“Ash!”
Ashrin memberhentikan langkah kakinya apabila
terdengar namanya dipanggil. Dia menoleh kebelakang. Zita, merangkap kawan
baiknya sedang berlari anak kearahnya. Tercungap-cungap kawan tu dibuatnya.
Kening
dinaikkan “kenapa?”
Zita dan Ash
berjalan beriringan. “Kau la! Tinggalkan aku. Bukan nak bagi support!” Zita
memuncungkan bibir. Orang nak confess dekat Atief pun tak jadi bila toleh kiri
kanan tengok Ash dah hilang. Bukan nak bagi semangat minah ni!.
Ash diam.
‘merajuk ke minah ni?’
“Ala, jangan
la muncung-muncung. Nanti Atief nampak terus dia lari tengok kau muncung kalah
itik hodoh!” Ash tergelak.
Zita semakin
memuncungkan mulut. Itik hodoh dia kata aku!. “Ash! Kau ni!” cubitan paling
halus diberikan di lengan Ash. Menjerit kawan tu dibuatnya.
“Ouch! Sakit
la. Apa ni main cubit-cubit.” Lengannya digosok-gosok. Aduh. Pedihnya minah ni
cubit.
Zita gigit
bibir. “Sakit sangat ke weh?” muka Ash
yang merah padam dipandang serba salah.
Ash angguk
berkali-kali. Memang sakit!
“Kau la
kenapa tak tunggu?”
Ash garu
kepala. Dia ni macam tak tahu jer aku dah berapa kali bagitahu tak suka dia
minat si mamat playboy tu. Takkan la aku nak tercongok pulak kat tepi tengok
dia confess kat depan mamat muka bajet handsome tu!
“Dia playboy
la. Please, try to find another guy that much better than him?” Muka Zita yang
tunduk memandang jalan ditenung.
“Tapi, aku
cinta dia” mata Zita mula bergenang air mata. Tahan! Jangan mengalir sekarang.
Kot ye pun kau nak melihat dunia wahai air mata, tapi please! Bukan depan Ash!
Ash angkat
bahu. Hopeless. Kalau melibatkan air mata dan perasaan ni memang bukan dia.
Ashrin Damia memang tak tahu nak berkata-kata bila melibatkan dua perkara ni.
Speechless jadinya.
Langkah kaki
diteruskan kearah kolej kediaman. Dua-dua diam tak berkata-kata.
Atief Danial
Bin Musa. Siapa tak kenal dia? Pelajar paling terkenal dan glamour kalah Aaron
Aziz kat kolej ni. Glamour dengan perangai yang tak semegah mana bagi gadis
seperti Ashrin. Playboy, buaya darat, kaki perempuan, apa lagi? Semua yang
berkenaan dengan perempuan bagi jer la kat dia ni. Harap muka je boleh diterima
akal untuk dikatakan kacak, smart, bergaya. Hahaha. Tapi, Ashrin Damia tak buta
dan tak bodoh lagi untuk mengatakan perangai dia memang tak boleh diterima
akal!
Nampak tak
betapa elerginya Ashrin Damia dengan Atief Danial.
*****
Pintu bilik
dikuak dari luar. Beg sandang yang beratnya mengalahkan seguni beras yang
beratnya 10 kilo! Buku-buku medik yang tebalnya macam apa tu semua Ash sumbat
dalam beg. Malas nak pegang, buat lenguh tangan je. Baik galas jer kat bahu.
Biar berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Hahaha.
“penatnya
hari ni.” Ash mengeluh untuk sekian kalinya. Dalam perjalanan pulang tadi dah berapa
kali dia mengeluh. Tak sampai lima minit dia berbaring diatas katil, matanya
sudah mula terlelap.
“Ash!!”
Buk!
Terdengar
bunyi orang jatuh katil. Zita yang tukang jerit tadi panggil Ash terdiam depan
pintu bilik.
“Adoi!
Sakitnya pingang aku!” Ash cuba bangun dari lantai sebab tergolek tadi. Muka
Zita yang masih diam tak berkutik depan pintu bilik dia dipandang geram. Zita
punya pasal ar. Terkejut dia yang sedang tidur tu sampai jatuh katil dibuatnya.
“Sorry, tak
tahu pulak kau tengah tidur.” Zita segera mendapatkan Ash. Kerusi di meja
belajar Ash ditarik dan duduk.
“Kenapa datang
mengejut ni? Mesti ada benda ni. Kalau tak, tak ada makna aku nak nampak kau
main terjah je ni.”
Zita sengih.
Muka bahagia gila.
“kau nak
tahu tak! Atief terima aku jadi girlfriend dia!” Zita terloncat-loncat atas
kerusi. Gila! Memang gila!
“Bila?”
“Tadi! Aku
confess kat dia. Then, he said that he also admire me since long time ago! And
selama ni dia diam kan aja sebab dia takut aku tak suka dia” Zita peluk Ash.
Bahagianya.
Tangan Zita
yang merangkul bahu Ash dilepaskan perlahan-lahan. “Wait!”
“Kalau dia
kata dia suka kau dah lama dulu… kenapa dia ada hubungan dengan perempuan yang
setiap minggu berlainan orang?” Ash angkat kening kat Zita.
Zita diam
untuk mencari jawapan bagi Persoalan Ash.
“Dia mungkin
sunyi kot, lagi pun waktu tu dia tak tahu perasaan aku kat dia lagi”
Ash mengeluh
perlahan. “Cinta memang boleh membutakan huh?”
Zita
mengangguk perlahan. hehehe
****
‘Zita memang
la menyusahkan! Ada ke patut tinggalkan aku dengan mamat ni je sebab abang dia
datang ambil dia and terus balik rumah!’
Ya Allah,
dah la tadi Atief yang ambil diorang kat asrama, dan boleh diterima akal Ash ni
lagi sebab Zita ada sekali. Tapi sekarang! Zita dah blah macam tu je and suruh
Atief hantar dia balik.
Kalau la
tadi dia berkeras tak nak ikut si Zita ni pergi date dengan Atief mesti tak
jadi macam ni. Zita la punya pasal ni, paksa jugak pergi sebab nak tunjukkan
sikap sebenar pakwe dia yang dikatakannya baik hati sangat and caring. Uh!
Please la.
Mama! Tolong
Ash!
“Saya balik
dulu” Ash bangun dari kerusi. Dia sangup balik sekarang sebab takut taxi tak
ada pulak kalau dah lewat sangat. Jam dah tunjuk pukul 10.30 malam. dia kena
cepat. Seram pulak balik sorang-sorang.
Atief
terkejut. Ash datang dengan dia. So, Ash kena balik dengan dia jugak!
“Eh, awak,
biar saya hantar awak balik” Atief sabar tangan Ash. Ash tergamam. Selamba dia
je pegang tangan aku!
“Tak apa.”
“please! Kan
dah lewat ni. Macam mana saya nak cakap kat Zita nanti kalau apa-apa terjadi
kat awak. Please. Tunggu kejap je. Kawan saya datang kejap lagi. Nanti saya
hantar awak balik. Boleh?” Atief buat muka comel. Penuh mengharap.
Ash terkaku
lagi. Ya Allah mamat ni! Kenapa hati dia jadi lembut dengan mamat ni.
Perlahan-lahan
Ash menganggukkan kepala. Atief bersorak gembira.
Dah sejam
Atief berborak dengan kawan-kawan dia.
Ash kat sebelah macam tunggul je dibuatnya. Mengantuk satu hal, bosan
satu hal. Dah berapa kali matanya ditahan. Menyesal aku setuju!
Ash berlalu
pergi ke tandas untuk membasuh muka. Tak sampai 10 minit Ash keluar semula.
Atief masih rancak berbual.
Ash minum
air yang Atief beri bila Atief tengok air Ash dah lama habis. Mahu tak habis
nak dekat 1jam setengah dia duduk tercongok kat situ. Ash terdengar Atief kata
dia nak hantar Ash balik kat kawan-kawan dia. Bersyukur gila Ash. Nampak katil
je sekarang ni.
Masuk je
dalam kereta, Ash rasa mengantuk sangat. Sampai nak bukak mata pun tak mampu.
Rasa macam kat mata ni ada orang bergayut dan kena gam rasanya. Ash pandang
Atief yang leka memandu. Tidur la kejap walaupun sebenarnya dia takut nak tidur
bila duduk sekereta dengan Atief. Tapi tetap jugak nak kena tidur sebab mata
betul-betul tak boleh bukak.
*****
Mata dibuka
perlahan-lahan. Kepala dia rasa berat semacam. Badan pun rasa lenguh teramat.
“kat mana
ni?” Ash pandang sekeliling. Bilik siapa ni? Dia cuba duduk. Tapi sakit kepala menyebabkan
dia terbaring semula. Matanya meliar kesekeliling bilik.
Ya Allah
tolong aku!
Dalam
fikiran dia dah mula fikir bukan-bukan. Atief! Mana dia?
“Wow! Dah
bangun dah puteri sorang ni” Atief bersuara ceria. Dia yang baru keluar dari
bilik air hanya memakai tuala separas pinggang je!
“Kenapa aku
kat sini?” Ash rasa nak menangis. Dia takut apa yang dia fikirkan selama ni
betul. Tidak! Bahasa dia pun dah tukar aku-kau dah.
“Kau pengsan
semalam. Jangan nak fikir bukan-bukan pulak. Ni rumah aku. Tapi ni bilik aku.
And one more thing, aku tak usik kau pun!” Atief terus bergerak keluar dari
bilik dia lepas mengambil pakaian dalam almari dia. Alhamdulillah.
‘ek? Macam
mana aku boleh pengsan? Bukan semalam aku mengantuk je ke?’
Ash keluar
dari bilik Atief. Dia keruang tamu. Apartment Atief memang cantik. Perabotnya
semua berwarna gelap. Disesuaikan pula dengan campuran warna tema coklat-krim.
Memang menepati citarasa Ash.
“Aku tak
rasa aku boleh pengsan. Sebab semalam aku rasa mengantuk jer.” Ash memberitahu
Atief yang sedang memasak diruang dapur. Siap pakai apron lagi. Sumpah lawak.
Atief toleh
kearah Ash. “Kau rasa mengantuk sebab kawan aku ada letak ubat tidur kat dalam
air kau semalam. Air aku pun dia letak juga. Nasib baik aku tak minum.”
Ash terkaku.
Baru je dia
nak bukak mulut nak bertanya lebih lanjut kata-kata Atief, dia terdengar ada
orang bagi salam. Atief melangkah ke pintu.
“Assalamualaikum”
suara orang dari luar memberi salam.
“waalaikumsalam,
ya ada apa?”
“Kami dari
pencegah maksiat…”
Hah? Ash
yang berada di meja dapur segera kepintu bila mendengar kata-kata tu.
Atief dan
dia saling berpandangan sebelum Ash rasa kepala dia sakit sangat dan rebah
kelantai.
Atief yang
masih terpinga-pinga dengan pencegah maksiat tu bertambah terpinga-pinga bila
Ash rebah sebelah dia.
Atief dengan
segera mendukung Ash dan diletakkan di sofa. Sebelum dia pergi semula ke pintu.
“Encik, saya
dengan dia tak buat apa-apa. Encik tak nampak ke sekarang ni saya tengah pakai
apron. Encik! Saya tengah masak la.” Atief beria-ia menyakinkan pencegah
maksiat yang berkumpul depan pintu rumah dia. Makin bertambah malu bila
jiran-jiran pun ada dua tiga orang yang nak menyibuk sekali.
“Sila
jelaskan nanti di pejabat kami.” Pendek je pencegah maksiat tu cakap. Yang
selebihnya dia kena beri kerjasama dengan pencegah maksiat tu dengan memberi
contact keluarga terdekat.
*****
“Aku terima
nikahnya Ashrin Damia Binti Shafiq dengan mas kahwinnya 300 ringit tunai”
Ash terpana.
Dia kahwin? Dengan Atief?
Pang!
Ash sedar
dari lamunan bila dia terasa pijar dipipinya. Sama rasanya apa yang dia rasa
pagi tadi. Penampar.
Ya, dia kena
tampar dengan Papa sendiri lepas Papa tahu dia kena tangkap basah dengan Atief.
Dan sekarang siapa pula yang tampar dia? Dia toleh kekiri.
Zita!
“Tak guna
punya kawan! Patut la kau tak suka aku kawan dengan Atief, rupa-rupanya sebab
kau ada hati dekat dia kan? Tak guna! Kau tikam aku dari belakang! Kau tahu tak
dia pakwe aku! Tak payah nak menangis sangat la kan. Penipu semua air mata ni!”
Zita dah macam orang histeria. Meraung ditengah-tengah orang ramai. Majlis
batalkan air sembahyang pun tak berlaku lagi.
Semua mata
memandang kearah Ashrin sekarang. Malu? Memang dah tak tahu nak letak mana.
Sedih? Memang sedih. ‘aku kahwin dengan orang yang aku benci!’. Muka Atief pun
Ash tak boleh nak pandang. Rasa macam nak bagi penyepak!
Matanya
sembab mengalahkan orang sakit mata. Menangis dari pagi tadi. Sampai la malam
ni. Dia dapat kahwin free! Tetamu yang datang pun just keluarga Atief dan Ash.
Yang paling bagus, baju pengantin kami adalah Atief dengan t-shirt polo yang
pagi tadi dia pakai dan Ash dengan baju kurung polka dot warna pelangi. Cantik
la sangat kan.
Boleh je
kalau tak nak kahwin. Tapi Papa Ash dengan Ayah Atief berkeras suruh kahwin
sebab tahu perangai Atief macam mana. Dan jadi mangsa sekarang adalah Ash.
Seorang perempuan yang tak ada hati langsung kat mamat tu.
Zita rasa
nak melayangkan lagi satu penampar kat muka Ash yang membisu dari tadi. Baru je
dia angkat tangan dan sikit lagi nak kena muka gebu Ash tangan dia rasa di
pegang oleh seseorang.
“Dia wife
saya sekarang, jangan sesekali berani tampar muka dia” Atief bersuara perlahan
tapi tegas. Ash masih diam dan matanya hanya fokus pada satu tempat.
Permaidani. Ash seperti orang yang kehilangan roh.
Zita meraung
lagi. Malah lagi kuat. Tetamu dan keluarga pengantin hanya memandang. Malas nak
masuk campur.
“sampai hati
awak! Awak kata sayang saya. tapi kenapa macam ni?”
“Ash! Kau
kata kat aku yang aku kena cari someone better than him kan dulu. Kenapa? Sebab
kau suka kat dia kan? Dah lama kan? Patutlah time aku cakap aku couple dengan
Atief ni kau diam je. Rupa-rupanya kau sedih kan! Cakap la weh!” bahu Ash
ditolak kasar. Ash terkebelakang.
“jangan berkasar
dengan dia!” Atief menengking kuat. Terkejut Zita dibuatnya. Zita berlari
keluar. Tak mampu tengok kawan sendiri kahwin dengan pakwe sendiri.
*****
Dua bulan
berlalu…
Dah dua
bulan Ash dan Atief tinggal serumah. Setiap malam Atief akan menyaksikan air
mata Ash tumpah. Setiap malam. Ash masih tak boleh terima takdir yang terjadi.
Mereka tidur sebilik itu pun lepas Atief ugut tapi tak pernah bersentuhan.
Setiap hari
habis kelas Atief yang memasak. Ash pula setiap kali balik dari kelas akan
berkurung dalam bilik.
‘benci
sangat ke kat aku?’
Tak boleh
jadi ni. Aku kena buat first move kat dia. Atief melangkah kearah meja study
Ash dibilik mereka.
“Ash, tidur
dengan saya malam ni” Atief bersuara senada dan senafas.
Ash kaku
dimeja belajar. Memang diorang tidur sebilik tapi tidak sekatil!
“Ash” Atief bersuara
lembut sambil memaut bahu Ash.
Kenapa pulak
mamat ni! Aku geli ar dengar suara jiwang dia tu.
“please,
terima saya?” air mata Atief jatuh ke pipi. Sungguh! Ni air mata betul bukan
main-main. Ash terpaku lagi. Atief
menangis? Kenapa?
“please,
luahkan? Saya tak sanggup tengok awak menangis setiap malam. please, saya
sayang awak.” Air mata Ash yang mengalir dipipi dikesat Atief. Dia terguris
setiap kali dia nampak air mata ni jatuh. Dia tak sangup.
“kenapa
kawan awak buat saya macam tu? Kenapa awak bagi saya minum air tu walaupun awak
tahu? Kenapa awak bawak saya pergi rumah awak? Kenapa tak hantar saya balik
asrama, malam tu? Kenapa awak nak lindungi saya? kenapa awak tak terang benda
sebenar kat Zita? Kenapa?” bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Ash. Soalan
yang sentiasa menyesakkan kepala dia setiap kali teringat peristiwa tu.
“Kawan saya
nak rogol awak! Saya tahu rancangan dia, sebab dia nak ambik awak senyap-senyap
bila dia dah buat kita tertidur. Saya ingat tak nak la nampak obvious sangat
kalau dua-dua tak minum. Malam tu, saya nak hantar awak pergi asrama. Tapi gate
dah tutup. Saya cuba kejut awak tapi awak still tak sedar. Saya tahu salah
saya, sebab tak terus hantar awak malam tu. Tu sebab saya bawak awak pergi
rumah saya. kawan saya yang cuba nak tidurkan kita tu dendam sebab dia tahu
saya dah tahu rancangan dia. Jadi dia yang laporkan. Saya tak terangkan kat Zita
sebab saya dah lama cintakan awak, saya memang nak bersama awak. Saya dah lama
stalk awak. Tapi awak yang bencikan saya.” Atief mengeluh. Matanya memandang
tepat kearah mata Ash. Semoga Ash dapat rasa apa yang dia rasa.
“Setiap
malam awak nangis sebab takdir kita macam
ni. Awak ingat saya tak sedih ke hah? Perempuan yang saya cintai
menangis setiap malam sebab tak suka kahwin dengan saya. awak ingat saya tak
terluka?” Tangisan Ash makin menjadi-jadi. Badan Ash dipeluk Atief erat.
“Maafkan
saya buat awak jadi macam ni” Atief berbisik ditelinga Ash.
Atief
mengeratkan pelukannya “sejak bila?”
“Bila apa?”
“sejak bila
sukakan saya?”
“Sejak hari
pertama saya nampak awak kat kolej”
“habis tu
kenapa tak cakap? Kenapa keluar dengan perempuan lain!?” Ash bersuara lantang.
Pelukan dilepaskan kasar. Dia ke penjuru bilik. Berpaling dari pandang muka
Atief.
Atief diam.
“Saya tak berani. Sebab awak lain dari perempuan yang saya kenal. Awak tak
se-feminine kawan-kawan perempuan saya. Awak nampak kasar. Saya takut awak tak
suka saya. saya takut kena tolak! Saya kawan dengan ramai perempuan. Tapi
perempuan tu semua awak kenal sebab saya nak dekat dengan awak.”
“Awak mempermainkan kawan-kawan saya tahu tak!
awak memang tak guna!” Ash menjerit kuat. Tertekan! Itulah yang dia hadapi. Kat
kelas, kawan-kawan semua pulaukan dia! Gara-gara dia dah merampas Atief dari
mereka.
Atief tahu
dia bersalah. Malah dia dah minta maaf pada bekas teman wanitanya. Mereka
memaafkan Atief cuma Zita yang masih berdendam.
Atief peluk
Ash dari belakang. “saya mintak maaf, saya betul-betul cintakan awak” ubun-ubun
Ash dicium Atief. Ash memejamkan matanya. Dia melepaskan lelah. Ya Allah
penatnya.
“I’m off,
penat.” Ash keluar dari bilik. Sofa dicari lalu berbaring. Dia nak tidur kat
sini malam ni.
*****
“Zita”
Zita yang
berura-ura nak keluar dari kereta terbantut apabila melihat Ash ditingkap
sebelah penumpang. Zati menghidupkan enjin untuk segera pergi dari situ. Tapi,
Ash menyusup masuk ketempat sebelah Zati dengan cepat.
“Kau nak apa
lagi hah?” Zati menengking kuat. Kereta bergerak laju keluar dari kawasan
kolej.
“Kemaafan
dari kau. Hati aku tak tenang selagi kau tak maafkan aku”
“Aku tak
akan maafkan kau. Biar hidup kau tak tenang” Zati gelak. “sejak bila kau jadi
kejam? Aku tak boleh hidup bahagia dengan Atief selagi orang sekeliling aku tak
maafkan aku!” Ash mula menangis. Keluarganya dah maafkan dia dan boleh terima
Atief sebagai menantu. Cuma selagi kemaafan Zita tak dicapai. Ash masih serba
salah untuk berbaik dengan Atief.
“Dengan cara
apa aku boleh dapatkan kemaafan kau? Aku nak kawan baik aku balik! Aku nak
Norazita kawan dari tadika aku balik!” Ash menjerit melepaskan sesak dada yang
dah lama membuku dalam diri.
“Kau pergi
mati dan keluar dari hidup Atief!”
Ya Allah,
besarnya kesalahan aku di mata Zita yang selama ni memahami aku.
Ash buka
seatbelt. Begnya dicampak keluar dari tingkap. Dia buka pula pintu kereta
menyebabkan angin menderu masuk dengan kencang.
“Ash, tutup! Kau nak mati ke hah?”
“memang! Maafkan aku”
Ash melompat
turun dari kereta.
Bang!
“Ashrin!!!”
*****
“Sayang,
saya datang lagi. Sebab saya kan dah janji tak nak tinggalkan awak. Mama, papa,
ayah dan ibu kirim salam pada awak. Mama kirim peluk cium kat anak tunggal
kesayangan dia ni. Meh sini sayang, saya pelukkan dan ciumkan awak.” Atief
bangun dari kerusi. Dia peluk badan kaku Ashrin. Pipi dan dahi Ashrin turut
dicium.
“Zita dah
lama maafkan awak. Dia cuma masih tak boleh terima saya dah jadi milik awak. Heee.
Untungnya saya ramai peminat. Tak macam awak. Dia dah pergi overseas. Awak,
cepat la bangun. Saya rindu awak. I need you now. Sebab nanti saya dah nak
start kerja pula. Saya nak semangat dari awak. Awak cepat la sedar. Nanti kita
boleh kerja sama-sama, rawat orang sakit sama-sama. Hahaha. Saya jadi Dr Atief.
Awak jadi Dr Ashrin. Comel je dengar.”
Atief redha.
Bukan diluar kemampuan manusia untuk mengubah masa lalu dan menentukan masa
hadapan yang sesuai mengikut impian sendiri.
Air mata
Ashrin mengalir keluar dari matanya yang tertutup rapat. Walaupun Ash masih
koma. Tapi, setiap kali Atief datang dan berborak dengan dia. Air mata Ash pasti
tumpah. Seperti Ash sedang menyatakan sesuatu.
Atief
mengesat air mata itu dari terus mengalir. “Saya maafkan awak” Atief faham. Ash
mungkin meminta maaf atas segala kesalahannya sebagai isteri. Sekiranya Ash
pergi tinggalkan dia, dia dah lama mengampunkan kesalahan isterinya. Dia faham
keadaan yang terjadi sekarang. Kerana dia pun bakal menjadi doktor. Isterinya tak
ada harapan. Semua bergantung kepada usaha Ash sendiri untuk terus hidup.
Tangan Ash
yang bergerak dan erat membalas pegangan tangan Atief menyedarkan Atief. “Doktor!”
butang kecemasan ditekan berkali-kali.
Ash dah
sedar. Tapi sejak semalam dia hanya berborak dengan family dia dan mertua tanpa
menghiraukan Atief yang berada disisi dia. Muka Atief pun dia tak pandang.
‘Benci
sangat ya awak pada saya, Ash’ terdetik kata-kata ni dihati Atief. Atief bangun
meninggalkan bilik wad itu. Tak sanggup lagi dijadikan seperti mannequin
disebelah Ash.
‘I’m a bad
guy that only has a heart, Ash’
“Atief, mana
menghilang? Kenapa tak jenguk Ash?” Ayahnya yang sedang bersarapan bertanya
Atief yang nampak tidak terurus. Atief diam. Dia membawa diri. Tapi dua hari
tak jenguk Ash rasa rindu tu membukit.
“Pergilah
jenguk dia. Hari ni dia dah boleh balik. Kamu pergi ambil dia.”
Kata-kata
ayahnya dipandang sepi. Ash dah boleh keluar! Atief segera mengambil kunci
kereta dan bergegas ke hospital.
Dua hari
Atief menghilang tak jenguk aku. Baru sekarang dia nak datang?
Geram!
Ashrin Damia geram dengan Atief.
“Dah sihat? Muka
pucat awak dah nampak berseri sikit hari ni. Jom saya hantar balik” Atief
mengambil beg baju Ash sebelum bergerak kepintu.
“Mana awak
pergi?”
Atief
menoleh. Wajah Ash yang mula nampak kemerah-merahan dipandang.
“Don’t look
at me! Awak kata tak nak tinggalkan saya. awak tipu!” Air mata Ash yang
mengalir deras dipipi diseka kasar oleh tangan dia sendiri. Dia berdiri untuk
ketandas. Tak mampu nak pandang muka Atief yang nampak terkejut.
Langkahnya mati
bila badannya ditarik kedalam pelukan Atief. Atief peluk dia dari arah
belakang.
Atief
bisikkan sesuatu ditelinga Ash. “Because I don’t even have the right to look at
you. I love you more than anyone else in this world but I can’t hold your hand
because I might give you only tears. Stop crying, sayang. It’s hurt me a lot.”
Ash
tergamam. Dia memusingkan badan untuk menatap mata bundar Atief. Dia tenung
sehingga kedasar hati lelaki itu. Dia jumpa sinar duka dalam mata bundar milik
Atief. Dia kesat air mata Atief yang mengalir.
“You have
the right to look at me. Because you are my husband, right? Saya sayang awak. Saya
perlukan awak untuk teruskan kehidupan kita.”
Air mata
Atief makin giat mengalir. Ya Allah, Terima kasih untuk semua ini.
‘
Sesungguhnya kebahagiaan ada dalam diri kita. Maka janganlah cari ditempat lain
kecuali didalam diri sendiri. Aku akan cuba untuk menjadi isteri yang boleh
membahagiakan Atief tanpa mengalirkan air mata duka di mata lelaki itu lagi’
*****
Atia Dania
binti Atief Danial berlari anak diperkarangan hospital. Si cilik dan comel ni
dah biasa sangat dengan kawasan hospital tempat dia dilahirkan dan dah dianggap
rumah kedua baginya.
“Atia Dania!
Penat papa cari. Kat sini rupanya si comel papa ni” Atief mendukung anaknya
yang baru berusia 3 tahun. Hospital besar seremban tempat dia dan Ashrin bekerja
sekarang. Atia pula akan dia dan
Ash bawa bila mereka kerja separuh hari.
“Papa” Atia
yang petah tapi pelat memangil papanya. Kolar baju kot putih tersarung dibadan
papanya ditarik- tarik. Stetoskop yang tergantung dileher Atief pun ditarik
jugak.
“Ya sayang. Jom,
kita jumpa mama!”
“yeah! Mama”
Atia mengekek gelak bila Atief cium pipi gebu miliknya.
Pintu bili yang tertera nama Dr Ashrin diketuk sebelum masuk. Ashrin yang sedang tidur beralaskan lengan dimejanya terjaga.
"Tidur kat rumah la sayang. kenapa kat sini pulak." Atief bersuara. Ashrin hanya senyum nipis sebelum bangun dan mendukung Atia yang mengekek ketawa bila nampak dia.
"Mama, titow kat rumah la" Atia pun nak jugak berkata-kata.
"Atia, hi five dengan papa!" Atief bersuara ceria sambil ber hi five dengan Atia.
"Dah la tu. Jom balik"
Pipi Atia dan Atief dicium cepat-cepat sebelum dia mengambil beg dan berlari keluar bilik. Malu. dah 3 tahun kahwin pun malu lagi dengan Atief.
Atief dan Atia hanya gelak. Ashrin sentiasa malu untuk buat first move.