat
abang. Tapi abang kan suka Adel. So, jangan risau la” Zarif jawab selamba. Adel
senyum lagi lebar!
“Dah, berhenti senyum,
terkoyak pulak bibir awak kang”
“Suka hati ar! Bibir
Adel!” orang nak senyum pun ada masalah ar pak cik ni.
“Abang nak menyanyi ni.
Adel dengar tau.”
Adel mengangguk laju.
Tak sangka orang yang hafiz macam dia ni boleh jadi macam ni. Ingatkan alim
sepanjang masa. Muaahahah. Adel gelak jahat dalam hati.
Zarif mula bermain
piano. Lagu Hero dari Enrique Iglesias.
“Let me be your hero…
would you dance, if I asked you to dance?
would you run, and never look back?
would you cry, if you saw me crying?
would you save my soul tonight?...”
would you dance, if I asked you to dance?
would you run, and never look back?
would you cry, if you saw me crying?
would you save my soul tonight?...”
Adel mengangguk setiap bait lirik lagu yang dinyanyikan
Zarif.
Ya Allah! Terima Kasih! Aku kena buat pulut kuning ni!
“Macam mana kalau Adel
tolak pinangan Abang? Adel bukan suka
pun kat Abang” Adel bertanya penuh makna. Tiba-tiba terfikir. “Tak mungkin”
Zarif jawab pendek sebelum sambung…
“Abang dengar cerita ada
orang tu menangis beria bila tahu abang pergi taaruf dengan Amal” Zarif senyum
makna pandang Adel yang terkulat-kulat kat sebelah dia.
Cis! Zek! Kantoikan aku!
Buat malu keturunan aku je.