Dear Akif,
Setiap kali
bila aku teringat cerita kita ni, aku rasa nak tergelak pulak. Lawak sangat,
kau tahu tak bila kali pertama kita jumpa? Kau tahu tak siapa yang bagi nombor
phone kau pada aku untuk kacau? Kau tahu tak betapa gembiranya aku, bila kau
melamar aku?
Mesti kau
tak tahu kan. So, sekarang surat ni akan menceritakan segala-gala perasaan aku
pada kau. Sejak mula sampai sekarang.
Sebenarnya
ceritanya bermula sejak kita tingkatan 4 lagi. Kau ingat lagi tak syahidah?
Ala, kawan satu sekolah rendah dengan kau dulu tu. Sebenarnya Syida la
mastermind pertemuan kita. Dia satu sekolah dengan aku ketika di sekolah menengah. Kau nak tahu tak, dia kan sebenarnya suka kat kau,
dia beria-ria suruh aku tengok facebook kau. Dia kata kau lah cinta pertama
dia. Haha.. lawak pula.. sebab sekarang kau dengan aku. Kekeke… tapi Syida tak
kisah pun, sebab dia dah ada orang lain pulak sekarang.
Akif, kau
nak tahu tak. Syida pernah tunjukkan gambar kau pada aku. Dia siap tanya lagi
kau ni handsome ke tidak kat aku. Aku nak tak nak je jawab soalan dia. Aku pun
cakap la, tak handsome pun. Haha.. sorry tau, aku dah kena marah dah dengan
Syida sebab cakap kau macam tu. Tapi Syida, senyap-senyap guna facebook aku add
kau sebagai kawan. Geram aku. Tapi aku buat macam biasa je. Tak sangka pulak
kau approve aku.
Lepas tu,
entah macam mana entah, Syida kata dia nak pinjam handphone aku nak telefon
kawan dia. Aku bagi la pinjam. Rupa-rupanya, dia senyap-senyap kacau kau guna
nombor aku! Cis, bedebah punya kawan. Hehe.. and dia suruh aku teruskan mesej
dengan kau. Kau ingat lagi tak, lepas SPM tiba-tiba aku call kau tanya result
SPM kau? Sebenarnya, perempuan yang cakap dengan kau tu bukan aku, tapi Syida.
Dia guna handphone aku.
Bila makin
lama contact dengan kau, aku rasa suka pulak dekat kau. Walaupun kita tak
pernah jumpa, setakat mesej je.
Akif,
bertapa takutnya aku bila aku dapat tahu kau rupa-rupanya satu universiti
dengan aku. Cuak gila kot. Mana lah tahu aku terjumpa kau ke? Tersatu kelas
dengan kau ke? Terlanggar kau ke? Ceh, gaya macam dalam drama pulak, main
terlanggar bagai.
Akif, ingat
tak aku pernah tanya kau, tempat pertemuan pertama kita kat mana? Kau pun jawab
la dengan muka bangga sebab kau ingat the best ever moment in our life la konon
kan, kau jawab dekat depan kelas E-2-12. Uyooo.. aku terharu jugak la sebab kau
siap ingat nombor kelas tu lagi. Tapi… kau salah.. first kita jumpa dekat kaki
lima depan lecture hall A.
Kau ingat
tak, kita berselisih. Then, kau ada nampak tak budak selekeh. Pakai baju kurung
warna biru, tudung warna biru yang dah berkedut dan selekeh. Muka budak tu
pulak macam muka orang baru je lepas selesaikan masalah dunia jer gayanya,
sebab penat gila baru lepas habis kelas. Budak tu aku la! Aku jalan sebelah
kau! Mula-mula aku tak perasan, tapi bila aku terpandang mata kau. Kau pun
pandang mata aku. Kira macam bertentang mata la kan. Jantung aku macam baru
lepas lari pecut kau tahu. Tapi aku buat muka cool jer depan kau. Mesti kau tak
perasan kan. Disebabkan aku terselisih dengan kau tu,aku tak boleh tumpukan
perhatian dalam kelas kot. Sebab jantung aku still berdegup kencang. Muka pucat
gila! Sampai kawan aku perasan.
Akif, kau
nak tahu tak. Time kau cakap kat aku kau nak melamar aku untuk jadikan isteri.
Hehehe… happy gila aku. Alhamdulillah doa aku termakbul. Mana tak nya, betapa
payahnya aku berjuang melawan diri aku supaya kawal diri dari terus ingat kat
kau. Setiap hari aku ingat kau. Dan setiap hari aku menangis. Menangis sebab
aku berdosa. Berdosa kerana sentiasa mengingati kau.
Bila
kawan-kawan aku start gosipkan aku dengan budak kelas aku. Aku mengamuk sakan
kau tahu. Sebab aku pernah terdengar. Kalau ada 40 orang cakap benda yang sama,
nanti jadi doa. Aku tak nak. Aku nak bersama dengan kau. So, aku siap warning
kawan-kawan aku. “Weh! Jangan la gosipkan aku dengan dia. Kalau kau cakap aku dengan
Akif tak pe” Aku cakap macam tu. Kau bangga tak? Hahaha… malu aku.
Okey la
Akif. Semua rahsia aku, aku dah sampaikan. Lastly… thanks because choose me be
your wife. Selama aku hidup dengan kau. Aku happy sangat. Alhamdulillah. Kau
pun sentiasa cuba bawa aku untuk terus mencari cinta Hakiki. Terima kasih my
love. Malu pulak aku bila tulis ayat-ayat jiwang macam ni. Hahaha…
Akif, aku
nak share lagu yang aku selalu dengar setiap kali aku teringat kau dulu. Sambil
belajar dengar lagu ni, sambil makan pun aku dengar lagu ni. Haha.. kau dengar
tau nanti kalau kau bosan kat office tu.
Hanya
dirimu yangku cinta
Takkan
membuat aku jatuh cinta lagi
Aku
merasa kaulah yang terbaik untuk diriku
Walaupun
ku tahu kau tak sempurna
Takkan
membuat aku jauh darimu
Apa
adanya membuatku tetap setia kepadamu
Tuhan
jagakan dia
Dia
kekasihku yang tetap milikku
Aku
sungguh mencintai
Sungguh
menyayangi setulus hatiku
P/s: aku
tulis surat ni sebab terpaksa. Kau paksa aku untuk tulis semua perkara yang aku
simpan selama ini. Sebab nanti kalau aku tak tulis, kau tak nak bawak aku pergi
Langkawi. Jahat la kau. So, Akif boleh la aku pergi Langkawi ek? Hehe…
Your
Love,
Nadira
Aziz
“Hai Akif,
baca apa tu sampai tersengih-sengih. Dari tadi lagi aku tengok.” Aizat rakan
sekerjanya menegur. Akif diam.
Senyumannya
masih terserlah selepas habis membaca surat dari Nadira. Terkejut dia pagi
tadi. Dengan tiba-tiba sebelum Nadira keluar dari kereta untuk kepejabat sempat
Nadira menghulurkan sepucuk surat. Bila ditanya surat apa, dengan gelabah
Nadira keluar dari kereta dan berlari masuk kedalam lif.
Rupa-rupanya
surat rahsia dia selama ini. Nadira memang jenis tidak akan menyatakan isi
hatinya. Nadira bukan jenis yang sering meluahkan apa yang dia rasa. Jadi, bila
dapat surat ni Akif rasa gembira dan terharu sangat selepas mengetahui isi hati
sebenar Nadira.
Jam di
pergelangan tangan kirinya dilihat. Hampir pukul 5 petang. Meja dikemas sebelum
melangkah keluar dari pejabat. Tak sabar nak jumpa Nadira.
*************
Adoi… mamat
depan aku ni. Makan je la. Siap nak pandang orang dari tadi tak berhenti. Malu
la aku. Dah la aku menebal muka pagi tadi pergi bagi surat kat dia. Ni pulak
dia duk la tenung aku. Ingat kenyang ke kalau tengok muka aku.
“Ehem, tadi
kata lapar sangat, makan la”
“Dah kenyang
pulak lepas tengok muka kau” Akif menjawab.
Merahnya
muka dia. Malu sangat la tu. Setakat cakap sayang dengan suka aku tu pun nak
malu. Hish ego dia ni tinggi sangat.
“Kalau dah
kenyang biar aku makan sorang” Nadira menceduk kuah kari kedalam pinggan.
“Betul ke
cerita dalam surat tu?”
Alamak! Apa
hal mamat ni suara nak romantik habis ni. Meremang bulu roma aku. Nasib baik
tak tercekik.
“Errr…”
“My love?”
Akif bertanya perlahan. Muka Nadira memang dah tunduk habis dah. Macam nak
masuk dalam pinggan jer gayanya.
“Kau suka
aku sampai macam tu sekali?”
Hish! Berapa
banyak soalan dia nak tanya ni. Semua melibatkan hati dan perasaan pulak tu!
Macam mana aku nak jawab. Malu la aku!. Tu la Nadira. Time tulis surat sambil
dengar lagu jiwang, mana tak terkena virus jiwang dalam surat tu. Hish! Parah
pulak nak menjawab.
“Tengok gaya
kau malu ni, aku dah dapat jawapan dia” Akif bangun dari kerusi. Kakinya
melangkah berdiri disebelah Nadira. Nadira yang sedang duduk disuruhnya
berdiri.
Apehal, siap
suruh orang bangun bagai ni. Nak pergi mana pulak ni?
Elok jer
Nadira berdiri. Akif terus memeluk badan Nadira. Dengan erat. Nadira terkaku.
“I love you
too” Akif berbisik lembut di telinga Nadira. Tidak berapa lama, dia terasa
basah dibahunya. Nadira menangis.
“Aku nak
pergi Langkawi” suara sedih Nadira kendengaran.
Akif
melepaskan pelukan.
“Kau ni,
cakap la I love you ke? Sarangae ke? Yang jiwang-jiwang sikit. ni tak, nak
pergi Langkawi pulak yang dicakapnya.” Akif dah start membebel.
“Aku tak
pernah pergi Langkawi la, aku memang nak pergi sejak kecik kot” Nadira
mencebik.
“Hish! Ye la
minggu depan kita pergi”
“Betul ke?
Ni aku sayang kau ni” Nadira terus memeluk Akif. Pipi Akif dicium lama.
Akif
tersenyum bahagia.